Tag Archives: kursus tvet

Kursus integriti dan antirasuah untuk pelajar TVET

Pendidikan antirasuah

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah melaksanakan pendidikan antirasuah menggunakan Modul Kursus Integriti dan Antirasuah (KIAR) untuk pelajar Pendidikan dan Latihan Vokasional (TVET) di  Institusi Latihan dan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) di seluruh negara. Ia adalah kerjasama antara Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, berkata modul KIAR itu  ditawarkan di semua 22 ILKBS, dalam usaha melahirkan modal insan yang bukan sahaja berkemahiran, malah menolak perlakuan rasuah.

“KBS sentiasa komited dalam usaha memerangi rasuah dan ini termasuk menanamkan semangat antirasuah serta memupuk prinsip tidak bertoleransi terhadap perlakuan rasuah di segenap peringkat,” katanya.

Beliau berkata, KBS bukan hanya mahu melahirkan belia yang berkemahiran untuk memenuhi pasaran pekerjaan, namun turut membina insan.

Sebelum ini, modul berkenaan ditawarkan sebagai subjek elektif peringkat sijil, diploma dan sarjana muda di semua institusi pengajian tinggi (IPT) mulai tahun ini dan seterusnya, ditawarkan sebagai satu kursus mata pelajaran Pengajian Umum (MPU) mulai 2023. 

Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM, Datuk Razim Mohd Noor berkata, proses penambahbaikan dan pengubahsuaian modul KIAR perlu diolah daripada subjek sama di institut pengajian tinggi (IPT) kerana cara permarkahan serta penilaian untuk pelajar yang mengikuti kursus TVET adalah tidak sama dengan mahasiswa IPT.

Selain penerapan antirasuah melalui modul, Razim berkata, pihaknya juga akan membawa bekas pesalah rasuah ke institusi TVET untuk berkongsi pengalaman dan hukuman yang diterima akibat jenayah tersebut.

Katanya, inisiatif itu bertujuan memberi kesedaran kepada golongan muda supaya tidak terlibat dengan rasuah yang boleh merosakkan masyarakat serta negara.

“Setakat ini dah ada bekas pesalah yang bersetuju dan rela hati untuk tampil ke hadapan berkongsi pengalaman dan kesan buruk rasuah kepada karier, keluarga dan masa depan mereka.

“Kita harap pendedahan sebegini dapat menyentuh lebih dalam ke hati golongan muda supaya tidak terjerumus dan melakukan kesilapan sama,” katanya.

Sumber: Diolah dari BERNAMA 

Komen

Pengenalan pendidikan antirasuah ini adalah satu usaha yang baik dari pihak SPRM dan diharapkan ia tidak dilaksanakan secara hangat-hangat tahi ayam sahaja seperti mata pelajaran Pendidikan Moral di sekolah rendah. 

Lebih penting lagi adalah pemimpin negara perlu ada keinginan politik untuk membanteras rasuah. Sekiranya tidak (lebih teruk lagi dilihat sebagai tidak takut langsung kerana hukuman yang dikenakan dianggap sangat ringan dan tidak setimpal dengan jenayah rasuah yang dilakukan), budaya rasuah akan kekal berleluasa.

Jadi, amat penting untuk anda sebagai rakyat Malaysia untuk membuat pilihan calon PRU 15 nanti! Pilihlah pemimpin yang bukan sahaja dilihat sebagai tidak korup tetapi juga betul-betul dapat memimpin rakyat ke arah Malaysia yang lebih makmur tanpa diskrimnasi agama, bangsa dan kaum.

Pendidikan antirasuah-TVET-kursus-induksi: Apa kaitannya?

Macam biasa lihat warna dalam  kotak tu tak? 😛 

Apa kaitannya artikel pendidikan antirasuah untuk pelajar TVET dengan kursus induksi? Sebenarnya takda pun sangat, cuma sekadar hiburan😉  

Tak tahu kursus induksi mana anda patut pilih/ikuti? Baca lebih lanjut di Kursus Induksi JPK

Tak tahu parti/calon penganjur mana nak pilih? Mestilah ISE Education, rekod penganjuran yang cemerlang sejak 2001. Telah menghasilkan lebih 10,000 PP, PPD, PPB, PP-PPT, PPL sejak 2001 dan amat benci rasuah@antirasuah!

* Seperti PRU, ISE Education juga bekerjasama dengan penganjur lain untuk penganjuran kursus induksi PP-PPT kali ini
 😉  

Pendidikan antirasuah dan pemilihan penganjur

Kursus Kemahiran Percuma 2022, Berelaun! Tempat Terhad!

Kursus Kemahiran Percuma 2022

Harap maklum - Permohonan Telah Tutup pada 31 Dis 2022

Kursus kemahiran percuma 2022 diteruskan lagi walaupun banyak program PENJANA HRDF ataupun PENJANA PERKESO telah/hampir tamat.

Sebelum kita senaraikan kursus kemahiran percuma ad-hoc (seperti Penjana), adakah anda tahu bahawan ada institusi kemahiran awam & swasta yang tertentu juga menawarkan  kursus kemahiran percuma sepanjang masa?

Dari 3 cara untuk mohon Sijil Kemahiran Malaysia, salah satu kaedahnya biasanya adalah percuma. Bukan itu sahaja, anda akan diberi insentif (bukan pinjaman) dari kerajaan.

Cara yang dimaksudkan tu adalah kaedah Sistem Latihan Dual Nasional. 

Apakah itu kaedah SLDN?

SLDN merupakan singkatan daripada Sistem Latihan Dual Nasional. ‘ Dual ‘ bermaksud latihan di dalam dua situasi pembelajaran iaitu tempat kerja yang sebenar dan institut latihan. Ianya dikendalikan melalui usahasama syarikat-syarikat dan institusi-institusi latihan.

 Jangka MasaBerdasaran kepada tahap kemahiran yang telah ditetapkan dalam Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM)
 Nisbah Amali- Teori

70% hingga 80% latihan amali di industri dan 20% hingga 30% latihan teori di pusat latihan.

 KonsepPendekatan pembelajaran Kendiri (Self-reliant Learning)
 Kaedah PenyampaianDay Release System

Contohnya latihan amali selama 4 hari di dalam
syarikat dan diikuti oleh satu hari kelas teori yang
berkaitan di pusat latihan.

Block Release System ( jika perlu )
Contohnya 3-4 bulan latihan praktikal diikuti dengan
1-4 minggu kelas teori berkaitan.

 PelatihLepasan SPM, belia menganggur dan/atau pekerja yang sedang bekerja yang telah dipilih dan digaji oleh pihak syarikat. Syarikat tidak terikat untuk menawarkan pekerjaan selepas tamat latihan
Penganugerahan Kelayakan

Sijil Kemahiran Malaysia (1,2,3), Diploma Kemahiran Malaysia (DKM)dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM)

Lazimnya, jika anda menyertai kursus kemahiran cara SLDN, anda bukan sahaja tidak perlu membayar yuran kursus malah dapat lagi elaun, samada dari syarikat latihan SLDN@tempat kerja dan/atau dari insentif kerajaan, seperti SLDN Berinsentif 2022

Untuk memudahkan anda, boleh cari senarai program yang ditawarkan oleh pusat & syarikat latihan SLDN di sini yang menawarkan pelbagai kursus kemahiran percuma.

Namun, harus diingatkan bahawa bukan semua pusat & syarikat latihan yang tawarkannya secara PERCUMA. 

Ada yang pakej bersama persijilan antarabangsa/profesional yang lain di mana mereka mengenakan yuran untuk pensijilan tersebut dan pada masa yang sama, daftar anda untuk program SLDN untuk pensijilan sampingan.

Pusat atau syarikat latihan SLDN yang menawarkan program SLDN berinsentif adalah TIDAK dibenarkan untuk mengenakan sebarang yuran kursus kepada calon/anda.

Kursus Kemahiran Percuma 2022 - Yayasan Peneraju

Kursus Kemahiran Percuma 2022 - Certified Production Technician

Syarat Kelayakan

  1. Bumiputera
  2. Warganegara Malaysia
  3. 19-35 tahun
  4. Lepasn diploma dalam bidang kejuruteraan atau bidang berkaitan
  • Latihan 3 bulan DAN WAJIB kerja 3 bulan di industri.
  • Elaun bulanan RM350/bulan X 3 bulan
  • Penginapan disediakan

Kursus Kemahiran Percuma 2022 - Skim Pembiayaan PERKASA TVET

Skim Pembiayaan Perkasa TVET 2022 adalah program latihan kemahiran jangka pendek (biasanya 6 bulan atau kurang) termasuk secara modular atau customized atau Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) bergantung kepada permintaan majikan / industry di bawah Persijilan Kemahiran Malaysia (PKM), Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

Pelatih diberikan penempatan pekerjaan/peningkatan kerjaya terlebih dahulu oleh majikan dan menjalani latihan di Penyedia Latihan Awam (PLA) . Penyedia Latihan Swasta (PLS) berdasarkan konsep “Place & Train”

Syarat Kelayakan Am

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Berumur 15 hingga 30/45 tahun (bergantung kepada Pusat) pada tahun permohonan;
  3. Pelatih tidak menerima pembiayaan / geran latihan daripada mana-mana institusi kewangan lain bagi program yang sama semasa permohonan ini dibuat;
  4. Kriteria pelatih terdiri daripada kategori berikut:
  5. Keutamaan bagi peminjam PTPK yang terjejas dengan pendemik Covid 19; 
    atau
    Pelajar lepasan sekolah atau pelajar lepasan institut pengajian tinggi; atau 
    Individu yang mempunyai perniagaan sendiri / bekerja sendiri yang terjejas pendapatan;
    atau
    Pekerja yang terjejas pendapatan akibat pendamik Covid 19;
    atau
    Pekerja memerlukan kemahiran baru.

* Syarat-syarat adalah tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa.

Kursus Kemahiran Percuma 2022 - Aircraft Ground Handling
Kursus 2 bulan di akademi (Kelana Jaya) & 4 bulan di lapangan terbang Subang. Tempat tinggal & pengangkutan sendiri. Peluang pekerjaan disediakan selepas kursus
SKM-PPT PERCUMA T1 (SPIC)
Kursus sepenuh masa 3 bulan di Georgetown, Penang & 3 bulan praktikal di industri
Kursus Kemahiran Percuma 2022 - KTM
Kursus 6 bulan di Senai, Johor
Kursus Kemahiran Percuma 2022 - KSA
Kursus 3 bulan di Kampar, Perak diikuti dengan peluang pekerjaan disediakan selepas tamat kursus
Jadual mingguan - Kursus 1-2 hari di Kolej, Kemuning Utama, Shah Alam, 4-5 hari di bengel kereta
Kursus Kemahiran Percuma Kraftangan

Anda ingin jadi pusat latihan kemahiran yang dapat pembiayaan untuk tawarkan kursus kemahiran percuma?

1. Sekiranya anda menawarkan latihan kemahiran yang lebih cenderung ke arah masa praktikal di industri yang panjang, sila baca dulu Sistem Latihan Dual Nasional.

SLDN - Logo

2. Sekiranya anda menawarkan latihan kemahiran yang 100% dalam pusat latihan (termasuk praktikal di pusat latihan sendiri), anda lebih sesuai untuk mohon sebagai Pusat Bertauliah SLaPB
Anda juga boleh baca dulu carta alir untuk mohon sebagai pusat bertauliah SLaPB ataupun beli yang sedia ada (artikel dalam English)

Belanjawan 2024 - Rahsia Permohonan Pusat Bertauliah JPK
Hubungi 012-3123430

Bagaimana memilih kursus TVET yang sesuai – Ujian Personaliti Kerjaya?

Anda telah tamat PMR atau SPM tahun 2019 tetapi disebabkan COVID-19, tetapi masih belum lagi sambung belajar? Jika ya, anda bakal sertai batch SPM 2021 (ditunda dari 2020) untuk sambung belajar, tidak kira laluan akademik atau kemahiran.

Sebelum memilih pusat latihan kemahiran yang sesuai untuk anda, adakah anda pernah tanya diri sendiri apakah minat anda? Tahukah anda apa kerjaya yang sesuai untuk anda berdasarkan personaliti anda? Jika anda memilih pekerjaan yang bertentangan dengan minat anda, anda pasti rasa pekerjaan itu cukup membosankan, tidak fokus dan mula mencari pekerjaan baru. Kalau tidak, anda takkan ke mana dalam kerjaya anda.

Jadi bagaimana anda hendak mengenalpasti sama ada personaliti anda menjurus ke arah kerjaya yang mana? Mudah sahaja, jalanilah ujian personaliti kerjaya, percuma je. Untuk makluman anda, ujian personaliti ini berakar umbi daripada Teori Holland yang mengaitkan minat manusia dengan persekitaran kerja. Teori ini banyak digunakan oleh organisasi di seluruh dunia tidak kira swasta mahu pun kerajaan untuk menilai personaliti dan minat individu sebelum ditawarkan sesuatu pekerjaan. Ia membahagikan personaliti individu kepada 6 kumpulan iaitu RIASEC: Realistic, Investigative, Artistic, Social, Enterprising dan Conventional.

ujian personaliti kerjaya

Teori ini membantu menerangkan tentang jenis-jenis personaliti manusia yang mempunyai kecenderungan yang berbeza. Penerangan mengenai jenis personaliti adalah seperti berikut:

Realistik

Jika ini adalah personaliti anda, anda jenis yang suka bekerja dengan peralatan dan mesin,  tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Selain itu, anda juga mempunyai kemahiran mekanikal serta keupayaan fizikal. Umumnya, anda lebih suka bekerja di luar berbanding duduk dalam pejabat. Selain itu, anda juga dilihat sebagai ikhlas, rendah diri dan pemalu.

Antara kerjaya yang sesuai adalah seperti jurutera, tukang kimpal, mekanik, tukang kayu, chef, pemandu jentera, penternak dan lain-lain. Semua ni adalah bidang TVET.

Investigative

Kumpulan ini jenis yang berminat dengan pemerhatian, mempelajari, menyelidik, menganalisa, menilai dan menyelesaikan masalah melalui penyelidikan serta berkamahiran dalam bidang saintifik dan matematik serta meminati kerjaya-kerjaya bercorak teknikal. Anda juga memiliki kemahiran dalam bidang matematik dan sains. Gemar bekerja bersendirian dan lebih suka terlibat dengan idea berbanding manusia dan peralatan. Selain itu, anda juga mempunyai sikap ingin tahu yang tinggi, bersikap logikal, mementingkan ketepatan, bijak serta berdikari.

Antara kerjaya yang sesuai buat kumpulan ini ialah doktor perubatan dan pergigian, ahli sains, pengaturcara komputer, ahli psikologi, ahli antropologi, penilai produk dan lain-lain.

Artistic

Anda mempunyai kebolehan kesenian dan sangat kreatif. Juga mempunyai kebolehan intusi dimana suka bekerja di dalam situasi tidak atau kurang berstruktur. Dalam ertika “bebas” kerana tidak minat dan tidak suka bekerja di dalam keadaan yang rutin atau berulang-ulang. Sentiasa menggunakan daya imiginasi dan daya kreativiti.
Antara kerjaya yang sesuai untuk individu artistik adalah arkitek, guru muzik, pelakon, pereka grafik, jurufoto, penari, penulis/editor dan lain-lain. Rata-ratanya adalah bidang TVET juga.

Social

Anda senang dan suka bekerja dan beinteraksi sesama manusia, membantu, mengajar/ mendidik, membimbing, melatih dan memberi dorongan. Berkemahiran menggunakan tutur kata serta mahir dalam komunikasi dan mempunyai matlamat, terutamanya adalah membuat kebajikan.

Kerjaya yang sesuai adalah guru/pengajar vokasional, kaunselor, jururawat, pelayan restoran, jurulatih, pakar diet, pendakwah dan lain-lain.

HERO tenaga pengajar kemahiran
Malaysia – dan dunia – bergantung kepada anda. Masa depan kita akan maju dan tumbang bersama graduan kemahiran, pembangun negara kita

Enterprising

Anda jenis yang mampu mempengaruhi, mengarah, memimpin dan menguruskan orang lain. Namun matlamatnya adalah bagi mencapai keuntungan organisasi dan keuntungan ekonomi.  Anda juga berupaya memimpin dan memberi ucapan serta mempengaruhi orang lain. Sifat ketara adalah peramah, sukakan cabaran, optimistik, cergas, berkeyakinan dan bercita-cita tinggi.

Kerjaya yang sesuai adalah ahli politik, peguam, perancang kewangan, wartawan, broker saham, pengurus restoran, agen pelancongan dan lain-lain.

Konventional

Anda suka bekerja dengan data dan nombor, mempunyai kemahiran dalam bidang perkeranian dan pengiraan yang sangat baik. Juga bagusa dalam menggunakan nombor dan melakukan sesuatu secara terperinci, bersifat akur dan mengikut arahan. Bersifat praktikal, cermat, cekap, tekun dan berhati-hati.

Antara kerjaya yang sesuai buat personaliti sebegini adalah akauntan, juru audit, juru wang, penganalisa kewangan, pentadbir pejabat, setiausaha dan lain-lain.

Nak cuba uji minat kerjaya anda secara percuma?. Anda boleh klik Ujian Personaliti Kerjaya RIASEC  untuk terus jalani test berkenaan. Selain secara online, anda boleh kenal pasti minat kerjaya anda menerusi inventori psikologi yang sama standardnya seperti Self-Directed Search (SDS), Strong Interest Inventory, Ujian Minat Kerjaya Sidek dan Profil Personaliti TAJMA. Semuanya mengikut Teori Holland cuma term yang digunakan sahaja berbeza. Hasil penilaian tersebut, bolehlah digunakan sebagai panduan memilih kursus TVET yang tepat sekaligus dapat menceburi bidang kerjaya yang memang diminati oleh anda kelak. 

Namun, ujian personaliti kerjaya (career personality test) ni bukan la penentu segalanya, hanya sesuai sebagai panduan untuk pemilihan bidang kerjaya masa depan anda. Ataupun, nak suka-suka uji pun tak mengapa. Tiada siapa halang, kerana ia adalah percuma!! Dan tak perlu tunggu hingga bulan 3 untuk keputusan SPM anda.

Nak kongsi markah anda di FB Group TVET Malaysia pun ok je, mungkin ada kolej TVET yang tawarkan anda kursus berdasarkan keputusan anda 😀

Dah tahu anda sesuai untuk ambil kursus TVET apa tetapi tak tahu mana nak cari?
Isi borang tunjuk minat dan kami akan cuba bantu anda carikan kolej/institut TVET swasta yang bersesuaian untuk anda.

Daftar Kursus TVET

Tahfiz TVET peluang cerah pelajar tahfiz dapat pekerjaan

Tahfiz TVET peluang cerah pelajar tahfiz dapat pekerjaan

Kementerian Sumber Manusia telah menyiapkan pelan tindakan (blueprint) 2025 di bawah Majlis Pembangunan Kemahiran Kebangsaan yang membabitkan enam kementerian untuk meluaskan lagi projek Latihan Vokasional dan Pendidikan Teknikal (TVET).

Timbalannya, Datuk Mahfuz Omar berkata, program Tahfiz TVET merupakan langkah pertama untuk meluaskan lagi latihan kemahiran kepada anak muda Tahfiz mengikut keperluan industri semasa.

Katanya, kementerian akan bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk merancakkan TVET secara lebih baik dengan elemen Tahfiz yang dibawa.

“Kita sedang dalam memasukkan pelan ini ke dalam Rancangan Malaysia Ke 12 supaya menjadi persiapan untuk kita lebih bersungguh-sungguh menyediakan dana mencukupi terutama dalam menghadapi Industri Revolusi 4.0.

“Saya harap dengan adanya TVET Tahfiz ini, perhubungan dua latar belakang yang berbeza dapat dipertemukan di mana tenaga pengajar tahfiz sedikit sebanyak dapat mempelajari ilmu kemahiran Industri Automasi dan Robotik. Malah guru TVET juga dapat memahami tentang Tahfiz.

“Saya menyeru ibu bapa supaya tidak bimbang untuk hantar anak-anak mereka dalam program TVET Tahfiz ini malah kita harus lihat sebagai salah satu masa depan mereka untuk mendapatkan peluang pekerjaan,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Perasmian TVET Tahfiz dan Sambutan Aidilfitri Encounter Corridor Training Centre (ECTC), di Galleri Klang Sentral, hari ini.

Datuk Mahfuz Omar beramah mesra dengan pelajar tahfiz dalam majlis yang diadakan hari ini.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Enter Coridor, Ahmad Radzi Yusof; Pengetua Maahad Tahfiz Al Quran Wa As Sunnah (MTAQWA’S), Ahmad Zaki Abdul Latif; dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar.

Dalam majlis sama, beliau turut menyokong pendekatan ‘MenTVETkan tahfiz dan menTahfizkan TVET’ sebagai salah satu agenda yang dibawa oleh kerajaan untuk memperkasakan pendidikan Tahfiz.

Katanya, peluang tersebut akan membuka peluang lebih luas kepada pelajar tahfiz menceburi bidang kemahiran yang diiktiraf Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) tanpa mengabaikan hafazan mereka.

“Saya juga berharap Jabatan Zakat dapat tampil membiayai memberikan dana kepada anak-anak tahfiz untuk program tvet yang sudah tentu akan membentuk pemikiran baru di luar kotak dimana Tahfiz tidak semestinya menjadi imam dan bilal sahaja apabila mereka keluar bekerja kelak,”ujarnya.

Sementara itu, Ahmad Radzi berkata, program TVET Tahfiz sama sekali tidak mengganggu proses pembelajaran dan penghafazan anak-anak Tahfiz.

Malah katanya, program ini dapat memberikan penekanan bersifat ‘serampang dua mata’ membabitkan latihan kemahiran dan menghafaz al-Quran kepada pelajarnya.

“Waktu belajar dan menghafaz mereka tidak akan terganggu. Program hafazan hanya akan berlangsung pada sebelah malam. Manakala program latihan TVET ini bermula jam 8pagi sehingga jam 5 petang.

“Untuk pilot project yang pertama kali di adakan ini, pengambilan pelajar tahfiz untuk sesi pertama latihan TVET seramai 35 orang,”ujarnya.

Program hari ini turut menyaksikan tandatangan memorandum persefahaman antara ECTC dan MTAQWA’S.

Sumber: malaysiadateline.com

Komen: Min cuma ingin tahu, kursus TVET tahfiz ni akan dapat sijil apa nanti?
Pastinya bukan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) kan?
Siapa boleh tolong jawab?