Tag Archives: VR

Cabaran Belajar Secara Online – Cadangan Mengatasinya

Cabaran pembelajaran online - pelajar

Pembelajaran online

Pembelajaran online mula digunakan seiring dengan perkembangan internet. Istilah pembelajaran online sering dikaitkan dengan istilah-istilah seperti e-pembelajaran (e-learning), pembelajaran jarak jauh (PJJ) dan sebagainya. Pembelajaran online adalah sama seperti pembelajaran biasa yang melibatkan komunikasi antara tenaga pengajar dengan pelajar tetapi yang membezakannya ialah mereka tidak bertemu secara bersemuka malah bertemu melalui ruang maya. Selain itu, penilaian dan pemantauan oleh tenaga pengajar juga dilakukan seperti pembelajaran biasa.

Susulan dari penularan wabak Covid-19 pada masa kini, pembelajaran online kini diperluaskan dan kebanyakkannya (dari Institut Pengajian Tinggi ke Institut Latihan Kemahiran) sehingga penghujung tahun 2020 ini.  Namun begitu, terdapat beberapa cabaran dalam mengaplikasikan pembelajaran online ini.

1.      Capaian kepada kemudahan internet

Program perisian dan sambungan ke internet adalah aspek yang paling penting dalam kelas dalam talian ini. Pelajar perlu membeli perisian terkini untuk mengakses program dalam talian mereka, atau membayar tambahan untuk menaik taraf ke internet berkelajuan tinggi. Ini mungkin menyukarkan pelajar yang kurang berkemampuan untuk belajar secara berkesan kerana kekurangan kemudahan akses internet berbanding dengan mereka yang mampu membeli segala perisian serta internet berkelajuan tinggi.

2.      Tiada kemudahan komputer/telefon bimbit

Bagi pelajar yang kurang berkemampuan, yang tiada kemudahan gajet ini pasti menyukarkan mereka untuk mengikuti segala pembelajaran dalam talian yang diusahakan oleh para pengajar dan seterusnya akan menyebabkannya ketinggalan berbanding rakan-rakan yang lain.

3.      Suasana pembelajaran yang tidak kondusif untuk belajar. 

Bagi pelajar yang kurang berkemampuan pasti menghadapi masalah ini apabila melaksanakan tugasan dari rumah.  Masalah ini meliputi suasana persekitaran yang bising, tempat yang sempit serta tiada meja dan kerusi yang sesuai.

Cabaran pembelajaran online - tidak kondusif

Cadangan untuk 1-3: Semua pelajar patut diberi pilihan untuk pulang ke kampus dan bukannya cuma 5 kategori pelajar yang dibenarkan (termasuk pelajar tahun akhir atau pelajar penyelidikan).
Ataupun Kementerian Pendidikan dan Kementerian Sumber Manusia bantu dari segi pemberian/subsidi komputer/gajet yang diperlukan untuk pembelajaran efektif (cara ini tak begitu praktikal kerana ia makan belanja kerajaan yang banyak)

4.      Keberkesanan pembelajaran          

i) Pembelajaran online juga tidak mendisiplin pelajar dan bersikap sambil lewa kerana pembelajaran adalah mengikut kesesuaian masa mereka.
ii)  Ada sesetengah pembelajaran melalui online adalah sehala, tanpa penceramah tetapi melalui LMS seperti Open Learning. 
Ini menyebabkan calon tidak dapat tanya soalan sekiranya tidak faham. Juga, ada juga calon yang gagal penilaian kerana tidak menghantar soalan penilaian, walaupun calon ingat dah hantar (tak dapat sahkan kerana tiada sesiapa yg boleh hubungi semasa penilaian) 
iii) Komunikasi juga tidak berkesan semasa pembentangan online kerana mungkin kelajuan internet tidak begitu memuaskan.

Cadangan:
i) Pengajar perlu tegas dalam menetapkan masa pembelajaran online.
Contohnya kursus induksi melalui penganjur berdaftar adalah lebih berkesan berbanding Open Learning kerana tarikh & masa telah ditetapkan (2 hari, 8.30-5.30pm), berbanding dengan Open Learning yang memberi masa 4 hari, tak kira masa. Maka ada calon yang mungkin terlupa atau tidak fokus/tiada disiplin kerana cuma belajar sendiri.

ii) Calon patut pilih kursus yang dilaksanakan secara ‘bersemuka online’@ada penceramah atau hybrid, BUKANNYA cuma melalui LMS di mana pembelajaran adalah sehala. Calon bukan sahaja lebih faham topik yang diajar kerana dapat bertanya sekiranya tidak faham sangat tetapi tidaklah perlu ulangi kursus & penilaian sekali akibat gagal penilaian kursus.
Contoh yang sangat baik adalah pembelajaran kursus induksi PP-PPD-PPB dengan CIAST melalui platform Open Learning menghadapi % kegagalan yang agak tinggi, >50% setiap kali. Ini jauh berbeza dengan rekod pencapaian calon yang berkursus dengan penganjuran yang bersemuka secara online dengan penceramah, dimana % kelulusan setinggi 100%* pada kebanyakkan masanya.
* Anjuran ISE Education, penganjur paling lama & konsisten.

iii) Pembentangan juga boleh dirakam melalui video terdahulu dan dihantar kepada pengajar kerana ia lebih berkesan.

5.      Penyalahgunaan Internet

Oleh kerana pembelajaran maya adalah berasaskan penggunaan internet, maka para pelajar akan terdedah dengan berbagai-bagai maklumat yang benar dan tidak benar, yang baik dan tidak baik yang disampaikan melalui internet.  Tidak dinafikan terdapat begitu banyak maklumat yang baik dan positif yang boleh dimanfaatkan oleh pelajar dalam meningkatkan ilmu dan pengetahuan mereka.  Namun demikian terdapat banyak perkara yang boleh melalaikan dan menyeronokkan terutamanya kepada golongan muda.  Diantaranya ialah permain games yang berbagai bentuk dan boleh dimuat turun secara percuma, juga online chatting yang membincangkan perkara-perkara yang tidak berfaedah seperti gossip, hiburan dan sebagainya.  Sekiranya para pelajar terlalu asyik dengan internet atau ketagihan internet, ia akan memberi kesan yang tidak baik terhadap hubungan sosial di dalam masyarakat.

How to Overcome Internet Addiction (with Pictures) - wikiHow

Cadangan: 1. Senaraikan perkara yang anda suka buat tetapi tidak dapat buat kerana masa tidak cukup kerana ketagihan internet.
2. Sediakan jadual pembelajaran serta masa berhibur (tak kira media sosial ataupun games) dan disiplinkan diri untuk mengikutinya.
3. Guna external stopper seperti jam loceng atau aplikasi@app tertentu yang akan menutup akses internet anda pada masa yang telah ditentukan.
4. Jauhi dari sebarang laman web, media sosial, aplikasi@app ataupun games tertentu yang anda tahu sudah menjadi tabiat anda.
5. Guna kad peringatan atau sticky note dan letak di tempat berdekatan/depan komputer/talian bimbit anda.
Mesej seperti: Saya tidak dapat main bola (sukan yang anda suka) sekiranya saya main PUBG online game melebihi xx jam.
6. Bersenam dapat menjadikan anda sihat, menaikkan mood anda, meningkatkan keyakinan diri, tidur lebih baik dsbgnya. Dengan banyak kelebihan ini, pasti anda tidak ingin terlepas dari bersenam kan? Ia dapat mengurangkan ketagihan internet anda.

Cabaran pengajaran online - pengajar

1.      Kepakaran tenaga pengajar menggunakan peralatan teknologi dan inovasi.

Dalam dunia yang serba moden ini, perkembangan teknologi sememangnya berkembang dengan pesatnya.  Justeru itu, pengajar perlu mengusai kaedah terbaik bagi penggunaan teknologi agar sesi pengajaran dan pembelajaran dapat sampai dengan berkesan kepada para pelajar. Namun, ia juga bergantung kepada infrastruktur Institusi Pendidikan/Kemahiran yang terlibat.

Contohnya, Universiti Tun Abdul Razak @ Unirazak adalah Universiti pertama di Malaysia yang melabur dan integrasikan Canvas* LMS dalam UNIRAZAK Online Experience @ platform UROX pada tahun 2018.
* Canvas adalah global leader in Learning Management Systems@LMS, di mana ia digunakan di lebih dari 3,000 buah universiti dan institusi di seluruh dunia.

2.      Capaian kepada kemudahan internet

Program perisian dan sambungan ke internet adalah aspek yang paling penting dalam kelas dalam talian ini. Pengajar perlu membeli perisian terkini untuk mengakses program dalam talian mereka, atau membayar tambahan untuk menaik taraf ke internet berkelajuan tinggi.  Mungkin, terdapat gangguan talian internet semasa pengajaran sedang dilakukan seterusnya menggangu proses penyampaian maklumat kepada para pelajar.

3.      Suasana pembelajaran yang tidak kondusif untuk mengajar

Seperti sedia maklum, para pengajar pasti menghadapi masalah ini apabila melaksanakan tugasan dari rumah.  Masalah ini meliputi suasana persekitaran yang bising, tempat yang sempit serta tiada meja dan kerusi yang sesuai.

Cabaran ini boleh dikatakan sudah tiada memandangkan rata-ratanya pengajar sudah boleh balik ke institusi masing-masing yang sepatutnya ada persekitaran yang kondusif.

4.      Pengajar terpaksa mengurus anak-anak di rumah

Bagi pengajar yang telah berkeluarga pula, terutama yang mempunyai anak kecil, pasti sedikit kesukaran apabila terpaksa mengurus anak-anak sambil mengajar.  Mereka perlu membuat jadual pengurusan yang betul agar sesi pengajaran berjalan lancar tanpa gangguan.

Cabaran ini juga rata-ratanya sudah dapat diatasi mulai 1hb Julai 2020, kecuali masih ada lagi yang bimbang untuk hantar anaknya ke prasekolah & tadika dan ibu bapa terpaksa bergilir-gilir jaga anak di rumah.

Cabaran pengajaran dan pembelajaran online di rumah

5.      Keberkesanan penyampaian dan pengajaran

Pembelajaran dan pengajaran secara online juga tidak mendisiplin pelajar dan bersikap sambil lewa kerana pembelajaran adalah mengikut kesesuaian masa mereka. Seterusnya, tenaga pengajar tidak akan tahu akan kemampuan para pelajarnya kerana tidak bersemuka dan berbincang secara perseorangan. Juga, pengajaran program kemahiran@TVET adalah terhad kerana cuma 30% sahaja adalah teori sementara selebihnya memerlukan demo, membetulkan teknik pelajar mengendalikan sesuatu peralatan atau subjek (contohnya urutan).

Cadangan: Mungkin sesetengah subjek boleh menggunakan teknologi AR (Augmented Reality) dan/atau VR (Virtual Reality) untuk menyampaikan pengajaran dengan lebih berkesan dan menarik. Namun, kos pelaksanaannya mungkin diluar kemampuan kebanyakkan institusi Pendidikan/kemahiran.

Cara penyelesaian yang seimbang

Anda kena seimbangkan dan menyesuaikan diri dengan cara pembelajaran norma baru ini. Pada pendapat saya, pembelajaran campuran (blended learning) patut diberi perhatian kerana ia membawa kelebihan pembelajaran online serta bersemuka.

1. Pelbagai Kursus Induksi JPK sekarang boleh dilaksanakan secara online, dengan penceramah dari JPK dan juga CIAST.  Ia kerap dianjur oleh penganjur paling lama di Malaysia, I Smart Educare@ISE Education Sdn Bhd.                        Daftar Bengkel SKM-PPT

Cara ini adalah jauh lebih berkesan daripada pembelajaran online sehala -CIAST(SECARA DALAM TALIAN) yang tiada penceramah. 

Ini terbukti dengan peratusan yang lulus bagi mereka yang mengikuti kursus melalui cara kedua, tanpa penceramah. Manalah tidak, faham tak faham, tiada siapa boleh tanya. Macam mana nak lulus periksa kalau tak faham?

Jadi, pembelajaran online sehala adalah tidak efektif, bukan sahaja tak begitu faham tetapi amat membazir masa untuk mengulangi kursus induksi sekali lagi dan kos peluang@opportunity cost mungkin agak besar (lambat dapat pentauliahan personel, pusat dsbgnya)

2. Program URise menggunakan sistem Canvas LMS @ UROX di Universiti Tun Abdul Razak@Unirazak yang diperkayakan dengan kelas bersemuka bulanan pada hujung minggu memberi peluang kepada pemegang (yang dah ada pengalaman kerja):

  • Sijil Kemahiran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia dan setara;
  • Diploma Kemahiran Malaysia/Diploma Vokasional Malaysia dan setara;
  • Sijil TVET lain seperti Kolej Komuniti dan Politeknik
  • Pekerja industri teknikal yang berpengalaman tetapi tidak bersijil

untuk memperolehi Diploma Profesional & Ijazah Eksekutif dalam masa yang singkat serta pembelajaran yang fleksibel.

Daftar Bengkel SKM-PPT
Jika anda memenuhi syarat di atas dan ingin mendapatkan Ijazah Eksekutif untuk kenaikan pangkat (sektor swasta sahaja)/peningkatan status sosial dalam masa 9 bulan SAHAJA

URise Program
*Program URise adalah kolaborasi antara Unirazak & ISE Education Sdn Bhd – khas untuk pemegang SKM/SVM/DKM/DVM/TVET

UNIRAZAK

ISE Education Logo