Tag Archives: NDTS Coach

Kualiti & kuantiti perhubungan yang rendah

5 Perkara Yang Anda Perlu Hentikan Untuk Menjamin Kejayaan Dalam Hidup Anda

Kejayaan Dalam Hidup

Kejayaan dalam hidup tidak datang dengan bergolek tanpa pengorbanan yang tinggi. Banyak artikel yang telah ditulis tentang langkah yang perlu diambil untuk mencapai kejayaan dalam hidup.

Sempena dengan Tahun Baru 2023, di sini min ingin kongsi 7 tabiat yang harus dihentikan untuk mencapai kejayaan dalam hidup.

1. Hentikan penolakan terus

Kejayaan Dalam Hidup - Hentikan Penolakan Terus

Anda sentiasa diberi cadangan serta idea baru dari orang di keliling anda. Jangan tolak terus cadangan yang diberi, siasat dan buat kajian dulu sebelum menolak idea tersebut.

Contohnya, anda dicadangkan untuk baca buku mengenai teknik pemasaran media sosial, penggunaan Tiktok untuk memasarkan produk/perkhidmatan anda,  sebuah projek pelaburan hartanah, strategi pemasaran fizikal (seperti pameran di ekspo). 

Anda mungkin pernah dengar/melakukan apa yang dicadangkan tetapi mendapat maklumbalas yang negatif ataupun pernah gagal sebelum ini. Ini tidak seharusnya menghalang anda dari menyiasat dulu apa yg dicadangkan kerana ia mungkin sesuatu yang berlainan daripada apa yang anda pernah cuba. 

Manalah tahu strategi pemasaran menggunakan Tiktok ataupun pameran di ekspo mungkin membawa banyak jualan. Tak cuba takkan tahu kan? Cuba dan ukur strategi tersebut, ia mungkin sangat memanfaatkan perniagaan anda ataupun kerjaya anda.

Ini kerana banyak benda berubah dengan cepat, mungkin ada perkembangan terbaru yang anda mungkin belum tahu. Jadi, anda harus ada minda yang terbuka.

Tidak wajib untuk melakukan semua idea yang dibentangkan kepada anda tetapi sekurang-kurangnya kaji dan kenalpasti samada ia sesuai untuk anda ke tidak

Di sini, min juga ingin mencadangkan anda melabur dalam diri anda. 

Ikutilah kursus yang dapat menambah ilmu pengetahuan/kemahiran atau persijilan anda supaya berpeluang untuk menjana pendapatan tambahan ataupun mencari kerja dengan lebih senang.

Dalam bulan Januari 2023 sahaja sudah ada 4 jenis kursus yang anda boleh pertimbangkan, sekiranya anda ingin terlibat dalam Sistem Persiijilan Kemahiran Malaysia.

1. Kursus Induksi SLDN & NDTS Coach Training Programme

SLDN - Induksi
Klik di atas untuk Daftar Sekarang
SLDN (NDTS Coach)
Klik di atas untuk Daftar Sekarang
1️⃣ Induksi SLDN:
📆 23-27 Nov 2023 (elearning)
Untuk:
i) Pengurus,
ii) Penyelaras,
iii) Pengajar SLDN (Mengajar di Pusat Latihan SLDN) &
iv) Coach SLDN (Jurulatih di Syarikat SLDN) 
 
2️⃣ NDTS Coach:
a) 📆 10-13 Okt 2023 
Tempat: 
ISE Education, Kepong Metro Prima, KL
Untuk Coach SLDN shj (boleh baca Faedah Coaching & Mentoring) 

Kursus TVET-i Top Up

Jika anda dah ada sijil VTO (Tahap 3) dan ingin naik tahap ke TVET-i (Tahap 4), pastikan anda ada pengetahuan & pengalaman serta bukti ketrampilan untuk 2 CU tambahan (rujuk gambarajah di bawah, dah dihighlight dalam warna merah). Baru layak mohon TVET-i secara PPT Khas.
Atau jika masih tidak yakin dengan pengetahuan/kemahiran anda tu untuk 2CU tersebut, bolehlah ikuti:

Kursus top-up TVET-i
Tarikh: Dis 23* (tertakhluk kpd perubahan)
Masa: 10-5pm
Tempat: I Smart Educare, Kepong, KL
Pendaftaran

1️⃣ Induksi PP-PPD-PPB:
📆 21-22 Okt 2023 (online)
 
Untuk:

a) Calon Personel Pusat Bertauliah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) / Jabatan Pembangunan Kemahiran:
i) Pegawai Penilai (PP) / Assessor
ii) Pegawai Pengesah Dalaman (PPD) / Internal Verifier
iii) Pengurus Pusat Bertauliah (PPB) / Centre Manager
iv) Tenaga Pengajar (TP) / Trainer

Sila lawat Jadual Kursus JPK (induksi, NDTS) yang terkini di sini

b) Individu yang terlibat dengan pengurusan Pusat Bertauliah 

c) Calon Pegawai Pengesah Luaran (PPL) (kena lulus kursus induksi PP-PPD-PPB sebelum ikuti induksi PPL)

d) Individu yang berminat dalam Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) / Individual that is interested with the Malaysia Skills Certification System 

2. Berhenti Menyalahkan Pihak Lain

Anda (ataupun selalu dengar ada sesetengah orang) kerap menyalahkan kerajaan, ekonomi tidak baik, ibu bapa tidak kaya … kucingnya dll!

Adakah dengan menyalahkan pihak lain, anda akan mencapai kejayaan dalam hidup?

TIDAK! 

Anda bertanggungjawab terhadap situasi hidup anda, tiada siapa pun yang hutang dengan anda.

Untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan anda, adalah lebih baik anda mencari jalan penyelesaian kepada masalah anda daripada menyalahkan pihak lain.

Contohnya, jika produk/perkhidmatan anda tidak laris di pasaran, cari apa sebabnya. Cari cara untuk memasarkannya dengan lebih kreatif, tetapkan harga yang kompetitif, beri tambah nilai yang jauh melebihi nilai produk/perkhidmatan anda, dan bukannya hanya salahkan keadaan ekonomi yang tak baik.

3. Hentikan mewajarkan sesuatu @ justifying

Andainya, anda tidak aktif melakukan sesuatu (inactivity) dan anda buat banyak kajian atau cari alasan untuk mewajarkannya,

Anda sepatutnya lakukan apa sahaja yang boleh anda lakukan dan bukan buat yang terbaik sahaja.

Contohnya, anda adalah seorang pengajar sesuatu bidang kemahiran dan anda rasa selain mengajar di tempat kerja sedia ada, anda rasa tidak sesuai untuk melakukan perkara lain, selain mengajar dengan yang terbaik sahaja. Ini adalah tidak benar sama sekali.

Anda boleh pertimbangkan untuk melakukan aktiviti mengambil pelajar untuk pusat latihan/kolej anda supaya kelas anda lebih ramai pelajar dan majikan juga boleh bayar gaji yang lebih tinggi (ataupun komisen) kepada anda kerana kemahiran tambahan anda.

Ataupun sekiranya ada pengalaman >10 tahun dalam bidang kemahiran anda, boleh juga pertimbangkan untuk jadi Pegawai Penilai kaedah PPT (PP-PPT) ATAU Pegawai Pengesah Luaran (PPL) supaya anda dapat menjana pendapatan tambahan (perlu dapatkan kebenaran dari majikan terdahulu).

4. Tindakan yang tidak mencukupi

Mengapa ada yang sangat berjaya, ada yang kurang berjaya? Salah satu faktonya adalah kerana aktiviti/tindakan yang kurang menyebabkan hasil/produktiviti pun kurang.

Sekiranya anda cuma melakukan aktiviti pemasaran 2 kali seminggu (secara fizikal sahaja), berbanding dengan 10 kali seminggu, 5 kali online dan 5 kali fizikal (anggapan bahawa anda lakukannya dengan betul), anda rasa tindakan manakah yang mendatangkan hasil yang lebih besar?

Contohnya, Michael Phelps, perenang yang paling berjaya dengan rekod pingat emas sukan renang Olimpik sebanyak 23! Beliau berlatih sebanyak 6-7 jam sehari, 7 hari seminggu selama 6 tahun, berbanding kebanyakan perenang lain rehat sehari seminggu!

5. Kualiti & kuantiti perhubungan yang rendah

Siapa dan berapa ramai yang anda berkawan/berhubungan boleh menentukan kejayaan dalam hidup anda.

Kualiti kenalan anda amat penting, jangan sekadar berhubungan sebarangan.
Pilih mereka yang juga mempunyai visi serta cita-cita yang tinggi (lebih baik jika lebih tinggi dari anda) supaya boleh memberi motivasi sesama sendiri ataupun memberi bantuan bila diperlukan.

Anda rasa Salt Bae dapat turun ke padang bola sepak FIFA 2022 jika bukan kerana perhubungan baiknya dengan Presiden FIFA sekarang? 😛

Juga, jangan hanya terhadkan perhubungan anda dengan rakan sekerja tertentu sahaja. Jangan terhadkan hanya berkawan dengan seorang dua. 

Sekiranya ada 20 semuanya, kalau boleh, berkawan dengan semua, kalau tidak pun, lebih ramai lebih bagus.

Sama juga jika anda berniaga, kan adalah lebih baik sekiranya anda ada lebih ramai kenalan yang mungkin membeli barangan/perkhidmatan anda berbanding dengan beberapa sahaja?

Nota: Artikel ini diolah dari podcast BFM bersama Jeevan Sahadevan, pengasas Leverage Lab

Kursus Induksi SLDN – 5 Perkara Asas Anda Perlu Tahu

Kursus Induksi SLDN

Kursus induksi SLDN merupakan kursus asas yang WAJIB dihadiri oleh semua personel SLDN sebelum menjalankan program latihan SLDN di Pusat Bertauliah. Anda akan diberi penerangan secara komprehensif  mengenai konsep dan pelaksanaan SLDN.

1. Siapa Patut Ikuti Kursus Induksi SLDN?

Kursus Induksi JPK - SLDN (BM)
Mohon kursus Induksi SLDN (Berbayar)

Kursus ini merupakan suatu keperluan kepada personel SLDN yang dilantik samada sebagai:

  • pengurus pusat/syarikat SLDN,
  • penyelaras pusat/syarikat SLDN,
  • pengajar pusat latihan SLDN,
  • coach industri SLDN

Syarat Lantikan Personel - Tenaga Pengajar Kemahiran Pusat SLDN

2. Kelebihan Memiliki Sijil Induksi SLDN

Setelah memiliki sijil induksi SLDN ini, anda boleh (tertakhluk kepada kelayakan & syarat lain):

  1. Menubuhkan Pusat Latihan SLDN (tempat belajar teori, perlu Pengajar, Pengurus/Penyelaras) untuk kerjasama dengan Syarikat SLDN atau
  2. Berdaftar sebagai Syarikat SLDN (tempat kerja/praktikal, (perlu Coach, Pengurus/Penyelaras) untuk kerjasama dengan Pusat Latihan SLDN bagi menawarkan program Sijil Kemahiran Malaysia kepada perantis.

3. Menubuhkan syarikat latihan dalaman (SI) di mana pembelajaran di bilik kuliah serta tempat kerja adalah di premis yang sama (tetapi berasingan bilik/bengkel).
Perlu Pengurus/Penyelaras, Pengajar & Coach di dalam premis yang sama.

SLDN - Perlaksanaan

4. Dilantik sebagai Pegawai Pengesah Luaran (PPL) kaedah SLDN @ PPL-SLDN, dengan syarat anda juga memenuhi syarat lantikan PPL*

* Pra-syarat mengikuti kursus induksi PPL (2 hari) adalah telah lulus induksi PP-PPD-PPB (2 hari). Sila rujuk Jadual Induksi JPK yang terkini di sini.

PPL (SLaPB & SLDN)

Kursus-kursus lain yang perlu dihadiri oleh personel SLDN yang dilantik selepas kursus ini ialah:

  1. Kursus NDTS Coach Training Programme untuk jurulatih syarikat SLDN dan
  2. Kursus NDTS Trainer Training Programme untuk pengajar pusat latihan SLDN.

Kedua-dua kursus ini dilaksanakan selama 4 hari, bersemuka sahaja. Sila hubungi kami untuk pertanyaan lanjut.

SLDN (NDTS Coach)
Mohon Kursus NDTS Coach (Berbayar)

3. Jadual & Kandungan Kursus

Kursus Induksi SLDN - Jadual

4. Mod Kursus

Sesi pembelajaran kursus ini akan dijalankan sepenuhnya secara dalam talian*, dengan penceramah dari CIAST. 

* Sekiranya anda ada sekumpulan pekerja/calon yang ingin mengikutinya secara bersemuka, boleh maklumkan kepada kami untuk anjurkannya secara in-house.

5. Sijil Kursus

Setiap calon yang berjaya mengikuti kursus induksi SLDN sehari ini akan dianugerahkan e-sijil dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (boleh cetak dari akaun myspike anda kalau perlu).

NDTS Induction course cert - sample
Kursus Induksi JPK - Permohonan kursus
Tunggu apa lagi? Daftar Cepat!