TVET Malaysia – Apa tu? Kumpulan sasaran, syarat dan kelebihannya

TVET Malaysia - Apakah Itu TVET?

TVET adalah singkatan bagi Technical and Vocational Education Training. TVET in Malay (BM) dikenali sebagai Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional. TVET adalah proses pendidikan dan latihan yang mempunyai hala tuju pekerjaan dengan penekanan utama terhadap amalan industri. Ia bertujuan untuk menghasilkan tenaga kerja yang kompeten dalam bidang-bidang yang tertentu. Skop TVET perlu berdasarkan Standard Pekerjaan atau lazimnya Standard Kemahiran Pekerjaan Kemahiran (NOSS) yang diiktiraf, dengan penekanan kepada komponen praktikal, kemahiran psikomotor dan pendedahan kepada latihan di industri.

TVET di Malaysia bukanlah satu perkara. Cuma TVET sering disalah erti sebagai pilihan kedua dan hanya layak untuk individu yang kurang cemerlang dari segi pencapaian akademik. Sebenarnya, stigma itu sudah lapuk ditelan zaman kerana kini graduan program  TVET kian mendapat perhatian oleh majikan.

TVET di Malaysia telah diberi nafas baharu pada 27 Sept 2017 dengan majlis pelancaran (dan penjenamaan) TVET Malaysia oleh bekas Perdana Menteri, YAB Dato’s Sri Mohd Najib b Abdul Razak untuk mengubah tanggapan dan persepsi negatif ibu bapa dengan kemahiran TVET Malaysia. Stigma ini adalah biasa memandangkan ramai di antara kita yang lebih menekankan akademik dari dahulu lagi.

TVET Malaysia

Kumpulan sasaran TVET?

Secara umumnya, terdapat dua aliran TVET yang menawarkan sijil/diploma yang diiktiraf oleh MQA.

1. Lepasan SPM (lulus) berpeluang untuk melanjutkan pelajaran sama ada dalam bidang Sijil ataupun Diploma dalam program TVET yang berkemahiran tinggi. Institusi TVET Malaysia yang menawarkan aliran TVET ini adalah seperti Politeknik, Kolej Komuniti dan Kolej Vokasional.

2.
a. Bagi pelajar yang kurang kecenderungan dalam akademik tetapi lebih suka hands-on, lepasan PT3 ataupun tanpa SPM pun boleh belajar kursus kemahiran di pusat latihan kemahiran (PLK) awam ataupun swasta yang menawarkan persijilan Sijil Kemahiran Malaysia.

b. Bagi pekerja sedia ada ataupun bakal pekerja yang ingin meningkatkan kemahiran (upskilling) atau mendapat latihan semula (reskilling) boleh juga menyertai latihan TVET melalui Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) sebagai perantis. 

c. Pekerja mahir yang sudah ada pengalaman kerja dalam bidang tertentu juga boleh mohon pensijilan TVET@Sijil Kemahiran Malaysia/Diploma Kemahiran Malaysia/Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia/Penyata Pencapaian melalui kaedah Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT).

Sijil Kemahiran Malaysia - 3 cara mohon, tawar

Apakah Syarat dan Kelayakan Kemasukan Kursus TVET/kemahiran?

Anda berminat untuk mengikuti kemahiran TVET? Mari kita semak syarat-syarat kemasukan kursus TVET ini. Anda:

  • Adalah Warganegara Malaysia. Jika bukan, boleh juga berdaftar di Pusat Bertauliah Antarabangsa (program dan pusat yang ditauliahkan amat terhad)
  • Mestilah sihat tubuh badan, tiada sebarang kecacatan atau kecederaan atau sejarah penyakit atau penyakit-penyakit yang mengehadkan, membataskan dan menyukarkan pelaksanaan kerja praktikal dan amali sepanjang kursus.
  • Mestilah TIDAK RABUN WARNA/BUTA WARNA.
  • Ada kemahiran asas membaca, mengira dan menulis.
  • Bebas daripada masalah mental.
  • Berminat dengan program dipohon (AMAT PENTING untuk anda berjaya)

Masa Hadapan Graduan TVET

Sebagai sebuah negara yang sedang pesat membangun, graduan TVET mempunyai peluang yang menguntungkan kerana negara memerlukan ramai tenaga mahir dalam bidang industri. Kebanyakan institusi TVET pula menawarkan kemahiran yang sememangnya menjadi rebutan banyak syarikat pada hari ini. 

Kemahiran-kemahiran ini bukan sahaja memudahkan anda untuk mendapatkan pekerjaan, malah ia dapat membuka peluang kepada diri anda sendiri untuk mencipta peluang pekerjaan baru dengan kemahiran yang sedia ada. Graduan TVET juga berpeluang untuk menjadi usahawan dengan kemahiran tambahan yang sedia ada. 

Kelebihan program TVET

Apa kelebihan program TVET ini? Antara kelebihannya adalah graduan program TVET mampu menguasai pengetahuan dan kemahiran praktikal dengan lebih baik berbanding lulusan program akademik. Apabila anda menceburi program TVET ini, anda dapat meningkatkan kemahiran diri kerana anda akan didedahkan dengan keupayaan sesuatu produk dengan lebih dekat melalui eksperimen atau uji kaji.

Ia memang lebih BEST berbanding dengan laluan akademik sekiranya anda jenis yang suka hands-on. Peluang kerja juga agak tinggi berbanding graduan laluan akademik. Bukan sahaja peluang kerja tinggi tetapi untuk bidang kemahiran tertentu seperti underwater welding, gajinya agak lumayan juga. Jadi, BEST tak?

Pelbagai program kemahiran dan teknikal ditawarkan. Jadi, berikut kami kongsikan 10 program TVET* (ikut bidang pekerjaan) paling popular di Malaysia.

  1. Pemasangan dan Penyelenggaraan Elektrik – Satu & Tiga Fasa
  2. Penyediaan dan Pembuatan Makanan (Kulinari)
  3. Perkhidmatan pembaikan & servis diagnostik – kenderaan ringan
  4. Pembuatan roti/pastri
  5. Perkhidmatan terapi kecantikan / estetik
  6. Aplikasi rekabentuk grafik (digital) / rekaan grafik
  7. Pengasuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak
  8. Pentadbiran Sistem/Rangkaian Komputer
  9. Pembuatan Pakaian Wanita
  10. Pegawai Latihan Vokasional (VTO)

Masih ragu-ragu dengan pengiktirafan sijil TVET (terutamanya Sijil Kemahiran Malaysia)? Jangan risau kerana ia diiktiraf oleh agensi dan badan pengiktirafan di Malaysia seperti Malaysian Quality Accreditation (MQA), Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan badan-badan profesional yang lain. 

106 thoughts on “TVET Malaysia – Apa tu? Kumpulan sasaran, syarat dan kelebihannya

  1. Mohon tunjuk ajar ada peluang untuk saya belajar separuh masa ( sebelah malam) kerana sudah berkeluarga dan ada komitmen

    1. En Anwar, kebanyakan program dijalankan secara sepenuh masa.
      Bergantung kpd program & pusat, mungkin ada beberapa pusat yg jalankan secara separa masa untuk bidang tertentu.

      Contohnya program VTO. Tapi bidang kemahiran lain, min tak pasti.

  2. Tuan/puan, anak saya x berminat utk akademik…skrg di tingkatan 3 (lelaki)…ada x program tvet utknya…saya nak masukkan kemahiran krn dia mcm dh x berminat nak ke sekolah….anak saya cenderung melukis animasi dan gunting rambut…tq

  3. Tuan/Puan,
    sy dr Batu Pahat, Johor, ank saya baru tingkatan 4 (2022), jika saya nk dia menyertai program ni, boleh ke? dia minat pengasuhan dan pendidikan awal kanak2, dan pentadbiran sistem rangkaian komputer. Mohon kongsi kos kemasukkan program ni? trima ksh.

  4. Salam, saya aisyah dari Selangor, adik saya lepasan spm dia minat dalam bidang automotif, boleh saya tahu kos pembelajaran serta dimana tempat belajar?

  5. Hi! Boleh saya tau apa beza kursus TVET dan kursus SKM? Saya keliru. Boleh saya dapatkan pencerahan?

    1. Kursus TVET secara ringkasnya adalah kursus kemahiran. SKM adalah Sijil Kemahiran Malaysia, persijilan utama yang calon dapat setelah berjaya tamat & terampil penilaian pada penghujung kursus TVET tersebut.

      Namun, ada juga institusi pendidikan seperti Kolej Komuniti & Politeknik di bawah Kementerian Pendidikan juga melaksanakan kursus TVET tetapi persijilan mereka dianugerah oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

  6. nak tanya kalau lulus dkm computer system administration bolehkah sambung belajar computer sains di ipta atau ipts

    1. Hi Lyiani, pembelajaran adalah secara bersemuka, guna perisian/komputer yang disediakan oleh Pusat Bertauliah

      1. Hai admin, anak saya lepasan SPM 2022, lelaki Dan berminat nak sambung belajar dalam bidang IT( information Technology) majoring dalam bidang Cyber Security…bole saya tahu langkah awal perlu kami buat utk sambung Dan ikuti program dlm TVET, mohon nasibat Dari admin…saya bole juga dihubungi melalui 018 228 5939…terima kasih admin, saya tunggu email Dari admin.

        1. Hi En Iskandar, saya tak berapa pasti laluannya tetapi anda boleh cuba survey sekolah coding yang unik ini, 42KL

          Tiada yuran, tiada pengajar tapi min rasa programnya amat bermutu dan praktikal.

    1. Firdaus, ia bergantung kpd setiap pusat, yuran pembiayaan PTPK adalah antara 21,500.00-22,125 untuk Tahap 2&3

      Anda tinggal di mana?

  7. Ank sy xminat lg nk belajar dan tiada spm..bleh tau dimana dia bleh blajar kemahiran..dia minat elektrik , automotive

  8. kos pmbelajaran dtgggung krajaan?atau pnjaman sprti ptptn?brp kos bg seni kulinari?dan brp lma jngka msa bljr?

    1. Zalinah ke? Hanya kos pembelajaran untuk kursus tertentu ditanggung oleh kerajaan. Kebanyakannya masih perlu ambil pinjaman PTPK (bukan PTPTN)
      Untuk kursus kulinari, buat masa ni tiada tajaan. Kursus rata-ratanya 21-24 bulan, bergantung kepada kolej/lokasi.

  9. Saya ada ank kembar 3. 2 lelaki & 1 perempuan. Mereka skrg akan menduduki SPM bln Mac thn dpn. Masalahnya, 2 org ank lelaki sy ni x minat akademik. sy xnmpk hala tuju diaorg ni. Sy sndr pun xtau apa yg diaorg minat. Ank perempuan sy lak nmpk dia lbh suka melukis animation… apa perlu sy buat?

    1. Pn Faradilla, tahu tak kelebihan anak lelaki anda?
      Kalau melukis animasi, ada kursusnya. Tinggal di mana ya?

  10. saya dh dua tahun dh habis sekolahh, sy ada dpt tawaran program tvet ni melalui wasap…saya nak tnya kalau kursus perfileman macam mana ya?? saya tinggal di negeri sembilan…11 ogos ni temuduga di tampin

    1. Kalau tinggal di NS & minat perfileman, boleh pertimbangkan kursus Video/ Produksi Filem (Penggambaran) di Kajang, Selangor
      Boleh hubungi min di 012-3123430

    1. Hi Pn Amanda, sekarang pun boleh, lepas SPM pun boleh.
      Kalau rasanya boleh lulus SPM, biar dia habiskan SPM dulu lebih baik.

  11. Jika anak saya tamat belajar TVET diploma bidang pendidikan awal kanak2 , apakah hala tuju untuk dia sambung belajar ke peringkat lebih tinggi dan di mana yang diterima .

  12. As sallam
    Anak saya perempuan. Bakal menududuki SPM bulan Mar 2023. Saya bercadang utk htr anak belajar program sijil/diploma TVET kerana saya pengusaha bengkel motosikal. Saya bercadang utk melengkapkan dirinya dgn keperluan bagi mengambil alih perniagaan saya. Lokasi saya di shah alam selangor

  13. Salam.. nak tahu jangka masa kursus…utk diploma..brapa tahun? Adakah pembiayaa ditanggung sepenuhnye.

  14. Salam admin.
    Nk tya ank sya ni kurang Minat bljr,lbh Minat kemahiran dlm bidang elektrik dn automotive.akn manduduki spm bln mar2023..tiggal area Banting..blh tahu kolej tvet terdekat?..camne nk apply?

  15. Untuk kursus pemasangan Dan penyelenggaraan elektrik apakah tahap persijilan kursus yg ditawarkan.
    Apakah kelayakan yg perlu utk mengikuti kursus Dan berapakah anggaran kos.
    Terima kasih atas maklumat yg dikongsi.

      1. Admin, anak saya berminat dgn tvet tapi dia ada masalah rabun warna. Masih ada peluang ke dia sambung pelajaran ke tvet.

        1. Mila, boleh asalkan program tersebut tidak melibatkan keperluan yang amat sangat untuk membezakan warna, cthnya program elektrik (warna wayar), rekaan fesyen/jahitan (warna fabrik).

          Apakah minat anak anda?

  16. Perkhidmatan terapi kecantikan / estetik

    Hi, saya nak bertanya untuk kursus diatas. saya berminat berapa kos utk program diatas dan berapa lama tempoh utk mengikut pmbljrannya.

    Boleh ke terangkan lebih lanjut utk kelas ini…,Perkhidmatan terapi kecantikan / estetik.

  17. Anak saya tamat darjah 6. Lepas tu masuk madrasah. Sekarang umur dia 20 tahun. Boleh kah dia ambil bidang kimpalan. Saya tinggal di bdr baru bangi.

  18. Assalammualaikum,

    Saya baru lepasan SPM 2022.Saya ingin menanyakan soalan .Sekiranya saya sambung di TVET adakah semua intitusi mempunyai cuti cem speperti akedemic

  19. Salam. Nk Tanya .anak sy lepasan madrasah .tiada sijil spm. Tamat darjah enam. Dia minat kursus masakan . Untuk tvet Kursus apa yg boleh diapply dn adakah layak . Tinggal area gombak

  20. Assalamualaikum , saya nak tanya saya lepasan pt3 adakah saya layak ambil kos pendidikan awal kanak ” ?

    1. Izzati, fahamkan maksud TVET tu dulu.

      Anda boleh ikuti 1 atau lebih kursus kemahiran seumur hidup anda, bergantung kepada minat dan keupayaan kewangan anda.

  21. Assalam..anak buah lepasan spm..minat bidang elektrik..boleh tahu yuran pengajian berapa..dan apakah peringkat sijil atau diploma utk kursus elektrik ini

    1. Hi Lea, boleh tahu anak buah tinggal di mana?
      Ia bermula dari SKM2, boleh sampai SKM4@Diploma Kemahiran Malaysia

  22. Saya berumur 24 tahun. Mempunyai sijil skm tahap 4, diploma kemahiran dan diploma dalam automotif. Macam mana cara saya untuk menjadi tenaga pengajar. Apa yang perlu saya ambil ? Dan dengan siapa saya boleh bertanya dengan lebih lanjut ?

  23. Hi salam, saya ada ank perempuan masih di tingkatan 2. Berminat melukis animasi. Jika nak masukkan program tvet ni. Nak minta di mana ya?

  24. saya gagal spm , sejarah , bi , dan matematik adakah saya layak ambil kursus pendidikan awal kanak kanak ?

  25. Salam.. anak sye lelaki form 4.. tak minat sekolah… Adakah berpeluang ikut program tvet? Dan tvet ni giat mara ke?

    1. Salam Pn Mariam, berpeluang. Program TVET aliran kemahiran ni ada ditawarkan di Giat Mara, ILP, IKBN, KV, pusat-pusat latihan swasta.

  26. Salam, kami tinggal di Seremban, anak saya bermasalah pembelajaran, nak tanya samada dia layak menyertai program yang ditawarkan.

  27. Salam.. Anak lpsn diploma Kolej Vokasional berminat nk sambung belajar. Tp dh bekerja 4tahun slps tmt diploma. Dimne saya boleh rujuk detail utk sambung pengajian bidang kimpalan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *