Tag Archives: NCS

PINDAAN PEMAKLUMAN BERKAITAN PEMANSUHAN PELAKSANAAN KELULUSAN PENTAULIAHAN PROGRAM SECARA BERSYARAT DI BAWAH SISTEM PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA MULAI 1 JANUARI 2019

Pemansuhan Kelulusan Pentauliahan Program Secara Bersyarat ini bermaksud;

Pusat Bertauliah yang bakal ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) perlu memenuhi semua syarat pentauliahan sebelum kelulusan program/pusat diberi.

Contoh Sijil Pentauliahan program penuh - pemansuhan kelulusan pentauliahan program bersyarat
Contoh sijil pentauliahan program secara penuh – program VTO (I-031-3:2014)

Sebelum tahun 2019, ada kes-kes tertentu di mana pentauliahan program secara bersyarat diberi, antaranya:

  1. Pegawai Penilai (PP) yang dalam proses mengikuti kursus VTO (belum lulus)
  2. Personel pentauliahan PP, PPD atau PPB belum ikuti kursus induksi PP-PPD tetapi telah mendaftar untuk mengikutinya.
  3. Pegawai Penilai (PP) & Pegawai Pengesah Dalaman (PPD) belum dapat Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tetapi telah mendaftar secara Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu
  4. Tools, Equipments & Materials (TEM) tidak memenuhi 100% tetapi diberi pentauliahan bersyarat.
  5. Written Instructional Material (WIM) tidak lengkap 100% tetapi diberi masa untuk membuat penambahbaikan.

Ruj     :        JPK/702/1/10 JLD 14 (36)

Tarikh :        18 Disember 2018

Adalah dimaklumkan bahawa JPK telah mengkaji semula keputusan pemansuhan pelaksanaan kelulusan pentauliahan program secara bersyarat di bawah Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia mulai 1 Januari 2019 yang telah dihebahkan melalui arahan pentadbiran (No. Rujukan : JPK/702/1/10 JLD 14 (18) bertarikh 30 Julai 2018.

Selaras dengan ini, Jabatan telah memutuskan supaya tiada lagi kelulusan pentauliahan program secara bersyarat akan dikeluarkan mulai 1 Januari 2019, kecuali untuk dua (2) keadaan berikut :

  1. Pentauliahan program bagi NOSS / NCS baharu; dan
  2. Pentauliahan pembaharuan program untuk menyelesaikan pelatih sedia ada sahaja.

Sehubungan itu, selain dua keadaan di atas, Penyedia Latihan Kemahiran / Pusat Bertauliah hendaklah mematuhi semua kriteria pentauliahan program kerana tiada lagi kelulusan secara bersyarat akan diberikan selepas tarikh kuatkuasa.

Justeru, hebahan yang telah dikeluarkan melalui rujukan JPK/702/1/10 Jld. 14 (18) bertarikh 30 Julai 2018 adalah terbatal.

Sekian dimaklumkan. Terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

“Pekerja Berkemahiran Peneraju Kecemerlangan Negara”

Ketua Pengarah
Jabatan Pembangunan Kemahiran
Kementerian Sumber Manusia

Sumber: www.dsd.gov.my

Sekiranya anda masih ada sebarang persoalan mengenai pentauliahan program/pusat JPK anda, boleh dapatkan khidmat runding daripada min.