Tag Archives: Kursus induksi JPK

8 Kursus Online (Bengkel) ke Arah Pensijilan Kemahiran Anda

Kursus Online

Kursus online akan menjadi satu perkara yang lumrah mulai sekarang.

Walaupun ada cabarannya tersendiri, kursus online ataupun hibrid adalah satu alternatif yang baik dan semakin diterima orang ramai. 

Kursus Online

Kursus Online (HRDCorp)

Memang agak banyak kursus online yang ditawarkan secara percuma tetapi di sini ingin disorot adalah kursus online tempatan yang ditawarkan melalui portal e-LATiH.

Ia sebenarnya merupakan platform e-learning PERCUMA atas talian di bawah Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRDCorp), Kementerian Sumber Manusia.

Pastikan anda baca juga Kursus Online (JPK) kerana ia menawarkan persijilan yang memberi anda peluang pekerjaaan atau menjana pendapatan (utama atau sampingan).

Portal e-LATiH ini telah dilancarkan secara rasmi pada Februari 2021 & merupakan salah satu inisiatif kerajaan untuk membantu rakyat Malaysia menambah ilmu pengetahuan & kemahiran secara online semasa pandemik melanda. 

Kelebihan portal e-LATiH:

  • Lebih 1000+ kursus online yang ditawarkan
  • Akses kepada kursus PERCUMA seumur hidup
  • Pembelajaran sepanjang hayat – belajar dari pakar pelbagai bidang 
  • Akses TANPA HAD – belajar dimana sahaja, bila-bila masa & dari apa-apa peranti 
  • Terbuka kepada SEMUA peringkat umur
  • Sijil disertakan selepas menamatkan kursus

Cara Daftar Akaun e-LATiH

Syarat pendaftaran: Warga Malaysia, perlu ada akaun emel yang sah, akses internet dan berminat untuk menambah ilmu ataupun kemahiran dalam topik yang anda minat. 

Kursus Online Bersijil - e-LATIH

Cara nak daftar akaun:

  1. SIGN UP melalui portal e-LATiH 
  2. Isikan maklumat pada bahagian Account Information & Personal Information
  3. Create Account

Cara Daftar Kursus

  1. Pilih kursus di halaman utama portal e-LATiiH
  2. Klik Enrol Now untuk mendaftar
  3. Klik Watch Now dan tonton video sampai habis, atau
  4. Tandakan Bookmarks untuk sambung kursus  kemudian

Bila dah selesai tonton video barulah sijil akan dianugerahkan (boleh terus Download sijil dalam bentuk PDF) ataupun dapatkannya di bahagian dashboard anda.

Kursus Online Bersijil - e-LATiH
Contoh Sijil

Secara kesimpulannya, portal e-LATiH ni memang sangat bermanfaat jika anda beminat untuk menambah pengetahuan & meningkatkan kemahiran sedia ada.

Anda boleh rujuk FAQ pasal e-LATiH DI SINI

Namun, sekiranya anda perlukan kursus dan siijl yang wajib untuk dilantik ke sesuatu jawatan yang mungkin memberi anda peluang pekerjaaan atau menjana rezeki (utama atau sampingan), anda perlu baca selanjutnya (kursus online di bawah JPK).

Kursus Online (JPK)

Sekarang mari kita kaji kursus dan bengkel online apakah yang boleh membantu anda mendapat sijil dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

Bergantung kepada jenis kursus/bengkel berapa hari, sijil yang bakal dianugerahkan adalah seperti sijil induksi ataupun Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), yang diterima di luar negeri serta industri.

1. Kursus Induksi SLDN (Kursus Online)​

Tarikh: Hampir sebulan sekali
* Sila rujuk jadual 2023 di sini 
Masa: 8.30-5.30pm
Mod: Elearning (pembelajaran kendiri melalui portal elearning)
Yuran: RM350  RM250

Setelah lulus, anda akan dapat sijil induksi SLDN dan boleh mohon sebagai personel di Pusat/Syarikat Latihan SLDN, samada sebagai:

1. Pengurus Pusat (PPB-SLDN) dan/atau
2. Penyelaras atau
3. Pengajar SLDN atau 
4. Coach SLDN 

Ingin Menjadi Pengajar atau Coach SLDN?

Kursus Induksi SLDN adalah  WAJIB untuk semua personel Pusat/Syarikat SLDN yang berminat untuk dilantik samada sebagai pengurus pusat, penyelaras, pengajar atau coach di pusat/syarikat latihan SLDN, sebelum melaksanakan program SLDN.

Anda akan diberi difahamkan dengan konsep dan perlaksanaan SLDN dengan lebih jelas.

Kursus lain yang anda perlu ikuti nanti (bergantung kepada lantikan anda nanti) adalah:

1. NDTS Trainer Traning Programmme (bersemuka, 4 hari) jika anda bakal dilantik sebagai pengajar di Pusat Latihan SLDN.

2. NDTS Coach Training Programme (bersemuka, 4 hari) jika anda bakal dilantik sebagai coach di Syarikat SLDN. 

Majlis Konvokesyen SLDN 7-11
Banyak syarikat MNC yang melaksanakan latihan ini kerana ia adalah salah satu cara terbaik untuk menarik, melatih & mengekalkan pekerja. Antara syarikat yang amat berjaya dalam perlaksanaan ini adalah 7-11
Syarat Lantikan Personel - Tenaga Pengajar Kemahiran Pusat SLDN

Kelebihan Memiliki Sijil Induksi SLDN

Boleh:
– Menubuhkan Pusat/Syarikat SLDN
– Menempatkan perantis SLDN dalam syarikat anda
– Dilantik sebagai personel SLDN berikut:

i) Pengurus pusat dan/atau penyelaras
ii) Pengajar
iii) Coach
iv) PPL-SLDN (Pegawai Pengesah Luaran SLDN – perlu memiliki 2 lagi sijil induksi lain)

NDTS Induction course cert - sample
Contoh Sijil Induksi SLDN - Ada nama penuh & no kad pengenalan

Sekiranya berminat, sila daftar dengan wasap slip bayaran kepada Pn Nora bersama:

1. Nama,
2. No KP dan
3. Emel yang digunakan untuk mendaftar dalam www.mysike.my anda

Bayaran RM250/calon haruslah dibayar atas  Maybank 514589385943, ISE Education Sdn Bhd.

2. Kursus Induksi PP-PPT (Kursus Online)

Tarikh: 1-1.5 bulan sekali
* Sila rujuk jadual 2023 di sini
Masa: 8.30-5pm
Mod: Kursus Online dengan penceramah dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)

Kursus Induksi PP-PPT

Siapa Patut Ikuti?

1) Berminat untuk  dilantik sebagai PP-PPT
Kriteria lain:
a. Lantikan JPK:  > 10 tahun dalam bidang SKM anda
b. Lantikan PB-PPT: PP di PB SlaPB dan >5 tahun dalam bidang SKM anda

2) Berminat untuk mohon SKM secara PPT (kriteria, syarat, kaedah, prosedur penilaian dan pensijilan melalui kaedah PPT)

3) PB SLaPB (Pusat Bertauliah JPK) yang ingin mohon sebagai PB-PPT (Perlu penyelaras PPT & PP program WAJIB ada sijil induksi  PP-PPT)

4) Pusat latihan / syarikat@organisasi / persatuan yang ingin mohon sebagai Pusat Penilaian Amali (Perlu penyelaras PPT, WAJIB ada sijil induksi  PP-PPT)

Induksi PP-PPT

Jika berminat dan jadual sesuai, sila sahkan kehadiran awal kerana biasanya akan penuh seminggu dua sebelum tarih kursus. 

Bayaran RM350/pax kepada Maybank 514589385943, ISE Education Sdn Bhd.

3. Kursus Induksi PP-PPD-PPB (Kursus Online)

Tarikh: Sebulan sekali/dua kali
* Sila rujuk jadual 2023 di sini
Masa: 8.30-5pm
Mod: Kursus Online dengan penceramah dari JPK & CIAST

Kursus induksi pentauliahan pp-ppd-ppb
Kursus Induksi Pentauliahan PP-PPD-PPB- Kursus Online
Kursus induksi pentauliahan pp-ppd-ppb
Kursus induksi pentauliahan pp-ppd-ppb
Kursus induksi PP-PPD-PPB

Siapa Patut Ikuti?

1.  Personel di Pusat Bertauliah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) @ PB SLaPB:
i) PP – Pegawai Penilai
ii) PPD – Pegawai Pengesah Dalaman
iii) PPB – Pengurus Pusat Bertauliah
iv) TP – Tenaga Pengajar

2. Pentadir PB SLaPB digalakkan mengikuti supaya dapat faham dan senang dan bantu PPB menguruskan PB SLaPB.

3. PPL – Pegawai Pengesah Luaran (perlu lulus kursus induksi PP-PPD-PPB dulu).

4. Individu yang minat dengan Sistem Pensijilan Kemahiran Malaysia.

Kelayakan lain yang diperlukan (bergantung kepada lantikan anda):

PP
SKM bidang kemahiran anda
VTO@sijil pengajar vokasional atau TVET-i

PPD
SKM  (dalam sub-sektor program yang akan disahkan)

Jika berminat dan jadual sesuai, sila sahkan kehadiran awal kerana biasanya akan penuh seminggu dua sebelum tarih kursus. 

Bayaran RM350/pax kepada Maybank 514589385943, ISE Education Sdn Bhd.

4. Kursus Induksi PPL (Kursus Online)

Tarikh: 1-1.5 bulan sekali
* Sila rujuk jadual 2023 di sini
Masa: 8.30-5pm
Mod: Kursus Online dengan penceramah dari JPK

Kursus Induksi PPL

Siapa Patut Ikuti?

Warganegara Malaysia atau PR dan 18 tahun ke atas;

Kriteria untuk lantikan (selain kriteria di atas):

1. > 10 tahun pengalaman dalam bidang SKM anda.

2. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) / (DKM) / (DLKM)

3. Sijil induksi PP-PPD-PPB (jika ingin dilantik sebagai PPL-SLaPB)

4. Sijil induksi SLDN (jika ingin dilantik sebagai PPL-SLDN)

Peluang sebagai PPL

Banyak peluang untuk anda, boleh menjana pendapatan yang agak baik jika anda aktif menerima tugasan yang diberi oleh JPK.
Atau anda boleh kerja santai selepas bersara, jalan-jalan cari makan 🙂

Jika berminat dan jadual sesuai, sila sahkan kehadiran awal kerana biasanya akan penuh seminggu dua sebelum tarih kursus. 

Bayaran RM350/pax kepada Maybank 514589385943, ISE Education Sdn Bhd.

5. Bengkel Online Pembangunan Portfolio Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)

TVETi - Bengkel Pembangunan Portfolio

Kekerapan:  4 sesi mingguan
Masa: 1.5-2 jam/sesi*

Mod: Bengkel Online workshop dengan fasilitator yang ada DKM & DLKM  
Yuran: Dari RM1,500/pax 

Siapa Patut Ikuti?

Jika anda ada pengalaman kerja tetapi tiada sijil kemahiran yang bertauliah* (terutamanya Sijil Kemahiran Malaysia-SKM), ini adalah peluang anda untuk mendapatkan SKM yang diiktiraf MQA,  TANPA mengikuti kursus sepenuh masa di mana-mana pusat latihan TVET/JPK .

Jimat & Cepat!
Dapatkan SKM anda sekarang, jangan benarkan sekeping sijil menjadi penghalang kepada peningkatan kerjaya atau perniagaan anda.

Anda tidak perlu ikuti bengkel ini jika anda ada masa untuk baca, faham & mohon sendiri setelah baca Panduan Permohonan yang boleh dimuat turun dari sini.

Namun, sekiranya anda masih keliru atau rasa lebih baik guna masa anda untuk fokus pada kerja / perniagaan anda, anda digalakkan untuk mengikuti bengkel ini untuk mengurangkan sakit kepala dan mungkin menyebabkan anda hilang kos peluang@opportunity cost.

* Ia terbuka kepada sebarang program programs  yang disenaraikan dalam Daftar NOSS. 

SKM-PPT- Contoh Sijil

6. Bengkel Online Pembangunan Portfolio & LPKT - Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) / Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM)

Kekerapan:  5-6 sesi mingguan
Masa: 1.5-2 jam/sesi*

Mod: Bengkel Online dengan fasilitator yang berpengalaman dan ada DKM & DLKM  
Yuran: Dari RM2,500 

Seperti benkel SKM, ini adalah peluang anda untuk mendapatkan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia yang diiktiraf MQA,  TANPA mengikuti kursus sepenuh masa di mana-mana pusat latihan TVET/JPK . 

Jimat & cepat!
Dapatkan DKM/DLKM anda hari ni, jangan benarkan sekeping sijil menjadi penghalang kepada peningkatan kerjaya atau perniagaan anda.

Sila rujuk Syarat Tempoh Minimum Pengalaman Kerja di atas untuk tahu samada anda layak untuk mohon DKM atau DLKM secara PPT ke tidak.

* Harap maklum bahawa walaupun anda mungkin layak mohon DKM atau DLKM berdasarkan tempoh pengalaman kerja anda (dengan bukti ketrampilan), anda masih perlu mohon dari Tahap terendah dulu untuk bidang anda, jika berkaitan (boleh rujuk Daftar NOSS)

7. Bengkel Online Pembangunan Portfolio TVET-i (TVET Instruction)

Kekerapan:  4 sesi mingguan
Masa: 1.5-2 jam/sesi*

Mod: Bengkel Online dengan fasilitator yang berpengalaman dan ada TVET-i
Yuran: Dari RM3,000 

Bengkel online - VTO
Pengenalan kepada Pembangunan WIM

Jika anda  ada >5 tahun pengalaman mengajar bidang kemahiran, lulus SPM dan ingin mengajar program SKM atau menubuhkan Pusat Bertauliah JPK,  ini adalah peluang untuk anda memohon TVET-i@sijil pengajar vokasional TANPA mengikuti kursus separa masa/sepenuh masa selama 3-6 bulan dan menjalani 6 bulan internship.

Namun, pastikan anda ada kemahiran mengajar  program bersifat kemahiran, mengajar program akademik seperti tuisyen atau ajar di sekolah biasa tidak boleh dikira.

Jadilah pengajar vokasional bertauliah HARI INI

Siapa yang perlu ada Sijil VTO/TVET-i?

1. Jika anda ingin jadi  Pegawai Penilai (WAJIB)/tenaga pengajar di pusat latihan kemahiran awam/swasta yang menawarkan SKM/DKM/DLKM

2. Walaupun anda tidak bercadang untuk jadi Pegawai Penilai, ia juga memberi anda ilmu serta kemahiran sebagai pengajar bidang kemahiran.

Adakah WAJIB untuk miliki Sijil VTO/TVET-i?

1. Ya, jika anda bakal dilantik sebagai Pegawai Penilai di mana-mana  Pusat Bertauliah JPK  yang menawarkan SKM/DKM atau anda ingin menubuhkan Pusat Bertauliah JPK.

Tidak, jika anda hanya mengajar program kemahiran yang tidak menawarkan SKM.

Namun, ada kelebihan memiliki VTO/TVET-i, mengukuhkan kemahiran serta status anda sebagai pengajar vokasional/kemahiran.

3. Tidak, jika anda hanya mengajar  program bukan bersifat kemahiran atau soft skills. Anda cuma perlukan sijil  HRDCorp-TTT untuk memberi latihan kepada syarikat yang meyumbang kepada HRDCorp@PSMB.

TVETi - Bengkel Pembangunan Portfolio

8. Kursus Vocational Training Operation (VTO) - Kursus Online + Bersemuka (Separa/Sepenuh Masa)

Jadual: Hujung Minggu sehingga 6 bulan (360 jam) 
Mod: 6 bulan  (360 jam) Kursus Online + bersemuka  Internship: 6 bulan (720 jam) di mana-mana Pusat Bertauliah JPK yang menawarkan SKM bidang anda.

Yuran: RM3,400 (lump sum) – RM3,600 (ansuran) Maybank, 514589385943:  ISE Education Sdn Bhd

Sijil VTO

Anda perlu mengikuti kursus hujung minggu (online + bersemuka)  + internship jika ingin dilantik sebagai Pegawai Penilai (PP) di Pusat Bertauliah JPK jika TIDAK MEMILIKI pengalaman mengjar bidang kemahiran >5 tahun.

Pra-syarat untuk mengikuti kursus ini adalah Sijil Kemahiran Malaysia 3 (SKM3)sebarang bidang.

Kelebihan Sijil VTO/TVET-i

1. Sijil VTO/TVET-i diwajibkan mengikut Akta 652 kepada mana-mana individu yang ingin menjadi Pegawai Penilai (tenaga pengajar / cikgu / pensyarah) di pusat latihan kemahiran swasta dan kerajaan yang menjalankan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM)

2. Melayakkan anda menjadi Pegawai Penilai (PP) program Modular ataupun SKK (Standard Ketrampilan Kebangsaan), tak perlu bazir duit untuk bayar RM2,500-2,800 lagi untuk sijil NCS TTT (NCS-004:2017).

VTO vs NCS-TTT

3. Layak diberi pengecualian untuk sijil Train The Trainer HRDF/PSMB
Sijil TTT dari PSMB/HRDF diperlukan untuk mengajar kursus jangka pendek/korporat di bawah program PSMB. Yuran Kursus TTT adalah sebanyak RM2,500-2,800. Mereka yang memiliki Sijil VTO/TVET-i mendapat pengecualian mengikuti Kursus HRDF TTT dan hanya perlu membuat bayaran RM300 (jimat RM2,200-2,500) bagi mendapatkan Sijil HRDF TTT.

VTO vs HRDF-TTT

4. Peluang pekerjaan sebagai tenaga pengajar lebih tinggi
Tenaga pengajar TIDAK WAJIB untuk miliki sijil VTO/TVET-i tetapi sijil VTO/TVET-i meningkatkan peluang diambil sebagai pengajar sepenuh atau separa masa di kolej kemahiran kerajaan dan swasta. Ilmu serta teknik mengajar bidang kemahiran yang dipelajari juga membantu anda menjadi pengajar yang lebih mantap.

Testimoni dari calon / Pusat Bertauliah JPK

TQVM ISE - En Melvin atas khidmat nasihat dan bimbingan serta membantu peserta drp IKN di dalam kursus-kursus Induksi JPK yang telah disertai. Anda memudahcarakan peserta utk LULUS dengan jayanya. Terima Kasih
Testimoni
Azahliza Ramli
Penolong Pengarah, Institut Kraf Negara
Testimonial - Institut Teknoloi RIAM
Terima kasih bro, pihak pengurusan kami amat berpuas hati dan gembira dengan perkhidmatan anda. PP & PPD anda telah melaksanakan tugas mereka dengan baik dan sekali lagi kami berjaya lulus. Kumpulan VTO saya yang seterusnya pasti milik anda.
Chua Min Fui
Dekan - Institut Teknologi Riam
Melvin adalah orang yang anda kena rujuk untuk sebarang kursus induksi di bawah JPK. Saya telah hantar ramai staf, pengajar dan juga mengesyorkan ahli FEMAC lain untuk mengikuti kursus induksi serta bengkel anjurannya. Apa sahaja kursus induksi pun dia anjur, PP-PPD-PPB, PP-PPT, PPL, SLDN senang nak berurusan sebab lengkap & kekerapan pun cukup tinggi. Saya dah berurusan dengan dia sejak 2002.
Mdm Selvi Rajendran
Pengarah Eksekutif - CQ-Tec TVET College, Puchong
Freelance jobs - skills trainer
VTO Batch XI

Kesimpulan

Untuk kemudahan anda mencapai terus kepada pautan untuk pertanyaan atau permohonan kursus, berikut adalah kesimpulannya. Jika anda ingin:

  • Tambah ilmu tanpa sebarang bayaran, dengan sijil kehadiran sahaja – Portal e-LATiH
  • Mengikuti kursus-kursus induksi di bawah JPK (berbayar tetapi dengan sijil yang diiktiraf, secara langsung/tak langsung) yang mungkin memberi anda peluang pekerjaaan atau menjana rezeki (utama atau sampingan).
  • Dilantik sebagai Pegawai Penilai (mengajar & menilai kursus kemahiran bersijilkan SKM/DKM) dan ada pengalaman mengajar bidang kemahiran lebih 5 tahun
  • Dilantik sebagai Pegawai Penilai (mengajar & menilai kursus kemahiran bersijilkan SKM/DKM), sudah ada SKM3 dan pengalaman mengajar bidang kemahiran kurang 5 tahun

Dapatkan sehingga 4 sijil induksi JPK Jun 2021

Jadual induksi JPK Jun 2021 anjuran ISE Education Sdn Bhd sepintas lalu (jika PKP 3.0 ditamatkan pada 6 Jun):

  1. Induksi PP-PPD-PPB
    12-13 Jun: IKN Rawang (PENUH)
    26-27 Jun: Kolej ISBAUK, Brem Mall, Kepong, KL
  2. Induksi PP-PPT
    19-20 Jun: Kolej ISBAUK, Brem Mall, Kepong, KL
  3. Induksi PPL
    3-4 Julai: Kolej ISBAUK, Brem Mall, Kepong, KL
  4. Induksi SLDN
    11 Julai: Kolej ISBAUK, Brem Mall, Kepong, KL

1. Kursus Induksi JPK Jun 2021 – PP-PPD-PPB

Kursus Induksi JPK Jun 2021 akan giat dianjurkan lagi secara bersemuka (andainya PKP ditamatkan pada 6 Jun 2021) setelah Hari Raya.

Sesi induksi pertama selepas Raya adalah PP-PPD-PPB pada 12-13 Jun tetapi telah penuh seperti yang dijangkakan setelah berakhirnya sesi pada 27-28 Mac 2021 (itulah, kena daftar awal 🙂

Induksi PP-PPD-PPB adalah langkah pertama anda untuk melibatkan diri dalam industri TVET dengan memahami Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia.

kursus induksi JPK Jun2021

Tarikh: 26-27 Jun
Masa: 8.30-5pm
Mod: Dalam talian@online
Yuran: RM350/pax

Siapa yang patut hadir kursus induksi Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) ni? / Who should attend this induction course?

a) Calon Personel Pusat Bertauliah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) / Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Accredited Centre Personnels:
i) Pegawai Penilai / Assessor / (PP)
ii) Pegawai Pengesah Dalaman / Internal Verifier (PPD)
iii) Pengurus Pusat Bertauliah / Centre Manager (PPB)
iv) Tenaga Pengajar / Trainer (TP)
v) Pegawai Pengesah Luaran / External Verifier (PPL)

b) Individu yang terlibat dengan pengurusan Pusat Bertauliah / Individuals that’s involved with managing the JPK Accredited Centre

c) Calon Pegawai Pengesah Luaran (PPL) (kena lulus kursus induksi PP-PPD-PPB sebelum ikuti induksi PPL) / External Verifer candidate (need to pass PP-PPD-PPB induction course first – Need to attend PPL Induction Course)

d) Individu yang berminat dalam Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) / Individual that is interested with the Malaysia Skills Certification System

Kursus Induksi JPK Jan 2021
Jika ingin tahu butiran lanjut setiap jawatan ini, sila rujuk sini

ISE Education boleh anjur di pusat latihan anda jika ada >10 calon dari pusat latihan anda (di luar Lembah Klang) dan >20 calon (Sabah & Sarawak) DAN tempat anda perlu mematuhi SOP Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang ketat serta kapasiti bilik/dewan min 80pax dengan penjarakan sosial.

2. Kursus Induksi JPK Jun 2021 – Induksi PP-PPT

Tarikh: 19-20 Jun
Masa: 8.30-5pm
Mod: Dalam talian@online
Yuran: RM350/pax

Kursus Induksi JPK Mac 2021 - PPL-PPT

Siapa yg patut hadir?

1) Berminat dilantik sebagai PP-PPT 
2) Berminat mohon SKM secara PPT (prosedur, syarat dan kaedah penilaian persijilan melalui kaedah PPT ada dijelaskan)
3) PB yang ingin mohon menjadi PB-PPT (perlu ada penyelaras PPT yang perlu ikuti kursus induksi PP-PPT)

3. Kursus Induksi JPK Jun 2021 – Induksi PPL

Sesi seterusnya adalah seperti berikut:

Tarikh: 3-4 Julai (abaikan tarikh dalam poster, tarikh sebelum ini)
Masa: 8.30-5pm
Tempat: Kolej ISBAUK, Brem Mall, Kepong, KL
Yuran: RM350/pax

Kursus Induksi JPK Mac 2021 - PPL

Siapa yang boleh ikuti kursus induksi PPL? (tak sama dengan lantikan):

  1. Warganegara Malaysia atau PR DAN
  2. 18 tahun ke atas
  3. Lulus induksi PP-PPD-PPB

Syarat lantikan (tambahan kepada syarat di atas):

  1. Pengalaman kerja 10 tahun ke atas (jika bidang kritikal, tak sampai 10 tahun pun boleh dipertimbangkan) dalam bidang kemahiran anda secara amnya.
  2. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) / Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) / Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM)

Objektif kursus induksi PPL:

  • Memberi pemahaman mengenai Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia
  • Memberi kefahaman peranan dan tanggungjawab sebagai PPL
  • Memenuhi syarat lantikan sebagai PPL bagi program di Pusat Bertauliah & Program SLDN

Peluang sebagai Pegawai Pengesah Luaran (PPL)

Peluang memang banyak, boleh dilantik sebagai:

  • PPL-SLaPB
  • PPL-SLDN
  • PPL-PLV

4. Kursus Induksi JPK Jun 2021 – Induksi SLDN

Tarikh: 11 Julai (abaikan tarikh dalam poster, itu adalah tarikh sebelum ini)
Masa: 8.30-5pm
Tempat: Kolej ISBAUK, Brem Mall, Kepong, KL
Yuran: RM200/pax (Terhad kpd 25 peserta shj)

Kursus Induksi JPK Mac 2021 - SLDN

Peserta kursus yang berjaya menamatkan kursus ini akan memperolehi Sijil Kursus Induksi SLDN dan boleh memohon perakuan pengiktirafan kelayakan sebagai personel pentauliahan (PPKSPP). PPKSPP merupakan perakuan yang diberi kepada personel Pusat Bertauliah (PB) Jabatan Pembangunan Kemahiran yang bertanggungjawab dalam pengurusan latihan kemahiran, membimbing, menyelia dan menilai pelatih/perantus di Pusat Bertauliah SLDN.

Ingin Menjadi Pengajar atau Jurulatih SLDN?

Kursus Induksi SLDN ini merupakan suatu keperluan kepada personel SLDN yang dilantik samada sebagai pengurus, penyelaras,coach mahupun pengajar pusat bertauliah SLDN. Kursus ini merupakan kursus asas yang WAJIB dihadiri oleh semua personel SLDN sebelum menjalankan program latihan SLDN di Pusat Bertauliah.

Peserta kursus akan diberi penerangan secara komprehensif  mengenai konsep dan pelaksanaan SLDN. Kursus-kursus lain yang perlu dihadiri oleh personel SLDN yang dilantik selepas Kursus Induksi SLDN ini ialah kursus NDTS Coach Training Programme untuk jurulatih SLDN dan kursus NDT Trainer Training Programme untuk pengajar pusat latihan SLDN.

This image has an empty alt attribute; its file name is Syarat-lantikan-sistem-SLDN-1024x766.jpg

Kelebihan Memiliki Sijil Induksi SLDN

– Layak membuka Pusat Bertauliah SLDN
– Layak menempatkan pelatih SLDN di syarikat anda
– Lantikan sebagai Pengurus Pusat Bertauliah SLDN
– Lantikan sebagai Pengajar Pusat Latihan SLDN
– Lantikan sebagai Coach Industri SLDN
– Lantikan sebagai Pegawai Pengesah Luaran PPL-SLDN

NDTS Induction Course/Kursus Induksi SLDN

Kursus Induksi JPK 2021
Dah bersedia dengan cabaran untuk dapatkan 4 sijil induksi JPK dalam sebulan?
This image has an empty alt attribute; its file name is Daftar-Cepat.gif

Untuk keterangan lanjut, whatsapp/hubungi:
Nora@03-27819937 ATAU Melvin@012-3123430 ATAU
www.wasap.my/60163066096/DaftarInduksiJun2021

Kursus Induksi PPL (PPL-SLaPB/PPL-SLDN/PPL-PPT) 10 Soalan Lazim (FAQ)

Kursus Induksi PPL adalah kesinambungan daripada kursus induksi PP-PPD-PPB (juga pra-syarat). Jika anda perlu pengetahuan asas mengenai kursus induksi secara amnya, sila baca sini.

1. Objektif kursus induksi PPL

  • Memberi kefahaman tentang Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia

  • Memberi kefahaman peranan dan tanggungjawab sebagai PPL

  • Memenuhi syarat lantikan  sebagai PPL  bagi Program di Pusat Bertauliah danProgram SLDN

2. Apakah syarat menyertai kursus induksi PPL?

Kelayakan anda adalah:-

  • Warganegara Malaysia; atau
  • Pemastautin Tetap (PR); dan
  • Berumur 18 tahun ke atas; dan

3. Adakah sijil kursus induksi PPL mempunyai tempoh sah laku?

Sebelum 2022 – Sijil Kursus Induksi PPL, seperti sijil induksi PP-PPD-PPB & PP-PPT, adalah sah untuk tempoh 3 tahun selepas kursus untuk tujuan pelantikan pertama jawatan Personel Penilaian dan Verifikasi (PPV)). Sekiranya anda tidak dilantik selepas tempoh 3 tahun, sijil induksi berkenaan tidak sah untuk pelantikan dan perlu mengulang semula kursus induksi berkenaan.

TERBARU: Mulai Jan 2022, tiada lagi tempoh sah laku untuk sijil induksi PPL (dan juga semua sijil induksi JPK yang lain)

4. Ada berapa jenis PPL?

a) Pegawai Pengesah Luaran Sistem Latihan Program Bertauliah (PPL-SLaPB).

PPL-SLaPB merupakan seseorang personel yang memenuhi kelayakan yang ditetapkan dan diberi kuasa oleh Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran (KPPK) untuk melaksanakan verifikasi luaran dan penilaian di Pusat Bertauliah. Sila rujuk Peranan dan tanggungjawab PPL-SLaPB di sini.

b) Pegawai Pengesah Luaran Sistem Latihan Dual Nasional (PPL-SLDN)

Pegawai Pengesah Luaran Sistem Latihan Dual Nasional (PPL-SLDN) adalah merupakan personel yang memenuhi kelayakan yang ditetapkan dan diberi kuasa oleh Ketua Pengarah untuk melaksanakan verifikasi luaran di tempat kerja/ Pusat Bertauliah. Sila rujuk Peranan dan tanggungjawab PPL-SLDN di sini.

PPL (SLaPB & SLDN)

5. Bagaimana pula dengan Pegawai Pengesah Luaran Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPL-PPT)?

Pegawai Pengesah Luaran Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPL-PPT) adalah merupakan personel yang memenuhi kelayakan yang ditetapkan dan diberi kuasa oleh Ketua Pengarah untuk menjalankan verifikasi dan mengesahkan terhadap penilaian yang dilaksanakan oleh PP-PPT. Antara peranan dan tanggungjawab PP-PPT termasuklah:

i. Melaksanakan verifikasi terhadap penilaian yang telah dilakukan oleh PPPPT dan memastikan penilaian dilaksanakan mengikut kriteria kemahiran yang telah ditetapkan.

Sekiranya anda berminat untuk memohon jawatan ini, anda perlulah memenuhi kriteria dan syarat perakuan sebagai PPL-PPT seperti berikut:

Harap maklum, TIADA KURSUS INDUKSI PPL-PPT. Cuma perlu ikuti induksi PP-PPT sahaja untuk sampai ke jawatan PPL-PPT, tertakhluk kepada syarat tambahan di atas.

Semua jawatan No 4 &5 adalah dikenali sebagai Personal Penilaian dan Verifikasi (PPV). Berikut adalah gambarajah struktur PPV.

6. Apakah prosedur permohonan perakuan?

Lantikan sebagai Pegawai Penilaian & Verifikasi (PPV) dilakukan oleh Unit Pentauliahan Personel & Pakar, Program Kelayakan Kekompetenan, CIAST di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

Semua urusan Permohonan Personel Penilaian dan Verifikasi (PPV) (Personel BaruTambah JawatanTambah Program dan Pembaharuan) hendaklah dibuat secara ATAS TALIAN melalui URL https://www.myspike.my/ dengan memberi link URL drive di mana semua dokumen sokongan telah dimuat naik dalam drive tersebut.

BILDOKUMEN SOKONGAN PERSONAL BARUPPL-SLaPBPPL-SLaPB (VTO/E/M)PPL-SLDNPP- PPTPP- PPT (VTO/E/M)
1.Kad Pengenalan
2.Bukti pengalaman 10 tahun dalam bidang yang dipohon
3.Sijil Induksi PP-PPD-PPB   
4.Sijil Induksi PPL  
5.Sijil Induksi PP-PPT             
6.Sijil Induksi SLDN    
7.SKM/ DKM/ DLKM/ DPV/ DLPV/ Kelayakan Kemahiran berkaitan
8.Sijil akademik dengan bukti pengalaman berkaitan
9.Bukti pengalaman mengajar VTO/VTE/VTM ≥ 2 tahun   
10.Bukti pengalaman mengajar bidang kemahiran di PB JPK ≥ 5 tahun   
11.Bukti menyelia dan mengurus kemahiran (VTE/ VTM)   
12.Bukti pencapaian/ pengiktirafan /anugerah / projek kemahiran /pertandingan /perlesenan / badan professional
13.Borang kebenaran majikan   (Borang PPV/CIAST-B001/12-2018)
14.Borang Akuan Pengesahan Pengalaman
15.Borang Akuan Pemilik Perniagaan
16.Resume (2 mukasurat)

TAMBAH JAWATAN 

BILDOKUMEN SOKONGAN TAMBAH JAWATANPPL-SLaPBPPL-SLaPB (VTO/E/M)PPL-SLDNPP- PPTPP- PPT (VTO/ E/ M)PPL- PPT
1.Bukti pengalaman 10 tahun dalam bidang yang dipohon
2.Sijil Induksi PP-PPD-PPB    
3.Sijil Induksi PPL   
4.Sijil Induksi PP-PPT             
5.Sijil Induksi SLDN     
6.SKM/ DKM/ DLKM/ DPV/ DLPV/ Kelayakan Kemahiran berkaitan
7.Sijil akademik dengan bukti pengalaman berkaitan
8.Bukti pengalaman mengajar VTO/VTE/VTM ≥ 2 tahun    
9.Bukti pengalaman mengajar  kemahiran di PB JPK ≥ 5 tahun    
10.Bukti menyelia & mengurus kemahiran (VTE/ VTM)    
11.Bukti pencapaian/ pengiktirafan/ anugerah/ projek kemahiran/ pertandingan/ perlesenan/ badan professional
12.Borang kebenaran majikan   (Borang PPV/CIAST-B001/12-2018)
13.Salinan bukti penugasan PPT ≥ 30 portfolio     

PEMBAHARUAN JAWATAN

BILDOKUMEN SOKONGAN PEMBAHARUANPPL-SLaPBPPL-SLaPB (VTO/E/M)PPL-SLDNPP- PPTPP- PPT (VTO/E/M)PPL- PPT
1.Bukti pengalaman 10 tahun dalam bidang yang dipohon
2.Sijil Induksi PP-PPD-PPB    
3.Sijil Induksi PPL   
4.Sijil Induksi PP-PPT             
5.Sijil Induksi SLDN     
6.Lulus Penilaian Pembaharuan
7.SKM/ DKM/ DLKM/ DPV/ DLPV/ Kelayakan Kemahiran berkaitan
8.Sijil akademik dengan bukti pengalaman berkaitan
9.Bukti pengalaman mengajar VTO/VTE/VTM ≥ 2 tahun    
10.Bukti pengalaman mengajar  kemahiran di PB JPK ≥ 5 tahun    
11.Bukti menyelia & mengurus kemahiran (VTE/ VTM)    
12.Bukti pencapaian/ pengiktirafan/ anugerah/ projek kemahiran/ pertandingan/ perlesenan/ badan professional
13.Borang kebenaran majikan   (Borang PPV/CIAST-B001/12-2018)
14.Salinan bukti penugasan PPT ≥ 30 portfolio     

 TAMBAH PROGRAM 

BILDOKUMEN SOKONGAN TAMBAH PROGRAMPPL-SLaPBPPL-SLaPB (VTO/E/M)PPL-SLDNPP- PPTPP- PPT (VTO/E/M)PPL- PPT
1.Bukti pengalaman 10 tahun dalam bidang yang dipohon
2.Sijil Induksi PP-PPD-PPB    
3.Sijil Induksi PPL   
4.Sijil Induksi PP-PPT             
5.Sijil Induksi SLDN     
6.SKM/ DKM/ DLKM/ DPV/ DLPV/ Kelayakan Kemahiran berkaitan
7.Sijil akademik dengan bukti pengalaman berkaitan
8.Bukti pengalaman mengajar VTO/VTE/VTM ≥ 2 tahun    
9.Bukti pengalaman mengajar bidang kemahiran di PB JPK ≥ 5 tahun    
10.Bukti menyelia & mengurus kemahiran (VTE/ VTM)    
11.Bukti pencapaian / pengiktirafan /anugerah / projek kemahiran /pertandingan /perlesenan / badan professional
12.Borang kebenaran majikan   (Borang PPV/CIAST-B001/12-2018)
13.Salinan bukti penugasan PPT ≥ 30 portfolio     

FASILITATOR BERTAULIAH

BILDOKUMEN SOKONGAN FASILITATOR BERTAULIAHFB WIMFB DESCUMFB SOALANCUDBAS LEADER
1.Bukti pengalaman kerja 5 tahun
2.Sijil Induksi PP-PPD-PPB
3.Sijil Fasilitator WIM   
4.Sijil Fasilitator DESCUM             
5.Sijil Fasilitator Pembangunan Soalan Pembangunan Kemahiran   
6.Sijil CUDBAS Leader   
7.Borang kebenaran majikan   (Borang PPV/CIAST-B001/12-2018)

NOTA

Perlu diberi perhatian bahawa, hanya satu program NOSS boleh dipilih dalam satu-satu permohonan. Oleh itu, sekiranya anda memohon untuk diperaku lebih dari satu program NOSS maka bilangan permohonan juga perlu mengikut bilangan program yang dimohon. Contohnya anda memohon pembaharuan untuk program NOSS bagi SKM 1, SKM 2 dan SKM 3 maka permohonan perlu dibuat sebanyak tiga (3) kali untuk setiap program tersebut.

Sebarang pertanyaan berkaitan MySpike boleh e- mel ke helpdesk myspike@mohr.gov.my atau login ke MySPIKE > Pengguna > Pelanggan JPK > Senarai Aduan Pengguna

Pertanyaan berkaitan dengan isu PPV secara amnya boleh e- mel ke ppv@ciast.gov.my

7. Siapakah yang mengeluarkan sijil?

Sijil adalah dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) yang boleh dicetak oleh anda sendiri melalui sistem nanti, jika lulus.

8. Bilakah sijil akan dikeluarkan selepas mengikuti kursus induksi?

Penceramah kursus perlu masa untuk menyemak jawapan dan merekodkan keputusan serta dimaklumkan kepada urusetia. Barulah sijil boleh dicetak daripada akaun myspike anda, biasanya dalam tempoh 1 bulan.

9. Bagaimana cara untuk mendapatkan semula sijil induksi sekiranya hilang?

Surat rasmi permohonan gantian berserta satu salinan laporan polis atau akuan sumpah serta salinan Kad Pengenalan perlu dikemukakan dan dihantar kepada :

Unit Kursus Induksi Pentauliahan,
Program Kelayakan Kekompetenan,
CIAST
Jalan Petani 19/1, Seksyen 19, 40300 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

10. Adakah saya perlu membaharui jawatan saya?

PPV – Setiap 3 tahun, ada penilaian pembaharuan PPV (Personel Penilaian Verifikasi).

Sila log in ke www.myspike.my > Kursus Induksi > Mohon Kursus Induksi > Penilaian Pembaharuan Personel Penilaian dan Verifikasi  > Papar Senarai Kursus.

Digalakkan untuk mohon 3-6 bulan sebelum tarikh tamat.

Testimoni

Kursus Induksi PPL - Testimonial
Kursus Induksi PPL - Testimoni 2-3 Okt 21
Kursus Induksi PPL - Testimoni 2-3 Okt 21
Kursus Induksi JPK - Permohonan kursus
Tunggu Apa Lagi?

Dapatkan sehingga 4 sijil induksi JPK sebelum puasa/Hari Raya!

1. Kursus Induksi JPK Mac 2021 – PP-PPD-PPB

Kursus Induksi JPK telah boleh dijalankan secara bersemuka setelah tamatnya PKP 2.0 pada 4 Mac 2021.

Ia bermula dengan induksi PP-PPD-PPB pada 6-7 Mac 2021. Ia adalah sesi PERTAMA & PALING AWAL selepas PKP 2.0 di seluruh Malaysia. Ia juga adalah langkah pertama anda untuk melibatkan diri dalam industri TVET dengan memahami Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia.

Berakhirlah sesi hari pertama – fasilitator dari CIAST, Pn Norsyawaliza

Anda terlepas minggu lepas? Takpa, satu lagi sesi di KL lagi (Jalan Loke Yew, Cheras) hujung bulan Mac 2021.

Tarikh: 27-28 Mac
Masa: 8.30-5pm
Tempat: Jalan Loke Yew, Cheras
Kod kursus (Penjana PERKESO): HIT8717 (PERCUMA bagi yang layak ~ diambil selepas bekerja selepas 1/7/20 dan majikan mencarum PERKESO & SIP untuk anda)
Yuran: RM350/pax

Kursus Induksi JPK Mac 2021 - PP-PPD-PPB

Siapa yang patut hadir kursus induksi Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) ni? / Who should attend this induction course?

a) Calon Personel Pusat Bertauliah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) / Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Accredited Centre Personnels:
i) Pegawai Penilai / Assessor / (PP)
ii) Pegawai Pengesah Dalaman / Internal Verifier (PPD)
iii) Pengurus Pusat Bertauliah / Centre Manager (PPB)
iv) Tenaga Pengajar / Trainer (TP)
v) Pegawai Pengesah Luaran / External Verifier (PPL)

b) Individu yang terlibat dengan pengurusan Pusat Bertauliah / Individuals that’s involved with managing the JPK Accredited Centre

c) Calon Pegawai Pengesah Luaran (PPL) (kena lulus kursus induksi PP-PPD-PPB sebelum ikuti induksi PPL) / External Verifer candidate (need to pass PP-PPD-PPB induction course first – Need to attend PPL Induction Course)

d) Individu yang berminat dalam Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) / Individual that is interested with the Malaysia Skills Certification System

Kursus Induksi JPK Jan 2021
Jika ingin tahu butiran lanjut setiap jawatan ini, sila rujuk sini

ISE Education boleh anjur di pusat latihan anda jika ada >10 calon dari pusat latihan anda (di luar Lembah Klang) dan >20 calon (Sabah & Sarawak) DAN tempat anda perlu mematuhi SOP Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang ketat serta kapasiti bilik/dewan min 80pax dengan penjarakan sosial.

2. Kursus Induksi JPK Mac 2021 – Induksi PP-PPT

Tarikh: 13-14 Mac
Masa: 8.30-5pm
Tempat: Kolej ISBAUK, Brem Mall, Kepong, KL
Kod kursus (Penjana PERKESO): HIT8718 (PERCUMA bagi yang layak ~ diambil selepas bekerja selepas 1/7/20 dan majikan mencarum PERKESO & SIP untuk anda)
Yuran: RM350/pax

Kursus Induksi JPK Mac 2021 - PPL-PPT

Siapa yg patut hadir?

1) Berminat dilantik sebagai PP-PPT 
2) Berminat mohon SKM secara PPT (prosedur, syarat dan kaedah penilaian persijilan melalui kaedah PPT ada dijelaskan)
3) PB yang ingin mohon menjadi PB-PPT (perlu ada penyelaras PPT yang perlu ikuti kursus induksi PP-PPT)

3. Kursus Induksi JPK Mac 2021 – Induksi PPL

Sesi pertama 2021 selepas sesi terakhir pada 26-27 Dis 2020 adalah seperti berikut:

Tarikh: 20-21 Mac
Masa: 8.30-5pm
Tempat: Kolej ISBAUK, Brem Mall, Kepong, KL
Kod kursus (Penjana PERKESO): HIT8719 (PERCUMA bagi yang layak ~ diambil selepas bekerja selepas 1/7/20 dan majikan mencarum PERKESO & SIP untuk anda)
Yuran: RM350/pax

Kursus Induksi JPK Mac 2021 - PPL


Siapa yang boleh ikuti kursus induksi PPL? (tak sama dengan lantikan):

  1. Warganegara Malaysia atau PR DAN
  2. 18 tahun ke atas
  3. Lulus induksi PP-PPD-PPB

Syarat lantikan (tambahan kepada syarat di atas):

  1. Pengalaman kerja 10 tahun ke atas (jika bidang kritikal, tak sampai 10 tahun pun boleh dipertimbangkan) dalam bidang kemahiran anda secara amnya.
  2. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) / Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) / Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM)

Objektif kursus induksi PPL:

  • Memberi pemahaman mengenai Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia
  • Memberi kefahaman peranan dan tanggungjawab sebagai PPL
  • Memenuhi syarat lantikan sebagai PPL bagi program di Pusat Bertauliah & Program SLDN

Peluang sebagai Pegawai Pengesah Luaran (PPL)

Peluang memang banyak, boleh dilantik sebagai:

  • PPL-SLaPB
  • PPL-SLDN
  • PPL-PLV

4. Kursus Induksi JPK Mac 2021 – Induksi SLDN

Tarikh: 20 Mac atau 3 April
Masa: 8.30-5pm
Tempat: Kolej ISBAUK, Brem Mall, Kepong, KL
Yuran: RM200/pax

Kursus Induksi JPK Mac 2021 - SLDN

Peserta kursus yang berjaya menamatkan kursus ini akan memperolehi Sijil Kursus Induksi SLDN dan boleh memohon perakuan pengiktirafan kelayakan sebagai personel pentauliahan (PPKSPP). PPKSPP merupakan perakuan yang diberi kepada personel Pusat Bertauliah (PB) Jabatan Pembangunan Kemahiran yang bertanggungjawab dalam pengurusan latihan kemahiran, membimbing, menyelia dan menilai pelatih/perantus di Pusat Bertauliah SLDN.

Ingin Menjadi Pengajar atau Jurulatih SLDN?

Kursus Induksi SLDN ini merupakan suatu keperluan kepada personel SLDN yang dilantik samada sebagai pengurus, penyelaras,coach mahupun pengajar pusat bertauliah SLDN. Kursus ini merupakan kursus asas yang WAJIB dihadiri oleh semua personel SLDN sebelum menjalankan program latihan SLDN di Pusat Bertauliah.

Peserta kursus akan diberi penerangan secara komprehensif  mengenai konsep dan pelaksanaan SLDN. Kursus-kursus lain yang perlu dihadiri oleh personel SLDN yang dilantik selepas Kursus Induksi SLDN ini ialah kursus NDTS Coach Training Programme untuk jurulatih SLDN dan kursus NDT Trainer Training Programme untuk pengajar pusat latihan SLDN.

Kelebihan Memiliki Sijil Induksi SLDN

– Layak membuka Pusat Bertauliah SLDN
– Layak menempatkan pelatih SLDN di syarikat anda
– Lantikan sebagai Pengurus Pusat Bertauliah SLDN
– Lantikan sebagai Pengajar Pusat Latihan SLDN
– Lantikan sebagai Coach Industri SLDN
– Lantikan sebagai Pegawai Pengesah Luaran PPL-SLDN

NDTS Induction Course/Kursus Induksi SLDN

Kursus Induksi JPK 2021
Dah bersedia dengan cabaran untuk dapatkan 4 sijil induksi JPK dalam sebulan?

Untuk keterangan lanjut, whatsapp/hubungi:
Nora@03-27819937 ATAU Melvin@012-3123430 ATAU
www.wasap.my/60163066096/Daftar4InduksiSebulan


Kursus Induksi PP-PPD-PPB (KL/Sel/Penang), PPL & VTO bulan Oktober 2020

Kursus Induksi JPK Okt 2020

Kursus Induksi PP-PPD-PPB

Kursus induksi JPK Okt 2020 (induksi PP-PPD-PPB yang ketiga selepas PKP), pada 12-13 Sept telah penuh. Jadi yang lambat ambil tindakan, maaf. Anda kena daftar untuk sesi:
1. 3-4 Okt (Kolej Universiti New Era, Kajang) – hampir penuh atau
2. 10-11 Okt (Vangohh Eminent Hotel, Bukit Mertajam, Penang)
3. 24-25 Okt (Kolej ISBAUK, Kepong)

Induksi PP-PPD-PPB di Kajang, S’gor

Induksi PP-PPD-PPB di BM, Penang

Induksi PP-PPD-PPB di Kepong, KL

Who should attend this induction course? / Siapa yang patut hadir kursus induksi Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) ni?

a) Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Accredited Centre Personnels / Calon Personel Pusat Bertauliah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK):
i) Assessor / Pegawai Penilai (PP)
ii) Internal Verifier / Pegawai Pengesah Dalaman (PPD)
iii) Centre Manager / Pengurus Pusat Bertauliah (PPB)
b) Individuals that’s involved with managing the JPK Accredited Centre / Individu yang terlibat dengan pengurusan Pusat Bertauliah
c) External Verifer candidate (need to pass PP-PPD-PPB induction course first / Calon Pegawai Pengesah Luaran (PPL) (kena lulus kursus induksi PP-PPD-PPB sebelum ikuti induksi PPL) – Need to attend PPL Induction Course
d) Individual that is interested with the Malaysia Skills Certification System / Individu yang berminat dalam Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM)

Kursus Induksi PPL

kursus induksi Okt 2020

Siapa yang boleh ikuti kursus induksi PPL? (tak sama dengan lantikan):

  1. Warganegara Malaysia atau PR DAN
  2. 18 tahun ke atas
  3. Lulus induksi PP-PPD-PPB

Syarat lantikan (tambahan kepada syarat di atas):

  1. Pengalaman kerja 10 tahun ke atas (jika bidang kritikal, tak sampai 10 tahun pun boleh dipertimbangkan) dalam bidang kemahiran anda secara amnya.
  2. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) / Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) / Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM)

Objektif kursus induksi PPL:

  • Memberi pemahaman mengenai Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia
  • Memberi kefahaman peranan dan tanggungjawab sebagai PPL
  • Memenuhi syarat lantikan sebagai PPL bagi program di Pusat Bertauliah & Program SLDN

Peluang sebagai Pegawai Pengesah Luaran (PPL)

Peluang memang banyak, ada yang mungkin dapat rezeki 5 angka sebulan jika buat dengan baik secara sepenuh masa.

Jika berminat, sila muat turun borang Borang Permohonan Induksi
Lepas isi, emel kembali ke ismarteducare@gmail.com bersama slip bayaran untuk pengesahan tempat. Anda juga perlu membuat bayaran kepada penganjur sebanyak RM350 atas Maybank 514589385943, ISE Education Sdn Bhd untuk pengesahan tempat.

Untuk keterangan lanjut, whatsapp/hubungi:
Nora@03-27819937/38 ATAU Melvin@012-3123430 ATAU
www.wasap.my/60163166096/DaftarInduksiPP-PPD(Penang)
www.wasap.my/60163166096/DaftarInduksiPPPPD(Kepong)
www.wasap.my/0160163166096/DaftarInduksiPP-PPT
www.wasap.my/60160163166096/DaftarInduksiPPL

Percetakan sijil induksi JPK 2020 (mulai Jan 2020)

Untuk makluman semua, percetakan sijil induksi JPK (PP-PPD-PPB, PP-PPT & PPL) mulai tahun 2020 adalah diusahakan oleh peserta sendiri.
Ia boleh dicetak sendiri dari www.skkm.gov.my. Pihak JPK TIDAK AKAN CETAK lagi sijil induksi.

Itulah sebabnya semua peserta perlu daftar dalam sistem dulu, sebaik-baiknya 2 minggu sebelum tarikh kursus kerana perlu masa untuk disemak oleh pihak urusetia.

Anda boleh cetak sijil induksi anda setelah keputusan telah ada (biasanya 1-3 bulan lamanya) dan telah dikemaskini dalam www.skkm.gov.my. Kertas yang digunakan boleh je A4 70gm, 80gm, kadbod…. suka hati andalah.

Adakah ini akan menyebabkan isu sijil palsu berlaku? Ya, mungkin juga pada pendapat min. Jadi, nak tahu betul ke tak, perlu la juga semak dalam sistem skkm.gov.my nanti.

Apa komen anda?

Jangan adu pada admin ya, kami cuma maklumkan sahaja, bukannya pembuat keputusan

Bagi yang ingin jadi Pegawai Penilai, pengambilan kursus VTO separa masa juga ada bulan Okt 2020.

Komitmen masa anda sebagai calon VTO separa masa:
360 jam: 6 bulan hujung minggu sahaja
720 jam: 6 bulan di PB program kemahiran anda