Kursus Online
Kursus online akan menjadi satu perkara yang lumrah mulai sekarang.
Walaupun ada cabarannya tersendiri, kursus online ataupun hibrid adalah satu alternatif yang baik dan semakin diterima orang ramai.
Kursus Online (HRDCorp)
Memang agak banyak kursus online yang ditawarkan secara percuma tetapi di sini ingin disorot adalah kursus online tempatan yang ditawarkan melalui portal e-LATiH.
Ia sebenarnya merupakan platform e-learning PERCUMA atas talian di bawah Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRDCorp), Kementerian Sumber Manusia.
Pastikan anda baca juga Kursus Online (JPK) kerana ia menawarkan persijilan yang memberi anda peluang pekerjaaan atau menjana pendapatan (utama atau sampingan).
Portal e-LATiH ini telah dilancarkan secara rasmi pada Februari 2021 & merupakan salah satu inisiatif kerajaan untuk membantu rakyat Malaysia menambah ilmu pengetahuan & kemahiran secara online semasa pandemik melanda.
Kelebihan portal e-LATiH:
- Lebih 1000+ kursus online yang ditawarkan
- Akses kepada kursus PERCUMA seumur hidup
- Pembelajaran sepanjang hayat – belajar dari pakar pelbagai bidang
- Akses TANPA HAD – belajar dimana sahaja, bila-bila masa & dari apa-apa peranti
- Terbuka kepada SEMUA peringkat umur
- Sijil disertakan selepas menamatkan kursus
Cara Daftar Akaun e-LATiH
Syarat pendaftaran: Warga Malaysia, perlu ada akaun emel yang sah, akses internet dan berminat untuk menambah ilmu ataupun kemahiran dalam topik yang anda minat.
Cara nak daftar akaun:
- SIGN UP melalui portal e-LATiH
- Isikan maklumat pada bahagian Account Information & Personal Information
- Create Account
Cara Daftar Kursus
- Pilih kursus di halaman utama portal e-LATiiH
- Klik Enrol Now untuk mendaftar
- Klik Watch Now dan tonton video sampai habis, atau
- Tandakan Bookmarks untuk sambung kursus kemudian
Bila dah selesai tonton video barulah sijil akan dianugerahkan (boleh terus Download sijil dalam bentuk PDF) ataupun dapatkannya di bahagian dashboard anda.
Secara kesimpulannya, portal e-LATiH ni memang sangat bermanfaat jika anda beminat untuk menambah pengetahuan & meningkatkan kemahiran sedia ada.
Anda boleh rujuk FAQ pasal e-LATiH DI SINI
Namun, sekiranya anda perlukan kursus dan siijl yang wajib untuk dilantik ke sesuatu jawatan yang mungkin memberi anda peluang pekerjaaan atau menjana rezeki (utama atau sampingan), anda perlu baca selanjutnya (kursus online di bawah JPK).
Kursus Online (JPK)
Sekarang mari kita kaji kursus dan bengkel online apakah yang boleh membantu anda mendapat sijil dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).
Bergantung kepada jenis kursus/bengkel berapa hari, sijil yang bakal dianugerahkan adalah seperti sijil induksi ataupun Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), yang diterima di luar negeri serta industri.
1. Kursus Induksi SLDN (Kursus Online)
Tarikh: Hampir sebulan sekali
* Sila rujuk jadual 2023 di sini
Masa: 8.30-5.30pm
Mod: Elearning (pembelajaran kendiri melalui portal elearning)
Yuran: RM350 RM250
Setelah lulus, anda akan dapat sijil induksi SLDN dan boleh mohon sebagai personel di Pusat/Syarikat Latihan SLDN, samada sebagai:
1. Pengurus Pusat (PPB-SLDN) dan/atau
2. Penyelaras atau
3. Pengajar SLDN atau
4. Coach SLDN
Ingin Menjadi Pengajar atau Coach SLDN?
Kursus Induksi SLDN adalah WAJIB untuk semua personel Pusat/Syarikat SLDN yang berminat untuk dilantik samada sebagai pengurus pusat, penyelaras, pengajar atau coach di pusat/syarikat latihan SLDN, sebelum melaksanakan program SLDN.
Anda akan diberi difahamkan dengan konsep dan perlaksanaan SLDN dengan lebih jelas.
Kursus lain yang anda perlu ikuti nanti (bergantung kepada lantikan anda nanti) adalah:
1. NDTS Trainer Traning Programmme (bersemuka, 4 hari) jika anda bakal dilantik sebagai pengajar di Pusat Latihan SLDN.
2. NDTS Coach Training Programme (bersemuka, 4 hari) jika anda bakal dilantik sebagai coach di Syarikat SLDN.
Kelebihan Memiliki Sijil Induksi SLDN
Boleh:
– Menubuhkan Pusat/Syarikat SLDN
– Menempatkan perantis SLDN dalam syarikat anda
– Dilantik sebagai personel SLDN berikut:
i) Pengurus pusat dan/atau penyelaras
ii) Pengajar
iii) Coach
iv) PPL-SLDN (Pegawai Pengesah Luaran SLDN – perlu memiliki 2 lagi sijil induksi lain)
Sekiranya berminat, sila daftar dengan wasap slip bayaran kepada Pn Nora bersama:
1. Nama,
2. No KP dan
3. Emel yang digunakan untuk mendaftar dalam www.mysike.my anda
Bayaran RM250/calon haruslah dibayar atas Maybank 514589385943, ISE Education Sdn Bhd.
2. Kursus Induksi PP-PPT (Kursus Online)
Tarikh: 1-1.5 bulan sekali
* Sila rujuk jadual 2023 di sini
Masa: 8.30-5pm
Mod: Kursus Online dengan penceramah dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)
Siapa Patut Ikuti?
1) Berminat untuk dilantik sebagai PP-PPT
Kriteria lain:
a. Lantikan JPK: > 10 tahun dalam bidang SKM anda
b. Lantikan PB-PPT: PP di PB SlaPB dan >5 tahun dalam bidang SKM anda
2) Berminat untuk mohon SKM secara PPT (kriteria, syarat, kaedah, prosedur penilaian dan pensijilan melalui kaedah PPT)
3) PB SLaPB (Pusat Bertauliah JPK) yang ingin mohon sebagai PB-PPT (Perlu penyelaras PPT & PP program WAJIB ada sijil induksi PP-PPT)
4) Pusat latihan / syarikat@organisasi / persatuan yang ingin mohon sebagai Pusat Penilaian Amali (Perlu penyelaras PPT, WAJIB ada sijil induksi PP-PPT)
Jika berminat dan jadual sesuai, sila sahkan kehadiran awal kerana biasanya akan penuh seminggu dua sebelum tarih kursus.
Bayaran RM350/pax kepada Maybank 514589385943, ISE Education Sdn Bhd.
3. Kursus Induksi PP-PPD-PPB (Kursus Online)
Tarikh: Sebulan sekali/dua kali
* Sila rujuk jadual 2023 di sini
Masa: 8.30-5pm
Mod: Kursus Online dengan penceramah dari JPK & CIAST
Siapa Patut Ikuti?
1. Personel di Pusat Bertauliah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) @ PB SLaPB:
i) PP – Pegawai Penilai
ii) PPD – Pegawai Pengesah Dalaman
iii) PPB – Pengurus Pusat Bertauliah
iv) TP – Tenaga Pengajar
2. Pentadir PB SLaPB digalakkan mengikuti supaya dapat faham dan senang dan bantu PPB menguruskan PB SLaPB.
3. PPL – Pegawai Pengesah Luaran (perlu lulus kursus induksi PP-PPD-PPB dulu).
4. Individu yang minat dengan Sistem Pensijilan Kemahiran Malaysia.
Kelayakan lain yang diperlukan (bergantung kepada lantikan anda):
PP
– SKM bidang kemahiran anda
– VTO@sijil pengajar vokasional atau TVET-i
PPD
– SKM (dalam sub-sektor program yang akan disahkan)
Jika berminat dan jadual sesuai, sila sahkan kehadiran awal kerana biasanya akan penuh seminggu dua sebelum tarih kursus.
Bayaran RM350/pax kepada Maybank 514589385943, ISE Education Sdn Bhd.
4. Kursus Induksi PPL (Kursus Online)
Tarikh: 1-1.5 bulan sekali
* Sila rujuk jadual 2023 di sini
Masa: 8.30-5pm
Mod: Kursus Online dengan penceramah dari JPK
Siapa Patut Ikuti?
Warganegara Malaysia atau PR dan 18 tahun ke atas;
Kriteria untuk lantikan (selain kriteria di atas):
1. > 10 tahun pengalaman dalam bidang SKM anda.
2. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) / (DKM) / (DLKM)
3. Sijil induksi PP-PPD-PPB (jika ingin dilantik sebagai PPL-SLaPB)
4. Sijil induksi SLDN (jika ingin dilantik sebagai PPL-SLDN)
Peluang sebagai PPL
Banyak peluang untuk anda, boleh menjana pendapatan yang agak baik jika anda aktif menerima tugasan yang diberi oleh JPK.
Atau anda boleh kerja santai selepas bersara, jalan-jalan cari makan 🙂
Jika berminat dan jadual sesuai, sila sahkan kehadiran awal kerana biasanya akan penuh seminggu dua sebelum tarih kursus.
Bayaran RM350/pax kepada Maybank 514589385943, ISE Education Sdn Bhd.
5. Bengkel Online Pembangunan Portfolio Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)
Kekerapan: 4 sesi mingguan
Masa: 1.5-2 jam/sesi*
Mod: Bengkel Online workshop dengan fasilitator yang ada DKM & DLKM
Yuran: Dari RM1,500/pax
Siapa Patut Ikuti?
Jika anda ada pengalaman kerja tetapi tiada sijil kemahiran yang bertauliah* (terutamanya Sijil Kemahiran Malaysia-SKM), ini adalah peluang anda untuk mendapatkan SKM yang diiktiraf MQA, TANPA mengikuti kursus sepenuh masa di mana-mana pusat latihan TVET/JPK .
Jimat & Cepat!
Dapatkan SKM anda sekarang, jangan benarkan sekeping sijil menjadi penghalang kepada peningkatan kerjaya atau perniagaan anda.
Anda tidak perlu ikuti bengkel ini jika anda ada masa untuk baca, faham & mohon sendiri setelah baca Panduan Permohonan yang boleh dimuat turun dari sini.
Namun, sekiranya anda masih keliru atau rasa lebih baik guna masa anda untuk fokus pada kerja / perniagaan anda, anda digalakkan untuk mengikuti bengkel ini untuk mengurangkan sakit kepala dan mungkin menyebabkan anda hilang kos peluang@opportunity cost.
* Ia terbuka kepada sebarang program programs yang disenaraikan dalam Daftar NOSS.
6. Bengkel Online Pembangunan Portfolio & LPKT - Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) / Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM)
Kekerapan: 5-6 sesi mingguan
Masa: 1.5-2 jam/sesi*
Mod: Bengkel Online dengan fasilitator yang berpengalaman dan ada DKM & DLKM
Yuran: Dari RM2,500
Seperti benkel SKM, ini adalah peluang anda untuk mendapatkan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia yang diiktiraf MQA, TANPA mengikuti kursus sepenuh masa di mana-mana pusat latihan TVET/JPK .
Jimat & cepat!
Dapatkan DKM/DLKM anda hari ni, jangan benarkan sekeping sijil menjadi penghalang kepada peningkatan kerjaya atau perniagaan anda.
Sila rujuk Syarat Tempoh Minimum Pengalaman Kerja di atas untuk tahu samada anda layak untuk mohon DKM atau DLKM secara PPT ke tidak.
* Harap maklum bahawa walaupun anda mungkin layak mohon DKM atau DLKM berdasarkan tempoh pengalaman kerja anda (dengan bukti ketrampilan), anda masih perlu mohon dari Tahap terendah dulu untuk bidang anda, jika berkaitan (boleh rujuk Daftar NOSS)
7. Bengkel Online Pembangunan Portfolio TVET-i (TVET Instruction)
Kekerapan: 4 sesi mingguan
Masa: 1.5-2 jam/sesi*
Mod: Bengkel Online dengan fasilitator yang berpengalaman dan ada TVET-i
Yuran: Dari RM3,000
Jika anda ada >5 tahun pengalaman mengajar bidang kemahiran, lulus SPM dan ingin mengajar program SKM atau menubuhkan Pusat Bertauliah JPK, ini adalah peluang untuk anda memohon TVET-i@sijil pengajar vokasional TANPA mengikuti kursus separa masa/sepenuh masa selama 3-6 bulan dan menjalani 6 bulan internship.
Namun, pastikan anda ada kemahiran mengajar program bersifat kemahiran, mengajar program akademik seperti tuisyen atau ajar di sekolah biasa tidak boleh dikira.
Siapa yang perlu ada Sijil VTO/TVET-i?
1. Jika anda ingin jadi Pegawai Penilai (WAJIB)/tenaga pengajar di pusat latihan kemahiran awam/swasta yang menawarkan SKM/DKM/DLKM
2. Walaupun anda tidak bercadang untuk jadi Pegawai Penilai, ia juga memberi anda ilmu serta kemahiran sebagai pengajar bidang kemahiran.
Adakah WAJIB untuk miliki Sijil VTO/TVET-i?
1. Ya, jika anda bakal dilantik sebagai Pegawai Penilai di mana-mana Pusat Bertauliah JPK yang menawarkan SKM/DKM atau anda ingin menubuhkan Pusat Bertauliah JPK.
Tidak, jika anda hanya mengajar program kemahiran yang tidak menawarkan SKM.
Namun, ada kelebihan memiliki VTO/TVET-i, mengukuhkan kemahiran serta status anda sebagai pengajar vokasional/kemahiran.
3. Tidak, jika anda hanya mengajar program bukan bersifat kemahiran atau soft skills. Anda cuma perlukan sijil HRDCorp-TTT untuk memberi latihan kepada syarikat yang meyumbang kepada HRDCorp@PSMB.
8. Kursus Vocational Training Operation (VTO) - Kursus Online + Bersemuka (Separa/Sepenuh Masa)
Jadual: Hujung Minggu sehingga 6 bulan (360 jam)
Mod: 6 bulan (360 jam) Kursus Online + bersemuka Internship: 6 bulan (720 jam) di mana-mana Pusat Bertauliah JPK yang menawarkan SKM bidang anda.
Yuran: RM3,400 (lump sum) – RM3,600 (ansuran) Maybank, 514589385943: ISE Education Sdn Bhd
Anda perlu mengikuti kursus hujung minggu (online + bersemuka) + internship jika ingin dilantik sebagai Pegawai Penilai (PP) di Pusat Bertauliah JPK jika TIDAK MEMILIKI pengalaman mengjar bidang kemahiran >5 tahun.
Pra-syarat untuk mengikuti kursus ini adalah Sijil Kemahiran Malaysia 3 (SKM3)sebarang bidang.
Kelebihan Sijil VTO/TVET-i
1. Sijil VTO/TVET-i diwajibkan mengikut Akta 652 kepada mana-mana individu yang ingin menjadi Pegawai Penilai (tenaga pengajar / cikgu / pensyarah) di pusat latihan kemahiran swasta dan kerajaan yang menjalankan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM)
2. Melayakkan anda menjadi Pegawai Penilai (PP) program Modular ataupun SKK (Standard Ketrampilan Kebangsaan), tak perlu bazir duit untuk bayar RM2,500-2,800 lagi untuk sijil NCS TTT (NCS-004:2017).
3. Layak diberi pengecualian untuk sijil Train The Trainer HRDF/PSMB
Sijil TTT dari PSMB/HRDF diperlukan untuk mengajar kursus jangka pendek/korporat di bawah program PSMB. Yuran Kursus TTT adalah sebanyak RM2,500-2,800. Mereka yang memiliki Sijil VTO/TVET-i mendapat pengecualian mengikuti Kursus HRDF TTT dan hanya perlu membuat bayaran RM300 (jimat RM2,200-2,500) bagi mendapatkan Sijil HRDF TTT.
4. Peluang pekerjaan sebagai tenaga pengajar lebih tinggi
Tenaga pengajar TIDAK WAJIB untuk miliki sijil VTO/TVET-i tetapi sijil VTO/TVET-i meningkatkan peluang diambil sebagai pengajar sepenuh atau separa masa di kolej kemahiran kerajaan dan swasta. Ilmu serta teknik mengajar bidang kemahiran yang dipelajari juga membantu anda menjadi pengajar yang lebih mantap.
Testimoni dari calon / Pusat Bertauliah JPK
Penolong Pengarah, Institut Kraf Negara
Kesimpulan
Untuk kemudahan anda mencapai terus kepada pautan untuk pertanyaan atau permohonan kursus, berikut adalah kesimpulannya. Jika anda ingin:
- Tambah ilmu tanpa sebarang bayaran, dengan sijil kehadiran sahaja – Portal e-LATiH
- Mengikuti kursus-kursus induksi di bawah JPK (berbayar tetapi dengan sijil yang diiktiraf, secara langsung/tak langsung) yang mungkin memberi anda peluang pekerjaaan atau menjana rezeki (utama atau sampingan).
- Mohon Sijil Kemahiran Malaysia dengan pengalaman kerja terdahulu dalam bidang kemahiran anda (pastikan pengalaman kerja minimum anda memenuhi syarat permohonan.
- Mohon Diploma Kemahiran Malaysia dengan pengalaman kerja terdahulu dalam bidang kemahiran anda (pastikan pengalaman kerja minimum anda memenuhi syarat permohonan.
- Dilantik sebagai Pegawai Penilai (mengajar & menilai kursus kemahiran bersijilkan SKM/DKM) dan ada pengalaman mengajar bidang kemahiran lebih 5 tahun
- Dilantik sebagai Pegawai Penilai (mengajar & menilai kursus kemahiran bersijilkan SKM/DKM), sudah ada SKM3 dan pengalaman mengajar bidang kemahiran kurang 5 tahun