Kerjaya Selepas Bersara
Kerjaya selepas bersara mungkin sentiasa dalam fikiran anda serta kebanyakan rakyat Malaysia memandangkan nilai mata wang Ringgit Malaysia yang semakin susut nilai dan kegawatan ekonomi yang semakin teruk akibat pandemik COVID.
Mengikut Ketua Pegawai KWSP, Alizakri Alias semasa kenyataan dalam temu bual eksklusif bersama Astro AWANI pada 31 Oktober 2020 lalu, 71 peratus pencarum KWSP mempunyai simpanan kurang RM50,000.
Adakah anda rasa amaun ni cukup untuk bersara, sekiranya anda bersara pada umur 55 dan dijangka hidup sampai 75?
Sebenarnya, ada banyak pilihan serta pekerjaan yang boleh anda lakukan untuk menjana pendapatan, samada secara freelance, separa masa, sepenuh masa, kontrak atau jangka pendek.
Pastikan fikiran anda terbuka, fikirkan tentang apa yang boleh anda lakukan, bukan hanya terikat dengan pengalaman kerja terdahulu. Anda mungkin boleh kembangkan hobi anda untuk jadikannya sebagai kerjaya selepas bersara, melakukan sesuatu yang anda suka dan bukan kerana terpaksa.
Tapi yang pasti, salah satu cara paling mudah, kalau keadaan mengizinkan, adalah untuk terus bekerja selepas bersara di tempat kerja sedia ada ataupun kerja lain dengan syarikat secara sambilan atau kontrak.
Jika itu tidak sesuai dengan keadaan anda, pertimbangkan pekerjaan-pekerjaan berikut yang sesuai untuk pesara.
Kerjaya Selepas Bersara - Pekerja Mahir
1. Menjadi pengajar kemahiran di Pusat Bertauliah SLaPB Jabatan Kemahiran Malaysia (JPK) ataupun di Pusat Latihan SLDN yang ditauliahkan oleh JPK.
Dengan berbekalkan pengalaman industri yang begitu lama, pengajar seperti andalah yang paling diperlukan kerana anda bukan sekadar mengajar mengikut kurikulum tetapi dapat mengaitkan serta beri banyak contoh yang berlaku dalam dunia pekerjaan sebenar.
Syarat untuk jadi pengajar kemahiran atau lebih diperlukan adalah Pegawai Penilai (mengajar & menilai calon) adalah:
a. Sijil induksi PP-PPD-PPB (kursus hujung minggu, 2 hari)
b. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) bidang anda, min SKM Tahap 3 – boleh mohon melalui pengalaman kerja@PPT
c. Sijil VTO@Sijil Pengajar Vokasional (kursus separa masa 6 bulan + 6 bulan internship)
2. Sekiranya anda adalah pemegang Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), anda layak dilantik sebagai Pegawai Pegesah Luaran (PPL).
Syarat lantikan PPL adalah:
a. Warganegara Malaysia
b. > 10 tahun pengalaman dalam bidang SKM anda (lantikan mungkin dilakukan juga walaupun < 10 tahun dalam bidang kritikal – tak cukup/kurang PPL dalam bidang tu).
c. Memiliki kelayakan kemahiran – Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)/(DKM)/(DLKM)
d. Lulus kursus induksi PP-PPD-PPB
e. Lulus kursus induksi PPL
Elaun utama adalah elaun verifikasi. Bayaran verifikasi di sesuatu PB/Syarikat SLDN bagi tempoh masa yang ditetapkan, maksimum RM320/8 jam ATAU RM 40.00/jam.
Elaun lain adalah seperti elaun perjalanan/penginapan/makan/harian .
Untuk maklumat lebih lanjut berkenaan PPL, boleh baca lebih lanjut di sini.
3. Sama seperti PPL, sekiranya anda ada SKM dan pengalaman 10 tahun dalam bidang SKM anda, anda juga layak dilantik sebagai Pegawai Penilai – Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPP-PPT).
Syarat lantikan PP-PPT adalah:
a. Warganegara Malaysia
b. > 10 tahun pengalaman dalam bidang SKM anda (lantikan mungkin dilakukan juga walaupun < 10 tahun dalam bidang kritikal – tak cukup/kurang PP-PPT dalam bidang tu).
c. Memiliki kelayakan kemahiran – Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)/(DKM)/(DLKM)
d. Lulus kursus induksi PP-PP-PPT
Elaun utama adalah kaunseling dan penilaian portfolio – per tahap RM 100/tahap/program.
Elaun lain adalah seperti elaun perjalanan/penginapan/makan/harian .
4. Dengan pengalaman yang lama dalam industri, pengetahuan anda dalam bidang tersebut pastinya sangat mendalam dan boleh dikira sebagai pakar dalam bidang.
Jabatan Pembangunan Kemahran (JPK) mungkin memerlukan kepakaran serta masa anda terlibat sebagai panel untuk membangunkan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) atau lebih dikenali sebagai National Occupational Skills Standard (NOSS).
Anda perlu ikuti KURSUS PEMBANGUNAN NOSS (DESCUM) yang dianjurkan secara PERUCMA. Penginapan dan makan minum disediakan.
5. Sama seperti panel pembangunan NOSS, fasilitator bertauliah yang ada kepakaran & pengalaman mendalam dalam sesuatu bidang diperlukan juga.
Setelah mengikuti kursus pembangunan NOSS, anda boleh terukan untuk mengikuti kursus FASILITATOR NOSS (DESCUM) / WIM / SOALANyang juga dianjurkan secara PERCUMA. Penginapan dan makan minum disediakan.
6. Bekerja sendiri @ freelancer adalah cara terbaik untuk menjana pendapatan tambahan mengikut jadual masa anda sendiri. Anda boleh melakukan apa saja secara bebas, jadi pilihlah sesuatu yang sesuai untuk kemahiran dan pengalaman anda.
Mungkin bukan semua bidang kemahiran masih sesuai pada umur 55, jadi sesuaikanlah mengikut keadaan.
Contohnya jika anda adalah mekanik kenderaan dan rasa kerja agak berat pada umur tersebut, anda boleh jadi jurujual kenderaan (sekiranya ada kemahiran menjual juga) kerana anda ada pengetahuan dan kemahiran yang menjadi aset kepada anda.
7. Selain 6 cadangan yang telah diberi di atas, ada lagi kerjaya selepas bersara lain yang boleh dipertimbangkan. Namun, ia tidaklah spesifik/terhad kepada pekerja mahir seperti anda. Antaranya:
a) Pemandu Grab
b) Kaunter Hadapan di hotel (terutamnya hotel bajet)
c) Pengawal keselamatan
d) Jurujual – Hartanah/Insuran/Kereta
Rumusan
Senarai di atas bukan sahaja sesuai untuk kerjaya selepas bersara tetapi mungkin juga sesuai untuk anda sekarang (walaupun umur 30+), asalkan anda memenuhi syaratnya.
Searching job after retirement
Hi En Suhaimi, you may prepare yourself to be PP-PPT or PPL if you have SKM in any bidang.
I’m a retired engineer from a govt agency, looking for job related to technical
Hi En Shamsulakmar, in the Malaysian Skills Certification System, you need an SKM in any field (relevant to your work experience) so that you can be a freelancer to some of the available jobs as mentioned here.
Mohon bantuann untuk mendapatkan pekerjaan selepas bersara wajib bulan Julai tahun depan
Lengkapkan diri anda sekarang dengan SKM, sijil induksi PP-PPD-PPB, PPL & PP-PPT untuk peluang dilantik sebagai PPL & PP-PPT (kerja freelance)
Saya adalah seorang guru bersara. Kini saya sudah berumur 61 tahun.Bolekah saya mohon kursus fisilitator Noss/wim
En Rajogoval, sila dapatkan lebih info dari pautan yang diberi, tq.
Saya adalah persara technician dalam bidang telco ,
Isa kena kenalpasti kod bidang NOSS yang relevan dgn pengalaman kerja anda terdahulu.
Saya adalah pesara pengawal keselamatan selama 38 tahun di lembaga sukan negeri sabah setelah umur 58 tahun..
En Dairus boleh pertimbangkan untuk mohon SKM bidang Operasi Perkhidmatan Sekuriti melalui kaedah PPT. Kemudian, ikuti kursus induksi PP-PPT & juga PP-PPD-PPB, PPL & SLDN untuk melayakkan diri sebagai PP-PPT, PPL-SLaPB & PPL-SLDN
Suami saya adalah pesara swasta dari kilang air cond panasonic di Shah Alam sebagai Foreman. Beliau berumur 60 tahun dan sekarang mencari pekerjaan yang bersesuaian dengan pengalaman beliau .
Noor, seperti yang dinyatakan dalam sini, suami anda mungkin boleh pertimbangkan untuk jadi Pegawai Penilai-PPT, Pegawai Pengesah Luaran, pengajar/trainer dsbgnya.
Kena lihat apa minatnya.
Dan semuanya perlukan Sijil Kemahiran Malaysia. Dia boleh mohon melalui kaedah PPT (dengan pengalaman kerjanya yang terdahulu)