Tag Archives: halatuju lepasan SKM3

Halatuju Lepasan SKM3 – 5 Pilihan Utama

Halatuju Lepasan SKM3

Sebelum kita bincang pasal halatuju lepasan SKM3, baik min terangkan dulu apa itu SKM.
SKM adalah singkatan kepada  Sijil Kemahiran Malaysia. 

Sijil Kemahiran Malaysia adalah persijilan rasmi kebangsaan yang dianugerahkan oleh Kerajaan Malaysia (diterima di industir dan luar negeri) kepada individu yang telah menunjukkan keupayaan serta kompetensi untuk melaksanakan tugasan ataupun aktiviti kerja untuk diambil kerja dalam bidang tertentu.

Tahniah kepada anda jika sudah memiliki Sijil Kemahiran Malaysia 3.
Kalau belum ada, anda samada boleh belajar di mana-mana institut latihan kemahiran awam ke swasta. Jika dah ada pengalaman kerja dalam bidang berkaitan, bolehlah mohon secara Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT). Tapi sebelum tu, sila kenapasti kod program yang anda nak mohon dulu dengan muat turun Daftar NOSS.

Baik, apakah pilihan yang ada jika dah ada SKM3?
Marilah kita lihat kelebihan & kelemahan setiap pilihan yang ada.

Artikel ni mungkin agak panjang, kalau anda dah tahu pilihan anda, terus ke pilihan tersebut.

A. Sambung Diploma Kemahiran Malaysia (DKM)
B. Kerja di industri
C. Sambung NCS-TTT/TVETi (Sijil Latihan Tenaga Pengajar / Pengajar TVET)
D. Mohon sebagai Pegawai Penilai (kaedah PPT) ataupun Pegawai Pengesah Luaran, samada SLaPB ataupun SLDN
E. Sambung Diploma Profesional @ Ijazah Eksekutif (khas untuk pekerja industri/graduan TVET/SKM/DKM)

Kelebihannya:

1. Peluang kerjaya (dan gaji) yang lebih baik/luas berbanding Sijil Kemahiran Malaysia sahaja.

halatuju lepasan SKM3 - kerjaya lebih baik

 

Kredit imej: The Economic Times

Dengan adanya DKM juga, anda boleh juga jadi Pegawai Penilai (PP) SKM atau DKM program yang sama, bukan setakat SKM sahaja (dengan syarat ada juga sijil VTO / TVETi (atau NCS-TTT – untuk jadi PP-Modular) dan induksi PP-PPD-PPB).

 

2. DKM (termasuk SKM) SEPENUH MASA (bukan PPT) sudah diiktiraf oleh Kerajaan bagi tujuan lantikan ke dalam Perkhidmatan Awam (JPA).
Oleh kerana ia juga diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), anda boleh sambung belajar ke Ijazah Sarjana Muda di IPTA & IPTS (ada program tertentu yang masih tertakhluk kepada keputusan Senat Universiti)

halatuju lepasan SKM3 - Pengiktirafan kelayakan SKM

halatuju lepasan SKM3 - Pengiktirafan kelayakan DKM

 

Namun, adakah ia betul-betul diiktiraf oleh JPA untuk lantikan perkhidmatan awam, contohnya ke gred KA29?
Ia masih agak kabur kerana masih ada calon yang tak berjaya dengan kelayakan DKM (sepenuh masa). Min sendiri pun masih keliru. Lihat kisah benar di bawah, pengalaman yang dilalui oleh warga FB Group TVET Master (5/5/20).
Min rasa DKM cuma diterima untuk sesetengah gred sahaja.

FB Survey on acceptance of DKM for JPA qualifications

Kelemahannya:-

1. Jika anda perolehi secara PPT, ia masih belum diiktiraf oleh Kerajaan bagi tujuan lantikan ke dalam Perkhidmatan Awam (JPA)

2. Nilai Diploma tak setinggi Ijazah (bila dibandingkan antara DKM secara PPT dan Ijazah Eksekutif – kedua-duanya pun tanpa MQA).

Fikirkan, jika ada 2 pekerja yang sama-sama mahir & berkelayakan SKM3. Seorang ada tambahan Diploma dan seorang lagi ada Ijazah, majikan akan beri peluang kepada siapa dulu untuk naik pangkat?
Bukan setakat nilai komersial, status sosial pemegang diploma boleh dikatakan lebih rendah berbanding pemegang ijazah.

B. Kerja di industri

Kelebihannya:-

1. Mengasah kemahiran teknikal yang telah dipelajari serta menimba pengalaman industri

 

What is the right strategy to sharpen your skills and increase the ...

 

Kredit imej: www.reliablecounter.com

 

Anda boleh menambah serta meluaskan pengetahuan teknikal dan kemahiran baru yang diperlukan oleh industri. Pengalaman yang diperolehi nanti juga membantu bila ingin sambung pelajaran kerana anda boleh mengaitkan dengan alam pekerjaan yang sebenar. Dan jika anda berminat jadi pengajar kemahiran nanti, pengalaman industri ini sangat berguna untuk anda menyampaikan ilmu kepada pelajar anda nanti.
Pengalaman anda tu juga membantu anda memohon DKM dan DLKM secara PPT ataupun Ijazah Sarjana / Sarjana Muda melalui APEL A.

2. Menjana pendapatan

Malaysia's ringgit takes a wild ride

 

Kredit imej: www.cnbc.com

Sekiranya keluarga anda tak mampu lagi untuk bayar yuran penggajian atau buat pengeluaran KWSP untuk sambung pendidikan (andai kata tak dapat pinjaman PTPK ke apa-apa institusi lain), baik juga anda kerja dulu untuk menjana sedikit pendapatan untuk anda serta keluarga anda. Jimat seboleh yang mungkin, kumpul wang untuk belajar bila mampu ataupun KWSP dah cukup dana.

Kelemahannya:-

1. Disebabkan SKM3 bertaraf sijil sahaja, gaji anda pun setakat tu sahaja. Peluang naik pangkat (tak kira awam ke swasta), pasti terbantut. Jadi, tangga gaji dan pangkat pun rendah. Memang kemahiran tu penting tetapi untuk organisasi tertentu, terutamanya sektor awam, syarikat GLC & berstruktur masih memerlukan persijilan untuk kenaikan pangkat.

2. Bila dah berkeluarga dan berumur, mungkin masa lebih padat kerana ada pelbagai komitmen, kerja & keluarga. Anda juga mungkin kehilangan motivasi untuk belajar.

Kelebihannya:-

1. Anda berpeluang menjadi pengajar kemahiran bertauliah dan mendidik generasi akan datang yang juga berminat belajar bidang kemahiran seperti anda. Namun, min syorkan anda betul-betul minat mengajar dan bukan kerana tak dapat cari kerja baru nak jadi pengajar.

Kelemahannya:-

Disebabkan tiada pengalaman industri, anda tidak dapat mengaitkan teori dengan keadaan sebenar dalam industri. Justeru itu, anda mungkin tidak dapat menarik perhatian pelajar anda dengan contoh-contoh serta pengalaman menarik yang berlaku di industri.

D. Mohon sebagai Pegawai Penilai (kaedah PPT) ataupun Pegawai Pengesah Luaran (PPL), samada SLaPB ataupun SLDN

Sekiranya anda juga ada pengalaman dalam bidang kemahiran anda >10 tahun, anda juga boleh ikuti kursus induksi PP-PPT & PPL untuk peluang dilantik sebagai salah seorang Personel Penilaian & Verifikasi

E. Sambung Diploma Profesional atau Ijazah Eksekutif (Program URise)

Kelebihannya:-

1. Anda dapat ‘lompat’ selangkah, terus ke Ijazah (eksekutif) tanpa melalui diploma (jika anda yakin).

2. Yurannya (biasanya bawah RM15K) lebih murah berbanding Diploma ataupun Ijazah Sarjana Muda konvensional (MQA) (antara RM20-40K).

3. Tempoh pengajian yang singkat (6-12 bulan) berbanding dengan 2.5-3.5 tahun untuk diploma/ijazah (MQA).

4. Tidak perlu mempelajari mata pelajaran umum (MPU)

5. Tidak perlu pra-syarat akademik, cth lulus SPM BM & Sejarah

6. Pendekatan pembelajaran bersifat praktikal/aplikasi.

7. Laluan kerjaya juga bersifat industri.

8. Gaya pembelajaran yang fleksibel (blended – online + bersemuka, tak kira PKP ke tidak)

9. Boleh meneruskan pembelajaran ke Ijazah Sarjana Muda (Bachelor) / Sarjana (Masters) kemudian kerana modul yang diajar adalah juga sebahagian dari modul ijazah sarjana muda MQA.

Kelemahannya:-

1. Diploma profesional dan ijazah eksekutif tiada akreditasi MQA.
Akreditasi MQA adalah wajib untuk:
a. Lantikan ke dalam Perkhidmatan Awam (JPA)
b. Kenaikan pangkat untuk sesetengah jawatan, terutamanya tahap pengurusan. Hanya persijilan bertaraf MQA diterima oleh sesetengah syarikat swasta, terutamanya Syarikat Berkaitan Kerajaan / GLC
(Namun, masih banyak lagi syarikat SME yang tidak mementingkan akreditasi MQA, asalkan ia bukan keluaran badan/universiti luar negeri yang entah ada bangunan ke tidak & tiada akreditasi)

2. Disebabkan lepasan SKM3 rata-ratanya cuma berumur 17 tahun ++, dikhuatiri anda tidak cukup matang untuk menangani proses pembelajaran yang 1-2 tahap lebih tinggi dari Sijil Kemahiran Malaysia.
Namun, jika anda berani mencabar diri sendiri dan berusaha, tiada apa yang boleh halang anda dari berjaya.

* Jika anda cuma ada SKM1@2, boleh mohon untuk program diploma profesional ataupun mohon SKM3 secara PPT baru mohon ijazah eksekutif program URise terus.
Dan jika tiada SKM3 tetapi pemegang sijil teknikal lain dari industri ataupun ada pengalaman industri melebihi 3 tahun, anda juga layak untuk memohon ijazah eksekutif (program URise)

Halatuju Lepasan SKM3​ - Kesimpulan

Berikut adalah pilihan anda. Mana satu yang sesuai dengan halatuju lepasan SKM3 seperti anda?

A. Sambung DKM melalui Pusat Latihan Swasta atau secara PPT, setelah ada pengalaman kerja 2 tahun dalam bidang SKM anda.
B. Kerja di industri
C. Sambung kursus VTO (Sijil Pengajar Vokasional)
D. Ikuti kursus induksi JPK  (PP-PPD-PPB, PPL, SLDN & PP-PPT) untuk berpeluang mohon sebagai Pegawai Penilai (kaedah PPT) ataupun Pegawai Pengesah Luaran (PPL), samada SLaPB ataupun SLDN.
E. Sambung Diploma Profesional @ Ijazah Eksekutif (khas untuk pekerja industri/graduan TVET/SKM/DKM)

Ataupun anda ada cadangan lain??