3 Cara Mohon Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)

Anda mungkin tahu salah satu cara mohon Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) sahaja. Tetapi tahukah anda sebenaranya ada tiga (3) cara?

1. Sistem Latihan Program Bertauliah (SLaPB)

Cara mohon Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang paling lazim oleh pelajar lepasan sekolah (PMR/SPM), seawal umur 15 tahun, adalah melalui pembelajaran di Pusat Bertauliah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) awam ataupun swasta.

Pendekatannya adalah pembelajaran 100% di Pusat Latihan (termasuk praktikal di bengkel dalam pusat latihan). Ia lebih memusat kepada pengajar, di mana proses dan topik pengajaran ditentukan oleh pengajar.

Tempoh masa pembelajaran adalah berdasarkan kepada skop dan Tahap persijilan.

Konsep penilaiannya adalah secara berterusan dan berbentuk ujian akhir. Semua pelatih diuji pada masa yang sama.

Yuran penggajian berbeza-beza di antara setiap pusat latihan, bergantung kepada fasiliti yang disediakan, lokasi dan juga samada persijilan tambahan diberikan ke tidak.

Pinjaman boleh dilakukan oleh pelajar di pusat latihan yang berdaftar dengan Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK). Selain itu, ada juga agensi kerajaan lain atau badan berkanun negeri yang memberi pinjaman atau biasiswa.

Sekiranya anda tidak tahu senarai kursus SKM atau di mana untuk belajar program kemahiran di:

1. Pusat Latihan Kemahiran Awam – Rujuk Sini
2. Pusat Latihan Kemahiran Swasta – isi borang tunjuk minat ini.

Jika anda berminat tubuhkan Pusat Bertauliah (ditauliahkan oleh JPK) untuk menawarkan program yang layak dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), berikut adalah carta alirnya.

Sekiranya perlu khidmat runding, boleh hubungi Melvin Lim

 

2. Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT)

SKM-PPT – satu kaedah memberi pengiktirafan kepada mana-mana individu yang boleh membuktikan keterampilan yang digariskan di dalam Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) berdasarkan kepada pengalaman dan pencapaian terdahulu yang dimiliki secara Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT). Boleh baca PANDUAN PELAKSANAAN PENSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA MELALUI KAEDAH PENGIKTIRAFAN PENCAPAIAN TERDAHULU (PPT)

Kaedah ini pula adalah cara mohon Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang paling lazim digunakan oleh pekerja industri yang dah ada pengalaman industri. Tempoh minimum pengalaman serta tahap yang boleh dimohon adalah seperti di bawah.

SKM-PPT - Syarat Umum Calon
SKM-PPT Tempoh min pengalaman kerja ikut tahap
SKM-PPT - Tempoh min pengalaman kerja gabungan tahap
SKM-PPT - Tempoh min pengalaman kerja gabungan Tahap ms 2

Bagaimanakah Cara Untuk Memohon SKM-PPT?

1. Kenal pasti bidang anda dengan muat turun Daftar NOSS.

2. Lepas tu, beli NOSS dari:
a) www.myspike.my (cuma sah setahun sahaja)
b) JPK Putrajaya/Cyberjaya/pejabat Wilayah – Cara terbaik jika anda berdekatan ataupun perlu pergi ke sana.
c) Hubungi kami – Sekiranya anda rasa ada pertanyaan tambahan ataupun selesa menghubungi seseorang sebelum beli.

3. Kaji NOSS & buat Penilaian Kendiri – pastikan anda betul-betul terampil (dah tahu lakukan aktiviti tersebut dan ada BUKTI kukuh).

4. Jika semua Work Activities pun terampil/ada bukti, bolehlah mohon kat www.myspike.my

5. Dokumen yang perlu dimuatnaik:
• Surat pengesahan majikan beserta tempoh pengalaman bekerja dalam bidang kemahiran berkenaan (Jika mempunyai majikan)/ Surat Akuan Sumpah (Tiada Majikan/ bekerja sendiri) ATAU
• Salinan pendaftaran syarikat (Jika pemilik syarikat)
• Salinan SKM tertinggi yang dimiliki (jika rekod dalam profil pengguna tidak dipaparkan)
• Borang cadangan tajuk ringkasan LPKT bagi permohonan DKM/DLKM

PERLU LEBIH MAKLUMAT TENTANG PERMOHONAN SKM-PPT (walaupun telah baca panduan persijilan kemahiran Malaysia secara PPT & manual permohonan PPT secara online) ?

a) Boleh belajar lebih melalui kursus induksi PP-PPT* yang dianjurkan dari masa ke semasa (purata 5-6 kali setahun)
b) Khidmat runding atau bengkel (4-5 sesi untuk SKM,  5-6 sesi untuk DKM/DLKM/VTO)*

Cara mohon Sijil Kemahiran Malaysia - Bengkel Pembangunan SKM-PPT

 

3. Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN)

Semua  syarikat dan perniagaan dialu-alukan untuk menyertai dan melaksanakan sistem SLDN. Sistem ini diwujudkan untuk kepentingan dan faedah syarikat. Para pelatih juga dapat manfaat dari segi yuran latihan yang minimum (dan biasanya ada elaun lagi) serta mendapat latihan praktikal di tempat kerja yang sebenar.

Antara syarikat terkemuka yang melaksanakan sistem SLDN adalah: McD, Mydin, Tesco, AEON, 7-E, Mazda, MERCEDES-BENZ MALAYSIA, Watsons dan sebagainya.

Untuk mengetahui sistem SLDN dengan lebih lanjut, boleh rujuk sini.

Jika anda berminat untuk tubuhkan pusat/syarikat SLDN ataupun ingin jadi pengajar, coach atau pengurus/penyelaras di pusat/syarikat SLDN, anda perlu ikuti kursus induksi SLDN terdahulu.

Kursus ini merupakan kursus asas yang WAJIB dihadiri oleh semua personel SLDN sebelum menjalankan program latihan SLDN di Pusat Bertauliah. Peserta kursus akan diberi penerangan secara komprehensif  mengenai konsep dan pelaksanaan SLDN. 

Kursus-kursus lain yang perlu dihadiri oleh personel SLDN yang dilantik selepas Kursus Induksi SLDN ini ialah kursus NDTS Coach Training Programme untuk jurulatih SLDN dan kursus NDT Trainer Training Programme untuk pengajar pusat latihan SLDN.

Kelebihan Memiliki Sijil Induksi SLDN

– Layak membuka Pusat Bertauliah SLDN
– Layak menempatkan pelatih SLDN di syarikat anda
– Lantikan sebagai Pengurus Pusat Bertauliah SLDN
– Lantikan sebagai Pengajar Pusat Latihan SLDN
– Lantikan sebagai Coach Industri SLDN
– Lantikan sebagai Pegawai Pengesah Luaran PPL-SLDN

Date / Tarikh / 日期 : Sila rujuk Jadual di sini
Time / Masa / 时间 : 8.30-5.30 pm
Venue / Tempat / 会场 : ISE EDUCATION SDN BHD (Zoom Application)
Fees / Yuran / 费用 : RM250/pax (Min20, max 30)

Pendaftaran/Registration:
Mohon Induksi SLDN

DAFTAR INDUKSI SLDN 17OKT

 

Sila klik link berikut jika nak tahu/mohon:

1. Belajar kursus kemahiran (senarai kursus SKM) TVET/SKM di Pusat Bertauliah swasta atau awam.

2. Sambung SKM Tahap 3 ke DKM/Ijazah Sarjana Muda/Ijazah 

3. Sambung SKM Tahap 3 ke Diploma Profesional/Bachelor Eksekutif

4. Panduan Gaji Permulaan mengikut Tahap SKM anda (Malangnya, tiada penguatkuasaan)

5. Borang Permohonan Pengeluaran Sijil Penuh / Sijil Hilang / Sijil Ganti – kemaskini 14 Oktober 2021 

Dokumen borang sijil hilang/akuan sumpah harus dihantar ke:
Jabatan Pembangunan Kemahiran
Tingkat 7 – 8, Blok D4, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62530 Putrajaya

6. Semak SKM online

31 thoughts on “3 Cara Mohon Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)

      1. Saya dah ada skm tahap 1..mcmana nak mohon untuk tahap 2 n 3 atau seterusnya.. saya ada pengalaman kerja 15thn…tq

          1. Hi. Saya nak tanya. Saya berminat untuk mengambil vto. Tapi saya tiada skm3@dkm. Saya adalah lepasan ijazah kejuruteraan awam. Macam mana hala tuju saya untuk ambil skm3 @ dkm ya?

    1. saya berpengalaman dalam bidang urutan tradisional selama 15tahun. saya tidak ada sijil skm.saya hanya ada 2 sijil urutan. umur sy sudah 50an. macamna nak mohon skm3?

      1. Pn Kartini, anda boleh baca syaratnya serta muat turun Panduannya dari laman PPT dulu.
        Kalau masih tak faham dan perlukan khidmat bimbingan berbayar, boleh hubungi min di 012-3123430.

  1. hello Amin, sy seorg guru akan bersara tahun depan, sy ingin dptkan sijil kemahiran dlm elderly care centre operation, siapa boleh sy contact di sekitar seremban , NS

  2. hi,saya 47tahun dah bekerja sendiri selama 6 tahun dlm bidang SPA tetapi tidak memiliki sijil SKM . brapa lama jangka masa untuk saya selesaikan ?pengambilan SIJIL SKM ini?
    2. adakah SIJIL SKM ini boleh diperolehi di sek.VOKASIONAL terdekat tmpt tinggal saya,sabah?

    1. Yes Suzana, provided there’s a provider offering it part time. Unfortunately, most offer it on full time basis.
      But if you have working experience in a particular field that you wishes to apply SKM for, then you can apply via PPT, which is in a way part time@at your own time,

  3. macamana saya nak tahu status sijil skm 3 terapi spa saya sebab suda 4 kali sijil salah nama .tahun ni sy boleh dapat kah sijil tu .

  4. HI, maaf nak tanya, saya mempunyai diploma dalam kejuruteraan mekanikal tapi saya berminat untuk menyambung SKM. boleh tolong bantu saya? terima kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *