Mesej kepada anda yang ingin menjadi tenaga pengajar kemahiran: Malaysia – dan dunia – bergantung kepada anda. Masa depan kita akan maju dan tumbang bersama graduan kemahiran, pembangun negara kita.
Tenaga Pengajar Kemahiran - SLaPB & SLDN
Pengajar kemahiran di Pusat Latihan Kemahiran (PLK) awam seperti di CIAST/KV/ADTEC/ILP/IKBN/GiatMARA atau PLK swasta tidak sama kelayakkannya jika anda berminat menjadi seorang pensyarah di kolej/universiti swasta/awam untuk program akademik.
Lebih ramai lagi yang mungkin tidak tahu bahawa pengajar kemahiran ini sebenarnya ada 2 kategori, satu di Pusat Latihan Program Bertauliah (SLaPB) dan satu lagi di Pusat Latihan SLDN di bawah Sistem Latihan Daul Nasional (SLDN).
Sistem Latihan Program Bertauliah - SLaPB
Sebelum tu, baik kita lihat definisi Tenaga Pengajar dari konteks Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) kerana ramai yang sentiasa keliru dengan dua definisi ni.
“Tenaga Pengajar” ertinya personel di pusat bertauliah yang memenuhi kelayakan dan diperakui oleh Ketua Pengarah untuk mengajar pelatih di pusat bertauliah yang ditetapkan;.
“Pegawai Penilai” ertinya personel di pusat bertauliah yang memenuhi kelayakan dan diperakui oleh Ketua Pengarah untuk mengajar dan menilai keterampilan pelatih di pusat bertauliah yang ditetapkan;
Pegawai Penilai dan Tenaga Pengajar - Apa Bezanya Dari Segi Syarat Lantikan?
a) Dari kriteria TP & PP di atas, jelas menunjukkan kedua-dua PP dan TP WAJIB lulus kursus induksi PP/PPD/PPB.
b) Dari segi pemilikan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) atau Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM), adalah TIDAK WAJIB untuk TP tetapi WAJIB untuk PP.
Sekiranya anda ada pengalaman kerja dalam bidang kemahiran anda (> 3 tahun ke atas secara amnya) tetapi masih tiada SKM lagi, bolehlah mohon SKM secara PPT.
Ia berdasarkan pengalaman kerja & bukti ketrampilan, tak perlu ikuti kursus berbulan/tahun lamanya)
c) PP WAJIB ada Sijil Pegawai Latihan Operasi/Vokasional (I-031-3:2014)@VTO atau TVET-i
– syarat asas lantikan sebagai Pengajar Vokasional Bertauliah atau Sijil Teknik Mengajar yang diiktiraf oleh JPK (rujuk jadual di bawah).
d) PP-M (PP Modular) WAJIB ada SKM/CU dalam Program berkaitan serta sijil VTO/TVET-i atau Sijil Latihan Pengajar (NCS-TTT).
Nak tahu lebih lanjut mengenai peranan & tanggungjawab PP berbanding TP bolehlah baca di sini.
Gaji Tenaga Pengajar Kemahiran/Gaji Tenaga Pengajar Vokasional
Gaji purata adalah antara RM1,600-2,300, bergantung kepada pengalaman, kelayakan, bidang dan tempat Pusat Bertauliah tersebut.
Bidang kemahiran apa yang boleh menyertai Kursus VTO?
Tidak kira bidang kemahiran apa pun, anda boleh menyertai kursus VTO sekiranya ada Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) 3 sebarang bidang.
Nak tahu apa itu kursus VTO serta kelebihannya selain syarat untuk lantikan sebagai Pegawai Penilai, boleh baca lebih lanjut:
a) Kursus VTO
b) Kelebihan sijil VTO
Peluang Kerja di Pusat Bertauliah (PB SLaPB)
Anda perlu tahu mana nak cari kerja selepas anda memenuhi kelayakan samada sebagai Tenaga Pengajar ataupun Pegawai Penilai.
Boleh cari dari sini. Cari ikut program anda dulu, kemudian negeri yang anda kehendaki.
Mohon Kursus Tenaga Pengajar Kemahiran @ VTO (Bagi Lepasan SKM3, Tanpa Pengalaman Mengajar Bidang Kemahiran)
Mohon Kursus Latihan Tenaga Pengajar @ NCS-TTT (Tanpa Pengalaman Mengajar Bidang Kemahiran)
Mohon Sijil Tenaga Pengajar Kemahiran @ TVET-i (Bagi Yang Ada Pengalaman Mengajar Bidang Kemahiran)
Jika anda ada >5 tahun pengalaman mengajar latihan kemahiran, bolehlah mohon TVET-i secara PPT.
Sekiranya tidak tahu konsep NOSS, pembangunan WIM yang diperlukan untuk pembentangan VTO-PPT nanti, boleh ikuti bengkel TVET-i PPT.
Sistem Latihan Dual Nasional - SLDN
Tenaga pengajar kemahiran di pusat SLDN yang menjalankan latihan kemahiran teori (20-30%) inilah yang ramai mungkin tidak tahu kewujudannya.
Berbanding dengan Sistem Latihan Program Bertauliah (SLaPB), syarat untuk menjadi tenaga pengajar di pusat SLDN adalah jauh lebih ringkas.
Jadi, anda nampak apa bezanya antara tenaga pengajar kemahiran di Pusat Bertauliah (SLaPB) dan Pusat SLDN?
TP di Pusat Bertauliah SLaPB – Cuma perlu sijil induksi PP-PPD-PPB
*(Namun, PB SLaPB perlukan PP, bukan TP sahaja. Jadi lebih baik untuk ada SKM & VTO sekali)
TP di Pusat SLDN – Cuma perlu sijil induksi SLDN, SKMDKM/Dip/Ijazah bidang berkaitan dan pengalaman mengajar bidang berkaitan.
Setelah pusat ditauliahkan nanti, perlu juga ikuti kursus NDTS Trainer Training Programme.
Peluang Kerja di Pusat/Syarikat SLDN
Anda perlu tahu mana nak cari kerja selepas anda memenuhi kelayakan sebagai Tenaga Pengajar SLDN.
Boleh cari di sini. Cari ikut program anda dulu, kemudian negeri yang anda kehendaki.