3 cara dapatkan Diploma Kemahiran Malaysia selepas SKM3

Diploma Kemahiran Malaysia (DKM)

Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) adalah dalam sektor Kemahiran dalam Kerangka Kelayakan Malaysia (KKM). Ia berada di Tahap 4, setara dengan Diploma dalam sektor Teknikal & Vokasional@DVM dan sektor Pengajian Tinggi@Diploma MQA.

Diploma Kemahiran Malaysia - Kerangka Kelayakan Malaysia
Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) - Takrif Tahap NOSS

Selaras dengan hasrat kerajaan untuk mengarus perdana program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional, sekarang lepasan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 bukan sahaja boleh sambung ke Diploma Kemahiran Malaysia tetapi juga Diploma MQA (akademik) di Institusi Pendidkan Tinggi Swasta (IPTS), tertakhluk kepada syarat-syarat tertentu. Sila baca Pekeliling terbaru yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT).

Diploma Kemahiran Malaysia - SKM Boleh Sambung ke Diploma (MQF) Tanpa SPM
Diploma Kemahiran Malaysia - SKM boleh sambung ke Diploma

Diploma Kemahiran Malaysia - 3 Kaedah Utama Mohon

DKM, seperti Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), juga boleh diperolehi melalui tiga (3) kaedah utama.

Sijil Kemahiran Malaysia - 3 cara mohon, tawar

1. Melalui Latihan di Pusat Latihan Kemahiran yang Bertauliah

Kaedah melalui program latihan di institut latihan kemahiran @ pusat bertauliah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) awam ataupun swasta bagi bidang & tahap kemahiran yang tertentu.

Diploma Kemahiran Malaysia - Mohon Kursus
Sekiranya anda tak tahu Pusat Bertauliah Swasta mana yang baik serta menawarkan program DKM yang anda nak sambung, sila klik mohon kursus TVET di atas

2. Melalui Latihan Berorientasikan Industri (SLDN)

Kaedah latihan perantisan dalam Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) yang dijalankan di industri dan institut latihan kemahiran.

Namun, bukan semua program yang tersenarai dalam Daftar NOSS ditawarkan di Pusat Bertauliah JPK SLaPB ataupun SLDN, terutamanya DKM, Tahap 4.

Juga, program DKM yang ditawarkan di Pusat Bertauliah (PB) ataupun SLDN biasanya sepenuh masa dan makan masa yang panjang. Anda mungkin tidak dapat berhenti kerja dari syarikat anda sekarang untuk belajar, jadi kaedah PPT adalah lebih sesuai.

* Sekiranya anda memerlukan khidmat runding untuk mendapatkan pentauliahan program dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), sila hubungi min di 012-3123430.

3. Melalui Pentauliahan Pencapaian Terdahulu (PPT)

Anda mungkin telah kerja sejurus selepas dapat SKM3 dan telah kerja beberapa tahun dalam bidang berkaitan. Ataupun tak pernah pun belajar di pusat latihan kemahiran untuk dapatkan Sijil Kemahiran Malaysia tetapi dah lama berkecimpung di sesuatu bidang kemahiran tertentu.

Kaedah yang paling sesuai untuk mendapatkan DKM anda adalah melalui pengalaman terdahulu (kerja atau latihan). Anda dikehendaki mengemukakan bukti-bukti ketrampilan yang telah dimiliki untuk dinilai oleh Pegawai Penilai dan disahkan oleh Pengawai Pengesah Luaran yang dilantik JPK.

Apakah Syarat Permohonan DKM secara PPT?

Diploma Kemahiran Malaysia - Ciri-ciri Umum PPT

Berbanding dengan permohonan SKM-PPT, DKM-PPT melibatkan pembangunan portfolio DAN Laporan Projek Ketrampilan Terdahulu (LPKT).

Diploma Kemahiran Malaysia - LPKT

Saya rasa baik saya berhenti di sini kerana artikel ni cuma nak kongsi 3 cara utama anda boleh dapatkan DKM anda. Kalau nak tahu cara permohonan (Panduan dan langkah-langkahnya) SKM/DKM/DLKM secara PPT, boleh rujuk laman Persijilan Kemahiran Malaysia melalui PPT.

TVETi - Bengkel Pembangunan Portfolio

Jika masih keliru, tak yakin ataupun takda masa nak fahamkan dengan baca banyak sangat panduan yg diberikan, boleh pertimbangkan untuk ikuti Bengkel Pembangunan Portfolio & LPKT yang kami jalankan untuk bimbing anda dari A-Z.

Lanjutan pendidikan selepas DKM / DLKM

Berikut adalah senarai IPTA serta program Ijazah Sarjana Muda yang ditawarkan kepada lepasan Diploma Kemahiran Malaysia/Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (Sumber: Bahagian Kemasukan Pelajar (UPU), Jabatan Pendidikan Tinggi

Diploma Kemahiran Malaysia - Degree tawaran UiTM
Diploma Kemahiran Malaysia - Degree tawaran UMS & UniMap
Diploma Kemahiran Malaysia - Degree tawaran UNIMAS, UPSI, UTeM
Diploma Kemahiran Malaysia - Degree tawaran UTM

74 thoughts on “3 cara dapatkan Diploma Kemahiran Malaysia selepas SKM3

  1. Pertanyaan saya tuan,saya mempunyai skm3 elektronik industri,tapi sy kerja skrg bukan elektronik industri,sy krja sebagai pembantu pejabat..boleh ka ambil DKM dlm bidang pembantu pejabat…

    1. Eysios, boleh dengan syarat anda ada pengalaman min 5 tahun dalam bidang pentadbiran pejabat & memenuhi syarat standard NOSS pentadbiran pejabat Tahap 3 & 4.

  2. Bolehkah saya mendapatkan diploma kemahiran berdasarkan pengalaman terdahulu dalam pendidikan awal kanak-kanak…

  3. salam saya nak tanya saya dh ada sijil kemahiran skm tahad 3 dalam multiedia visual and animasi dan sekarang saya kerja di lain bidang . bidang yang saya kerja sekarang ni dalam pendidikan awal kanak-kanak boleh ke kalau saya nak sambung diploma kemahiran pendidikan awal kanak-kanak

    1. Maaf Nurlisa, tak boleh sambung ke bidang NOSS yang berlainan.
      Kalau nak sambung ke bidang pendidikan awal kanak-kanak, perlu mula dari Tahap 3

  4. Salam saya nak bertanya. Saya sudah ada sijil SKM tahap 3 dalam bidang mekanik industri. tapi bidang saya berkerja sekarang QUALITY INSPECTION ELECTRONIC. Boleh ke saya sambung DKM untk mekanik industri atau cik ada cadangan yang lebih baik untk saya. Untuk sambung TAHAP yg seterusnya. Terima kasih

    1. Maaf Mohammad Hafiezul, tidak layak kalau nak mohon DKM Mekanik Industri sebab pengalaman kerja bidang lain, kecuali anda mohon bidang quality inspection electronic, kalaulah ada NOSS tersebut.

    1. Ramlah, sekiranya ni adalah bidang SKM anda di Tahap 3,
      F432-003-3:2017 Penyeliaan Operasi Pemasangan & Penyenggaraan Penghawa Dingin dan Pengudaraan Mekanikal, maka tiada DKM yang boleh dimohon buat masa ni sebab NOSS tiada lagi.

  5. Saya nak tanya..saya dah ada skm tahap 3..dalam bidang spa dan kecantikan.. boleh ka saya sambung dkm??

  6. Hi Saya berpengalaman lebih daripada 10 tahun dalam pelbagai industri seperti perladangan 2 tahun,perhotelan 4 tahun,electronic 2 tahun,industri makanan dan minuman 2 tahun,industri pembuatan perabot 10 bulan.Saya mempunyai kelayakan sijil Spm dan SKM level 1 pembantu industri pembuatan.Sekarang berkerja sebagai Supervisor.boleh tak saya mohon Terus DKM atau DLKM? Kos noss MC-041-02,03,04@05:2012.Jaminan kualiti industri.boleh bagi keterangan tak?

    1. Hi Jackson, anda tak boleh mohon terusk ke DKM ke DLKM.
      Perlu mohon dari Tahap 2, itupun kalau memenuhi semua keperluan NOSS bidang ni.

      Sila beli NOSS dan buat penilaian kendiri dulu, samada anda tahu & ada bukti ketrampilan untuk setiap Aktiviti Kerja yg disenaraikan dalam NOSS MC-041-2/3:2012. Jika layak, teruskan dengan permohonan SKM secara PPT di http://www.myspike.my.

  7. Hi, Saya kavina. Saya seorang graduan pelajar STPM. Tetapi Saya dapat pngk yg bawa 2.0 dlm STPM. So, Saya boleh mohon ke sijil SKM tahap 3? Kalau boleh, Saya boleh mohon kursus teknologi pastri di IKLBS?

  8. Hi admin. Saya ada skm lvl 3 juruteknik kanan mesin moudling. Skrg bekerja sebagai maintanance technician boleh ke saya nak sambung DKM dlm bidang mekanikal dan eletrikal?

      1. Maaf Eric, kalau Diploma Kemahiran Malaysia yang anda maksudkan, tak boleh. Perlu ambil bidang yg sama kalau nak terus ke DKM.

  9. Hi saya danesh, Saya ada skm tahap 3 dalam bidang automotif Dan boleh Saya ambil dkm dalam bidang automotif. Did mana tempat Saya boleh mendapat dkm bidang automotif

    1. Ya Danesh, anda boleh sambung ke DKM. Mengenai lokasi, ada beberapa kolej yang disyorkan, boleh tahu anda tinggal di negeri mana?
      Boleh emel kpd kita.

  10. salam, saya ingin pandangan, boleh kah saya memohon DKM4, tanpa mengambil SKM3
    saya bekerja dalam bidang perhotelan. Boleh ke saya mohon DKM bidang perhotelan tanpa ambil SKM3 bidang yang sama.

  11. Saya lepasan sijil kolej komuniti servis kenderaan ringan.. Bolehkah sya memohon untuk DKM.. Kerana sya telah bekerja lebih dari 5tahun

    1. Hi Hilmy, anda kena mohon dari SKM2&3 dulu sebelum mohon DKM, walaupun dari segi pengalaman kerja tu cukup.
      Sijil KK tu adalah tidak setara dengan SKM3. Jadi anda perlu mohon SKM2&3 melalui kaedah PPT

      Boleh muat turun dan baca Panduan dari laman tersebut.
      Kalau masih tak faham dan perlukan khidmat bimbingan berbayar, boleh hubungi kami di 012-3123430.

  12. Saya merupakan lepasan skm 3 melalui sldn..bolehkah saya nak mohon diploma secara ppt dgn pengalaman saya selama hampir 2 tahun belajar di workshop trsebut.

  13. saya ada skm tahap 3 elektrik kaedah ppt dan ingin sambung utk buat DKM kaedah ppt juga mcm mna proses utk permohonan utk buat Dkm tuan ?mohon pencerahan.

  14. Hi… Saya Aishah… Saya sudah ada SKM tahap 1 & 2 in CNC Machining… Sambung Adtec in Certificate Aviation Maint. technology… Now saya berkerja in Aviation industry… Blh ke saya sambung DKM?

  15. Hi Saya ada skm tahap 3 Dlm jurusan fashion jahitan, boleh tahu kemana Hala tuju Saya selepas jika ingin Samsung ke tahap 4 atau diploma

  16. Salam tuan, sya ad sijil lukisan dari institut kemahiran mara. Dan ad pgalamn bekerja dalam 10 tahun. Bole sya memohon DKM

  17. Hi, tuan/puan. Saya lepasan diploma mekanikal di politeknik. Sekarang sy berkerja dalam bidang elektrik selama 4tahun. Soalan sy bolehkah sy ambil jurusan eletrik?dan tahap sijil manakah sy perlu mulakan?

    1. Hi Roy, anda boleh mohon melalui kaedah PPT dengan pengalaman kerja anda dalam bidang elektrik selama 4 tahun. Pastikan anda buat Penilaian Kendiri dengan merujuk kepada NOSS elektrik yang boleh dibuat terus dalam myspike.my ataupun boleh beli NOSS dulu.

    1. Pn Maziah, sila rujuk dengan IKBN yang anda tahu (ataupun Google shj untuk no telefon/emel mereka) dan tanya IKBN mana yg ada tawarkan DKM bidang anak anda.

    1. Pn Zawiah, kalau anak tiada pengalaman kerja >2 tahun dalam bidang kimpalan, perlu belajar sepenuh masa di Pusat yg tawarkan DKM kimpalan.
      Kalau ada, mungkin boleh mohon DKM melalui kaedah PPT (tertakhluk kpd memenuhi semua Work AC=ctivities dalam NOSS Tahap 4 kimpalan tersebut)

  18. Hi saya ada skm tahap 3 dalam bidang automotive . Dan ada pengalamn lebih 2tahun cuma skrg sy bekerja dalam bidang lain electric/electronic . Bole ke sy smbung DKM automotive? Berapa lama kah tempoh utk DKM sy nanti ?

  19. Salam puan admin sya nk tanya jika saya telah mendapat sijil skm tahap 3 asuhan kanan kanak bagaimana sya nk sambung ke dioloma atau tahap 4 sedangkn sya nmpk syaratnya perlu sijil spm dn kredit. Tapi sya tiada. Kemanakah hala tuju saya

    1. Nureen, anda tak perlu SPM dgn kredit kalau nak sambung ke Tahap4@DKM sekiranya sudah ada SKM3 bidang ini.

      Sekiranya ada pengalaman >2 tahun serta memenuhi semua syarat@pernah lakukan semua Work Activities yg tersenarai dalam NOSS DKM bidang ni, boleh mohon secara PPT

  20. salam sejahtera admin.
    saya ada SKM Automotif tahap 3, tiada SPM. saya ingin sambung DKM tahap 4…
    Persoalannya, di manakah tempat yang saya perlu tuju untuk sambung diploma dalam automotif?
    Saya tinggal di Kluang, Johor.
    Terima kasih admin atas pencerahannya…

  21. salam sejahtera admin , saya ada skm 3 dalam mekanikal industri , dan pengalaman kerja 3 tahun + praktikal 10bulan , boleh ke saya mohon untuk dkm.

  22. Assalamualaikum..saya lepasan IKM dan ada sijil elektrik domestik dan industri beserta sijil PW4. Sekarang saya berkerja sebagai penolong jurutera di PBT pengalaman kerja selama 17 tahun. Jika saya nak ambil DKM secara part time boleh ke atau perlu ambil semula sijil kemahiran

    1. Hi Firdaus, untuk mohon SKM (secara PPT dalam kes anda), anda perlu mohon dari Tahap terendah program tersebut, iaitu SKM2 untuk bidang elektrik.

      Jadi, anda boleh mohon SKM2, SKM3 & DKM serentak sekiranya anda layak dan rasa sempat membangunkan portfolio untuk ketiga-tiga Tahap serta Laporan Penilaian Ketrampilan Terdahulu untuk DKM dalam masa 6 bulan.

  23. Anak saya sedang menjalani latihan SDLN dengan mcdonalds 18 bulan utk menerima SKM 2 & 3. Saya ingin tahu apa hala tuju dia selepas ini jika dia berminat utk sambung DKM & DLKM nanti?

    1. Pn Dayang, boleh tahu SKM3nya bidang apa? PENYEDIAAN MAKANAN ke PENYEDIAAN & PENYELIAAN PERKHIDMATAN MAKANAN SEGERA?

  24. Halu, saya mempunyai skm tahap 3 dalam bidang fertigasi operasi pengeluaran tanaman ,saya mahu melanjutkan ke dkm,bidang apa yang ada dalam dkm tu yang besesuain dengan sya boleh cik cerita sedikit?

    1. Brandan, anda boleh melanjutkan samada ke:

      1. A016-001-4:2016
      Penyelarasan Teknologi Tanaman

      di KOLEJ PERTANIAN MALAYSIA, BUKIT TANGGA

      2. A016-002-4:2017
      Kawalan Operasi Teknologi Fertigasi

      3. Y-050-4
      Eksekutif Pertanian

      Program 2&3 perlu pengalaman kerja min 2 tahun dan memenuhi standard NOSS tersebut

  25. Hi saya ada SKM tahap 2 kimpalan. Saya berkerja sebagai pembantu kemahiran di Jabatan Kerja Raya bidang pengurusan dan kimpalan 1 tahun pgalaman. Boleh ke saya mohon DKM

      1. Hi saya ada skm tahap 3 juruteknik kimpalan, plan nak sambung diploma boleh bantu saya admin? Pengalaman kerja saya mechanical technician dalam 5 tahun lebih skrg kerja sebagai technician dlm bidang welding

        1. Addy boleh baca caranya serta muat turun Panduannya dari Laman PPT.

          Sekiranya masih tak faham dan perlukan khidmat runding, boleh wasap/hubungi Melvin di 012-3123430

  26. Hi admin, saya ada pengalaman dlm bidang pertanian selama 7 thn,..saya cadang utk dpt DKM pertanian..blh ke saya mohon DKM? bagaimana racanya untuk saya mohon

    1. Azlan, pertama sekali kenal pasti kod program yg nak dimohon. Sila semak dari Daftar NOSS yang boleh dimuat turun dari sini.

      Lepas kenal pasti, samada buat permohonan terus di myspike.my ataupun beli NOSS dulu (dari myspike.my juga) untuk buat penilaian kendiri (lihat samada semua Work Activities yang tersenarai dalam NOSS bidang anda tu anda pernah lakukan ke tidak).

      Kalau 100% pernah buat, barulah layak mohon.

      Sekiranya masih tak faham, boleh hubungi Melvin di 012-3123430

  27. Saya ada sijil tahap 2 dan 3 tahun 2004 dulu di bawah MLVK dalam bidang penyelia tadbir sistem maklumat. Boleh ke nak sambung tahap 4?

    1. Boleh Zubaidah, samada sambung ke FB-081-4:2012 Pentadbiran Sistem Maklumat atau FB-025-4:2012 Pengurusan Pentadbiran

  28. salam,saya bekerja di bidang kapal terbang sebagai juruteknik selama 19tahun,bolehkah saya memohon diploma lanjutan.sijil saya dikeluarkan oleh malaysia airlines.

  29. Hi,saya fatihah.saya dah ada skm 3 dalam bidang jahitan,diploma tvet-i Dan pengalaman kerja dalam bidang jahitan.saya nak tahu,institusi mana yg menawarkan dkm tahap 4 dalam bidang tersebut selain daripada ikbn.sebab mostly pusat bertauliah minta dkm tahap 4 utk ajar tahap 3

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *