PP-SLaPB vs PP-PPT
1. Peranan & Tanggungjawab
PP-SLaPB
PP-PPT
2. Syarat Kelayakan
PP-PPT
- Warganegara Malaysia atau penduduk tetap, berumur 18-65 tahun
- Sijil Induksi PP-PPD-PPB
- Sijil Vocational Training Operation (VTO) @ Sijil TVET-i
- Minimum Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 program berkaitan atau
- Kemahiran lain & 3 tahun pengalaman bidang berkaitan. Rujuk Jadual 1
- Warganegara Malaysia, biasanya 30 tahun ke atas
- Sijil Induksi PP-PPT
- Pengalaman minima 10 tahun dalam bidang kemahiran/SKM yang dimiliki jika lantikan JPK atau 5 tahun jika PP-SLaPB di PB-PPT (Pusat Bertauliah-PPT)
- Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3
3. Tempat Bertugas
PP-SLaPB
PP-SLaPB bertugas di mana-mana institut latihan kemahiran yang ditauliahkan oleh JPK.
Cth PB Awam – Institut Latihan Perindustrian (ILP), Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara, Giatmara, Kolej Vokasional & ADTEC (Kod Pusat bermula dengan huruf K)
Cth PB Industri – Pusat Latihan Teknikal Perodua, Sime Darby Industrial Academy, Naza Academy dll (Kod Pusat bermula dengan huruf I)
PB Swasta – Kod Pusat bermula dengan huruf L
Kaedah pensijilan adalah melalui kaedah Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu.
- PP-PPT dilantik oleh JPK untuk menilai calon berpengalaman kerja yang mohon SKM secara PPT – tempat bertugas, iaitu kaunseling dan penilaian mengikut alamat calon ataupun di tempat yang dipersetujui oleh calon dan PP-PPT
- PP-PPT yang dilantik oleh PB-PPT pula bertugas di PB-PPT.
4. Masa Bertugas
PP-SLaPB
PP-PPT
Lazimnya, kursus adalah dijalankan secara sepenuh masa, maksimum 8 jam sehari. Jadi, secara amnya dari 8.30-5pm, Isnin-Jumaat/Ahad-Khamis.
PP-PPT lantikan JPK: Masa adalah fleksibel, anda boleh buat temujanji dengan calon bila-bila masa, asalkan sesuai. Contohnya malam 9pm atau hujung minggu pun boleh.
5. Cara Memohon
PP-SLaPB
PP-PPT
Anda perlu dilantik dan terima lantikan oleh mana-mana Pusat Bertauliah JPK (PB), sekiranya memenuhi syarat kelayakan.
PB akan mohon untuk dapatkan perakuan sebagai PP bagi pihak anda, dalam talian.
Anda perlu mohon untuk jawatan PP-PPT dalam talian, setelah memenuhi syarat lantikan.
Boleh rujuk sini untuk mengetahui langkah-langkah serta dokumen yang perlu dimuat naik semasa permohonan.
6. Bayaran/elaun
PP-SLaPB
PP-PPT
PP biasanya adalah pekerja sepenuh masa di Pusat Bertauliah JPK. Gaji purata adalah antara RM1,700-2,500, bergantung kepada pengalaman, kelayakan, bidang dan tempat Pusat Bertauliah tersebut.
A Elaun kaunseling dan penilaian portfolio adalah RM100/tahap/program
B Elaun tuntutan perjalanan PP-PPT (T&T)
Tuntutan hanya dibenarkan sebanyak dua (2) kali sepanjang proses kaunseling/penilaian dan verifikasi