Now, since GSC admin said this phrase “HELLO. CANNOT.” and popularized by netizens, let’s see what you CANNOT do if you don’t have SPM certificate.
1. Generally, you are not able to work in any government agency@appointed to any government position as most of it requires a min pass in SPM or equivalent, except for very few positions that only require PMR/PT3 or talents.
2. You CANNOT further your study directly to an MQA accredited diploma program in higher education institutions if no SPM certificate. However, there are few other options for you to further study, to be shared later.
3. You CANNOT be an air stewardess/steward@cabin crew@flight attendant. As I know, SPM is a MUST (or at least it’s equivalent eg: GCE O-Level)
4. Your chances of employment in Singapore is at a disadvantage as the government of SG requires a min in SPM or equivalent for employers to hire you at a lower levy. Here are some figures for you (2016 data) If foreign workers account for 25-40% of your company, and if you don’t have SPM, then the levy would be S$700. 10-25% would bring it to S$550, and those below 10% would be S$420. (With SPM, the amount would be cut by S$100, and so on) – according to Verna Ling, a Malaysian’s experience working in Singapore.
How to Overcome It?
1. Well, if you really insist to be in the public sector@government servant, you only have one choice. Resit for whichever paper that you failed in your SPM (usually it is BM or Sejarah). My personal opinion, just forget about it. Be a freelancer, self made entrepreneur or join the private sector. Work harder in the field that you like, it should be more rewarding than being a ‘clean’ government servant.
a) Take up a skills/TVET program that you have interest/good at. Eg. you may like cooking, repairing electronic items at home, heavy interest with cars and it’s mechanics. So naturally, courses that suits you could be culinary, industrial electronics and automotive technicians respectively.
And if you’re into more IR4.0 courses, you can also consider mechatronics, application development, drone piloting and so forth.
You could still have a good career, if not brighter than those academic graduates.
c) With SKM, the world is yours. Not just Singapore, you will be surprised that it’s widely accepted worldwide, by countries like UAE, China, Australia (basically Commonwealth countries)
d) If you don’t intend or have the heart to study now, no problem. You may work for few years first to gain industry experience and when ready to further study, you may take up APEL A examination to gain entry to study Bachelors (21 yeas old and above) or Masters Degree (30 yeas old and above) at selected Universities.
What are Waiting for? Register for a TVET Course with no SPM certificate - SKM/DKM/DLKM
Akhirnya, penjualan NOSS atas talian oleh JPK telah dilaksanakan. Syabas JPK, usaha yang baik selaras dengan aliran masa.
Min memang suka menganjur kursus induksi PP-PPD-PPB, PP-PPT & PPL. Selalu je ada maklumat terkini serta benda baru yang min belajar dari fasi dan juga calon yang hadiri kursus induksi PP-PPD-PPB, misalannya pada 18-19 Julai 2020 minggu lepas.
Sebelum ni, min dah tahu tentang penjualan NOSS atas talian ni.
Bermula 1 Julai 2020, NOSS boleh dibeli secara atas talian melalui MySPIKE. Pada masa ini terdapat 245 (sehingga 20/7) Program NOSS yang boleh dibeli secara atas talian. Bilangan Program NOSS untuk jualan akan ditingkatkan dari masa ke semasa. Setiap NOSS akan dijual RM20.00 untuk langganan selama setahun. Belian boleh dilakukan di Dashboard Pengguna.
Sila Daftar MySPIKE sebelum memulakan belian atau Login MySPIKE untuk memulakan belian di Dashbord Pengguna.
Yang min tak tahu, NOSS yang dibeli secara atas talian ni bukannya dalam bentuk word atau pdf. Anda cuma boleh lihat sahaja, cetak pun tak boleh.
* Sekarang dah boleh cetak tapi alignment akan lari, jadi memang tak cantiklah kalau nak dijadikan sebagai dokumen rasmi untuk diedarkan ataupun dibaca. Kalau sekadar rujukan pantas, ok je.
Jadi, kalau tak terlalu URGENT, min cadangkan anda pergi ke JPK Putrajaya atau pejabat Wilayah mereka masing-masing untuk belikannya, dalam bentuk CD. Ataupun beli dari min, kalaulah min ada stok (boleh rujuk disini program yang sedia ada) Lebih BERBALOI! Takda tarikh luput & senang dibaca. Siapa tak nak jimat kan, lebih-lebih lagi ekonomi tak bagus sangat.
Sebelum anda buat pembelian NOSS atas talian ke pesan dari min melalui whatsapp/emel, sila kenalpasti kod NOSS yang anda nak beli dulu dari Daftar NOSS yang boleh dimuat turun dari imej di bawah.
Rumusan – Kelebihan & Kelemahan beli NOSS atas talian
Kelebihan – Pantas, sesuai jika anda takda masa atau terlalu jauh untuk beli NOSS dari ibu pejabat/pejabat Wilayah JPK.
Kelemahan 1. Masih ada lagi NOSS yang belum dikemaskini dalam sistem 2. Ada tarikh luput – sah setahun sahaja 3. Format cetakan yang tidak memuaskan
Pembelajaran online mula digunakan seiring dengan perkembangan internet. Istilah pembelajaran online sering dikaitkan dengan istilah-istilah seperti e-pembelajaran (e-learning), pembelajaran jarak jauh (PJJ) dan sebagainya. Pembelajaran online adalah sama seperti pembelajaran biasa yang melibatkan komunikasi antara tenaga pengajar dengan pelajar tetapi yang membezakannya ialah mereka tidak bertemu secara bersemuka malah bertemu melalui ruang maya. Selain itu, penilaian dan pemantauan oleh tenaga pengajar juga dilakukan seperti pembelajaran biasa.
Susulan dari penularan wabak Covid-19 pada masa kini, pembelajaran online kini diperluaskan dan kebanyakkannya (dari Institut Pengajian Tinggi ke Institut Latihan Kemahiran) sehingga penghujung tahun 2020 ini. Namun begitu, terdapat beberapa cabaran dalam mengaplikasikan pembelajaran online ini.
1. Capaian kepada kemudahan internet
Program perisian dan sambungan ke internet adalah aspek yang paling penting dalam kelas dalam talian ini. Pelajar perlu membeli perisian terkini untuk mengakses program dalam talian mereka, atau membayar tambahan untuk menaik taraf ke internet berkelajuan tinggi. Ini mungkin menyukarkan pelajar yang kurang berkemampuan untuk belajar secara berkesan kerana kekurangan kemudahan akses internet berbanding dengan mereka yang mampu membeli segala perisian serta internet berkelajuan tinggi.
2. Tiada kemudahan komputer/telefon bimbit
Bagi pelajar yang kurang berkemampuan, yang tiada kemudahan gajet ini pasti menyukarkan mereka untuk mengikuti segala pembelajaran dalam talian yang diusahakan oleh para pengajar dan seterusnya akan menyebabkannya ketinggalan berbanding rakan-rakan yang lain.
3. Suasana pembelajaran yang tidak kondusif untuk belajar.
Bagi pelajar yang kurang berkemampuan pasti menghadapi masalah ini apabila melaksanakan tugasan dari rumah. Masalah ini meliputi suasana persekitaran yang bising, tempat yang sempit serta tiada meja dan kerusi yang sesuai.
i) Pembelajaran online juga tidak mendisiplin pelajar dan bersikap sambil lewa kerana pembelajaran adalah mengikut kesesuaian masa mereka. ii) Ada sesetengah pembelajaran melalui online adalah sehala, tanpa penceramah tetapi melalui LMS seperti Open Learning. Ini menyebabkan calon tidak dapat tanya soalan sekiranya tidak faham. Juga, ada juga calon yang gagal penilaian kerana tidak menghantar soalan penilaian, walaupun calon ingat dah hantar (tak dapat sahkan kerana tiada sesiapa yg boleh hubungi semasa penilaian) iii) Komunikasi juga tidak berkesan semasa pembentangan online kerana mungkin kelajuan internet tidak begitu memuaskan.
Cadangan: i) Pengajar perlu tegas dalam menetapkan masa pembelajaran online. Contohnya kursus induksi melalui penganjur berdaftar adalah lebih berkesan berbanding Open Learning kerana tarikh & masa telah ditetapkan (2 hari, 8.30-5.30pm), berbanding dengan Open Learning yang memberi masa 4 hari, tak kira masa. Maka ada calon yang mungkin terlupa atau tidak fokus/tiada disiplin kerana cuma belajar sendiri.
ii) Calon patut pilih kursus yang dilaksanakan secara ‘bersemuka online’@ada penceramah atau hybrid, BUKANNYA cuma melalui LMS di mana pembelajaran adalah sehala. Calon bukan sahaja lebih faham topik yang diajar kerana dapat bertanya sekiranya tidak faham sangat tetapi tidaklah perlu ulangi kursus & penilaian sekali akibat gagal penilaian kursus. Contoh yang sangat baik adalah pembelajaran kursus induksi PP-PPD-PPB dengan CIAST melalui platform Open Learning menghadapi % kegagalan yang agak tinggi, >50% setiap kali. Ini jauh berbeza dengan rekod pencapaian calon yang berkursus dengan penganjuran yang bersemuka secara online dengan penceramah, dimana % kelulusan setinggi 100%* pada kebanyakkan masanya. * Anjuran ISE Education, penganjur paling lama & konsisten.
iii) Pembentangan juga boleh dirakam melalui video terdahulu dan dihantar kepada pengajar kerana ia lebih berkesan.
5. Penyalahgunaan Internet
Oleh kerana pembelajaran maya adalah berasaskan penggunaan internet, maka para pelajar akan terdedah dengan berbagai-bagai maklumat yang benar dan tidak benar, yang baik dan tidak baik yang disampaikan melalui internet. Tidak dinafikan terdapat begitu banyak maklumat yang baik dan positif yang boleh dimanfaatkan oleh pelajar dalam meningkatkan ilmu dan pengetahuan mereka. Namun demikian terdapat banyak perkara yang boleh melalaikan dan menyeronokkan terutamanya kepada golongan muda. Diantaranya ialah permain games yang berbagai bentuk dan boleh dimuat turun secara percuma, juga online chatting yang membincangkan perkara-perkara yang tidak berfaedah seperti gossip, hiburan dan sebagainya. Sekiranya para pelajar terlalu asyik dengan internet atau ketagihan internet, ia akan memberi kesan yang tidak baik terhadap hubungan sosial di dalam masyarakat.
Cadangan: 1. Senaraikan perkara yang anda suka buat tetapi tidak dapat buat kerana masa tidak cukup kerana ketagihan internet. 2. Sediakan jadual pembelajaran serta masa berhibur (tak kira media sosial ataupun games) dan disiplinkan diri untuk mengikutinya. 3. Guna external stopper seperti jam loceng atau aplikasi@app tertentu yang akan menutup akses internet anda pada masa yang telah ditentukan. 4. Jauhi dari sebarang laman web, media sosial, aplikasi@app ataupun games tertentu yang anda tahu sudah menjadi tabiat anda. 5. Guna kad peringatan atau sticky note dan letak di tempat berdekatan/depan komputer/talian bimbit anda. Mesej seperti: Saya tidak dapat main bola (sukan yang anda suka) sekiranya saya main PUBG online game melebihi xx jam. 6. Bersenam dapat menjadikan anda sihat, menaikkan mood anda, meningkatkan keyakinan diri, tidur lebih baik dsbgnya. Dengan banyak kelebihan ini, pasti anda tidak ingin terlepas dari bersenam kan? Ia dapat mengurangkan ketagihan internet anda.
Cabaran pengajaran online - pengajar
1. Kepakaran tenaga pengajar menggunakan peralatan teknologi dan inovasi.
Dalam dunia yang serba moden ini, perkembangan teknologi sememangnya berkembang dengan pesatnya. Justeru itu, pengajar perlu mengusai kaedah terbaik bagi penggunaan teknologi agar sesi pengajaran dan pembelajaran dapat sampai dengan berkesan kepada para pelajar. Namun, ia juga bergantung kepada infrastruktur Institusi Pendidikan/Kemahiran yang terlibat.
Contohnya, Universiti Tun Abdul Razak @ Unirazak adalah Universiti pertama di Malaysia yang melabur dan integrasikan Canvas* LMS dalam UNIRAZAK Online Experience @ platform UROX pada tahun 2018. * Canvas adalah global leader in Learning Management Systems@LMS, di mana ia digunakan di lebih dari 3,000 buah universiti dan institusi di seluruh dunia.
2. Capaian kepada kemudahan internet
Program perisian dan sambungan ke internet adalah aspek yang paling penting dalam kelas dalam talian ini. Pengajar perlu membeli perisian terkini untuk mengakses program dalam talian mereka, atau membayar tambahan untuk menaik taraf ke internet berkelajuan tinggi. Mungkin, terdapat gangguan talian internet semasa pengajaran sedang dilakukan seterusnya menggangu proses penyampaian maklumat kepada para pelajar.
3. Suasana pembelajaran yang tidak kondusif untuk mengajar.
Seperti sedia maklum, para pengajar pasti menghadapi masalah ini apabila melaksanakan tugasan dari rumah. Masalah ini meliputi suasana persekitaran yang bising, tempat yang sempit serta tiada meja dan kerusi yang sesuai.
Cabaran ini boleh dikatakan sudah tiada memandangkan rata-ratanya pengajar sudah boleh balik ke institusi masing-masing yang sepatutnya ada persekitaran yang kondusif.
4. Pengajar terpaksa mengurus anak-anak di rumah
Bagi pengajar yang telah berkeluarga pula, terutama yang mempunyai anak kecil, pasti sedikit kesukaran apabila terpaksa mengurus anak-anak sambil mengajar. Mereka perlu membuat jadual pengurusan yang betul agar sesi pengajaran berjalan lancar tanpa gangguan.
Cabaran ini juga rata-ratanya sudah dapat diatasi mulai 1hb Julai 2020, kecuali masih ada lagi yang bimbang untuk hantar anaknya ke prasekolah & tadika dan ibu bapa terpaksa bergilir-gilir jaga anak di rumah.
5. Keberkesanan penyampaian dan pengajaran
Pembelajaran dan pengajaran secara online juga tidak mendisiplin pelajar dan bersikap sambil lewa kerana pembelajaran adalah mengikut kesesuaian masa mereka. Seterusnya, tenaga pengajar tidak akan tahu akan kemampuan para pelajarnya kerana tidak bersemuka dan berbincang secara perseorangan. Juga, pengajaran program kemahiran@TVET adalah terhad kerana cuma 30% sahaja adalah teori sementara selebihnya memerlukan demo, membetulkan teknik pelajar mengendalikan sesuatu peralatan atau subjek (contohnya urutan).
Cadangan: Mungkin sesetengah subjek boleh menggunakan teknologi AR (Augmented Reality) dan/atau VR (Virtual Reality) untuk menyampaikan pengajaran dengan lebih berkesan dan menarik. Namun, kos pelaksanaannya mungkin diluar kemampuan kebanyakkan institusi Pendidikan/kemahiran.
Cara penyelesaian yang seimbang
Anda kena seimbangkan dan menyesuaikan diri dengan cara pembelajaran norma baru ini. Pada pendapat saya, pembelajaran campuran (blended learning) patut diberi perhatian kerana ia membawa kelebihan pembelajaran online serta bersemuka.
Cara ini adalah jauh lebih berkesan daripada pembelajaran online sehala -CIAST(SECARA DALAM TALIAN) yang tiada penceramah.
Ini terbukti dengan peratusan yang lulus bagi mereka yang mengikuti kursus melalui cara kedua, tanpa penceramah. Manalah tidak, faham tak faham, tiada siapa boleh tanya. Macam mana nak lulus periksa kalau tak faham?
Jadi, pembelajaran online sehala adalah tidak efektif, bukan sahaja tak begitu faham tetapi amat membazir masa untuk mengulangi kursus induksi sekali lagi dan kos peluang@opportunity cost mungkin agak besar (lambat dapat pentauliahan personel, pusat dsbgnya)
2. Program URise menggunakan sistem Canvas LMS @ UROX di Universiti Tun Abdul Razak@Unirazak yang diperkayakan dengan kelas bersemuka bulanan pada hujung minggu memberi peluang kepada pemegang (yang dah ada pengalaman kerja):
Diploma Kemahiran Malaysia/Diploma Vokasional Malaysia dan setara;
Sijil TVET lain seperti Kolej Komuniti dan Politeknik
Pekerja industri teknikal yang berpengalaman tetapi tidak bersijil
untuk memperolehi Diploma Profesional & Ijazah Eksekutif dalam masa yang singkat serta pembelajaran yang fleksibel.
Jika anda memenuhi syarat di atas dan ingin mendapatkan Ijazah Eksekutif untuk kenaikan pangkat (sektor swasta sahaja)/peningkatan status sosial dalam masa 9 bulan SAHAJA
*Program URise adalah kolaborasi antara Unirazak & ISE Education Sdn Bhd – khas untuk pemegang SKM/SVM/DKM/DVM/TVET
Setelah hampir 3 bulan PKP & PKPB, akhirnya semua prasekolah dan tadika dibuka (akan dibenarkan kembali dibuka bermula 1 Julai ini), menurut Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob.
Keputusan itu melibatkan 6,216 prasekolah di bawah Kementerian Pendidikan dan 7,887 buah milik swasta, serta 1,781 tadika di bawah Kementerian Perpaduan Negara dan 8,530 tadika kemas di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar.
SOP termasuk sewaktu pelajar datang dan pulang, cara bermain dalam tadika, waktu makan semua lengkap. Namun, SOP yang terperinci akan diumumkan oleh Kementerian Pendidikan.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob
Persoalannya, adakah anda, sebagai ibu bapa kepada anak-anak tersayang anda, telah bersedia untuk menghantar mereka, walaupun prasekolah atau tadika akan dibuka minggu depan (1 Julai 2020)?
Sememangnya banyak arahan yang dikeluarkan mengelirukan rakyat.
Pembukaan sekolah menengah 24.6.2020 dikaburkan dengan persoalan kehadiran guru sekolah rendah. Arahan dan saranan Kementerian bercanggah dengan arahan JPN dan PPD. Mengapa pula bukan pelajar sekolah menengah bukan kelas peperiksaan didahulukan dulu atau murid yang berada dalam Tahap Dua sekolah rendah berbanding murid prasekolah dan tadika? Seolah-olah kenyataan tidak berpaksikan kepada satu sumber yang mutlak.
Namun, min berpendapat semua ini dilakukan untuk mudahkan ibu bapa yang bekerja untuk tinggalkan anak mereka di prasekolah & tadika.
Apapun, kerajaan telah buat keputusan. Sekarang terserah kepada:
1. Pihak pengurusan prasekolah dan tadika untuk memastikan kanak-kanak mengikut SOP yang ditetapkan untuk pastikan tiada jangkitan berlaku.
2. Cikgu-cikgu prasekolah dan tadika serta kakitangan yang terlibat dapat mematuhi SOP yang ditetapkan dan bimbing anak-anak kecil untuk mengikut SOP juga. Anak-anak kecil ni perlu dibimbing dan diawasi agar kebersihan diri mereka dijaga dengan baik.
3. Ibu bapa boleh buat persediaan awal
Bercerita dan berlatih (role play)
Social distancing – apa dan bagaimana, kenapa diperlukan dan sebagainya
Elak daripada sentuh hidung dan mata (ni memang susah :-P)
Ini adalah norma baru dan memerlukan masa serta latihan yang berterusan. Jadi digalakkan ibu bapa dapat membuat persiapan lebih awal.
Hmm, mungkin juga anda sebagai ibu bapa rasa nak tukar bidang setelah menjaga & mendidik anak selama 3 bulan ni di rumah? Mari kita lihat kelayakkan apa yang diperlukan untuk menjadikannya sebagai kerjaya.
Anda juga digalakkan (mungkin wajib kelak) untuk mengikuti kursus pendidikan awal kanak-kanak yang menawarkan persijilan berikut:
Sijil Kemahiran Malaysia 3* dalam Pengasuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (T982-001-3:2017) (program setahun) atau setara, jika anda ingin menjadi pengasuh/pendidik awal kanak-kanak atau pemilik taska.
Anda tidak perlu kelulusan SPM tetapi cuma kemahiran 3M (Membaca, Menulis & Mengira) dan umur minima 16 tahun. Bergantung kepada institut yang anda pilih, kursus diajar dalam BM atau English)
ATAU
Kursus Diploma in Early Childhood Education (2.5 tahun), jika ingin mengajar di tadika.
Syarat kemasukkan:
3 Kredit dalam SPM atau setara; atau
2 Kredit dalam SPM dan pengalaman kerja dengan anak-anak kecil selama 3 tahun; atau
1 Kredit dalam SPM dan pengalaman kerja dengan anak-anak kecil selama 5 tahun
Sijil Kemahiran Malaysia 3 atau Sijil Kolej Komuniti (Tahap 3, MQF) dalam bidang berkaitan dan lulus SPM dengan sekurang-kurangnya 1 Kredit dalam satu (1) subjek
Kemasukkan melalui Accreditation of Prior Learning Experience (APEL): 1 Kredit dan 5 tahun pengalaman kerja/pembelajaran yang berkaitan
Peluang Kerjaya:
Pengarang Buku Kanak-Kanak
Pengajar Pendidikan Seni
Penyiar TV Kanak-kanak
Pembangun Kuikulum
Perunding
Wartawan
Pensyarah (Perlu ada Bachelor Early Childhood Education jika nak ajar Diploma Early Childhood Education)
Pemasaran
Jurulatih Keibubapaan
Pembangun Produk
Jurulatih Eksperimen
Pengurusan Acara
Pendidik
Penghibur
Pengajar
Instructional Designer
Penyelidik
Pekerja Sosial
Cikgu / Pengetua
Bakat Suara
Sumber: Berita Harian, Majalah Pama, Kolej Schwin, Kolej Dika, Universiti Tun Abdul Razak @ Unirazak
KIMPALAN bawah air (underwater welding) antara kerjaya dalam bidang kimpalan yang mempunyai jaringan pekerjaan luas di serata dunia turut membabitkan industri seperti minyak dan gas, pembaikan kapal, perpaipan saluran minyak dan sebagainya.
Sesuai dengan namanya, kerjaya ini memerlukan mereka yang berani, minat mendalam, sihat, tahan lasak dan memiliki kemahiran dalam kedua-duanya iaitu sebagai jurukimpal dan penyelam komersial.
Tidak dinafikan pendapatan yang diterima adalah lumayan sekitar RM50,000 sehingga ratusan ribu ringgit setahun.
Jumlah pendapatan bagi kerjaya ini adalah subjektif kerana dibayar berdasarkan kepada projek, kaedah dan kedalaman selaman serta keadaan persekitaran.
Ketua Jabatan Kimpalan, Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Pagoh, Muar, Johor Wan Mohd Zafrulizan Wan Draman berkata, untuk menjadi seorang ‘diver-welder’, seseorang perlu mempunyai sijil dalam kemahiran mengimpal dan memiliki lesen sebagai penyelam komersial.
Bagaimanapun, katanya buat masa ini kursus ‘underwater welding’ tidak dijalankan di Jabatan Kimpalan IKTBN Pagoh tetapi hanya fokus kepada kursus kimpalan.
“Terdapat beberapa pusat latihan di Malaysia yang menjalankan kursus ini dan mengeluarkan sijil yang diiktiraf badan antarabangsa.
“Kursus untuk ‘underwater inspection’ juga sudah ada dijalankan di Malaysia ketika ini berbanding sebelum ini hanya boleh diikuti di luar negara.
“Kos untuk menjalani kursus bagi menceburi bidang ‘underwater welding’ ini sememangnya tinggi dan mencecah puluhan ribu ringgit bergantung kepada pusat latihan berkenaan.
“Namun wang yang dilaburkan berbaloi kerana latihan turut membabitkan penggunaan peralatan mahal serta pengalaman yang bakal diperoleh bukan calang-calang dan amat diperlukan sebelum layak digelar jurukimpal bawah air (‘diver-welder’), ” katanya.
Mengulas mengenai risiko kerjaya itu kata Wan Mohd Zafrulizan, ia adalah tinggi dan ada yang membawa maut.
Risiko seperti kejutan elektrik dan letupan juga boleh terjadi apabila hidrogen serta oksigen digunakan ketika proses mengimpal.
“Bagaimanapun, terdapat prosedur operasi standard (SOP) yang perlu dipatuhi setiap jurukimpal bawah air sebelum, ketika dan selepas selesai kerja.
“Amalan standard ini boleh mengelakkan bahaya dan kejadian yang tidak dingini daripada berlaku,” katanya.
Pada masa sama, bidang kimpalan ditawarkan di IKTBN Pagoh pada 2003.
Selepas hampir 17 tahun beroperasi lebih daripada 2,000 graduan dilatih di peringkat sijil dan diploma.
Purata kadar kebolehpasaran untuk bidang ini dari 2016 sehingga 2019 amat memberangsangkan apabila lebih 90 peratus graduan berjaya mendapatkan pekerjaan di pelbagai sektor dalam tempoh enam bulan selepas tamat pengajian.
Kata Wan Mohd Zafrulizan, permintaan industri kimpalan adalah tinggi dan konsisten untuk penempatan pekerjaan.
Graduan sangat bertuah kerana bidang ini boleh dikatakan fleksibel walaupun mereka beralih arah ke pekerjaan di industri berlainan. Perkembangan industri sekarang adalah pesat terutama dari segi teknologi.
Tidak dinafikan sesetengah teknologi adalah asing kepada pelajar mahupun tenaga pengajar. Ini antara salah satu mengapa On Job Training (OJT) di industri menjadi perkara wajib kepada pelajar.
Semua pelajar SKM (Sijil Kemahiran Malaysia) dan DKM (Diploma Kemahiran Malaysia) perlu menjalani OJT selama tiga bulan pada semester akhir pengajian. Secara tidak langsung didedahkan dengan cara kerja dan teknologi baharu.
Wan Mohd Zafrulizan – Ketua Jabatan Kimpalan, Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Pagoh
Sumber: hmetro.com.my/akademia
Komen: Sekiranya anda rasa kerjaya ini tidak sesuai untuk anda, banyak lagi kerjaya kemahiran mempunyai prospek yang cerah dan tidak begitu merbahaya. Antara kursus kemahiran yang membolehkan anda memiliki kerjaya yang ada banyak peluang pekerjaan termasuk (tapi tidak terhad kepada):
Jika anda dah ada Sijil Kemahiran Malaysia/Diploma Kemahiran Malaysia/Diploma Vokasional Malaysia dan ingin meneruskan ke peringkat Ijazah, boleh baca sini.
Pernah nampak gelaran Ts. & Tc.? Ramai yg tanya Ts. tu Tan Sri ke?
Tan Sri Muhyiddin Yassin, PM ke-8 Malaysia
Sebenarnya, Ts. adalah abbreviation atau singkatan kepada Professional Technologist dan Tc. adalah singkatan kepada Certified Technician. Boleh juga yg letakkan singkatan P.Tech atau C. Tech. di belakang nama.
Jom kita tengok serba sedikit mengenai Ts. & Tc. Pendapat kami ini hanya bertujuan untuk berkongsi info kepada yg mungkin berminat untuk mengambil Ts. & Tc. Tidak ada paksaan, ia mungkin mempunyai kelebihan kepada sesetengah orang dan mungkin juga kekangan kepada yg lain. Artikel ini bukan untuk membandingkan antara MBOT vs. BEM atau Ts. vs. Ir. Masing- masing adalah entiti yang berbeza dan mempunyai kelebihan tersendiri.
Idea penubuhannya bermula pada Rancangan Malaysia RMK-10 (2011-2015). Pada Ketika itu di Malaysia, hanya 10% pelajar sahaja yg mendaftar dalam upper level secondary TVET, jauh daripada negara OECD (negara maju/membangun) yang mana pendaftarannya sebanyak 44%.
Jadi pihak kerajaan menubuhkan MBOT pada tahun 2015 dengan objektif untuk meluaskan access kepada kualiti tinggi Technical & Vocational Education Training (TVET) dan menukar Malaysia kepada negara berpendapatan tinggi. Sebelum ini MBOT adalah agensi dibawah MESTECC dan sekarang ini telah diletakkan dibawah MOHR (Human Resource) yang adanya agensi seperti DOSH, JPK dan lain-lain.
Apakah fungsi MBOT? Bukan dah ada BEM?
Seperti yang kita tahu, BEM adalah badan untuk mengawal selia kerja-kerja Kejuruteraan bagi Graduate Engineer, Professional Engineer, Inspector of Works (IOW) sehinggalah kepada badan yang menyediakan khidmat kujuruteraan (checker, ECP, etc).
Manakala MBOT pula adalah untuk kumpulan Technologist and Technician. Misi MBOT adalah untuk meningkatkan kedudukan, visibility dan juga pengiktirafan kepada Technologist & Technician sebagai bidang professional sama seperti Ir. (Professional Engineer). MBOT mengambil rujukan daripada Canadian Council of Technician & Technologist tetapi diubah untuk memenuhi keperluan tempatan.
Apa beza Engineer, Technologist, Technician?
Secara ringkasnya, ia mempunyai perbezaan asas iaitu: (a) Engineer (Ir./PE) – Kebanyakannya (tidak semua) akan fokus kepada pengaplikasian matematik, teori dan sains iaitu berkonsep dan berorientasikan rekaan (conceptual dan design oriented) (b) Technologist – akan mentafsir idea, konsep dan rekaan Ir. tadi kepada yang sebenar, lebih hands on atau berorientasikan aplikasi fizikal. Contohnya terlibat dalam proses pengilangan atau menguji produk atau proses. (c) Technician – Fokus kepada pelaksanaan kerja – akan membuat kerja-kerja yang telah direka oleh PE atau membuat kerja-kerja yang ditetapkan dalam SOP yg dibuat oleh Ts.
Contoh bidang Inspection & NDT – New Construction of Pressure Vessel (PV). Jurutera akan terlibat dalam fasa FEED (Front End Engineering Design), CDBM (Corrosion Design Basis Memorandum) sehinggalah kepada pengiraan rekaan PV dengan menggunakan manual atau perisian seperti PV Elite.
Bila mereka, lukisan dah siap, Ts. akan mentafsir lukisan tadi. Contohnya mereka akan terlibat dalam proses menentukan proses pengilangan yg sesuai (rolling, head forming), proses welding, testing dan sebagainya. Dalam proses ini, Ts. mungkin perlu membuat keputusan untuk memilih teknologi yang sesuai digunakan contohnya NDT kaedah PAUT menggantikan RT dan lain-lain lagi.
Certified Technician pula akan melaksanakan tugasan yang diperlukan seperti membuat kerja-kerja rolling, forming, welding, NDT dan sebagainya.
Tidak dinafikan, ramai juga Engineer yang membuat kerja-kerja Technologist atau Technician di atas. Jadi kita berilah masa kepada MBOT untuk mengembangkan Ts. dan Tc. supaya mempunyai skop kerja yang lebih spesifik .
Kami percaya yang Engineer, Technologist dan Technician perlu saling melengkapi antara satu sama lain. Mereka harus bekerjasama dalam ekosistem rantaian professional untuk meningkatkan nilai kejuruteraan dan teknologi di Malaysia.
Bidang teknologi apa yg ada dibawah MBOT?
Pada masa ini, terdapat 23 bidang teknologi dan teknikal. Khususnya kepada yang berkerja dalam bidang Inspection, NDT, Welding, Lab Testing atau yang berkaitan, kami menyarankan anda memilih bidang Manufacturing & Industrial Technology (ME). Tetapi boleh juga memilih bidang Oil & Gas (Upstream, Downstream, Refining, Petrochemical dan sebagainya).
Contoh teknologi dalam Inspection, Welding & NDT: a) RBI – Risk Based Inspection replace time based inspection (dari 15 bulan ke 3 tahun ke 6 tahun di SSI) b) Drone atau Videoscope boleh menggantikan pemeriksaan visual manual. c) Semiauto atau Automatic Welding manual – cth tube to tubesheet d) NDT – UTTM high temp probe, C-Scan corrosion mapping, TOFD, PAUT, ECT Weld support MPI, ECT Tube dan bermacam- macam lagi teknologi yang ada.
Adakah wajib untuk kita berdaftar dengan MBOT?
Seperti kita sedia maklum, sebarang perkerjaan yang mempunyai gelaran “Engineer” atau berkaitan kejuruteraan, contohnya QA/QC Engineer, Project Engineer, NDT Engineer, Inspection Engineer, seseorang itu wajib berdafatar dengan BEM seperti dinyatakan dalam Akta Registration of Engineer (REA 2015) samada Graduate Engineer atau Professional Engineer. Tetapi ramai yang masih tak berdafatar kan. Jika didapati bersalah anda boleh didenda tidak melebihi RM 10,000 ataupun dipenjara tidak melebihi 1 tahun atau kedua-duanya sekali.
Untuk Ts. & Tc., apa yang kami nampak Akta yang ada sekarang (Akta 768) masih tidak lagi mewajibkan pendaftaran Technologist atau Technician dengan MBOT, ianya masih bersifat sukarela. Kita mengharapkan MBOT akan meluaskan lagi bidang kuasanya pada masa datang.
Macam mana nak daftar Ts. & Tc. ni?
Ia bukannya prosedur yang menakutkan dan susah. Posesnya pada masa ni masih lagi senang dan straight forward.
(a) Untuk bergelar Ts. anda perlu mempunyai ijazah yang diiktiraf oleh board seperti B. Eng, B.Eng. Tech dan lain-lain dan berdafatar sebagai Graduate Technologist (GT).
(b) Bagi Tc. anda perlu mempunyai Diploma, SKM dan berdafatar sebagai Qualified Technician (QT). Jika tiada SKM, boleh mohon secara PPT jika dah sekurang-kurangnya 3 tahun pengalaman kerja bidang SKM anda. Seterusnya, anda harus mempunyai pengalaman kerja dalam bidang teknologi atau servis teknikal yang berkaitan selama sekurang-kuranganya 3 tahun sebelum layak memohon Ts. atau Tc. Bagi yg sudah mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangnya 3 tahun, setelah mendapat kelulusan GT atau QT, anda boleh terus mohon sebagai Ts. atau Tc. Untungnya pada masa ini, pengalaman tersebut dikira dari tarikh anda berkerja bukan dari tarikh anda berdafatar sebagai GT atau QT, jadi prosesnya agak cepat.
Anda hanya perlu mengisi beberapa perkara dan maklumat dalam laman web MBOT contohnya pengalaman kerja, surat majikan dan juga CV anda untuk dinilai. Ada beberapa kriteria yang perlu ada dalam CV tersebut iaitu kompetensi dan komitmen (Knowledge & Understanding, Application to Practice, Leadership/Management, Interpersonal Skills dan Professional Conduct – lebih kurang sama dengan PI IEM) Jika memenuhi semua keperluan tersebut, anda akan diterima untuk ditemuduga oleh panel penilai MBOT. Boleh rujuk carta alir di bawah.
Jika belajar bidang lain tetapi kerja dan pengalaman bidang lain, boleh ke mohon sebagai Ts.?
Apa yang kami tahu ia dibenarkan oleh MBOT (mungkin boleh berubah), itulah keindahan MBOT. Ia mengambil kira pengalaman kerja anda, jika belajar bidang Electrical Engineering tetapi pengalaman kerja bidang NDT, anda berpeluang untuk memohon bidang teknologi NDT dan seterusnya bergelar Ts.
Berapa lama masa dari GT ke Ts. atau QT ke Tc.? Berapa kos yang perlu dibayar?
Kebanyakannya akan selesai dalam masa 6 bulan ke atas tertakluk kepada jumlah pendaftaran dan panel penilai yang ada. Contohnya permohonan kami: (a) Graduate Technologist – Mohon 13/11/2019 – Bayar RM 50 (b) Lulus GT & mohon Ts. – 06/12/2019 (c) Sedia untuk penilaian Ts. – 11/04/2020 – Bayar RM 600 (d) Temuduga – 19/05/2020 (e) Keputusan – 06/06/2020 – Bayar RM 350
Soalan yang paling popular! Apa kelebihan Ts. atau Tc.? Adakah boleh endorse document atau buat submission seperti Ir.?
Dalam Akta 768, section 19, ia menyatakan Ts. is entitled to approve and certify the manner (cth SOP, Procedure dan lain-lain) atau conduct technology services.
Pendapat peribadi kami, khususnya dalam industri (bukan pendidikan, kerajaan, dll), Ts. dan Tc. ni masih lagi tidak dipraktikkan atau diiktiraf oleh pihak berkuasa seperti DOSH, pihak majikan atau pihak industri sendiri. Masing-masing mempunyai sudut pandangan yang berbeza, terpulang kepada diri sendiri untuk melihat kelebihan tersebut.
Macam kami di GTI kami pandangannya dari sudut berlainan, kami akan menghasilkan peluang. Contohnya dengan adanya Ts. atau Tc. ia akan memberikan tambah nilai (added value) kepada diri sendiri dan pelanggan kita. “If you put in the work, put in the time, put in the effort, you’re going to reap the benefits”.
Jadi kepada Welding / API/ Painting Inspectors, QA/QC, NDT Technician, Corrosion, Lab Tester dan lain-lain yang mungkin tidak berpeluang untuk mendapatkan Ir./PE, boleh la cuba dapatkan Ts. atau Tc. Siapa tahu ia akan memanfaatkan anda di masa depan.
Kepada yg berminat nak tahu lebih detail, boleh join group telegram “road to Ts”., banyak info dan perbincangkan yg dibuat dalam group ni
Diubahsuai dari artikel: FB Page Group Technical Inspection – GTI Sdn Bhd
Kalau anda tak percaya, bacalah sendiri dari laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. * Namun, semua jawatan masih memerlukan kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Tetapi jika anda kerja di sektor swasta, tak perlu risau sangat pasal SPM.
Takut anda tak tahu, pemegang Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) juga mendapat permintaan tinggi dari industri dan juga syarikat di luar negeri.
Gaji Lebih Tinggi untuk pemegang Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) berbanding SPM sahaja
Berikut adalah contoh salah satu daripada 63 jawatan yang menunjukkan kelayakan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) mempunyai gaji permulaan yang lebih tinggi.
PERINGATAN
Bagi tujuan pelantikan ke perkhidmatan awam, calon yang memohon jawatan yang mensyaratkan kelayakan masuk Sijil Pelajaran Malaysia perlu memiliki sekurang-kurangnya keputusan berikut:
lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus dalam satu peperiksaan; atau
lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut; dan
memenuhi syarat kelayakan Bahasa Melayu iaitu Kepujian dan subjek-subjek tertentu seperti mana yang disyaratkan dalam skim perkhidmatan.
Calon yang memiliki Sijil SVM adalah layak dipertimbangkan pelantikan ke jawatan dalam Kumpulan Pelaksana yang bersesuaian yang mensyaratkan SPM/SVM. Bagi tujuan memenuhi syarat lulus atau kepujian Bahasa Melayu untuk pelantikan ke Perkhidmatan Awam, calon hendaklah memperoleh pencapaian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu (Kod 1104) seperti berikut:
SYARAT KELULUSAN BAHASA MELAYU UNTUK PELANTIKAN KE PERKHIDMATAN AWAM
SYARAT PENCAPAIAN DALAM MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU (KOD 1104)
Sekiranya anda cuma pemegang SPM dan tidak berpeluang melanjutkan pendidikan ke mana-mana IPTA, Kolej Komuniti atau Politkenik dan juga gagal rayuan permohonan UPU, anda masih cuba mohon untuk belajar kursus kemahiran di:
Sebelum kita bincang pasal halatuju lepasan SKM3, baik min terangkan dulu apa itu SKM. SKM adalah singkatan kepada Sijil Kemahiran Malaysia.
Sijil Kemahiran Malaysia adalah persijilan rasmi kebangsaan yang dianugerahkan oleh Kerajaan Malaysia (diterima di industir dan luar negeri)kepada individu yang telah menunjukkan keupayaan serta kompetensi untuk melaksanakan tugasan ataupun aktiviti kerja untuk diambil kerja dalam bidang tertentu.
Tahniah kepada anda jika sudah memiliki Sijil Kemahiran Malaysia 3. Kalau belum ada, anda samada boleh belajar di mana-mana institut latihan kemahiran awam ke swasta. Jika dah ada pengalaman kerja dalam bidang berkaitan, bolehlah mohon secara Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT). Tapi sebelum tu, sila kenapasti kod program yang anda nak mohon dulu dengan muat turun Daftar NOSS.
Baik, apakah pilihan yang ada jika dah ada SKM3? Marilah kita lihat kelebihan & kelemahan setiap pilihan yang ada.
Artikel ni mungkin agak panjang, kalau anda dah tahu pilihan anda, terus ke pilihan tersebut.
A. Sambung Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) B. Kerja di industri C. Sambung NCS-TTT/TVETi (Sijil Latihan Tenaga Pengajar / Pengajar TVET) D. Mohon sebagai Pegawai Penilai (kaedah PPT) ataupun Pegawai Pengesah Luaran, samada SLaPB ataupun SLDN E. Sambung Diploma Profesional @ Ijazah Eksekutif (khas untuk pekerja industri/graduan TVET/SKM/DKM)
2. DKM (termasuk SKM) SEPENUH MASA (bukan PPT) sudah diiktiraf oleh Kerajaan bagi tujuan lantikan ke dalam Perkhidmatan Awam (JPA). Oleh kerana ia juga diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), anda boleh sambung belajar ke Ijazah Sarjana Muda di IPTA & IPTS (ada program tertentu yang masih tertakhluk kepada keputusan Senat Universiti)
Namun, adakah ia betul-betul diiktiraf oleh JPA untuk lantikan perkhidmatan awam, contohnya ke gred KA29? Ia masih agak kabur kerana masih ada calon yang tak berjaya dengan kelayakan DKM (sepenuh masa). Min sendiri pun masih keliru. Lihat kisah benar di bawah, pengalaman yang dilalui oleh warga FB Group TVET Master (5/5/20). Min rasa DKM cuma diterima untuk sesetengah gred sahaja.
2. Nilai Diploma tak setinggi Ijazah (bila dibandingkan antara DKM secara PPT dan Ijazah Eksekutif – kedua-duanya pun tanpa MQA).
Fikirkan, jika ada 2 pekerja yang sama-sama mahir & berkelayakan SKM3. Seorang ada tambahan Diploma dan seorang lagi ada Ijazah, majikan akan beri peluang kepada siapa dulu untuk naik pangkat? Bukan setakat nilai komersial, status sosial pemegang diploma boleh dikatakan lebih rendah berbanding pemegang ijazah.
B. Kerja di industri
Kelebihannya:-
1. Mengasah kemahiran teknikal yang telah dipelajari serta menimba pengalaman industri
Kredit imej: www.reliablecounter.com
Anda boleh menambah serta meluaskan pengetahuan teknikal dan kemahiran baru yang diperlukan oleh industri. Pengalaman yang diperolehi nanti juga membantu bila ingin sambung pelajaran kerana anda boleh mengaitkan dengan alam pekerjaan yang sebenar. Dan jika anda berminat jadi pengajar kemahiran nanti, pengalaman industri ini sangat berguna untuk anda menyampaikan ilmu kepada pelajar anda nanti. Pengalaman anda tu juga membantu anda memohon DKM dan DLKM secara PPT ataupun Ijazah Sarjana / Sarjana Muda melalui APEL A.
2. Menjana pendapatan
Kredit imej: www.cnbc.com
Sekiranya keluarga anda tak mampu lagi untuk bayar yuran penggajian atau buat pengeluaran KWSP untuk sambung pendidikan (andai kata tak dapat pinjaman PTPK ke apa-apa institusi lain), baik juga anda kerja dulu untuk menjana sedikit pendapatan untuk anda serta keluarga anda. Jimat seboleh yang mungkin, kumpul wang untuk belajar bila mampu ataupun KWSP dah cukup dana.
Kelemahannya:-
1. Disebabkan SKM3 bertaraf sijil sahaja, gaji anda pun setakat tu sahaja. Peluang naik pangkat (tak kira awam ke swasta), pasti terbantut. Jadi, tangga gaji dan pangkat pun rendah. Memang kemahiran tu penting tetapi untuk organisasi tertentu, terutamanya sektor awam, syarikat GLC & berstruktur masih memerlukan persijilan untuk kenaikan pangkat.
2. Bila dah berkeluarga dan berumur, mungkin masa lebih padat kerana ada pelbagai komitmen, kerja & keluarga. Anda juga mungkin kehilangan motivasi untuk belajar.
1. Anda berpeluang menjadi pengajar kemahiran bertauliah dan mendidik generasi akan datang yang juga berminat belajar bidang kemahiran seperti anda. Namun, min syorkan anda betul-betul minat mengajar dan bukan kerana tak dapat cari kerja baru nak jadi pengajar.
Kelemahannya:-
Disebabkan tiada pengalaman industri, anda tidak dapat mengaitkan teori dengan keadaan sebenar dalam industri. Justeru itu, anda mungkin tidak dapat menarik perhatian pelajar anda dengan contoh-contoh serta pengalaman menarik yang berlaku di industri.
D. Mohon sebagai Pegawai Penilai (kaedah PPT) ataupun Pegawai Pengesah Luaran (PPL), samada SLaPB ataupun SLDN
E. Sambung Diploma Profesional atau Ijazah Eksekutif (Program URise)
Kelebihannya:-
1. Anda dapat ‘lompat’ selangkah, terus ke Ijazah (eksekutif) tanpa melalui diploma (jika anda yakin).
2. Yurannya (biasanya bawah RM15K) lebih murah berbanding Diploma ataupun Ijazah Sarjana Muda konvensional (MQA) (antara RM20-40K).
3. Tempoh pengajian yang singkat (6-12 bulan) berbanding dengan 2.5-3.5 tahun untuk diploma/ijazah (MQA).
4. Tidak perlu mempelajari mata pelajaran umum (MPU)
5. Tidak perlu pra-syarat akademik, cth lulus SPM BM & Sejarah
6. Pendekatan pembelajaran bersifat praktikal/aplikasi.
7. Laluan kerjaya juga bersifat industri.
8. Gaya pembelajaran yang fleksibel (blended – online + bersemuka, tak kira PKP ke tidak)
9. Boleh meneruskan pembelajaran ke Ijazah Sarjana Muda (Bachelor) / Sarjana (Masters) kemudian kerana modul yang diajar adalah juga sebahagian dari modul ijazah sarjana muda MQA.
Kelemahannya:-
1. Diploma profesional dan ijazah eksekutif tiada akreditasi MQA. Akreditasi MQA adalah wajib untuk: a. Lantikan ke dalam Perkhidmatan Awam (JPA) b. Kenaikan pangkat untuk sesetengah jawatan, terutamanya tahap pengurusan. Hanya persijilan bertaraf MQA diterima oleh sesetengah syarikat swasta, terutamanya Syarikat Berkaitan Kerajaan / GLC (Namun, masih banyak lagi syarikat SME yang tidak mementingkan akreditasi MQA, asalkan ia bukan keluaran badan/universiti luar negeri yang entah ada bangunan ke tidak & tiada akreditasi)
2. Disebabkan lepasan SKM3 rata-ratanya cuma berumur 17 tahun ++, dikhuatiri anda tidak cukup matang untuk menangani proses pembelajaran yang 1-2 tahap lebih tinggi dari Sijil Kemahiran Malaysia. Namun, jika anda berani mencabar diri sendiri dan berusaha, tiada apa yang boleh halang anda dari berjaya.
Anda (ataupun adik-beradik ataupun rakan-rakan yang) gagal dalam permohonan UPU (rayuan fasa 1 dan fasa 2) termasuklah permohonan rayuan? Ataupun anda masih tak tahu keputusan anda? Boleh buat semakan keputusan UPUONLINE dengan merujuk kepada url yang diberi dalam infografik di bawah ataupun terus di http://upu.moe.gov.my/
Anda jangan fikir dah tak dapat tawaran UPU, masa depan anda dah musnah tau. Banyak lagi alternatif lain sebenarnya selain dapat tawaran UPU.
Tingkatan 6
STPM menawarkan dua aliran iaitu kesusasteraan dan sains. Anda boleh pilih aliran mana yang anda minat. Tempoh pengajiannya pun tak lama, hanya satu tahun setengah sahaja dan kemudian anda dah berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading. Yuran pengajian pun murah tau.
Kaedah pengajiannya juga terbahagi kepada dua dan bukan hanya fokus kepada intensif peperiksaan sahaja. STPM juga ada penilaian yang berorientasikan tugasan.
Ramai orang kata yang kalau ambil STPM ni, sebelah kaki anda dah ada kat Universiti. Takkan anda tak nak kan?
Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)
Melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi samada di universiti awam (UA), institut latihan kemahiran awam (ILKA) atau IPTS adalah pilihan buat pelajar lepasan SPM/STPM. Menyambung dan memilih tempat untuk melanjutkan pengajian tinggi bukanlah satu perkara yang mudah buat pelajar masa kini.
Negara kita berlambak dengan IPTS yang tawarkan pelbagai jurusan dan bidang. Selain tu, ada yang kata yuran kat IPTS tu mahal gila. Betul kah? Secara realitinya, yuran untuk melanjutkan pegajian ke IPTS memang agak mahal berbanding dengan pilihan-pilihan lain yang ada. Namun, tidak salah rasanya jika kita melabur untuk mendapatkan sesuatu ilmu yang sangat kita dahagakan kan? Lagipun, mana tahu ilmu serta sijil yang anda dapat daripada IPTS ini lah yang membuatkan kehidupan kamu lebih berjaya pada masa akan datang. Siapa tahu kan?
Namun, banyak kelebihan juga belajar di IPTS. Anda boleh belajar dengan lebih fokus dan teratur sebab pelajar IPTS pada kebiasaannya tidak ramai berbanding IPTA/UA. Jadi anda tak perlulah risau tentang mendapat gangguan orang lain semasa sesi pembelajaran dijalankan.
IPTS juga biasanya lebih berasaskan industri, banyak menerapkan ilmu praktikal yang dapat memberi tahap kefahaman yang lebih tinggi kepada anda berbanding dengan teknik menghafal, membaca dan sebagainya. Tujuan IPTS lebih menumpukan praktikal adalah untuk melahirkan anda menjadi graduan yang lebih proaktif dan memenuhi permintaan pasaran pekerjaan pada masa kini.
Klik untuk Senarai IPTS Berdaftar di Malaysia (Sehingga 31 Okt 2019)
Kat sini min nak berikan sedikit tips untuk anda membuat semakan terhadap kursus yang anda minat. Sebelum anda nak memasuki IPTS, anda kenalah tengok dulu semak dulu samada program tu telah diakreditasi oleh MQA ke belum. Anda boleh tengok rujuk di sini untuk buat carian. Namun, sekiranya anda tak pernah terfikir nak kerja di sektor awam atau syarikat Government Linked Company (GLC), boleh juga pertimbangkan persijilan tanpa MQA.
Anda mungkin pernah dengar tentang kisah viral mengenai seorang perempuan pertama Malaysia yang bekerja sebagai seorang jurukimpal kan? Kalau anda nak tahu, Nurizzati Athirah Mohamad Yusoff ataupun lebih dikenali sebagai Athirah yang berusia 22 tahun telahpun mula menceburi bidang kimpalan bawah air ketika dia seorang pelajar di Kolej Vokasional Taiping di Kamunting, Taiping, Perak.
Kalau Athirah boleh buktikan pada satu Malaysia tentang kerjaya kemahiran yang dia ceburi bukanlah satu pekerjaan yang sia-sia mengapa anda tak boleh pulak kan?
Anda kena teruskan usaha dan jangan terlalu mudah mengalah, hidup memang selalu mencabar!
Dalam hidup ni tidak ada satu benda pun yang mudah sebenarnya. Apabila anda gagal hari ini (permohonan UPU), ia tidak bermaksud anda akan gagal seumur hidup tau. Anda kena bijak merancang perjalanan hidup sendiri di samping berusaha dengan gigih agar kejayaan yang anda impikan tu dapat dikecapi pada suatu hari nanti. Dan yang paling penting adalah anda kena percaya dengan kebolehan yang ada pada diri sendiri.
SINGAPORE: The Malaysian economy is about to feel the full impact of the Covid-19 pandemic, according to the country’s top statistician.
After posting its slowest growth since the global financial crisis, the economy is set to slip into a recession in the next four to six months, according to a report by Mohd Uzir Mahidin, the chief statistician.
With its borders shut to foreigners and a standstill in commerce around the world, industries including tourism and aviation have been crippled, adding uncertainty to a rebound in trade in the first quarter.
The expected decline comes as the country’s gross domestic product grew marginally at 0.7% in the first three months of the year, the lowest since the third quarter of 2009, he said.
That growth rate is significantly less than the 3.9% to 4.2% expansion expected, with losses of RM22.8 billion (US$5.3 billion) in economic output because of a countrywide lockdown, he said.
Countries across the world began the “Great Lockdown” in March.
“From the early indications in April and May 2020, the economic environment is foreseen to be unfavourable for Malaysian businesses,” according to the report, entitled the Malaysian Economic Statistics Review.
With the global lockdown, “this unprecedented situation has caused a sharp contraction to the economy like never before.”
Source: Bloomberg.com
Comment: Is your job secured in this coming recession? This time around, things are a bit different. Even traditionally recession-proof career like early childhood educator might be at risk, due to the lockdown. Otherwise, it is relatively recession-proof. You should consider either upskilling or reskilling if your current skills are going to be less relevant or totally obsolete post-MCO/CMCO.
Among the skills that I highly recommend is to brush up your digital marketing skills as digitalisation is a must in the new norm. And if you really hate to deal with screen and IT-related kinds of stuff, here are some other options:
– Accounting course if you love numbers – Industrial automation if you like robotics & machinery (great prospect especially in the glove manufacturing industry during this pandemic) Baking & Culinary if you like baking & cooking (Just like early childhood industry, F&B industry may look bleak in this year or until a vaccine for Covid-19 is found).
There are many other TVET courses that lead to jobs/careers that are not only recession-proof but also in high demand.
So, what is your interest? What course would you like to study? If you’re unsure or know what you want to study but don’t know where, just state your interest here.