Sijil VTO: Terbaik/Wajib untuk jadi Pengajar Kemahiran@Pegawai Penilai

Sijil VTO

Sijil VTO

Dikeluarkan & diiktiraf oleh :

Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia (KSM)

1. Apakah Maksud VTO?

VTO adalah singkatan Vocational Training Operation @ Operasi Latihan Vokasional. Kursus VTO adalah untuk melatih pelajar dalam teknik mengajar bidang kemahiran dimana pelajar akan didedahkan dengan latihan pembangunan WIM (bahan pengajaran dan pembelajaran), teknik mengajar bidang kemahiran, pembangunan soalan teori dan amali dan lain-lain.

2. Siapa yang patut mengambil Sijil VTO ?

Individu yang berminat untuk menjadi pegawai penilai (WAJIB) / tenaga pengajar / cikgu / pensyarah di pusat latihan kemahiran swasta dan kerajaan yang menawarkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM).

3. Kelebihan Sijil VTO?

1. Sijil VTO diwajibkan mengikut Akta 652 kepada mana-mana individu yang ingin menjadi Pegawai Penilai (tenaga pengajar / cikgu / pensyarah) di pusat latihan kemahiran swasta dan kerajaan yang menjalankan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM)

2. Melayakkan anda menjadi Pegawai Penilai (PP) program Modular ataupun SKK (Standard Ketrampilan Kebangsaan), tak perlu bazir duit untuk bayar RM2,500-2,800 lagi untuk sijil NCS TTT (NCS-004:2017).

3. Layak diberi pengecualian untuk sijil Train The Trainer HRDF/PSMB
Sijil Train The Trainer (TTT) dari PSMB/HRDF diperlukan untuk mengajar kursus jangka pendek/korporat di bawah program PSMB. Yuran Kursus TTT adalah sebanyak RM2,500-2,800. Mereka yang memiliki Sijil VTO mendapat pengecualian mengikuti Kursus HRDF TTT dan hanya perlu membuat bayaran RM300 (jimat RM2,200-2,500) bagi mohon sijil pengecualian HRDF TTT.

4. Peluang pekerjaan sebagai tenaga pengajar lebih tinggi
Tenaga pengajar TIDAK WAJIB untuk miliki sijil VTO tetapi sijil VTO meningkatkan peluang diambil sebagai pengajar sepenuh atau separa masa di kolej kemahiran kerajaan dan swasta. Ilmu serta teknik mengajar bidang kemahiran yang dipelajari juga membantu anda menjadi pengajar yang lebih mantap.

4. Pengajar bidang kemahiran apa yang boleh sertai Kursus VTO?

Kursus VTO ini boleh disertai oleh pemegang  Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3  dari semua jenis bidang kemahiran.

Sijil VTO - Pra-Syarat SKM3

5. Apakah Modul VTO?

  • COCU 1 TEACHING & LEARNING IMPLEMENTATION
  • COCU 2 COMPETENCY CURRICULUM DEVELOPMENT 
  • COCU 3 COMPETENCY ASSESSMENT DEVELOPMENT 
  • COCU 4 TEACHING & LEARNING MATERIALS DEVELOPMENT
  • COCU 5 CO-CURICULUM ACTIVITIES IMPLEMENTATION
  • COCU 6 TRAINING FACILITIES SAFETY & SECURITY ADMINISTRATION
  • COCU 7  INSTRUCTIONAL DELIVERY

    LALUAN LATIHAN / TRAINING PATHWAY I-031-3 2014
    Muat Turun Borang Permohonan VTO

6. Apakah syarat Pegawai Penilai (PP) di Pusat Bertauliah JPK?

  1. Sijil VTO
  2. Sijil SKM3 atau DKM/DLKM, sebarang bidang kemahiran
  3. Sijil induksi PP-PPD-PPB

Permohonan VTO 2023
(Separa masa@hujung minggu)

Separa masa: Kepong
Sepenuh masa: Penang/Sabah

  • Pembelajaran:  Bersemuka
  • 6 bulan di Pusat Bertauliah I Smart Educare @ In-House (10 ke atas)
  • 6 bulan internship di mana-mana Pusat Bertauliah JPK pilihan anda (mesti bidang kemahiran/SKM anda)

Yuran pendaftaran: RM100
Yuran kursus: RM3,300 (bayar penuh) atau 3,500 (ansuran 5 bulan)
Bank: Maybank 514589385943, ISE Education Sdn Bhd

Daftar VTO

Testimoni Pelajar/Pusat Bertauliah

Testimonial VTO

Testimoni pelanggan di Miri yang dijalankan secara in-house (Batch VIII)

Batch VTO I Smart Educare

Graduan VTO batch IX

Graduan VTO I Smart Educare

Graduan VTO batch XI

VTO-PPT

(Ada pengalaman mengajar latihan kemahiran)

Mulai 1/7/22, permohonan VTO melalui PPT sudah tidak dibenarkan dan digantikan dgn TVET-i. 

Sekiranya anda memiliki pengalaman mengajar latihan kemahiran lebih daripada 5 tahun, anda mungkin layak mohon sijil TVET-i (yg gantikan VTO) melalui kaedah Pengiktiran Pencapaian Terdahulu (PPT).

Bengkel Pembangunan Portfolio & WIM

Bengkel secara ONLINE ini membantu anda mendapatkan bukti-bukti ketrampilan, cara & kaedah yang betul bagi membangunkan portfolio, WIM dan simulasi mengajar untuk permohonan VTO-PPT. Boleh dikatakan anda akan dimbimbing dari A-Z sehinggalah anda bersedia untuk dinilai & disahkan oleh PP-PPT & PPL-PPT masing-masing.

Masa & jadual pengambilan adalah terbuka. Asalkan anda bersedia dan dapat berpadan dengan jadual fasilitator kami, bengkel boleh dimulakan.

Ia dijangka ambil masa 2-3 bulan (2-3 jam setiap sesi, seminggu sekali)

Bidang kemahiran apa boleh mohon TVET-i secara PPT?

Semua jenis bidang kemahiran yang telah ada dalam Daftar Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK/NOSS)

Daftar VTO

95 thoughts on “Sijil VTO: Terbaik/Wajib untuk jadi Pengajar Kemahiran@Pegawai Penilai

      1. Hai Admin,, Saya Berumur 42 Tahun,, Bekerja Di Dalam Perhotelan, Saya Sangat Berminat Mengambil Kursus VTO, Tapi Masa Saya Amat Terhad,, Bagaimana

          1. hello admin sy dri sarawak,dh ad skm lvl3 nk ambik vto separa masa,tpi sy nk tau yg separa masa tu ad on9 tak?

  1. Salam tuan…saya ingin bertanya. Jumlah pembayaran kursus utk separa masa (sabtu dan ahad) di shah alam, ada tak? Berapakah jumlah bayaran utk kursus. Kalau peserta tersebut adalah pensyarah di universiti swasta tempatan, tapi ada pengalaman 15tahun di industri perkilangan, adakah mendapat pengecualian utk sesuatu program? Terima kasih

      1. Assalamualaikum Tuan, umur saya 44 tahun..berkelulusan diploma in chef training dan memiliki ijazah dlm HR… sekiranya mahu menjadi tenaga pengajar di kolej swasta…adalah saya perlukan skm3 dan vto?

        Sekiranya ya, bagaimana hendak memohon.

        1. Hi Arfah, kalau tenaga pengajar yg anda maksudkan tu adalah Pegawai Penilai di Pusat Bertauliah JPK yg menawarkan SKM, ya, anda perlukan SKM3 & VTO.
          Untuk SKM3, anda boleh mohon melalui pengalaman kerja anda dalam bidang penyediaan makanan.

          Lepas tu, boleh pula mohon untuk berkursus VTO, samada secara separa atau sepenuh masa, bergantung kpd lokasi anda.

  2. Saya mempunyai sijil TTT, dah saya mempunyai DKM. Bolehkah saya mengajar di pusat latihan kemahiran?

  3. Saya ada sijil skm1,2 (aircond) dan sijil skm1,2 (elektrik) pengalam kerja 6tahun, boleh kah saya mengikuti krusus (VTO)…

      1. Hi admin , kalau saya mahu ambil sijil vto hanya dgn skm3 tanpa pengalaman bekerja dan DKM , boleh ? 1 more question , adakah saya prlu ambil apa ii kursus selepas VTO untuk jadi tenaga pengajar ?

  4. Kalau Saya ada pengalaman mengajar dikolej swasta selama 3 tahun tpi mengajar academic , means diploma.. boleh ke Saya nak apply VTO

    1. Boleh Anis, pengalaman mengajar tu kena min 4 tahun dan bidang kemahiran (ada NOSS).
      Sekiranya tidak, anda perlu syarat SKM3 dulu untuk ikuti kursus VTO secara separa/sepenuh masa.

    1. Maaf Mer, seperti yang dinyatakan dengan jelas dalam artikel, anda perlu SKM3 sebarang bidang kemahiran untuk mohon kursus VTO.
      Sekiranya anda ada pengalaman mengajar >4 tahun dalam latihan kemahiran, boleh mohon VTO secara PPT

    1. Boleh digunakan sebagai salah satu syarat lantikan Pegawai Penilai program modular di Pusat Bertauliah JPK & juga untuk dapat pengecualian sijil TTT HRDCorp dengan bayaran RM300.

      Namun, jika anda ada sijil VTO, tak perlu sijil NCS-TTT dan juga boleh dapat pengecualian sijil TTT HRDCorp dengan bayaran RM300.

  5. Salam. Saya ada skm tahap 3 (binaan). Kalau separuh masa berapa lama tempoh untuk tamat pembelajaran untuk vto ni?

  6. Assalamualaikum sy ad sijil kolej komuniti dngn diploma bleh ke mohon untuk sijil vto ni?

    1. Beza dari segi masa & tempoh pembelajaran.

      Separa masa: Hujung minggu shj, 6 bulan teori
      Sepenuh masa: Isnin-Jumaat, 3-3.5 bulan teori

      Anda pilih berdasarkan masa & lokasi anda.
      Yuran juga ada sedikit beza antara satu Pusat dengan Pusat yg lain (lokasi berlainan)

    1. Kamal, nak jadi tenaga pengajar(TP) ke Pegawai Penilai(PP)?
      Anda kena mohon dengan mana-mana kolej kemahiran yang ada pembukaan untuk jawatan yang anda hendak(TP atau PP)

      Untuk KV pula, ada syarat tambahan, kena ada Ijazah Pendidikan.

      Jadi, selain SKM3 & VTO anda, pastikan juga ada sijil induksi PP-PPD-PPB (2 hari), 14-15 Mei ni kalau belum ada.

  7. Saya mempunyai sijil dan Diploma dari Politeknik dan SKM-PPT tahap 2, bolehkah saya mohon kursus VTO ni?

    1. Hi Nurul Huda, VTO adalah sijil pengajar vokasional.
      Ciast adalah salah satu pusat latihan kemahiran awam yang ditauliahkan untuk menawarkan program ini, selain pusat latihan kemahiran swasta yang lain.

      Semua sijil yang dianugerahkan nanti adalah sama sahaja, iaitu sijil VTO dari JPK.

    1. Hi Maizatul, anda dah ada SKM3 kan?
      Boleh tahu anda tinggal di mana? Sebab lain negeri lain tarikh pengambilannaya.

  8. dengan adanya sijil VTO ni layak tak mohon G29(pen peg pertanian) swasta @ kerajaan tapi saya tiada sijil skm..hanya ada pengalaman 4 tahun.

  9. Assalamualaikum admin kalau saya baru tamat degree dalam reka bentuk animasi (ataupun multimedia) tanpa sebarang pengalaman..bagaiman untuk melayakkan saya ambk krusus VTO tersebut? Adakah program yang saya ambil tiada dalam krusus VTO

  10. Hai admin, saya mengajar desain grafik menggunakan Canva selama 2 tahun. Saya lepasan diploma politeknik. Macam mana saya boleh memohon? Saya kurang faham

    1. Hi Nazia, kalau nak jadi tenaga pengajar bidang kemahiran bersijilkan SKM, anda perlu:

      1. Sijil induksi PP-PPD-PPB
      2. SKM3 bidang rekaan grafik (boleh mohon secara PPT@dengan pengalaman kerja anda, sekiranya >3 tahun)
      3. Sijil VTO (kalau nak jadi Pegawai Penilai)

  11. saya berminat utk ambil VTO Dan SLDN sy mempunyai SKM3 melalui tvet, utk menjadi pengajar sy berminat utk ambil

  12. Hi, saya berminat untuk tahu lebih lanjut berkenaan tenaga pengajar. boleh terangkan?

    pengalaman kerja selama 10tahun (banking industry), Degree in Business Administration (Operations Management) & sekarang bekerja sendiri (bakery & frozen food) selama 4tahun.

    1. Hi Aysha, kalau sekadar tenaga pengajar shj, seperti yg diterangkan dalam laman ni, cuma perlu sijil induksi PP-PPD-PPB sahaja.

      Tapi sekiranya ingin jadi Pegawai Penilai (mengajar & menilai), anda boleh pertimbangkan untuk mohon SKM3 bidang pentadbiran pejabat ataupun bakeri, sekiranya layak (memenuhi semua Work Activities yg tersenarai dalam NOSS bidang yang dinyatakan)

  13. Saya lepasan pelajar ikbn dalam bidang automotive skm tahap 3dan akan menjalani latihan industri selama 3 bulan bermula bulan 7 hingga bukan 9 , boleh saya mendaftar sekarang atau setelah selesai latihan industri?

  14. Saya berumur 50 tahun Dan sudah 20 tahun bekerja dlm bidang electric Dan network boleh saya Mohon untuk jadi pengajar

    1. En Noor, pengalaman industri anda memang cukup melayakkan anda jadi pengajar.
      Namun, biasanya pusat bertauliah JPK yang menawarkan program SKM memerlukan pegawai penilai (Mengajar & Menilai).

      Anda perlukan:

      1. Sijil induksi PP-PPD-PPB (kursus 2 hari, online)
      2. SKM3 bidang elektrik (boleh mohon melalui kaedah PPT)
      3. Sijil VTO

      Anda boleh buat ketiga-tiganya serentak kalau ada masa & bajet. Jika tidak, boleh mulakan dengan kursus induksi PP-PPD-PPB 2 hari dulu.

  15. Hi Assalamualaikum, saya ada kelulusan DKM tahap 4 Perakaunan dan mempunyai Ijazah Sarjana Perakaunan dan berminat untuk memohon kursus VTO. Boleh saya tahu market saya sekiranya menjadi tenaga pengajar boleh mohon jawatan guru di sekolah menengah atau kolej vokasional tak ?

    1. Hi Miza, kalau tak silap saya, dgn 3 sijil anda tu (termasuk VTO/TVET-i), layak jadi guru di KV. Sekolah Menengah tak pasti.

  16. Boleh saya tahu sijil teknologi perisian (pembangunan aplikasi web) tempoh latihan 27 bulan adakah kursus SKM 3

    1. Eswari kena tanya Pusat yg tawarkan tu adakah program ini ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran. Jika ia, kemungkinan besar ia adalah berstatus SKM3.

  17. Saya dah ada skm 3 dlm bidang jahitan, sekarang tgh intern hbs intern hujung bln 9, saya nak mohon vto bole?, saya duduk kat pahang. kalau bole nak tau bila permohonan dibuka.

    1. Hi Raf, nampaknya tak sempat nak kejar pengambilan VTO bulan Julai di Kuantan, Pahang.
      Kena belajar di tempat lain ataupun mohon TVET-i di CIAST atau kampus satelitnya.

  18. Saya ada sijil senibina dari IKM,dan juga milik ijazah sarjana muda kesusasteraan. saya ada pengalaman kerja 18 tahun dlm bidang pembantu pengurusan murid.Ketika di prasekolah tugas utama saya adalah memasak .Bagaimana cara hendak memohon UTK krusus kulinari disamping itu saya juga berminat UTK mjadi tenaga pengajar.

    1. Aswani, dengan pengalaman kerja anda tu mungkin layak mohon SKM bidang kulinari melalui kaedah PPT.

      Mula dengan buat penilaian kendiri untuk bidang SKM yang hendak dimohon. Berdasarkan maklumat anda di atas, mungkin SKM bidang Penyediaan dan Penghasilan Makanan (Tahap 2) & Operasi Seni Kulinari (Tahap 3) paling sesuai untuk dimohon oleh anda.

      Bila dah ada SKM3 bidang ni barulah anda ikuti kursus pengajar vokasional @ VTO atau TVET-i.

  19. Selamat Petang, VTO Tahap 3 kan. Nak tanya boleh bayar guna KWSP akaun 2? Saya mempunyai DKM-4 dalam bidang sistem maklumat, pernah mengikuti dan mempunyai sijil Induksi. Berpengalaman mengajar lebih lebih 10 tahun. juga pengelaman kerja sebagai IT executive 3 tahun di sebuah kolej. sekarang saya seorang IT Officer di sebuah universiti swasta di sabah.

  20. Hello admin, saya firdaus umur 27 dan ada sijil scaffolding tahap 3 andai kata saya nak ambil sijil untuk jadi tenaga pengajar apa next step seterusnya. Tq

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *