Halatuju Lepasan SKM3 – 5 Pilihan Utama

Halatuju Lepasan SKM3

Sebelum kita bincang pasal halatuju lepasan SKM3, baik min terangkan dulu apa itu SKM.
SKM adalah singkatan kepada  Sijil Kemahiran Malaysia. 

Sijil Kemahiran Malaysia adalah persijilan rasmi kebangsaan yang dianugerahkan oleh Kerajaan Malaysia (diterima di industir dan luar negeri) kepada individu yang telah menunjukkan keupayaan serta kompetensi untuk melaksanakan tugasan ataupun aktiviti kerja untuk diambil kerja dalam bidang tertentu.

Tahniah kepada anda jika sudah memiliki Sijil Kemahiran Malaysia 3.
Kalau belum ada, anda samada boleh belajar di mana-mana institut latihan kemahiran awam ke swasta. Jika dah ada pengalaman kerja dalam bidang berkaitan, bolehlah mohon secara Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT). Tapi sebelum tu, sila kenapasti kod program yang anda nak mohon dulu dengan muat turun Daftar NOSS.

Baik, apakah pilihan yang ada jika dah ada SKM3?
Marilah kita lihat kelebihan & kelemahan setiap pilihan yang ada.

Artikel ni mungkin agak panjang, kalau anda dah tahu pilihan anda, terus ke pilihan tersebut.

A. Sambung Diploma Kemahiran Malaysia (DKM)
B. Kerja di industri
C. Sambung NCS-TTT/TVETi (Sijil Latihan Tenaga Pengajar / Pengajar TVET)
D. Mohon sebagai Pegawai Penilai (kaedah PPT) ataupun Pegawai Pengesah Luaran, samada SLaPB ataupun SLDN
E. Sambung Diploma Profesional @ Ijazah Eksekutif (khas untuk pekerja industri/graduan TVET/SKM/DKM)

Kelebihannya:

1. Peluang kerjaya (dan gaji) yang lebih baik/luas berbanding Sijil Kemahiran Malaysia sahaja.

halatuju lepasan SKM3 - kerjaya lebih baik

 

Kredit imej: The Economic Times

Dengan adanya DKM juga, anda boleh juga jadi Pegawai Penilai (PP) SKM atau DKM program yang sama, bukan setakat SKM sahaja (dengan syarat ada juga sijil VTO / TVETi (atau NCS-TTT – untuk jadi PP-Modular) dan induksi PP-PPD-PPB).

 

2. DKM (termasuk SKM) SEPENUH MASA (bukan PPT) sudah diiktiraf oleh Kerajaan bagi tujuan lantikan ke dalam Perkhidmatan Awam (JPA).
Oleh kerana ia juga diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), anda boleh sambung belajar ke Ijazah Sarjana Muda di IPTA & IPTS (ada program tertentu yang masih tertakhluk kepada keputusan Senat Universiti)

halatuju lepasan SKM3 - Pengiktirafan kelayakan SKM

halatuju lepasan SKM3 - Pengiktirafan kelayakan DKM

 

Namun, adakah ia betul-betul diiktiraf oleh JPA untuk lantikan perkhidmatan awam, contohnya ke gred KA29?
Ia masih agak kabur kerana masih ada calon yang tak berjaya dengan kelayakan DKM (sepenuh masa). Min sendiri pun masih keliru. Lihat kisah benar di bawah, pengalaman yang dilalui oleh warga FB Group TVET Master (5/5/20).
Min rasa DKM cuma diterima untuk sesetengah gred sahaja.

FB Survey on acceptance of DKM for JPA qualifications

Kelemahannya:-

1. Jika anda perolehi secara PPT, ia masih belum diiktiraf oleh Kerajaan bagi tujuan lantikan ke dalam Perkhidmatan Awam (JPA)

2. Nilai Diploma tak setinggi Ijazah (bila dibandingkan antara DKM secara PPT dan Ijazah Eksekutif – kedua-duanya pun tanpa MQA).

Fikirkan, jika ada 2 pekerja yang sama-sama mahir & berkelayakan SKM3. Seorang ada tambahan Diploma dan seorang lagi ada Ijazah, majikan akan beri peluang kepada siapa dulu untuk naik pangkat?
Bukan setakat nilai komersial, status sosial pemegang diploma boleh dikatakan lebih rendah berbanding pemegang ijazah.

B. Kerja di industri

Kelebihannya:-

1. Mengasah kemahiran teknikal yang telah dipelajari serta menimba pengalaman industri

 

What is the right strategy to sharpen your skills and increase the ...

 

Kredit imej: www.reliablecounter.com

 

Anda boleh menambah serta meluaskan pengetahuan teknikal dan kemahiran baru yang diperlukan oleh industri. Pengalaman yang diperolehi nanti juga membantu bila ingin sambung pelajaran kerana anda boleh mengaitkan dengan alam pekerjaan yang sebenar. Dan jika anda berminat jadi pengajar kemahiran nanti, pengalaman industri ini sangat berguna untuk anda menyampaikan ilmu kepada pelajar anda nanti.
Pengalaman anda tu juga membantu anda memohon DKM dan DLKM secara PPT ataupun Ijazah Sarjana / Sarjana Muda melalui APEL A.

2. Menjana pendapatan

Malaysia's ringgit takes a wild ride

 

Kredit imej: www.cnbc.com

Sekiranya keluarga anda tak mampu lagi untuk bayar yuran penggajian atau buat pengeluaran KWSP untuk sambung pendidikan (andai kata tak dapat pinjaman PTPK ke apa-apa institusi lain), baik juga anda kerja dulu untuk menjana sedikit pendapatan untuk anda serta keluarga anda. Jimat seboleh yang mungkin, kumpul wang untuk belajar bila mampu ataupun KWSP dah cukup dana.

Kelemahannya:-

1. Disebabkan SKM3 bertaraf sijil sahaja, gaji anda pun setakat tu sahaja. Peluang naik pangkat (tak kira awam ke swasta), pasti terbantut. Jadi, tangga gaji dan pangkat pun rendah. Memang kemahiran tu penting tetapi untuk organisasi tertentu, terutamanya sektor awam, syarikat GLC & berstruktur masih memerlukan persijilan untuk kenaikan pangkat.

2. Bila dah berkeluarga dan berumur, mungkin masa lebih padat kerana ada pelbagai komitmen, kerja & keluarga. Anda juga mungkin kehilangan motivasi untuk belajar.

Kelebihannya:-

1. Anda berpeluang menjadi pengajar kemahiran bertauliah dan mendidik generasi akan datang yang juga berminat belajar bidang kemahiran seperti anda. Namun, min syorkan anda betul-betul minat mengajar dan bukan kerana tak dapat cari kerja baru nak jadi pengajar.

Kelemahannya:-

Disebabkan tiada pengalaman industri, anda tidak dapat mengaitkan teori dengan keadaan sebenar dalam industri. Justeru itu, anda mungkin tidak dapat menarik perhatian pelajar anda dengan contoh-contoh serta pengalaman menarik yang berlaku di industri.

D. Mohon sebagai Pegawai Penilai (kaedah PPT) ataupun Pegawai Pengesah Luaran (PPL), samada SLaPB ataupun SLDN

Sekiranya anda juga ada pengalaman dalam bidang kemahiran anda >10 tahun, anda juga boleh ikuti kursus induksi PP-PPT & PPL untuk peluang dilantik sebagai salah seorang Personel Penilaian & Verifikasi

E. Sambung Diploma Profesional atau Ijazah Eksekutif (Program URise)

Kelebihannya:-

1. Anda dapat ‘lompat’ selangkah, terus ke Ijazah (eksekutif) tanpa melalui diploma (jika anda yakin).

2. Yurannya (biasanya bawah RM15K) lebih murah berbanding Diploma ataupun Ijazah Sarjana Muda konvensional (MQA) (antara RM20-40K).

3. Tempoh pengajian yang singkat (6-12 bulan) berbanding dengan 2.5-3.5 tahun untuk diploma/ijazah (MQA).

4. Tidak perlu mempelajari mata pelajaran umum (MPU)

5. Tidak perlu pra-syarat akademik, cth lulus SPM BM & Sejarah

6. Pendekatan pembelajaran bersifat praktikal/aplikasi.

7. Laluan kerjaya juga bersifat industri.

8. Gaya pembelajaran yang fleksibel (blended – online + bersemuka, tak kira PKP ke tidak)

9. Boleh meneruskan pembelajaran ke Ijazah Sarjana Muda (Bachelor) / Sarjana (Masters) kemudian kerana modul yang diajar adalah juga sebahagian dari modul ijazah sarjana muda MQA.

Kelemahannya:-

1. Diploma profesional dan ijazah eksekutif tiada akreditasi MQA.
Akreditasi MQA adalah wajib untuk:
a. Lantikan ke dalam Perkhidmatan Awam (JPA)
b. Kenaikan pangkat untuk sesetengah jawatan, terutamanya tahap pengurusan. Hanya persijilan bertaraf MQA diterima oleh sesetengah syarikat swasta, terutamanya Syarikat Berkaitan Kerajaan / GLC
(Namun, masih banyak lagi syarikat SME yang tidak mementingkan akreditasi MQA, asalkan ia bukan keluaran badan/universiti luar negeri yang entah ada bangunan ke tidak & tiada akreditasi)

2. Disebabkan lepasan SKM3 rata-ratanya cuma berumur 17 tahun ++, dikhuatiri anda tidak cukup matang untuk menangani proses pembelajaran yang 1-2 tahap lebih tinggi dari Sijil Kemahiran Malaysia.
Namun, jika anda berani mencabar diri sendiri dan berusaha, tiada apa yang boleh halang anda dari berjaya.

* Jika anda cuma ada SKM1@2, boleh mohon untuk program diploma profesional ataupun mohon SKM3 secara PPT baru mohon ijazah eksekutif program URise terus.
Dan jika tiada SKM3 tetapi pemegang sijil teknikal lain dari industri ataupun ada pengalaman industri melebihi 3 tahun, anda juga layak untuk memohon ijazah eksekutif (program URise)

Halatuju Lepasan SKM3​ - Kesimpulan

Berikut adalah pilihan anda. Mana satu yang sesuai dengan halatuju lepasan SKM3 seperti anda?

A. Sambung DKM melalui Pusat Latihan Swasta atau secara PPT, setelah ada pengalaman kerja 2 tahun dalam bidang SKM anda.
B. Kerja di industri
C. Sambung kursus VTO (Sijil Pengajar Vokasional)
D. Ikuti kursus induksi JPK  (PP-PPD-PPB, PPL, SLDN & PP-PPT) untuk berpeluang mohon sebagai Pegawai Penilai (kaedah PPT) ataupun Pegawai Pengesah Luaran (PPL), samada SLaPB ataupun SLDN.
E. Sambung Diploma Profesional @ Ijazah Eksekutif (khas untuk pekerja industri/graduan TVET/SKM/DKM)

Ataupun anda ada cadangan lain??

136 thoughts on “Halatuju Lepasan SKM3 – 5 Pilihan Utama

  1. Min, nak tanya saya student DKM kimpalan tahap 4 kalau saya sudah habis diploma lepastu nak ambil sijil vto,,boleh ke saya apply utk jadi tenaga pengajar terus?tanpa pengalaman kerja di industri saya cuma ada pengalaman latihan industri saja kerana saya juga minat utk menjadi guru.

    1. Asslm admin , saya sekarang student diploma kulinari sem 3 , saya nak tnya , lps saya habis diploma nnti , bole ke saya ambil skm 3 ? n di mana ya tmpat yg bole saya ambil skm 3 nnti … saya bljr di penang dan menetap di melaka tq

      1. Hi Aliya, untuk program SKM bidang kulinari, anda kena mula dari Tahap 2, sebelum sambung ke 3, walaupun anda dah ada Diploma kulinari (sebab tu akademik).
        Alternatifnya adalah kerja >3 tahun dalam bidang kulinari, kumpulkan segala bukti yang boleh menunjukkan ketrampilan anda berdasarkan NOSS dan mohon SKM2&3 melalui kaedah PPT.

    2. Min.. anak saya bru hbs belajar SKM tahap 3 dlm bidang pembangunan. Di mana lyak utk teruskan pbelajaran selepas ini. Saya emak sgt buntu bila suami menyalakan saya bila hantr anak sambung beljar di sekolah voksional yang tak ada Sijil SPM sedangakan mana² U atau pusat latihan kemahiran perlukan sijil SPM. Kalau boleh saya tak nk anak sambung ke swasta kerana yuran yg sgt tinggi. Mohon penjelasan

      1. saya pon nak tahu berkenaan iini sebab ank sy disarankan guru untuk ambil SKM3 kos teknologi pembinaan kalau nk mohon kursus VTO jd tenaga pengajar berapa lama pembelajaran dan laluan yg boleh sy pilih sebab SKM3 tiada sijil SPM/SVM sedangkan kebayakan perjawatan memerlukan SPM/SVM

        1. Awangku, anda boleh mohon melalui kaedah PPT sekiranya ada pengalaman bekerja >2 tahun yang relevan dengan Aktiviti Kerja yang tersenarai dalam NOSS DKM bidang anda.

          1. Assalam. Sy ada SKM 3, GRAPHIC DESIGN, tapi sy tak ada SPM. Apa peluang2 yg ada untuk Sy?

          2. Cuba rujuk dengan mana-mana Kolej/Kolej Universiti yg sudi terima anda untuk Diploma program yg sama, berdasarkan kelayakan anda SKM3 graphic design anda, walaupun tiada SPM.

  2. SAYA HANYA ADA SKM JE MCM MNA TU BOLEH X KLU XDE SPM NK LANJUT VTO SBB RAMAI KATA KLU NAK MASUK VTO KNA AD LPASAN SPM

    1. Petang Lina, anda tak perlu ada SPM untuk lanjut VTO di Pusat Bertauliah swasta.
      Yang perlukan SPM tu adalah pusat latihan awam.

  3. salam admin , skm 3 elektrik boleh kerja sebagai apa yaa klau dalam sektor perkilangan , dan berapa basic gaji yg akan diterima . tq .

  4. Saya baru habis skm tahap 2 dalam desk top publishing . Dimana saya boleh sambung belajar.Saya berminat elektrik dan reparin akon.

    1. Maaf Saanjeeth, anda tak boleh sambung belajar di bidang berlainan pada Tahap yang lebih tinggi, SKM3 elektrik atau aircond.
      Kalau bidang lain, kena mula dari Tahap 2 semula untuk kedua-dua program ini.

  5. assalamualaikum…
    nk tnya, sy lepasan STPM 2020, bleh ke ambik TVET? bleh sy tahu bila sesi pemohonan/kemasukan utk lepasan STPM ?

  6. assalamualaikum, saya adalah bekas pelajar tahun 2013 (first intake) kolej vokasional dalam bidang pengurusan perniagaan dan mempunyai SKM dan DKM pengurusan pentadbiran. jadinya jika saya berminat untuk ambil VTO adakah selepas itu saya boleh berkhidmat di kolej vokasional juga atau di ILP? jika ya selepas itu macam mana cara permohonan untuk berkhidmat? harap admin faham soalan saya. terima kasih.

    1. Ya Hazmira, anda layak mohon ambil VTO sekarang dan boleh berkhidmat sebagai Pegawai Penilai di KV, ILP atau mana-mana Pusat Bertauliah JPK awam & swasta lain yang menawarkan program ini.

      Cara permohonan bergantung kpd kolej/insitutsi masing-masing.

  7. saya nk ambil diploma kemahiran. boleh sy thu tk bila tarikh Permohonan TVET utk lepasan stpm? saya tngk dalam website ni https://www.tvetmara.edu.my/ sehingga 30/6/2021, sebab keputusan keseluruhan STPM 2020 pada 1/7/2021. Jadinya adakah sy perlu memohon menggunakan result SPM sy terlebih dahulu?

  8. assalamualaikum min boleh cadangkan tak laluan yg perlu sy ambik untuk dapat sambung degree di uthm untuk menjadi pensyarah

  9. Assalammualaikum min , nak tanya saya student kolej vokaysional automotif lepasan skm tahap 3 tapi saya dibawah sldn ( sistem latihan dual nasional ).. jadi min boleh suggest kan tak kat mana saya perlu apply untuk sambung belajar ? atau perlukah saya amik spm ?

    1. Haiqal, anda boleh sambung ke DKM automotif di Pusat Bertauliah swasta.
      Untuk Pusat Awam, saya tak pasti yang mana masih perlukan SPM, yang mana tidak perlu.

  10. hi.sekarang i dpt tawaran sijil teknologi mekatronik SKM TAHAP 3. kalau nanti i nak sambung diploma agak berapa lama pengajian? kalau nak sambung study diploma kat poli apakah kelayakan kena ada?

  11. assalammualaikum, saya ingin bertanya, jika saya cuma ada skm3 dan mahu sambung belajar di UNIKOP untuk diploma policing and investigation, adakah boleh? sebab saya minat utk menjadi polis

    1. Dengan SKM Tahap 3 MQF boleh menyambung pengajian ke program Diploma Tahap 4 MQF dalam bidang yang bersesuaian. Anda akan disaring oleh Kolej Unikop dan mungkin akan dikenakan syarat tambahan sebelum pengambilan boleh dibuat.

  12. ASSALAMMUALAIKUM TUAN/PUAN, SAYA INGIN BERTANYA. JIKA SAYA MEMPUNYAI SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA 3 ( SKM3 ) DALAM BIDANG TEKNOLOGI PEMESINAN INDUSTRI, BOLEHKAH SAYA MEMOHON UNTUK BIDANG DIPLOMA POLICING AND INVESTIGATION? ATAU PERLU MENGAMBIL SPM?

    1. Dengan SKM Tahap 3 MQF boleh menyambung pengajian ke program Diploma Tahap 4 MQF dalam bidang yang bersesuaian. Anda akan disaring oleh Kolej nanti dan mungkin akan dikenakan syarat tambahan sebelum pengambilan boleh dibuat.

  13. Salam min, saya baru saja habis belajar di kolej vokasional bulan 7 (2021) dalam bidang Rangkaian komputer dan saya dah ada sekali sijil kemahiran malaysia tahap 3. Jadi, halatuju saya nak mohon ciast ni ke arah VTO la kan? Terima kasih .

  14. Salam admin, saya ada bberapa soalan;
    Saya mpunyai SKM 1&2 ( bakery ) n ada pengalaman kerja 4-5 thun dlm culinary di hotel n restoran

    Soalan saya;
    1. Boleh ke saya menyambung ke Diploma proffesional?
    2. Sekiranya smbung diploma profesional, n ingin melanjutkn ke saujana muda.. adakah saujana muda itu mempunyai MQA?
    3. Diploma prof ini boleh ke lanjutkn suajana muda di university kerajaan/swasta?

    1. Naz, untuk soalan anda, baik rujuk terus dengan Kolej/Kolej Universiti yg tawarkan program tersebut.
      Kalau Dip yg ada MQA, min SKM3 atau SPM 3 kredit tak silap saya.

      Ataupun guna laluan APEL A

  15. Saya ada skm 2 dalam bidang masakan dan pramusaji ..dimana saya patut ambil skm 3 ..giatmara boleh x ? ..selepas dapt skm 3 ..boleh x klau saya nak mohon vto jadi tenaga pengajar ?

    1. Giatmara? Boleh kalau ada yg tawarkan SKM3 bidang tu
      Lepas dapat SKM3, boleh mohon VTO atau TVET-i (kalau VTO dah tidak ditawarkan lagi (samapai hujung 2023) selepas anda habis SKM3 anda)

  16. Saya x de spm, tp sekarang sedang skm3 automotif. Jln mana paling singkat utk sampai degree dgn keadaan saya x de spm

    1. Hadfi nak degree yg ada MQA ke tanpa MQA?
      Kalau yg ada MQA, lepas ambil SKM3, sambung ke DKM sebelum sambung Degree bidang Automotif

  17. Salam
    Anak saya sekarang di Tingkatan 5 (2021) SMPKV Shah Alam ambik Batik Production.
    SKM yg akan beliau ambik bulan Feb 2022 ni di tahap brp?
    Boleh kah beliau meneruskan utk ambil Diploma (DKM) pula dgn hanya mengunakan SKM yg akan beliau perolehi ini ?
    sebab saya ada terbaca yg SPM juga diperlukan sebagai syarat kelayakan.

    1. En Zaima, sekiranya SKMnya dia bakal dapat tu SKM3, boleh sambung ke DKM.
      Rata-ratanya SPM tidak diambil kira kecuali sesetengah Pusat Latihan Awam mengenakan syarat tersebut.

  18. Salam min, saya lepasan SKM3 Operasi Sistem Komputer di Perak, kalau saya nk mohon tempat lain, adakah saya kena sertakan sijil SPM atau Tahap 3 saja? Boleh cadangkan mana2 Kolej atau DKM yang boleh terima saya? Terima Kasih :).

    1. Hi Acap, anda nak mohon di negeri mana?
      Kebanyakkannya cuma perlukan SKM3 Sistem Komputer anda shj. Cuma Kolej kerajaan shj yg mungkin memerlukan sijil SPM anda.

  19. Hii min, nak tanya. Saya baru habis level 2 bidang elektrikal. Sekarang otw level 3. SPM ada. Nak tanya kalau nak sambung DKM kena bekerja ambil pengalaman dahulu ke atau digalakkan sambung terus?

    1. Hi Nor, kedua-dua pun ok.
      Kalau mampu dengan yuran, sambung DKM terus. Kalau tidak, kerja dulu selama dua tahun ke atas, kumpulkan bukti ketrampilan dan mungkin layak mohon DKM secara PPT masa tu.

  20. Kalau saya lulus spm dan ade skm tahap 3 dalam bidang elektrik,adakah saya boleh sambung diploma di politeknik?

    1. Mikhail, saya rasa tiada Diploma Elektrik tetapi Elektronik (Instrumentasi)

      Warganegara Malaysia
      Memiliki SPM atau setaraf
      Lulus Bahasa Melayu
      Lulus Sejarah (bagi SPM tahun 2013 ke atas)
      Lulus Bahasa Inggeris
      Mendapat TIGA (3) kepujian dalam mata pelajaran berikut:

      Mathematics
      SATU (1) mata pelajaran Sains/Teknikal/Vokasional
      SATU (1) mata pelajaran lain yang belum diambilkira kepujiannya

      Calon tidak buta warna dan cacat anggota yang menyukarkan kerja amali

      Sila rujuk laman ni

  21. salam. saya baru nak ambil hospitaliti-front office di ikbn..skm 3 jika selesai. selepas itu saya boleh sambung diploma di mana?

  22. Soalan pertama: saya dah ada skm tahap 3 dengan spm lepasan kv macam mana nak sambung ke dkm kalau boleh tolong bagi tahu cara apply dan nama pusat yang saya boleh mintak.

    Soalan kedua: sijil spm dah keluar tapi skm tahap 3 belum keluar adakah saya boleh mintak terus atau tungguk sijil skm keluar

    Harap balas saya dah x tahu nak tanya sapa

    1. Ruzaimin, anda boleh sambung ke DKM bidang yang sama dengan SKM3 anda.
      Boleh tahu program apa & di mana anda tinggal?

      Anda cuba semak dalam myspike samada e-sijil SKM3 ataupun sebarang rekod yang anda telah lulus SKM3.
      Jiada ada, barulah boleh cuba sambung ke DKM dah.

    1. Hi Vanessa, dengan adanya SKM3, boleh mohon DKM ataupun VTO.

      Boleh tahu tinggal mana?

      Dan yang mana anda nak mohhon?

  23. Saya dpt tawaran untuk sijil Teknologi Automasi di ILP,
    Bolehkah nanti saya sambung untuk ambil diploma pula n degree..di mn

  24. Hello tuan..saya nak Tanya..saya dapat tawaran Mekatronik kat ILP..sekiranya habis di ILP skm3 Mekatronik,bolehkah saya sambung diploma kat politeknik?? saya takut tak kena terima,sebab matematik saya tak kredit,cuma dapat D

    1. Hi Hariz, rasanya tidak sebab Politeknik masih melihat kelayakan akademik. Apapun, sila rujuk dengan syarat kemasukan ke Politeknik.

  25. Baru abis prtkal utk skm 3… dlm penyediaan dan pbuatan mknan… klau nk smbg dkm di mn…nk rujuk pd ke mn? Utk vto bgai mn cra mhon… xbrapa nk fhm dgn sistem ni

    1. Hi Zieda, sambung DKM ataupun VTO di mana bergantung kpd tempat anda tinggal dan juga bajet anda (perlukan pinjaman ke tidak dsbgnya)

  26. Assalammualikum dan Salam Sejahetra Tuan.

    Saya mempunyai anak, sdg melanjutkan pelajaran di IKTBN Lanchang Pahang dlm bidang Penyelenggaraan Kederaan Automotif SAK3.

    Soalan sy, adakah pihak VTO menyediakan krusus lanjutan DKM @ hanya meyediakan kursus untuk menjadi tenaga pengajar diperingkat sijil, Diploma dll mengikut akedemik yang tertinggi saja.

    soalan kedua, Bagaimana cara untuk memohon VTO?

    Soalan ketiga, selapas menamatkan pengajian SAK3 dlm bidang penyelenggaraan kenderaan Automotif, boleh x pihak tuan sarankan tempat @ peluang utk melanjutkan pelajaran peringkat DKM sebelum ke VTO dibawa (JTM)

    Sekian Terima Kasih.

    1. Salam kemahiran En Abdul Wahab,

      1. VTO tu bukan Jabatan ke kolej, ia adalah nama program@Vocational Training Operation ataupun kita biasanya namakan sebagai Sijil Teknik Mengajar Vokasional.
      Untuk sambung DKM bidang automotif, tiada di negeri Pahang rasanya. Kena pergi ke negeri lain seperti KL / Selangor. Boleh juga tanya pihak IKTBN Lanchang untuk syorkan mana sebab mereka arif tentang bidang mereka.
      2. Mohon di Pusat Bertauliah JPK yang ditauliahkan untuk menawarkan program VTO, ada di Kuantan.

  27. min, nak tanya saya ada skm tahap 3 dan telah bekerja di industri lebih 10 tahun
    kalau nak sambung tahap 4 macam mana min

  28. anak saya dapat tawaran belajar di kolej pertanian malaysia under mafi dalam bidang pengoperasian tanaman tahap 3. bagaimana halatuju student lepasan kolej ini

    1. Maaf Pn Yuslinda, saya tak berapa arif pasal program ini tapi secara amnya, peluang memang ada untuk setiap bidang, cuma perlu rajin berusaha kalau ingin berjaya. Lagipun, persaingan dalam bidang ni mungkin kurang berbanding bidang lain kerana tidak ramai orang muda sekarang yang berminat dengan tanaman (pendapat saya sahaja).

  29. min, nak tanya saya lepasan dkm tahap 4 dlm bidang teknologi telekomunikasi, klau saya nak smbung degree kena ada MUET dulu ke baru boleh mohon? Ke macam mana min boleh bagi penjelasan. tq

  30. Hai. Sy nk ty, ank Sy lepas skm2 jahitan.
    Utk sambung skm3 bidang apa yg layak selain jahitan.. sbb anak Sy kurg minat bidang jahitan.. hrp dpt pencerahan. Tq

    1. Hi Pn Sharifah, sekiranya nak sambung ke SKM3 (bukan bidang jahitan), boleh pilih program yang terus mula dari Tahap 3, seperti Pentadbiran Pejabat.

      Di mana puan tinggal?

  31. Assalamualaikum.. saya nak bertanya boleh ke kalau anak saya nak sambung diploma di unikl.. dia hanya ada skm tahap 3 sahaja dlm bidang sistem komputer.. terima kasih..

  32. Soalan saya lebih kepada laluan pendidikan.
    1. Selepas SKM 3, adakah perlu untuk sambung DKM dan seterusnya DLKM untuk sambung pengajian di peringkat degree (MTUN/ APEL.A) ? Sekiranya cuma ada DKM dan ingin menyambung degree adakah dibolehkan? atau memang perlu ikut urutan SKM3-DKM-DLKM-Degree?
    2. Sekiranya beroleh tempat untuk mendapatkan degree secara hala tuju (SKM-DKM-DLKM-DEGREE), adakah untuk menyambung ke peringkat master kelak adalah sama seperti mereka yang ada degree (akademik) atau perlu melalui proses lain seperti MTUN/ APEL.A kerana degree (kemahiran)?

    1. Hi Faiz,

      1. Anda perlu sambung ke DKM sebelum boleh terus ke MTUN untuk Bachelor Teknologi, tertakhluk kepada syarat tambahan (jika ada) yang ditentukan oleh setiap Senat Universiti.
      2. Untuk soalan ini, min tak pasti juga. Baik rujuk dengan MTUN terus.

  33. Saya lepasan SKM 3 Operasi Sistem Komputer
    (IT-020-3:2013). Jadi, boleh ke sambung DKM Tahap 4 bidang Pentadbiran Rangkaian Komputer
    (IT-030-4:2013).

  34. Hi admin.
    anak saya SKM 3 dlm bidang automotif.
    dia tiada SPM tapi boleh ke dia nak sambung diploma automotif?
    di manakah dia boleh sambung diplomanya admin?

    SKM 3, boleh ke tanpa SPM boleh sambung diploma di IKM admin?

    terima kasih

    1. Azhar, IKM saya tak pasti tapi rata-ratanya, kebanyakan kolej swasta boleh terima pelajar lepasan SKM3 untuk sambung diploma, bidang sama.
      Kalau DKM automotif, pasti boleh.

      Tinggal di mana?

  35. Hai asalamualaikum saya nak Tanya. Saya dah ada sijil skm3 dalam bidang teknologi kimpalan adakah sya boleh terus ke offshore atau onshore tanpa mengambil Dkm terlebih dahulu atau sijil lain-lain. Atau mungkin perlu untuk sambung kemana- mana tempat pengajian yang berkaitan?. Saya lepasan skm3 teknologi kimpalan Kolej Vokasianal Keningau Sabah.

    1. Untuk soalan khusus kpd off/onshore, baik anda tanya pihak industri terus untuk dapatkan kepastian kelayakan yang mereka perlukan.

  36. Hai saya ingin bertanya saya telah menamatkan SKM Tahap 3 dalam Operasi Pemesinan.Adakah cara saya untuk mengembangkan lagi tahap kemahiran saya melalui Diploma dan sebagainya.

  37. Assalamualaikum min. Saya pelajar DKM Sistem Komputer Tahap 4. Selepas tamat kursus boleh ke saya terus memohon untuk TVET 1 di CIAST bagi kemasukan Januari 2024? Jikalau boleh, kebiasaannya pada bulan berapa pendaftaran akan dibuka bagi kemasukan bulan Januari 2024
    P/S: Saya akan menamatkan pengajian pada tahun 2023 bulan 11 jikalau tiada apa2 halangan dari kelulusan Projek Akhir(FYP). Terima Kasih Admin

  38. Hi Admin, saya ada pertanyaan, SKM 3 layak ke mohon SPA atau badan beruniform? perlu tak saya upgrade ke DKM?

  39. Hi min. Saya lepasan skm lvl 3 dalam retail management. Saya tengah cari jalan untuk menyambung pelajaran diploma. Target saya untuk layak bekerja dengan government. Soalan saya bagaimana dan di mana kolej yang boleh terima saya menyambung pelajaran. Saya berumur 23.

  40. Anak saya telah dapat tawaran untuk SKM3 pend. Awal kanak2..plan untuk DKM selepas itu…kerana mempunyai cita2 untuk melanjutkan pengajian ke ijazah sarjana muda IPTA…ada peluang ke ?

  41. kalau nak sambung ke peringkat DKM perlu ada pengalaman kerja di industri selama setahun ke?
    ada beza tak syarat untuk Giatmara SKM 3 dan sijil teknologi dari IKM? antara dua ini yang mana boleh terus sambung ke peringkat DKM tanpa pengalaman kerja? atau sama sahaja? terima kasih.

    1. Hi Jimmy, sambung ke DKM perlu SKM3.
      Kalau belajar sepenuh masa di Pusat Bertauliah, tak perlu ada syarat pengalaman kerja.
      Sekiranya nak mohon secara PPT, perlu pengalaman kerja dlm bidang berkaitan selama min 2 tahun ke atas.

  42. Min saya nak tanya saya jika ada dlkm tahap 5 dalam bidang elektrik boleh ke saya convert pada degree mqa?

    1. Aiman, kalau ada >2 tahun pengalaman kerja sebagai pengurus bidang ni, boleh mohon secara PPT

      Kalau tidak, samada sambung melalui kaedah SLDN juga ataupun di Pusat Bertauliah SLaPB yang tawarkan DKM automotif.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *