Lebih 80 peratus pengasuh berdaftar tiada kelayakan KAP

 
 
Lebih 80 peratus pengasuh berdaftar tiada kelayakan KAP
TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyampaikan ucapan pada Majlis Perasmian Hari Taska 2018 di Putrajaya, hari ini. – Foto BERNAMA
PUTRAJAYA: Seramai 13,700 pengasuh berdaftar di taska seluruh negara tiada kelayakan KAP – Kursus Asuhan Permata.


Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, jumlah itu merangkumi 80.19 peratus daripada sejumlah 16,873 pengasuh yang direkodkan.

“Berdasarkan rekod Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), data terkumpul sehingga Jun 2018, jumlah pengasuh bagi kanak-kanak berusia 0 hingga 4 tahun di Taska adalah seramai 16,873 orang.

Beliau yang juga Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga menambah, industri pengasuhan pada ketika ini menghadapi masalah kekurangan pengasuh berdaftar.

Pada masa sama, kekurangan pengasuh yang berkelayakan memberi implikasi kepada jumlah taska yang berdaftar.

Katanya lagi, sekiranya 50 peratus daripada 2.3 juta kanak-kanak berusia 0 hingga 4 tahun di negara ini memerlukan taska, maka Malaysia perlu menyediakan kira-kira 38,333 taska.

Bagaimanapun, angka itu jauh berbeza dengan sejumlah 4,302 taska berdaftar ketika ini.

“Bilangan ini menunjukkan kekurangan yang amat jelas dari aspek keperluan dan ketersediaan taska di negara kita. Kekurangan bilangan pengasuh berkelayakan dan bilangan taska berdaftar akan memberi implikasi terhadap jaminan kualiti dan keselamatan anak-anak kita,” tambahnya lagi.

Sumber: http://www.astroawani.com

Komen: Selain Kursus Asuhan Permata Kanak-kanak, kelayakan lain seperti Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) bidang Pengasuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (T982-001-3:2017) – SKM Tahap 3 juga digalakkan untuk dimiliki oleh pengasuh/pengusaha. Cadangan untuk kelayakan diploma dalam pengurusan pendidikan awal kanak-kanak telahpun dicadangkan pada tahun 2016, namun ditolak dengan rancaknya oleh ibu bapa atas faktor kebimbangan peningkatan kos/yuran yang perlu dibayar. Namun, Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) hanya mengutamakan graduan lulusan diploma dan lulusan dalam bidang penjagaan kanak-kanak dalam proses pengambilan tenaga pengajar baharu untuk Tabika dan Taska Kemas mulai 2017.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *