Pelbagai persoalan mengenai Kolej Vokasional (KV) terjawab

Sila rujuk dengan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk maklumat lanjut dan terkini untuk segala pertanyaan tentang KV sebab min bukan pakar dalam sektor ni ya, cuma sekadar kongsi dari sumber lain.

Maklumat TERBARU! (bagi yang ingin jadi pengajar di KV, bidang vokasional)
Syarat kelayakan:
1. Ijazah pendidikan
2. Sijil induksi PP-PPD-PPB
3. Sijil Kemahiran Malaysia 3 ke atas
4. Sijil VTO* – Untuk ambil VTO, anda WAJIB ada SKM 3 terdahulu

Untuk masuk Kolej Vokasional (KV), pastikan pelajar tu BETUL2 minat dan betul2 rajin. Bukan ikut kawan.

Di Kolej Vokasional, ramai pelajar yg kecundang tengah jalan sebab tak minat dan tak rajin. Sebab:

1. Bila tak minat, jadi malas.
2. Bila malas, kerja x siap dan bertangguh, serta tak boleh nak catch up.
3. Bila kerja x siap, markah PB (Pentaksiran Berterusan, 70% utk matapelajaran vokasional, 30% utk matapelajaran akademik) rendah. Bila tak mencapai tahap minimum, gagal PB. Gagal PB, sia2 je dtg exam akhir, sebab pointer akan gagal jugak.

Pelajar Kolej Vokasional bukan automatik dapat diploma. Diorg kena lalui 2 tahun sebagai pelajar SVM (pradiploma atau pelajar sijil), bila lulus dengan minimum 3 kredit (2 kredit Vokasional, 1 kredit lg lulus BM setara SPM), baru ditawarkan ke peringkat DVM (Diploma).

Itu pun, bergantung pada prasyarat program. Ada program yg pelajar wajib lulus Matematik, ada yg wajib lulus BI, baru ditawarkan ke DVM. Da diorg wajib lulus satu kursus khas bernama Core Abilities (CA).

Bermakna utk layak ke DVM, wajib:
Lulus matapelajaran vokasional minimum 2 sem (1 sem = 1 kredit)
Lulus BM setara SPM
Lulus CA
Pointer minimum 2.67 Vokasional n 2.00 akademik.

Utk yg nak tau ttg sistem pembelajaran di KV, ok begini.

Pelajar sijil wajib menghadiri sesi PDPC dari jam 8-5 (rehat jam 1), manakala pelajar diploma, jadualnya agak relax kebanyakannya paling lewat akan habis kelas jam 4. Tp ni pun bergantung pada program. Sb setiap program, tak sama jam kredit. Pelajar masih ambil matapelajaran akademik:

Untuk SVM:
BM (setara SPM)
Sejarah (setara SPM)
BI
Maths (Teknologi atau Sosial, bergantung pada program)
Sains (Teknologi atau Sosial, bergantung pada program)
Agama/Moral
PJ
Core Abilities (mcm pelajar SKM di ILP)

Untuk DVM:
Pengajian Am
Bahasa Komunikasi (Arab/Mandarin)
Matematik (bergantung pada program)
Sains (bergantung pada program)
BI
Dan beberapa matapelajaran lg bergantung pada program yg diambil.

Tapi kena tahu juga, yg SEMUA pelajar DIWAJIBKAN untuk terlibat dlm SEMUA aktiviti kolej, tanpa mengira SVM atau DVM. Yuran PIBG, dan asrama pun tiada perbezaan utk pelajar SVM atau DVM.

Kurikulum di KV tak sama dengan SMK. Kami tak guna buku teks sekolah, melainkan BM n Sejarah. Contohnya Akaun, pelajar bukan diajar prisip, tp pelajar terus didedahkan dgn cara utk buat kitaran perakaunan terus. Daripada proses kutip dokumen (pelajar akan pegang dokumen), pemfailan, hinggalah tutup akaun. Dan di peringkat diploma, pelajar akan belajar cara mengaudit akaun yg diorg dh buat tu.

Pelajar KV jugak kena sangat2 rajin. Sebab mcm sy sebut kat atas, diorg ada PB. PB ni diuji dlm kelas, amali n teori. Soalan2 yg digubal dipantau oleh pegawai dari Lembaga Peperiksaan sendiri dari semasa ke semasa. Jd tiada alasan kata KV tak diiktiraf. Pelajar yg kerap tak hadir, akan ketinggalan banyak benda, terutamanya ujian PB. Bila tertinggal, maka gagallah dia.

DVM pulak, syarat2 mcm dekat UA applied di sini. Cthnya kehadiran minimum 80%. Lulus LI. Dan sebagainya.

Selain dari tu, kena tau juga, walaupun pelajar KV dah boleh masuk IPTA, tp sasaran KV adalah utk menghasilkan 70% graduan BEKERJA, bukan utk sambung degree terus. Kalau nak sambung study, kami akan sarankan pelajar utk sambung SKM 4 n 5 berbanding degree, sebab degree lebih kepada teori, berbanding SKM, kurikulumnya lebih sepadan dengan pelajar KV.

Pelajar KV TIADA SPM. Tapi mereka WAJIB ambil BM dan Sejarah Setara SPM yg mana, dua subjek ni boleh digunapakai utk pelajar KV memohon utk bekerja dlm sektor awam menggantikan SPM (ada pekelilingnya). Yg ni, pelajar KV ramai ambil mudah. Sangat ramai pelajar KV gagal dlm dua matapelajaran ni, secara tak langsung, menggagalkan mereka dari sambung ke peringkat DVM jugak.

Tp untuk makluman jugak, SEMUA soalan Penilaian Akhir (final exam) yg diadakan pada setiap hujung semester, adalah dikelola oleh Lembaga Peperiksaan sendiri. Penggubal soalan dan Pemeriksa adalah yg pegawai dilantik oleh LP. Bukan cikgu sendiri yg buat soalan. Even result pelajar pun dikeluarkan oleh LP. Bukan bawah kolej. Yg menentukan pelajar lulus atau gagal, layak ke peringkat DVM pun, LP. Kolej tiada kuasa dlm bab ni.

Ada yg bertanya, lepas SVM boleh sambung diploma kat UA ke? Tak boleh. Tp diorg boleh sambung ke peringkat DVM di mana2 KV lain yg menyediakan program yg sama. Ataupun sambung diploma profesional & bachelor eksekutif di Unirazak, KL (IPTS), di mana ada laluan khas direka untuk graduan SVM/SKM/TVET

(Please refer to the latest update & FAQ by KPM. According to some KV teachers, students now can continue their studies in IPTA).

Sumber: Dikongsi oleh seorang guru KV di FB
Sila rujuk dengan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk maklumat lanjut dan terkini untuk segala pertanyaan tentang KV sebab min bukan pakar dalam sektor ni ya.

Kredit: Artikel dipetik dari FB Shahzalina Ghazali

214 thoughts on “Pelbagai persoalan mengenai Kolej Vokasional (KV) terjawab

      1. Hi, nak tanya kalau kita ambik bidang perakaunan so kerja yg boleh apply semua pasal akaun jelah?
        2.harga untuk masuk kv
        3.sy dengar kalau rabun x boleh apply kv betul ke?

          1. Kalau kemahiran tidak seberapa…boleh ke memohon untuk masuk ke KV ? Bab Engine?
            2.Zaman sekarang tkde pt3…boleh diterima masuk kv ke?

  1. saya mohon pencerahan.sy kurang arif tentang sekolah vakosional.
    1. Adakah hanya pelajar lepasan PT3 sj kah yg bole masuk atau lepasan spm dr sekolah lain bole memohon?
    2. apa syarat yg wajib ada sekiranya berminat dengan pelajaran di sana?
    3. perlukan kepujian dalam matapelajaran BM?

      1. Weyyy min.. Please jawab.. Urgent.. Kalau saya berminat nak masuk KV dan saya ambil bidang perakaunan.. Bolehkah saya memohon jawatan perakaunan gred 41 di bidang perakaunan nanti? Secara ringkas kalau masuk KV bidang perakaunan hanya dapat apply pembantu je ke pada masa hadapan? Tak boleh apply pangkat tinggi ke? Tak fhm dengan bidang perakaunan vokasional ni.. Adakah menjadi pembantu saje? Mohon penjelasan..

    1. Haloo tolong jawab ye,sy nk tanya tentang permohonan ke kv perlu ada pbd yg peperiksaan akhir tahun sja ke atau peperikasaan pada bulan 5 atau bebas

      1. Haloo Brian, sila rujuk dengan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk maklumat lanjut dan terkini untuk segala pertanyaan tentang KV sebab min bukan pakar dalam sektor ni ya, cuma sekadar kongsi dari sumber lain.

      1. Saya sudah buat tawaran bersama guru hritu tapi bila buat semakan katanya “tiada dalam sistem permohonan”.tetapi sya sudah buat kemas kini hritu. Perlu ke buat rayuan permohonan sedangkan sya suda buat permohonan tetapi katanya tiada dlm sistem?

    1. Bagi memudahkan pemahaman anda, aliran kemahiran ini terbahagi kepada 3 jenis iaitu:

      Aliran Teknik | Pelajar akan mengambil SPM (Kementerian Pendidikan)
      Aliran Vokasional | Pelajar akan mengambil Sijil Vokasional Malaysia (SVM) & Diploma Vokasional Malaysia (DVM) (Kementerian Pendidikan)
      Aliran Latihan Kemahiran | Pelajar akan mengambil Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) (Kementerian Sumber Manusia)

  2. Klu sya tak sambung dvm tapi lulus svm. Blh tak sy mendaftar spa cth sy ambil jururawat masyarakat? Sy tak nak ambil bidang yg sa belajar skrg. Dan klu sy tak sambung dvm, sy dpt tak sijil svm tu?

    1. Maaf Najib, tak faham soalan anda.

      Sila rujuk dengan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk maklumat lanjut dan terkini untuk segala pertanyaan tentang KV.

  3. saya sudah sepatutnya menghabiskan 4 tahun di KV untuk mendapatkan diploma. tapi saya hanya menamatkan dua tahun. di tahun ketiga, saya berhenti. apakah sijil yg saya akan dapat dari KV? adakah SVM?

    1. Shuhaizam, kiranya anda tak tamat pelajaran dan tidak pernah menjalani sebarang penilaian, patutnya tiada sebarang sijil yg diperolehi.
      Sila semak dengan KV anda.

  4. result kurang bagus boleh ke kv terima kemasukan sebab tahun lepas tiada pt3 …
    jikalau ambik ujian kv lepas, adakah ia dikira terima?
    kalau tak ambik ujian boleh ke diterima kv?
    boleh ke kalau ade banyak F masuk kv?

    1. Pelajar thn 2020 yg tak ada PT3 yg berminat nk masuk KV perlu mohon je sekolah khusus..pilih ke KV dan semua yg memohon perlu melalui ujian pentaksiran khas yg dianjurkn KPM yg dh bermula feb 2021 secara berperingkat.

  5. Sekiranya pelajar gagal dalam peperiksaan svm sejarah setara , hanya lulus bahasa melayu setara . Adakah dia masih lepas untuk sambung ke dvm ?

  6. macam mana mereka kira markah exam pksk tu ? sebab last year tkda pt3 . so hnya bergantung kepada exam tu . kalau gagal , masih boleh memohon atau tidak ?

    1. Hi Nazwa, cuma boleh masuk ke IPTS/IPTA shj.

      Sekarang dah takda Maktab Perguruan, cuma IPG, tapi tak boleh masuk

        1. Hai. Sy batch 06. Sy rancang nk masuk kv tahun depan. Ada pape kelayakan ke untuk masuk? Disebabkan covid, pt3 tahun ni batal. Yuran berapa ye? Sampai ribu tak? Sy kalau boleh nk grad kt kv. Tp kv tak de spm, kan?

  7. salam admin, nak tanya jika saya dah terima tawaran kv yg diluluskan tapi nak tukar ke kv lain tapi kos yang sama, boleh ke @ macam mana

  8. Min Nk Tanya , Saya Hantar Results Sy Untuk Recheck . Sbb Ade Subjek Bengkel Belum Kompeten , So Kalau Result Dia Tak Berubah I kena Sambung Buat Skm Kan , Lepas Buat Skm Apa Saya Boleh Buat ? Boleh Apply Kolej Mana . Saya Harap min Tolong Saya Ngan segera. Terima Kasih

  9. Salam min, saya nak tanya, adakah utk layak sambung dvm, subjek kemahiran perlu smua at least B- ? Walaupn dpt pngkv 3.5 (sem4) tp ada satu subjek kemahiran yg C+, maka xlayak ?

  10. Maaf nak tanya andai kata seseorang tu dah umur 20+ dan dia tak pernah ambik spm lagi. Boleh ke ambik spm kat kv? And perlu ke masuk kelas macam biasa?

    1. Farhana, pemilihan pelajar bergantung kpd minat dan kecenderungan pelajar terhadap bidang yg dipohon.. sesuai dgn tahap pencapaian akademik. Pencapaian akademik yg baik adalah 1 bonus utk pelajar tu.

      1. nak tanya kalau dapat tawaran kv tu tapi x minat and takbuh masuk dkpe ke untuk t4…nak sekolah biasa? 🤔..sbb dapat kulinari tapi sy darah rendah masak lama ..jadi cg tu kabo kene ambii pelancongan and skrg dpat pelancongan tapi x nak gi pendaftaran t4 dkpe ke nak sekolah biasa

  11. Salam tuan, untuk svm, paper teras seperti bm, bi, math, sains dan pendidikan islam, adakah soalan paper exam svm sama dengan paper spm? Terima kasih

    1. Maaf Tini, sila rujuk dengan KV untuk soalan ini. Min cuma kongsi artikel mengenai KV, bukan pakar sangat dalam hal ini.

    1. Ya Syafiq, hampir semua KV ada (KV Kuching dan KVSAS Banting takda) kecuali rumah anda berdekatan. Tapi kalau ada kekosongan asrama, rumah dekat pun boleh.

  12. Kalau dah berhenti sekolah atau dibuang sekolah…
    Lps tu secara tiber tiber rasa berminat nak masuk kolej vocational boleh ke?

  13. Pointer akademik saya 2.18 untuk sem1 Dan sem2 , boleh ke saya sambung diploma , walaupun saya tahu pointer akademik kena lebih dari 2.00 , tapi hati rasa tak tenteram pula haha

  14. assalammualaikum admin saya nak tanya , kalau saya mohon kv course pengurusan perniagaan tapi apabila dapat tawaran daripada kv bolehkan saya menukar course pengurusan perniagaan kepada perakaunan ? harap admin dpt menjawab persoalan saya . terima kasih !

  15. bku teks lain lain eh..hbistu kne pulangkan blik la semua bku dekat sklh asal kecuali bm dengan sej ? tolong jawab admin 🙂 sbb sya tgh confuse ni

      1. nak tanya, saya nak amik kv bidang fashion, dngrnye markah pajsk mmng dititikberatkan, betul ke? and macam mana nk apply boleh masuk ke tak kalo tkde pt3, risau sebab subjek math&sain kelaut 😭😭

  16. kalau dah masuk kv.pastu rasa macam nak keluar sebab tak minat.lama ke masa nk buat sijil berhenti kolej vokasioanal

  17. Saya nak masuk tapi masih blh ke…atau dah terlambat …saya umur dah 16 tahun …saya betul2 minat nak masuk …kalau boleh lagi ..boleh ke tolong saya …ni no.017 308 4584 saya..😭😭saya lebih suka ke amali bidang saya … pembelajaran saya lemah😭😭

  18. Assalamualaikum min nk tnya kv ni ad 4 sem utk svm dn juga dvm klau mcm sya ni svm sem 4 sya nk thu klau kita ad 2 sem yg lulus dn 2 sem gagal layak ke kita utk ke peringkat diploma??

    1. Hi Hazeeq, boleh sambung ke DKM bidang sama ataupun Diploma akademik di IPT, tertakhluk kepada syarat tambahan IPT masing-masing, sekiranya ada.

  19. Assalamualaikum

    Saya ingin bertanya… anak saya gagal untuk meneruskan pelajaran ke DVM. Lulus dalam subjek BM tp gagal dalam subjek sejarah..Kalau nak mohon kerja kebanyakan nak kena ada sijil SPM…Jd bagaimana anak saya nak mohon kerja? Tak mcm SPM blh ambil semula SPM…adakah anak saya perlu ambil spm subjek tertentu sahaja atau perlu ambil semula SPM sebagai calon persendirian?

    1. Azhar, kebanyakan kerja yang anda maksudkan perlu SPM tu adalah rata-ratanya kerja di sektor awam atau GLC.
      Kalau swasta, biasanya tidak menjadi masalah.

      Kalau nak ambil semula SPM juga, kena daftar sebagai calon persendirian.

  20. Maksudnya kalau gagal vokasional untuk pertama kalinya..ia masih ada peluang kan?? Sebab cg kata bole gagal svm minimum 2 kali? Betul kan? Mohon pencerahan 😞😞

  21. Assalammualaikum cik, sy seorang alumni dvm svm course technology in ground ops (Aviation) intake khas under KPM. pointer sy alhamdulillah smua tnggi 3.5 dan telah graduate. Persoalan sy adakah svm dvm ni setaraf skm dan dkm? adakah sy layak utk mendftar sbg tenaga pengajar institut kemahiran?

  22. Assalammualaikum… Kalau disamping teruskan pelajaran di aliran vokasional ni, boleh tak kalau pelajar ambil SPM juga sebagai calon persendirian?

  23. Aslm.. bole tahu mcm mna nk Memohon buat semula sijil DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA atas sebab sijil rosak? saya nak renew sijil DVM ..

  24. Admin.. nak tanya..
    kalau diploma ada dapat elaun atau bagaimana ya.. sebb kalau di peringkat diploma di institut lain maybe ada dapat pinjman, elaun dan sebagainya lah.. Kalau Diploma dekat KPM ni bagaimana?

  25. Anak saya telah mendapat ke kv ipoh dalam bidang pemasaran. Tapi saya ingin memohon pertukaran kursus dalam bidang kulinari di kuala kangsar. Apa yang harus dilakukan.

  26. hi min nk tanya kalau semester 4 akhir ..result keluar PNGKA bawah 2.00.pelajar kene mengulang semula semester 1,2,3,4 ke atau sem 4 sahaja untuk naikan pointer PNGKA 2.00 ke atas

  27. Min
    .kalau dah habis pradiploma . Kan dapat sijil skm tu..tahap 3.. bolehkh ambil sijil tu di jabatan pendidikan selain ambil Dari kolej?

    1. Maaf, pradiploma dengan SKM3 tidak berkaitan.

      SKM dianugerahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, melalui Pusat Bertauliah yang menawarkan program kemahiran yang telah ditauliah.

  28. Hi, adik saya pelajar tahun 1 diploma di kv chenor (18 tahun), kiranya adik saya dikategorikan bawah apa? Pelajar ipt / sekolah menengah? Saya confuse part ni sbb bila nak isi apa2 bantuan/borang, hanya ada kategori ipt/sekolah menengah/sekolah rendah sahaja, jadi saya nak masukkan adik saya di kategori yang mana?

    1. Hi Amira, min rasa ia bawah kategori sekolah menengah (antara 3 yg dinyatakan oleh anda).
      Untuk kepastian, sila rujuk dengan KV terus.

  29. Hi bolehkah kalau pelajar form 5 memohon kemasukan di kolej vokasional? Saya sangat berminat untuk memasuk kolej vokasional buat sesi 2024/2025.
    Saya murid yang baru habis tingkatan 3 dan saya nak masuk kv pada tingkatan 4 adakah saya boleh mengambil pemohonan untuk masuk ke kv?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *