Diploma Kemahiran Malaysia (DKM)
Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) adalah dalam sektor Kemahiran dalam Kerangka Kelayakan Malaysia (KKM). Ia berada di Tahap 4, setara dengan Diploma dalam sektor Teknikal & Vokasional@DVM dan sektor Pengajian Tinggi@Diploma MQA.
Selaras dengan hasrat kerajaan untuk mengarus perdana program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional, sekarang lepasan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 bukan sahaja boleh sambung ke Diploma Kemahiran Malaysia tetapi juga Diploma MQA (akademik) di Institusi Pendidkan Tinggi Swasta (IPTS), tertakhluk kepada syarat-syarat tertentu. Sila baca Pekeliling terbaru yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT).
Diploma Kemahiran Malaysia - 3 Kaedah Utama Mohon
DKM, seperti Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), juga boleh diperolehi melalui tiga (3) kaedah utama.
1. Melalui Latihan di Pusat Latihan Kemahiran yang Bertauliah
Kaedah melalui program latihan di institut latihan kemahiran @ pusat bertauliah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) awam ataupun swasta bagi bidang & tahap kemahiran yang tertentu.
2. Melalui Latihan Berorientasikan Industri (SLDN)
Kaedah latihan perantisan dalam Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) yang dijalankan di industri dan institut latihan kemahiran.
Namun, bukan semua program yang tersenarai dalam Daftar NOSS ditawarkan di Pusat Bertauliah JPK SLaPB ataupun SLDN, terutamanya DKM, Tahap 4.
Juga, program DKM yang ditawarkan di Pusat Bertauliah (PB) ataupun SLDN biasanya sepenuh masa dan makan masa yang panjang. Anda mungkin tidak dapat berhenti kerja dari syarikat anda sekarang untuk belajar, jadi kaedah PPT adalah lebih sesuai.
* Sekiranya anda memerlukan khidmat runding untuk mendapatkan pentauliahan program dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), sila hubungi min di 012-3123430.
3. Melalui Pentauliahan Pencapaian Terdahulu (PPT)
Anda mungkin telah kerja sejurus selepas dapat SKM3 dan telah kerja beberapa tahun dalam bidang berkaitan. Ataupun tak pernah pun belajar di pusat latihan kemahiran untuk dapatkan Sijil Kemahiran Malaysia tetapi dah lama berkecimpung di sesuatu bidang kemahiran tertentu.
Kaedah yang paling sesuai untuk mendapatkan DKM anda adalah melalui pengalaman terdahulu (kerja atau latihan). Anda dikehendaki mengemukakan bukti-bukti ketrampilan yang telah dimiliki untuk dinilai oleh Pegawai Penilai dan disahkan oleh Pengawai Pengesah Luaran yang dilantik JPK.
Apakah Syarat Permohonan DKM secara PPT?
Berbanding dengan permohonan SKM-PPT, DKM-PPT melibatkan pembangunan portfolio DAN Laporan Projek Ketrampilan Terdahulu (LPKT).
Saya rasa baik saya berhenti di sini kerana artikel ni cuma nak kongsi 3 cara utama anda boleh dapatkan DKM anda. Kalau nak tahu cara permohonan (Panduan dan langkah-langkahnya) SKM/DKM/DLKM secara PPT, boleh rujuk laman Persijilan Kemahiran Malaysia melalui PPT.
Jika masih keliru, tak yakin ataupun takda masa nak fahamkan dengan baca banyak sangat panduan yg diberikan, boleh pertimbangkan untuk ikuti Bengkel Pembangunan Portfolio & LPKT yang kami jalankan untuk bimbing anda dari A-Z.
Lanjutan pendidikan selepas DKM / DLKM
Berikut adalah senarai IPTA serta program Ijazah Sarjana Muda yang ditawarkan kepada lepasan Diploma Kemahiran Malaysia/Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (Sumber: Bahagian Kemasukan Pelajar (UPU), Jabatan Pendidikan Tinggi