Bengkel Pembangunan Portfolio SKM/DKM/TVET-i
Bengkel Pembangunan Portfolio SKM/DKM/TVET-i bagi tujuan Persijilan Kemahiran Malaysia secara Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) boleh dibahagikan kepada 3 jenis:
a) Program SKM – Pembangunan portfolio sahaja
b) Program DKM/DLKM – Pembangunan portfolio & Laporan Projek Ketrampilan Terdahulu (LPKT)
c) TVET-i – Pembangunan portfolio & kursus intensif TVET-i (5 hari)
Adakah anda layak mohon SKM/DKM/TVET-i secara PPT?
Jika anda minat untuk mendapat pengiktirafan kemahiran anda berdasarkan pengalaman kerja dan pencapaian terdahulu, persijilan secara Pencapaian Pengiktirafan Terdahulu (PPT) adalah kaedah yang paling sesuai. PersijilanKemahiran Malaysia merupakan sistem persijilan bagi bidang kemahiran yang diterajui oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia (JPK).
Bengkel Pembangunan Portfolio SKM/DKM/VTO Jimat wang dan masa - sehingga 95%!
Mari kita buat perbandingan kos antara belajar secara sepenuh masa/separa masa di pusat latihan kemahiran awam/swasta yang ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia (JPK) dengan pentauliahan PPT.
Yuran pembelajaran program SKM setahap di pusat latihan kemahiran awam/swasta (purata) – RM 6,000
Yuran pendaftaran program SKM setahap secara PPT – RM300
Penjimatan: 95% RM anda!
Masa pembelajaran program DKM (purata) – 15 bulan termasuk OJT
Masa pembangunan portfolio & LPKT (purata) – 3 bulan* (tak termasuk masa tunggu penilaian dan pengesahan PP-PPT & PPL-PPT)
Penjimatan: 80% masa anda!
Bidang kemahiran apakah yang boleh anda mohon SKM/DKM secara PPT?
Anda boleh mohon apa sahaja bidang (tidak terhad kepada satu sahaja), asalkan anda ada cukup pengalaman kerja serta bukti-bukti ketrampilan yang dapat memenuhi NOSS bidang kemahiran tersebut.
Contohnya, anda mungkin ada pengalaman dan bukti dalam bidang yang berkaitan rapat seperti kecantikan, spa, aromaterapi, make-up & terapi urut. Jadi kalau layak, mohonlah untuk semua bidang.
Berapa tahun pengalaman kerja yang perlu saya ada untuk layak mohon SKM/DKM/TVET-i secara PPT?
Bagaimanakah Cara Untuk Memohon SKM/DKM/DLKM-PPT?
1. Pertama sekali, kenalpasti bidang kemahiran/kod NOSS kemahiran yang sesuai dengan pengalaman kerja anda dari Daftar NOSS yang boleh dimuat turun dari laman ini.
2. Lepas tu, beli NOSS melalui:
a) www.myspike.my (cuma sah setahun sahaja)
b) JPK Putrajaya/Cyberjaya/pejabat Wilayah – Cara terbaik jika anda berdekatan ataupun perlu pergi ke sana.
c) Hubungi kami – Jika anda masih tak dapat nak beli dari myspike & perlukannya cepat ataupun tinggal jauh dari pejabat-pejabat JPK.
3. Kaji NOSS & buat Penilaian Kendiri – pastikan anda betul-betul terampil (dah tahu lakukan aktiviti tersebut dan ada BUKTI kukuh).
4. Jika semua Work Activities pun terampil/ada bukti, bolehlah mohon kat www.myspike.my
5. Dokumen yang perlu dimuatnaik:
• Surat pengesahan majikan beserta tempoh pengalaman bekerja dalam bidang kemahiran berkenaan (Jika mempunyai majikan)/ Surat Akuan Sumpah (Tiada Majikan/ bekerja sendiri) ATAU
• Salinan pendaftaran syarikat (Jika pemilik syarikat)
• Salinan SKM tertinggi yang dimiliki (jika rekod dalam profil pengguna tidak dipaparkan)
• Borang cadangan tajuk ringkasan LPKT bagi permohonan DKM/DLKM
Mengapa Sertai Bengkel Pembangunan Portfolio SKM/DKM/TVET-i?
Anda telah baca panduan persijilan kemahiran Malaysia secara PPT dan manual permohonan secara online dan langkah-langkah permohonan tetapi masih keliru atau tidak yakin dan memerlukan bimbingan dari A-Z.
Mungkin keliru dari segi permohonan secara online, tak pasti cara pengumpulan serta jenis bukti ketrampilan yang kukuh untuk pembangunan portfolio yang dapat diterampilkan oleh Pegawai-Penilai Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PP-PPT) tanpa banyak masa terbuang, tak tahu cara penulisan Laporan Projek Ketrampilan Terdahulu (LPKT) untuk DKM/DLKM atau pembangunan WIM untuk TVET-i.
Noss:HT023:3:2012
Hi Veliyemah, dah balas kpd anda melalui emel, sila semak.
Assalamualaikum
Saya pemilik salun dan spa muslimah dan telah menjalankan perniagaan semenjak 2017.
Saya ingin memohon untuk dapatkan SKM dari pihak Tuan.
Pn Rosie, sila semak emel anda, tq
Salam Sejahtera,
Boleh saya tahu, cara memohon VTO, dan berapakah yuran?
Pagi Tina, anda nak mohon melalui PPT ke? Sila semak emel anda
nk amik sijil DKM/DLKM mmng nk kena amik SKM 3 dulu ke atau boleh terus lompat base pada pengalaman?sbb kt column tulis yg sy phm mcm boleh lompat terus tanpa kne amik SKM 3 dulu..sbb kt situ tulis * hanya terpakai jika stndart(pemohon) tidak mempunyai tahap terendah..kn?
* hanya terpakai jika standard (NOSS) tidak mempunyai tahap terendah.
Kalau NOSS tu mula dari Tahap 4, boleh mohon DKM terus jika layak dari segi pengalaman kerja.
Kalau NOSS tu mula dari Tahap 2, kena mohon dari Tahap2 walaupun layak untuk mohon sampai DKM, tak boleh lompat terus
Jika saya hendak buat Diploma pendidikan awal kanak2..
sy ada sijil VTO + Diploma Mekanikal + Bekerja dengan TBK KEMAS.
Adakah sy layak memohon dengan kaedah PPT
Arezila, kelayakan untuk mohon PPT tu bergantung kepada pengalaman kerja anda dalam bidang tu serta juga kelayakan SKM yang lebih rendah anda.
Untuk mohon DKM pendidikan awal kanak2, anda kena ada SKM3 bidang ni dulu.
Untuk mohon SKM3 bidang ni melalui PPT, buat penilaian kendiri dengan pembelian NOSS atau terus dari myspike.my. Kalau dah pernah lakukan semua Aktiviti Kerja yg tersenarai, bolehlah mohon SKM3 pendidikan awal kanak. Lepas lulus barulah boleh mohon DKM bidang ini.
Kalau dah baca Panduan dan masih tak tahu, sila hubungi kami di 012-3123430 untuk ikuti bengkel bimbingan.
Saya ingin bertanya.
Sekiranya saya berminat untuk menjadi tenaga pengajar di pusat kemahiran apa yang perlu saya apply sekiranya latar belakang bidang semasa ijazah Sains Komputer.
maklumat tambahan:
ijazah dalam bidang Sains Komputer
pengalaman berkerja 4 tahun sebagai jurutera perisian
status pekerja masih mencari pekerjaan yang lebih baik
Salam Noor, secara amnya, anda perlukan SKM3 bidang kemahiran yg ingin diajar jika anda ingin dilantik untuk mengajar Tahap 3. Namun, jika ajar Tahap 4 atau 5 (tak banyak pusat), anda tak perlu SKM3. Cuma perlu Ijazah + 2 tahun pengalaman kerja serta sijil induksi PP-PPD-PPB.
Jika nak jadi Pegawai Penilai (beza dengan Tenaga Pengajar) pula, anda perlu sijil pengajar vokasional (VTO)
Macam mana saya nak ambil VTO-PPT ya ? Pengiktirafan Peringat Terdahulu..
Dah balas anda melalui wasap ya Fazli
Aslkm saya pemilik spa sejak 2017.saya ingin memohon sijil skm utk mnjdi tenaga pengajar bole ke
Boleh Syuhada, dah balas wasap anda ya
Assalamualaikum en admin.. Saya nak bertanya.. Saya dah lulus skm tahap 3 Dan nak sambung dkm tahap 4…adakah dkm tahap kena buat portfolio sama macam skm tahap 3..sbb saya ada baca dlm laman Web ppt.. Kena buat portfolio dgn LPKT…
Ya Adi, kalau secara PPT, kena buat portfolio & LPKT
pagi tuan… sy ingin sertai PPT SKM3..mcm mana tuan..?
Nik, maksud anda nak sertai bengkel bimbingan untuk belajar apa tu SKM, PPT & cara nak bangunkan portfolio anda ke anda nak sertai kursus induksi PP-PPT?
Assalamualaikum admin…saya ada skm 3 …Macam mana saya nak ambil diploma tvet-PPT ya ?
Emma, baca, fahamkan Panduan & mohon sendiri di myspike.my
Kalau perlukan bimbingan, boleh hubungi min di 0123123430
Assalamualaikum admin..saya ada SKM Tahap 3 Elektrik ,kemudian nak sambung DKM..saya dan baca semua info tapi ada yng tak paham.saya perlukan bimbingan dan orng yng boleh guide saya untk sambng DKM.
Hi Roy, sekiranya perlukan bimbingan, sila isi maklumat anda di pautan yg diberikan
salam min,,saya ada ijazah dlm rekabentuk iklan nk mohon sebagai tenaga pengajar..dan ianya memerlukan VTO kan?..jadi bagaimana saya ingin bermula ya? boleh bagi langkah-langkah untuk memohon?
Hi Ahmad, anda perlukan 3 sijil berikut untuk jadi Pegawai Penilai (mengajar & menilai) di Pusat Bertauliah JPK
1. Sijil induksi PP-PPD-PPB
2. Sijil Kemahiran Malaysia 3 atau lebih tinggi – boleh mohon melalui kaedah PPT sekiranya ada pengalaman kerja
3. Sijil pengajar seperti VTO/TVET-i
Salam min,i sudah dapat SKM tahap3 dalam pendidikan awal kanak2.Ingin bersambung DKM .i sdh baca info diatas,tetapi tak tahu macammana bermulakan.boleh minta tolong..tq
Liang, anda boleh mohon DKM bidang sama jika ada pengalaman >2 tahun dalam bidang ini DAN memenuhi semua Aktiviti Kerja yg tersenarai dalam NOSS bidang ini.
Langkah pertama, baik beli NOSS DKM bidang ni (kod T982-001-4:2018) dari myspike.my untuk buat penilaian kendiri (pastikan pernah melakukan semua Aktiviti Kerja yg tersenarai dalam NOSS)
Salam admin.saya nak apply skm automotive.saya ada 3tahun kemahiran.boleh ke saya apply skm tahap 1,2dan 3.boleh admin tunjuk ajar
Hi Meng, mungkin boleh. Sila isi butiran anda di sini
Salam, sy nk tanya.. saya bekerja sebagai Eksekutif Pentadbiran di syarikat lebih kurang 5 tahun. Berminat nk ambik SKM PPT bidang pengurusan / pentadbiran syarikat. Macam mana caranya?
Hamiyrul, sila hubungi 012-3123430 sebab kalau dah baca laman ni, masih tak faham dan perlukan khidmat bimbingan (berbayar)
Hi…saya pengalam lebih kurang 10 tahun dlm automotif…layak ke saya untuk mohon DKM terus atau perlu SKM 2 & 3 dahulu..sekarang saya ada cuma ada level 1 SKM sahaja
Hi Izzani, anda perlu mohon SKM2&3 dulu, ataupun 2,3 & 4 serentak.
Salam….apa beza vto dengan tvet-i
Hi Iman, VTO adalah sijil pengajar kemahiran Tahap 3, TVET-i – Tahap 4
VTO tidak boleh dimohon secara PPT mulai 1 Julai 2022, TVET-i masih boleh
Kursus VTO rata-ratanya masih ditawarkan oleh Pusat Bertauliah (PB) swasta dan TVET-i rata-ratanya oleh PB awam@CIAST & kampus satelitnya serta beberapa PB swasta di Sarawak (buat masa ini)
Kedua-duanya masih boleh digunakan sebagai sijil pengajar untuk lantikan sebagai Pegawai Penilai di Pusat Bertauliah, swasta mahupun awam, setakat ini.
Hi, saya dah ada SKM Tahap 3 Operasi Sistem Komputer melalui PPT. Sekarang saya bercadang nak DKM dalam bidang yang sama juga. Ada sediakan cara ppt untuk DKM ? Apa syarat-syaratnya ?
Ya Abdul Ariff, ada. Dah buat penilaian kendiri?
Layak mohon secara PPT tak?
saya ade skm 3 dlm bidang jahitan, kalo nak jdi tnaga pengajar kena ambil tvet ke?? tvet tu adekah kena bljr dari awal semula dlm skm 1-3?
Anirah, kalau nak jadi tenaga pengajar sahaja, cuma perlukan ikuti kursus induksi PP-PPD-PPB