Tag Archives: sijil VTO

VTO Dijumudkan

VTO Dijumudkan? Tak boleh mohon VTO-PPT/kursus VTO lagi?

VTO Dijumudkan?

Sebelum kita bincang pasal VTO dijumudkan, anda mungkin tertanya-tanya apa itu VTO.
Berikut adalah penerangan ringaks tentang VTO serta kelebihannya.

1) Apakah itu VTO?

VTO – Vocational Training Operation (nama baru – kod I-031-3:2014) / Operasi Latihan Vokasional

Sijil VTO merupakan satu sijil yang wajib bagi lantikan jawatan Pegawai Penilai (PP), bukan setakat tenaga pengajar kemahiran Malaysia di institut kemahiran kerajaan & swasta yang ditauliahkan oleh JPK.

2) Kelebihan sijil VTO@sijil pengajar vokasional ?

a. Untuk melayakkan anda, lepasan SKM3/DKM/DLKM untuk menjadi Pegawai Penilai (PP) di Pusat Bertauliah JPK (Awam atau swasta), bukan setakat Tenaga Pengajar (TP)

b. Layak diberi pengecualian untuk sijil TTT HRDCorp (PSMB TTT)
Jika anda mempunyai sijil VTO, anda hanya perlu membayar RM300 (Jimat RM2,200-2,500) bagi mendapat pengecualian dari Sijil TTT dari PSMB / HRDCorp. Kaedah biasa mendapatkan Sijil HRDCorp TTT adalah dengan mengikuti latihan 5 hari (RM2,500-2,800) 

NOSS VTO memang telah dijumudkan (maklumat lanjut di bawah nanti) sejak Daftar NOSS 24 Jun 2021 yang lalu telah diluluskan.
 
Bengkel Pembangunan Portfolio & WIM VTO - Bengkel & Kursus Online
Boleh mohon TVET-i secara PPT mulai 1 Julai 2022

Namun, anda masih boleh ambil kursus VTO secara separa masa / sepenuh masa di Pusat Bertauliah swasta yang ditauliahkan untuk program VTO.

Namun, pra-syarat untuk ikuti kursus VTO adalah Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 (SKM3)

Pengambilan kursus VTO (yang tiada pengalaman mengajar bidang kemahiran/tak cukup 5 tahun):

A) Kursus VTO separa masa di I Smart Educare:

Kepong, KL: Mei 2023
Jadual: 360jam (hujung minggu) + 720jam internship di Pusat Bertauliah JPK atau Pusat Latihan SLDN. 

B) Kursus VTO sepenuh masa di:

Prai, Penang: Julai 2023
Kota Kinabalu, Sabah: April 2023
Kuantan, Pahang: Julai 2023
Daftar Kursus TVET

Maklumat mengenai VTO yang dijumudkan

Dimaklumkan bahawa NOSS Program Vocational Training Operation (VTO), Vocational Education and Training Implementation(VTE) dan Vocational Education and Training Management ( VTM) telah dijumudkan dan digantikan dengan NOSS TVET Instruction (TVET I)/ P-853-002-4:2021 dan TVET Management (TVET M)/P-853-002-4:2021.

Muat turun makluman (PDF)

PP-SLaPB vs PP-PPT – 6 Perbezaan Anda Perlu Tahu

PP-SLaPB vs PP-PPT

1. Peranan & Tanggungjawab

PP-SLaPB​

PP-PPT

PP-SLaPB vs PP-PPT - Peranan & Tanggungjawab PP
Klik gambar untuk Panduan Terperinci

2. Syarat Kelayakan

PP-PPT

  1. Warganegara Malaysia atau penduduk tetap, berumur 18-65 tahun
  2. Sijil Induksi PP-PPD-PPB 
  3. Sijil Vocational Training Operation (VTO) @ Sijil TVET-i
  4. Minimum Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 program berkaitan atau 
  5. Kemahiran lain & 3 tahun pengalaman bidang berkaitan. Rujuk Jadual 1
  1. Warganegara Malaysia, biasanya 30 tahun ke atas
  2. Sijil Induksi PP-PPT
  3. Pengalaman minima 10 tahun dalam bidang kemahiran/SKM yang dimiliki jika lantikan JPK atau 5 tahun jika PP-SLaPB di PB-PPT (Pusat Bertauliah-PPT) 
  4. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 

3. Tempat Bertugas

PP-SLaPB

PP-SLaPB bertugas di mana-mana institut latihan kemahiran yang ditauliahkan oleh JPK.

Cth PB Awam – Institut Latihan Perindustrian (ILP), Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara, Giatmara, Kolej Vokasional & ADTEC (Kod Pusat bermula dengan huruf K)

Cth PB Industri – Pusat Latihan Teknikal Perodua, Sime Darby Industrial Academy, Naza Academy dll (Kod Pusat bermula dengan huruf I)

PB Swasta – Kod Pusat bermula dengan huruf L

Kaedah pensijilan adalah melalui kaedah Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu

  1. PP-PPT dilantik oleh JPK untuk menilai calon berpengalaman kerja yang mohon SKM secara PPT – tempat bertugas, iaitu kaunseling dan penilaian mengikut alamat calon ataupun di tempat yang dipersetujui oleh calon dan PP-PPT
  2. PP-PPT yang dilantik oleh PB-PPT pula bertugas di PB-PPT.
PP-SLaPB 考官 vs PP-PPT

4. Masa Bertugas

PP-SLaPB

PP-PPT

Lazimnya, kursus adalah dijalankan secara sepenuh masa, maksimum 8 jam sehari. Jadi, secara amnya dari 8.30-5pm, Isnin-Jumaat/Ahad-Khamis.

PP-PPT lantikan JPK: Masa adalah fleksibel, anda boleh buat temujanji dengan calon bila-bila masa, asalkan sesuai. Contohnya malam 9pm atau hujung minggu pun boleh.

5. Cara Memohon

PP-SLaPB

PP-PPT

Anda perlu dilantik dan terima lantikan oleh mana-mana Pusat Bertauliah JPK (PB), sekiranya memenuhi syarat kelayakan.

PB akan mohon untuk dapatkan perakuan sebagai PP bagi pihak anda, dalam talian.

Anda perlu mohon untuk jawatan PP-PPT dalam talian, setelah memenuhi syarat lantikan.

Boleh rujuk sini untuk mengetahui langkah-langkah serta dokumen yang perlu dimuat naik semasa permohonan.

6. Bayaran/elaun

PP-SLaPB

PP-PPT

PP biasanya adalah pekerja sepenuh masa di Pusat Bertauliah JPK. Gaji purata adalah antara RM1,700-2,500, bergantung kepada pengalaman, kelayakan, bidang dan tempat Pusat Bertauliah tersebut.

A Elaun kaunseling dan penilaian portfolio adalah RM100/tahap/program

B Elaun tuntutan perjalanan PP-PPT (T&T)

Tuntutan hanya dibenarkan sebanyak dua (2) kali sepanjang proses kaunseling/penilaian dan verifikasi

Kursus induksi PP-PPD-PPB
Klik untuk Mohon
Kursus Induksi PP-PPT
Klik untuk Mohon

18 Soalan Lazim-Kursus Induksi FAQ (PP-PPD-PPB/PP-PPT/PPL/SLDN)

Kursus Induksi FAQ

Sebelum ni, min dah kongsi 8 FAQ Pegawai Penilai (PP) / Tenaga Pengajar (TP) tapi kursus induksi yang cuma 1-2 hari ni ada 18 FAQ, fuyoh!

1. Apakah itu kursus induksi?

Kursus Induksi Pentauliahan Persijilan Kemahiran Malaysia merupakan kursus jangka pendek yang rata-ratanya dilaksanakan selama dua hari. Tujuan utama kursus ini adalah untuk memenuhi syarat kriteria personel pentauliahan dan personel penilaian & verifikasi (PPV)

Ia terbahagi kepada empat (4) jenis, iaitu kursus induksi:

  1. Pegawai Penilai – Pegawai Pengesah Dalaman – Pengurus Pusat Bertauliah (PP-PPD-PPB),
  2. Pegawai Penilai-Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu – PP-PPT,
  3. Pegawai Pengesah Luaran (PPL) dan
  4. Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN)

2. Apakah syarat menyertai kursus induksi?

Kelayakan anda adalah:-

  1. Warganegara Malaysia*; atau
  2. Pemastautin Tetap (PR)*; dan
  3. Berumur 18 tahun ke atas.

* Bukan warganegara boleh ikuti kursus induksi SLDN dan dapat lantikan sebagai personel di pusat/syarikat latihan SLDN.

3.  Apakah kepentingan setiap kursus induksi?

i.   Pegawai Penilai – Pegawai Pengesah Dalaman – Pengurus Pusat Bertauliah (PP-PPD-PPB).
– Merupakan salah satu syarat lantikan personel pentauliahan Pusat Bertauliah (PP, PP-M / PPD / PPB)

ii. Pegawai Pengesah Luaran (PPL).
– Merupakan salah satu syarat lantikan personel PPL, samada PPL-SLaPB ataupun PPL-SLDN. 

iii. Pegawai Penilai (PP) – Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) – (PP-PPT)
– Merupakan salah satu syarat lantikan personel PP-PPT ataupun sebagai penyelaras di PB-PPT & PPA-PPT

iv. SLDN
– Merupakan salah satu syarat lantikan personel pentauliahan PB SLDN;
a. Syarikat SLDN
Pengurus Pusat Bertauliah (PPB), Penyelaras Syarikat SLDN dan Coach
b. Pusat Latihan SLDN
Pengurus Pusat Bertauliah (PPB), Penyelaras Pusat Latihan SLDN dan
Pengajar SLDN
c. Syarikat Latihan Dalaman (in-house)
Pengurus Pusat Bertauliah (PPB), Penyelaras, Coach dan Pengajar SLDN

Syarat Lantikan Personel - Tenaga Pengajar Kemahiran Pusat SLDN

4.  Adakah saya dilantik secara automatik untuk jawatan berdasarkan kursus induksi yang saya ikuti?

Lantikan anda, samada sebagai PP, PPD atau PPB, adalah oleh Pusat Bertauliah JPK yang bakal mengambil anda sebagai personel mereka. Namun, anda perlu diperakukan oleh PPKSPP terdahulu. Selain sijil kursus induksi PP-PPD-PPB, anda juga perlu sijil lain, bergantung kepada jawatan anda. Sila rujuk gambarajah di bawah.

Lantikan sebagai Personel Penilaian & Verifikasi (PPV) pula dilakukan oleh Unit Pentauliahan Personel & Pakar, Program Kelayakan Kekompetenan, CIAST di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).
  1. PPL-SLaPB : Pegawai Pengesah Luaran Sistem Latihan Program Bertauliah;
  2. PPL-SLDN : Pegawai Pengesah Luaran Sistem Latihan Dual Nasional;
  3. PP-PPT : Pegawai Penilai Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu;
  4. PPL-PPT : Pegawai Pengesah Luaran Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu
  1. Sebarang pertanyaan berkaitan MySpike boleh e-mel ke helpdesk myspike@mohr.gov.my atau login ke MySPIKE > Pengguna > Pelanggan JPK > Senarai Aduan Pengguna
  2. Pertanyaan berkaitan dengan isu PPV secara amnya boleh e-mel ke ppv@ciast.gov.my

5. Saya ingin dilantik sebagai PPL-PPT. Perlukah saya ikuti kursus induksi PPL-PPT?

Tiada kursus yang perlu diikuti untuk dilantik sebagai PPL-PPT.
Anda cuma:
i) Perlu dilantik sebagai PP-PPT selama 2 tahun ataupun
ii) Telah menadatangani 30 portfolio SKM/DKM secara PPT

6. Siapakah yang mengeluarkan sijil?

Sijil adalah dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) yang boleh dicetak oleh anda sendiri melalui sistem nanti, jika lulus.

7. Bilakah sijil akan dikeluarkan selepas mengikuti kursus induksi?

Penceramah kursus perlu masa untuk menyemak jawapan dan merekodkan keputusan serta dimaklumkan kepada urusetia. Barulah sijil boleh dicetak daripada sistem, biasanya dalam tempoh sebulan.

8. Bagaimana cara untuk mendapatkan semula sijil induksi sekiranya hilang?

Surat rasmi permohonan gantian berserta satu salinan laporan polis atau akuan sumpah serta salinan Kad Pengenalan perlu dikemukakan dan dihantar kepada :

Unit Kursus Induksi Pentauliahan,
Program Kelayakan Kekompetenan,
CIAST
Jalan Petani 19/1, Seksyen 19, 40300 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

Mulai Jan 2020, semua sijil induksi adalah dalam bentuk e-sijil. Ia akan terus muncul dalam akaun myspike anda sekiranya lulus penilaian kursus induksi.

9. Adakah sijil kursus induksi mempunyai tempoh sah laku?

Sebelum ni, Sijil Kursus Induksi adalah sah untuk tempoh 3 tahun selepas kursus untuk tujuan pelantikan pertama jawatan personel Perakuan Pengiktirafan Kelayakan Sebagai Personel Pentauliahan (PPKSPP) dan Pegawai Penilaian dan Verifikasi (PPV)). Namun, mulai tahun 2022, syarat ini telah terbatal sehingga ada peraturan terbaru.

10. Adakah saya perlu membaharui jawatan saya?

i) PP/PPD/PPB – Setiap 3 tahun melalui PPKSPP

ii) PPV – Setiap 3 tahun, ada penilaian pembaharuan PPV (Personel Penilaian & Verifikasi)

11. Bolehkah saya diberi surat perakuan (PPKSPP) bagi jawatan PP dan PPD secara serentak?

Ya, surat perakuan (PPKSPP) PP dan PPD boleh dikeluarkan secara serentak kepada anda jika memenuhi syarat dan kriteria lantikan. Walaubagaimana pun, pihak PB perlulah melantik anda untuk satu jawatan dalam satu masa dan tertakluk kepada syarat dan peraturan pentauliahan yang ditetapkan oleh Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia.

12.  Adakah semua personel pentauliahan JPK diwajibkan memiliki Sijil Teknik Mengajar, VTO (I-031-3) atau TVET-i?

Tidak semua personel pentauliahan JPK dikehendaki memiliki VTO. Berikut adalah personel yang disyaratkan memiliki sijil teknik mengajar VTO (I-031-3)

  1. PP bagi semua program;
  2. PP bagi program VTO (I-031-3) @ nama lama PP-PLV; dan
  3. PPD bagi program VTO (I-031-3) @ nama lama PPD-PLV.

13. Sekiranya personel yang berkhidmat di PB belum memiliki SKM tetapi telah lulus kursus induksi PP-PPD-PPB dan memiliki sijil VTO (I-031-3) serta sedang mengambil SKM Tahap 3 secara PPT. Adakah personel tersebut layak untuk dilantik sebagai PPD atau PP di Pusat Bertauliah JPK?

i.  Mereka layak untuk dilantik sebagai PP/PPD bagi program SKM Tahap 1, 2 dan 3 secara bersyarat untuk tempoh 2 tahun.

ii.  Dalam tempoh 2 tahun  bersyarat PP/PPD dikehendaki melengkapkan SKM Tahap 3 secara PPT.

14. Bilakah surat PPKSPP akan diterima oleh Pusat Bertauliah selepas permohonan telah di buat?

Surat PPKSPP boleh dicetak secara atas talian melalui URL https://www.myspike.my selepas Mesyuarat Perakuan Personel Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (MPPSPKM)  dijalankan pada pertengahan bulan. Permohonan yang diterima selepas tarikh bulan sebelumnya tidak akan diproses dan ianya akan diproses ke bulan berikutnya.

15. Bolehkan seseorang mengikuti kursus VTO sekiranya tiada pengalaman kerja, tetapi mempunyai sijil DKM bidang kemahirannya.

YA, boleh mengikuti kursus VTO atau TVET-i dengan syarat memiliki sijil SKM Tahap 3 dan ke atas.

16. Personel yang berkhidmat di PB SLDN secara sepenuh masa tidak memiliki sijil akademik atau SKM tetapi berpengalaman mengajar kemahiran melebihi 5 tahun dan telah menghadiri NDTS Trainer Training Programme, adakah layak untuk dilantik sebagai Pengajar SLDN?

Personel tidak layak dilantik sebagai Pengajar SLDN lagi kerana :

  1. Belum menghadiri Kursus Induksi SLDN
  2. Tidak memiliki sebarang kelayakan kemahiran/akademik yang berkaitan.

Namun, dengan pengalaman kerja selama 5 tahun dalam bidang kemahiran yang nak dimohon, boleh mohon SKM3 secara PPT.

17.  Bilakah kursus induksi PP-PPD-PPB, PP-PPT, PPL & SLDN anjuran ISE Education Sdn Bhd yang akan datang?

Sila rujuk kpeada Jadual Kursus Induksi JPK 2024 atau mohon terus di sini

18. Bagaimana hendak menyertai kursus induksi?

Pendaftaran peserta hendaklah dibuat melalui penganjur berdaftar seperti ISE Education Sdn Bhd dengan mengisi borang kursus induksi online dan bayaran RM350/pax dahulu. Sila tandakan induksi mana yang anda ingin ikuti.
Butiran bayaran: Maybank 514589385943, ISE Education Sdn Bhd.

Kursus Induksi JPK - Permohonan kursus

8 Soalan Lazim (FAQ) Pegawai Penilai (PP)

Pegawai Penilai - FAQ1

8 Soalan Lazim (FAQ) Pegawai Penilai/Tenaga PengajarKemahiran?

1. Apakah syarat untuk menjadi Pegawai Penilai (PP)?

“Pengajar Penilai@Pegawai Penilai” ertinya personel di pusat bertauliah yang memenuhi kelayakan dan diperakui oleh Ketua Pengarah untuk mengajar dan menilai keterampilan pelatih di pusat bertauliah yang ditetapkan;

Selain syarat am seperti warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun ke atas, berikut adalah tiga lagi sijil yang perlu dimiliki oleh seseorang Pegawai Penilai.

a. Sijil Induksi PP-PPD-PPB
b. Minimum SKM3 ke atas
c. Sijil VTO (mengajar & menilai program SKM) atau Sijil Latihan Tenaga Pengajar (NCS-TTT) (mengajar & menilai program Modular sahaja)

2. Saya pemegang Diploma/Ijazah Akademik, minat jadi tenaga pengajar kemahiran, boleh ke?

Nampaknya ramai graduan Universiti seperti anda berminat untuk mengajar bidang kemahiran dan nak tahu kelayakkannya. Sekiranya sekadar nak jadi tenaga pengajar kemahiran, tak susahpun. Selain memenuhi syarat am seperti PP, cuma perlu mempunyai pengalaman kerja serta kelayakan teknikal yang diperakui oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) DAN LULUS kursus induksi PP-PPD-PPB.

Tetapi, peluang kerja yang lebih banyak peluang adalah jawatan sebagai Pegawai Penilai (PP). Ia diperlukan oleh semua Pusat Bertauliah JPK@PLK, awam ataupun swasta, untuk memenuhi syarat pentauliahan serta kapasiti pelajar yang boleh diambil oleh PLK tersebut.

3. Saya pemegang Diploma/Ijazah Akademik, minat jadi Pegawai Penilai, boleh ke?

Boleh, syaratnya sama seperti No 1. Jika anda tiada pengalaman kerja yang mencukupi (min 3 tahun), disyorkan anda kerja dalam bidang kemahiran yang anda bakal nak mohon SKM3 nanti sehingga cukup 3 tahun ke atas supaya layak mohon SKM3 secara PPT.

Dalam masa ni, kumpulkan bukti-bukti ketrampilan yang cukup dan memenuhi kandungan NOSS (Aktiviti Kerja) untuk pembangunan portfolio anda nanti.

Jika anda dah ada pengalaman dalam bidang kemahiran ikut bidang NOSS melebihi 3 tahun, mohonlah SKM3 dulu secara PPT, sebelum mengikuti kursus VTO.

4. Saya pemegang Sijil Vokasional Malaysia (SVM) / Diploma Vokasional Malaysia (DVM) sahaja, nak jadi Pegawai Penilai, boleh ke?

Sama seperti No 3, boleh. Anda juga perlu mendapatkan Sijil Kemahiran Malaysia 3 atau lebih tinggi kerana SVM/DVM tidak setara dengan SKM/DKM.

5. Saya sudah ada pengalaman mengajar bidang kemahiran selama 8 tahun, bolehkah diecualikan daripada VTO?

Tiada pengecualian tetapi sekiranya anda telah mengajar dalam bidang kemahiran yang ada bidang NOSSnya lebih daripada 5 tahun, bolehlah mohon TVET-i (NOSS yang menggantikan VTO) secara PPT. Pastikan anda ada lantikan daripada majikan yang boleh mengesahkan tempoh pengalaman mengajar anda serta deskripsi tugasan yang jelas menyatakan anda mengajar pelatih/pekerja di bawah anda. Ataupun anda ada pusat latihan kemahiran sendiri yang melebihi 5 tahun.

6. Saya sedang bekerja, boleh berkursus VTO secara separa masa ke?

Boleh, sesetengah Pusat Bertauliah JPK swasta masih tawarkan secara separa masa.

Kursus adalah separa masa secara hibrid selama 6 bulan diikuti oleh internship 6 bulan di PB pilihan anda (sama program dengan bidang SKM anda).

7. Di mana saya boleh ambil NCS-TTT, VTO atau TVET-i) untuk melayakkan saya mendapat Sijil Latihan Tenaga Pengajar/Teknik Mengajar ini (salah satu syarat jadi Pegawai Penilai)?

Untuk NCS-TTT (kelayakan untuk jadi PP Modular atau trainer yang diiktiraf), boleh mohon dengan I Smart Educare, PB program VTO sebelum ni sejak 2011.

Setahu min, Pusat yang masih aktif menawarkan program VTO oleh pihak swasta ada di Selangor, Pahang DAN Sabah. Semua pusat ni adalah kenalan min, jadi kalau perlukan maklumat lanjut, boleh daftar minat anda di sini.

Untuk TVET-i pula, sila rujuk dengan CIAST, kecuali nak belajar di Sarawak atau nak mohon secara PPT (jika layak), sila hubungi min di 012-3123430.

8. Bila saya boleh daftar untuk kursus NCS-TTT, VTO & TVETi?

Berminat? Dah bersedia?

Daftar Kursus Induksi PP-PPT

                                             Permohonan Kursus NCS-TTT

 

Daftar Kursus Induksi PP-PPT

                                                 Permohonan Kursus VTO

 

Daftar Kursus Induksi PP-PPT

                                                Permohonan TVETi (PPT)

 

3 Cabaran Pentauliahan Online (PB/Program) Serta Cadangan Mengatasinya

Cabaran Pentauliahan Online (PB/Program)

Sebelum kita bincang cabarannya, mari kita lihat apa itu Pentauliahan Online (PB/Program) secara ringkasnya.

Ia adalah satu proses di mana Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) membuat lawatan pentauliahan, tak kira untuk:

  1. Permohonan Pusat Bertauliah Baru (serta program) ATAU
  2. Pembaharuan Pusat Bertauliah (sedia ada, beserta program

Untuk kategori:

  1. Pusat Bertauliah SLaPB – Pusat Latihan Kemahiran Awam @ Swasta ATAU
  2. Pusat dan Syarikat SLDN

Makluman rasmi yang diisu oleh JPK pada 5 Februari 2021 adalah berkaitan Aktiviti Latihan Kemahiran Dan Pentauliahan Program Bertauliah Selaras Pengumuman Arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Oleh YAB. Perdana Menteri Bermula 13 Januari 2021 Dilanjutkan Sehingga 18 Februari 2021.

Dalam pemakluman berkaitan;

5. Aktiviti Pentauliahan Program Bertauliah bagi maksud Lawatan Pentauliahan & Verifikasi secara bersemuka dan dalam talian “On-Line” sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) adalah DIBENARKAN namun tertakluk kepada Garis Panduan dan Operasi Standard JPK yang sedang berkuatkuasa.

Seperti juga pembelajaran online, pentauliahan online juga ada cabarannya serta cara untuk mengatasinya.

Berikut adalah perkongsian pengalaman yang dilalui oleh Pusat Bertauliah I Smart Educare, L02266 dalam lawatan pentauliahan pembaharuan programnya yang telah dilakukan secara online pada 9hb Februari 2021.

Untuk makluman anda, I Smart Educare adalah salah sebuah Pusat Bertauliah JPK yang aktif menawarkan program Vocational Training Operation (VTO, I-031-3:2014) (dikenali sebagai Vocational Training Officer sebelum tahun 2014, I-031-3) sejak 2011.

Pengurus Pusat Bertauliahya, En Melvin Lim memasarkan program VTO ini sejak pengenalan program VTO pada tahun 2004. Dianggarkan ribuan pemegang sijil VTO adalah hasil pemasaran & penawaran kursus VTO oleh Melvin Lim kepada pelanggannya, secara langsung melalui I Smart Educare atau tidak langsung (melalui kerjasama dengan Pusat Bertauliah JPK yang lain – juga menawarkan VTO).
Adakah anda salah seorang daripadanya? 😀

Cabaran Pentauliahan Online (Program VTO - I Smart Educare)

Cabaran kepada – panel & personel PB

Antara cabaran pentauliahan online (berdasarkan pengalaman sendiri – kisah benar tau!)

1.      Capaian kepada kemudahan internet

Sambungan ke internet adalah aspek yang paling penting dalam pentauliahan dalam talian ini. Panel & semua personel PB perlu membeli mengakses dalam talian mereka atau membayar tambahan untuk menaik taraf ke internet berkelajuan tinggi. Ini mungkin menyukarkan panel ataupun personel yang kurang berkemampuan (sebab bukan semua dapat balik ke Pusat Bertauliah dan perlu lakukannya di rumah sendiri) untuk berkomunikasi secara berkesan kerana kekurangan kemudahan akses internet berkelajuan tinggi.

2.      Suasana pentauliahan yang tidak kondusif

Bagi personel atau panel yang kurang berkemampuan pasti menghadapi masalah ini apabila melaksanakan tugasan ini dari rumah.  Masalah ini meliputi suasana persekitaran yang bising, tempat yang sempit serta tiada meja dan kerusi yang sesuai.

Cadangan cabaran 1&2: Personel atau Panel boleh cuba mohon dengan JPK (bincang dengan desk officer) sekiranya betul-betul perlu pulang ke Pusat Bertauliah untuk mengatasi cabaran ini (disarankan untuk kes yang agak teruk sahaja).

3.      Kemahiran penggunaan perisian terkini

Dalam norma baru ini, pengunaan perisian/aplikasi terkini seperti Google Meet/Zoom/Skype adalah sesuatu yang baru untuk semua, terutamanya personel PB yang baru pertama kali menggunakannya. Jadi, kemahiran menggunakannya bolehlah dikatakan agak lemah.

Cabaran Pentauliahan Online - I Smart Educare
Cabaran Pentauliahan Online - I Smart Educare

Contoh isu-isu yang dihadapi oleh panel & personel PB semasa pengunaan Zoom Meeting pada 9hb Feb 2021.

  • Masalah speaker, tak dengar suara
  • Host/co-host tak tahu nak Admit personel yang baru masuk Zoom Meeting
  • Personel yang tak biasa dengan perisian Zoom ni tak dapat Share screen dengan berkesan, asyik kena Stop Screen sharing untuk tunjuk dokumen yang seterusnya
  • Virtual tour kemudahan/kelengkapan di Pusat Bertauliah tidak begitu sempurna kerana personel tidak pandai tunjuk sudut dan kawal kelajuan pergerakan kamera handphone, semua pening dibuatnya 😛

Cadangan:
Semua personel perlu praktis terlebih dahulu menggunakan perisian sebelum sesi pentauliahan, pastikan komputer/laptop/HP yang digunakan tu takda masalah dari segi suara/speaker, belajar cara menggunakan perisian dengan lebih efektif (tak kira Zoom ke Google Meet ke apa sahaja yang digunakan) supaya proses pentauliahan dapat berjalan dengan lebih lancar.
Penggunaan VR (Virtual Reality) untuk Virtual Tour boleh dipertimbangkan pada masa depan, sekiranya kos pengunaanya tidak tinggi seperti sekarang.

Kesimpulannya:

Ada kelebihan serta cabaran pentauliahan online ini tetapi dalam tempoh PKP ini, ia adalah cara terbaik untuk JPK serta PB supaya proses pentauliahan dan pembaharuan tidak terganggu sehingga menyebabkan pula pengambilan pelajar baru tidak dapat dilaksananakan.

Semua yang terlibat perlu menyesuaikan diri dengan cara pentauliahan norma baru ini.

Apapun, ingin mengucapakan terima kasih kepada semua panel (dari JPK, CIAST & juga industri) serta semua personel I Smart Educare (PP & PPD) dalam menjayakan sesi pentauliahan online ini.

Jadi, jika anda berminat nak jadi pengajar kemahiran yang bertauliah, ikutilah kursus VTO dengan I Smart Educare dalam masa yang terdekat ni di Kepong, KL serta Kinarut, Sabah & Miri, Sarawak (lepas Jun 2021) (menantikan kelulusan pembaharuan hujung bulan ini/depan 🙂

Image result for coming soon

Sijil VTO: Terbaik/Wajib untuk jadi Pengajar Kemahiran@Pegawai Penilai

Sijil VTO

Sijil VTO

Dikeluarkan & diiktiraf oleh :

Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia (KSM)

1. Apakah Maksud VTO?

VTO adalah singkatan Vocational Training Operation @ Operasi Latihan Vokasional. Kursus VTO adalah untuk melatih pelajar dalam teknik mengajar bidang kemahiran dimana pelajar akan didedahkan dengan latihan pembangunan WIM (bahan pengajaran dan pembelajaran), teknik mengajar bidang kemahiran, pembangunan soalan teori dan amali dan lain-lain.

2. Siapa yang patut mengambil Sijil VTO ?

Individu yang berminat untuk menjadi pegawai penilai (WAJIB) / tenaga pengajar / cikgu / pensyarah di pusat latihan kemahiran swasta dan kerajaan yang menawarkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM).

3. Kelebihan Sijil VTO?

1. Sijil VTO diwajibkan mengikut Akta 652 kepada mana-mana individu yang ingin menjadi Pegawai Penilai (tenaga pengajar / cikgu / pensyarah) di pusat latihan kemahiran swasta dan kerajaan yang menjalankan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM)

2. Melayakkan anda menjadi Pegawai Penilai (PP) program Modular ataupun SKK (Standard Ketrampilan Kebangsaan), tak perlu bazir duit untuk bayar RM2,500-2,800 lagi untuk sijil NCS TTT (NCS-004:2017).

3. Layak diberi pengecualian untuk sijil Train The Trainer HRDF/PSMB
Sijil Train The Trainer (TTT) dari PSMB/HRDF diperlukan untuk mengajar kursus jangka pendek/korporat di bawah program PSMB. Yuran Kursus TTT adalah sebanyak RM2,500-2,800. Mereka yang memiliki Sijil VTO mendapat pengecualian mengikuti Kursus HRDF TTT dan hanya perlu membuat bayaran RM300 (jimat RM2,200-2,500) bagi mohon sijil pengecualian HRDF TTT.

4. Peluang pekerjaan sebagai tenaga pengajar lebih tinggi
Tenaga pengajar TIDAK WAJIB untuk miliki sijil VTO tetapi sijil VTO meningkatkan peluang diambil sebagai pengajar sepenuh atau separa masa di kolej kemahiran kerajaan dan swasta. Ilmu serta teknik mengajar bidang kemahiran yang dipelajari juga membantu anda menjadi pengajar yang lebih mantap.

4. Pengajar bidang kemahiran apa yang boleh sertai Kursus VTO?

Kursus VTO ini boleh disertai oleh pemegang  Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3  dari semua jenis bidang kemahiran.

Sijil VTO - Pra-Syarat SKM3

5. Apakah Modul VTO?

  • COCU 1 TEACHING & LEARNING IMPLEMENTATION
  • COCU 2 COMPETENCY CURRICULUM DEVELOPMENT 
  • COCU 3 COMPETENCY ASSESSMENT DEVELOPMENT 
  • COCU 4 TEACHING & LEARNING MATERIALS DEVELOPMENT
  • COCU 5 CO-CURICULUM ACTIVITIES IMPLEMENTATION
  • COCU 6 TRAINING FACILITIES SAFETY & SECURITY ADMINISTRATION
  • COCU 7  INSTRUCTIONAL DELIVERY

    LALUAN LATIHAN / TRAINING PATHWAY I-031-3 2014
    Muat Turun Borang Permohonan VTO

6. Apakah syarat Pegawai Penilai (PP) di Pusat Bertauliah JPK?

  1. Sijil VTO
  2. Sijil SKM3 atau DKM/DLKM, sebarang bidang kemahiran
  3. Sijil induksi PP-PPD-PPB

Permohonan VTO 2023
(Separa masa@hujung minggu)

Separa masa: Kepong
Sepenuh masa: Penang/Sabah

  • Pembelajaran:  Bersemuka
  • 6 bulan di Pusat Bertauliah I Smart Educare @ In-House (10 ke atas)
  • 6 bulan internship di mana-mana Pusat Bertauliah JPK pilihan anda (mesti bidang kemahiran/SKM anda)

Yuran pendaftaran: RM100
Yuran kursus: RM3,300 (bayar penuh) atau 3,500 (ansuran 5 bulan)
Bank: Maybank 514589385943, ISE Education Sdn Bhd

Daftar VTO

Testimoni Pelajar/Pusat Bertauliah

Testimonial VTO

Testimoni pelanggan di Miri yang dijalankan secara in-house (Batch VIII)

Batch VTO I Smart Educare

Graduan VTO batch IX

Graduan VTO I Smart Educare

Graduan VTO batch XI

VTO-PPT

(Ada pengalaman mengajar latihan kemahiran)

Mulai 1/7/22, permohonan VTO melalui PPT sudah tidak dibenarkan dan digantikan dgn TVET-i. 

Sekiranya anda memiliki pengalaman mengajar latihan kemahiran lebih daripada 5 tahun, anda mungkin layak mohon sijil TVET-i (yg gantikan VTO) melalui kaedah Pengiktiran Pencapaian Terdahulu (PPT).

Bengkel Pembangunan Portfolio & WIM

Bengkel secara ONLINE ini membantu anda mendapatkan bukti-bukti ketrampilan, cara & kaedah yang betul bagi membangunkan portfolio, WIM dan simulasi mengajar untuk permohonan VTO-PPT. Boleh dikatakan anda akan dimbimbing dari A-Z sehinggalah anda bersedia untuk dinilai & disahkan oleh PP-PPT & PPL-PPT masing-masing.

Masa & jadual pengambilan adalah terbuka. Asalkan anda bersedia dan dapat berpadan dengan jadual fasilitator kami, bengkel boleh dimulakan.

Ia dijangka ambil masa 2-3 bulan (2-3 jam setiap sesi, seminggu sekali)

Bidang kemahiran apa boleh mohon TVET-i secara PPT?

Semua jenis bidang kemahiran yang telah ada dalam Daftar Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK/NOSS)

Daftar VTO