Tag Archives: VTO/I-031-3:2014

PENIPUAN! Adakah PERUNDING TVET (kursus induksi/SKM/SKM-PPT/VTO) anda bercakap benar??

Penipuan - Berhati-hati

If you don’t understand BM well, can always email or call us for further explanation OR read the English version here.
如果您不太了解马来语,可以随时发送电子邮件或致电我们进一步了解详情

Sejak 2001, min berkecimpung dalam bidang latihan kemahiran ni (terutamanya yang berkaitan dengan JPK), macam-macam kes penipuan telah min jumpa/dengar.

Berikut adalah senarainya, tak terhad kepada ini sahaja (mungkin min lupa atau tak pernah dengar/jumpa tapi memang berlaku):

1. Sijil induksi PALSU – Sebelum ni, tahun 2000an, memang ada sesetengah penganjur yang hit & run, cetak sijil sendiri & JUAL kepada peserta (tak perlu ikuti kursus). Ia samalah seperti penjualan sijil/diploma/ijazah di universiti ataupun sijil cuti sakit. Namun, pihak Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) telah mengambil langkah untuk membendung perkara ni dari berlanjutan dimana:
a) Penganjur tidak boleh cetak sijil sendiri lagi
b) Sijil telah ada ciri-ciri keselamatan (bukan setakat no siri sijil sahaja) – itu yang menyebabkan kekadang sijil dapat lambat sebab JPK kehabisan sijil & perlu tunggu stok dari Percetakan Nasional Malaysia

TIPS: Cari penganjur yang sudah lama (> 10 tahun kalau boleh) & kerap menganjur (lebih 6 kali setahun) kerana mereka tidak berani bertindak sebarangan & juga senantiasa mengikut perkembangan terkini. Ia juga mengurangkan kemungkinan penganjur menunda kursus induksi berkali-kali, ia berlaku terutamanya penganjur adalah baru dan tiada peserta berkumpulan besar.


2. Bukti PALSU – Ini kerap berlaku terutamanya dalam permohonan SKM secara PPT.

Ini mungkin salah sesetengah pemohon, ada yang sememangnya tahu dia tak layak tapi BAYAR perunding untuk kaodim, biasanya beribu-ribu.
Macam mana min tahu? Sebab ada kisah benar yang diceritakan oleh PPL-PPT (Pegawai Pengesah Luaran yang mengesahkan penilaian PP-PPT).
Cth: Ada seorang lelaki yang langsung tak pernah terlibat dengan kecantikan (cuma ada perniagaan dalam bidang ni) mewujudkan bukti palsu (gambar/invois/sijil) tapi telah digagalkan oleh PPL-PPT yang memegang amanah beliau. Apa yang menggeramkan min adalah dengar khabar setelah calon (melalui perunding) minta PPL-PPT ditukarkan, calon tu LULUS.
Geram betul, calon/perunding/PPL-PPT seperti nilah yang menjahanamkan kualiti SKM #^@*%

Marah dengan penipuan
TIPS: Baca Panduan Permohonan SKM secara PPT @ ikuti kursus induksi PP-PPT – jadual disini supaya anda ada sedikit idea apa yang diperlukan dan sekiranya dah faham, mohon terus dengan JPK, cuma RM300/setahap.

Kebelakangan ni, ada perunding yang menjanjikan calon yang tiada pengalaman mengajar bidang kemahiran bahawa mereka layak mohon VTO secara PPT.  Agak-agaknya buat bukti PALSU lagi kot. Ni juga kisah benar,  dimana 2 juruteknik auto yang tidak pernah mengajar dijanjikan oleh perunding bahawa mereka boleh dapat VTO secara PPT!

Itu yang menyumbangkan kepada banyak isu pemegang sijil VTO yang tidak boleh mengajar dengan baik ataupun tak tahu sangat tentang WIM (bahan pengajaran bertulis). Min tak nafikan juga ada Pusat Bertauliah VTO tertentu yang bagi ‘lesen terbang’, sehinggakan ada beberapa PB VTO yang telah ditarik pentauliahannya dan menyebabkan permohonan PB VTO baru/penambahan program VTO ni dibekukan.
Untuk pengetahuan anda, pengalaman mengajar minima adalah 4 tahun kalau nak mohon VTO secara PPT. Dah banyak kes penipuan calon tak cukup pengalaman mengajar tapi dijanjikan tiada masalah untuk mohon dan dapat sijil VTO secara PPT.

3. Penjualan WIM yang tidak menepati format ataupun jumlah jam yang sepatutnya.
Ha, ni berlaku bukan sahaja dalam dunia latihan kemahiran tapi syarikat gergasi MNC pun ada juga yang melakukan kesalahan sebegini.
Penipuan pengiklanan
Biasa lihat ni kan?

Sudah banyak PB/pembeli yang kantoi dengan janji-janji manis individu/perunding bahawa WIM yang mereka beli memenuhi spesifikasi/format JPK tetapi sebenarnya tidak.
Antara isu yang kerap timbul adalah:
1. Format (tidak mengikut format terkini)
2. Jumlah jam yang tidak menepati kehendak NOSS (sudah banyak kes untuk ni, terutamanya untuk program yang ada kes khas seperti FB-024-2 (1200j dan bukannya 800j)
3. Jadual Pembahagian WIM yang tidak menggunakan ayat yang betul ataupun setara dengan WIM yang dibangunkan

TIPS: Suruh penjual emelkan sampel WIM lengkap (ada Kertas Penerangan/Kerja/Tugasan, Pelan Mengajar Teori/Amali, Kertas Penilaian Pengetahuan (KA)/Prestasi (PA), lepas tu cross check dengan format WIM terikini (2017)  dan juga NOSS.

Cukuplah setakat ni, kalau anda ada sebarang lagi kes penipuan/janji tidak serupa bikin yang nak dikongsi (tak kira pasal SKM, induksi, pentauliahan PB, WIM ke apa) supaya orang ramai lebih berhati-hati dan tidak tertipu,
sila emel ke ismarteducare@gmail.com, terima kasih.

Tips mencari perunding yang jujur (elak penipuan):

1. Dah lama berkecimpung dalam bidang latihan kemahiran (ni pun tak menjamin apa-apa)
2. Cuba dapatkan testimoni/pengesyoran dari 2-3 pihak, kalau ada.
3. Dapatkan pandangan/nasihat dari 2-3 individu/syarikat.
4. Sekiranya masih rasa was-was, sila rujuk dengan min atau lebih baik, JPK di 03-88865589.

* singkatan min bermaksud admin ya 😀

Syarat Asas Lantikan Sebagai Pengajar Vokasional (Selain VTO) di Pusat Bertauliah JPK

SIJIL PENGAJAR VOKASIONAL (VTO)

OBJEKTIF KURSUS :

Program latihan untuk menghasilkan pengajar yang berketerampilan sebagaimana keperluan Akta 652 (NASDA) Standard 6 dan kriteria menjadi PP iaitu :
“Memiliki sekurang-kurangnya SKM bidang pengajar vokasional atau sijil perguruan vokasional atau sijil latihan mengajar vokasional yang diiktiraf oleh JPK/MLVK”

Ramai yang selalu tanya apakah syarat ambil VTO sebab nak jadi pengajar.
Tapi rasanya ramai juga yang tidak tahu bahawa selain kelayakan sijil VTO, dua lagi sijil yang diperlukan untuk dilantik sebagai pengajar vokasional (biasanya Pegawai Penilai juga):

1) Sijil induksi PP-PPD-PPB (memahami Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia) – kursus 2 hari
2) Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) bidang kemahiran anda (cth elektrikal, automotif, kulinari, pendidikan awal kanak-kanak dsbgnya)

Tempoh sijil induksi anda dah tamat?

Bagi yang dah ada sijil induksi PP-PPD-PPB pula, tahukah anda ia ada tempoh tamat jika tak dilantik? (tak dilantik dlm tempoh 3 tahun sejak lulus induksi)
 

PP-PPT
1. Kiranya nak jadi PB-PPT, kena ada penyelaras PPT yg telah ikuti kursus induksi PP-PPT
pengajar vokasional

2. Kiranya nak dilantik jadi PP-PPT bidang kemahiran anda (dah ada SKM & >10 thn pengalaman kerja)
Personel PB-PPT
3. Kiranya dah baca Panduan Permohonan SKM melalui PPT tapi masih tak tahu lagi macam mana nak mula.

Masa: 8.30-5pm
Yuran: RM350 termasuk nota, minum pagi, makan tengah hari & sijil dari JPK
Bayaran atas nama: ISE Education Sdn Bhd, Maybank 514589385943

Tunggu apa lagi jika takda sijil diatas tapi minat untuk jadi pengajar vokasional atau PP-PPT? 

Muat turun borang disini
Lepas isi & buat bayaran, sila emel slip bayaran serta borang permohonan anda ke ismarteducare@gmail.com

Anda lepasan KV/pemegang Diploma/Ijazah bidang teknikal? Boleh ambil VTO?

Lepasan KV boleh ambil VTO?

Ya, jika anda lepasan KV dan pemegang diploma/ijazah bidang teknikal, boleh ambil VTO. Namun, pra-syaratnya (mulai 1/1/19) adalah perlu ada Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 bidang kemahiran/teknikal.

Sekiranya anda ada DVM, Diploma atau Ijazah akademik, anda akan layak jadi TENAGA PENGAJAR & juga PEGAWAI PENGESAH DALAMAN (walaupun tanpa Sijil Kemahiran Malaysia tapi kena ada sijil induksi PP-PPD-PPB).

Sekiranya anda ambil VTO, anda layak dilantik sebagai Pegawai Penilai (PP)

Cuma pastikan bidang kelayakan anda tu sudah ada dalam Daftar NOSS supaya anda dapat jalankan internship (praktikal mengajar di Pusat Bertauliah JPK awam/swasta) selama 6 bulan setelah habis kursus teori.

Kepentingan Pengetahuan Mengenai Pegawai Penilai dan Tenaga Pengajar

  1. Paling penting sekali, anda tahu apakah kriteria lantikan PP dan TP supaya tidak silap mengikuti kursus dan membazir wang dan masa mengikutinya!
PP vs TP: Kritiria Lantikan PP
PP vs TP: Syarat Kelayakan PP
PP vs TP: Kriteria Lantikan TP

a) Dari 3 jadual di atas, jelas menunjukkan kedua-dua PP dan TP WAJIB lulus kursus induksi PP/PPD/PPB.

b) Dari segi pemilikan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) atau Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM), adalah TIDAK WAJIB untuk TP tetapi WAJIB untuk PP.
Sekiranya anda ada pengalaman kerja dalam bidang kemahiran anda (> 3 tahun ke atas secara amnya) tetapi masih tiada SKM lagi, bolehlah mohon SKM secara PPT (Berdasarkan pengalaman kerja & bukti ketrampilan, tak perlu ikuti kursus berbulan/tahun lamanya)

c) Juga, PP WAJIB ada Sijil Pegawai Latihan Operasi/Vokasional (I-031-3:2014) @ VTO (yang merupakan syarat asas lantikan sebagai Pengajar Vokasional) atau Sijil Teknik Mengajar yang diiktiraf oleh JPK (rujuk jadual di bawah).

Kursus-Kursus Untuk Melayakkan Anda Sebagai Pegawai Penilai (Selain SKM)

1) Kursus VTO
Pengambilan akan datang: bulan Nov/Dis, akan ditentukan kemudian mengikut bilangan calong.

2) Induksi PP-PPD-PPB
Tarikh: 8-9 Oktober di Kepong Metro Prima (sekiranya anda di negeri lain yg jauh, tolong maklumkan, mungkin ada alternatif). Sila rujuk Jadual Kursus Induksi Terkini dari sini.
Tarikh tutup: 30 Sept

Jika ada pertanyaan lanjut, sila hubungi 03-27819937 atau 012-3123430.

Lepasan KV boleh ambil VTO
Lepasan KV boleh ambil VTO -Identifying WA

Mengapa ambil VTO? Kelayakan Pegawai Penilai (PP)

kelaykan pegawai penilai

Apakah Kelayakan Pegawai Penilai?

Kebelakangan ni, saya menerima banyak pertanyaan dari calon yang berkelayakan diploma/ijazah (bidang teknikal) samada mereka layak ikuti kursus VTO. Tujuan utama mengambil VTO adalah supaya boleh dilantik sebagai Pegawai Penilai di Pusat Bertauliah JPK – salah satu kelayakan Pegawai Penilai (walaupun ada yang perlukannya untuk mengajar secara kontrak di agensi-agensi kerajaan tertentu). Berikut adalah kriteria perlantikan Pegawai Penilai.

Kriteria

a. Warganegara Malaysia ;
b. Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun;
c. Berkhidmat di satu PB sahaja;
d. Lulus Kursus Induksi PP/PPD/PPB (dianjurkan oleh I Smart Educare setiap 2 bulan, sesi seterusnya adalah seperti berikut:

1) Tarikh: 6-7 Ogos 16
Tempat: Kepong, KL)

2) Tarikh: 13-14 Ogos 16
Tempat: Gambang, Kuantan. Bagi bidang-bidang yang mempunyai kaitan dengan badan penguatkuasaan dan pelesenan, perlu mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh badan berkuasa berkaitan;

dan

f. Memiliki :
i. SKM3 dalam program yang berkaitan pada satu tahap yang lebih tinggi atau tertinggi untuk mengendalikan penilaian program bertauliah bagi program tahap 1 dan tahap 2;
ii. SKM/DKM/DLKM dalam program yang berkaitan pada tahap yang sama atau lebih tinggi untuk mengendalikan penilaian program bertauliah bagi tahap 3 ke atas;
iii. Diploma dengan dua tahun pengalaman kerja dalam program yang berkaitan untuk mengendalikan latihan dan penilaian program bertauliah untuk DKM;
iv. Ijazah dengan dua tahun pengalaman kerja dalam program yang berkaitan untuk mengendalikan latihan dan penilaian program bertauliah untuk DKM/DLKM; atau
v. Mana-mana kelayakan kemahiran berkaitan yang diluluskan oleh KPPK dengan sekurang-kurangnya tiga tahun pengalaman kerja yang berkaitan.
 
dan
 
i. Sijil Kemahiran Malaysia dalam program Pegawai Latihan Vokasional (I-031-3); atau

ii. Mana-mana Sijil Teknik Mengajar yang diiktiraf oleh KPPK.

Pengambilan VTO akan datang:  

Tarikh mula: 20hb Ogos (setiap Sabtu)
Tempoh: 6 bulan
Internship: 6 bulan (mula selepas 6 bulan kelas teori & lawatan PPL) di Pusat Bertauliah pilihan anda yang menawarkan program kemahiran bidang andaUntuk urusan pendaftaran, sila emel ke ismarteducare@gmail.com atau hubungi pejabat di 03-62429999 atau Melvin di 012-3123430.