Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) diterima di industri dan luar negeri ke?

SKM diterima industri/luar negari
Contoh SKM bidang VTO (I-031-3:2014) – Pegawai Latihan Vokasional – WAJIB untuk Pegawai Penilai (PP)

SKM diterima industri/luar negeri?

Isu SKM diterima industri/luar negeri kerap dipersoalkan. Sebelum kita bincang pasal tu, mari kita lihat faedah Persijilan Kemahiran Malaysia.

Apakah faedah Persijilan Kemahiran Malaysia?

1. Persijilan Kemahiran memang diiktiraf oleh industri di Malaysia
Realitinya, tidak lagi semua industri tetapi pihak Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) bersama Industrial Lead Body (ILB) memang sentiasa berusaha ke arah itu.

Untuk sesetengah industri seperti bengkel servis kenderaan, Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Penyelenggaraan dan Pembaikan Kenderaan Motor telah dibentangkan di Dewan Rakyat, Mac 2018 di mana antara lain bakal mewajibkan pengusaha memiliki lesen khas mengendalikan perniagaan itu.

Dalam Petronas Technical Standards (PTS), Sijil Kemahiran Malaysia welding inspection telahpun diterima dan dinyatakan dalam beberapa PTS contohnya PTS 15.12.10 – Welding Of Structural Steel.
Tetapi ada juga PTS yang belum menyatakan penerimaan JPK welding inspection secara terus, contohnya:
(a) PTS 15.12.01 – Welding for Chemical Oil & Gas Industries (hanya ASNT & ISO 9712)
(b) PTS 12.30.05 – Shop & Field Fabrication of Piping (hanya PCN/CSWIP/ AWS)
(c) PTS 15.12.04 – Welding of Pipeline (hanya menyatakan SKM untuk NDE personnel)

Kalau boleh, semua PTS dapat diseragamkan dan menyatakan penerimaan SKM welding inspection secara terus bukan hanya “term equivalent”. Ini secara tidak lansung akan mengiktiraf persijilan ni.

Begitu juga untuk sektor perkhidmatan kecantikan dan dandanan rambut, sesetengah pihak berkuasa tempatan seperti MPAJ & MPS dikatakan mensyaratkan pengusaha atau pekerjanya perlu ada Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) untuk memohon lesen premis.

Difahamkan juga sektor air akan mewajibkan sesetengah pekerja dalam bidang tertentu memiliki Sijil Kemahiran Malaysia menjelang 2020.

2. Persijilan Kemahiran Malaysia menyediakan suatu laluan kerjaya dan pembangunan diri yang menarik setanding dengan laluan kerjaya berasaskan kelayakan akademik.
Ini dah terbukti dengan kebolehpasaran graduan TVET negara melonjak lebih 90% manakala Jabatan Perangkaan Malaysia melaporkan pada suku pertama 2019, negara merekodkan seramai 516,600 penganggur dimana seramai 238,286 penganggur termasuk 174,327 siswazah, mendaftar sebagai pencari kerja aktif dengan JobsMalaysia di bawah Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Semenanjung.

3. Persijilan Kemahiran Malaysia berupaya melahirkan pekerja mahir yang terlatih dan berkelayakan untuk mempertingkatkan daya saing industri tempatan di pasaran dunia.
Ia telah terbukti bahawa Sijil Kemahiran Malaysia kita ni memang laku dan jauh lebih bernilai dari sijil-sijil lain, tak kira tempatan ke luar negeri seperti UK.

Sudah banyak kes di mana Kedutaan Negara Asing di Malaysia cuma menyokong (endorse) Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) & Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) tetapi tidak sijil-sijil kemahiran/akademik lain, walaupun ia mungkin datang dari UK, Australia atau Germany, kecuali ia adalah dari badan professional yang dikenali dunia (seperti ACCA, CIBTAC, CIDESCO, TWI dsbgnya).

Apakah kepentingan ini? Jika anda ingin bekerja dalam industri kemahiran di Dubai, Australia, China ke mana-mana di luar Malaysia, majikan dan kedutaan rata-ratanya hanya mengiktiraf SKM/DKM/DLKM. Tak percaya? Cuba pergi tanya pegawai di Kedutaan Asing ataupun Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

Jadi, jelas bahawa nilai SKM/DKM/DLKM ini amat besar, cuma ramai yang masih tidak tahu menghargainya.

Jika anda masih tiada Sijil Kemahiran Malaysia tetapi ada pengalaman industri, boleh mohon secara Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT)

Sekarang anda yakin tak SKM diterima industri/luar negeri?

Sekiranya anda ada lebih info yang nak kongsi dengan admin, sila komen ya.

skm-diterima-di-industri

62 thoughts on “Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) diterima di industri dan luar negeri ke?

  1. Bidang Perakaunan di KVSP2 belum dapat pengiktirafan. Saya rasa ada juga bidang lain tapi tak ingat. Saya takut sijil ini tak laku susah pula dapat kerja nanti. Apatah lagi SPM pun tak ada. Bak kata pepatah, yang dikejar tak dapt yang dikendong berciciran.

  2. Admin,bulan 1 ni saya daftar di ilp amik skm tek komputer rangkaian..adakah skm dlm bidang perkomputeran dipandang oleh company ii ?

    1. Ya dan pastikan anda bukan setakat ada sijil SKM sahaja, kena betul-betul pandai buat kerja.
      Juga, jangan lupa sentiasa mengikut perkembangan masa kini terutamanya dalam bidang kemahiran anda.

    1. Maaf Irfan, tak berapa faham soalan anda. Latihan kemahiran adalah berasaskan Competency Based Training (CBT) @ Latihan Berasaskan Ketrampilan.

  3. Maksud saya adakah diploma kemahiran malaysia contoh mcm KV,student tersebut dpt tk kompeten sebagai pw4 atau kena ambil lain ujian untuk layak sbgai pw4?

    1. Nur, sijil cuma salah satu faktor untuk diterima kerja di mana-mana.
      Selain kemahiran anda dalam bidang pastri, ia juga bergantung kepada kemahiran anda yang lain seperti kemahiran sosial, temuduga dsbgnya.

  4. Saya mempunyai sijil skm tahap 3. Dimana saya boleh sambung untuk tahap 4 – 5 ? Dan saya tak mempunyai spm

    1. Salam luqman hakim.. Anda blh sambung di adtec atau menggunakan kaedah ppt iaitu pengiktirafan pencapaian terdahulu utk membuat skm 4@skm 5..yg penting memiliki pengalaman kerja melebihi 2 tahun dan ke atas dalam bidang yg sama..

  5. Salam admin,

    Mohon bantuan untuk sambung ke peringkat seterusnya dalam bidang teknologi binaan bangunan. Saya ada SKM tahap 1 dan tahap 2 jurubina bangunan serta sijil dari IKM dan mempunyai diploma dari kolej swasta. Utk makluman saya mempunyai pengalaman kerja lebih dari 10 tahun.

    Harap admin dapat bantu.

    1. Maaf Shukri, kalau peringkat seterusnya yg anda maksudkan tu Ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang sama, min tak reti.
      Tetapi kalau nak Ijazah Eksekutif Pengurusan Industri (xMQA), anda boleh baca lebih lanjut di muka 2 http://www.jpkmalaysia.com/uriseprogram. Program ni sesuai untuk kenaikan pangkat di sektor swasta, peringkat pengurusan.
      Kalau nak Degree ke Masters MQA bidang pengurusan, juga boleh hubungi min.

    1. Pemegang sijil kemahiran boleh dikatakan lebih mudah dapat kerja berbanding graduan ijazah sarjana muda, secara amnya.
      Namun, jangan terlalu memilih kerja, asalkan ia berkaitan dengan kemahiran yang anda belajar.

    2. Pastri..??awk jgn pikir utk kerja makan gaji shja.. Org yg ada skm ni dah diberi kursus khas iaitu dipanggil amali.. So praktik kan ilmu yg ada utk buat bisness sendiri..

      1. Ya, tak kira makan gaji ke buat bisnes sendiri, kena fleksibel. Asalkan ada kemahiran & kemahuan, rezeki menanti anda.

  6. Skm..?? Sy jg memiliki skm level 2&3..alhamdulillah 10 tahun bekerja dalam bidang yg sama dikolej kemahiran..suami sy jg skm 2&3 serta dkm 4..alhamdulillah bekerja sendiri dalam bidang yg sama.. Sesiapa yg ada skm ni kena kreatif serta pilihan kursus ni kena sesuai mengikut peredaran masa..jgn mengaharap kerja makan gaji shja..blh jg buat business sendiri.. Yg penting dimana ada keinginan disitu ada kejayaan..

      1. Terima kasih admin.. Sy berkongsi pengalaman sebgai salah seorg yg memiliki skm.. Alhamdulillah sy pernah menjadi PP dlm bidang mulitiedia visual dan animasi..

  7. Admin , saya nak tanya . Saya ambil sijil kemahiran perniagaan di kolej komuniti . Sijil saya tu diterima ke untuk bekerja ? Dan kalau ada contoh apa yang pekerjaan saya .

    1. Satu adalah Diploma Kemahiran yg dianugerahkan oleh JPK (70% praktikal, 30% teori), satu lagi Diploma Akademik (maks 60& praktikal tak silap saya) dari Politeknik.
      Namun, kedua-duanya sama tahap dalam Kerangka Kelayakan Malaysia (Tahap 4)

  8. Assalamualaikum admin seperti perindustrian di Malaysia untuk apply Juruteknik,mahupun jurutera,boleh ke pkai skm 2 Dan 3 smentara untuk menunggu exam suruhanjaya tenaga yang akan datang ni?

  9. Nak Tanya..sy ada ambil PPT SKM, cuma sy x ada konsultan utk guide sy..bila sy mohon di JPK secara individu, adakah JPK akan sediakan seseorg utk guide sy ..lebih ² dalam penyediaan portfolio..terima kasih

    1. Hi Mohd Rijal, Persijilan Kemahiran Malaysia (SKM/DKM /DLKM) melalui kaedah PPT diiktiraf oleh Kerajaan. Nilai taraf yang diberikan adalah Diiktiraf oleh Kerajaan bagi tujuan lantikan ke dalam Perkhidmatan Awam disesuaikan mengikut Skim Perkhidmatan.

      Namun, untuk MQA pula, baik anda sahkan dengan pihak Kementerian Pendidikan Tinggi.

  10. Hello admin sya nk tanya adakah skm ini memerlukan spm. Dn klau tidk mcam mna nk daftar ye. Saya dh thu psal skm ni dh berbulan tapi tk tahu macam mana nk daftar

    1. Sabrina, rata-ratanya Sijil Kemahiran Malaysia kita diterima di luar negeri. Paling penting, adakah negara tersebut memerlukan pekerja mahir dalam bidang tersebut.

  11. Assalamualaikum..saya lepasan pelajar kolej komuniti..sya nk tnya adakah kolej komuniti dpt sijil SKM..? Sijil kolej komuniti dan SKM sama atau tak.? Boleh kah saya guna utk smbung diploma di Perda-tech atau lain²..boleh senarai tak tmpat yg boleh sya sambung diploma menggunakan sijil kolej komuniti

    1. Petang En Zulhilmi,

      1. Lepasan Kolej Komuniti tidak dapat SKM, sijil yg dianugerahkan oleh KK adalah di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi.
      2. Untuk soalan nak sambung diploma ke mana, baik anda rujuk dgn kaunselor di Kolej Komuniti sebab min tak yakin nak nasihat.

      1. Hai min, saya ada sijil SKM 2 & 3 serta DKM 4 bagi Kolej Vokasional dalam Bidang Teknologi Elektronik Audio Visual. Apakah cara nya bagi memohon perniagaan PBT / Di mana kah pusat pengajian yang terima saya menyambung pelajaran separuh masa.

  12. Dan saya nk tahu jugak..dlam SPA utk sijil kolej komuniti dia dibahagian mana..sbb SKM tak ada..kalau nak isi SPA dan guna sijil Kolej komuniti saya perlu isi dibahagian mna dan mcm mana.?

  13. Saya sekarang bekerja di UK sebagai Welder menggunakan sijil SKM. Alhamdulillah diterima baik, namun tetap akan ada “weld test” semasa interview dijalankan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *