Category Archives: TVET & Vocational Training – Malaysian News

Belanjawan 2023: Insentif dan inisiatif untuk sektor TVET

Belanjawan 2023 - Logo

Belanjawan 2023 dengan tema ‘Membangun Malaysia MADANI’ telah memperuntukkan RM388.1 bilion, di mana RM289.1 bilion untuk belanja mengurus, RM99 bilion untuk belanja pembangunan dan termasuk RM2 bilion simpanan luar jangka.

Belanjawan 2023 memberi tumpuan kepada 12 ikhtiar utama berdasarkan tiga tekad iaitu memacu pertumbuhan ekonomi yang inklusif dan mampan, mereformasi institusi dan pentadbiran untuk mengembalikan keyakinan rakyat dan mencapai keadilan sosial untuk mengurangkan kesenjangan.

Ini adalah belanjawan pertama yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang juga pemimpin Kerajaan Perpaduan.

Belanjawan 2023 yang asalnya telah dibentangkan oleh kerajaan terdahulu pada Oktober tahun 2022, tetapi tidak dapat diluluskan setelah Parlimen dibubarkan.

Belanjawan 2023: TVET & Kemahiran

Sekarang, marilah kita fokus kepada perkara yang berkaitan dengan TVET sahaja. 

Ikhtiar 6: Memperkasa Kerjasama Awam-Swasta

1. Kerjasama dengan Industri bagi Pelaksanaan TVET

• Pengambilalihan sebahagian atau sepenuhnya operasi institusi TVET termasuk Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), kolej komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILA) oleh 50 syarikat terpilih

Program AiF (Academy in Factory) (RM5.3 j)
– Latihan sambil bekerja di kilang
– Mensasarkan lebih 50 ribu pelatih setahun

Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) yang memanfaatkan lebih 8 ribu
pelatih (RM50 j) – bajet asal cuma RM20 juta (3 ribu pelatih)

SLDN - Insentif 2023
Sila klik imej ini untuk makluat lanjut mengenai SLDN

2. Galakan Menyediakan Pekerjaan dengan Pendapatan Bermakna
• Penawaran 35 ribu peluang kerjaya kepada belia, graduan TVET, kumpulan rentan dan veteran oleh GLC

• Pelaksanaan latihan kemahiran di bawah HRD Corp (RM1 b)
– Latihan bagi meningkatkan produktiviti dan peluang pendapatan
– Memanfaatkan 800 ribu pekerja

• Penggubalan Dasar Pekerja Gig bertujuan untuk melindungi hak dan kebajikan pekerja gig

• Menggalakkan sektor swasta menggaji dengan nilai yang lebih tinggi
Insentif PERKESO kepada majikan yang menggaji graduan khususnya
TVET sebanyak RM600 sebulan selama 3 bulan sebagai tambahan
kepada gaji yang ditawarkan (RM45 j)
– Insentif PERKESO kepada majikan yang menggaji golongan mudah terjejas seperti OKU, bekas banduan, gelandangan dan penganggur tegar sebanyak RM600 sebulan selama 3 bulan (RM130 j)
– Pemberian geran bersamaan 80% daripada nilai gaji bulanan bagi menggalakkan wanita kembali bekerja (RM292 j)

Menggalakkan anak muda meningkatkan keupayaan dan kemahiran (RM60 j)
– Program peningkatan kemahiran microcredentials kepada pekerja gig menerusi tanggungan bayaran latihan sehingga RM4,000 dan elaun RM300 untuk 3 bulan sebagai menggantikan pendapatan pekerja gig hadir program latihan (RM40 j)
– Fi latihan sehingga RM2,500 kepada 30 ribu pekerja gig untuk mereka menjalani pembelajaran berbentuk microcredentials

• Bantuan mobiliti kepada pencari kerja
– RM500 kepada pencari kerja yang mendapat pekerjaan di luar dari
negeri bermastautin
– RM1,000 kepada pencari kerja yang mendapat pekerjaan dan
melibatkan penghijrahan jarak jauh dari Sabah atau Sarawak ke
Semenanjung dan sebaliknya

• Menggalakkan automasi sektor perladangan melalui penggunaan robotik
dan kecerdasan buatan (artificial intelligence – AI) yang berupaya
menggaji pekerja tempatan yang berkemahiran
– Menyediakan geran sepadan untuk melaksanakan projek rintis dengan
syarikat sawit (RM50 j)
– Mengenakan kadar levi yang lebih tinggi kepada syarikat dengan
bilangan pekerja asing yang tinggi dimana hasil levi tambahan akan
digunakan bagi menyokong majikan membiayai inisiatif automasi

Ikhtiar 12: Menyediakan Keperluan Asas Berkualiti

• Agenda memperkasa TVET melalui 7 Kementerian utama (RM6.7 b)

Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (RM180 j)

•  Veteran
– Kerjasama Strategik LTAT, MAFS & KEMENTAH bagi Projek Rintis Pertanian Jagung Bijirin
– Program Reskilling & Upskilling Veteran ATM oleh Jabatan Hal Ehwal
Veteran (JHEV) dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Kemahiran
(JPK) & Persatuan MYTVET Malaysia (RM5 j)
– Program Kerjaya Kedua Veteran ATM bersama LTAT dan syarikat berkaitan kerajaan 
– Kelonggaran khas bayaran balik pinjaman perumahan veteran di
bawah LPPSA

Sumber: Diolah dari Touchpoints Belanjawan 2023 

Hubungi no ini sekiranya ada pertanyaan lanjut mengenai insentif SLDN 2023 ataupun SLDN (setelah baca pautan yang diberi di www.jpkmalaysia.com/sldn)

Perkasa TVET – Model PSDC harus dijadikan sebagai contoh

Perkasa TVET - PSDC

Kerajaan bercadang untuk mencontohi model Penang Skills Development Centre (PSDC) untuk memperkukuhkan kerjasama awam-swasta dalam pelaksanaan program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim

Anwar, yang juga Menteri Kewangan, menyatakan bahawa model tersebut boleh mengatasi masalah negara yang terperangkap dengan situasi penggunaan tenaga kerja yang tidak mencukupi, apabila pekerjaan tidak dibayar dengan gaji yang setimpal dengan kelayakan.

Beliau juga menyatakan bahawa model tersebut dapat mengatasi masalah kekurangan tenaga kerja yang berkelayakan dengan gaji yang sesuai.

Data menunjukkan bahawa 90 peratus graduan TVET memperoleh pekerjaan tetapi hanya 90 peratus daripada mereka menerima gaji yang rendah, iaitu sekitar RM2,000 sebulan. Ini bukanlah sesuatu yang dapat diterima dan beliau berharap agar pembaharuan dilakukan bagi memastikan 90 peratus graduan TVET menerima gaji yang melebihi RM2,000.

Anwar juga menyatakan bahawa model kerjasama antara Kerajaan Pulau Pinang dan pemain industri elektrikal dan elektronik dapat dijadikan sebagai contoh dalam menyediakan pekerjaan untuk graduan TVET dengan gaji yang baik. Kerajaan juga mempunyai hasrat untuk mencontohi model ini dalam institusi TVET Persekutuan dengan sasaran 50 syarikat, terutamanya syarikat kerajaan (GLC).

Beliau berkata bahawa syarikat yang terlibat akan mengambil alih sebahagian atau keseluruhan operasi TVET seperti Institut Latihan Perindustrian (ILP), Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan kolej komuniti,  bagi menyediakan program latihan yang memenuhi keperluan syarikat.

Sebagai contoh, Petronas menerajui kluster minyak dan gas di Pengerang, Kimanis, Batu Rakit dan Miri. DRB Hicom bagi kluster automotif di Pekan, Sunway bagi kluster perhotelan dan MRCB bagi kluster pembinaan,.

Anwar menyatakan bahawa langkah ini akan menggunakan sumber kerajaan dengan lebih efektif bagi penghasilan graduan TVET yang memenuhi keperluan industri dan kerjasama awam-swasta melalui pendekatan baharu seperti ini akan diteruskan untuk bidang atau perkhidmatan kerajaan yang lain.

Program Academy in Factory juga akan dilaksanakan bagi menyediakan peluang kepada lebih daripada 50,000 pelatih menjalankan latihan sambil bekerja di kilang.

Selain itu, Skim Latihan Dual Nasional (SLDN) juga akan diperkukuhkan dengan peruntukan RM50 juta bagi memanfaatkan lebih daripada 8,000 pelatih.

SLDN - Insentif 2023
Klik imej untuk maklumat lanjut mengenai insentif SLDN

Selain tawaran insentif SLDN, kerajaan juga telah memperkenalkan Skim Pembiayaan Perkasa TVET 2022,  khusus  untuk membantu mereka yang ingin menguasai kemahiran baru atau kemahiran yang diperlukan oleh industri dalam pengeluaran pekerja berkemahiran tinggi.

Untuk maklumat lanjut mengenai Skim Pembiayaan Perkasa TVET 2022, sila lawat sini.

Daftar NOSS TERBARU (Sept 2022) / Latest NOSS Registry (Sept 2022)

Daftar NOSS Jun 2021
NOSS yang telah didaftarkan boleh digunapakai bagi tujuan industri dan latihan. Daftar NOSS boleh dimuat turun dengan klik gambar di atas

Daftar NOSS 2022

Sebelum kita lihat apa NOSS baru yang menarik dalam Daftar NOSS 2022 (kemaskini Nov 2022) yang terkini, baik fahamkan dulu apa itu NOSS.

Anda juga boleh lihat NOSS apa yang menarik telah diluluskan di Daftar NOSS 2021.

Definisi NOSS

Singkatan daripada National Occupational Skills Standard (NOSS) atau Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan. NOSS adalah dokumen yang menggariskan ketrampilan yang diperlukan oleh seseorang pekerja mahir yang bekerja di Malaysia bagi sesuatu bidang dan tahap pekerjaan serta laluan untuk mencapai ketrampilan tersebut.

Kelebihan dan Kegunaan Standard Kemahiran

Standard kemahiran memberi manfaat kepada semua pihak yang berkepentingan. Kejayaan projek pembangunan standard kemahiran dan ianya berguna kepada masyarakat bergantung pada penyertaan penuh dan komitmen semua pihak yang berkepentingan.  Manfaat ini boleh digunakan sebagai penanda aras untuk menilai keberkesanan usaha bersama.

Daftar NOSS 2022 (kemaskini 4 Nov 2022)

Daftar NOSS 2022 - April
Senarai NOSS yang diluluskan April 2022
Senarai NOSS yang diluluskan Sept 2022
Statistik NOSS sehingga 12 Sept 2022

Dari 37 NOSS baru yang dibangunkan/ditambahbaik, min rasa NOSS baru berikut agak menarik:

Operasi/Penyeliaan Pengawasan Ruang Udara / Airspace Surveillance Operation/Supervision O842-013-2:2022/O842-013-3:2022

Dengan pembukaan ekonomi dan kelonggaran terhadap sekatan perjalanan selepas COVI-19, sektor penerbanganan dijangka akan berkembang semula (Myairline – syarikat penerbangan kos rendah Malaysia yang baru pun baru mula penerbanganannya mulai 1 Dis 2022 😀 )

Secara umumnya, berikut adalah skop kerja seorang operator pengawasan ruang udara:

  • menjaga perhubungan melalui radio dan/atau radar dengan pesawat;
  • mengarahkan pergerakan pesawat yang dalam penerbangan atau di lapangan terbang;
  • mengarahkan pesawat untuk terus menaik atau menurun dan menentukantahap aras penerbangan akhir;
  • memberikan maklumat kepada pesawat mengenai keadaan cuaca;
  • memastikan jarak minimum dikekalkan antara kapal terbang;
  • mengendalikan kejadian yang tidak dijangka, kecemasan dan trafik yang tidak berjadual.

Anggaran Gaji Bulanan

Pegawai Trafik Udara (Ijazah)
Gaji Pokok  : RM 1815.52 – RM 5301.27
Elaun     : RM 810.00
Insentif      : RM 600.00
Elaun Penarafan (Rujuk Jadual Di Bawah)

Penolong Pegawai Trafik Udara (Diploma/DKM)
Gaji Pokok  : RM 1490.41 – RM 3435.45
Elaun     : RM 640.00
Insentif      : RM 250.00
Elaun Penarafan (Rujuk Jadual Di Bawah)

Pembantu Pegawai Trafik Udara (SPM/SKM2/SKM3)
–  Gaji Pokok  : RM 829.45 – RM 2178.66
–   Elaun      : RM 595.00
Jadual Elaun Penarafan

Sumber: Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) 

Penyelarasan/Pengurusan Perancangan Operasi Mengangkat / Lifting Operation Coordination/Planning ManagementF439-006-4:2022/F439-006-5:2022

Berita baik untuk operator/penyelia kerja mengangkat yang sudah ada SKM2/3 dalam Kerja Sokongan/Penyeliaan Operasi Mengangkat, sekarang anda boleh meningkat Tahap lagi sehingga ke DKM (4) & DLKM (5).

Bagi yang belum tahu mengenai potensi pendapatan bidang ini, gaji operator (tower crane) ni basic pun dah RM4,000-RM5,000 sebulan.

Tajuk Competency Unit Penyelaraasan Operasi Mengangkat

Sonografi Perubatan/dan Perundingan / Medical (and Consultation) Sonography Q861-003-4:2022/Q861-003-5:2022

Kelayakan minimum untuk daftar program Perubatan Sonografi Tahap 4 di mana-mana Pusat Latihan Bertauliah (SLaPB ataupun SLDN) adalah sebaran diploma kesihatan bersekutu yang berkaitan 
(radiograpfi, perubatan, kejururawaratan, teknologi perubatan makmal dan sains biomedik).

Julat gaji sonographer bergantung kepada kelayakan dan samada anda digaji di sektor awam atau swasta.
Di sektor swasta, pembantu perubatan atau jururawat yang terlatih dalam ultrasonographi menjalankan tugas seorang sonographer.

Maka, gaji berdasarkan skema perkhidmatan awam untuk Gred U29 (kelayakan minimum Diploma) adalah RM1,7973 (1)

Mengikut pautan Payscale, gaji purata tahunan sonographer yang digaji di sektor swasta pula antara RM31,000 hingga RM68m000 dengan median RM47,000 (2)

Sumber:
(1) Penolong Pegawai Perubatan Gred U29 – https://spa.gov.my/spa/laman-utama/gaji-syarat-lantikan-deskripsitugas/diploma-stp-stpm-stam-hsc/penolong-pegawai-perubatan-gredu29.
(2) Gaji purata tahunan sonographer di  Malaysia – https://www.payscale.com/research/MY/Job=Sonographer/Salary/cfd9103d/Kuala-Lumpur

Daftar NOSS 2022 - Medical Sonography
Daftar NOSS 2022 - CPC Medical Sonography

Pembelian NOSS

25 NOSS telah diluluskan pada MPKK Bil. 1/2021 (21 April 2022), 

12 NOSS yang telah diluluskan pada MPKK Bil. 2/2022 (12 Sept 2022)

(rujuk Daftar NOSS Okt 2022) boleh di beli secara atas talian di dalam laman sesawang www.myspike.my*

Sekiranya anda ada sebarang masalah untuk pembelian, boleh hubungi min untuk perkhidmatan ini.

Sebarluaskan@share Daftar Standard ini bagi menjadi rujukan kepada industri dan latihan dalam mengarusperdana latihan kemahiran di Malaysia seterusnya menjadikan NOSS sebagai rujukan utama pendidikan TVET Negara. 

Anda boleh mohon SKM melalui pengalaman kerja anda tanpa berkursus sepenuh masa jika ada pengalaman kerja dalam bidang NOSS anda.

Bengkel Pembangunan Portfolio SKM/DKM
Jika anda sudah baca panduan dan rasa masih perlukan bimbingan, bolehlah klik gambar di atas untuk mohon ikuti bengkel

Pekerjaan 3D – Sekadar Penjenamaan Semula Mencukupi?

Pekerjaan 3D
Pekerjaan 3D
Pekerjaan 3D

Pekerjaan 3D - Apa tu?

Pekerjaan 3D dalam Bahasa Inggeris bermakna kerja yang:
Dirty (kotor)
Dangerous (bahaya)
Difficult (sukar)
Ada juga yang kata Demeaning (rendahkan maruah).

Transformasi pekerjaan 3D telah disarankan sejak 2016 lagi. Namun, keingingan politik untuk mengubah perkara ini masih kekurangan lagi.

Walaupun negara mengalami situasi pengangguran yang agak teruk akibat pandemik Covid-19, namun rakyat tempatan masih tidak begitu minat dengan mengambil pekerjaan berbahaya, kotor dan sukar (3D).

Pengamal industri percaya bahawa penjenamaan semula pekerjaan ini mungkin membantu menarik rakyat  tempatan untuk kerja di sektor ini. Namun, dari kaji selidik di kumpulan Facebook TVET Malaysia dan Group SKM pula menunjukkan gaji yang setimpal/lebih tinggi dan persekitaran kerja/tempat tinggal yang lebih baik lebih dialu-alukan atau faktor penting untuk menarik mereka terlibat dalam sektor pekerjaan 3D. 

Presiden Persekutuan Majikan Malaysia,  Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman berkata, pekerjaan 3D sekarang kebanyakannya dilakukan oleh pekerja asing. Ia dielakkan oleh rakyat tempatan kerana stigma dan presepsi umum negatif dari masyarakat.

Beliau percaya penjenamaan semula pekerjaan ini boleh menjadikan ia lebih menarik kepada rakyat tempatan dan pada masa yang sama, mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing.

Pekerjaan 3D - Penjenamaan Semula

Contohnya, pemungut sampah boleh dijenamakan semula sebagai “sekutu kebersihan”, tukang kebun boleh dipanggil “sekutu landskap”, dan pemandu bas serta pengawal keselamatan boleh dikenali sebagai “kapten bas” dan “polis bantuan”.

Apa lagi nama glamour yang anda dapat fikirkan? Mari kongsi pendapat anda.

Pekerjaan 3D - Gaji Yang Setimpal

Selain penjenamaan semula, banyak faktor lain yang mungkin lebih kritikal supaya dapat menarik minat rakyat tempatan kerja.

Faktor gaji juga diakui sebagai salah satu faktor utama dan terpenting oleh Setiausaha Agung Persatuan SME Malaysia, CS Chin & Presiden Majlis Belia Malaysia, Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid.

Mohd Izzat memetik situasi di mana rakyat Malaysia lebih suka bekerja dalam industri kolar biru di Singapura di mana masa kerja yang panjang dan kerja yang sukar tetapi gaji boleh mencecah sehingga lima kali ganda gaji yang akan mereka terima di Malaysia.

“Seperti yang kita tahu, kos sara hidup semakin meningkat dan ia akan terus meningkat. Jika gaji kekal tidak berubah bagi kebanyakan orang, ia adalah isu untuk golongan muda. Majikan mesti mempertimbangkan untuk menaikkan gaji dan pakej keseluruhan mereka untuk terus menarik anak muda tempatan bekerja dengan mereka,” katanya.

Satu lagi contoh yang kita selalu nampak adalah penghantar makanan melalui pelbagai apps. Nama tak glamour tetapi difahamkan gaji bulanan boleh mencecah RM5,000 kalau rajin kerja. Angka ni adalah dari kaji selidik sebuat Pusat Bertauliah JPK di Melaka yang ingin menawarkan kursus Certified Production Technician yang ditaja kepada lepasan Diploma tetapi tidak menerima sambutan hangat kerana penghantar makanan yang ditemubual berkata dia lebih minat dengan kerjanya sekarang kerana gaji yang agak lumayan, berbanding dengan gaji di kilang.

Lepasan diploma bidang kejuruteraan? Ikutilah kursus ni untuk masa depan yang lebih cerah dan stabil

Bayaran gaji juga perlu dikaji semula mengikut keperluan kemahiran sesuatu bidang supaya setimpal dengan pekerjaan yang ditawarkan dan kelayakan atau kemahiran yang dimiliki.

Pada masa ini, pekerja tidak berminat untuk mendapatkan pensijilan kemahiran kerana pensijilan tersebut tidak dikaitkan dengan gaji dan mereka yang berada di bahagian bawah spektrum biasanya dibayar gaji minimum. Pembezaan gaji antara pekerja tempatan dan pekerja asing hendaklah berdasarkan kemahiran yang diperakui. Dengan kemahiran yang diperakui dan gaji yang lebih tinggi, pekerja tempatan akan tertarik untuk melaksanakan pekerjaan 3D yang dijenamakan semula.

Contohnya sekiranya anda ada kemahiran + Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3, gaji patutnya setimpal dengan kelayakan yang dimiliki. Sekurang-kurangnya ikut Panduan Gaji 2020 (untuk kemahiran yang terpilih). Namun, masih banyak majikan tidak memberikan apa-apa nilai untuk sijil berkenaan.

Dengan penetapan gaji minimum RM1,500 yang baru berkuatkuasa 1 Mei 2022 ini, dicadangkan Panduan Gaji 2020 patut dikaji semula supaya ia sesuai dengan keadaan semasa.

Pekerjaan 3D - Persekitaran Kerja

Pekerjaan 3D mempunyai waktu kerja yang panjang dan di sinilah pekerja tempatan merasakan tidak berbaloi. Mereka lebih suka mengambil pekerjaan lain. Dan pilihannya tidak kurang juga.

Kekurangan tenaga kerja tempatan untuk pekerjaan 3D juga berlaku kerana masyarakat melihat sektor 3D sebagai kotor dan berbahaya.

Faktor ini menyebabkan rakyat tempatan berkira-kira untuk bekerja dalam sektor 3D walaupun pekerjaan itu tidaklah seteruk sangkaan mereka.

Contohnya, pekerjaan memetik kelapa sawit dan menoreh getah bukanlah berbahaya sehingga boleh mendatangkan maut.

Begitu juga kerja-kerja pembinaan, perladangan dan perkilangan. Ia tidak digemari kerana keadaan tempat kerja yang tidak selesa, panas dan kotor.

Kesimpulan

Majikan haruslah sentiasa melakukan penambahbaikan serta meningkatkan tahap keselamatan bagi mengurangkan risiko kemalangan di tempat kerja. Majikan juga harus menyediakan persekitaran kerja serta tempat tinggal (sekiranya berkenaan) yang lebih selesa dan bersih supaya dapat menarik minat pekerja tempatan terlibat dengan pekerjaan 3D ini.

Usaha kerajaan dengan penubuhan Pusat Sehenti MYFutureJobs adalah satu inisiatif yang bagus. Tujuannya untuk memperkasakan kerjasama antara Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) PERKESO dengan Institusi/Agensi dalam memperluaskan penyampaian perkhidmatan dalam membantu golongan pencari kerja yang memerlukan bantuan perkhidmatan pekerjaan di seluruh Malaysia untuk mendaftar dan mencari perkerjaan melalui portal MYFutureJobs disamping menyediakan program perkhidmatan pekerjaan yang komprehensif, intensif dan inklusif dengan kendalian Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan PERKESO Negeri dengan bantuan pegawai/pengurus agensi berkenaan yang terlatih.

Matlamat Pusat Sehenti MYFutureJobs adalah untuk mewujudkan kerjasama antara SIP PERKESO dengan Kementerian Luar Bandar (KPLB) melalui Pusat Komuniti Desa (PKD), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia melalui Pusat Internet Komuniti (PIK), Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) dan lain-lain agensi bagi membantu golongan pencari kerja mendaftar dalam portal MYFutureJobs dengan menggunakan kemudahan-kemudahan yang sedia ada untuk mencari pekerjaan.

Gaji minimum 2022 RM1,500? Malaysia Boleh, ke?

Gaji Minimum 2022

Gaji Minimum 2022 RM1,500?

Ya, inilah penetapan kadar gaji minimum 2022 yang baharu, iaitu sekitar RM1,500 sebulan, sebelum penghujung tahun ini.

Ia telah diumumkan oleh Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan minggu lepas, 4 Februari 2022.

Beliau positif perkara itu boleh direalisasikan selepas mendapat persetujuan Jemaah Menteri walaupun nilai sebenar kadar baharu itu belum dimuktamadkan.

“Kajian yang dilakukan juga sudah selesai. Kita sudah ada angka gaji minimum untuk dibawa sebagai cadangan dan akan diumumkan selepas dipersetujui Jemaah Menteri”

“Secara peribadi juga saya merasakan, gaji minimum sedia ada perlu dinaikkan walaupun ada pekerja swasta diberikan kadar lebih tinggi dari paras itu tetapi dalam kerajaan masih ada.

“Saya tidak boleh nyatakan lagi kadar gaji minimum yang dicadangkan Kementerian Sumber Manusia tetapi ia berada di paras sekitar RM1,500 ke bawah,” katanya kepada BH, semalam.

Kali terakhir gaji minimum dinaikkan adalah pada 1 Februari 2020, dengan kenaikan RM100 daripada RM1,100 ke RM1,200 sebulan, ketika pembentangan Bajet Tahun 2020.

Walaubagaimanapun ia masih tidak dipersetujui ramai termasuk MTUC kerana mereka tetap memperjuangkan yang pekerja di Malaysia ada hak untuk menerima gaji minimum RM1,500 sebulan.

Gaji Minimum 2020

Jika anda kerja di salah satu dari 56 bandar utama ini, anda layak untuk diberikan gaji minimum RM1,200 atau harian RM46.15 (enam hari bekerja dalam seminggu), RM55.38 (lima hari) dan RM69.23 (empat hari), manakala bayaran setiap jam adalah RM5.77.

  1. Johor Bahru
  2. Iskandar Puteri
  3. Alor Setar
  4. Melaka Bersejarah
  5. Pulau Pinang
  6. Seberang Perai
  7. Ipoh
  8. Shah Alam
  9. Petaling Jaya
  10. Kuala Terengganu
  11. Kuching Utara
  12. Kuching Selatan
  13. Miri
  14. Kota Kinabalu
  15. Kuala Lumpur
  16. Seremban
  17. Batu Pahat
  18. Kluang
  19. Kulai
  20. Muar
  21. Segamat
  22. Pasir Gudang
  23. Kulim
  24. Sugai Petani
  25. Langkawi
  26. Kubang Pasu
  27. Kota Bharu
  28. Alor Gajah
  29. Jasin
  30. Hang Tuah Jaya
  31. Port Dickson
  32. Jempol
  33. Kuantan
  34. Temerloh
  35. Bentong
  36. Manjung
  37. Kuala Kangsar
  38. Taiping
  39. Teluk Intan
  40. Kangar
  41. Ampang Jaya
  42. Kajang
  43. Klang
  44. Selayang
  45. Subang Jaya
  46. Sepang
  47. Kemaman
  48. Dungun
  49. Padawan
  50. Sibu
  51. Kota Samarahan
  52. Bintulu
  53. Sandakan
  54. Tawau
  55. Labuan
  56. Putrajaya
Gaji Minimum 2022 - 1200

Jika anda bekerja selain dari 56 bandar seperti di atas ini, gaji minimum anda hanya bermula RM1,100 atau harian RM42.31 (enam hari bekerja dalam seminggu), RM50.77 (lima hari) dan RM63.46 (empat hari), manakala bayaran setiap jam adalah RM5.29.

Gaji Minimum 2022 - 1100

Denda Gaji Minimum

Jika anda mendapati majikan anda tidak memberikan kadar gaji minimum yang sepatutnya seperti yang sudah termaktub di bawah Seksyen 2 Akta Kerja 1955 (Akta 265), Ordinan Buruh Sabah (Bab 67) dan juga untuk negeri Sarawak iaitu Ordinan Buruh Sarawak (Bab 76), majikan anda boleh kena dakwa di mahkamah.

Jadi jangan main-main dengan pindaan akta Kerja 1955 yang ada sekarang ini.

“Kita agak terlewat dalam perkara ini, namun Kementerian sudah menyelesaikan kajian mengenai gaji baharu itu dan akan mengemukakan cadangan mengikut perundangan bagi menaikkan gaji minuman dari RM1,200 dan semuanya kini bergantung kepada Jemaah Menteri,” kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan.

Sumber: Berita Harian

Walaupun kerajaan tidak menaikkan kadar gaji minimum selama beberapa tahun, ada majikan khususnya swasta mengambil inisiatif memberikan kadar lebih tinggi.

Kebaikan Penetapan Gaji Minimum

Baik, kita telah tahu sejarah gaji minimum beberapa tahun kebelakangan ini.

Sekarang, kita lihat samada ia patut dilaksanakan ke tidak.

Gaji Minimum 2022 - KL & Jakarta

Sekiranya kita bandingkan gaji minimum pekerja di Jakarta dan Kuala Lumpur, ia nampak seperti gaji minimum di KL agak rendah berbanding dengan Jakarta (rujuk rajah di atas).

Namun, bila kita lihat GDP 

Dengan pelaksanaan baru ini dapat memberikan kebaikan kepada anda dan rakyat Malaysia terutamanya yang bekerja di sektor swasta.

Ini termasuklah menaikkan perbelanjaan boleh guna anda bagi membolehkan anda berbelanja lebih lagi, memberikan lebih banyak faedah kepada anda yang mana selama ini kebanyakan syarikat besar dan gergasi di Malaysia mengaut terlalu banyak keuntungan sehingga kadar gaji yang diberikan masih lagi di tahap yang rendah.

Skim Pembiayaan Perkasa TVET 2021 – Tarikh tutup 6/9/21

Skim Pembiyaan PERKASA TVET 2021

Apakah itu Program Latihan Kemahiran ‘Skim Pembiayaan Perkasa TVET 2021’ ???

Skim Pembiayaan Perkasa TVET 2021 adalah program latihan kemahiran jangka pendek (kurang daripada 6 bulan) termasuk secara modular atau customized atau Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) bergantung kepada permintaan majikan / industry di bawah Persijilan Kemahiran Malaysia (PKM) Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

Program ini dilaksanakan secara hybrid di mana pembelajaran adalah secara kombinasi iaitu secara secara bersemuka (dalam kelas) dan juga secara dalam talian (virtual).

1. Syarat Kelayakan Pelatih

  1. a) Warganegara Malaysia;
  2. b) Berumur 15 hingga 45 tahun pada tahun permohonan;
  3. c) Pelatih tidak menerima pembiayaan / geran latihan daripada mana-mana institusi kewangan lain bagi program yang sama semasa permohonan ini dibuat;
  4. d) Kriteria pelatih terdiri daripada kategori berikut:
  5. Keutamaan bagi peminjam PTPK yang terjejas dengan pendemik Covid 19; atau
  6. Pelajar lepasan sekolah atau pelajar lepasan institut pengajian tinggi; atau

iii. Individu yang mempunyai perniagaan sendiri / bekerja sendiri yang terjejas pendapatan; atau

  1. Pekerja yang terjejas pendapatan akibat pendamik Covid 19; atau
  2. Pekerja memerlukan kemahiran baru.

* Syarat-syarat adalah tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa.

2. Cara Permohonan

Pusat Latihan Swasta (PLS) boleh memohon Pembiayaan Skim PERKASA TVET 2021 dengan melengkapkan Kertas Cadangan / Request For Proposal mengikut format seperti berikut:

  1. a) Format Kertas Cadangan – Lampiran A; dan
  2. b) Ringkasan Eksekutif Permohonan (https://forms.gle/Q6rFSn9msQPP8n4M9) – Lampiran B.

Permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan sebelum 6 September 2021 jam 12.00 tengah hari di:
Peti Penerimaan Dokumen (berwarna merah)
Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran
Aras 16, Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Jalan Tun Ismail,
59480 Kuala Lumpur atau softcopy ke alamat e-mel perkasatvet2021@ptpk.gov.my.

3. Prosedur Permohonan

  1. Permohonan Pembiayaan hendaklah dibuat oleh pusat latihan secara dalam talian di laman sesawang PTPK (http://www.ptpk.gov.my) melalui portal Program Latihan Kemahiran Skim Pembiayaan PERKASA TVET 2021 Ogos 2021 Muka 4/43 Penyedia Latihan (dalam tempoh 60 hari daripada tarikh pelatih memulakan latihan dan tarikh latihan yang didaftarkan di JPK).
  1. Setelah permohonan secara dalam talian diluluskan oleh PTPK, Penyedia Latihan perlu mencetak surat tawaran pelatih, borang permohonan dan borang perjanjian daripada portal penyedia latihan.
  1. Pelatih hendaklah mengisi Borang Permohonan. (Borang Permohonan (PTPK/PERKASA TVET/2021/02)). Rujuk Lampiran 2
  1. Pelatih hendaklah mengisi dua (2) salinan Surat Perjanjian dengan PTPK. (Borang Perjanjian (PTPK/PERKASA TVET/2021/03)). Rujuk Lampiran 3
  • Mestilah menggunakan pen dakwat hitam
  • Setiap salinan perjanjian perlu dimatikan dengan setem hasil oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau mana-mana Jabatan yang di ikhtiraf.
  • Perjanjian mesti dimatikan pada atau selepas tarikh surat tawaran dikeluarkan.
  • Pelatih dan saksi perlu menurunkan tandatangan pada ruangan disediakan.
  • Pelatih perlu menurunkan tandatangan ringkas pada sudut bawah kanan pada setiap helaian surat perjanjian.
  • Kad Pengenalan tidak boleh dipinda.
  • Sekiranya terdapat kesilapan, tidak dibenarkan menggunakan pemadam cair. Kesilapan hendaklah dipotong dengan satu garisan dan turunkan tandatangan ringkas. Sebaiknya, sila semak surat perjanjian sebelum dimatikan setem dan dihantar.
  • Sekiranya surat perjanjian tersebut didapati rosak atau kotor, ianya perlu di isi dengan yang baru.
  1. Borang permohonan yang telah diisi dan dilengkapkan perlu ditandatangani oleh pelatih dan Pengurus Penyedia Latihan.
  1. Setelah permohonan diluluskan, Pusat Latihan perlu mengisi borang permohonan pelatih dan mengemukakan dokumen sokongan berikut kepada PTPK:

    a) Senarai Semak. (PTPK/PERKASA TVET/2021/01) yang telah dikemas kini;
    b) Surat Tawaran (Lampiran A) Ditandatangani Pelatih dan Pengurus PLS.
    c) Surat Perjnjian Diremitkan Setem Hasil. 
    d) Salinan Kad Pengenalan;
    e) Salinan surat tawaran mengikuti latihan daripada Pusat Latihan yang mengandungi Struktur Yuran;
    f) Salinan Borang Pengesahan Pendaftaran Calon SKM (JPK/T1002) dan resit pembayaran;
    g) Salinan ‘Saving Account Information Inquiry’ CIMB Bank (Pastikan akaun pemohon aktif dan disahkan oleh pegawai CIMB Bank).

Salinan dokumen perlu disahkan oleh Pegawai yang layak mengesahkan dokumen seperti berikut:

  • Wakil Rakyat, Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional, Jaksa Pendamai, Pegawai Polis berpangkat ASP ke atas, Pegawai Tentera berpangkat Kapten atau setaraf dan ke atas, Penghulu, Ketua Kampung, Penggawa, Tuai Rumah, Ketua Kaum / Mukim yang bertauliah tempat pelatih bermastautin atau Pengurus Pusat Bertauliah / Pengurus Penyedia Latihan yang berdaftar dengan PTPK.
  • Majistret / Notari Awam / Pesuruhjaya Sumpah dibenarkan mengesah salinan dokumen sokongan. 

Pusat Latihan perlu menghantar borang permohonan, surat perjanjian dan dokumen sokongan tidak melebihi 60 hari bekerja daripada tarikh surat tawaran dikeluarkan oleh PTPK.

Masih Berminat?

Sekiranya anda berminat untuk tahu lebih lanjut dan rasa cukup masa untuk mohon, sila baca

Buku Panduan DAN PROSEDUR
PERMOHONAN & TUNTUTAN BAYARAN
PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN
SKIM PEMBIAYAAN PERKASA TVET 2021 

Bukan Pusat Bertauliah JPK?

Kalau perlukan khidmat runding permohonan PB JPK, sila klik gambar di atas untuk hubungi kami

TVET Malaysia – Apa tu? Kumpulan sasaran, syarat dan kelebihannya

TVET Malaysia - Apakah Itu TVET?

TVET adalah singkatan bagi Technical and Vocational Education Training. TVET in Malay (BM) dikenali sebagai Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional. TVET adalah proses pendidikan dan latihan yang mempunyai hala tuju pekerjaan dengan penekanan utama terhadap amalan industri. Ia bertujuan untuk menghasilkan tenaga kerja yang kompeten dalam bidang-bidang yang tertentu. Skop TVET perlu berdasarkan Standard Pekerjaan atau lazimnya Standard Kemahiran Pekerjaan Kemahiran (NOSS) yang diiktiraf, dengan penekanan kepada komponen praktikal, kemahiran psikomotor dan pendedahan kepada latihan di industri.

TVET di Malaysia bukanlah satu perkara. Cuma TVET sering disalah erti sebagai pilihan kedua dan hanya layak untuk individu yang kurang cemerlang dari segi pencapaian akademik. Sebenarnya, stigma itu sudah lapuk ditelan zaman kerana kini graduan program  TVET kian mendapat perhatian oleh majikan.

TVET di Malaysia telah diberi nafas baharu pada 27 Sept 2017 dengan majlis pelancaran (dan penjenamaan) TVET Malaysia oleh bekas Perdana Menteri, YAB Dato’s Sri Mohd Najib b Abdul Razak untuk mengubah tanggapan dan persepsi negatif ibu bapa dengan kemahiran TVET Malaysia. Stigma ini adalah biasa memandangkan ramai di antara kita yang lebih menekankan akademik dari dahulu lagi.

TVET Malaysia

Kumpulan sasaran TVET?

Secara umumnya, terdapat dua aliran TVET yang menawarkan sijil/diploma yang diiktiraf oleh MQA.

1. Lepasan SPM (lulus) berpeluang untuk melanjutkan pelajaran sama ada dalam bidang Sijil ataupun Diploma dalam program TVET yang berkemahiran tinggi. Institusi TVET Malaysia yang menawarkan aliran TVET ini adalah seperti Politeknik, Kolej Komuniti dan Kolej Vokasional.

2.
a. Bagi pelajar yang kurang kecenderungan dalam akademik tetapi lebih suka hands-on, lepasan PT3 ataupun tanpa SPM pun boleh belajar kursus kemahiran di pusat latihan kemahiran (PLK) awam ataupun swasta yang menawarkan persijilan Sijil Kemahiran Malaysia.

b. Bagi pekerja sedia ada ataupun bakal pekerja yang ingin meningkatkan kemahiran (upskilling) atau mendapat latihan semula (reskilling) boleh juga menyertai latihan TVET melalui Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) sebagai perantis. 

c. Pekerja mahir yang sudah ada pengalaman kerja dalam bidang tertentu juga boleh mohon pensijilan TVET@Sijil Kemahiran Malaysia/Diploma Kemahiran Malaysia/Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia/Penyata Pencapaian melalui kaedah Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT).

Sijil Kemahiran Malaysia - 3 cara mohon, tawar

Apakah Syarat dan Kelayakan Kemasukan Kursus TVET/kemahiran?

Anda berminat untuk mengikuti kemahiran TVET? Mari kita semak syarat-syarat kemasukan kursus TVET ini. Anda:

  • Adalah Warganegara Malaysia. Jika bukan, boleh juga berdaftar di Pusat Bertauliah Antarabangsa (program dan pusat yang ditauliahkan amat terhad)
  • Mestilah sihat tubuh badan, tiada sebarang kecacatan atau kecederaan atau sejarah penyakit atau penyakit-penyakit yang mengehadkan, membataskan dan menyukarkan pelaksanaan kerja praktikal dan amali sepanjang kursus.
  • Mestilah TIDAK RABUN WARNA/BUTA WARNA.
  • Ada kemahiran asas membaca, mengira dan menulis.
  • Bebas daripada masalah mental.
  • Berminat dengan program dipohon (AMAT PENTING untuk anda berjaya)

Masa Hadapan Graduan TVET

Sebagai sebuah negara yang sedang pesat membangun, graduan TVET mempunyai peluang yang menguntungkan kerana negara memerlukan ramai tenaga mahir dalam bidang industri. Kebanyakan institusi TVET pula menawarkan kemahiran yang sememangnya menjadi rebutan banyak syarikat pada hari ini. 

Kemahiran-kemahiran ini bukan sahaja memudahkan anda untuk mendapatkan pekerjaan, malah ia dapat membuka peluang kepada diri anda sendiri untuk mencipta peluang pekerjaan baru dengan kemahiran yang sedia ada. Graduan TVET juga berpeluang untuk menjadi usahawan dengan kemahiran tambahan yang sedia ada. 

Kelebihan program TVET

Apa kelebihan program TVET ini? Antara kelebihannya adalah graduan program TVET mampu menguasai pengetahuan dan kemahiran praktikal dengan lebih baik berbanding lulusan program akademik. Apabila anda menceburi program TVET ini, anda dapat meningkatkan kemahiran diri kerana anda akan didedahkan dengan keupayaan sesuatu produk dengan lebih dekat melalui eksperimen atau uji kaji.

Ia memang lebih BEST berbanding dengan laluan akademik sekiranya anda jenis yang suka hands-on. Peluang kerja juga agak tinggi berbanding graduan laluan akademik. Bukan sahaja peluang kerja tinggi tetapi untuk bidang kemahiran tertentu seperti underwater welding, gajinya agak lumayan juga. Jadi, BEST tak?

Pelbagai program kemahiran dan teknikal ditawarkan. Jadi, berikut kami kongsikan 10 program TVET* (ikut bidang pekerjaan) paling popular di Malaysia.

  1. Pemasangan dan Penyelenggaraan Elektrik – Satu & Tiga Fasa
  2. Penyediaan dan Pembuatan Makanan (Kulinari)
  3. Perkhidmatan pembaikan & servis diagnostik – kenderaan ringan
  4. Pembuatan roti/pastri
  5. Perkhidmatan terapi kecantikan / estetik
  6. Aplikasi rekabentuk grafik (digital) / rekaan grafik
  7. Pengasuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak
  8. Pentadbiran Sistem/Rangkaian Komputer
  9. Pembuatan Pakaian Wanita
  10. Pegawai Latihan Vokasional (VTO)

Masih ragu-ragu dengan pengiktirafan sijil TVET (terutamanya Sijil Kemahiran Malaysia)? Jangan risau kerana ia diiktiraf oleh agensi dan badan pengiktirafan di Malaysia seperti Malaysian Quality Accreditation (MQA), Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan badan-badan profesional yang lain. 

5 Cara ePENJANA Bantu Anda Untuk JANA Lebih Rezeki

Duit ePENJANA menjana PELUANG

* Ya, anda akan/telah dapat RM50 dari kerajaan melalui inisiatif ePENJANA. Jadi mengapa tidak gunakannya untuk membeli NOSS atau berkursus, yang boleh membantu anda dari segi:

1. Peluang mencari rezeki tambahan dengan mengikuti kursus induksi JPK berikut:

PP-PPT: 10-11 Okt (tentatif)
PPL: 17-18 Okt
Syarat penyertaan: Warganegara Malaysia & umur >18 tahun.

Sila baca sebelum tanya apakah tujuan serta kelebihan kursus ini.

Kalau dah confirm nak ikuti, muat turun borang permohonan dulu dari sini baru wasap borang dan slip bayaran.

Wasap.my/60123123430/induksiPP-PPT/JPKMalaysia – Daftar induksi PP-PPT Wasap.my/60123123430/induksiPP-PPT/JPKMalaysia – Daftar induksi PPL

2. Peluang menjadi tenaga pengajar TVET dengan mengikuti kursus induksi PP-PPD-PPB pada 15-16 Ogos (PENUH) atau 12-13 Sept (PENUH).
Pendaftaran untuk sesi 3-4 Okt telah dibuka

Syarat penyertaan: Warganegara Malaysia & umur >18 tahun.
Sila baca sebelum tanya apakah kelebihan kursus ini.

Jika dah confirm, sila muat turun borang permohonan dulu dari sini baru wasap borang dan slip bayaran.
Wasap.my/60123123430/induksiPP-PPD(Kajang) – Daftar induksi PP-PPD-PPB

3. Pembangunan diri (kaji NOSS, buat penilaian kendiri serta kumpul bukti ketrampilan yang cukup untuk mohon Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) secara PPT supaya anda ada persijilan yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia serta luar negara.

4. Perkembangan perniagaan latihan (Kaji NOSS untuk menentukan samada latihan kemahiran yang anda sedang/ingin tawarkan memenuhi keperluan NOSS. Jika hampir sama, pusat latihan anda patut pertimbangkan untuk mendapatkan pentauliahan dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) supaya para pelatih anda dapat Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) nanti setelah tamat program latihan di tempat anda.

ATAUPUN

5. BELI Panduan Permohonan SKM secara PPT (yang telah dipermudahkan serta disertakan dengan sampel dokumen supaya lebih memudahkan pemahaman anda).
a termasuk:
1) Format kandungan dan susunan portfolio
2) Sumber bukti ketrampilan
3) Kategori bukti ketrampilan
4) Contoh dan sampel surat perakuan tempoh pengalaman kerja
5) Pemilihan tajuk LPKT (untuk permohonan DKM & DLKM)
6) Ciri-ciri penulisan laporan yang baik (untuk permohonan DKM & DLKM)
7) Format laporan (untuk permohonan DKM & DLKM)
Wasap.my/60123123430/BeliPanduanPPT

Tunggu apa lagi? JOM imbas sekarang!! Lepas imbas, sila whatsapp ke 012-3123430 atau emel ke ismarteducare@gmail.com;

1. Screenshot bayaran
2. Kod produk serta kod NOSS yang dikehendaki

ePenjana Touch Go
ePenjana Boost
ePenjana - Boost Cashback
Anda berpeluang dapat Cashback sehingga RM5 dengan setiap perbelanjaan RM10 ke atas

Cabaran Belajar Secara Online – Cadangan Mengatasinya

Cabaran pembelajaran online - pelajar

Pembelajaran online

Pembelajaran online mula digunakan seiring dengan perkembangan internet. Istilah pembelajaran online sering dikaitkan dengan istilah-istilah seperti e-pembelajaran (e-learning), pembelajaran jarak jauh (PJJ) dan sebagainya. Pembelajaran online adalah sama seperti pembelajaran biasa yang melibatkan komunikasi antara tenaga pengajar dengan pelajar tetapi yang membezakannya ialah mereka tidak bertemu secara bersemuka malah bertemu melalui ruang maya. Selain itu, penilaian dan pemantauan oleh tenaga pengajar juga dilakukan seperti pembelajaran biasa.

Susulan dari penularan wabak Covid-19 pada masa kini, pembelajaran online kini diperluaskan dan kebanyakkannya (dari Institut Pengajian Tinggi ke Institut Latihan Kemahiran) sehingga penghujung tahun 2020 ini.  Namun begitu, terdapat beberapa cabaran dalam mengaplikasikan pembelajaran online ini.

1.      Capaian kepada kemudahan internet

Program perisian dan sambungan ke internet adalah aspek yang paling penting dalam kelas dalam talian ini. Pelajar perlu membeli perisian terkini untuk mengakses program dalam talian mereka, atau membayar tambahan untuk menaik taraf ke internet berkelajuan tinggi. Ini mungkin menyukarkan pelajar yang kurang berkemampuan untuk belajar secara berkesan kerana kekurangan kemudahan akses internet berbanding dengan mereka yang mampu membeli segala perisian serta internet berkelajuan tinggi.

2.      Tiada kemudahan komputer/telefon bimbit

Bagi pelajar yang kurang berkemampuan, yang tiada kemudahan gajet ini pasti menyukarkan mereka untuk mengikuti segala pembelajaran dalam talian yang diusahakan oleh para pengajar dan seterusnya akan menyebabkannya ketinggalan berbanding rakan-rakan yang lain.

3.      Suasana pembelajaran yang tidak kondusif untuk belajar. 

Bagi pelajar yang kurang berkemampuan pasti menghadapi masalah ini apabila melaksanakan tugasan dari rumah.  Masalah ini meliputi suasana persekitaran yang bising, tempat yang sempit serta tiada meja dan kerusi yang sesuai.

Cabaran pembelajaran online - tidak kondusif

Cadangan untuk 1-3: Semua pelajar patut diberi pilihan untuk pulang ke kampus dan bukannya cuma 5 kategori pelajar yang dibenarkan (termasuk pelajar tahun akhir atau pelajar penyelidikan).
Ataupun Kementerian Pendidikan dan Kementerian Sumber Manusia bantu dari segi pemberian/subsidi komputer/gajet yang diperlukan untuk pembelajaran efektif (cara ini tak begitu praktikal kerana ia makan belanja kerajaan yang banyak)

4.      Keberkesanan pembelajaran          

i) Pembelajaran online juga tidak mendisiplin pelajar dan bersikap sambil lewa kerana pembelajaran adalah mengikut kesesuaian masa mereka.
ii)  Ada sesetengah pembelajaran melalui online adalah sehala, tanpa penceramah tetapi melalui LMS seperti Open Learning. 
Ini menyebabkan calon tidak dapat tanya soalan sekiranya tidak faham. Juga, ada juga calon yang gagal penilaian kerana tidak menghantar soalan penilaian, walaupun calon ingat dah hantar (tak dapat sahkan kerana tiada sesiapa yg boleh hubungi semasa penilaian) 
iii) Komunikasi juga tidak berkesan semasa pembentangan online kerana mungkin kelajuan internet tidak begitu memuaskan.

Cadangan:
i) Pengajar perlu tegas dalam menetapkan masa pembelajaran online.
Contohnya kursus induksi melalui penganjur berdaftar adalah lebih berkesan berbanding Open Learning kerana tarikh & masa telah ditetapkan (2 hari, 8.30-5.30pm), berbanding dengan Open Learning yang memberi masa 4 hari, tak kira masa. Maka ada calon yang mungkin terlupa atau tidak fokus/tiada disiplin kerana cuma belajar sendiri.

ii) Calon patut pilih kursus yang dilaksanakan secara ‘bersemuka online’@ada penceramah atau hybrid, BUKANNYA cuma melalui LMS di mana pembelajaran adalah sehala. Calon bukan sahaja lebih faham topik yang diajar kerana dapat bertanya sekiranya tidak faham sangat tetapi tidaklah perlu ulangi kursus & penilaian sekali akibat gagal penilaian kursus.
Contoh yang sangat baik adalah pembelajaran kursus induksi PP-PPD-PPB dengan CIAST melalui platform Open Learning menghadapi % kegagalan yang agak tinggi, >50% setiap kali. Ini jauh berbeza dengan rekod pencapaian calon yang berkursus dengan penganjuran yang bersemuka secara online dengan penceramah, dimana % kelulusan setinggi 100%* pada kebanyakkan masanya.
* Anjuran ISE Education, penganjur paling lama & konsisten.

iii) Pembentangan juga boleh dirakam melalui video terdahulu dan dihantar kepada pengajar kerana ia lebih berkesan.

5.      Penyalahgunaan Internet

Oleh kerana pembelajaran maya adalah berasaskan penggunaan internet, maka para pelajar akan terdedah dengan berbagai-bagai maklumat yang benar dan tidak benar, yang baik dan tidak baik yang disampaikan melalui internet.  Tidak dinafikan terdapat begitu banyak maklumat yang baik dan positif yang boleh dimanfaatkan oleh pelajar dalam meningkatkan ilmu dan pengetahuan mereka.  Namun demikian terdapat banyak perkara yang boleh melalaikan dan menyeronokkan terutamanya kepada golongan muda.  Diantaranya ialah permain games yang berbagai bentuk dan boleh dimuat turun secara percuma, juga online chatting yang membincangkan perkara-perkara yang tidak berfaedah seperti gossip, hiburan dan sebagainya.  Sekiranya para pelajar terlalu asyik dengan internet atau ketagihan internet, ia akan memberi kesan yang tidak baik terhadap hubungan sosial di dalam masyarakat.

How to Overcome Internet Addiction (with Pictures) - wikiHow

Cadangan: 1. Senaraikan perkara yang anda suka buat tetapi tidak dapat buat kerana masa tidak cukup kerana ketagihan internet.
2. Sediakan jadual pembelajaran serta masa berhibur (tak kira media sosial ataupun games) dan disiplinkan diri untuk mengikutinya.
3. Guna external stopper seperti jam loceng atau aplikasi@app tertentu yang akan menutup akses internet anda pada masa yang telah ditentukan.
4. Jauhi dari sebarang laman web, media sosial, aplikasi@app ataupun games tertentu yang anda tahu sudah menjadi tabiat anda.
5. Guna kad peringatan atau sticky note dan letak di tempat berdekatan/depan komputer/talian bimbit anda.
Mesej seperti: Saya tidak dapat main bola (sukan yang anda suka) sekiranya saya main PUBG online game melebihi xx jam.
6. Bersenam dapat menjadikan anda sihat, menaikkan mood anda, meningkatkan keyakinan diri, tidur lebih baik dsbgnya. Dengan banyak kelebihan ini, pasti anda tidak ingin terlepas dari bersenam kan? Ia dapat mengurangkan ketagihan internet anda.

Cabaran pengajaran online - pengajar

1.      Kepakaran tenaga pengajar menggunakan peralatan teknologi dan inovasi.

Dalam dunia yang serba moden ini, perkembangan teknologi sememangnya berkembang dengan pesatnya.  Justeru itu, pengajar perlu mengusai kaedah terbaik bagi penggunaan teknologi agar sesi pengajaran dan pembelajaran dapat sampai dengan berkesan kepada para pelajar. Namun, ia juga bergantung kepada infrastruktur Institusi Pendidikan/Kemahiran yang terlibat.

Contohnya, Universiti Tun Abdul Razak @ Unirazak adalah Universiti pertama di Malaysia yang melabur dan integrasikan Canvas* LMS dalam UNIRAZAK Online Experience @ platform UROX pada tahun 2018.
* Canvas adalah global leader in Learning Management Systems@LMS, di mana ia digunakan di lebih dari 3,000 buah universiti dan institusi di seluruh dunia.

2.      Capaian kepada kemudahan internet

Program perisian dan sambungan ke internet adalah aspek yang paling penting dalam kelas dalam talian ini. Pengajar perlu membeli perisian terkini untuk mengakses program dalam talian mereka, atau membayar tambahan untuk menaik taraf ke internet berkelajuan tinggi.  Mungkin, terdapat gangguan talian internet semasa pengajaran sedang dilakukan seterusnya menggangu proses penyampaian maklumat kepada para pelajar.

3.      Suasana pembelajaran yang tidak kondusif untuk mengajar

Seperti sedia maklum, para pengajar pasti menghadapi masalah ini apabila melaksanakan tugasan dari rumah.  Masalah ini meliputi suasana persekitaran yang bising, tempat yang sempit serta tiada meja dan kerusi yang sesuai.

Cabaran ini boleh dikatakan sudah tiada memandangkan rata-ratanya pengajar sudah boleh balik ke institusi masing-masing yang sepatutnya ada persekitaran yang kondusif.

4.      Pengajar terpaksa mengurus anak-anak di rumah

Bagi pengajar yang telah berkeluarga pula, terutama yang mempunyai anak kecil, pasti sedikit kesukaran apabila terpaksa mengurus anak-anak sambil mengajar.  Mereka perlu membuat jadual pengurusan yang betul agar sesi pengajaran berjalan lancar tanpa gangguan.

Cabaran ini juga rata-ratanya sudah dapat diatasi mulai 1hb Julai 2020, kecuali masih ada lagi yang bimbang untuk hantar anaknya ke prasekolah & tadika dan ibu bapa terpaksa bergilir-gilir jaga anak di rumah.

Cabaran pengajaran dan pembelajaran online di rumah

5.      Keberkesanan penyampaian dan pengajaran

Pembelajaran dan pengajaran secara online juga tidak mendisiplin pelajar dan bersikap sambil lewa kerana pembelajaran adalah mengikut kesesuaian masa mereka. Seterusnya, tenaga pengajar tidak akan tahu akan kemampuan para pelajarnya kerana tidak bersemuka dan berbincang secara perseorangan. Juga, pengajaran program kemahiran@TVET adalah terhad kerana cuma 30% sahaja adalah teori sementara selebihnya memerlukan demo, membetulkan teknik pelajar mengendalikan sesuatu peralatan atau subjek (contohnya urutan).

Cadangan: Mungkin sesetengah subjek boleh menggunakan teknologi AR (Augmented Reality) dan/atau VR (Virtual Reality) untuk menyampaikan pengajaran dengan lebih berkesan dan menarik. Namun, kos pelaksanaannya mungkin diluar kemampuan kebanyakkan institusi Pendidikan/kemahiran.

Cara penyelesaian yang seimbang

Anda kena seimbangkan dan menyesuaikan diri dengan cara pembelajaran norma baru ini. Pada pendapat saya, pembelajaran campuran (blended learning) patut diberi perhatian kerana ia membawa kelebihan pembelajaran online serta bersemuka.

1. Pelbagai Kursus Induksi JPK sekarang boleh dilaksanakan secara online, dengan penceramah dari JPK dan juga CIAST.  Ia kerap dianjur oleh penganjur paling lama di Malaysia, I Smart Educare@ISE Education Sdn Bhd.                        Daftar Bengkel SKM-PPT

Cara ini adalah jauh lebih berkesan daripada pembelajaran online sehala -CIAST(SECARA DALAM TALIAN) yang tiada penceramah. 

Ini terbukti dengan peratusan yang lulus bagi mereka yang mengikuti kursus melalui cara kedua, tanpa penceramah. Manalah tidak, faham tak faham, tiada siapa boleh tanya. Macam mana nak lulus periksa kalau tak faham?

Jadi, pembelajaran online sehala adalah tidak efektif, bukan sahaja tak begitu faham tetapi amat membazir masa untuk mengulangi kursus induksi sekali lagi dan kos peluang@opportunity cost mungkin agak besar (lambat dapat pentauliahan personel, pusat dsbgnya)

2. Program URise menggunakan sistem Canvas LMS @ UROX di Universiti Tun Abdul Razak@Unirazak yang diperkayakan dengan kelas bersemuka bulanan pada hujung minggu memberi peluang kepada pemegang (yang dah ada pengalaman kerja):

  • Sijil Kemahiran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia dan setara;
  • Diploma Kemahiran Malaysia/Diploma Vokasional Malaysia dan setara;
  • Sijil TVET lain seperti Kolej Komuniti dan Politeknik
  • Pekerja industri teknikal yang berpengalaman tetapi tidak bersijil

untuk memperolehi Diploma Profesional & Ijazah Eksekutif dalam masa yang singkat serta pembelajaran yang fleksibel.

Daftar Bengkel SKM-PPT
Jika anda memenuhi syarat di atas dan ingin mendapatkan Ijazah Eksekutif untuk kenaikan pangkat (sektor swasta sahaja)/peningkatan status sosial dalam masa 9 bulan SAHAJA

URise Program
*Program URise adalah kolaborasi antara Unirazak & ISE Education Sdn Bhd – khas untuk pemegang SKM/SVM/DKM/DVM/TVET

UNIRAZAK

ISE Education Logo

Pemegang Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Dapat Gaji Lebih Tinggi (Berbanding SPM sahaja) Untuk Perlantikan Ke Perkhidmatan Awam?

Betul ke gaji lebih tinggi dengan adanya Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)*?

Kalau anda tak percaya, bacalah sendiri dari laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia.
* Namun, semua jawatan masih memerlukan kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Tetapi jika anda kerja di sektor swasta, tak perlu risau sangat pasal SPM.

Takut anda tak tahu, pemegang Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) juga mendapat permintaan tinggi dari industri dan juga syarikat di luar negeri.

Gaji Lebih Tinggi untuk pemegang Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) berbanding SPM sahaja

Berikut adalah contoh salah satu daripada 63  jawatan yang menunjukkan kelayakan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) mempunyai gaji permulaan yang lebih tinggi.

gaji lebih tinggi

PERINGATAN

Bagi tujuan pelantikan ke perkhidmatan awam, calon yang memohon jawatan yang mensyaratkan kelayakan masuk Sijil Pelajaran Malaysia perlu memiliki sekurang-kurangnya keputusan berikut:

  • lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus dalam satu peperiksaan; atau
  • lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut; dan
  • memenuhi syarat kelayakan Bahasa Melayu iaitu Kepujian dan subjek-subjek tertentu seperti mana yang disyaratkan dalam skim perkhidmatan.

Calon yang memiliki Sijil SVM adalah layak dipertimbangkan pelantikan ke jawatan dalam Kumpulan Pelaksana yang bersesuaian yang mensyaratkan SPM/SVM. Bagi tujuan memenuhi syarat lulus atau kepujian Bahasa Melayu untuk pelantikan ke Perkhidmatan Awam, calon hendaklah memperoleh pencapaian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu (Kod 1104) seperti berikut:

SYARAT KELULUSAN BAHASA MELAYU UNTUK PELANTIKAN KE PERKHIDMATAN AWAMSYARAT PENCAPAIAN DALAM MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU (KOD 1104)
KepujianSekurang-kurangnya Gred ‘C’
LulusSekurang-kurangnya Gred ‘E’

Syarat Lantikan/Gaji/Deskripsi Tugas untuk jawatan lain boleh dirujuk di Portal RasmiSURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

Sekiranya anda cuma pemegang SPM dan tidak berpeluang melanjutkan pendidikan ke mana-mana IPTA, Kolej Komuniti atau Politkenik dan juga gagal rayuan permohonan UPU, anda masih cuba mohon untuk belajar kursus kemahiran di:

1. Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA)
2. Institusi Latihan Kemahiran Swasta (ILKS)