(PP vs TP) Pegawai Penilai dan Tenaga Pengajar
PP-vs-TP: Tahukah anda persamaan dan perbezaan pegawai penilai (PP) dan tenaga pengajar (TP)?
Pertama sekali, mari kita lihat apakah takrif kedua-dua istilah ini.
“Pengajar Penilai@Pegawai Penilai” ertinya personel di pusat bertauliah yang memenuhi kelayakan dan diperakui oleh Ketua Pengarah untuk mengajar dan menilai keterampilan pelatih di pusat bertauliah yang ditetapkan;
“Tenaga Pengajar” ertinya personel di pusat bertauliah yang memenuhi kelayakan dan diperakui oleh Ketua Pengarah untuk mengajar pelatih di pusat bertauliah yang ditetapkan;
Kepentingan Pengetahuan Mengenai Pegawai Penilai dan Tenaga Pengajar
- Paling penting sekali, anda tahu apakah kriteria lantikan PP dan TP supaya tidak silap mengikuti kursus dan membazir wang dan masa mengikutinya!
a) Dari 2 jadual di atas, jelas menunjukkan kedua-dua PP dan TP WAJIB lulus kursus induksi PP/PPD/PPB.
b) Dari segi pemilikan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) atau Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM), adalah TIDAK WAJIB untuk TP (dan PP jika bawah pentauliahan COPTPA) tetapi WAJIB untuk PP (pentauliahan KAPPK)
c) Juga, PP WAJIB ada Sijil Operasi Latihan Vokasional @ VTO atau Pengajar TVET @ TVETi (yang merupakan syarat asas lantikan sebagai Pengajar Vokasional) atau Sijil Teknik Mengajar yang diiktiraf oleh JPK (rujuk jadual di bawah).
Jika anda ada sijil NCS-TTT sahaja, anda cuma boleh dilantik sebagai PP program Modular sahaja
2. Kedua, anda perlu tahu peranan dan tanggungjawab PP & TP.
4.6.1 Peranan dan tanggungjawab Tenaga Pengajar (TP)
a. Mengajar pelatih dengan kebolehpercayaan, telus dan sahih;
b. Mematuhi arahan yang ditetapkan oleh PP
Gabungan PP & TP
Sekarang, mari kita lihat bagaimana untuk menggunakan PP & TP untuk mengoptimumkan kapasiti pelatih di Pusat Bertauliah SLaPB anda.