VTO Dijumudkan

VTO Dijumudkan? Tak boleh mohon VTO-PPT/kursus VTO lagi?

VTO Dijumudkan?

Sebelum kita bincang pasal VTO dijumudkan, anda mungkin tertanya-tanya apa itu VTO.
Berikut adalah penerangan ringaks tentang VTO serta kelebihannya.

1) Apakah itu VTO?

VTO – Vocational Training Operation (nama baru – kod I-031-3:2014) / Operasi Latihan Vokasional

Sijil VTO merupakan satu sijil yang wajib bagi lantikan jawatan Pegawai Penilai (PP), bukan setakat tenaga pengajar kemahiran Malaysia di institut kemahiran kerajaan & swasta yang ditauliahkan oleh JPK.

2) Kelebihan sijil VTO@sijil pengajar vokasional ?

a. Untuk melayakkan anda, lepasan SKM3/DKM/DLKM untuk menjadi Pegawai Penilai (PP) di Pusat Bertauliah JPK (Awam atau swasta), bukan setakat Tenaga Pengajar (TP)

b. Layak diberi pengecualian untuk sijil TTT HRDCorp (PSMB TTT)
Jika anda mempunyai sijil VTO, anda hanya perlu membayar RM300 (Jimat RM2,200-2,500) bagi mendapat pengecualian dari Sijil TTT dari PSMB / HRDCorp. Kaedah biasa mendapatkan Sijil HRDCorp TTT adalah dengan mengikuti latihan 5 hari (RM2,500-2,800) 

NOSS VTO memang telah dijumudkan (maklumat lanjut di bawah nanti) sejak Daftar NOSS 24 Jun 2021 yang lalu telah diluluskan.
 
Bengkel Pembangunan Portfolio & WIM VTO - Bengkel & Kursus Online
Boleh mohon TVET-i secara PPT mulai 1 Julai 2022

Namun, anda masih boleh ambil kursus VTO secara separa masa / sepenuh masa di Pusat Bertauliah swasta yang ditauliahkan untuk program VTO.

Namun, pra-syarat untuk ikuti kursus VTO adalah Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 (SKM3)

Pengambilan kursus VTO (yang tiada pengalaman mengajar bidang kemahiran/tak cukup 5 tahun):

A) Kursus VTO separa masa di I Smart Educare:

Kepong, KL: Mei 2023
Jadual: 360jam (hujung minggu) + 720jam internship di Pusat Bertauliah JPK atau Pusat Latihan SLDN. 

B) Kursus VTO sepenuh masa di:

Prai, Penang: Julai 2023
Kota Kinabalu, Sabah: April 2023
Kuantan, Pahang: Julai 2023
Daftar Kursus TVET

Maklumat mengenai VTO yang dijumudkan

Dimaklumkan bahawa NOSS Program Vocational Training Operation (VTO), Vocational Education and Training Implementation(VTE) dan Vocational Education and Training Management ( VTM) telah dijumudkan dan digantikan dengan NOSS TVET Instruction (TVET I)/ P-853-002-4:2021 dan TVET Management (TVET M)/P-853-002-4:2021.

Muat turun makluman (PDF)

2 thoughts on “VTO Dijumudkan? Tak boleh mohon VTO-PPT/kursus VTO lagi?

  1. Salam sejahtera,

    Nak tanya, apa beza antara VTO, VTO-PPT, VTO-TP? Yang mana tertinggi kelayakannya? (Saya mempunyai SKM 3, pengalaman mengajar selama 10 tahun dalam bidang sains)

    Sekian,
    Terima Kasih.

    1. Hi cik Lee, terima kasih kerana telah menghubungi kami melalui wasap.
      Kami percaya jawapan yang diberi telah menjelaskan segala persoalan anda. Tq 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *