1. Apa Itu Kursus Induksi Pentauliahan PP-PPD-PPB?
Sebelum kita mula, baik anda tahu apa singkatan PP-PPD-PPB.
PP – Pegawai Penilai
PPD – Pegawai Pengesah Dalaman
PPB – Pengurus Pusat Bertauliah
Kursus Induksi Pentauliahan PP-PPD-PPB ini merupakan suatu keperluan kepada personel Pusat Bertauliah JPK yang dilantik samada sebagai pegawai penilai, pegawai pengesah dalaman atau pengurus Pusat Bertauliah JPK.
Kursus ini merupakan kursus asas yang WAJIB dihadiri oleh semua personel PB sebelum menjalankan program latihan di Pusat Bertauliah.
Peserta kursus akan diberi penerangan secara komprehensif mengenai konsep dan pelaksanaan sistem latihan Pusat Bertauliah (SLaPB).
2. Syarat Kelayakan Kursus Induksi Pentauliahan PP-PPD-PPB
Peserta bagi semua kursus Induksi Pentauliahan Persijilan Kemahiran Malaysia hendaklah:
- Warganegara Malaysia atau
- Pemastautin Tetap (PR) dan
- Berumur 18 tahun ke atas.
3. Tempoh Sah Laku Sijil Kursus
Sijil Kursus Induksi adalah sah untuk tempoh 3 tahun selepas kursus untuk tujuan pelantikan pertama jawatan personel Perakuan Pengiktirafan Kelayakan Sebagai Personel Pentauliahan (PPKSPP) dan Personel Penilaian & Verifikasi (PPV). Sekiranya anda tidak dilantik selepas tempoh 3 tahun, sijil induksi berkenaan tidak sah untuk pelantikan dan anda perlu mengulang semula kursus induksi berkenaan.
Jika anda berjaya menamatkan kursus ini dan LULUS, anda akan memperolehi Sijil Kursus Induksi Pentauliahan Persijilan Kemahiran Malaysia dan boleh memohon perakuan pengiktirafan kelayakan sebagai personel pentauliahan (PPKSPP). PPKSPP merupakan perakuan yang diberi kepada personel Pusat Bertauliah (PB) Jabatan Pembangunan Kemahiran yang bertanggungjawab dalam pengurusan latihan kemahiran, membimbing, menyelia dan menilai pelatih di Pusat Bertauliah.
TERBARU! Mulai Jan 2022, tempoh sah laku sijil telah dimansuhkan sehingga dimaklumkan kelak.
4. Kelebihan Memiliki Sijil Kursus Induksi Pentauliahan PP-PPD-PPB
b) Layak dilantik sebagai Pengurus Pusat Bertauliah (PPB).
PPB biasanya adalah ketua organisasi Pusat Bertauliah atau pemilik sendiri.
c) Layak dilantik sebagai Pegawai Pengesah Dalaman (PPD).
PPD adalah ketua program dan mengesahkan segala penilaian yang dilakukan oleh PP.
d) Layak dilantik sebagai Pegawai Penilai (PP).
PP biasanya adalah juga pengajar dan juga menilai penilaian pelajar sebelum disahkan oleh PPD & diverfikasi oleh PPL (Pegawai Pengesah Luaran)
e) Layak dilantik sebagai tenaga pengajar (TP). TP ada kelayakan program yang diajar tetapi tidak boleh menilai jika tidak memiliki sijil pengajar vokasional@VTO
Boleh baca lebih lanjut perbezaan antara PP & TP di sini.
f) Juga berpeluang untuk mengikuti kursus induksi PPL sekiranya LULUS kursus induksi pentauliahan PP-PPD-PPB ini.
5. Mod & Jangkamasa Kursus
Sesi pembelajaran kursus ini akan dijalankan sepenuhnya secara dalam talian, melalui aplikasi Zoom. Kursus ini dilaksanakan pada hujung minggu sahaja, Sabtu & Ahad, dari 8.30-5.30pm.
Sila rujuk jadual kursus induksi pentauliahan PP-PPD-PPB di sini
6. Topik & Jadual Kursus
7. Kriteria Memilih Penganjur
Walaupun kandungan dan sijil kursus adalah sama antara semua penganjur, namun ada juga perbezaan antara satu penganjur ke penganjur yang lain.
a) Penyampaian kursus
Kursus induksi sekarang semuanya secara dalam talian. Namun, adalah penting anda pilih penganjur yang melaksanakan kursus menggunakan aplikasi seperti Zoom, Google Meet atau Micosoft Teams.
Ini kerana pembelajaran melalui aplikasi seperti Zoom adalah dengan penceramah dari JPK & CIAST. Anda dapat bertanyakan soalan jika tidak faham ataupun mungkin ada soalan yang di luar dari slaid. Anda juga boleh manfaat daripada persoalan calon yang lain serta pengalaman yang diceritakan oleh penceramah.
b) Rekod & Pengalaman penganjur
Anda perlu pertimbangkan kriteria ini kerana ia mungkin menyebabkan anda:
i) TIDAK Lulus penilaian (perlu ulangi kursus)
* % calon yang lulus di kalangan penganjur baru/jarang menganjur juga tidak memuaskan. Maklumbalas dari sebuah organisasi mengatakan 5 dari 7 calon mereka gagal penilaian!
ii) TIDAK Dapat hadiri kursus pada tarikh yang telah ditetapkan
Tak kira bersemuka ke dalam talian, masih ada penganjur yang masih tunda tarikh kursus yang telah ditetapkan (mungkin perancangan yang lemah, tak cukup peserta dsbgnya)
c) Kekerapan penganjuran
Tidak kurang pentingnya adalah kekerapan penganjuran. Sekiranya anda tidak dapat ikuti kursus setelah membuat pendaftaran, amat penting juga penganjur yang sama ada sesi lain dalam masa terdekat (anda perlu bagi notis yang mencukupi)
Ini kerana ada sesetengah penganjur mungkin anjur 2-3 kali setahun ataupun sekali sahaja. Jadi, yuran kursus anda mungkin tidak dipulangkan tetapi kena tunggu sesi seterusnya yg mungkin beberapa bulan kemudian ataupun penganjur dah hilang!
Jadi, lebih selamat pilih penganjur yang aktif dan konsisten dengan penganjurannya, seperti ISE Education Sdn Bhd (dulu I Smart Educare) yang tidak pernah berhenti menganjur hampir setiap bulan sejak 2001.
Dianggarkan >12,000 peserta telah ikuti pelbagai kursus induksi anjuran I Smart Educare (sebelum dinaiktaraf ke ISE Education Sdn Bhd) sejak 2001.
ISE Education juga telah menganjur 5 daripada 7 sesi secara dalam talian (bukan melalui openlearning) dari Jun-Ogos 2021.
8. Cara Permohonan
Andainya anda dah faham dan tahu perkara yang perlu anda patut tahu, sekarang adalah masa anda ambil tindakan.
Ya, mula dengan mengisi borang permohonan kursus induksi.
Anda akan dimasukkan ke dalam kumpulan whatsapp seminggu sebelum kursus untuk tindakana selanjutnya.
Cara memohon kursus Induksi Pentauliahan Persijilan dan syarat2 sebab dulu saya ada kursus ni masa tu MLVK dan skrg saya ada kursus TTT bawah Hrdf corp.
Hi Mohammad Nur, boleh daftar online di https://bit.ly/kursusinduksiJPK
Syaratnya cuma warganegara Malaysia, 18 tahun ke atas.