Tag Archives: borang kursus induksi

18 Soalan Lazim-Kursus Induksi FAQ (PP-PPD-PPB/PP-PPT/PPL/SLDN)

Kursus Induksi FAQ

Sebelum ni, min dah kongsi 8 FAQ Pegawai Penilai (PP) / Tenaga Pengajar (TP) tapi kursus induksi yang cuma 1-2 hari ni ada 18 FAQ, fuyoh!

1. Apakah itu kursus induksi?

Kursus Induksi Pentauliahan Persijilan Kemahiran Malaysia merupakan kursus jangka pendek yang rata-ratanya dilaksanakan selama dua hari. Tujuan utama kursus ini adalah untuk memenuhi syarat kriteria personel pentauliahan dan personel penilaian & verifikasi (PPV)

Ia terbahagi kepada empat (4) jenis, iaitu kursus induksi:

  1. Pegawai Penilai – Pegawai Pengesah Dalaman – Pengurus Pusat Bertauliah (PP-PPD-PPB),
  2. Pegawai Penilai-Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu – PP-PPT,
  3. Pegawai Pengesah Luaran (PPL) dan
  4. Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN)

2. Apakah syarat menyertai kursus induksi?

Kelayakan anda adalah:-

  1. Warganegara Malaysia*; atau
  2. Pemastautin Tetap (PR)*; dan
  3. Berumur 18 tahun ke atas.

* Bukan warganegara boleh ikuti kursus induksi SLDN dan dapat lantikan sebagai personel di pusat/syarikat latihan SLDN.

3.  Apakah kepentingan setiap kursus induksi?

i.   Pegawai Penilai – Pegawai Pengesah Dalaman – Pengurus Pusat Bertauliah (PP-PPD-PPB).
– Merupakan salah satu syarat lantikan personel pentauliahan Pusat Bertauliah (PP, PP-M / PPD / PPB)

ii. Pegawai Pengesah Luaran (PPL).
– Merupakan salah satu syarat lantikan personel PPL, samada PPL-SLaPB ataupun PPL-SLDN. 

iii. Pegawai Penilai (PP) – Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) – (PP-PPT)
– Merupakan salah satu syarat lantikan personel PP-PPT ataupun sebagai penyelaras di PB-PPT & PPA-PPT

iv. SLDN
– Merupakan salah satu syarat lantikan personel pentauliahan PB SLDN;
a. Syarikat SLDN
Pengurus Pusat Bertauliah (PPB), Penyelaras Syarikat SLDN dan Coach
b. Pusat Latihan SLDN
Pengurus Pusat Bertauliah (PPB), Penyelaras Pusat Latihan SLDN dan
Pengajar SLDN
c. Syarikat Latihan Dalaman (in-house)
Pengurus Pusat Bertauliah (PPB), Penyelaras, Coach dan Pengajar SLDN

Syarat Lantikan Personel - Tenaga Pengajar Kemahiran Pusat SLDN

4.  Adakah saya dilantik secara automatik untuk jawatan berdasarkan kursus induksi yang saya ikuti?

Lantikan anda, samada sebagai PP, PPD atau PPB, adalah oleh Pusat Bertauliah JPK yang bakal mengambil anda sebagai personel mereka. Namun, anda perlu diperakukan oleh PPKSPP terdahulu. Selain sijil kursus induksi PP-PPD-PPB, anda juga perlu sijil lain, bergantung kepada jawatan anda. Sila rujuk gambarajah di bawah.

Lantikan sebagai Personel Penilaian & Verifikasi (PPV) pula dilakukan oleh Unit Pentauliahan Personel & Pakar, Program Kelayakan Kekompetenan, CIAST di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).
  1. PPL-SLaPB : Pegawai Pengesah Luaran Sistem Latihan Program Bertauliah;
  2. PPL-SLDN : Pegawai Pengesah Luaran Sistem Latihan Dual Nasional;
  3. PP-PPT : Pegawai Penilai Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu;
  4. PPL-PPT : Pegawai Pengesah Luaran Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu
  1. Sebarang pertanyaan berkaitan MySpike boleh e-mel ke helpdesk myspike@mohr.gov.my atau login ke MySPIKE > Pengguna > Pelanggan JPK > Senarai Aduan Pengguna
  2. Pertanyaan berkaitan dengan isu PPV secara amnya boleh e-mel ke ppv@ciast.gov.my

5. Saya ingin dilantik sebagai PPL-PPT. Perlukah saya ikuti kursus induksi PPL-PPT?

Tiada kursus yang perlu diikuti untuk dilantik sebagai PPL-PPT.
Anda cuma:
i) Perlu dilantik sebagai PP-PPT selama 2 tahun ataupun
ii) Telah menadatangani 30 portfolio SKM/DKM secara PPT

6. Siapakah yang mengeluarkan sijil?

Sijil adalah dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) yang boleh dicetak oleh anda sendiri melalui sistem nanti, jika lulus.

7. Bilakah sijil akan dikeluarkan selepas mengikuti kursus induksi?

Penceramah kursus perlu masa untuk menyemak jawapan dan merekodkan keputusan serta dimaklumkan kepada urusetia. Barulah sijil boleh dicetak daripada sistem, biasanya dalam tempoh sebulan.

8. Bagaimana cara untuk mendapatkan semula sijil induksi sekiranya hilang?

Surat rasmi permohonan gantian berserta satu salinan laporan polis atau akuan sumpah serta salinan Kad Pengenalan perlu dikemukakan dan dihantar kepada :

Unit Kursus Induksi Pentauliahan,
Program Kelayakan Kekompetenan,
CIAST
Jalan Petani 19/1, Seksyen 19, 40300 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

Mulai Jan 2020, semua sijil induksi adalah dalam bentuk e-sijil. Ia akan terus muncul dalam akaun myspike anda sekiranya lulus penilaian kursus induksi.

9. Adakah sijil kursus induksi mempunyai tempoh sah laku?

Sebelum ni, Sijil Kursus Induksi adalah sah untuk tempoh 3 tahun selepas kursus untuk tujuan pelantikan pertama jawatan personel Perakuan Pengiktirafan Kelayakan Sebagai Personel Pentauliahan (PPKSPP) dan Pegawai Penilaian dan Verifikasi (PPV)). Namun, mulai tahun 2022, syarat ini telah terbatal sehingga ada peraturan terbaru.

10. Adakah saya perlu membaharui jawatan saya?

i) PP/PPD/PPB – Setiap 3 tahun melalui PPKSPP

ii) PPV – Setiap 3 tahun, ada penilaian pembaharuan PPV (Personel Penilaian & Verifikasi)

11. Bolehkah saya diberi surat perakuan (PPKSPP) bagi jawatan PP dan PPD secara serentak?

Ya, surat perakuan (PPKSPP) PP dan PPD boleh dikeluarkan secara serentak kepada anda jika memenuhi syarat dan kriteria lantikan. Walaubagaimana pun, pihak PB perlulah melantik anda untuk satu jawatan dalam satu masa dan tertakluk kepada syarat dan peraturan pentauliahan yang ditetapkan oleh Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia.

12.  Adakah semua personel pentauliahan JPK diwajibkan memiliki Sijil Teknik Mengajar, VTO (I-031-3) atau TVET-i?

Tidak semua personel pentauliahan JPK dikehendaki memiliki VTO. Berikut adalah personel yang disyaratkan memiliki sijil teknik mengajar VTO (I-031-3)

  1. PP bagi semua program;
  2. PP bagi program VTO (I-031-3) @ nama lama PP-PLV; dan
  3. PPD bagi program VTO (I-031-3) @ nama lama PPD-PLV.

13. Sekiranya personel yang berkhidmat di PB belum memiliki SKM tetapi telah lulus kursus induksi PP-PPD-PPB dan memiliki sijil VTO (I-031-3) serta sedang mengambil SKM Tahap 3 secara PPT. Adakah personel tersebut layak untuk dilantik sebagai PPD atau PP di Pusat Bertauliah JPK?

i.  Mereka layak untuk dilantik sebagai PP/PPD bagi program SKM Tahap 1, 2 dan 3 secara bersyarat untuk tempoh 2 tahun.

ii.  Dalam tempoh 2 tahun  bersyarat PP/PPD dikehendaki melengkapkan SKM Tahap 3 secara PPT.

14. Bilakah surat PPKSPP akan diterima oleh Pusat Bertauliah selepas permohonan telah di buat?

Surat PPKSPP boleh dicetak secara atas talian melalui URL https://www.myspike.my selepas Mesyuarat Perakuan Personel Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (MPPSPKM)  dijalankan pada pertengahan bulan. Permohonan yang diterima selepas tarikh bulan sebelumnya tidak akan diproses dan ianya akan diproses ke bulan berikutnya.

15. Bolehkan seseorang mengikuti kursus VTO sekiranya tiada pengalaman kerja, tetapi mempunyai sijil DKM bidang kemahirannya.

YA, boleh mengikuti kursus VTO atau TVET-i dengan syarat memiliki sijil SKM Tahap 3 dan ke atas.

16. Personel yang berkhidmat di PB SLDN secara sepenuh masa tidak memiliki sijil akademik atau SKM tetapi berpengalaman mengajar kemahiran melebihi 5 tahun dan telah menghadiri NDTS Trainer Training Programme, adakah layak untuk dilantik sebagai Pengajar SLDN?

Personel tidak layak dilantik sebagai Pengajar SLDN lagi kerana :

  1. Belum menghadiri Kursus Induksi SLDN
  2. Tidak memiliki sebarang kelayakan kemahiran/akademik yang berkaitan.

Namun, dengan pengalaman kerja selama 5 tahun dalam bidang kemahiran yang nak dimohon, boleh mohon SKM3 secara PPT.

17.  Bilakah kursus induksi PP-PPD-PPB, PP-PPT, PPL & SLDN anjuran ISE Education Sdn Bhd yang akan datang?

Sila rujuk kpeada Jadual Kursus Induksi JPK 2024 atau mohon terus di sini

18. Bagaimana hendak menyertai kursus induksi?

Pendaftaran peserta hendaklah dibuat melalui penganjur berdaftar seperti ISE Education Sdn Bhd dengan mengisi borang kursus induksi online dan bayaran RM350/pax dahulu. Sila tandakan induksi mana yang anda ingin ikuti.
Butiran bayaran: Maybank 514589385943, ISE Education Sdn Bhd.

Kursus Induksi JPK - Permohonan kursus