Kursus Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Dalam konteks Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS), nama program ini adalah:
- Pengasuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (T982-001-3:2017) – SKM Tahap 3 DAN
- Penyeliaan Pengasuhan dan Pendidikan Perkembangan Awal Kanak-Kanak (T982-001-4:2018) – DKM Tahap 4
Namun, untuk tujuan singkatan, kita namakan ia sebagai pendidikan awal kanak-kanak sahaja.
Anda adalah pelajar lepasan PMR atau SPM? Masih tercari–cari bidang apa yang sesuai untuk anda melanjutkan pelajaran? Jangan risau kerana anda berada di laman yang tepat.
Kursus Pendidikan Awal Kanak-kanak ini mungkin akan mengubah masa depan anda. Ia akan membolehkan anda untuk berkecimpung dalam kerjaya yang sentiasa ada permintaan. Namun, bukan semua orang tahu kelebihannya.
Kursus ini akan melengkapkan anda dengan kemahiran dan pengetahuan pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak secara kontemporari, kompetensi pedagogi, dan kemahiran hubungan intelektual serta sosial.
Para pelajar juga akan didedahkan dengan aspek perkembangan dalam kurikulum asuhan dan didikan awal PERMATA, yang meliputi:
- perkembangan fizikal,
- perkembangan awal matematik & pemikiran logik,
- perkembangan bahasa & literasi awal,
- perkembangan sahsiah, sosio emosi & kerohanian,
- perkembangan kreativiti & estetik,
- perkembangan seni kreatif & pergerakan muzik dan
- kemahiran pemakanan seimbang
bagi kanak-kanak di bawah 4 tahun.
Anda akan dinilai berdasarkan kemampuan anda terampil semua komponen, penilaian pengetahuan (amali) dan prestasi (amali).
1. Syarat Kemasukan (SKM3 & DKM)
- Berumur 15 tahun dan ke atas
- Warganegara Malaysia
- Boleh membaca, menulis dan mengira
- Tidak wajib ada kelayakan SPM
- Perlu ada SKM3 bidang Pengasuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (T982-001-3:2017) jika mohon DKM
2. Kurikulum/Modul
3. Tempoh Pembelajaran
1. SKM3: 12 bulan
2. DKM: 12 bulan
4. Laluan Pendidikan
Setelah tamat kursus pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak yang melayakkan anda dapat SKM Tahap 3 atau DKM Tahap 4 bidang ini, anda boleh:
1. (SKM3) – Melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi iaitu Diploma Kemahiran Malaysia (Tahap 4) bidang Penyeliaan Pengasuhan dan Pendidikan Perkembangan Awal Kanak-Kanak di Kolej Islam Antarabangsa atau Diploma akademik bidang sama di mana-mana institusi pengajian tinggi tempatan dan swasta yang diiktiraf di seluruh Malaysia dan luar Negara.
(DKM) – Melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda di IPTA/IPTS.
2. Jika anda berminat untuk jadi pengajar vokasional/tenaga pengajar kemahiran, anda boleh sambung untuk ambil kursus pengajar vokasional@VTO.
5. Prospek Pekerjaan / Kerjaya
Apabila tamat pengajian dalam program ini dengan jayanya, ia akan membolehkan anda bekerja dalam bidang pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak samada di sektor kerajaan atau taska di tempat kerja atau komuniti.
Bila dah ada pengalaman & modal nanti, bolehlah jadi usahawan taska yang beroperasi dari rumah, di mana-mana sahaja di Malaysia.
Ataupun menubuhkan taska mengikut lokasi dan permintaan serta keperluan dari ibu-ibu yang bekerja.
1. Pendidik TASKA
2. Penyelia TASKA
3. Pengurus TASKA
4. Pengusaha / Pemilik TASKA
5. Pensyarah
Jika anda melepasi syarat kelayakkan di atas dan berminat untuk menyertai
Ada Pengalaman Kerja Dalam Bidang Ni?
Sekiranya anda sudah ada pengalaman kerja dalam bidang ni selama 3 atau 5 tahun ke atas, anda layak mohon persijilan terus tanpa berkursus selama setahun/dua tahun lamanya.
Sila rujuk gambarajah di bawah untuk syarat-syarat umum serta tempoh minimum pengalaman kerja yang diperlukan.