Tag Archives: tenaga pengajar kemahiran

8 Soalan Lazim (FAQ) Pegawai Penilai (PP)

Pegawai Penilai - FAQ1

8 Soalan Lazim (FAQ) Pegawai Penilai/Tenaga PengajarKemahiran?

1. Apakah syarat untuk menjadi Pegawai Penilai (PP)?

“Pengajar Penilai@Pegawai Penilai” ertinya personel di pusat bertauliah yang memenuhi kelayakan dan diperakui oleh Ketua Pengarah untuk mengajar dan menilai keterampilan pelatih di pusat bertauliah yang ditetapkan;

Selain syarat am seperti warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun ke atas, berikut adalah tiga lagi sijil yang perlu dimiliki oleh seseorang Pegawai Penilai.

a. Sijil Induksi PP-PPD-PPB
b. Minimum SKM3 ke atas
c. Sijil VTO (mengajar & menilai program SKM) atau Sijil Latihan Tenaga Pengajar (NCS-TTT) (mengajar & menilai program Modular sahaja)

2. Saya pemegang Diploma/Ijazah Akademik, minat jadi tenaga pengajar kemahiran, boleh ke?

Nampaknya ramai graduan Universiti seperti anda berminat untuk mengajar bidang kemahiran dan nak tahu kelayakkannya. Sekiranya sekadar nak jadi tenaga pengajar kemahiran, tak susahpun. Selain memenuhi syarat am seperti PP, cuma perlu mempunyai pengalaman kerja serta kelayakan teknikal yang diperakui oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) DAN LULUS kursus induksi PP-PPD-PPB.

Tetapi, peluang kerja yang lebih banyak peluang adalah jawatan sebagai Pegawai Penilai (PP). Ia diperlukan oleh semua Pusat Bertauliah JPK@PLK, awam ataupun swasta, untuk memenuhi syarat pentauliahan serta kapasiti pelajar yang boleh diambil oleh PLK tersebut.

3. Saya pemegang Diploma/Ijazah Akademik, minat jadi Pegawai Penilai, boleh ke?

Boleh, syaratnya sama seperti No 1. Jika anda tiada pengalaman kerja yang mencukupi (min 3 tahun), disyorkan anda kerja dalam bidang kemahiran yang anda bakal nak mohon SKM3 nanti sehingga cukup 3 tahun ke atas supaya layak mohon SKM3 secara PPT.

Dalam masa ni, kumpulkan bukti-bukti ketrampilan yang cukup dan memenuhi kandungan NOSS (Aktiviti Kerja) untuk pembangunan portfolio anda nanti.

Jika anda dah ada pengalaman dalam bidang kemahiran ikut bidang NOSS melebihi 3 tahun, mohonlah SKM3 dulu secara PPT, sebelum mengikuti kursus VTO.

4. Saya pemegang Sijil Vokasional Malaysia (SVM) / Diploma Vokasional Malaysia (DVM) sahaja, nak jadi Pegawai Penilai, boleh ke?

Sama seperti No 3, boleh. Anda juga perlu mendapatkan Sijil Kemahiran Malaysia 3 atau lebih tinggi kerana SVM/DVM tidak setara dengan SKM/DKM.

5. Saya sudah ada pengalaman mengajar bidang kemahiran selama 8 tahun, bolehkah diecualikan daripada VTO?

Tiada pengecualian tetapi sekiranya anda telah mengajar dalam bidang kemahiran yang ada bidang NOSSnya lebih daripada 5 tahun, bolehlah mohon TVET-i (NOSS yang menggantikan VTO) secara PPT. Pastikan anda ada lantikan daripada majikan yang boleh mengesahkan tempoh pengalaman mengajar anda serta deskripsi tugasan yang jelas menyatakan anda mengajar pelatih/pekerja di bawah anda. Ataupun anda ada pusat latihan kemahiran sendiri yang melebihi 5 tahun.

6. Saya sedang bekerja, boleh berkursus VTO secara separa masa ke?

Boleh, sesetengah Pusat Bertauliah JPK swasta masih tawarkan secara separa masa.

Kursus adalah separa masa secara hibrid selama 6 bulan diikuti oleh internship 6 bulan di PB pilihan anda (sama program dengan bidang SKM anda).

7. Di mana saya boleh ambil NCS-TTT, VTO atau TVET-i) untuk melayakkan saya mendapat Sijil Latihan Tenaga Pengajar/Teknik Mengajar ini (salah satu syarat jadi Pegawai Penilai)?

Untuk NCS-TTT (kelayakan untuk jadi PP Modular atau trainer yang diiktiraf), boleh mohon dengan I Smart Educare, PB program VTO sebelum ni sejak 2011.

Setahu min, Pusat yang masih aktif menawarkan program VTO oleh pihak swasta ada di Selangor, Pahang DAN Sabah. Semua pusat ni adalah kenalan min, jadi kalau perlukan maklumat lanjut, boleh daftar minat anda di sini.

Untuk TVET-i pula, sila rujuk dengan CIAST, kecuali nak belajar di Sarawak atau nak mohon secara PPT (jika layak), sila hubungi min di 012-3123430.

8. Bila saya boleh daftar untuk kursus NCS-TTT, VTO & TVETi?

Berminat? Dah bersedia?

Daftar Kursus Induksi PP-PPT

                                             Permohonan Kursus NCS-TTT

 

Daftar Kursus Induksi PP-PPT

                                                 Permohonan Kursus VTO

 

Daftar Kursus Induksi PP-PPT

                                                Permohonan TVETi (PPT)

 

Tenaga pengajar kemahiran diperlukan

Tenaga pengajar kemahiran diperlukan di mana? Apakah pula syaratnya?

Mesej kepada anda yang ingin menjadi tenaga pengajar kemahiran: Malaysia – dan dunia – bergantung kepada anda. Masa depan kita akan maju dan tumbang bersama graduan kemahiran, pembangun negara kita.

HERO tenaga pengajar kemahiran
Hampir setiap filem bencana - tak kira Independence atau World War Z atau Godzilla - ada saatnya salah satu watak akan melihat watak utama dan mengatakan ayat seperti "Nasib Bumi di tangan anda". Hero kita selalu meneguk, kelihatan ketakutan dan kemudian bergegas untuk meletupkan asteroid atau mengalahkan makhluk asing sebelum mereka musnahkan bandar New York.

Tenaga Pengajar Kemahiran - SLaPB & SLDN

Pengajar kemahiran di Pusat Latihan Kemahiran (PLK) awam seperti di CIAST/KV/ADTEC/ILP/IKBN/GiatMARA atau PLK swasta tidak sama kelayakkannya jika anda berminat menjadi seorang pensyarah di kolej/universiti swasta/awam untuk program akademik.

Lebih ramai lagi yang mungkin tidak tahu bahawa pengajar kemahiran ini sebenarnya ada 2 kategori, satu di Pusat Latihan Program Bertauliah (SLaPB) dan satu lagi di Pusat Latihan SLDN di bawah Sistem Latihan Daul Nasional (SLDN). 

Sistem Latihan Program Bertauliah - SLaPB

Sebelum tu, baik kita lihat definisi Tenaga Pengajar dari konteks Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) kerana ramai yang sentiasa keliru dengan dua definisi ni.

“Tenaga Pengajar” ertinya personel di pusat bertauliah yang memenuhi kelayakan dan diperakui oleh Ketua Pengarah untuk mengajar pelatih di pusat bertauliah yang ditetapkan;.

Pegawai Penilai” ertinya personel di pusat bertauliah yang memenuhi kelayakan dan diperakui oleh Ketua Pengarah untuk mengajar dan menilai keterampilan pelatih di pusat bertauliah yang ditetapkan;

Pegawai Penilai dan Tenaga Pengajar - Apa Bezanya Dari Segi Syarat Lantikan?

a) Dari kriteria TP & PP di atas, jelas menunjukkan kedua-dua PP dan TP WAJIB lulus kursus induksi PP/PPD/PPB.

b) Dari segi pemilikan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) atau Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM), adalah TIDAK WAJIB untuk TP tetapi WAJIB untuk PP.

Sekiranya anda ada pengalaman kerja dalam bidang kemahiran anda (> 3 tahun ke atas secara amnya) tetapi masih tiada SKM lagi, bolehlah mohon SKM secara PPT.
Ia berdasarkan pengalaman kerja & bukti ketrampilan, tak perlu ikuti kursus berbulan/tahun lamanya)

c) PP WAJIB ada Sijil Pegawai Latihan Operasi/Vokasional (I-031-3:2014)@VTO atau TVET-i
– syarat asas lantikan sebagai Pengajar Vokasional Bertauliah atau Sijil Teknik Mengajar yang diiktiraf oleh JPK (rujuk jadual di bawah).

d) PP-M (PP Modular) WAJIB ada SKM/CU dalam Program berkaitan serta sijil VTO/TVET-i atau Sijil Latihan Pengajar (NCS-TTT).

Gaji Tenaga Pengajar Kemahiran/Gaji Tenaga Pengajar Vokasional

Gaji purata adalah antara RM1,600-2,300, bergantung kepada pengalaman, kelayakan, bidang dan tempat Pusat Bertauliah tersebut.

Bidang kemahiran apa yang boleh menyertai Kursus VTO?

Tidak kira bidang kemahiran apa pun, anda boleh menyertai kursus VTO sekiranya ada Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) 3 sebarang bidang.

Nak tahu apa itu kursus VTO serta kelebihannya selain syarat untuk lantikan sebagai Pegawai Penilai, boleh baca lebih lanjut:

a) Kursus VTO
b) Kelebihan sijil VTO

Peluang Kerja di Pusat Bertauliah (PB SLaPB)

Anda perlu tahu mana nak cari kerja selepas anda memenuhi kelayakan samada sebagai Tenaga Pengajar ataupun Pegawai Penilai.

Boleh cari dari sini. Cari ikut program anda dulu, kemudian negeri yang anda kehendaki.

Mohon Kursus Tenaga Pengajar Kemahiran @ VTO (Bagi Lepasan SKM3, Tanpa Pengalaman Mengajar Bidang Kemahiran)

Mohon Kursus Tenaga Pengajar Kemahiran @ VTO HARI INI!
Daftar Kursus TVET
Permohonan Kursus VTO

Mohon Kursus Latihan Tenaga Pengajar @ NCS-TTT (Tanpa Pengalaman Mengajar Bidang Kemahiran)

Daftar Kursus TVET
Mohon Kursus NCS-TTT

Mohon Sijil Tenaga Pengajar Kemahiran @ TVET-i (Bagi Yang Ada Pengalaman Mengajar Bidang Kemahiran)

Jika anda ada >5 tahun pengalaman mengajar latihan kemahiran, bolehlah mohon TVET-i secara PPT.
Sekiranya tidak tahu konsep NOSS, pembangunan WIM yang diperlukan untuk pembentangan VTO-PPT nanti, boleh ikuti bengkel TVET-i PPT.

Kursus Induksi JPK - Permohonan kursus
Bengkel TVETi PPT

Sistem Latihan Dual Nasional - SLDN

Tenaga pengajar kemahiran di pusat SLDN yang menjalankan latihan kemahiran teori (20-30%) inilah yang ramai mungkin tidak tahu kewujudannya. 

Berbanding dengan Sistem Latihan Program Bertauliah (SLaPB), syarat untuk menjadi tenaga pengajar di pusat SLDN adalah jauh lebih ringkas.

Syarat Lantikan Personel - Tenaga Pengajar Kemahiran Pusat SLDN
Pengajar Kemahiran di pusat SLDN adalah P-SLDN
Kelayakan yang diperlukan bergantung kepada samada anda jadi Pengajar ataupun Coach

Jadi, anda nampak apa bezanya antara tenaga pengajar kemahiran di Pusat Bertauliah (SLaPB) dan Pusat SLDN?

TP di Pusat Bertauliah SLaPB – Cuma perlu sijil induksi PP-PPD-PPB
*(Namun, PB  SLaPB perlukan PP, bukan TP sahaja. Jadi lebih baik untuk ada SKM & VTO sekali)

TP di Pusat SLDN –  Cuma perlu sijil induksi SLDN, SKMDKM/Dip/Ijazah bidang berkaitan dan pengalaman mengajar bidang berkaitan.
Setelah pusat ditauliahkan nanti, perlu juga ikuti kursus NDTS Trainer Training Programme. 

Lihat Jawatan PP, PP (ruang merah) dan Pengajar (ruang hijau) untuk kenalpasti kelayakan yang diperlukan

Peluang Kerja di Pusat/Syarikat SLDN

Anda perlu tahu mana nak cari kerja selepas anda memenuhi kelayakan sebagai Tenaga Pengajar SLDN.

Boleh cari di sini. Cari ikut program anda dulu, kemudian negeri yang anda kehendaki.

Permohonan Kursus Induksi PP-PPD-PPB & Induksi SLDN

Kursus Induksi JPK - Syarat Kelayakan
Syarat Lantikan Personel - Tenaga Pengajar Kemahiran Pusat SLDN
Kursus induksi PP-PPD-PPB
Permohonan Kursus Induksi PP-PPD-PPB
Mohon Kursus Induksi SLDN