Tag Archives: kursus pendidikan awal kanak-kanak

5 Perkara Asas Kursus Pendidikan Awal Kanak-Kanak (SKM)

Kursus Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Dalam konteks Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS), nama program ini adalah:

  1. Pengasuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (T982-001-3:2017) – SKM Tahap 3 DAN
  2. Penyeliaan Pengasuhan dan Pendidikan Perkembangan Awal Kanak-Kanak (T982-001-4:2018) – DKM Tahap 4

    Namun, untuk tujuan singkatan, kita namakan ia sebagai pendidikan awal kanak-kanak sahaja.

Anda adalah pelajar lepasan PMR atau SPM? Masih tercari–cari bidang apa yang sesuai untuk anda melanjutkan pelajaran? Jangan risau kerana anda berada di laman yang tepat.

Kursus Pendidikan Awal Kanak-kanak ini mungkin akan mengubah masa depan anda. Ia akan membolehkan anda untuk berkecimpung dalam kerjaya yang sentiasa ada permintaan. Namun, bukan semua orang tahu kelebihannya.

Kursus Pendidikan Awal Kanak-kanak

Kursus ini akan melengkapkan anda dengan kemahiran dan pengetahuan pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak secara kontemporari, kompetensi pedagogi, dan kemahiran hubungan intelektual serta sosial. 

Para pelajar juga akan didedahkan dengan aspek perkembangan dalam kurikulum asuhan dan didikan awal PERMATA, yang  meliputi: 

  • perkembangan fizikal,
  • perkembangan awal matematik & pemikiran logik,
  • perkembangan bahasa & literasi awal,
  • perkembangan sahsiah, sosio emosi & kerohanian,
  • perkembangan kreativiti & estetik,
  • perkembangan seni kreatif & pergerakan muzik dan
  • kemahiran pemakanan seimbang

    bagi kanak-kanak di bawah 4 tahun. 

Anda akan dinilai berdasarkan kemampuan anda terampil semua komponen, penilaian pengetahuan (amali) dan prestasi (amali).

1. Syarat Kemasukan (SKM3 & DKM)

  1. Berumur 15 tahun dan ke atas
  2. Warganegara Malaysia
  3. Boleh membaca, menulis dan mengira
  4. Tidak wajib ada kelayakan SPM
  5. Perlu ada SKM3 bidang Pengasuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (T982-001-3:2017) jika mohon DKM

2. Kurikulum/Modul

Kursus Pendidikan Awal Kanak-kanak - CPC T982-001-3:2017
Modul teras untuk kursus pendidikan awal kanak-kanak (Tahap 3)
Kursus Pendidikan Awal Kanak-kanak - CPC T982-001-4:2018
Modul teras untuk kursus pendidikan awal kanak-kanak (Tahap 4)

3. Tempoh Pembelajaran

1. SKM3: 12 bulan
2. DKM: 12 bulan

4. Laluan Pendidikan

Setelah tamat kursus pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak yang melayakkan anda dapat SKM Tahap 3 atau DKM Tahap 4 bidang ini,  anda boleh:

1. (SKM3) – Melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi iaitu Diploma Kemahiran Malaysia (Tahap 4) bidang Penyeliaan Pengasuhan dan Pendidikan Perkembangan Awal Kanak-Kanak di Kolej Islam Antarabangsa atau Diploma akademik bidang sama di mana-mana institusi pengajian tinggi tempatan dan swasta yang diiktiraf di seluruh Malaysia dan luar Negara.

(DKM) –  Melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda di IPTA/IPTS.

2. Jika anda berminat untuk jadi pengajar vokasional/tenaga pengajar kemahiran, anda boleh sambung untuk ambil kursus pengajar vokasional@VTO

5. Prospek Pekerjaan / Kerjaya

Apabila tamat pengajian dalam program ini dengan jayanya, ia akan membolehkan anda bekerja dalam bidang pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak samada di sektor kerajaan atau taska di tempat kerja atau komuniti.

Bila dah ada pengalaman & modal nanti, bolehlah jadi usahawan taska yang beroperasi dari rumah, di mana-mana sahaja di Malaysia.

Ataupun menubuhkan taska mengikut lokasi dan permintaan serta keperluan dari ibu-ibu yang bekerja.

1. Pendidik TASKA
2. Penyelia TASKA
3. Pengurus TASKA
4. Pengusaha / Pemilik TASKA
5. Pensyarah

Jika anda melepasi syarat kelayakkan di atas dan berminat untuk menyertai

Daftar Kursus TVET

Ada Pengalaman Kerja Dalam Bidang Ni?

Sekiranya anda sudah ada pengalaman kerja dalam bidang ni selama 3 atau 5 tahun ke atas, anda layak mohon persijilan terus tanpa berkursus selama setahun/dua tahun lamanya.

Sila rujuk gambarajah di bawah untuk syarat-syarat umum serta tempoh minimum pengalaman kerja yang diperlukan.

SKM-PPT - Syarat Umum Calon
SKM-PPT - Syarat Tempoh Min Pengalaman Kerja

Layak Mohon SKM/DKM dengan Pengalaman Anda?

Kursus Pendidikan Awal Kanak-kanak - Bengkel Pembangunan Portfolio & LPKT
Klik Gambar Untuk Pertanyaan Lanjut

Prasekolah & Tadika Dibuka 1 Julai 2020. Adakah Anda Dah Bersedia?

Prasekolah & Tadika Dibuka

Setelah hampir 3 bulan PKP & PKPB, akhirnya semua prasekolah dan tadika dibuka (akan dibenarkan kembali dibuka bermula 1 Julai ini), menurut Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob.

Keputusan itu melibatkan 6,216 prasekolah di bawah Kementerian Pendidikan dan 7,887 buah milik swasta, serta 1,781 tadika di bawah Kementerian Perpaduan Negara dan 8,530 tadika kemas di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

Terkejut dengan angka ni?

Ni yang min nak kaitkan dengan TVET. Peluang kerjaya dalam bidang pra-sekolah dan pendidikan awal kanak-kanak memang cukup banyak. Nanti kita bincang pula apakah yang diperlukan untuk berkecimpung dalam industri ini serta kelayakkannya di penghujung artikel.

PRA SEKOLAH & TADIKA DIBUKA 1 JULAI 2020

SOP termasuk sewaktu pelajar datang dan pulang, cara bermain dalam tadika, waktu makan semua lengkap. Namun, SOP yang terperinci akan diumumkan oleh Kementerian Pendidikan.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob

Persoalannya, adakah anda, sebagai ibu bapa kepada anak-anak tersayang anda, telah bersedia untuk menghantar mereka, walaupun prasekolah atau tadika akan dibuka minggu depan (1 Julai 2020)?

Sememangnya banyak arahan yang dikeluarkan mengelirukan rakyat.

Pembukaan sekolah menengah 24.6.2020 dikaburkan dengan persoalan kehadiran guru sekolah rendah.
Arahan dan saranan Kementerian bercanggah dengan arahan JPN dan PPD. Mengapa pula bukan pelajar sekolah menengah bukan kelas peperiksaan didahulukan dulu atau murid yang berada dalam Tahap Dua sekolah rendah berbanding murid prasekolah dan tadika?
Seolah-olah kenyataan tidak berpaksikan kepada satu sumber yang mutlak.

Namun, min berpendapat semua ini dilakukan untuk mudahkan ibu bapa yang bekerja untuk tinggalkan anak mereka di prasekolah & tadika.

Apapun, kerajaan telah buat keputusan. Sekarang terserah kepada:

1. Pihak pengurusan prasekolah dan tadika untuk memastikan kanak-kanak mengikut SOP yang ditetapkan untuk pastikan tiada jangkitan berlaku.

2. Cikgu-cikgu prasekolah dan tadika serta kakitangan yang terlibat dapat mematuhi SOP yang ditetapkan dan bimbing anak-anak kecil untuk mengikut SOP juga. Anak-anak kecil ni perlu dibimbing dan diawasi agar kebersihan diri mereka dijaga dengan baik.

3. Ibu bapa boleh buat persediaan awal

Bercerita dan berlatih (role play)

  • Social distancing – apa dan bagaimana, kenapa diperlukan dan sebagainya
  • Basuh tangan dengan cara yang betul. Ajar anak-anak untuk basuh tangan setiap kali sebelum dan selepas makan.
    Cara bersin/batuk yang betul.
  • Elak daripada sentuh hidung dan mata (ni memang susah :-P)

Ini adalah norma baru dan memerlukan masa serta latihan yang berterusan. Jadi digalakkan ibu bapa dapat membuat persiapan lebih awal.

Hmm, mungkin juga anda sebagai ibu bapa rasa nak tukar bidang setelah menjaga & mendidik anak selama 3 bulan ni di rumah? Mari kita lihat kelayakkan apa yang diperlukan untuk menjadikannya sebagai kerjaya.

Kelayakkan apa yang diperlukan?

Kursus Asuhan Permata yang diluluskan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Anda juga digalakkan (mungkin wajib kelak) untuk mengikuti kursus pendidikan awal kanak-kanak yang menawarkan persijilan berikut:

Sijil Kemahiran Malaysia 3* dalam Pengasuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (T982-001-3:2017) (program setahun) atau setara, jika anda ingin menjadi pengasuh/pendidik awal kanak-kanak atau pemilik taska.

Anda tidak perlu kelulusan SPM tetapi cuma kemahiran 3M (Membaca, Menulis & Mengira) dan umur minima 16 tahun.
Bergantung kepada institut yang anda pilih, kursus diajar dalam BM atau English)

ATAU

Kursus Diploma in Early Childhood Education  (2.5 tahun), jika ingin mengajar di tadika.

Syarat kemasukkan:

  • 3 Kredit dalam SPM atau setara; atau
  • 2 Kredit dalam SPM dan pengalaman kerja dengan anak-anak kecil selama 3 tahun; atau
  • 1 Kredit dalam SPM dan pengalaman kerja dengan anak-anak kecil selama 5 tahun
  • Sijil Kemahiran Malaysia 3 atau Sijil Kolej Komuniti (Tahap 3, MQF) dalam bidang berkaitan dan lulus SPM dengan sekurang-kurangnya 1 Kredit dalam satu (1) subjek
  • Kemasukkan melalui Accreditation of Prior Learning Experience (APEL): 1 Kredit dan 5 tahun pengalaman kerja/pembelajaran yang berkaitan

Peluang Kerjaya:

  • Pengarang Buku Kanak-Kanak
  • Pengajar Pendidikan Seni
  • Penyiar TV Kanak-kanak
  • Pembangun Kuikulum
  • Perunding
  • Wartawan
  • Pensyarah (Perlu ada Bachelor Early Childhood Education jika nak ajar Diploma Early Childhood Education)
  • Pemasaran
  • Jurulatih Keibubapaan
  • Pembangun Produk
  • Jurulatih Eksperimen
  • Pengurusan Acara
  • Pendidik
  • Penghibur
  • Pengajar
  • Instructional Designer
  • Penyelidik
  • Pekerja Sosial
  • Cikgu / Pengetua
  • Bakat Suara
Register Now Sticker GIF by scvaughn | Gfycat

Sumber: Berita Harian, Majalah Pama, Kolej Schwin, Kolej Dika, Universiti Tun Abdul Razak @ Unirazak

Nota: *Sekiranya dah ada SKM3 bidang ni tetapi ingin Ijazah Eksekutif yang boleh membolehkan anda layak sebagai graduan Universiti dalam masa yang singkat (9 bulan), sila rujuk sini.

Kerjaya Underwater Welding – Lumayan & Cerah Tetapi Bukan Calang-Calang

Underwater Welding

KIMPALAN bawah air (underwater welding) antara kerjaya dalam bidang kimpalan yang mempunyai jaringan pekerjaan luas di serata dunia turut membabitkan industri seperti minyak dan gas, pembaikan kapal, perpaipan saluran minyak dan sebagainya.

Sesuai dengan namanya, kerjaya ini memerlukan mereka yang berani, minat mendalam, sihat, tahan lasak dan memiliki kemahiran dalam kedua-duanya iaitu sebagai jurukimpal dan penyelam komersial.

Tidak dinafikan pendapatan yang diterima adalah lumayan sekitar RM50,000 sehingga ratusan ribu ringgit setahun.

Jumlah pendapatan bagi kerjaya ini adalah subjektif kerana dibayar berdasarkan kepada projek, kaedah dan kedalaman selaman serta keadaan persekitaran.

Ketua Jabatan Kimpalan, Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Pagoh, Muar, Johor Wan Mohd Zafrulizan Wan Draman berkata, untuk menjadi seorang ‘diver-welder’, seseorang perlu mempunyai sijil dalam kemahiran mengimpal dan memiliki lesen sebagai penyelam komersial.

Bagaimanapun, katanya buat masa ini kursus ‘underwater welding’ tidak dijalankan di Jabatan Kimpalan IKTBN Pagoh tetapi hanya fokus kepada kursus kimpalan.

“Terdapat beberapa pusat latihan di Malaysia yang menjalankan kursus ini dan mengeluarkan sijil yang diiktiraf badan antarabangsa.

“Kursus untuk ‘underwater inspection’ juga sudah ada dijalankan di Malaysia ketika ini berbanding sebelum ini hanya boleh diikuti di luar negara.

“Kos untuk menjalani kursus bagi menceburi bidang ‘underwater welding’ ini sememangnya tinggi dan mencecah puluhan ribu ringgit bergantung kepada pusat latihan berkenaan.

“Namun wang yang dilaburkan berbaloi kerana latihan turut membabitkan penggunaan peralatan mahal serta pengalaman yang bakal diperoleh bukan calang-calang dan amat diperlukan sebelum layak digelar jurukimpal bawah air (‘diver-welder’), ” katanya.

Mengulas mengenai risiko kerjaya itu kata Wan Mohd Zafrulizan, ia adalah tinggi dan ada yang membawa maut.

Risiko seperti kejutan elektrik dan letupan juga boleh terjadi apabila hidrogen serta oksigen digunakan ketika proses mengimpal.

“Bagaimanapun, terdapat prosedur operasi standard (SOP) yang perlu dipatuhi setiap jurukimpal bawah air sebelum, ketika dan selepas selesai kerja.

“Amalan standard ini boleh mengelakkan bahaya dan kejadian yang tidak dingini daripada berlaku,” katanya.

Pada masa sama, bidang kimpalan ditawarkan di IKTBN Pagoh pada 2003.

Selepas hampir 17 tahun beroperasi lebih daripada 2,000 graduan dilatih di peringkat sijil dan diploma.

Purata kadar kebolehpasaran untuk bidang ini dari 2016 sehingga 2019 amat memberangsangkan apabila lebih 90 peratus graduan berjaya mendapatkan pekerjaan di pelbagai sektor dalam tempoh enam bulan selepas tamat pengajian.

Kata Wan Mohd Zafrulizan, permintaan industri kimpalan adalah tinggi dan konsisten untuk penempatan pekerjaan.

Graduan sangat bertuah kerana bidang ini boleh dikatakan fleksibel walaupun mereka beralih arah ke pekerjaan di industri berlainan. Perkembangan industri sekarang adalah pesat terutama dari segi teknologi.

Tidak dinafikan sesetengah teknologi adalah asing kepada pelajar mahupun tenaga pengajar. Ini antara salah satu mengapa On Job Training (OJT) di industri menjadi perkara wajib kepada pelajar.

Semua pelajar SKM (Sijil Kemahiran Malaysia) dan DKM (Diploma Kemahiran Malaysia) perlu menjalani OJT selama tiga bulan pada semester akhir pengajian. Secara tidak langsung didedahkan dengan cara kerja dan teknologi baharu.

Wan Mohd Zafrulizan – Ketua Jabatan Kimpalan, Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Pagoh

Sumber: hmetro.com.my/akademia

Komen: Sekiranya anda rasa kerjaya ini tidak sesuai untuk anda, banyak lagi kerjaya kemahiran mempunyai prospek yang cerah dan tidak begitu merbahaya. Antara kursus kemahiran yang membolehkan anda memiliki kerjaya yang ada banyak peluang pekerjaan termasuk (tapi tidak terhad kepada):

  1. Kursus kulinari
  2. Kursus bakeri/pastri
  3. Kursus elektrik
  4. Kursus pendidikan awal kanak-kanak
  5. Kursus perakaunan
  6. Kursus mekatronik
  7. Kursus pengurusan hotel
  8. Kursus multimedia/pereka grafik
  9. Kursus IT (komputer sistem/rangkaian komputer/pembangunan aplikasi@programming)
  10. Kursus VTO (Vocational Training Operation)

Sekiranya anda tidak tahu kursus kemahiran apa lagi yang ditawarkan, boleh isi butiran anda di sini (pusat latihan swasta sahaja) ataupun whatsapp untuk bertanyakan kursus kemahiran (swasta sahaja)

Jika anda dah ada Sijil Kemahiran Malaysia/Diploma Kemahiran Malaysia/Diploma Vokasional Malaysia dan ingin meneruskan ke peringkat Ijazah, boleh baca sini.

Halatuju Lepasan SPM – Akademik atau TVET? Mana Lebih Best?

halatuju lepasan SPM 2019
Halatuju Lepasan SPM – Laluan akademik & Sijil Kemahiran Malaysia / TVET

Apakah halatuju anda sebagai lepasan SPM?
Tahniah kepada anda jika lulus SPM dengan cemerlang. Dengan keputusan yang baik, pilihan anda memanglah banyak.
Laluan akademik seperti Matrikulasi, Program Asasi, STAM/STPM dan Diploma Akademik adalah antara pilihan anda.

Namun, laluan TVET/program kemahiran yang menganugerahkan SKM juga boleh dipertimbangkan. Ia memang lebih BEST berbanding dengan laluan akademik sekiranya anda jenis yang suka hands-on. Peluang kerja juga agak tinggi berbanding graduan laluan akademik. Bukan sahaja peluang kerja tinggi tetapi untuk bidang kemahiran tertentu seperti underwater welding, gajinya agak lumayan juga. Jadi, BEST tak?

Ya, jangan ingat program kemahiran cuma untuk mereka yang gagal/tidak cukup kredit untuk SPM.

Sejak keputusan SPM keluar pada 10 Jun 2021, ramai pelajar dan ibu bapa lepasan SPM 2020 telah mesej, whatsapp atau hubungi min berkenaan kursus yang boleh diambil, terutamanya mereka yang tidak cukup kredit/gagal SPM Sejarah/BM.

Untuk pengetahuan anda, kursus kemahiran rata-ratanya cuma perlukan kemahiran 3M, boleh Membaca, Mengira & Menulis. Ini kerana fokus adalah pada kemahiran tangan/hands-on (70%) berbanding dengan teori (30%).

Dan untuk membantu anda/anak anda memilih kursus kemahiran/TVET, pertama sekali tanya anda/anak anda sendiri apakah minat atau hobinya.
Adalah lebih penting pemilihan kursus berdasarkan minat anda/anak anda, bukannya berdasarkan kursus apa yang paling panas/popular.

Berikut adalah beberapa contoh lazim pemilihan program (pencarian kursus di Pusat Bertauliah JPK adalah mengikut nama/kod program) berdasarkan minat:

halatuju lepasan SPM 2019
Automotif – G452-002-2:2018 atau kod lama TP-300-2/2:2013 Servis Diagnostik – Kenderaan Ringan
halatuju lepasan SPM 2019
Kimpalan – MC-024-2:2012 Proses Kimpalan Arka Kepingan Logam
kursus penyediaan makanan
Masakan/kulinari – HT-012-2:2012 Penyediaan & Pembuatan Makanan
kursus pembuatan roti
Bakeri – HT-013-2:2011 Pembuatan Roti 
Kecantikan – MP-060-2:2013 Perkhidmatan Estetik
kursus pendidikan awal kanak-kanak
ECE – T982-001-3:2017 atau kod lama
CC-011-3:2012 PENDIDIKAN & PENJAGAAN AWAL KANAK-KANAK

Anda juga boleh muat turun Daftar NOSS dari sini untuk mengetahui semua standard pekerjaan yang telah dibangunkan setakat ini (namun, tidak semua program ada penyedia latihannya).

Sekiranya anda tidak tahu di mana nak belajar kursus kemahiran tertentu, boleh isi borang tunjuk minat di sini (Swasta dan BERBAYAR shj).

Jika anda tiada bajet dan cuma mampu belajar di institut kemahiran awam, sila rujuk sini.

Akhir sekali, sekiranya anda dah ada SKM3 dan ke atas (DKM, DLKM) atau pengalaman industri >3 tahun, anda juga berpeluang untuk melanjutkan ke ijazah eksekutif (program URise) dari Universiti Tun Abdul Razak ataupun diploma, ijazah sarjana muda (Bachelors) & ijazah sarjana (Masters) melalui laluan APEL jika dah berumur 20,21 & 30 tahun masing-masing.

Jadi, SPM sudah bukan segala-galanya. Tanpa SPM juga boleh lanjutkan sehingga ke Universiti ya.

Daftar Bengkel SKM-PPT
Mohon kursus kemahiran / TVET yang ditaja.
Sekiranya kursus tajaan tiada kursus piihan anda, boleh juga nyatakan kursus pilihan anda dalam borang online (SWASTA & BERBAYAR)

 

Lebih 80 peratus pengasuh berdaftar tiada kelayakan KAP

 
 
Lebih 80 peratus pengasuh berdaftar tiada kelayakan KAP
TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyampaikan ucapan pada Majlis Perasmian Hari Taska 2018 di Putrajaya, hari ini. – Foto BERNAMA
PUTRAJAYA: Seramai 13,700 pengasuh berdaftar di taska seluruh negara tiada kelayakan KAP – Kursus Asuhan Permata.


Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, jumlah itu merangkumi 80.19 peratus daripada sejumlah 16,873 pengasuh yang direkodkan.

“Berdasarkan rekod Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), data terkumpul sehingga Jun 2018, jumlah pengasuh bagi kanak-kanak berusia 0 hingga 4 tahun di Taska adalah seramai 16,873 orang.

Beliau yang juga Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga menambah, industri pengasuhan pada ketika ini menghadapi masalah kekurangan pengasuh berdaftar.

Pada masa sama, kekurangan pengasuh yang berkelayakan memberi implikasi kepada jumlah taska yang berdaftar.

Katanya lagi, sekiranya 50 peratus daripada 2.3 juta kanak-kanak berusia 0 hingga 4 tahun di negara ini memerlukan taska, maka Malaysia perlu menyediakan kira-kira 38,333 taska.

Bagaimanapun, angka itu jauh berbeza dengan sejumlah 4,302 taska berdaftar ketika ini.

“Bilangan ini menunjukkan kekurangan yang amat jelas dari aspek keperluan dan ketersediaan taska di negara kita. Kekurangan bilangan pengasuh berkelayakan dan bilangan taska berdaftar akan memberi implikasi terhadap jaminan kualiti dan keselamatan anak-anak kita,” tambahnya lagi.

Sumber: http://www.astroawani.com

Komen: Selain Kursus Asuhan Permata Kanak-kanak, kelayakan lain seperti Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) bidang Pengasuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (T982-001-3:2017) – SKM Tahap 3 juga digalakkan untuk dimiliki oleh pengasuh/pengusaha. Cadangan untuk kelayakan diploma dalam pengurusan pendidikan awal kanak-kanak telahpun dicadangkan pada tahun 2016, namun ditolak dengan rancaknya oleh ibu bapa atas faktor kebimbangan peningkatan kos/yuran yang perlu dibayar. Namun, Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) hanya mengutamakan graduan lulusan diploma dan lulusan dalam bidang penjagaan kanak-kanak dalam proses pengambilan tenaga pengajar baharu untuk Tabika dan Taska Kemas mulai 2017.