Kursus Induksi SLDN
Kursus induksi SLDN merupakan kursus asas yang WAJIB dihadiri oleh semua personel SLDN sebelum menjalankan program latihan SLDN di Pusat Bertauliah. Anda akan diberi penerangan secara komprehensif mengenai konsep dan pelaksanaan SLDN.
1. Siapa Patut Ikuti Kursus Induksi SLDN?
Kursus ini merupakan suatu keperluan kepada personel SLDN yang dilantik samada sebagai:
- pengurus pusat/syarikat SLDN,
- penyelaras pusat/syarikat SLDN,
- pengajar pusat latihan SLDN,
- coach industri SLDN
2. Kelebihan Memiliki Sijil Induksi SLDN
Setelah memiliki sijil induksi SLDN ini, anda boleh (tertakhluk kepada kelayakan & syarat lain):
- Menubuhkan Pusat Latihan SLDN (tempat belajar teori, perlu Pengajar, Pengurus/Penyelaras) untuk kerjasama dengan Syarikat SLDN atau
- Berdaftar sebagai Syarikat SLDN (tempat kerja/praktikal, (perlu Coach, Pengurus/Penyelaras) untuk kerjasama dengan Pusat Latihan SLDN bagi menawarkan program Sijil Kemahiran Malaysia kepada perantis.
3. Menubuhkan syarikat latihan dalaman (SI) di mana pembelajaran di bilik kuliah serta tempat kerja adalah di premis yang sama (tetapi berasingan bilik/bengkel).
Perlu Pengurus/Penyelaras, Pengajar & Coach di dalam premis yang sama.
4. Dilantik sebagai Pegawai Pengesah Luaran (PPL) kaedah SLDN @ PPL-SLDN, dengan syarat anda juga memenuhi syarat lantikan PPL*
* Pra-syarat mengikuti kursus induksi PPL (2 hari) adalah telah lulus induksi PP-PPD-PPB (2 hari). Sila rujuk Jadual Induksi JPK yang terkini di sini.
Kursus-kursus lain yang perlu dihadiri oleh personel SLDN yang dilantik selepas kursus ini ialah:
- Kursus NDTS Coach Training Programme untuk jurulatih syarikat SLDN dan
- Kursus NDTS Trainer Training Programme untuk pengajar pusat latihan SLDN.
Kedua-dua kursus ini dilaksanakan selama 4 hari, bersemuka sahaja. Sila hubungi kami untuk pertanyaan lanjut.
3. Jadual & Kandungan Kursus
4. Mod Kursus
Sesi pembelajaran kursus ini akan dijalankan sepenuhnya secara dalam talian*, dengan penceramah dari CIAST.
* Sekiranya anda ada sekumpulan pekerja/calon yang ingin mengikutinya secara bersemuka, boleh maklumkan kepada kami untuk anjurkannya secara in-house.
5. Sijil Kursus
Setiap calon yang berjaya mengikuti kursus induksi SLDN sehari ini akan dianugerahkan e-sijil dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (boleh cetak dari akaun myspike anda kalau perlu).
Hi, Assalammualaikum/Salam sejahtera. Adakah pihak tuan ada menjalankan kursus induksi PP/pengajar berkaitan dengan pekerja asing? Jika ada apakah kelebihannya dan bagaimanakah mencari peluang atau sasaran setelah memiliki kursus induksi ini.
Maaf En Muhammad Suhaily, kami cuma pernah laksanakan kursus induksi untuk pekerja asing, bukan untuk pengajar berkaitan dgn pekerja asing.