Tag Archives: Sijil Pengajar Vokasional

10 Kelebihan Sijil Kemahiran Malaysia – Pelbagai Peluang Menanti Anda

Kelebihan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)

10 Kelebihan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)? Ada banyak tu ke?

JOM kita terokai apa kelebihan sekiranya anda ada Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) atau lebih tinggi lagi, Diploma/Diploma Lanjutan Kemahirna Malaysia (DKM/DLKM).
Persijilan Kemahiran Malaysia ini dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia. Anda boleh:

 

Dari segi pekerjaan. Anda boleh:

1. Terus bekerja sebagai pembantu bahagian operasi atau pembantu mekanik dengan syarikat/orang perseorangan tertentu.  Pastinya anda lebih menjadi rebutan berdasarkan kemahiran yang anda miliki. Ini kerana pihak syarikat tidak perlu memberi latihan lagi kepada anda. Anda boleh rujuk Panduan Gaji Permulaan 2020 untuk 200 pekerjaan terpilih dari sini.

Kelebihan Sijil Kemahiran Malaysia | TVET Malaysia

 

2. Diterima bekerja di sektor awam/kerajaan. Contohnya Penolong Pegawai Latihan Vokasional/Pegawai Latihan Vokasional.

Kelebihan Sijil Kemahiran Malaysia - Jawatan Penolong Pegawai Latihan Vokasional | TVET Malaysia

 

3. Kerja secara freelance – Kemahiran yang dipelajari boleh digunakan untuk memberi perkhidmatan atau jalankan perniagaan sampingan.

Contohnya pemegang Sijil Kemahiran Malaysia elektrik (kursus elektrik) boleh melakukan pendawaian elektrik, pelajar kursus kulinari boleh masak dan jual makanan secara online, kursus komputer (sistem komputer) boleh membaik pulih dan menyelenggara komputer dsbgnya.  Dengan kemahiran ini juga dapat menjana pendapatan sampingan.  Pastinya dengan SKM yang anda miliki memberi keyakinan kepada pelanggan.

Kelebihan Sijil Kemahiran Malaysia - Pendawai Elektrik | TVET Malaysia
Kursus Kulinari
Baik Pulih Komputer

 

4. Anda boleh membuka perniagaan sendiri – sesetengah PBT perlukan SKM untuk kelulusan lesen premis. 
Lulusan SKM berpeluang menjadi seorang usahawan dengan membuka perniagaan sendiri  dengan kemahiran yang dimiliki.  Antara bidang kemahiran yang menjadi perhatian adalah seperti bengkel kereta, bakeri, kedai jahitan, salon dan sebagainya.

5. Adakah anda tahu bukan sahaja Sijil Kemahiran Malaysia diterima di industri tetapi juga di luar negeri?
Sudah banyak kes di mana Kedutaan Negara Asing di Malaysia cuma menyokong (endorse) Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) & Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) tetapi tidak sijil-sijil kemahiran/akademik lain, walaupun ia mungkin datang dari UK, Australia atau Germany, kecuali ia adalah dari badan professional yang dikenali dunia (seperti ACCA, CIBTAC, CIDESCO, TWI dsbgnya).

Apakah kepentingan ini? Jika anda ingin bekerja dalam industri kemahiran di Dubai, Australia, China ke mana-mana di luar Malaysia, majikan dan kedutaan rata-ratanya hanya mengiktiraf SKM/DKM/DLKM. Tak percaya? Cuba pergi tanya pegawai di Kedutaan Asing ataupun Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

6. Menjadi Pegawai Penilai ataupun selalu dipanggil sebagai tenaga pengajar / cikgu / guru di PLK- Pusat Latihan Kemahiran samada di PLK awam (seperti di ILP/IKBN/GiatMARA/ADTEC dll dimana kod pusat bermula huruf K ) atau PLK swasta (kod pusat bermula L) atau syarikat konsortium@industri. Syarat minima untuk melayakkan anda sebagai Pegawai Penilai (bukan setakat tenaga pengajar) di PLK ini adalah SKM Tahap 3. Apa yang perlu anda lengkapkan lepas SKM Tahap 3/DKM tersebut ialah ambil Sijil Pengajar Vokasional (VTO / I-031-3:2014) yang boleh diambil di PLK awam seperti CIAST atau PLK swasta seperti I Smart Educare
Satu lagi sijil lain adalah sijil Induksi PP-PPD-PPB.

 

7. Jadi pengajar untuk sistem SLDN. Peranan sebagai Pengajar di Pusat SLDN adalah melatih perantis untuk bahagian teori sebelum mereka menjalani latihan praktikal di dalam sesuatu industri.  Contohnya dalam bidang Teknikal; Kompetensi Pembelajaran & Metodologi; dan Kompetensi Sosial & Kemanusiaan.

8. Berpeluang dilantik sebagai Pegawai Pengesah Luaran (PPL) – Anda juga berpeluang dilantik sebagai Pegawai Pengesah Luaran(PPL). PPL ini merupakan individu penting yang bertugas sebagai wakil JPK untuk membuat pengesahan penilaian dan seterusnya status TERAMPIL/TIDAK TERAMPIL pelajar semasa peperiksaan akhir teori dan amali di Pusat Bertauliah JPK. PPL ni bertindak seperti auditor atau pegawai wazir PLK. 
Syarat bagi lantikan sebagai PPL-SLaPB – wajib ada sijil induksi PP-PPD-PPB & PPL atau PPL-SLDN – wajib ada sijil induksi SLDN & PPL & pengalaman industri bidang SKM yang sama >>10 tahun.

9. Berpeluang dilantik sebagai Pegawai Penilai-Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PP- PPT).
PP-PPT adalah merupakan personel yang memenuhi kelayakan yang ditetapkan dan diberi kuasa oleh Ketua Pengarah untuk menilai pengalaman dan pencapaian terdahulu yang dimiliki oleh calon.  Syarat bagi lantikan sebagai PP-PPT adalah wajib ada sijil induksi PP-PPT & pengalaman industri bidang SKM yang sama >>10 tahun.

 

Dari segi melanjutkan pendidikan (min SKM3). Anda berpeluang :

10. Lanjutkan pengajian ke peringkat:

a) Diploma Kemahiran Malaysia – DKM
DKM ini kelayakannya adalah menyamai atau setaraf dengan Diploma MQA dari universiti awam/swasta. Ia diiktiraf oleh kerajaan bagi tujuan lantikan ke dalam Perkhidmatan Awam (SPA).

Selepas DKM, anda berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat DLKM (Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia) dalam bidang kemahiran yg anda ambil tu.

Tak tahu nak ambil kat mana? Sila isi borang ni.
Jika anda ada sekurang-kurangnya pengalaman kerja 2 tahun ke atas dalam bidang SKM anda dan memiliki SKM3, anda juga boleh pertimbangkan untuk mohon DKM secara PPT (Pengalaman kerja). Sekiranya tidak tahu caranya walaupun telah baca Panduan dan perlukan bimbingan dari A-Z, boleh ikuti bengkel pembangunan portfolio yang dianjurkan oleh ISE Education Sdn Bhd.

b) Diploma Akademik, tanpa SPM
Dengan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dan TANPA SPM , anda juga layak diterima untuk melanjutkan pelajaran peringkat Diploma Akademik di IPTS. Ini adalah perkembangan terbaru (mulai Jan 2021) kerana sebelum ini, anda perlu lulus SPM dengan 1 kredit, bersama dengan SKM3 untuk layak melanjutkan program Diploma Akademik.

 

 

c) Ijazah Pengurusan Industri @ URise

Anda juga boleh pertimbangkan untuk sambung terus ke Ijazah Eksekutif (tanpa MQA), sekiranya anda kerja di sektor swasta, perlukan Ijazah untuk kenaikan pangkat ataupun meningkatkan ilmu dalam bidang pengurusan secara amnya (ia adalah pelengkap kepada kemahiran teknikal anda).

Syarat Kemasukan program URise (Ijazah yang direka khas untuk pemegang Sijil Kemahiran Tahap 3 ke atas, dengan pengalaman kerja-digalakkan) adalah:

1. Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas dan
2. SKM/SPMV/DKM/DLKM ATAU
3. Pengalaman industri >2 tahun

 

Jadi, jangan pandang sebelah mata ye mereka yang memiliki SKM/DKM ini biarpun syarat asas/minima untuk mengambil program SKM hanya berumur lebih 16 tahun, mempunyai minat terhadap sesuatu bidang/program, boleh membaca, menulis dan mengira. Dengan syarat minima ini, lepasan UPSR/PT3/PMR pun boleh diterima untuk melanjutkan pelajaran SKM di PLK(Pusat Latihan Kemahiran) yang diiktiraf oleh JPK.

Takda Sijil Kemahiran Malaysia lagi?

1. Belajar di Pusat Latihan Kemahiran
a) Awam – Sila cari sendiri di sini
b) Swasta – Sila isi borang di sini

2. Melalui Pengiktiran Pencapaian Terdahulu (pengalaman kerja)

Sekiranya anda tak tahu bidang kemahiran apa yang boleh dipersijilkan, sila rujuk Daftar NOSS dari sini (muat turun)

Persamaan dan Perbezaan Pegawai Penilai dan Tenaga Pengajar

(PP vs TP) Pegawai Penilai dan Tenaga Pengajar

PP-vs-TP: Tahukah anda persamaan dan perbezaan pegawai penilai (PP) dan tenaga pengajar (TP)?

Pertama sekali, mari kita lihat apakah takrif kedua-dua istilah ini.

“Pengajar Penilai@Pegawai Penilai” ertinya personel di pusat bertauliah yang memenuhi kelayakan dan diperakui oleh Ketua Pengarah untuk mengajar dan menilai keterampilan pelatih di pusat bertauliah yang ditetapkan;

“Tenaga Pengajar” ertinya personel di pusat bertauliah yang memenuhi kelayakan dan diperakui oleh Ketua Pengarah untuk mengajar pelatih di pusat bertauliah yang ditetapkan;

PANDUAN PELAKSANAAN DAN SYARAT PENTAULIAHAN SISTEM LATIHAN PROGRAM BERTAULIAH (SLaPB) DI BAWAH SISTEM PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA BERASASKAN STANDARD KEMAHIRAN PEKERJAAN KEBANGSAAN
(PERSONEL PENTAULIAHAN
)

 

Ha, nampak tak perbezaannya? Ataupun nampak sama je?

Kepentingan Pengetahuan Mengenai Pegawai Penilai dan Tenaga Pengajar

  1. Paling penting sekali, anda tahu apakah kriteria lantikan PP dan TP supaya tidak silap mengikuti kursus dan membazir wang dan masa mengikutinya!
Kursus Induksi JPK -Syarat Kelayakan Personel SLaPB - KAPPK
Kursus Induksi JPK - Syarat Kelayakan Personel SLaPB - COPTPA

a) Dari 2 jadual di atas, jelas menunjukkan kedua-dua PP dan TP WAJIB lulus kursus induksi PP/PPD/PPB.

b) Dari segi pemilikan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) atau Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM), adalah TIDAK WAJIB untuk TP (dan PP jika bawah pentauliahan COPTPA) tetapi WAJIB untuk PP (pentauliahan KAPPK) 

c) Juga, PP WAJIB ada Sijil Operasi Latihan Vokasional @ VTO  atau Pengajar TVET @ TVETi (yang merupakan syarat asas lantikan sebagai Pengajar Vokasional) atau Sijil Teknik Mengajar yang diiktiraf oleh JPK (rujuk jadual di bawah).

 

Jika anda ada sijil NCS-TTT sahaja, anda cuma boleh dilantik sebagai PP program Modular sahaja

2. Kedua, anda perlu tahu peranan dan tanggungjawab PP & TP.

4.6.1 Peranan dan tanggungjawab Tenaga Pengajar (TP)
a. Mengajar pelatih dengan kebolehpercayaan, telus dan sahih;
b. Mematuhi arahan yang ditetapkan oleh PP

Gabungan PP & TP

Sekarang, mari kita lihat bagaimana untuk menggunakan PP & TP untuk mengoptimumkan kapasiti pelatih di Pusat Bertauliah SLaPB anda.

Jika anda berminat jadi Pegawai Penilai (PP) tetapi masih tidak memenuhi mana-mana syaratnya, berikut adalah pautan ringkas untuk mendapatkan kelayakkan yang diperlukan.

PENIPUAN! Adakah PERUNDING TVET (kursus induksi/SKM/SKM-PPT/VTO) anda bercakap benar??

Penipuan - Berhati-hati

If you don’t understand BM well, can always email or call us for further explanation OR read the English version here.
如果您不太了解马来语,可以随时发送电子邮件或致电我们进一步了解详情

Sejak 2001, min berkecimpung dalam bidang latihan kemahiran ni (terutamanya yang berkaitan dengan JPK), macam-macam kes penipuan telah min jumpa/dengar.

Berikut adalah senarainya, tak terhad kepada ini sahaja (mungkin min lupa atau tak pernah dengar/jumpa tapi memang berlaku):

1. Sijil induksi PALSU – Sebelum ni, tahun 2000an, memang ada sesetengah penganjur yang hit & run, cetak sijil sendiri & JUAL kepada peserta (tak perlu ikuti kursus). Ia samalah seperti penjualan sijil/diploma/ijazah di universiti ataupun sijil cuti sakit. Namun, pihak Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) telah mengambil langkah untuk membendung perkara ni dari berlanjutan dimana:
a) Penganjur tidak boleh cetak sijil sendiri lagi
b) Sijil telah ada ciri-ciri keselamatan (bukan setakat no siri sijil sahaja) – itu yang menyebabkan kekadang sijil dapat lambat sebab JPK kehabisan sijil & perlu tunggu stok dari Percetakan Nasional Malaysia

TIPS: Cari penganjur yang sudah lama (> 10 tahun kalau boleh) & kerap menganjur (lebih 6 kali setahun) kerana mereka tidak berani bertindak sebarangan & juga senantiasa mengikut perkembangan terkini. Ia juga mengurangkan kemungkinan penganjur menunda kursus induksi berkali-kali, ia berlaku terutamanya penganjur adalah baru dan tiada peserta berkumpulan besar.


2. Bukti PALSU – Ini kerap berlaku terutamanya dalam permohonan SKM secara PPT.

Ini mungkin salah sesetengah pemohon, ada yang sememangnya tahu dia tak layak tapi BAYAR perunding untuk kaodim, biasanya beribu-ribu.
Macam mana min tahu? Sebab ada kisah benar yang diceritakan oleh PPL-PPT (Pegawai Pengesah Luaran yang mengesahkan penilaian PP-PPT).
Cth: Ada seorang lelaki yang langsung tak pernah terlibat dengan kecantikan (cuma ada perniagaan dalam bidang ni) mewujudkan bukti palsu (gambar/invois/sijil) tapi telah digagalkan oleh PPL-PPT yang memegang amanah beliau. Apa yang menggeramkan min adalah dengar khabar setelah calon (melalui perunding) minta PPL-PPT ditukarkan, calon tu LULUS.
Geram betul, calon/perunding/PPL-PPT seperti nilah yang menjahanamkan kualiti SKM #^@*%

Marah dengan penipuan
TIPS: Baca Panduan Permohonan SKM secara PPT @ ikuti kursus induksi PP-PPT – jadual disini supaya anda ada sedikit idea apa yang diperlukan dan sekiranya dah faham, mohon terus dengan JPK, cuma RM300/setahap.

Kebelakangan ni, ada perunding yang menjanjikan calon yang tiada pengalaman mengajar bidang kemahiran bahawa mereka layak mohon VTO secara PPT.  Agak-agaknya buat bukti PALSU lagi kot. Ni juga kisah benar,  dimana 2 juruteknik auto yang tidak pernah mengajar dijanjikan oleh perunding bahawa mereka boleh dapat VTO secara PPT!

Itu yang menyumbangkan kepada banyak isu pemegang sijil VTO yang tidak boleh mengajar dengan baik ataupun tak tahu sangat tentang WIM (bahan pengajaran bertulis). Min tak nafikan juga ada Pusat Bertauliah VTO tertentu yang bagi ‘lesen terbang’, sehinggakan ada beberapa PB VTO yang telah ditarik pentauliahannya dan menyebabkan permohonan PB VTO baru/penambahan program VTO ni dibekukan.
Untuk pengetahuan anda, pengalaman mengajar minima adalah 4 tahun kalau nak mohon VTO secara PPT. Dah banyak kes penipuan calon tak cukup pengalaman mengajar tapi dijanjikan tiada masalah untuk mohon dan dapat sijil VTO secara PPT.

3. Penjualan WIM yang tidak menepati format ataupun jumlah jam yang sepatutnya.
Ha, ni berlaku bukan sahaja dalam dunia latihan kemahiran tapi syarikat gergasi MNC pun ada juga yang melakukan kesalahan sebegini.
Penipuan pengiklanan
Biasa lihat ni kan?

Sudah banyak PB/pembeli yang kantoi dengan janji-janji manis individu/perunding bahawa WIM yang mereka beli memenuhi spesifikasi/format JPK tetapi sebenarnya tidak.
Antara isu yang kerap timbul adalah:
1. Format (tidak mengikut format terkini)
2. Jumlah jam yang tidak menepati kehendak NOSS (sudah banyak kes untuk ni, terutamanya untuk program yang ada kes khas seperti FB-024-2 (1200j dan bukannya 800j)
3. Jadual Pembahagian WIM yang tidak menggunakan ayat yang betul ataupun setara dengan WIM yang dibangunkan

TIPS: Suruh penjual emelkan sampel WIM lengkap (ada Kertas Penerangan/Kerja/Tugasan, Pelan Mengajar Teori/Amali, Kertas Penilaian Pengetahuan (KA)/Prestasi (PA), lepas tu cross check dengan format WIM terikini (2017)  dan juga NOSS.

Cukuplah setakat ni, kalau anda ada sebarang lagi kes penipuan/janji tidak serupa bikin yang nak dikongsi (tak kira pasal SKM, induksi, pentauliahan PB, WIM ke apa) supaya orang ramai lebih berhati-hati dan tidak tertipu,
sila emel ke ismarteducare@gmail.com, terima kasih.

Tips mencari perunding yang jujur (elak penipuan):

1. Dah lama berkecimpung dalam bidang latihan kemahiran (ni pun tak menjamin apa-apa)
2. Cuba dapatkan testimoni/pengesyoran dari 2-3 pihak, kalau ada.
3. Dapatkan pandangan/nasihat dari 2-3 individu/syarikat.
4. Sekiranya masih rasa was-was, sila rujuk dengan min atau lebih baik, JPK di 03-88865589.

* singkatan min bermaksud admin ya 😀