Tag Archives: Tanpa SPM

10 Kelebihan Sijil Kemahiran Malaysia – Pelbagai Peluang Menanti Anda

Kelebihan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)

10 Kelebihan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)? Ada banyak tu ke?

JOM kita terokai apa kelebihan sekiranya anda ada Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) atau lebih tinggi lagi, Diploma/Diploma Lanjutan Kemahirna Malaysia (DKM/DLKM).
Persijilan Kemahiran Malaysia ini dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia. Anda boleh:

 

Dari segi pekerjaan. Anda boleh:

1. Terus bekerja sebagai pembantu bahagian operasi atau pembantu mekanik dengan syarikat/orang perseorangan tertentu.  Pastinya anda lebih menjadi rebutan berdasarkan kemahiran yang anda miliki. Ini kerana pihak syarikat tidak perlu memberi latihan lagi kepada anda. Anda boleh rujuk Panduan Gaji Permulaan 2020 untuk 200 pekerjaan terpilih dari sini.

Kelebihan Sijil Kemahiran Malaysia | TVET Malaysia

 

2. Diterima bekerja di sektor awam/kerajaan. Contohnya Penolong Pegawai Latihan Vokasional/Pegawai Latihan Vokasional.

Kelebihan Sijil Kemahiran Malaysia - Jawatan Penolong Pegawai Latihan Vokasional | TVET Malaysia

 

3. Kerja secara freelance – Kemahiran yang dipelajari boleh digunakan untuk memberi perkhidmatan atau jalankan perniagaan sampingan.

Contohnya pemegang Sijil Kemahiran Malaysia elektrik (kursus elektrik) boleh melakukan pendawaian elektrik, pelajar kursus kulinari boleh masak dan jual makanan secara online, kursus komputer (sistem komputer) boleh membaik pulih dan menyelenggara komputer dsbgnya.  Dengan kemahiran ini juga dapat menjana pendapatan sampingan.  Pastinya dengan SKM yang anda miliki memberi keyakinan kepada pelanggan.

Kelebihan Sijil Kemahiran Malaysia - Pendawai Elektrik | TVET Malaysia
Kursus Kulinari
Baik Pulih Komputer

 

4. Anda boleh membuka perniagaan sendiri – sesetengah PBT perlukan SKM untuk kelulusan lesen premis. 
Lulusan SKM berpeluang menjadi seorang usahawan dengan membuka perniagaan sendiri  dengan kemahiran yang dimiliki.  Antara bidang kemahiran yang menjadi perhatian adalah seperti bengkel kereta, bakeri, kedai jahitan, salon dan sebagainya.

5. Adakah anda tahu bukan sahaja Sijil Kemahiran Malaysia diterima di industri tetapi juga di luar negeri?
Sudah banyak kes di mana Kedutaan Negara Asing di Malaysia cuma menyokong (endorse) Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) & Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) tetapi tidak sijil-sijil kemahiran/akademik lain, walaupun ia mungkin datang dari UK, Australia atau Germany, kecuali ia adalah dari badan professional yang dikenali dunia (seperti ACCA, CIBTAC, CIDESCO, TWI dsbgnya).

Apakah kepentingan ini? Jika anda ingin bekerja dalam industri kemahiran di Dubai, Australia, China ke mana-mana di luar Malaysia, majikan dan kedutaan rata-ratanya hanya mengiktiraf SKM/DKM/DLKM. Tak percaya? Cuba pergi tanya pegawai di Kedutaan Asing ataupun Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

6. Menjadi Pegawai Penilai ataupun selalu dipanggil sebagai tenaga pengajar / cikgu / guru di PLK- Pusat Latihan Kemahiran samada di PLK awam (seperti di ILP/IKBN/GiatMARA/ADTEC dll dimana kod pusat bermula huruf K ) atau PLK swasta (kod pusat bermula L) atau syarikat konsortium@industri. Syarat minima untuk melayakkan anda sebagai Pegawai Penilai (bukan setakat tenaga pengajar) di PLK ini adalah SKM Tahap 3. Apa yang perlu anda lengkapkan lepas SKM Tahap 3/DKM tersebut ialah ambil Sijil Pengajar Vokasional (VTO / I-031-3:2014) yang boleh diambil di PLK awam seperti CIAST atau PLK swasta seperti I Smart Educare
Satu lagi sijil lain adalah sijil Induksi PP-PPD-PPB.

 

7. Jadi pengajar untuk sistem SLDN. Peranan sebagai Pengajar di Pusat SLDN adalah melatih perantis untuk bahagian teori sebelum mereka menjalani latihan praktikal di dalam sesuatu industri.  Contohnya dalam bidang Teknikal; Kompetensi Pembelajaran & Metodologi; dan Kompetensi Sosial & Kemanusiaan.

8. Berpeluang dilantik sebagai Pegawai Pengesah Luaran (PPL) – Anda juga berpeluang dilantik sebagai Pegawai Pengesah Luaran(PPL). PPL ini merupakan individu penting yang bertugas sebagai wakil JPK untuk membuat pengesahan penilaian dan seterusnya status TERAMPIL/TIDAK TERAMPIL pelajar semasa peperiksaan akhir teori dan amali di Pusat Bertauliah JPK. PPL ni bertindak seperti auditor atau pegawai wazir PLK. 
Syarat bagi lantikan sebagai PPL-SLaPB – wajib ada sijil induksi PP-PPD-PPB & PPL atau PPL-SLDN – wajib ada sijil induksi SLDN & PPL & pengalaman industri bidang SKM yang sama >>10 tahun.

9. Berpeluang dilantik sebagai Pegawai Penilai-Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PP- PPT).
PP-PPT adalah merupakan personel yang memenuhi kelayakan yang ditetapkan dan diberi kuasa oleh Ketua Pengarah untuk menilai pengalaman dan pencapaian terdahulu yang dimiliki oleh calon.  Syarat bagi lantikan sebagai PP-PPT adalah wajib ada sijil induksi PP-PPT & pengalaman industri bidang SKM yang sama >>10 tahun.

 

Dari segi melanjutkan pendidikan (min SKM3). Anda berpeluang :

10. Lanjutkan pengajian ke peringkat:

a) Diploma Kemahiran Malaysia – DKM
DKM ini kelayakannya adalah menyamai atau setaraf dengan Diploma MQA dari universiti awam/swasta. Ia diiktiraf oleh kerajaan bagi tujuan lantikan ke dalam Perkhidmatan Awam (SPA).

Selepas DKM, anda berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat DLKM (Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia) dalam bidang kemahiran yg anda ambil tu.

Tak tahu nak ambil kat mana? Sila isi borang ni.
Jika anda ada sekurang-kurangnya pengalaman kerja 2 tahun ke atas dalam bidang SKM anda dan memiliki SKM3, anda juga boleh pertimbangkan untuk mohon DKM secara PPT (Pengalaman kerja). Sekiranya tidak tahu caranya walaupun telah baca Panduan dan perlukan bimbingan dari A-Z, boleh ikuti bengkel pembangunan portfolio yang dianjurkan oleh ISE Education Sdn Bhd.

b) Diploma Akademik, tanpa SPM
Dengan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dan TANPA SPM , anda juga layak diterima untuk melanjutkan pelajaran peringkat Diploma Akademik di IPTS. Ini adalah perkembangan terbaru (mulai Jan 2021) kerana sebelum ini, anda perlu lulus SPM dengan 1 kredit, bersama dengan SKM3 untuk layak melanjutkan program Diploma Akademik.

 

 

c) Ijazah Pengurusan Industri @ URise

Anda juga boleh pertimbangkan untuk sambung terus ke Ijazah Eksekutif (tanpa MQA), sekiranya anda kerja di sektor swasta, perlukan Ijazah untuk kenaikan pangkat ataupun meningkatkan ilmu dalam bidang pengurusan secara amnya (ia adalah pelengkap kepada kemahiran teknikal anda).

Syarat Kemasukan program URise (Ijazah yang direka khas untuk pemegang Sijil Kemahiran Tahap 3 ke atas, dengan pengalaman kerja-digalakkan) adalah:

1. Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas dan
2. SKM/SPMV/DKM/DLKM ATAU
3. Pengalaman industri >2 tahun

 

Jadi, jangan pandang sebelah mata ye mereka yang memiliki SKM/DKM ini biarpun syarat asas/minima untuk mengambil program SKM hanya berumur lebih 16 tahun, mempunyai minat terhadap sesuatu bidang/program, boleh membaca, menulis dan mengira. Dengan syarat minima ini, lepasan UPSR/PT3/PMR pun boleh diterima untuk melanjutkan pelajaran SKM di PLK(Pusat Latihan Kemahiran) yang diiktiraf oleh JPK.

Takda Sijil Kemahiran Malaysia lagi?

1. Belajar di Pusat Latihan Kemahiran
a) Awam – Sila cari sendiri di sini
b) Swasta – Sila isi borang di sini

2. Melalui Pengiktiran Pencapaian Terdahulu (pengalaman kerja)

Sekiranya anda tak tahu bidang kemahiran apa yang boleh dipersijilkan, sila rujuk Daftar NOSS dari sini (muat turun)

DKM/DLKM-PPT layak sambung ke Sarjana Muda BTech UTHM melalui APEL

Berita baik untuk mereka yang mengambil DKM/DLKM-PPT dan sedang bekerja dalam bidang berkaitan bidang kursus sekurang-kurangnya 2 tahun. Kalau beminat untuk menambah ilmu pengetahuan di peringkat Ijazah Sarjana Muda bidang Teknologi, saya difahamkan pusat APEL sedia utk memproses permohonan anda bagi mengikuti program Sarjana Muda (Btech) di UTHM. Untuk maklumat lanjut sila hubungi APEL centre UTHM.

Dikongsi oleh Prof Madya Dr Razali Hassan, UTHM

BTech UTHM

PENGAMBILAN PELAJAR UNTUK INTAKE SEPTEMBER 2020

Jika anda lepasan DVM/DKM/ DLKM…..

Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, UTHM membuat pengambilan pelajar bagi Intake September 2020 ke Ijazah Sarjana Muda Teknologi yang akan dibuka dari 24 Februari (12pm) hingga 17 April 2020 (11.59pm)

Permohonan melalui UPU Online.

Bagaimana pula dengan Ijazah bukan BTech

Bagaimana pula jika saya tak nak sambung ke Ijazah Sarjana Muda Teknologi (BTech)?

Alternatif

Selain UTHM, Unimap, UTeM & UMP (yang lebih dikenali sebagai MTUN) yang menawarkan Ijazah Sarjana Muda bidang Teknologi (BTech) untuk lepasan DKM/DLKM (Tanpa SPM), anda juga boleh pilih:

1. IPTA atau IPTS lain yang menawarkan Ijazah Sarjana Muda bidang lain, juga tanpa SPM. Namun, masih banyak universiti yang perlukan kelulusan senat ataupun ujian APEL untuk kemasukan ke program Ijazah Sarjana Muda.

2. UniRazak (UR), KL bersama ISE Education (ISE) juga menawarkan program URise – Diploma Profesional & Eksekutif Bachelor Pengurusan Industri, KHAS untuk pemegang/graduan TVET/SKM/DKM/DLKM (juga tak perlu SPM DAN tak perlu ujian APEL).

Program URise ini membolehkan ANDA, graduan TVET/SKM/DKM/DLKM:

  1. Merasai program akademik pengajian tinggi tanpa terlalu membebankan (cuma 6-9 bulan, blended learning (online + tutorial bersemuka). Ia bagaikan matrikulasi.
  2. Peluang mendapat diploma/ijazah walaupun tiada SPM dengan bajet yang sederhana serta masa yang jauh lebih singkat berbanding program penuh status MQA.
  3. Meningkatkan daya saing serta keupayaan untuk naik pangkat ke peringkat pengurusan, setelah adanya kemahiran teknikal, samada dari pembelajaran di institut latihan kemahiran awam ataupun swasta.
  4. Meningkatkan status sosial anda, seorang graduan Universiti yang juga berkamhiran teknikal.
Borang ni untuk pendaftaran/tunjuk minat program URise sahaja (sila hubungi APEL centre UTHM jika ingin tahu lebih lanjut mengenai kemasukan ke UTHM)
URise Program x BTech

Pelbagai persoalan mengenai Kolej Vokasional (KV) terjawab

Sila rujuk dengan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk maklumat lanjut dan terkini untuk segala pertanyaan tentang KV sebab min bukan pakar dalam sektor ni ya, cuma sekadar kongsi dari sumber lain.

Maklumat TERBARU! (bagi yang ingin jadi pengajar di KV, bidang vokasional)
Syarat kelayakan:
1. Ijazah pendidikan
2. Sijil induksi PP-PPD-PPB
3. Sijil Kemahiran Malaysia 3 ke atas
4. Sijil VTO* – Untuk ambil VTO, anda WAJIB ada SKM 3 terdahulu

Untuk masuk Kolej Vokasional (KV), pastikan pelajar tu BETUL2 minat dan betul2 rajin. Bukan ikut kawan.

Di Kolej Vokasional, ramai pelajar yg kecundang tengah jalan sebab tak minat dan tak rajin. Sebab:

1. Bila tak minat, jadi malas.
2. Bila malas, kerja x siap dan bertangguh, serta tak boleh nak catch up.
3. Bila kerja x siap, markah PB (Pentaksiran Berterusan, 70% utk matapelajaran vokasional, 30% utk matapelajaran akademik) rendah. Bila tak mencapai tahap minimum, gagal PB. Gagal PB, sia2 je dtg exam akhir, sebab pointer akan gagal jugak.

Pelajar Kolej Vokasional bukan automatik dapat diploma. Diorg kena lalui 2 tahun sebagai pelajar SVM (pradiploma atau pelajar sijil), bila lulus dengan minimum 3 kredit (2 kredit Vokasional, 1 kredit lg lulus BM setara SPM), baru ditawarkan ke peringkat DVM (Diploma).

Itu pun, bergantung pada prasyarat program. Ada program yg pelajar wajib lulus Matematik, ada yg wajib lulus BI, baru ditawarkan ke DVM. Da diorg wajib lulus satu kursus khas bernama Core Abilities (CA).

Bermakna utk layak ke DVM, wajib:
Lulus matapelajaran vokasional minimum 2 sem (1 sem = 1 kredit)
Lulus BM setara SPM
Lulus CA
Pointer minimum 2.67 Vokasional n 2.00 akademik.

Utk yg nak tau ttg sistem pembelajaran di KV, ok begini.

Pelajar sijil wajib menghadiri sesi PDPC dari jam 8-5 (rehat jam 1), manakala pelajar diploma, jadualnya agak relax kebanyakannya paling lewat akan habis kelas jam 4. Tp ni pun bergantung pada program. Sb setiap program, tak sama jam kredit. Pelajar masih ambil matapelajaran akademik:

Untuk SVM:
BM (setara SPM)
Sejarah (setara SPM)
BI
Maths (Teknologi atau Sosial, bergantung pada program)
Sains (Teknologi atau Sosial, bergantung pada program)
Agama/Moral
PJ
Core Abilities (mcm pelajar SKM di ILP)

Untuk DVM:
Pengajian Am
Bahasa Komunikasi (Arab/Mandarin)
Matematik (bergantung pada program)
Sains (bergantung pada program)
BI
Dan beberapa matapelajaran lg bergantung pada program yg diambil.

Tapi kena tahu juga, yg SEMUA pelajar DIWAJIBKAN untuk terlibat dlm SEMUA aktiviti kolej, tanpa mengira SVM atau DVM. Yuran PIBG, dan asrama pun tiada perbezaan utk pelajar SVM atau DVM.

Kurikulum di KV tak sama dengan SMK. Kami tak guna buku teks sekolah, melainkan BM n Sejarah. Contohnya Akaun, pelajar bukan diajar prisip, tp pelajar terus didedahkan dgn cara utk buat kitaran perakaunan terus. Daripada proses kutip dokumen (pelajar akan pegang dokumen), pemfailan, hinggalah tutup akaun. Dan di peringkat diploma, pelajar akan belajar cara mengaudit akaun yg diorg dh buat tu.

Pelajar KV jugak kena sangat2 rajin. Sebab mcm sy sebut kat atas, diorg ada PB. PB ni diuji dlm kelas, amali n teori. Soalan2 yg digubal dipantau oleh pegawai dari Lembaga Peperiksaan sendiri dari semasa ke semasa. Jd tiada alasan kata KV tak diiktiraf. Pelajar yg kerap tak hadir, akan ketinggalan banyak benda, terutamanya ujian PB. Bila tertinggal, maka gagallah dia.

DVM pulak, syarat2 mcm dekat UA applied di sini. Cthnya kehadiran minimum 80%. Lulus LI. Dan sebagainya.

Selain dari tu, kena tau juga, walaupun pelajar KV dah boleh masuk IPTA, tp sasaran KV adalah utk menghasilkan 70% graduan BEKERJA, bukan utk sambung degree terus. Kalau nak sambung study, kami akan sarankan pelajar utk sambung SKM 4 n 5 berbanding degree, sebab degree lebih kepada teori, berbanding SKM, kurikulumnya lebih sepadan dengan pelajar KV.

Pelajar KV TIADA SPM. Tapi mereka WAJIB ambil BM dan Sejarah Setara SPM yg mana, dua subjek ni boleh digunapakai utk pelajar KV memohon utk bekerja dlm sektor awam menggantikan SPM (ada pekelilingnya). Yg ni, pelajar KV ramai ambil mudah. Sangat ramai pelajar KV gagal dlm dua matapelajaran ni, secara tak langsung, menggagalkan mereka dari sambung ke peringkat DVM jugak.

Tp untuk makluman jugak, SEMUA soalan Penilaian Akhir (final exam) yg diadakan pada setiap hujung semester, adalah dikelola oleh Lembaga Peperiksaan sendiri. Penggubal soalan dan Pemeriksa adalah yg pegawai dilantik oleh LP. Bukan cikgu sendiri yg buat soalan. Even result pelajar pun dikeluarkan oleh LP. Bukan bawah kolej. Yg menentukan pelajar lulus atau gagal, layak ke peringkat DVM pun, LP. Kolej tiada kuasa dlm bab ni.

Ada yg bertanya, lepas SVM boleh sambung diploma kat UA ke? Tak boleh. Tp diorg boleh sambung ke peringkat DVM di mana2 KV lain yg menyediakan program yg sama. Ataupun sambung diploma profesional & bachelor eksekutif di Unirazak, KL (IPTS), di mana ada laluan khas direka untuk graduan SVM/SKM/TVET

(Please refer to the latest update & FAQ by KPM. According to some KV teachers, students now can continue their studies in IPTA).

Sumber: Dikongsi oleh seorang guru KV di FB
Sila rujuk dengan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk maklumat lanjut dan terkini untuk segala pertanyaan tentang KV sebab min bukan pakar dalam sektor ni ya.

Kredit: Artikel dipetik dari FB Shahzalina Ghazali