Penerbitan buku Panduan Gaji Permulaan 200 Pekerjaan Terpilih Berasaskan Kemahiran, Edisi Kedua (Tahun 2020) merupakan langkah berterusan Kementerian bagi menyokong strategi memperkukuh penjenamaan dan profil TVET seiring dengan Revolusi Industri 4.0.
Pengenalan semula kadar gaji pokok permulaan yang setimpal dengan kemahiran yang dimiliki oleh lulusan Sijil dan Diploma Kemahiran Malaysia kini dimurnikan kandungannya. Panduan ini sebagai satu pengiktirafan kepada graduan TVET yang memaparkan kemahiran bertaraf antarabangsa dan gaji pokok permulaan berdasarkan kadar gaji minimum RM1,200.00 sebulan di wilayah bandar-bandar utama mulai 1 Februari 2020.
DATO’ AMIR BIN OMAR Ketua Setiausaha, Kementerian Sumber Manusia
200 PEKERJAAN TERPILIH INI ADALAH BERASASKAN KEMAHIRAN
Berdasarkan pekerjaan yang popular dalam pasaran buruh semasa
Disertakan deskripsi tugas am
Disertakan pekerjaan dengan kelayakan yang dipersijilkan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
Perbezaan Panduan Gaji Permulaan 2016 Vs 2020
Sekiranya anda buat perbandingan, adalah sedikit pertambahan dari segi gaji permulaan 2016 & 2020. Pertambahannya meningkat dari 8.4% (DLKM T5) sehingga 17.7% (SKM T1)
Ingat, faktor lain@kompetensi lain seperti kejujuran, disiplin, kelayakan akademik (jika ada) serta soft skills seperti kemahiran komunikasi, penguasaan bahasa lain (terutamanya English) juga amat penting dalam menentukan permulaan gaji anda serta kenaikan pangkat & gaji seterusnya.
Pensijilan Kemahiran Malaysia adalah berdasarkan kepada Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (National Occupational Skills Standard, NOSS). Setiap pelajar akan dinilai dan dikehendaki untuk memenuhi syarat-syarat NOSS sebelum dianugerahkan dengan Pensijilan Kemahiran Malaysia.
Melalui Pensijilan Kemahiran Malaysia, lulusan sijil dan diploma kemahiran dapat meningkatkan tahap kemahiran mereka daripada separuh mahir kepada mahir seterusnya ke peringkat Penyeliaan dan Pengurusan dan Reka Bentuk.
PP-vs-TP: Tahukah anda persamaan dan perbezaan pegawai penilai (PP) dan tenaga pengajar (TP)?
Pertama sekali, mari kita lihat apakah takrif kedua-dua istilah ini.
“Pengajar Penilai@Pegawai Penilai” ertinya personel di pusat bertauliah yang memenuhi kelayakan dan diperakui oleh Ketua Pengarah untuk mengajar danmenilai keterampilan pelatih di pusat bertauliah yang ditetapkan;
“Tenaga Pengajar” ertinya personel di pusat bertauliah yang memenuhi kelayakan dan diperakui oleh Ketua Pengarah untuk mengajar pelatih di pusat bertauliah yang ditetapkan;
Kepentingan Pengetahuan Mengenai Pegawai Penilai dan Tenaga Pengajar
Paling penting sekali, anda tahu apakah kriteria lantikan PP dan TP supaya tidak silap mengikuti kursus dan membazir wang dan masa mengikutinya!
a) Dari 2 jadual di atas, jelas menunjukkan kedua-dua PP dan TP WAJIB lulus kursus induksi PP/PPD/PPB.
b) Dari segi pemilikan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) atau Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM), adalah TIDAK WAJIB untuk TP (dan PP jika bawah pentauliahan COPTPA) tetapi WAJIB untuk PP (pentauliahan KAPPK)
Jika anda ada sijil NCS-TTT sahaja, anda cuma boleh dilantik sebagai PP program Modular sahaja
2. Kedua, anda perlu tahu peranan dan tanggungjawab PP & TP.
4.6.1 Peranan dan tanggungjawab Tenaga Pengajar (TP) a. Mengajar pelatih dengan kebolehpercayaan, telus dan sahih; b. Mematuhi arahan yang ditetapkan oleh PP
Gabungan PP & TP
Sekarang, mari kita lihat bagaimana untuk menggunakan PP & TP untuk mengoptimumkan kapasiti pelatih di Pusat Bertauliah SLaPB anda.
Jika anda berminat jadi Pegawai Penilai (PP) tetapi masih tidak memenuhi mana-mana syaratnya, berikut adalah pautan ringkas untuk mendapatkan kelayakkan yang diperlukan.
Kursus induksi JPK Okt 2020 (induksi PP-PPD-PPB yang ketiga selepas PKP), pada 12-13 Sept telah penuh. Jadi yang lambat ambil tindakan, maaf. Anda kena daftar untuk sesi: 1. 3-4 Okt (Kolej Universiti New Era, Kajang) – hampir penuh atau 2. 10-11 Okt (Vangohh Eminent Hotel, Bukit Mertajam, Penang) 3. 24-25 Okt (Kolej ISBAUK, Kepong)
Induksi PP-PPD-PPB di Kajang, S’gor
Induksi PP-PPD-PPB di BM, Penang
Induksi PP-PPD-PPB di Kepong, KL
Who should attend this induction course? / Siapa yang patut hadir kursus induksi Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) ni?
a) Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Accredited Centre Personnels / Calon Personel Pusat Bertauliah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK): i) Assessor / Pegawai Penilai (PP) ii) Internal Verifier / Pegawai Pengesah Dalaman (PPD) iii) Centre Manager / Pengurus Pusat Bertauliah (PPB) b) Individuals that’s involved with managing the JPK Accredited Centre / Individu yang terlibat dengan pengurusan Pusat Bertauliah c) External Verifer candidate (need to pass PP-PPD-PPB induction course first / Calon Pegawai Pengesah Luaran (PPL) (kena lulus kursus induksi PP-PPD-PPB sebelum ikuti induksi PPL) – Need to attend PPL Induction Course d) Individual that is interested with the Malaysia Skills Certification System / Individu yang berminat dalam Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM)
Kursus Induksi PPL
Siapa yang boleh ikuti kursus induksi PPL? (tak sama dengan lantikan):
Warganegara Malaysia atau PR DAN
18 tahun ke atas
Lulus induksi PP-PPD-PPB
Syarat lantikan (tambahan kepada syarat di atas):
Pengalaman kerja 10 tahun ke atas (jika bidang kritikal, tak sampai 10 tahun pun boleh dipertimbangkan) dalam bidang kemahiran anda secara amnya.
Memberi pemahaman mengenai Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia
Memberi kefahaman peranan dan tanggungjawab sebagai PPL
Memenuhi syarat lantikan sebagai PPL bagi program di Pusat Bertauliah & Program SLDN
Peluang sebagai Pegawai Pengesah Luaran (PPL)
Peluang memang banyak, ada yang mungkin dapat rezeki 5 angka sebulan jika buat dengan baik secara sepenuh masa.
Jika berminat, sila muat turun borang Borang Permohonan Induksi Lepas isi, emel kembali ke ismarteducare@gmail.com bersama slip bayaran untuk pengesahan tempat. Anda juga perlu membuat bayaran kepada penganjur sebanyak RM350 atas Maybank 514589385943, ISE Education Sdn Bhd untuk pengesahan tempat.
Percetakan sijil induksi JPK 2020 (mulai Jan 2020)
Untuk makluman semua, percetakan sijil induksi JPK (PP-PPD-PPB, PP-PPT & PPL) mulai tahun 2020 adalah diusahakan oleh peserta sendiri. Ia boleh dicetak sendiri dari www.skkm.gov.my. Pihak JPK TIDAK AKAN CETAK lagi sijil induksi.
Itulah sebabnya semua peserta perlu daftar dalam sistem dulu, sebaik-baiknya 2 minggu sebelum tarikh kursus kerana perlu masa untuk disemak oleh pihak urusetia.
Anda boleh cetak sijil induksi anda setelah keputusan telah ada (biasanya 1-3 bulan lamanya) dan telah dikemaskini dalam www.skkm.gov.my. Kertas yang digunakan boleh je A4 70gm, 80gm, kadbod…. suka hati andalah.
Adakah ini akan menyebabkan isu sijil palsu berlaku? Ya, mungkin juga pada pendapat min. Jadi, nak tahu betul ke tak, perlu la juga semak dalam sistem skkm.gov.my nanti.
Apa komen anda?
Jangan adu pada admin ya, kami cuma maklumkan sahaja, bukannya pembuat keputusan
Bagi yang ingin jadi Pegawai Penilai, pengambilan kursus VTO separa masa juga ada bulan Okt 2020.
Komitmen masa anda sebagai calon VTO separa masa: 360 jam: 6 bulan hujung minggu sahaja 720 jam: 6 bulan di PB program kemahiran anda
Topik Sijil Kemahiran Vs Degree ni hangat dibincangkan 2 hari lalu di Facebook apabila sebuah syarikat ‘media sosial’ menghasilkan video yang kandungannya seolah-olah terlalu menyanjung tinggi sijil kemahiran dan merendahkan pemegang Ijazah Sarjana Muda@Degree. Namun, jika anda dengar betul-betul dan tenangkan diri, ia cuma pendapat pengacara tersebut (nasib baik dia tak claim dia pakar ni ke pakar tu).
Baik, kita kaji dengan fakta ya, jangan cakap kosong je.
Persijilan Kemahiran Malaysia menawarkan lima (5) tahap persijilan:
Sijil Kemahiran Malaysia 1 (SKM Tahap 1) Sijil Kemahiran Malaysia 2 (SKM Tahap 2) Sijil Kemahiran Malaysia 3 (SKM Tahap 3) Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4 Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) Tahap 5
Rata-ratanya, budak kemahiran belajar selama setahun hingga tiga tahun (bergantung kepada program) untuk memperolehi kemahiran serta Sijil Kemahiran Malaysia bidangnya. Pembelajaran program kemahiran adalah 20-30% teori & 70-80% amali (berbanding dengan program akademik, rata-ratanya 60% teori & 40% amali (biasanya kurang daripada tu)
Cuma sebilangan kecil sahaja yang sambung ke Tahap 4 & 5 (DKM & DLKM), iaitu 11.57% sahaja setakat Disember 2017 (Sumber: Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia)
Seperti ramai netizen yang telah komen, pemegang sijil kemahiran adalah lebih kepada pelaksana. Merekalah yang akan melaksanakan kerja-kerja di pelbagai industri seperti perkilangan, perladangan, perhotelan dan sebagainya.
Jadi, apa kelebihan ambil sijil kemahiran?
1. Kebolehpasaran graduan kemahiran adalah lebih tinggi berbanding dengan graduan universiti (diploma/degree/masters/PhD)
2. GAGAL SPM pun boleh menjana pendapatan sehingga RM20,000 sebulan
Disebabkan kemahiran teknikal pemegang SKM mendapat permintaan tinggi di industri (terutamanya di sektor tertentu seperti minyak & gas (O&G)), adalah tidak mustahil untuk pemegang SKM juga boleh mendapat pendapatan melebihi 5 angka sebulan, walaupun bekerja dengan orang lain sahaja. Antara contohnya adalah kimpalan bawah air (underwater welding) dan perpaipan (jurugegah). Ramai juga yang jadi tauke/majikan menjalankan perniagaan sendiri di mana pendapatannya mungkin mencecah sejuta setahun (contohnya bidang kecantikan dan rambut yang buka francais, penternak yang mengusahakan ladang perikanan/udang dsbgnya)
3. Sijil Kemahiran Malaysia diterima di industri dan luar negara. Ni adalah maklum balas daripada graduan kemahiran yang pernah mohon kerja di luar negara seperti UAE (Dubai), China (Beijing), Perth (Australia) dll.
Walaupun degree yang ada MQA juga diiktiraf di banyak negara, tetapi saya rasa jika dibandingakan dengan Jata Negara Malaysia, min rasa Sijil Kemahiran Malaysia kita ni lebih senang diterima/dikenali di luar negara kot.
Degree / Ijazah Sarjana Muda
Sebaliknya, kumpulan pemegang ijazah adalah mereka yang pemikirannya lebih tajam diasah/ada kemahiran fikiran kritikal yang lebih tinggi berbanding dengan graduan sijil kemahiran (secara amnya).
Mereka ini lazimnya adalah pembuat keputusan, memikirkan dan merancang dulu segala aspek kerja dengan teliti (termasuklah Akta, Peraturan & SOP) dan bukan laksanakan tugasan tanpa memikirkan dan merancang terlebih dahulu.
Apa pula kelebihannya ambil ijazah sarjana muda/degree holder?
Belajar di IPT untuk program ijazah sarjana muda dapat mengasah lagi secara mendalam pemikiran kritikal, kemahiran komunikasi, menganalisis dan beberapa soft skillsyang lain. (Walaupun elemen ASK – Attitude, Skills & Knowledge tu wujud di peringkat Sijil Kemahiran, namun ia tidak begitu ditekankan dan mendalam)
Contohnya: Budak kemahiran mungkin pandai pasang penghawa dingin tetapi kebanyakkannya mungkin tidak begitu pentingkan/tahu aspek lain seperti bahan pendingin yang digunkan serta kesannya kepada alam sekitar sekiranya tidak dikendalikan dengan baik. Maka, pihak Jabatan Alam Sekitar (yang min rasanya terdiri daripada kumpulan perancangan) telah mewajibkan semua juruteknik, pengeluar sektor penyejukbekuan dan penyaman udara memiliki tauliah pengendalian bahan pendingin di bawah Akta 127.
Lagi satu contoh yang lebih mudah dikaitkan dengan kehidupan anda sekarang. Pada pendapat anda, petugas baris hadapan (frontliner) dan mereka yang membuat perancangan strategik untuk mengurus dan mengekang penularan wabak COVID-19 ni, anda rasa mereka ni pemegang sijil kemahiran ke degree (atau lebih tinggi)?
Namun, usaha membendung penularan wabak ini adalah hasil semua pihak, pengurusan (degree holder), kakitangan sokongan (ada yang pemegang sijil kemahiran, ada yang degree), pelajar-pelajar kemahiran (Kolej Vokasional, ILP, Politeknik) yang menghasilkan PPE untuk petugas baris hadapan serta seluruh rakyat Malaysia (ada pemegang sijil kemahiran, ijazah sarjana muda & yang tiada sijil :-P)
Sistem pembelajaran negara kita kekurangan pemikiran kritikal, hanya semasa pendidikan tinggi/Universiti sahaja baru mula diperkenalkan.
2. Dengan adanya Degree, anda biasanya akan merancang, menyelia atau mengurus kumpulan pelaksana (pemegang sijil kemahiran) untuk melakukan tugasan, sesetengahnya mungkin dianggap 3D (Dirty, Difficult & Dangerous). Kebiasaanya juga gaji adalah lebih tinggi berbanding dengan gaji pemegang sijil kemahiran.
3. Peningkatan status sosial / kebanggaan keluarga
Masyarakat kita rata-ratanya masih memandang rendah terhadap juruteknik/pekerja kemahiran dan menganggap kalau tidak belajar di menara gading, masih ada kekurangannya.
Anda akan rasa megah dan bangga sekiranya ada degree (kalau ada kemahiran teknikal lagi bagus!) dan tak rasa rendah diri bila bersama graduan-graduan IPT, tak kira di tempat kerja ataupun kehidupan sosial. # Namun, ini semua adalah bergantung kepada anda. Jika keyakinan diri tinggi, tanpa degree pun ok je kan?
Kesimpulannya? Sijil Kemahiran VS Degree, Mana Lebih Bagus?
Sebenarnya, ia tidak boleh dibandingkan begitu sahaja. Masing-masing ada kelemahan serta kelebihannya tersendiri, ada kegunannya tersendiri, seperti yang telah dibincangkan di atas.
Kedua-duanya saling melengkapi.
1. Kalau dah ada sijil kemahiran, berusahalah untuk sambung degree. Ijazah Eksekutif @ Executive Bachelor pun jadilah, kalau sekadar kerja di sektor swasta.
a. Dapat naik pangkat (rata-ratanya sektor swasta tak perlukan degree MQA untuk kenaikan pangkat) b. Dapat tingkatkan status sosial dan membanggakan ahli keluarga serta role model kepada anaka-anak anda kelak. Ilmu itu penting. Dan ilmu yang bermanfaat boleh bawa hingga ke penghujung hayat. c. Dapat juga sambung ke Degree atau Masters (MQA) masa depan jika berminat.
Mengapa ada Degree pun masih nak kemahiran teknikal? Lihat apa yang MP Permatang Pauh, Nurul Izzah ulas.
Misalnya ketika saya menggunakan penerbangan MAS, dalam pesawat baru Airbus, tandas tiba-tiba tidak berfungsi. Dan pramugari sibuk mencari juruteknik untuk membaikinya.
Kenapa? Kerana jurutera seperti saya tidak akan dapat membaiki apa yang perlu dibaiki.
Nurul Izzah, anggota parlimen Permatang Pauh serta bekas pengerusi Jawatankuasa Pemerkasaan TVET
Jadi, harap graduan dari kedua-dua aliran saling hormat-menghormati. Masing-masing ada peranan dalam industri dan kehidupan harian kita.
Pada pendapat min, paling best ada kedua-duanya sekali, mengapa nak pilih Sijil Kemahiran Vs Degree?
Jika anda nak sambung/mohon:
1. Degree/executive degee: URiseProgram 2. Sijil Kemahiran Malaysia melalui pengalaman kerja:SKM-PPT 3. Kursus TVET/kemahiran: KursusTVET
Kursus Induksi PP-PPT Ogos 2020 (CUMA 1 sesi di seluruh Malaysia bulan Ogos)
*OPPORTUNITY TO BE AN ASSESSOR-ACCREDITATION PRIOR ACHIEVEMENT* *TAWARAN PELUANG MENJADI PEGAWAI PENILAI-PENGIKTIRAFAN PENCAPAIAN TERDAHULU!*
This course is suitable for YOU if /kursus ni sesuai untuk ANDA jika:
✔️ YOU are an experienced skill worker/professional (~10 years+-) / ANDA seorang pekerja mahir bidang kemahiran (~10 tahun+-) Please refer to NOSS directory to know the code for your field / sila rujuk Daftar NOSS untuk tahu kod bidang anda
AND / DAN
✔️ YOU want to be an Assessor to certify other skill workers/professionals in your industry / ANDA ingin menjadi PEGAWAI PENILAI kepada pekerja mahir lain bidang kemahiran anda
AND / DAN
✔️YOU want to earn extra income as an Assessor (you plan your time), appointed by Department of Skills Development (DSD) / ANDA ingin menjana pendapatan tambahan sebagai Pegawai Penilai (anda boleh rancang masa anda) yang dilantik oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)
OR / ATAU
✔️ YOU just want to know further how to apply to get you Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) via PPT / ANDA ingin tahu lebih lanjut cara mohon SKM secara PPT;
✔️ Your PP-PPT induction course cert has expired after 3 years / sijil Induksi PP-PPT anda telah tamat tempoh 3 tahun;
✔️ YOU want to set up PB-PPT (coordinator needs to attend) / ANDA berminat mohon jadi PB-PPT (penyelaras perlu ikuti kursus ni)
In short, this course allows you to be appointed as / Secara ringkasnya, kursus ini membolehkan anda dilantik sebagai:
👫 PP-PPT (+-10 years of industry experience / tahun pengalaman kerja dlm bidang kemahiran) OR/atau 👫 Coordinator at PB-PPT / Penyelaras di PB-PPT OR/atau
Kursus Induksi PP-PPT Ogos 2020
📅 Date/Tarikh: 8-9 Ogos ⏰ Time/Masa: 8.30-5pm 🏫 Venue/Tempat: Kolej ISBAUK, Brem Mall, Kepong, KL Yuran/Fees: RM350 to Maybank 514589385943, ISE Education Sdn Bhd
INTERESTED / BERMINAT?
What are you wating for? / Tunggu apa lagi? REGISTER NOW! DAFTAR SEKARANG! Seats are LIMITED! / Tempat adaah TERHAD!
Now, since GSC admin said this phrase “HELLO. CANNOT.” and popularized by netizens, let’s see what you CANNOT do if you don’t have SPM certificate.
1. Generally, you are not able to work in any government agency@appointed to any government position as most of it requires a min pass in SPM or equivalent, except for very few positions that only require PMR/PT3 or talents.
2. You CANNOT further your study directly to an MQA accredited diploma program in higher education institutions if no SPM certificate. However, there are few other options for you to further study, to be shared later.
3. You CANNOT be an air stewardess/steward@cabin crew@flight attendant. As I know, SPM is a MUST (or at least it’s equivalent eg: GCE O-Level)
4. Your chances of employment in Singapore is at a disadvantage as the government of SG requires a min in SPM or equivalent for employers to hire you at a lower levy. Here are some figures for you (2016 data) If foreign workers account for 25-40% of your company, and if you don’t have SPM, then the levy would be S$700. 10-25% would bring it to S$550, and those below 10% would be S$420. (With SPM, the amount would be cut by S$100, and so on) – according to Verna Ling, a Malaysian’s experience working in Singapore.
How to Overcome It?
1. Well, if you really insist to be in the public sector@government servant, you only have one choice. Resit for whichever paper that you failed in your SPM (usually it is BM or Sejarah). My personal opinion, just forget about it. Be a freelancer, self made entrepreneur or join the private sector. Work harder in the field that you like, it should be more rewarding than being a ‘clean’ government servant.
a) Take up a skills/TVET program that you have interest/good at. Eg. you may like cooking, repairing electronic items at home, heavy interest with cars and it’s mechanics. So naturally, courses that suits you could be culinary, industrial electronics and automotive technicians respectively.
And if you’re into more IR4.0 courses, you can also consider mechatronics, application development, drone piloting and so forth.
You could still have a good career, if not brighter than those academic graduates.
c) With SKM, the world is yours. Not just Singapore, you will be surprised that it’s widely accepted worldwide, by countries like UAE, China, Australia (basically Commonwealth countries)
d) If you don’t intend or have the heart to study now, no problem. You may work for few years first to gain industry experience and when ready to further study, you may take up APEL A examination to gain entry to study Bachelors (21 yeas old and above) or Masters Degree (30 yeas old and above) at selected Universities.
What are Waiting for? Register for a TVET Course with no SPM certificate - SKM/DKM/DLKM
Kalau anda tak percaya, bacalah sendiri dari laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. * Namun, semua jawatan masih memerlukan kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Tetapi jika anda kerja di sektor swasta, tak perlu risau sangat pasal SPM.
Takut anda tak tahu, pemegang Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) juga mendapat permintaan tinggi dari industri dan juga syarikat di luar negeri.
Gaji Lebih Tinggi untuk pemegang Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) berbanding SPM sahaja
Berikut adalah contoh salah satu daripada 63 jawatan yang menunjukkan kelayakan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) mempunyai gaji permulaan yang lebih tinggi.
PERINGATAN
Bagi tujuan pelantikan ke perkhidmatan awam, calon yang memohon jawatan yang mensyaratkan kelayakan masuk Sijil Pelajaran Malaysia perlu memiliki sekurang-kurangnya keputusan berikut:
lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus dalam satu peperiksaan; atau
lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut; dan
memenuhi syarat kelayakan Bahasa Melayu iaitu Kepujian dan subjek-subjek tertentu seperti mana yang disyaratkan dalam skim perkhidmatan.
Calon yang memiliki Sijil SVM adalah layak dipertimbangkan pelantikan ke jawatan dalam Kumpulan Pelaksana yang bersesuaian yang mensyaratkan SPM/SVM. Bagi tujuan memenuhi syarat lulus atau kepujian Bahasa Melayu untuk pelantikan ke Perkhidmatan Awam, calon hendaklah memperoleh pencapaian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu (Kod 1104) seperti berikut:
SYARAT KELULUSAN BAHASA MELAYU UNTUK PELANTIKAN KE PERKHIDMATAN AWAM
SYARAT PENCAPAIAN DALAM MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU (KOD 1104)
Sekiranya anda cuma pemegang SPM dan tidak berpeluang melanjutkan pendidikan ke mana-mana IPTA, Kolej Komuniti atau Politkenik dan juga gagal rayuan permohonan UPU, anda masih cuba mohon untuk belajar kursus kemahiran di:
Anda (ataupun adik-beradik ataupun rakan-rakan yang) gagal dalam permohonan UPU (rayuan fasa 1 dan fasa 2) termasuklah permohonan rayuan? Ataupun anda masih tak tahu keputusan anda? Boleh buat semakan keputusan UPUONLINE dengan merujuk kepada url yang diberi dalam infografik di bawah ataupun terus di http://upu.moe.gov.my/
Anda jangan fikir dah tak dapat tawaran UPU, masa depan anda dah musnah tau. Banyak lagi alternatif lain sebenarnya selain dapat tawaran UPU.
Tingkatan 6
STPM menawarkan dua aliran iaitu kesusasteraan dan sains. Anda boleh pilih aliran mana yang anda minat. Tempoh pengajiannya pun tak lama, hanya satu tahun setengah sahaja dan kemudian anda dah berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading. Yuran pengajian pun murah tau.
Kaedah pengajiannya juga terbahagi kepada dua dan bukan hanya fokus kepada intensif peperiksaan sahaja. STPM juga ada penilaian yang berorientasikan tugasan.
Ramai orang kata yang kalau ambil STPM ni, sebelah kaki anda dah ada kat Universiti. Takkan anda tak nak kan?
Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)
Melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi samada di universiti awam (UA), institut latihan kemahiran awam (ILKA) atau IPTS adalah pilihan buat pelajar lepasan SPM/STPM. Menyambung dan memilih tempat untuk melanjutkan pengajian tinggi bukanlah satu perkara yang mudah buat pelajar masa kini.
Negara kita berlambak dengan IPTS yang tawarkan pelbagai jurusan dan bidang. Selain tu, ada yang kata yuran kat IPTS tu mahal gila. Betul kah? Secara realitinya, yuran untuk melanjutkan pegajian ke IPTS memang agak mahal berbanding dengan pilihan-pilihan lain yang ada. Namun, tidak salah rasanya jika kita melabur untuk mendapatkan sesuatu ilmu yang sangat kita dahagakan kan? Lagipun, mana tahu ilmu serta sijil yang anda dapat daripada IPTS ini lah yang membuatkan kehidupan kamu lebih berjaya pada masa akan datang. Siapa tahu kan?
Namun, banyak kelebihan juga belajar di IPTS. Anda boleh belajar dengan lebih fokus dan teratur sebab pelajar IPTS pada kebiasaannya tidak ramai berbanding IPTA/UA. Jadi anda tak perlulah risau tentang mendapat gangguan orang lain semasa sesi pembelajaran dijalankan.
IPTS juga biasanya lebih berasaskan industri, banyak menerapkan ilmu praktikal yang dapat memberi tahap kefahaman yang lebih tinggi kepada anda berbanding dengan teknik menghafal, membaca dan sebagainya. Tujuan IPTS lebih menumpukan praktikal adalah untuk melahirkan anda menjadi graduan yang lebih proaktif dan memenuhi permintaan pasaran pekerjaan pada masa kini.
Klik untuk Senarai IPTS Berdaftar di Malaysia (Sehingga 31 Okt 2019)
Kat sini min nak berikan sedikit tips untuk anda membuat semakan terhadap kursus yang anda minat. Sebelum anda nak memasuki IPTS, anda kenalah tengok dulu semak dulu samada program tu telah diakreditasi oleh MQA ke belum. Anda boleh tengok rujuk di sini untuk buat carian. Namun, sekiranya anda tak pernah terfikir nak kerja di sektor awam atau syarikat Government Linked Company (GLC), boleh juga pertimbangkan persijilan tanpa MQA.
Anda mungkin pernah dengar tentang kisah viral mengenai seorang perempuan pertama Malaysia yang bekerja sebagai seorang jurukimpal kan? Kalau anda nak tahu, Nurizzati Athirah Mohamad Yusoff ataupun lebih dikenali sebagai Athirah yang berusia 22 tahun telahpun mula menceburi bidang kimpalan bawah air ketika dia seorang pelajar di Kolej Vokasional Taiping di Kamunting, Taiping, Perak.
Kalau Athirah boleh buktikan pada satu Malaysia tentang kerjaya kemahiran yang dia ceburi bukanlah satu pekerjaan yang sia-sia mengapa anda tak boleh pulak kan?
Anda kena teruskan usaha dan jangan terlalu mudah mengalah, hidup memang selalu mencabar!
Dalam hidup ni tidak ada satu benda pun yang mudah sebenarnya. Apabila anda gagal hari ini (permohonan UPU), ia tidak bermaksud anda akan gagal seumur hidup tau. Anda kena bijak merancang perjalanan hidup sendiri di samping berusaha dengan gigih agar kejayaan yang anda impikan tu dapat dikecapi pada suatu hari nanti. Dan yang paling penting adalah anda kena percaya dengan kebolehan yang ada pada diri sendiri.
We believe that early childhood education course (ECE) or also known as early childhood and care education (ECCE) (Pengasuhan dan Pendidikan Awak Kanak-kanak – T982-001-3:2017) & Preschool Teaching (Pendidikan Pra Sekolah – ET-012-3:2012) is a good choice, as a recession-proof career or business.
There is always a need
In a good economy, people send their children to preschool and early childhood education centre because they have some disposable income and have a need for child care and be educated, regardless of whether or not they’re a dual-income family. Conversely, if the economy is in a downturn, families that may not have been dual-income earners may suddenly need full-time child care due to a parent returning to the workforce. So the bottom line is, there is always a need.
The ability to grow regardless of the state of the economy
Not only is early childhood education and care a recession-proof business, but it also offers excellent growth opportunities. If you work hard to be found by parents searching for exceptional early childhood education and care, and give them a reason to entrust you with their children, then you will always be successful.
Introduction
Early childhood care and education (ECCE)
In Malaysia, it is divided into two age groups, which is 0-4 years and 4-6 years old.
The first group (0-4 years), comes under the Ministry of Women, Family and Community Development (MWFCD) which coordinates national programmes on the growth and development of children. Through its Department of Social Welfare, MWFCD keeps a register of all childcare centres (also known as taska) in the country.
Pre-school education for the second group (4-6 years) comes under three ministries/agencies, i.e. the Ministry of Education, the Ministry of Rural and Regional Development, and the National Unity Department.
The Malaysian government places a strong emphasis on early childhood care and education (ECCE) and has formulated the National Policy for Early Childhood Education. Under this policy, programs have been introduced to meet the diverse needs of the crucial early years of newborns until the age of six. These programmes provide a solid foundation for healthy growth and development which expose them to activities in nation-building and enhance their readiness for primary school education. The government’s involvement in early childhood care and education (ECCE) is evident from its numerous initiatives to make early childhood programmes more accessible especially for less fortunate children and those in rural areas. A significant amount of funds is also allocated for early childhood care and education (ECCE) every year.
Types of early childhood education and care Institutions
ECCE programmes in Malaysia are offered by two types of institutions, namely:
Childcare centres or nurseries or taska
Preschools or kindergartens or tadika
(A) Childcare Centres or Nurseries (Taska)
Childcare Centre Act 1984 has been reviewed and passed by the Parliament giving rise to the Childcare Centres (Amendment) Act 2007. Government-supported community childcare centres, subsidised workplace childcare centres and Quality Improvement Accreditation System (QIAS) have also being implemented.
In Malaysia, a legislative-approved childcare centre is defined as a premise at which four or more children under the age of four years from more than one household are received to be looked after for reward.
Childcare centres in Malaysia fall into four categories:
Government-owned childcare centres (Taska dalam komuniti since 2006)
Workplace childcare centres
Institution-based childcare centres with 10 children or more
Home-based childcare centres with fewer than 10 children
Under the law, all childcare centres need to be registered with the Department of Social Welfare (DSW) or more popularly known as Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKM) under the Ministry of Women, Family and Community Development (MWFCD). MWFCD is responsible for the approval and establishment of childcare centres in the country whilst JKM serves as the main regulator and coordinator of ECCE programmes.
In the plantation sector, childcare centres are provided free under the Standard Act, Minimum Housing and Workers Facilitation 1990 and monitored by the Ministry of Human Resources.
Categories of Childcare Centres
Workplace Childcare Centres With more and more women are engaged in active employment, MWFCD has been promoting the setting up of childcare at the workplace. For example, the government provides incentives in the form of a RM80,000 grant for the renovation and furnishing of childcare centres set up within government offices. Also, to encourage working mothers to utilise these centres, a subsidy of RM180 per month is given to government servants with monthly salaries below RM2000 who send their children to these centres.
MWFCD also encourages the private sector to provide childcare facilities at the workplace for their employees. Incentives include 10% tax exemption on the cost of building the childcare centres for a period of 10 years.
Community Childcare Centres MWFCD has been setting up community childcare centres in urban and rural areas with the objective of providing quality childcare services that is more accessible and affordable to the local community. It aims to set up 10 new community childcare centres throughout the country every year. The centres use a curriculum set by MWFCD and is based on the active participation of the local community, parents, children, governmental agencies as well as private organisations. MWFCD has also proposed that every parliamentary area set up a community childcare centre.
Families who send their children to community childcare centres would receive a monthly subsidy of RM180 per child if the family’s income is below RM2000 or RM1200 in urban and rural areas respectively. A grant of RM55,000 will also be given to those interested in setting up a community childcare centre.
Permata Negara Early Childhood Education and Care Centres The Permata Early Childhood Education and Care (ECEC) programme was initiated by YABhg. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor and was introduced after it was approved by the Cabinet on 21 June 2006 with a grant of RM20 million. Themed ‘Every Child a Jewel’ (Setiap Anak Permata), the Permata Negara pilot project was launched at 14 locations in 2006, with at least one in each state- with the curriculum and teacher training spearheaded by Universiti Pendidikan Sultan Idris.
(B) Pre-schools or Kindergartens (Tadika) for children aged 4 to 6
Early childhood education for children aged 4-6 years comes under three ministries, i.e. the Ministry of Education; the Ministry of Rural and Regional Development; and the Department of National Unity. The pioneer in the setting up of preschools is the Ministry of Rural Development which began in the early 1970’s. There are currently 8307 preschools set up by this ministry which are commonly known as the KEMAS preschool. KEMAS preschools are located in rural or suburban areas and are set up based on requests by local authorities.
Under the Department of National Unity, PERPADUAN preschools were established in urban areas where ‘Rukun Tetangga’ (a friendly neighbourhood scheme) existed. At present, there are 1496 PERPADUAN preschools. In 1992, the Ministry of Education (MOE) started setting up preschools as an annex to existing primary schools through a pilot project. This was extended to the entire nation in 1993 and currently, there are about 5905 of such preschools. Other providers of preschool education include also the State Religious Department and ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia).
Table 1.1 : The Three Main Types of Public Preschools in Malaysia (as at 2007)
Types of preschool
KEMAS preschools
MOE preschools
PERPADUAN preschools
Number of classes
8307 classes
5905 classes
1496 classes
Percentage (by class)
52.9%
37.9%
9.5%
Enrolment
198,275
147,625
38,952
What Qualifications Do You Need?
Basic childcare course (Kursus Asuhan Permata) approved by the Department of Social Welfare (JKM).
You are also encouraged (soon maybe compulsory) to pursue an early childhood education course that has the following qualifications:
Sijil Kemahiran Malaysia 3 in Early Childhood Care and Development Education (T982-001-3:2017) (1 year program) or equivalent, if you want to be an early childhood educator or taska owner.
You do not need SPM but basic 3M skills (Membaca, Menulis & Mengira is required and min age is 17 years old. Depending on institution that you select, lectures may be delivered in BM or English)
OR
Diploma in Early Childhood Education Course (2.5 years program), if you want to teach in kindergarten
Entry Requirements:
3 Credits in SPM or equivalent; or
2 Credits in SPM and 3 years of working experience with young children; or
1 Credit in SPM and 5 years of working experience with young children
Sijil Kemahiran Malaysia 3 or Sijil Kolej Komuniti (Level 3, MQF) in a related field and pass in SPM with at least credit in one (1) subject
Admission through Accreditation of Prior Learning Experience or APEL: 1 credit and 5 years related learning/working experience
Career Prospects:
Author of Children’s Books
Au Pair
Art Instructor
Children’s Television Broadcaster
Curriculum Developer /Trainers
Consultant
Journalist
Lecturer
Marketing
Nutritionist
Parenting Coach
Product Developer
Experimental Coach
Event Management
Educator
Entertainer
Instructor
Instructional Designer
Researcher
Social Workers
Teacher / Principal
Voice Talent
Source: Schools of Malaysia Directory 3rd Ed, Unirazak, Dika College
Singkatan daripada National Occupational Skills Standard (NOSS) atau Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan. NOSS adalah dokumen yang menggariskan ketrampilan yang diperlukan oleh seseorang pekerja mahir yang bekerja di Malaysia bagi sesuatu bidang dan tahap pekerjaan serta laluan untuk mencapai ketrampilan tersebut.
Ciri-Ciri Utama NOSS
✔️ Berasaskan keperluan pekerjaan. ✔️ Mengikut struktur kerjaya di dalam sesuatu bidang pekerjaan. ✔️ Disediakan oleh pakar industri dan pekerja mahir yang menjalankan pekerjaan.
KELEBIHAN DAN KEGUNAAN STANDARD KEMAHIRAN Standard kemahiran memberi manfaat kepada semua pihak yang berkepentingan. Kejayaan projek pembangunan standard kemahiran dan ianya berguna kepada masyarakat bergantung pada penyertaan penuh dan komitmen semua pihak yang berkepentingan. Manfaat ini boleh digunakan sebagai penanda aras untuk menilai keberkesanan usaha bersama.
Kepentingan Kepada Majikan
Menentukan tahap kemahiran tenaga kerja mahir
Panduan menyenaraikan tugas dan skop kerja
Menilai prestasi pekerja
Menjimatkan kos dan masa melatih semula pekerja
Meningkatkan kualiti produktiviti, inovasi dan daya saing
Kepentingan Kepada Pekerja
Memberi maklumat skop tugas yang jelas
Memberi maklumat peluang kerjaya dalam sektor yang berkaitan
Membantu dalam peningkatan kerjaya
Menjadi penanda aras prestasi kerja
Membuat keputusan yang tepat bagi mengikut latihan yang sesuai untuk peningkatan kerjaya
Membolehkan pekerja mengikuti latihan secara fleksibel berdasarkan unit kompetensi yang bersesuaian
Kepentingan Kepada Institusi Latihan Kemahiran / Pelatih
Pembangunan kurikulum latihan yang tepat dan memenuhi kehendak industri
Pusat latihan boleh merekabentuk program latihan sepenuh masa atau customised sejajar dengan keperluan industri
Memahami dengan lebih jelas terhadap kemahiran yang diperlukan oleh industri
Asas menilai keperluan latihan semula pengajar bagi memenuhi kehendak industri semasa
Nasihat kerjaya yang tepat boleh diberi dengan efektif kepada pelatih
Namun, setelah tahu ciri, kegunaan dan kepentingan NOSS, anda masih perlu kenal pasti apa kod program yang ingin dimohon untuk:
1. SKM secara PPT 2. Belajar kursus kemahiran/TVET (Sijil Kemahiran Malaysia – SKM) 3. Pentauliahan sebagai Pusat Bertauliah JPK /TVET atau SLDN
Sila muat turun DAFTAR NOSS (NOSS Registry) dan KENALPASTI kod program anda. Samada nak beli di Putrajaya/ Cyberjaya atau pejabat wilayah, ATAU dari admin (emel sahaja jika admin ada stok), jika anda tidak ingin bersusah payah pandu ke sana, bayar tol dan penat cari tempat letak kereta yang sangat terhad dan kena jalan jauh! Admin cuma menyediakan khidmat nilai tambah ni, jadi sila BELI NOSS anda dari JPK tapi kalau nak cepat, takda pilihan lain dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (Restriction Movement Order)