Tag Archives: Pegawai Pengesah Luaran

Kursus Induksi PPL

Kursus Induksi PPL Oktober 2023

Kursus Induksi PPL Oktober 2023
(terakhir untuk 2023)

Kursus Induksi PPL

Kursus induksi PPL Oktober 2023 – siapa yang boleh ikuti ? (tak sama dengan lantikan):

  1. Warganegara Malaysia atau PR DAN
  2. 18 tahun ke atas

Syarat lantikan (tambahan kepada syarat di atas):

  1. Pengalaman kerja 10 tahun ke atas (jika bidang kritikal ataupun di negeri yg tak ramai pakar, tak sampai 10 tahun pun boleh dipertimbangkan)
  2. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) / Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) / Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM)
  3. Sijil induksi PP-PPD-PPB jika ingin dilantik sebagai PPL-SLaPB
  4. Sijil induksi SLDN jika ingin dilantik sebagai PPL-SLDN

Objektif Kursus Induksi PPL

  • Memberi pemahaman mengenai Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia
  • Memberi kefahaman peranan dan tanggungjawab sebagai PPL
  • Memenuhi syarat lantikan sebagai PPL bagi program di Pusat Bertauliah & Program SLDN

Untuk maklumat lanjut mengenai PPL (termasuk elaun dan tuntutan), boleh rujuk kepada Pegawai Pengesah Luaran (PPL).

Layak & Berminat? Dah bersedia?

Sila

Kursus induksi PP-PPD-PPB

Kursus Induksi PP-PPD-PPB Oktober 2023

Kursus Induksi PP-PPD-PPB Oktober 2023

Kursus induksi PP-PPD-PPB

Siapa yang patut hadir kursus induksi PP-PPD-PPB Oktober 2023 ni?/ Who should attend this induction course?

a) Calon Personel Pusat Bertauliah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) / Jabatan Pembangunan Kemahiran:
i) Pegawai Penilai (PP) / Assessor
ii) Pegawai Pengesah Dalaman (PPD) / Internal Verifier
iii) Pengurus Pusat Bertauliah (PPB) / Centre Manager
iv) Tenaga Pengajar (TP) / Trainer

b) Individu yang terlibat dengan pengurusan Pusat Bertauliah / Individuals that’s involved with managing the JPK Accredited Centre

c) Calon Pegawai Pengesah Luaran (PPL) (kena lulus kursus induksi PP-PPD-PPB sebelum ikuti induksi PPL) / External Verifer candidate (need to pass PP-PPD-PPB induction course first before attending PPL induction course)

d) Individu yang berminat dalam Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) / Individual that is interested with the Malaysia Skills Certification System

Kursus Induksi JPK - Syarat Kelayakan
Kriteria PPD

Masih tak faham? Boleh baca lebih lanjut di lamanKursus Induksi Pentauliahan PP-PPD-PPB – 8 Perkara Yang Anda Perlu Tahu yang ditulis dalam bentuk point.

Berminat? Dah bersedia?

Sila

Pegawai Pengesah Luaran (PPL) – 10 Perkara Anda Perlu Tahu

1. Apakah itu Pegawai Pengesah Luaran (PPL)?

Pegawai Pengesah Luaran merupakan individu yang diperaku oleh Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) bagi melaksanakan lawatan verifikasi ke Pusat Bertauliah (PB) / PB SLDN

Ianya  terdiri daripada;

  • Pegawai Pengesah Luaran Sistem Latihan Program Bertauliah (PPL-SLaPB);
  • Pegawai Pengesah Luaran Sistem Latihan Dual Nasional (PPL-SLDN)

2. Tugas / tanggungjawab Pegawai Pengesah Luaran

  • Bertanggungjawab memastikan tahap kualiti latihan kemahiran yang dijalankan oleh PB memenuhi kriteria kemahiran ditetapkan.
  • Membuat lawatan, menyemak dan mengesahkan semua dokumen penilaian yang berkaitan bagi Sistem Latihan Program Bertauliah (SLaPB);
  • Memberi khidmat nasihat berkaitan pelaksanaan penilaian; dan
  • Menyediakan Laporan Pegawai Pengesah Luaran berkenaan perkara-perkara yang diperuntukkan dalam melaksanakan aktiviti verifikasi luaran memenuhi kriteria kemahiran yang ditetapkan bagi Sistem Latihan Program Bertauliah (SLaPB) kepada JPK.

3. Syarat Kelayakan Lantikan Sebagai Pegawai Pengesah Luaran

  1. Warganegara Malaysia
  2. > 10 tahun pengalaman dalam bidang SKM anda.
  3. Memiliki kelayakan kemahiran – Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)/(DKM)/(DLKM)
  4. Lulus kursus induksi PP-PPD-PPB
  5. Lulus kursus induksi PPL

4. Kelebihan Memiliki Sijil Induksi PPL

  • Layak untuk menjadi PPL-SLaPB, PPL-PLV & PPL-SLDN

    Anda berpeluang dilantik sebagai Pegawai Pengesah Luaran (PPL) – PPL ini merupakan individu penting yang bertugas sebagai wakil JPK untuk membuat pengesahan penilaian dan seterusnya status TERAMPIL/TIDAK TERAMPIL pelajar semasa peperiksaan akhir teori dan amali di Pusat Bertauliah JPK. PPL ni bertindak seperti auditor atau pegawai wazir PLK. 
Kursus Induksi PPL

a) Tujuan Induksi PPL

Tujuan kursus ini dilaksanakan adalah untuk memberi pendedahan kepada calon mengenai peranan dan tanggungjawab sebagai PPL serta memenuhi syarat lantikan sebagai PPL.

b) Syarat Kelayakan Induksi PPL

  • Warganegara Malaysia; atau
  • PemastautinTetap (PR); dan
  • Berumur 18 tahun ke atas

c) Siapa Yang Patut Hadir?

  • Calon PPL – Sistem Latihan Program Bertauliah (PPL-SLaPB)
  • Calon PPL – Pengawai Latihan Vokasional (PPL-PLV)
  • Calon PPL – Sistem Latihan Dual Nasional (PPL-SLDN)
  • Calon PPL Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPL-PPT) – digalakkan

6. Tempoh Sah Laku Sijil Kursus Induksi PPL

Sijil Kursus Induksi PPL adalah sah untuk tempoh 3 tahun selepas kursus untuk tujuan pelantikan pertama jawatan personel, Perakuan Pengiktirafan Kelayakan sebagai Personel Penilaian & Verifikasi (PPV). Sekiranya anda tidak dilantik selepas tempoh 3 tahun, sijil induksi berkenaan tidak sah untuk pelantikan dan anda perlu mengulangi semula kursus induksi berkenaan.

7. Mod & Jangkamasa Kursus Induksi PPL

Sesi pembelajaran kursus ini akan dijalankan sepenuhnya secara dalam talian, melalui aplikasi Zoom.
Kursus ini dilaksanakan pada hujung minggu sahaja, Sabtu & Ahad, dari 8.30-5.30pm.

Sila rujuk jadual kursus induksi Pegawai Pengesah Luaran (PPL) di sini

8. Topik & Jadual Kursus

Pegawai Pengesah Luaran - Jadual Hari 1

9. Elaun

1.  Elaun perjalanan (mileage)

Bagi semua perjalanan untuk tugas rasmi berkaitan verifikasi / mesyuarat / persidangan PPL

2. Elaun penginapan (Hotel / lojing)

  Jika tugas memerlukan PPL bermalam di luar ibu pejabat

3. Elaun makan atau Elaun harian

Jika tempat bertugas di luar ibu pejabat

(Elaun makan – bertugas  > 24 jam)@(Elaun harian  – bertugas > 8 jam < 24 jam)

4. Elaun verifikasi PPL

Bayaran verifikasi di sesuatu PB/Syarikat SLDN bagi tempoh masa yang ditetapkan, maksimum RM320/8 jam ATAU RM 40.00/jam

10. Cara Permohonan

Andainya anda dah faham dan tahu perkara yang perlu anda patut tahu, sekarang adalah masa anda ambil tindakan.

Ya, mula dengan daftar untuk  menngikuti  kursus induksi PPL 

Kursus Induksi JPK - Permohonan kursus

4 Kursus Induksi JPK, mana satu patut ambil??

Kursus Induksi Mana Satu Patut Ambil

4 Kursus Induksi JPK - Mana Satu Patut Ambil?

1. Induksi PP-PPD-PPB

Jika anda ingin dilantik sebagai:

👨🏼‍🎓 PP (Pegawai Penilai) – Biasanya adalah tenaga pengajar yang juga menilai calon.
Perlu juga memiliki:
1. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) 1 Tahap lebih tinggi dari Tahap yang diajar/dinilai
2. Sijil Vocational Training Operation (VTO) @ sijil pengajar vokasional

👨🏼‍🎓 PPD (Pegawai Pengesah Dalaman) – Mengesahkan penilaian yang dijalankan oleh PP. Bertindak sebagai ketua program/jabatan bahagian/seksyen berkenaan (jika berkaitan).
Perlu ada juga: Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) 1 Tahap lebih tinggi dari Tahap yang

🤵🏻 PPB (Pengurus Pusat Bertauliah) – Menguruskan Pusat Bertauliah JPK 

Kursus Induksi Pentauliahan PP-PPD-PPB - Carta Organisasi PB
Personel di PB SLaPB (PPB, PPD & PP)

👨🏻‍🍳 PPL (Pegawai Pengesah Luaran) – perlu lulus induksi PP-PPD-PPB dulu

2. Induksi PP-PPT

Jika anda ingin dilantik sebagai:

a) PP-PPT (Pegawai Penilai kaedah Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu)  lantikan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)
– Menilai pekerja mahir yang berpengalaman tetapi tiada SKM melalui kaedah PPT  
(Perlu ada lebih dari 10 tahun pengalaman kerja (kecuali bidang kritikal) dalam bidang kemahiran yang sama & SKM3) ataupun

b) PP-PPT di PB-PPT (Perlu min 5 tahun pengalaman kerja dalam bidang kemahiran yang sama) ataupun

c) Penyelaras di PB-PPT – mengurus pendaftaran, merancang & mengatur jadual penilaian, kemudahan dan personel PPT serta menyediakan pelan perancangan latihan. Juga menentukan jumlah calon mengikut nisbah yang dibenarkan, kemudahan dan peralatan sedia ada.

d)  Mengetahui lebih banyak mengenai permohonan SKM melalui kaedah PPT, susunatur dan jenis-jenis bukti ketrampilan untuk pembangunan portfolio.

3. Induksi PPL

Jika anda ingin dilantik sebagai:

👩🏻‍🍳 PPL-SLaPB (Pegawai Pengesah Luaran-Sistem Latihan Pusat Bertauliah)
(>10 tahun pengalaman kerja (kecuali bidang kritikal) dlm bidang kemahiran yang sama, sijil induksi PP-PPD-PPB & SKM3)
👩🏻‍🍳 PPL-SLDN (Pegawai Pengesah Luaran-Sistem Latihan Dual Nasional)
(>10 tahun pengalaman kerja dlm bidang kemahiran yang sama, sijil induksi SLDN & SKM3)

4. Induksi SLDN

Jika anda ingin dilantik sebagai:

a) Pengurus Pusat (PPB-SLDN) dan/atau

b) Penyelaras atau

c) Pengajar SLDN (perlu juga SKM & 1 tahun pengalaman mengajar bidang berkaitan serta NDTS Trainer Traning Programmme) atau 

d) Coach SLDN (perlu juga pengalaman kerja sekurang-kurangnya 3 tahun & diperkakukan mahir program berkaitan serta NDTS Coach Training Programme)

Syarat Lantikan Personel - Tenaga Pengajar Kemahiran Pusat SLDN

Harap penerangan sepintas lalu ni dapat menjawab persoalan anda tentang kursus induksi mana satu yang patut anda ikuti.

😃 Berminat? Boleh:

1. Rujuk jadual terkini semua kursus induksi di sini;

2. Muat turun borang dari sini (mod serta butiran bayaran juga ada di sini) 

 

Kalau anda dah tahu, kongsilah dengan rakan anda

Penilaian Pembaharuan Lantikan PPL (2019)

Sukacita pihak CIAST mempelawa mana-mana lantikan Pegawai Pengesah Luaran (PPL) yang akan tamat tempoh pada tahun 2019 dan 2020 untuk memohon menyertai Bengkel Penilaian Pembaharuan PPL Tahun 2019 mengikut zon  seperti jadual di bawah. Maklumat lengkap mengenai bengkel penilaian ini boleh merujuk kepada PANDUAN PENILAIAN PEMBAHARUAN LANTIKAN PEGAWAI PENGESAH LUARAN (PPL)
Bil.Zon WilayahTarikh Bengkel Penilaian *Lokasi Bengkel*Tarikh Tutup Permohonan
1Tengah 1Feb 2019 (Minggu ke-2)CIAST Shah Alam18-Jan-19
2Utara 1Feb 2019 (Minggu ke-3)CSC ADTEC Taiping, CSC Kepala Batas, UTC Alor Setar,26-Jan-19
3Selatan 1Mac 2019 (Minggu ke-1)CSC ADTEC Melaka, JPK Wilayah Selatan8-Feb-19
4Timur 1Mac 2019 (Minggu ke-3)CSC ILP Marang, CSC ILP Kota Bharu8-Feb-19
5Sabah 1April 2019 (Minggu ke-3)JPK Wilayah Sabah15-Mac-19
6Sarawak 1Jun 2019 (Minggu ke-3)JPK Wilayah Sarawak03-Mei-19
7Tengah 2Julai 2019 (Minggu ke-2)CIAST Shah Alam31-Mei-19
8Utara 2Ogos 2019 (Minggu ke-1)CSC ADTEC Taiping, CSC Kepala Batas, UTC Alor Setar,05-Jul-19
9Selatan 2Ogos 2019 (Minggu ke-3)CSC ADTEC Melaka, JPK Wilayah Selatan05-Jul-19
10Timur 2Sept 2019 (Minggu ke-1)CSC ILP Marang, CSC ILP Kota Bharu02-Ogos-19
* Tertakluk kepada perubahan

Sila mohon <<DI SINI>>

Nota: Tuan/puan dinasihatkan untuk memilih di zon wilayah yang paling hampir dengan alamat rumah tuan/puan kerana tuntutan TNT adalah tanggungjawab tuan/puan atau agensi tuan/puan sendiri dan bukti penghantaran permohonan tidak sah sebagai pengesahan kehadiran. Keutamaan tawaran akan merujuk kepada kelayakan pemohon dan nombor ID permohonan yang terawal.

NOTA: Kursus Induksi PPL pada 19-20 Jan di Kepong, KL
              Sekiranya dah tamat tempoh (3 tahun dari 2015 & tak pernah dilantik sebagai                  PPL) ataupun ingin sebelum menghadapi bengkel penilaian, ikutilah kursus                      induksi PPL  sekali lagi dengan yuran istimewa (sehingga 50% diskaun).