Kelebihan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)
10 Kelebihan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)? Ada banyak tu ke?
JOM kita terokai apa kelebihan sekiranya anda ada Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) atau lebih tinggi lagi, Diploma/Diploma Lanjutan Kemahirna Malaysia (DKM/DLKM).
Persijilan Kemahiran Malaysia ini dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia. Anda boleh:
Dari segi pekerjaan. Anda boleh:
1. Terus bekerja sebagai pembantu bahagian operasi atau pembantu mekanik dengan syarikat/orang perseorangan tertentu. Pastinya anda lebih menjadi rebutan berdasarkan kemahiran yang anda miliki. Ini kerana pihak syarikat tidak perlu memberi latihan lagi kepada anda. Anda boleh rujuk Panduan Gaji Permulaan 2020 untuk 200 pekerjaan terpilih dari sini.
2. Diterima bekerja di sektor awam/kerajaan. Contohnya Penolong Pegawai Latihan Vokasional/Pegawai Latihan Vokasional.
3. Kerja secara freelance – Kemahiran yang dipelajari boleh digunakan untuk memberi perkhidmatan atau jalankan perniagaan sampingan.
Contohnya pemegang Sijil Kemahiran Malaysia elektrik (kursus elektrik) boleh melakukan pendawaian elektrik, pelajar kursus kulinari boleh masak dan jual makanan secara online, kursus komputer (sistem komputer) boleh membaik pulih dan menyelenggara komputer dsbgnya. Dengan kemahiran ini juga dapat menjana pendapatan sampingan. Pastinya dengan SKM yang anda miliki memberi keyakinan kepada pelanggan.
4. Anda boleh membuka perniagaan sendiri – sesetengah PBT perlukan SKM untuk kelulusan lesen premis.
Lulusan SKM berpeluang menjadi seorang usahawan dengan membuka perniagaan sendiri dengan kemahiran yang dimiliki. Antara bidang kemahiran yang menjadi perhatian adalah seperti bengkel kereta, bakeri, kedai jahitan, salon dan sebagainya.
5. Adakah anda tahu bukan sahaja Sijil Kemahiran Malaysia diterima di industri tetapi juga di luar negeri?
Sudah banyak kes di mana Kedutaan Negara Asing di Malaysia cuma menyokong (endorse) Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) & Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) tetapi tidak sijil-sijil kemahiran/akademik lain, walaupun ia mungkin datang dari UK, Australia atau Germany, kecuali ia adalah dari badan professional yang dikenali dunia (seperti ACCA, CIBTAC, CIDESCO, TWI dsbgnya).
Apakah kepentingan ini? Jika anda ingin bekerja dalam industri kemahiran di Dubai, Australia, China ke mana-mana di luar Malaysia, majikan dan kedutaan rata-ratanya hanya mengiktiraf SKM/DKM/DLKM. Tak percaya? Cuba pergi tanya pegawai di Kedutaan Asing ataupun Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).
6. Menjadi Pegawai Penilai ataupun selalu dipanggil sebagai tenaga pengajar / cikgu / guru di PLK- Pusat Latihan Kemahiran samada di PLK awam (seperti di ILP/IKBN/GiatMARA/ADTEC dll dimana kod pusat bermula huruf K ) atau PLK swasta (kod pusat bermula L) atau syarikat konsortium@industri. Syarat minima untuk melayakkan anda sebagai Pegawai Penilai (bukan setakat tenaga pengajar) di PLK ini adalah SKM Tahap 3. Apa yang perlu anda lengkapkan lepas SKM Tahap 3/DKM tersebut ialah ambil Sijil Pengajar Vokasional (VTO / I-031-3:2014) yang boleh diambil di PLK awam seperti CIAST atau PLK swasta seperti I Smart Educare
Satu lagi sijil lain adalah sijil Induksi PP-PPD-PPB.
7. Jadi pengajar untuk sistem SLDN. Peranan sebagai Pengajar di Pusat SLDN adalah melatih perantis untuk bahagian teori sebelum mereka menjalani latihan praktikal di dalam sesuatu industri. Contohnya dalam bidang Teknikal; Kompetensi Pembelajaran & Metodologi; dan Kompetensi Sosial & Kemanusiaan.
8. Berpeluang dilantik sebagai Pegawai Pengesah Luaran (PPL) – Anda juga berpeluang dilantik sebagai Pegawai Pengesah Luaran(PPL). PPL ini merupakan individu penting yang bertugas sebagai wakil JPK untuk membuat pengesahan penilaian dan seterusnya status TERAMPIL/TIDAK TERAMPIL pelajar semasa peperiksaan akhir teori dan amali di Pusat Bertauliah JPK. PPL ni bertindak seperti auditor atau pegawai wazir PLK.
Syarat bagi lantikan sebagai PPL-SLaPB – wajib ada sijil induksi PP-PPD-PPB & PPL atau PPL-SLDN – wajib ada sijil induksi SLDN & PPL & pengalaman industri bidang SKM yang sama >>10 tahun.
9. Berpeluang dilantik sebagai Pegawai Penilai-Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PP- PPT).
PP-PPT adalah merupakan personel yang memenuhi kelayakan yang ditetapkan dan diberi kuasa oleh Ketua Pengarah untuk menilai pengalaman dan pencapaian terdahulu yang dimiliki oleh calon. Syarat bagi lantikan sebagai PP-PPT adalah wajib ada sijil induksi PP-PPT & pengalaman industri bidang SKM yang sama >>10 tahun.
Dari segi melanjutkan pendidikan (min SKM3). Anda berpeluang :
10. Lanjutkan pengajian ke peringkat:
a) Diploma Kemahiran Malaysia – DKM
DKM ini kelayakannya adalah menyamai atau setaraf dengan Diploma MQA dari universiti awam/swasta. Ia diiktiraf oleh kerajaan bagi tujuan lantikan ke dalam Perkhidmatan Awam (SPA).
Selepas DKM, anda berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat DLKM (Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia) dalam bidang kemahiran yg anda ambil tu.
Tak tahu nak ambil kat mana? Sila isi borang ni.
Jika anda ada sekurang-kurangnya pengalaman kerja 2 tahun ke atas dalam bidang SKM anda dan memiliki SKM3, anda juga boleh pertimbangkan untuk mohon DKM secara PPT (Pengalaman kerja). Sekiranya tidak tahu caranya walaupun telah baca Panduan dan perlukan bimbingan dari A-Z, boleh ikuti bengkel pembangunan portfolio yang dianjurkan oleh ISE Education Sdn Bhd.
b) Diploma Akademik, tanpa SPM
Dengan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dan TANPA SPM , anda juga layak diterima untuk melanjutkan pelajaran peringkat Diploma Akademik di IPTS. Ini adalah perkembangan terbaru (mulai Jan 2021) kerana sebelum ini, anda perlu lulus SPM dengan 1 kredit, bersama dengan SKM3 untuk layak melanjutkan program Diploma Akademik.
c) Ijazah Pengurusan Industri @ URise
Anda juga boleh pertimbangkan untuk sambung terus ke Ijazah Eksekutif (tanpa MQA), sekiranya anda kerja di sektor swasta, perlukan Ijazah untuk kenaikan pangkat ataupun meningkatkan ilmu dalam bidang pengurusan secara amnya (ia adalah pelengkap kepada kemahiran teknikal anda).
Syarat Kemasukan program URise (Ijazah yang direka khas untuk pemegang Sijil Kemahiran Tahap 3 ke atas, dengan pengalaman kerja-digalakkan) adalah:
1. Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas dan
2. SKM/SPMV/DKM/DLKM ATAU
3. Pengalaman industri >2 tahun
Jadi, jangan pandang sebelah mata ye mereka yang memiliki SKM/DKM ini biarpun syarat asas/minima untuk mengambil program SKM hanya berumur lebih 16 tahun, mempunyai minat terhadap sesuatu bidang/program, boleh membaca, menulis dan mengira. Dengan syarat minima ini, lepasan UPSR/PT3/PMR pun boleh diterima untuk melanjutkan pelajaran SKM di PLK(Pusat Latihan Kemahiran) yang diiktiraf oleh JPK.
Takda Sijil Kemahiran Malaysia lagi?
1. Belajar di Pusat Latihan Kemahiran
a) Awam – Sila cari sendiri di sini
b) Swasta – Sila isi borang di sini
2. Melalui Pengiktiran Pencapaian Terdahulu (pengalaman kerja)
Sekiranya anda tak tahu bidang kemahiran apa yang boleh dipersijilkan, sila rujuk Daftar NOSS dari sini (muat turun)
NOSS FB-011-2 & 3
Ya En Zulkiflee, apa yg anda nak tahu pasal NOSS ni?
SKM TAHAP 3 setaraf dengan spm ke ?
Tidak, SKM ni sijil kemahiran, SPM adalah sijil pendidikan (akademik).
Namun, banyak kolej sudah boleh terima SKM3 sebagai alternatif kepada SPM untuk melanjutkan pelajaran ke program Diploma mereka.
Saya ada sijil mekanik kenderaan motor tahap satu sahaja…layak kah saya masuk kerja kerajaan atau mana2 sektor…mohon pencerahan
Faiz, Tahap 1 agak minima. Digalakkan mohon secara PPT sehingga ke Tahap 3 sekiranya ada 2 tahun pengalaman kerja dalam bidang ini.
Peluang lebih cerah dengan ada sekurang-kurangnya Tahap 3.
Salam tuan.kalau dah ada diploma dan degree kulinari tahun 20212.pernah bekerja industri dalam 3 tahun.sekarang dah tinggalkan bidang sebab kerja dalam bidang lain.dalam masa yang sama berminat untuk upskill dan reskill dan nak jd pensyarah, boleh mohon SKM- PPT(Kulinari) tak?
Boleh Nurdalila, asalkan bukti ketrampilan yang anda ada selam 3 tahun dalam industri kulinari tu memenuhi syarat NOSS kulinari Tahap 2&3.
Sila baca dan muat turun Panduan dari sini
Kalau masih tak faham dan perlukan khidmat runding, sila whatsapp/call 012-3123430
Hi, saya nk tanya siapa nama awak & tahun berapa awak terbitkan petikan ni. Sebab saya sedang buat kajian literasi. Saya harap sangat awak dapat beri kerjasama
Thaqif, sila semak emel anda
Boleh saya tahu kelayakan jawatan apa dalam polis sekiranya masuk dengan SKM 3 dan diploma adtec ?
Maaf Iqhwan, sila rujuk dengan Jabatan Polis ataupun SPA
Hi, boleh saya tahu siapa penulis dan tahun diterbitkan?
Jan 20 2021, admin yg tulis artikel ni.
Kenapa ya Syaza?
Saya buat penulisan esei, sy rujuk artikel ni, jadi sy nk buat rujukan
Hmm, menarik. Esei untuk projek ke apa? Anda belajar di mana sekarang?
Admin, saya nak tanya. ada ke peluang pekerjaan buat sijil skm tahap 2? Dalam bidang masakkan, untuk keje kerajaan atau swasta. Respon admin amat saya hargai tq
Alia, dengan SKM2 shj mungkin peluang agak tipis.
Di pusat bertauliah JPK, biasanya pun perlukan SKM3 kalau nak dilantik sebagai PP ke PPD.
Kalau kerja di dapur, tu saya tak layak komen sebab bukan pakar bidang anda.
Admin,saya nak Tanya saya mempunyai skm 4(dkm) dalam aliran elektronik apakah kerjaya yang boleh saya keje kerajaan/swasta
Daus boleh rujuk dengan SPA (kerajaan) dan untuk swasta pula, samada jadi pengajar (kalau ada VTO juga) ataupun kerja dalam industri elektronik
Admin.. Sy Ade skm thp 2 bidang penyejukbekuan.. sy kje gov skrg ni.. tp tak guna sijil skm.. Sy nk tanya.. mcm mana cara nk guna skm yg sy ada ni?
Jamal, untuk jawatan SPA tertentu, tangga gaji bagi mereka yang ada SKM tu adalah lebih sedikit. Anda perlu rujuk dengan SPA.
Saya ad skm tahap 3 teknologi sistem komputer…kerja ap yg bley sy dapat dengan kemahiran ni
Afiqah, rata-ratanya boleh jadi juruteknik sistem komputer. Anda patut rujuk dengan Pusat Bertauliah yang anda ambil SKM3 anda dulu untuk memberi anda panduan laluan kerjaya yang lebih jelas.
Nk tanya sijil SKM tahap 2 dulu saya belajar lepas tuu nk pi ambik sijil kolej yg saya belajar tuu pindah MCM mna ehh
Dah tahu pindah maksudnya kolej masih ada lagi la kan? Hubungi mereka terus. Tak tahu no tel cuba Google.
Saya ada SKM thap3 dlam bidang F&B kerja apa yg sesuai untuk saya dengan kemahiran ni?
Kerja yg berkaitan F&B di restoran, hotel….
Anda patut rujuk balik dengan pusat yg anda ambil kursus F&B
Salam dan hi, saya mempunyai sijil skm dan dkm dalam bidang pengurusan pentadbiran. Adakah pelajar yang mengambil sijil skm dan dkm ni layak untuk apply kerja goverment?dan apa proses apa yg perlu kami lalui?
Hi Wafa, layak sekiranya anda ada SPM juga. Untuk prosesnya, sila rujuk terus dengan laman SPA.
Hi nk tnya klau berminat nk buat vto wajib ad skm3 kan? Selain dptkan skm3 apa cara lain ye utk dptkan vto? Atau ada sijil lain blh gantikan skm3? Dan sy juga dh ad degree tpi bkn pendidikan.
Hi Afifah, memang wajib ada SKM3. Tiada sijil lain boleh gantikan SKM3, anda boleh mohon SKM3 melalui kaedah PPT sekiranya ada pengalaman kerja dlm bidang berkaitan.
Hi Afifah, memang wajib ada SKM3 dulu. Boleh mohon secara kaedah PPTkaedah PPT sekiranya ada pengalaman kerja terdahulu (>3 tahun) dalam bidang yang nak dimohon.
Saya ada sijil decoratif painting tahap 2 dan sijil world skill pra dan world skill akhir.. layak ke saya untuk mohon kerja kerajaan ?
Nur Syahirah, untuk mohon kerja kerajaan, SPM masih diperlukan. Sekiranya ada SKM, gaji adalah lebih tinggi sedikit berbanding dengan mereka yg cuma ada SPM shj.
Salaam….saya Dari kolej vokasional…saya ada sijil SKM 3 automotive…pengalaman bekerja Belum ada …boleh kah sya Samsung sekolah untuk mendapatkan DKM?….
Boleh, kena belajar di mana-mana pusat bertauliah JPK yg menawarkan DKM automotive
Assalamualaikum saya ada sijil SKM saya ambil kemahiran tanaman Tahap 1 ..tapi boleh ke kalau saya nak kerja yang lain selain kerja tanaman dan guna sijil SKM ni
Maaf, kalau bidang lain, sijil SKM tu tidak relevan.
Saya dalam usaha untuk mendapatkan SKM 3 dalam bidang pengubatan Islam. Apakah setiap kelebihan SKM1, SKM2 dan SKM3 berbeza ?
Azeri, pertama sekali, sila semak Daftar NOSS (dan muat turun fail pdf) samada bidang yg anda nak mohon tu dah ada Standardnya belum. Jika ada, tentusahkan ia bermula dari Tahap berapa.
Lepas tu, baca pula kaedah permohonan SKM melalui pengalaman kerja terdahulu
saya mempunyai skm tahap 3 dalam bidang pendidikan awal kanak2 . sekiranya saya tidak sambung diploma tapi terus ingin membuka tadika sendiri boleh ke? or perlu ada diploma jugak ?
Tak silap saya boleh, pastikan anda juga ada sijil KAAK/KAP dari JKM.
Untuk pengesahan, baik semak dengan JKM.
hi admin, saya ada beberapa soalan. yang pertama, saya ada SKM tahap 3 bagi program seni kulinari punya,adakah saya berpeluang untuk mohon kerja bagi jawatan untuk cabin crew di mana mana cawangan penerbangan dengan SKM tahap 3 saya ini? untuk soalan yang kedua pula, saya juga sekarang akan melanjutkan diploma seni kulinari bagi sesi 2023/2024, selepas habis pengajian bagi sesi diploma ini adakah saya boleh mohon di mana-mana IPTA dan mengambil bidang yang lain pula?
Lia, SKM3 bidang kulinari tak sama dgn kerja cabin crew.
Anda boleh cuba mohon dgn IPTA selepas habis DKM anda, namun ia masih tertakhluk kpd keputusan senat setiap IPTA.
Helo admin Saya lepasan skm tahap 3. Sesuai kah Saya ambil aircraft maintenance diploma. Sebab Saya ragu² nak ambil course tu…harap adim dapat beri penjelasan
Boleh saya tahu SPMV ( Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional )dr sekolah vokasional tu dikira SKM ( Sijil Kemahiran Malaysia ) ke?
Maaf Nurul, tidak. Sijil Vokasional Malaysia (SVM) adalah setara dengan tiga kredit Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tapi bukan Sijil Kemahiran Malaysia
salam nak tanya..sy ade degree pendidikan tapi sy minat grafik design..penah kerja kejap je tp pengalaman dh lma ada since belajar uni dulu
jadi klo sy nk apply sijil grafik design kt giatmara, masih bole ke? ada had umur x?
Maaf lambat balas, anda boleh rujuk dgn Giatmara terus