Kursus Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Dalam konteks Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS), nama program ini adalah:
- Pengasuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (T982-001-3:2017) – SKM Tahap 3 DAN
- Penyeliaan Pengasuhan dan Pendidikan Perkembangan Awal Kanak-Kanak (T982-001-4:2018) – DKM Tahap 4
Namun, untuk tujuan singkatan, kita namakan ia sebagai pendidikan awal kanak-kanak sahaja.
Anda adalah pelajar lepasan PMR atau SPM? Masih tercari–cari bidang apa yang sesuai untuk anda melanjutkan pelajaran? Jangan risau kerana anda berada di laman yang tepat.
Kursus Pendidikan Awal Kanak-kanak ini mungkin akan mengubah masa depan anda. Ia akan membolehkan anda untuk berkecimpung dalam kerjaya yang sentiasa ada permintaan. Namun, bukan semua orang tahu kelebihannya.
Kursus ini akan melengkapkan anda dengan kemahiran dan pengetahuan pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak secara kontemporari, kompetensi pedagogi, dan kemahiran hubungan intelektual serta sosial.
Para pelajar juga akan didedahkan dengan aspek perkembangan dalam kurikulum asuhan dan didikan awal PERMATA, yang meliputi:
- perkembangan fizikal,
- perkembangan awal matematik & pemikiran logik,
- perkembangan bahasa & literasi awal,
- perkembangan sahsiah, sosio emosi & kerohanian,
- perkembangan kreativiti & estetik,
- perkembangan seni kreatif & pergerakan muzik dan
- kemahiran pemakanan seimbang
bagi kanak-kanak di bawah 4 tahun.
Anda akan dinilai berdasarkan kemampuan anda terampil semua komponen, penilaian pengetahuan (amali) dan prestasi (amali).
1. Syarat Kemasukan (SKM3 & DKM)
- Berumur 15 tahun dan ke atas
- Warganegara Malaysia
- Boleh membaca, menulis dan mengira
- Tidak wajib ada kelayakan SPM
- Perlu ada SKM3 bidang Pengasuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (T982-001-3:2017) jika mohon DKM
2. Kurikulum/Modul
3. Tempoh Pembelajaran
1. SKM3: 12 bulan
2. DKM: 12 bulan
4. Laluan Pendidikan
Setelah tamat kursus pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak yang melayakkan anda dapat SKM Tahap 3 atau DKM Tahap 4 bidang ini, anda boleh:
1. (SKM3) – Melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi iaitu Diploma Kemahiran Malaysia (Tahap 4) bidang Penyeliaan Pengasuhan dan Pendidikan Perkembangan Awal Kanak-Kanak di Kolej Islam Antarabangsa atau Diploma akademik bidang sama di mana-mana institusi pengajian tinggi tempatan dan swasta yang diiktiraf di seluruh Malaysia dan luar Negara.
(DKM) – Melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda di IPTA/IPTS.
2. Jika anda berminat untuk jadi pengajar vokasional/tenaga pengajar kemahiran, anda boleh sambung untuk ambil kursus pengajar vokasional@VTO.
5. Prospek Pekerjaan / Kerjaya
Apabila tamat pengajian dalam program ini dengan jayanya, ia akan membolehkan anda bekerja dalam bidang pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak samada di sektor kerajaan atau taska di tempat kerja atau komuniti.
Bila dah ada pengalaman & modal nanti, bolehlah jadi usahawan taska yang beroperasi dari rumah, di mana-mana sahaja di Malaysia.
Ataupun menubuhkan taska mengikut lokasi dan permintaan serta keperluan dari ibu-ibu yang bekerja.
1. Pendidik TASKA
2. Penyelia TASKA
3. Pengurus TASKA
4. Pengusaha / Pemilik TASKA
5. Pensyarah
Jika anda melepasi syarat kelayakkan di atas dan berminat untuk menyertai
Ada Pengalaman Kerja Dalam Bidang Ni?
Sekiranya anda sudah ada pengalaman kerja dalam bidang ni selama 3 atau 5 tahun ke atas, anda layak mohon persijilan terus tanpa berkursus selama setahun/dua tahun lamanya.
Sila rujuk gambarajah di bawah untuk syarat-syarat umum serta tempoh minimum pengalaman kerja yang diperlukan.
Macam mana nak Mohon skm 1- 3 iya
Farah merujuk kepada program ni ke program mana?
Program ni mula dari SKM3 terus.
Dan melaluli pengalaman kerja ke tiada pengalaman dalam bidang tu?
giatmara ada menawarkan skm 3
Saya nak tanye, kalau macam saya ada diploma fine art sahaja boleh ke mohon?
Boleh Ain, mula dengan SKM3 dulu
send me more info, tq
Hi Anis, if you’re referring to the Free course for DKM in early childhood, the offer is over.
If not, kindly let us know what info you need.
You may call/whatsapp to 0123123430, tq.
Kalau saya ada diploma in nursing boleh ke mohon?
Boleh Nadiah, tapi anda kena mula dari Tahap 3 ya, tiada tajaan.
Kursus sepenuh masa di KL (8 bulan teori + 4 bulan praktikal).
Kalau berminat, boleh hubungi Melvin di no ni 012-3123430 untuk maklumat lanjut.
Nak berlajar pndidikan awal kna_kanak
Rafidah dah wasap ke no yang diberi ke?
Salam, saya ada diploma dan ijazah tapi bidang yang tiada kaitan dgn pendidikan kanak2. Di mana patut sy mula jika ingin menceburi bidang pekerjaan pendidikan awal kanak2?
Aini, anda boleh:
1. Belajar selama 1 tahun (8 bulan teori & 4 bulan praktikal) untuk kursus pendidikan awal kanak-kanak (kemahiran: 70% teori, 30% praktikal) – SKM3
2. Ambil diploma pendidikan awal kanak-kanak jika ada 3 kredit dalam SPM.
Sekiranya anda tidak tahu di mana nak cari ataupun masih ada persoalan lagi, boleh wasap kepada min.
Hi I am spm 2 credit boleh daftar skm selepas dkm
Hi Venothini, I don’t understand your statement. You need SKM3 before DKM
Hi.. Sy mempunyai stpm dan mempunyai pengalaman 8tahun mengajar di tadika.
Boleh ke sy apply?
Teoh, anda boleh mohon Sijil Kemahiran Malaysia melalui kaedah PPT
Tawaran DKM PERCUMA ni anda tak layak dan ia juga telahpun tutup.
Umur saya 21 tahun. Boleh ke saya ambil skm3 ni?. Saya tak sambung belajar selepas spm. Layak ke? Masih boleh apply ke kalau nak belajar untuk tahun 2023
Ya Suraya, anda boleh mohon SKM3 bidang ini. Ada lagi pengambilan tahun 2023.
Salam. Saya nak tanya, umur 21 masih boleh ambil sijil skm ini ke? Saya juga ingin memohon giatmara, jika saya sudah habis belajar di giatmara perlu ke saya ambil sijil skm ini secara berasingan. Dan perlu ke saya mengambil sijil KAP?
Hi Ros, saya rasa program ni cuma ditawarkan di Giatmara PJ Utara tetapi bukan Giatmara yang lain.
Ada juga banyak lagi Pusat Bertauliah JPK swasta yang tawarkan bidang ni. Anda tinggal mana? Kalau bukan Lembah Klang, mungkin boleh ikuti di negeri anda tinggal (kalau ada PB).
Perlu sijil KAP juga.
Dari SVM Pemprosesan Makanan boleh ke mohon untuk Diploma Pendidikan awal Kanak2 ?
Maaf Izzati, kena mula dari SKM3 Pendidikan Awal Kanak2
i have 10 years of experience in teaching special need. do i eligible to get dkm
Yes Gunavathi but you need to apply for Level 3 also, via PPT
If you need more information or consultation, you may contact Melvin Lim
pusat pembelajaran bidang pendidikan awal kanak-kanak ni di mana ya? saya tinggal di pahang.
Di KL
Saya berumur 47thn,tiada pengalaman dlm bidang pendidikan awal Kanak2..Saya bekerja sbgi pembantu taska..apa yg perlu secara asas kerjaya seperti saya
Siti dah berapa tahun kerja di taska sebagai pembantu?
Sila baca kaedah permohonan SKM melalui PPT (pengalaman kerja terdahulu)
Hai , saya nak tanya cara untuk apply skm ni ? Boleh mintak no ws untuk pertanyaan lebih lanjut ?
Hi Nur Fitrah, anda boleh hubungi min di 0123123430
Assalammualaikum puan, saya berumur 21 Dan merupakan pelajar lepasan STPM. Boleh ke saya memohon dalam bidang ini?
Ya Jannah, boleh. Sila hubungi 012-3123430
Kalau umur 22 boleh mohon lagi ke ?
Hi Nur Syahirah, boleh lagi.
Sila hubungi 012-3123430 untuk maklumat lanjut.
Hai nak tanye adik saya baru habis spm boleh mohon ke skm3 ni
Boleh Rozaidi
kalau yg form 5 tak ambil spm boleh trus ambik course ni ?
Boleh Marina