SEMAKAN STATUS PENGELUARAN SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA DAN DIPLOMA KEMAHIRAN MALAYSIA

Semakan Status Pengeluaran Sijil Kemahiran Malaysia dan Diploma Kemahiran Malaysia telah dikemaskini, bukannya di https://www.skkm.gov.my/esijil/semak-status lagi tetapi di https://myspike.my/.

SILA BACA dengan TELITI

1. Sekiranya sijil hilang ke rosak, sila baca panduan yang boleh dimuat turun dari laman ini.

2. Tiada no/tarikh keahlian pada Sijil Kemahiran Malaysia

3. Jika minat sambung SKM3/DKM/DLKM ke Degree, sila semak sini

4. Kalau nak mohon SKM tahap lebih tinggi dengan pengalaman kerja anda, sila rujuk sini
 

5. Sekiranya anda belum/tidak ambil sijil dari Pusat Latihan anda seperti KV, ILP, IKBN, Giatmara, PB swasta, sila rujuk dengan Pusat Latihan anda. Kami tidak dapat membantu.

SISTEM SEMAKAN STATUS PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM) DAN (DKM)

 

Tarikh:  12 November 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

YBhg. Prof./Dato’/Datin/Tuan/Puan,

PEMAKLUMAN SEMAKAN STATUS PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA

Dimaklumkan PB/Pemohon bolehlah membuat semakan status permohonan persijilan SKM/DKM melalui link di bawah :

https://myspike.my/

SEMAKAN status persijilan kemahiran malaysia

Salurkan segala aduan dan masalah melalui modul Aduan Pengguna MySPIKE. Untuk masalah emel dan katalaluan mohon emailkan kepada myspike@mohr.gov.my atau hubungi helpdesk di talian 03-88862468/2335/5516.

Kerjasama dari semua amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih

Jabatan Pembangunan Kemahiran
Kementerian Sumber Manusia

NOTA:
1. Sekiranya sijil hilang ke rosak, sila baca panduan & muat turun borang dari sini.

2. Tiada no/tarikh keahlian pada Sijil Kemahiran Malaysia

3. Jika minat sambung SKM3/DKM/DLKM ke Degree, sila semak sini

4. Kalau nak mohon SKM tahap lebih tinggi dengan pengalaman kerja anda, sila rujuk sini
 

279 thoughts on “SEMAKAN STATUS PENGELUARAN SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA DAN DIPLOMA KEMAHIRAN MALAYSIA

  1. hi selamat petang , saya student iktbn alor gajah ingin tanya bagaimana kalau sijil jpk hilang? apa patut saya buat untuk dapatkan semula sijil tersebut.

    minta jasa baik tuan /puan untuk tunjuk ajar bagaimana saya dapatkan semula sijil saya

    terima kasih

      1. Saya dah check dalam sistem dan ade data saya pasal skm level 3 tapi belum ada proses lagi atau kene pergi ke jpk area mana untuk mengambil sijil skm saya

          1. Saya ada tanya dekat pusat yang saya ambil.skm.itu tapi dorang tak bagi sijil saya skm tu dan kata kene refer operation sebab ade masalah sedikit sedangkan saya dah habis belajae selama 3 tahun dan habis bile dengar sijil dah ade dorang tak bagi itu sebab saya nak bertanya kalau mengambil sijil skm itu di jpk bole ke ??

          2. Fauzi, rasanya JPK dah beri kepada pusat anda. Jadi, mesti ada sebab mereka tak bagi. Kalau anda rasa tak munasabah, sila laporkan kepada JPK secara formal.

      2. Salam Admin, saya pljr dri kv kuching telah mengambil skm tahap 3 pd bulan Jun yg lepas. Berapa lamakah proses utk pengeluaran sijil saya?

          1. Jadi min, sijil tersebut akan keluar pd tahun ni juga ke atau pd tahun seterusnya ye? Sbb saya nak mohon lanjut belajar tetapi sijil dan slip pengesahan juga masih tiada dlm sistem MySpike..

      1. Kalau gitu, anda kena tunggu DKM anda dari Pusat Bertauliah anda. Kalau dah >3 bulan, tanya mereka apa statusnya.
        Kalau masih tak dapat jawapan & tiada rekod di skkm.gov.my, sila hubungi pejabat JPK di 03-88865589

        1. Assalam, saya nak tanya, saya pernah dilantik pada tahun 2003 sebagai pegawai penilai. saya pernah mengikuti Kursus Induksi Pentauliahan persijiln kemahiran malaysia 2005. Jadi saya nak tanya, betulkah ini bermakna saya sepatutnya ada kursus VTO, VTO – Vocational Training Officer (nama lama – kod I-031-3) / Pegawai Latihan Vokasional?

          Soalannya, bagaimana kita nak semak and print sijil VTO tu?
          dan kemudian nak dapatkan exemption TTT, sebab saya ada baca bila ada VTO boleh dapatkan exemption.

          Sekian terima kasih, kerjasama bantuan sangat dihargai.

          1. Pagi Nurul, betul, anda sepatutnya sudah ada sijil VTO kalau pernah dilantik sebagai PP.

            Sila semak rekod anda dalam myspike.my tapi kalau tiada rekod & sijil anda telah hilang, anda kena cari balik apa sahaja dokumen yang boleh membuktikan anda dah ada sijil VTO (keputusan PPL, no siri sijil dsbgnya)

            Lepas dapat sijil VTO barulah fikir pasal dapatkan pengecualian TTT.

      2. Hi…saya nak tnya..sy dah habis level 3..tp sijil level 3 tak dpt..kolej pulak dah tutup..semak dalam sistem tak ada senarai..bukti pulak kelulusan pulak saya tak ingat simpan mana..cuma yg ada bukti pembayaran ptpk..ada solusi utk sy dptkan sijil level 3 saya tak??

        1. Endy, sekiranya belum menerima sijil dari pusat bertauliah dan pusat bertauliah itu telah pun ditutup, Endy boleh kemukakan surat rasmi kepada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan sertakan bukti kehadiran semasa pengajian di pusat bertauliah berkenaan berserta portfolio pelatih.

      1. Dlm sijil pelajaran malaysia vakilsional 1991 saya ada mata pelajaran kemahiran.. jadi sijil kemahiran saya hilang.. dimanakah perlu saya ambil semula sijil kemahiran yang hilang tu..

        1. Maaf Sakima, anda perlu rujuk dengan Kementerian Pendidikan Malaysia sebab sijil anda tu bukan Sijil Kemahiran Malaysia

      2. Saya belum ambil SKM tahap 2 sebab kolej kkbn pontian telah tutup macam mana saya nak ambil sijil saya

  2. saya bekas pelajar ilp,selepas tamat course.saya tidak penah ambil sijil saya…bagaimana cara utk saya dptkan sijil saya smula

    1. Kalau dah ad sijil skm 1&2 khusus tersebut..Boleh ker nak sambung kembali tahap 1,2dan3 kat mana ii intitusi kemahiran..sambung atas khusus yang sama..maksud mengulang kembali khusus tpi lain intitut

  3. Assalamualaikum di sini saya ingin bertanya saya belajar di ikm lumut selepas habis belajar terus berkerja dan sijil tersebut saya tak ambil sebab habis convo tersebut sijil masih belum siap. Sekarang ni sijil sudah tiada bila cek dekat ikm sijil tersebut tak simpan saya belajar tahun 2000 – 2001. Bila cek dekat jpk tiada rekod dan telah hubungi pihak mara kata kena cek dekat jpk jugak kenapa boleh jadi macam ni. Sbb mara tidak mengeluarkan sijil tersebut. Di tempat kerja saya dipelukan ambil sijil tahap 3 untuk selaraskan semua jawatan sebagai foreman. Saya dah buntu dgn masalah ni minta pihak tuan dapat menolong saya.

  4. slm
    saya lepasan ilp (diploma) dan telah selesai membayar yuran (tidak membuat pinjaman ptk)
    so saya hanya dapat 3 sijil setelah selesai pengajian
    sijil skm 1,2,3 saya pihak ilp masih pegang ke ada pada siapa??
    grad 2016

    bila check status sijil di link atas tiada sebarang maklumat

    mohon pencerahan

  5. SAYA ADA BUAT SKM TAHAP 2 DAN 3 DALAM PROGAM PPT.SAYA TELAH DISAH KAN LULUS..BAGI MENGETAHUI SIJIL DAH SIAP.SAYA PERLU MINTA DENGAN SIAPA.SAYA NA GUNA UNTUK TEMU DUGA SPA.

  6. Saya redzuan bin bakri. Pelajar ikm kk.. bagai mana nak chek nama saya yg sudah daftar skm tahap 3 aircond

    1. Maaf Redzuan, anda kena semak dgn IKM KK. Sepatutnya kalau dah daftar, ada resit pendaftaran & senarai nama pendaftaran dari JPK dan kamu sepatutnya masukkan dalam portfolio calon.

  7. Salam, saya nak bertanya, sijil skm3 saya ada pada kawan saya, pada hari pemberian sijil saya mintak kawan baik saya ambilkan sebab saya berada di perak, kawan saya ada di tempat saya belajar selangor. Pada hari saya datang rumah nak ambil sijil dia cakap ada pada anak sedara dia sebab rumah selerak cat untuk hari kenduri, nanti dia pos, bila saya mintak suruh pos,dia cakap nak pos tapi sampai sekarang tak pos, saya nak smbung belajar ambik vto pon susah sekarang, boleh ke mintak balik sijil skm tu dari pihak jabatan kemahiran malaysia terus, sebab saya tidak mahu bergaduh dengan kawan saya kerana macam macam alasan dia bg sampai satu masa dia cuma baca sahaja wassup saya tanpa reply bila saya mntak no tracking pos laju. Sedih sangat sebab saya nak sambung vto tak dapat sebab sijil tu tiada.

  8. Assalamualaikum..sya pelajar dari iktbn chembong..dh sem 4 tp sya tak pernah tau cgpa berapa..bila check kt ekampus tidak ada

  9. Asalamualaikum..wbt
    anak saya mendapat diploma kemahiran malaysia tahap 4 penyelenggaraan pesawat.
    nak mohon masuk IPTA awam perlukan transkrip..dimanakah saya boleh dapatkan transkrip diploma tersebut?

  10. Salam sejahtera.
    Sijil vto saya hilang macam mana nak mohon sijil ganti sebab panduan dan surat akuan yang ada hanya untuk sijil skm dan dkm.

  11. Saya ingin cuba untuk mendapatkan diploma kemahiran original saya di tempat saya menuntut tapi akademi tempat saya menuntut itu suda ditutup. Di mana saya boleh berurusan untuk mendapatkan diploma dan sijil2 skm tahap 2 dan 3 saya?

  12. Boleh kah sijil peringkat pertengahan mlvk dari ilp dinaik taraf ke diploma atau sebagainya….kursus di ilp tahun 89 hinhga 91

    1. Hamdan, anda boleh mohon SKM3 dgn sijil pertengahan anda.
      Lepas tu, mohon DKM secara PPT dgn pengalaman kerja yg anda ada.
      Boleh rujuk sini – SKM-PPT

  13. Salam admin , sy nak tanya . suami sy pernah ambil SKM pada tahun 2008 . jadi , sijil dia telah hilang . sekarang , dia ingin mendapatkan semula sijilnya , namun dia telah lupa tentang detail SKM nya dulu . sy ada terbaca , jika borang permohonan tidak lengkap , borang tersebut tidak akan dilayan . jadi , macam mana ye suami sy nak dapatkan sijil nya kembali ?

  14. Salam En Abdul Ghani, adakah anda telah dilantik sebagai PPL selepas ambil induksi masa tu?
    Dan bulan berapa yg anda ambil sijil tu?

  15. Salam, nak tanya saya kv rintis. Kalau sijil hilang macam mana ye? Belajar 4 tahun (2012-2015) tapi tak habis ojt.

  16. Saya telah tamat SKM tahap 3 tetapi tidak pernah dapat apa2 sijil Dan apa bila mintak tempat pertauliahan tidal dapat memberi.

  17. Saya telah tamat dkm kktm bulan 12 2018..masa konvo saya tak pergi..dimanakah saya boleh tuntut sijil dkm saya?

    1. Salam admin. Sy pernah ambil kursus electrical SKM tahap 1 dikolej sibertek bangi. Tapi kolej itu dah tutup. Kat mana sy nk dapatkan sijil tu balik

  18. As salam admin mcm nak dpt kan semula sijil SKM tahap 1.2…. Kolej tu dah pindah…. Sya x ambl lgi sijil saya tu dri tahun 2009..

  19. Salam..anak saya belajar di sebuah college utk sijil skm 2/3 dan diploma cng 6 bln..tempuh yg ditetapkan 27 bln termasuk practical.skrg pihak college salahkan jpk kerana persoalkan hour tak cukup..utk pengetahuan anak saya cuma ada kelas 2 hari saje seminggu..saya tak paham ini silap pihak jpk @ college..skrg college suke hati memanjangkan tempoh belajar tanpa ada hitam puteh bersurat..boleh tak saya ambil tindakkan ke atas college ini..@jpk..

    1. Pagi Pn Marlina, 2 hari seminggu? Kursus separa masa ke? Program apa ya? Kolej mana tu?
      Lazimnya, Tahap 2&3 akan ambil masa 18-24 bulan, bergantung kepada program & C&G dilaksanakan serentak, jadi 27 bulan sepatutnya cukup.

      1. Kolej silverpoon dipuchong..saya rasa tertipu tidak seperti dijanjikan.mereka sesuka hati info dekat pelajar.tiada hitam puteh surat @email kepada ibubapa utk sebarang tibdakan mereka.saya cuba tekefon no 03 88865589 utk aduan tidak berangkat..letih saya pikir cara.utk pengetahuan anak saya ambil sepenuh masa..tapi pelik seminggu 2 kali saje.cuti byk..mula saya bising kenape budak sijil dgn diploma sama..mereka ckp nanti bln 3 utk sijil habis utk diploma diteruskan tapi bln 3 tangguh bln 6..tunggu bln 6 ini dapat tahu anak3 ckp sambung bln 9..exam bln 5…suka3 mereka ke? Tu saya nak jpk siasat..klu betui silap mereka sata nak saman silvsrspoon
        .jgn smpi anak3 tak berminat belajar boleh hubungi saya 011-16656020

  20. Hi, Saya SKM tahap 2 yang dikeluarkan oleh MLVK, Tapi bila saya check, nama saya ada tapi tahap belum rekord. No sijil pun dah tak ada.
    Adakah sijil SKM saya tu sah atau tidak?

  21. Assalamualaikum…sy pelajar adtecsa dan kehilangan diploma..apa procedure dan jabatan yg harus sy membuat permohonan semula

      1. Dimana saya bileh dapatkan no sijil saya?dan adakah borang pengeluaran sijil dengan borang permohonan sijil hilang adalah sama?jika berlainan dimanakah saya boleh mendapatkan borang pengeluaran sijil?tq admin

        1. Jamil, no sijil anda tercetak di bahagian kiri bawah sijil anda tapi nampaknya anda tiada sijil anda lagi.

          Borang pengeluaran sijil adalah melalui Pusat Bertauliah anda manakala borang permohonan sijil hilang boleh dapatkan dari Page ni

          1. Terima kasih diatas maklum balas admin.Dimanakah boleh sy membuat permohonan ini?adakah JPK negeri atau putrajaya?

  22. Salam admin…nak tnya Saya bekas student ilpkl batch sesi 1/2015-2016…nak Tahu Macam mane sijil SKM Saya Ni Akan siap…sebab time konvo diorang cakap belum siap lagi..

  23. Salam dan selamat sejahtera, saya telah tamat program kolej vokasional 2016. Saya telah membuat semakan sijil kemahiran malaysia melalui no kp saya, tetapi status semasa mengatakan masih dalam proses percetakan, sejak tahun 2016 hingga sekrg pihak kolej juga mengatakan perkara yg sama. Jadi bagaimana saya boleh dapatkan sijil saya tersebut? Boleh bagi pencerahan?

  24. Hi, saya lepasan kv batch 2014. Dah siap konvo tahun lepas tapi check jpk sijil masih belum dikeluarkan. Nak mohon sambung belajar mana mana pun susah sebab bukti tak ada. Kv saya convert dahulunya sebuah smk kemudian tukar kepada kv. Adakah itu jadi masalah? Sebab budak kv lain batch sama 2014 sudah dapt sijil dkm lama dah.

    1. Rujukan sepatutnya dibuatkan kpd BPTV, kerana program @pentauliahan ini melalui Pentadbir Induk BPTV. Namun begitu boleh jugak merujuk dgn JPK, berkaitan pentauliahan KV, mungkin pada 2012/13 bukan semua program di KV ditauliahkan oleh JPK.

      Persijilan di KV ada majlis SENAT yg tersendiri yg mengesahkan persijilan@ketrampilan pelatih tersebut.

      Sila hubungi kaunter (03-88865589) untuk disambungkan kepada unit berikut:
      Penyelaras Program BPTV (di JPK):
      Aizudin Saedon,
      Fazlynda Abd Halim,
      Arif Abd Ghani,
      Uda Hamdan
      Harap dapat bantu.

    1. Helmi, Ketua Pengarah JPK baru sahaja dilantik, memang ada tunggakan sijil sejak bulan Mac 2019. Harap sabar ya

  25. Assalamualaikum. Tumpang bertanya.
    Apakah langkah y perlu saya ambil untuk mendapatkan semula kesmua document saya y hilang iaitu sijil SKM 1,2,3, sijil IT dri institute y sama, dan lain2 termasuk surat beranak saya. Mahon bantuan penjelasan.

  26. Assalam..
    Anak saya bekas pelajar kv klang..svm thn 2017 ..seperti sedia maklum..belajar di kv mengambil masa 4 tahun utk diploma..tp anak saya diberhentikan pd thn akhir(thn 4)..
    Saya nk tanya..adakah anak saya blh ambil sijil vokasional malaysia di kolej tersebut..?masih ada disimpan di kv klang atau dimana nk tuntut jika tiada dlm simpanan kolej?

    1. Salam Pn Arnita, jika anak diberhentikan, maksudnya tak tamat kursus. Jadi mana pula ada sijil dianugerahkan?

  27. Assalammualaikum.. Selamat pagi.. Saya belajar dekat ikbn alor gajah dulu.. Amik aliran electrical PW2.. Sijil (Suruhanjaya Tenaga) saya hilang.. Macam Mana saya nak dapatkan sijil tu balik..

  28. Salam. Saya habis kemahiran SISTEM KOMPUTER TAHAP 3. Saya belajar 1 tahun setengah di uic mantin. Saya sudah habis exam bulan Mei 2019. Nak tanya? Sebab saya sekrang nie nak sambung diploma di kolej yang sama tapi result sijil kemahiran belum keluar lagi. Mcm mana ya?

  29. Salam sy muhammad fitri, sy dari institut kemahiran mara lumut, adakah sijil senibina saya, setaraf dengan Sijil kemahiran tahap 2 atau pun 3 ?

  30. Salam admin,

    Saya belajar dibwh Majlis Latihan Vokasional (MLVK) Tahap 2. Setelah habis belajar saya hanya diberi Salinan Original ‘TESTIMONIAL’ sahaja oleh pihak agensi saya belajar tersebut (pada masa itu dia kata sijil tidak dpt dikeluarkan dan saya takde bukti). Mcm mana saya nk dapatkan salinan original sijil MLVK saya tersebut?
    Dan kalau saya tidak didaftarkan/tiada maklumat mcm mana?

    1. Nurazah, kalau nama anda tiada rekod dalam sistem skkm ni, ada kemungkinan besar anda tidak didaftarkan langsung. Sila kemukakan sebarang bukti yg ada kepada pihak JPK untuk buat siasatan lanjut. Hubungi no yang ada dalam no artikel ni.

  31. Assalamualaikum min dan selamat pagi…boleh saya tahu ext no di jpk putrajaya untuk bahagian sijil hilang@rosak?call tel:03-88865589 tak ada org pick up..thanks min

    1. En Jamil, dah hantar dokumen sokonngan untuk gantian sijil ke?
      Kalau dah dan masih ada isu, baru hubungi 03-88862468.

  32. Salam Tuan Puan
    Saya ingin bertanya.. sijil skm tahap 1 saya ada.. cuma sijil pointer tahap 1 hilang.. perlu buat dekat mna ya?

  33. hi, selamat petang.
    saya lepasan kolej vokasional dan telah mengambil ujian PPT pada tahun lepas. di sini saya ingin bertanyakan tentang status pengeluaran sijil atau diploma kemahiran saya. saya masih tidak mendapat pemberitahuan berkenaan sijil walaupun sudah setahun dari tarikh saya bergraduasi. Adakah proses memang memerlukan masa yang lamaa??
    benarkah kami graduan KV memiliki pengiktirafan pihak JPK seperti yang diberitahu. ?

    1. Hi Azyan, sila rujuk dengan KV ataupun nombor yang diberi.
      Untuk maklumaman, sijil SKM biasanya ambil masa 2-3 bulan sahaja untuk dicetak & dipos kepada pusat latihan kemahiran masing-masing.

    2. Hi Azyan, sila rujuk dengan KV ataupun nombor yang diberi.
      Untuk maklumaman, sijil SKM biasanya ambil masa 2-3 bulan sahaja untuk dicetak & dipos kepada pusat latihan kemahiran masing-masing.

  34. Assalamuailaikum,bagaimana cara saya nak dapatkan sijil skm tahap 3 saya,dah lama agak dlm 8 ke 9 tahun yg lepas,tahap 2 saya dah dpt.tapi tahap 3 masih belum dpt sehingga ke harinie.kolej yang belajar dlu pun dah tutup.jadi bagaimana?ada tak cara untuk saya dapatkan sijil skm tahap 3 saya kembali.

    1. Fazli ada salinan keputusan tak? Apa rekod yang ada?
      Kalau apa pun takda, mungkin payah sikit.
      Cuba hubungi no yg ada diberikan dalam artikel ni

          1. Hi admin. Sy graduate DKM ilp. Sy hanya diberi oleh ilp diploma 1 bahasa sahaja iaitu dalam bahasa melayu, yg bahasa engglish tak dapat. Macamana sy nak dapatkan DKM sy yg dalam bahasa engglish?

          2. Hassan, sila buat Surat permohonan Dan sertakan Salinan DKM kpd:

            Unit Persijilan
            Jabatan Pembangunan Kemahiran
            Tingkat 7 – 8, Blok D4, Kompleks D,
            Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
            62530 Putrajaya

          1. tak ada salinan keputusan dah lama mungkin dah hilang,maksud saya pembiayaan dari ptpk saya dah dapat untuk tahap 2 dan 3,tapi saya cuma dapat sijil tahap 2 sahaja.

        1. Sha, untuk SKM, anda boleh dapatkan klik pautan ke Panduan dari laman ini.
          Untuk DVM & SVM, sila rujuk dengan KV anda.

  35. ok,kalau begitu saya akan ambik semula skm tahap 3..sebab perancangan nak sambung semula untuk dkm tahap 4.cuma dari segi pinjaman ptpk saya rugi untuk tahap 3

  36. Anak saya belajar kursus Hospitaliti (pesajian makanan) daripada IKBN. Sekarang telah sambung belajar di CIAST untuk latihan mengajar dan sekarang telah diterima masuk di Kagumas Culinary Academy untuk menjalani latihan pratikal hampir sebulan.
    Persoalannya; a) Samada Pusat latihan ini pusat telah mendapat tauliah / telah iktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) kerana difahamkan pemilik maklumkan syarikat ada tauliah.
    b) Pihak CIAST ingin pelajar membuat Li ditempat yang bertauliah dan perlu mencari tempat lain yang diiktaf jika kolej tersebut tiada tauliah.
    c) Kami tiada maklumat kolej swasta yang ada kursus hospitaliti (pengajian makanan) dan mohon bantan berikan maklumat mana-man kolej yang boleh kami hubungi segera. Terima kasih
    c)

  37. assalam saya nak tanya , saya belajar di kv selama 3 tahun , tapi saya hanya dapat transkrip sijil vokasional sahaja , boleh ke kalau saya nak sambung belajar pakai transcript tu?

  38. Saya skm penyelia tanaman Institut pertanian kuala lipis AF-010- kenapa saya semak dalam jpk maaf tiada dalam status

  39. Salam.. saya kehilangan sijil DKM dari Adtec Melaka… bila saya pergi hendak mengambil sijil pihak Adtec telah mengatakan telah di pos.. tetapi sampai hari ini saya masih tidak dapat… bagaimana saya nak dapatkan kembali sijil DKM saya yang telah dikeluarkan pada tahun 2010?

  40. assalamualaikum,tumpang tanya,jika sijil skm belum ambil dekat sekolah,dan bila pergi ambil pihak sekolah bagitahu sijil tersebut xde dalam maklumat,sedangkan kawan yang satu aliran dapat sijil tersebut.apa perlu saya lakukan.

  41. salam admin, saya ada dkm tapi bila saya periksa dalam website skkm rekod bagi dkm saya tiada. yang ada cuma rekod skm tahap 3, persoalan saya sekarang adakah sijil dkm saya tidak di iktiraf

    1. Pagi Zairi, ia mungkin kesilapan teknikal di mana rekod DKM anda tidak dimuat naik dlm sistem. Sila hubungi no yang diberikan untuk tindakan selanjutnya.

  42. Assalamualaikum. Saya nak tanya pada tahun 2015 sy Ada ambil sijil skm level 1 & 2 Di sebuah latihan instiusi swasta Saya ambil PPT sebab Saya dah bekerja dan ambil skm level 1&2 sebagai portfolio sy. Masalah sekarang bila sy call n tanya PB lama sy dia tak jawab sijil sy pun sy x tahu Ada lg ke tidak. Tempat sy belajar pun dah tutup. Apa perlu sy buat sekarang?

    1. Syafiqah ada sebarang rekod RPK (yang ada tandatangan PP-PPT & verifikasi PPL-PPT)?
      Kalau tiada rekod dan tiada juga dalam skkm, anda kena mula semula proses permohonan melalui skkm & bayar RM600 untuk 2 tahap.

  43. assalam..sye ad msalah ejaan nama dekat sijil skm svm dan diploma saya.. mcam mne cara tuk sye tukar nama sye tu yea..

    1. Ifatul sila emel/hubungi no yg diberi mengenai sijil SKM anda. Sijl SVM & Diploma anda tu sila rujuk dengan pusat latihan anda

  44. Saya bekas pelajar kolej yayasan pahang. Saya tidak habis belajar tpi skm tahap1 dan 2 saya lulus cume skm tahap 3 saya tidak ambik peperisaan. Macam mana saya nak dpat kn skm1 dan 2 sy

    1. Salam Mohd Hafiz, saya tak pasti Diploma yg anda nyatakan kat Politeknik tu DKM ke Diploma akademik.
      Kalau DKM, tak boleh sebab kena ada SKM3 dulu, bidang sama.
      Kalau diploma akademik, saya rasa kena lihat keputusan SPM anda.

  45. Sewaktu menghadiri krsus induksi pp-ppb awal tahun haritu…diterangkan oleh wakil jpk yg hadir tentang pentauliahan sijil
    Bagi yg memiliki kompetensi A4 atau B0 .,layak di tauliahkan DKM…..
    Boleh tuan ulas perkara ini..?dan jika benar..apa laluan yg perlu saya lakukan… saya memiliki kompeten tersebut.

  46. Sy student dari institut hospitality & tourism (femac) pandan johor bahru, sy nak claim sijil tapi kolej dah tutup. Bila sy conctact dgan org office diorang buat tak tahu je. Apa yg sy kene buat ye?

  47. Assalamualaikum kalau kolej sudah tutup adakah saya masih boleh mengambil sijil saya… Kolej segi seri kembangan

  48. Assalam. Anak saya bru habis SVM course teknologi kimpalan dr Vokasional Temerloh. Tp xdpt sambung DVM. Pensyarah KV syorkan ambik SKM 3.
    1) program SKM tu berapa lama ye?
    2)atau lebih baik ambil di tempat lain?
    Tq

    1. Salam Pn Izan, SKM3 biasanya setahun.
      Selain KV Temerloh, boleh cuba dengan ILP Kuantan ataupun Giatmara Muadzam Shah.

  49. Salam,, mcm mana nk daptkan no keahlian skm, sy dh daftar jpkskkm, tp tak jumpa dimana no keahlian sy, sy dh masukkn no ic, tapi xde maklumat. Sekian terima kasih

  50. Assalammualaikum admin…
    knpe ye sy check skm n dkm yg disahkan oleh jpk xde dlm sistem…
    sy dah cuba check bnyak kali but still xde…or kne tunggu konvokesyen dulu baru msok dlm sistem

  51. Assalamualaikum admin,nk tnya proses menghantar skm/dkm untuk kv memang lmbt ka?sbb check dlm sistem skkm ada ja nama and dh tunggu dekat 3 tahun juga laa dri 2018 smpai 2020,bila tnya pihak kv,mereka kata kena tnya org atas sbb luar bidang kuasa tpi bila tnya org atas krik2ja,harap admin reply la comment saya ni,#cumabertanyajgnmrhya

  52. Agak2 admin laaa ,klau saya call dan tnya pada number yg diberi tu,mereka akn bgi jawapan or akn jawab mcm ni,”kami dh cuba sedaya upaya,apa2 pun tunggu pihak atas settlekan,apa nanti kami maklum semula”.

    Btw terima kasih sbb sudi reply comment saya admin👌

    Number yg diberi tu apa ya?tk ada tulis pun admin,bole bgi tk
    #terimakasih

    1. Irfan, ada dalam post ni ler 😀

      “Sekiranya terdapat sebarang permasalahan pada sistem tersebut (rekod anda mungkin tiada dalam skkm), pengguna boleh membuat aduan pada Sistem Aduan IT dengan menghantar emel skkm@mohr.gov.my atau hubungi helpdesk di talian 03-88862468/2335/5516″. Harap helpdesk dapat bantu.

  53. Assalamualaikum,maaf nk tnya sikit pada admin,skm/dkm untuk kolej vokasional ni klau dpt pada pelajar ,mereka ni dikira tk sbgai kompeten ataupun dpt tk PW4 sebagai wireman sbb pelajar dh dpt tahap 4 kan untuk skm/dkm mereka..

  54. Salam boleh saya tanya mcm mana nak dapatkan transcript diploma saya..Saya dulu belajar di iktbn pagoh dan habis pada 2017 yg lepas

  55. Hi,Sy pelajar KvKeningau.
    Sy telah menerima Sijil Diploma Kemahiran Malaysia Tahap 4 sya dan didapati terdapat kesalahan ejaan pada sijil tersebut. Sy telah muat turun semua borang yang diperlukan untuk membuat permohonan sijil gantian. Persoalan sy di sini,
    1. Bolehkah sy menghantar segala dokumen yang diperlukan melalui pos atau sebarang urusan permohonan sijil gantian ini hanya boleh dibuat di kaunter JPK sahaja?

    1. Avearviana, boleh hantar melalui pos.
      Boleh saya tahu sekarang anda dah kerja belum? Jika dah, kerja di sektor awam ke swasta?

      1. Okey. Persoalan sy ke 2 : pembayaran tu dibuat mcm mana ya? sama ada wang pos atau kiriman wang atau sy boleh masukkan dalam dokumen yang akan sy pos kan nanti?
        *sy suda bekerja di sektor swasta selama 3 tahun.

  56. Hi saya , pelajar dari institut swasta ( One Nation) saya konvo tahun 2019 , tetapi sampai skrg sijil DKM tidak dapat lagi, bila tanya pusat bertauliah kata kementerian tkde kertas sijil, bila say refer JPK & Femac , saya call tiada siapa angkat bagaimana saya nak dapatkan sijil DKM saya ?

  57. Tuan/Puan,
    Saya berminat untuk memohon Diploma Kemahiran Malaysia secara PPT di dalam skim Keselamatan daripada SKM TAHAP 2&3 .Adakah DKM ini akan diiktiraf oleh JPA untuk lantikan perkhidmatan awam ke gred KA29?
    Terima kasih.

  58. saya ingin bertanya di mana saya perlu utk dpt pengesahan utk salinan sijil skm sbb temuduga saya salinan sijil perlu disahkan boleh pihak jkm memberi maklumat

  59. salam,saya dari sebuah pusat latihan .. salah seorang daripada pelajar kita yang tamat
    pada tahun 2014 telah menghilangkan sijil tahap 3 dia, saya telah mengisi borang permohonan sijil hilang,masalahnya.. saya mendapati di bahagian surat akuan sumpah ada memapar NO.SIJIL , tetapi pelajar berkenaan telah lupa nombor sijil,adakah no sijil di surat akuan sumpah tersebut wajib diisi?

  60. Selamat pagi Puan /Tuan
    saya telah menamatkan pengajian dalam Diploma office administration di (kolaj cqtec sunway) jadi
    saya sambung (degree) pengajian separuh masa di open university malaysia…saya perlukan diploma transkrip.saya sudah bertanya di kolej saya..tetapi mereka kelewatan.

    Terima Kasih

    1. Maaf Afiq, ia tak setara dengan SKM3 tetapi bersama dengan pengalaman kerja serta butki ketrampilan yang lain, sijil KK boleh digunakan sebagai salah satu bukti ketrampilan dalam permohonan SKM3 automotif (www.jpkmalaysia.com/skm-ppt)

  61. Saya nak tanya pasal sijil skm saya, saya telah tamat pengajian pada tahun 2009. Sampai sekarang sijil skm saya masih belum dapat, saya sudah beberapa kali bertanya dan meminta sijil tersebut pada pusat bertauliah mereka berkata sijil belum ada di pusat bertauliah. Sampai sekarang bila ditanya pasal sijil tersebut mereka berkata tiada, tidak dapat dikesan dan mereka tidak memberi respon atas pertanyaan saya. Saya ada bertanya pada pihak kerani di pusat bertauliah tersebut dan beliau mengatakan pada tahun pengajian saya ada masalah berkenaan kos saya dan bila ditanya beliau tidak dapat menjelaskan masalah tersebut kepada saya. Saya ada semak nama saya dalam sistem skm dan didapati nama saya tidak didaftarkan. Saya ingin tahu bagaimana saya nak dapatkan sijil skm saya? Sebab kalau saya nak buat tututan sijil pada pihak skm, file yang diminta untuk buat tuntutan oleh pihak skm saya tidak dapat lampirkan sebab file tersebut berkenaan pendaftaran sijil skm daripada pusat bertauliah, dan bila saya bertanya berkenaan form untuk buat tututan sijil berkenaan di pusat bertauliah pihak pusat tidak memberi respon pada saya berkenaan tututan tersebut hingga sekarang.
    Ada cara untuk saya dapatkan sijil skm saya semula?

    1. Daim, sekiranya tidak dapat semak dalam http://www.myspike.my, cuba hubungi JPK di talian 03-88865489.
      Kena sabar untuk dapat pegawai angkat telefon, kalau masih tak dapat, mungkin kena pergi ke JPK Putrajaya, Blok D4.

      Min cuma takut anda tak pernah didaftarkan oleh Pusat Bertauliah tersebut.

      1. Sy sudah tamat diploma dah lama.tp baru kini buat semakan.namun sy dapati sijil diploma sy tidak ada dalam sistem jpk.cuma hanya sijil SKM sahaja.

  62. Assalamualaikum/Salam sejahtera admin, saya tidak habis skm tahap 3 tetapi ikut rekod myspike saya ada skm tahap 2. Boleh ke saya dapatkan sijil tu?.Rasa teraniaya sangat masa belajar dulu. Seorang pensyarah tak nak sign dengan mengelak dari berjumpa dan ilp ada call untuk pulangkan duit elaun yang tidak diserahkan tetapi sampai hari ini duit tu tak dapat.Harap admin tolong saya dapatkan sijil. Saya sudah bekerja. Sijil sekadar bukti penat lelah sahaja.

    1. Sekiranya ada rekod dalam myspike tapi sijil takda/kehilangan, sila mohon sijil gantian hilang.
      Panduan ada di halaman ini.

    2. Assalamulaikum admin? Saya nak tanya macam saya dah konvo, sijil skm tahap 3 saya tak penah amik,Lepastu dah lama sangat saya tidak tuntut bertahun2 di institut sy. Katanya Pihak ilp dah hantar sijil saya ke putrajaya.Dekat mana saya nak rujuk yeah untuk semakan online atau mintak mereka post kan ke? Sebab sekarang musim wabak pandemic. Harap admin dapat bantu saya. Terima kasih

      1. Azizie, anda cuba semak ada tak rekod dlm myspike.my
        Kalau ada/tiada pun, kena rujuk dengan JPK selepas PKP untuk sijil fizikal tersebut.

  63. hi assalammualaikum , saya nak tanya , anak saya pelajar kv tapi dibawah khusus sldn , tahun lepas dia dah tamat sldn tahap 3 selama 2 tahun , jadinya boleh saya tahu dekat mana saya boleh check result keputusan mereka ?

  64. Saya bekas student Kolej Negeri Chedang Campus course Diploma Teknologi Elektronik Industri. Dalam masa yang sama saya ambil kelas SKM sehingga tahap 3. Saya dah ambil sijil tahap 1,macam mana ye utk saya tuntut sijil SKM tahap 2 Dan 3 saya? Sebab dah lama sgt. Masa saya nak ambil sijil tahap 2 Dan 3 hari tu, terdapat kesilapan pada no ic saya, Dan saya x Jadi nak ambil sijil trsebut.

    1. Noor, sijil anda kena tuntut dari Pusat Bertauliah yang anda belajar.
      Sekiranya ada kesilapan pada sijil anda, boleh mohon gantian sijil, sila rujuk Panduan yang boleh dimuat turun dari amana ini.

  65. Hi, maaf sye ingin tahu sebelum ni sye ade mengambil kursus digiatmara dlm aliran teknologi sistem komputer selama 6bulan dan dpt sijil profesional teknologi sistem komputer jadi klu blh sye tahu itu dikira mcm mne ye dan keputusan nye nak tahu mcm mne ye lulus ke gagal , Dan sekarang sijil nye hilang ape patut sye buat

  66. Assalam & salam sejahtera.
    Saya Rabbani. Pernah mengikuti kursus Sijil Elektrik Domestik & Industri (PW4) di Institut Kemahiran Mara Besut. Sehingga sekarang saya belum memperolehi sijil saya. Saya telah menghubungi IKM Besut dan jawapan yang diterima adalah tiada dalam simpanan dan mengarahkan saya menghubungi Suruhanjaya Tenaga Kota Bharu. Saya telah menghubungi STKota Bharu dan diarahkan untuk menelefon Suruhanjaya Tenaga Putrajaya. Saya juga telah menghubungi STPutrajaya tetapi malangnya sijil tersebut tiada dan di suruh menghubungi IKM semula.
    Apakah tindakan yang sepatutnya saya lakukan utk mendapatkan sijil saya?
    Terima Kasih.

    1. Maaf Rabbani, anda kena rujuk dengan IKM juga. Sijil anda tu bukan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), ia bukan dianugerahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)

  67. Admin, boleh sya tahu berapa lama masa yng diambil untuk proses pencetakkan..sebab dh lama dh sya tunggu dari 2019 smpai skrang.

  68. hi selamat petang nak bertanya untuk skm tahap 3(sldn)
    baru tmat tempoh pengajian agak 2 berapa lama ya ambik masa untuk proses sijil
    sekiranya tamat pengajian dah ada nama dalam sistem ke ? sbb perlukan sijil tu untuk ambiksijil vto

  69. Hi nak tanya…sye dah habis konvo..diploma dah dapat..tapi transkrip diploma tu tak ade dah minta kat kolej pun kolej ckp transkip tak simpan..so ade cara lain tak untuk dapatkan transkrip diploma sye tu

  70. Salam admin, sy bekas penuntut di Kismec sungai petani tahun 2002-2004 utk SKM 1,2 & 3.
    Utk SKM 1 sy dapat tp salah IC , sy pulangkan balik sijil tu , kemudian dpt SKM 2(betul) tp utk SKM 1 x dapat balik.

    Selepas kursus SKM 2 sy terus sambung SKM 3 (9 feb 2004 – 9 ogos 2004) tp smpai sekarang sy tak terima sijil SKM 3, cuma ada surat pengesahan dr KISMEC.

    Sy daftar MSPIKE tp yg tertera hnyalah SKM 2 shj.

    Masa IV kerja dulu sy guna SKM 2 dan surat pengesahan SKM 3 tu sahaja.

    Macamna sy nk tuntut SKM 1 & SKM 3 sy tu ya?

  71. Assalamualaikum, saya nak tanya mcm mana nak dapatkan transkrip SKM?. Saya belum convo dan perlukan bukti SKM untuk proses temuduga. Dah contact kolej saya tapi mereka tak ada apa-apa maklumat lagi pasal convo. Boleh bantu saya?.

    1. Maaf Aidil, sila rujuk dengan kolej anda. Cuba dapatkan slip keputusan dulu sementara menunggu Sijil SKM anda.

  72. Tamat belajar 2016 …dh berkali call pihak kolej untuk dpt kan sijil skm tpi tak dilayan …macam mne sye nk dpt kan sijil skm saya?

  73. Macam mana sye nk dpt kan sijil skm saya…sbb tak dapat ambil dekat kolej sye pindah rumah jauh tk dapat ke kolej untuk ambil sijil skm….blh sye tahu macam mana nak dapat kan sijil tu?

    1. Sekiranya betul apa yg anda katakan, kolej dah pindah dan anda jauh dari kolej, boleh minta mereka kurier sijil anda (tanggungan anda sendiri).

  74. Saya telah mengikuti krusus INDUKSI PP-PPD-PPB,INDUKSI SLDN WILAYAH SABAH DAN COCAH TRNING.
    Dan ada sijil skm 2
    & 3 pakaian lelaki..
    Saya ingin memohon utk buat kelas..
    Sama siapa saya minta tlg utk proses permohonan..

    Saya dalam bidang jahitan 25 tahun bermula dari 1997 sehingga kini.
    Sekian terima kasih

    1. Pn Amini, anda boleh tawarkan kursus anda begini sahaja sekiranya tidak melibatkan Sijil Kemahiran Malaysia.
      Sekiranya ingin tawarkan Sijil Kemahiran Malaysia kepada pelajar/pelatih anda, anda perlu mohon dengan Jabatan Pembangunan Kemahiran.

      Namun, puan perlu kenal pasti samada kaedah SLaPB atau SLDN yang lebih sesuai untuk perniagaan anda.

      Semua maklumat ni telah diterangkan semasa kursus induksi yang anda telah hadiri. Sekiranya masih ada kemusykilan, boleh hubungi min di 012-3123430

  75. Sorry, bukan CGPK tapi CGPA. Saya belum ambil Sijil SKM di Tempat saya belajar. Jadi, macam mana ya nak semak CGPA SKM 3 saya? Boleh semak secara online ke?

  76. Hai. Jika saya nak semak keputusan SKM saya secara online, nak cek di link mana ye? Dan sekiranya nak dapatkan sijil SKM tu, bagaimana caranya? SKM saya ambil pada tahun 2000/2001

  77. Asalamualaikom macam mane saya nak keluwarkan sijil originel KURSUS INDUKSI PENTAULIAHAN PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA (pp,PPD,PPB) saya hanye dapat salinan fotostat aja..Yang orijinal x dapat sebab dia kate sijil tidak boleh di pos..minta penjelasan ye

    1. Muhammad Khairi, boleh tahu bila anda ambil kursus induksi anda?
      Selepas Jan 2020, semua sijil induksi adalah dalam bentuk e-sijil, dalam akaun myspike.my anda

  78. Salam tuan, nama saya pada sijil skm tahap 3 tidak lengkap satu huruf. Jadi apa perlu saya buat ya dan bagaimana ya. Mohon penjelasan tuan. Terima kasih.

  79. maaf, saya ingin bertanya jika saya nak kan result exam saya skm 3 ni bagaimana ye? sbb yang dapat sijil, result tiada, saya memerlukan result ini untuk permohonan kerja

  80. Hello ingin bertanya, saya adalah calon skm tahap 3 kohort 2021 yang telah menduduki peperiksaan skm pada tahun ini, saya telah menyemak status sijil saya di dalam sistem tapi masih belum ada dan soalan saya disini bolehkah pihak JPK comfirmkan tarikh sijil skm tersebut telah ada di dalam sistem ? terima kasih admin.

    1. Hi Fredo, sekiranya belum ada dalam akaun myspike.my anda maksudnya sijil belum diproses. Sila sabar ya, biasanya ambil masa 2-3 bulan juga.

  81. Assalamualaikum sy pernah ikuti kursus terapi estetik 123 dah dah dapat sijil tp sijil hilang bila check data sy tak da. Tempat sy belajar tu pun dah wujud boleh ke dapat balik salinan sijil

  82. Anak sy skm tahap3 kv.anak sy nk mohon belajar ke diploma tempat lain .tp sijil skm x dapat lagi.bila n macam mana ye nk dapat kan sijil tu

  83. Sy nk tnye apa status sijil kemahiran dr giatmara 2001. Asben sy amik kursus pendawaian elektrik domestik. Dlm sijil tersebut hanya tertera sijil kemahiran pendawaian elektrik domestik shj. Tiada tertera tahap 1,2, or 3. Ini menyukarkan utk mengisi borang2 pekerjaan. Mohon pencerahan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *