Tag Archives: kerjaya selepas bersara

Kerjaya Selepas Bersara – 7 Khas untuk Pekerja Mahir

Kerjaya Selepas Bersara

Kerjaya selepas bersara mungkin sentiasa dalam fikiran anda serta kebanyakan rakyat Malaysia memandangkan nilai mata wang Ringgit Malaysia yang semakin susut nilai dan kegawatan ekonomi yang semakin teruk akibat pandemik COVID.

Mengikut Ketua Pegawai KWSP,  Alizakri Alias semasa kenyataan dalam temu bual eksklusif bersama Astro AWANI pada 31 Oktober 2020 lalu, 71 peratus pencarum KWSP mempunyai simpanan kurang RM50,000.

Adakah anda rasa amaun ni cukup untuk bersara, sekiranya anda bersara pada umur 55 dan dijangka hidup sampai 75?

Dapat Bersara pada umur 55?

Sebenarnya, ada banyak pilihan serta pekerjaan yang boleh anda lakukan untuk menjana pendapatan, samada  secara freelance, separa masa, sepenuh masa, kontrak atau jangka pendek.

Pastikan fikiran anda terbuka, fikirkan tentang apa yang boleh anda lakukan, bukan hanya terikat dengan pengalaman kerja terdahulu. Anda mungkin boleh kembangkan hobi anda untuk jadikannya sebagai kerjaya selepas bersara, melakukan sesuatu yang anda suka dan bukan kerana terpaksa.

Tapi yang pasti, salah satu cara paling mudah, kalau keadaan mengizinkan, adalah untuk terus bekerja selepas bersara di tempat kerja sedia ada ataupun kerja lain dengan syarikat secara sambilan atau kontrak. 

Jika itu tidak sesuai dengan keadaan anda, pertimbangkan pekerjaan-pekerjaan berikut yang sesuai untuk pesara.

Kerjaya Selepas Bersara ​- Pekerja Mahir

1. Menjadi pengajar kemahiran di Pusat Bertauliah SLaPB Jabatan Kemahiran Malaysia (JPK) ataupun di Pusat Latihan SLDN yang ditauliahkan oleh JPK.

Dengan berbekalkan pengalaman industri yang begitu lama, pengajar seperti andalah yang paling diperlukan kerana anda bukan sekadar mengajar mengikut kurikulum tetapi dapat mengaitkan serta beri banyak contoh yang berlaku dalam dunia pekerjaan sebenar.

Syarat untuk jadi pengajar kemahiran atau lebih diperlukan adalah Pegawai Penilai (mengajar & menilai calon) adalah:

a. Sijil induksi PP-PPD-PPB (kursus hujung minggu, 2 hari)
b. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) bidang anda, min SKM Tahap 3 – boleh mohon melalui pengalaman kerja@PPT
c. Sijil VTO@Sijil Pengajar Vokasional (kursus separa masa 6 bulan + 6 bulan internship)

Freelance jobs - skills trainer
Pegawai Penilai (PP) & Pegawai Pengesah Dalaman (PPD) program VTO di I Smart Educare adalah personel yang hampir bersara (PP) / pesara dari PERHEBAT (PPD)

2. Sekiranya anda adalah pemegang Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), anda layak dilantik sebagai Pegawai Pegesah Luaran (PPL).

Syarat lantikan PPL adalah:

a. Warganegara Malaysia
b. > 10 tahun pengalaman dalam bidang SKM anda (lantikan mungkin dilakukan juga walaupun < 10 tahun  dalam bidang kritikal – tak cukup/kurang PPL dalam bidang tu).
c. Memiliki kelayakan kemahiran – Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)/(DKM)/(DLKM)
d. Lulus kursus induksi PP-PPD-PPB 
e. Lulus kursus induksi PPL 

Elaun utama adalah elaun verifikasi. Bayaran verifikasi di sesuatu PB/Syarikat SLDN bagi tempoh masa yang ditetapkan, maksimum RM320/8 jam ATAU RM 40.00/jam.

Elaun lain adalah seperti elaun perjalanan/penginapan/makan/harian .

Untuk maklumat lebih lanjut berkenaan PPL, boleh baca lebih lanjut di sini.

Freelance jobs - PPL
Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) masih kekurangan Pegawai Pengesah Luaran-PPL, terutamanya untuk bidang-bidang baru
Kerjaya selepas bersara - PPL

3. Sama seperti PPL, sekiranya anda ada SKM dan pengalaman 10 tahun dalam bidang SKM anda, anda juga layak dilantik sebagai Pegawai Penilai – Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPP-PPT). 

Syarat lantikan PP-PPT adalah:

a. Warganegara Malaysia
b. > 10 tahun pengalaman dalam bidang SKM anda (lantikan mungkin dilakukan juga walaupun < 10 tahun  dalam bidang kritikal – tak cukup/kurang PP-PPT dalam bidang tu).
c. Memiliki kelayakan kemahiran – Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)/(DKM)/(DLKM)
d. Lulus kursus induksi PP-PP-PPT 

Elaun utama adalah kaunseling dan penilaian portfolio – per tahap RM 100/tahap/program.

Elaun lain adalah seperti elaun perjalanan/penginapan/makan/harian .

4. Dengan pengalaman yang lama dalam industri, pengetahuan anda dalam bidang tersebut pastinya sangat mendalam dan boleh dikira sebagai pakar dalam bidang.

Jabatan Pembangunan Kemahran (JPK) mungkin memerlukan kepakaran serta masa anda terlibat sebagai panel untuk membangunkan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) atau lebih dikenali sebagai National Occupational Skills Standard (NOSS).  

Anda perlu ikuti KURSUS PEMBANGUNAN NOSS (DESCUM) yang dianjurkan secara PERUCMA. Penginapan dan makan minum disediakan. 

Bengkel Pembangunan NOSS
Bengkel Pembangunan NOSS (Kredit Imej: BH Online)

5. Sama seperti panel pembangunan NOSS, fasilitator bertauliah yang ada kepakaran & pengalaman mendalam dalam sesuatu bidang diperlukan juga.

Setelah mengikuti kursus pembangunan NOSS, anda boleh terukan untuk mengikuti kursus FASILITATOR NOSS (DESCUM) / WIM / SOALANyang juga dianjurkan secara PERCUMA. Penginapan dan makan minum disediakan.

Kredit imej: CIAST

6. Bekerja sendiri @ freelancer adalah cara terbaik untuk menjana pendapatan tambahan mengikut jadual masa anda sendiri. Anda boleh melakukan apa saja secara bebas, jadi pilihlah sesuatu yang sesuai untuk kemahiran dan pengalaman anda.

Mungkin bukan semua bidang kemahiran masih sesuai pada umur 55, jadi sesuaikanlah mengikut keadaan.

Contohnya jika anda adalah mekanik kenderaan dan rasa kerja agak berat pada umur tersebut, anda boleh jadi jurujual kenderaan (sekiranya ada kemahiran menjual juga) kerana anda ada pengetahuan dan kemahiran yang menjadi aset kepada anda.

Kerjaya selepas bersara - Freelancer

7. Selain 6 cadangan yang telah diberi di atas, ada lagi kerjaya selepas bersara lain yang boleh dipertimbangkan. Namun, ia tidaklah spesifik/terhad kepada pekerja mahir seperti anda. Antaranya:

a) Pemandu Grab
b) Kaunter Hadapan di hotel (terutamnya hotel bajet)
c) Pengawal keselamatan 
d) Jurujual – Hartanah/Insuran/Kereta

Rumusan

Senarai di atas bukan sahaja sesuai untuk kerjaya selepas bersara tetapi mungkin juga sesuai untuk anda sekarang (walaupun umur 30+), asalkan anda memenuhi syaratnya.