Lepasan KV boleh ambil VTO?
Ya, jika anda lepasan KV dan pemegang diploma/ijazah bidang teknikal, boleh ambil VTO. Namun, pra-syaratnya (mulai 1/1/19) adalah perlu ada Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 bidang kemahiran/teknikal.
Sekiranya anda ada DVM, Diploma atau Ijazah akademik, anda akan layak jadi TENAGA PENGAJAR & juga PEGAWAI PENGESAH DALAMAN (walaupun tanpa Sijil Kemahiran Malaysia tapi kena ada sijil induksi PP-PPD-PPB).
Sekiranya anda ambil VTO, anda layak dilantik sebagai Pegawai Penilai (PP)
Cuma pastikan bidang kelayakan anda tu sudah ada dalam Daftar NOSS supaya anda dapat jalankan internship (praktikal mengajar di Pusat Bertauliah JPK awam/swasta) selama 6 bulan setelah habis kursus teori.
Kepentingan Pengetahuan Mengenai Pegawai Penilai dan Tenaga Pengajar
- Paling penting sekali, anda tahu apakah kriteria lantikan PP dan TP supaya tidak silap mengikuti kursus dan membazir wang dan masa mengikutinya!
a) Dari 3 jadual di atas, jelas menunjukkan kedua-dua PP dan TP WAJIB lulus kursus induksi PP/PPD/PPB.
b) Dari segi pemilikan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) atau Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM), adalah TIDAK WAJIB untuk TP tetapi WAJIB untuk PP.
Sekiranya anda ada pengalaman kerja dalam bidang kemahiran anda (> 3 tahun ke atas secara amnya) tetapi masih tiada SKM lagi, bolehlah mohon SKM secara PPT (Berdasarkan pengalaman kerja & bukti ketrampilan, tak perlu ikuti kursus berbulan/tahun lamanya)
c) Juga, PP WAJIB ada Sijil Pegawai Latihan Operasi/Vokasional (I-031-3:2014) @ VTO (yang merupakan syarat asas lantikan sebagai Pengajar Vokasional) atau Sijil Teknik Mengajar yang diiktiraf oleh JPK (rujuk jadual di bawah).
Kursus-Kursus Untuk Melayakkan Anda Sebagai Pegawai Penilai (Selain SKM)
1) Kursus VTO
Pengambilan akan datang: bulan Nov/Dis, akan ditentukan kemudian mengikut bilangan calong.
2) Induksi PP-PPD-PPB
Tarikh: 8-9 Oktober di Kepong Metro Prima (sekiranya anda di negeri lain yg jauh, tolong maklumkan, mungkin ada alternatif). Sila rujuk Jadual Kursus Induksi Terkini dari sini.
Tarikh tutup: 30 Sept
Jika ada pertanyaan lanjut, sila hubungi 03-27819937 atau 012-3123430.
Saya pemegang diploma kejuruteraan mekanikal(bahan), layak x nak ambik kursus sijil VTO ni?
Maaf Mohd Iffat, anda perlu ada SKM3 dulu.
Boleh baca syarat VTO dari sini