Tenaga pengajar kemahiran diperlukan

Tenaga pengajar kemahiran diperlukan di mana? Apakah pula syaratnya?

Mesej kepada anda yang ingin menjadi tenaga pengajar kemahiran: Malaysia – dan dunia – bergantung kepada anda. Masa depan kita akan maju dan tumbang bersama graduan kemahiran, pembangun negara kita.

HERO tenaga pengajar kemahiran
Hampir setiap filem bencana - tak kira Independence atau World War Z atau Godzilla - ada saatnya salah satu watak akan melihat watak utama dan mengatakan ayat seperti "Nasib Bumi di tangan anda". Hero kita selalu meneguk, kelihatan ketakutan dan kemudian bergegas untuk meletupkan asteroid atau mengalahkan makhluk asing sebelum mereka musnahkan bandar New York.

Tenaga Pengajar Kemahiran - SLaPB & SLDN

Pengajar kemahiran di Pusat Latihan Kemahiran (PLK) awam seperti di CIAST/KV/ADTEC/ILP/IKBN/GiatMARA atau PLK swasta tidak sama kelayakkannya jika anda berminat menjadi seorang pensyarah di kolej/universiti swasta/awam untuk program akademik.

Lebih ramai lagi yang mungkin tidak tahu bahawa pengajar kemahiran ini sebenarnya ada 2 kategori, satu di Pusat Latihan Program Bertauliah (SLaPB) dan satu lagi di Pusat Latihan SLDN di bawah Sistem Latihan Daul Nasional (SLDN). 

Sistem Latihan Program Bertauliah - SLaPB

Sebelum tu, baik kita lihat definisi Tenaga Pengajar dari konteks Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) kerana ramai yang sentiasa keliru dengan dua definisi ni.

“Tenaga Pengajar” ertinya personel di pusat bertauliah yang memenuhi kelayakan dan diperakui oleh Ketua Pengarah untuk mengajar pelatih di pusat bertauliah yang ditetapkan;.

Pegawai Penilai” ertinya personel di pusat bertauliah yang memenuhi kelayakan dan diperakui oleh Ketua Pengarah untuk mengajar dan menilai keterampilan pelatih di pusat bertauliah yang ditetapkan;

Pegawai Penilai dan Tenaga Pengajar - Apa Bezanya Dari Segi Syarat Lantikan?

a) Dari kriteria TP & PP di atas, jelas menunjukkan kedua-dua PP dan TP WAJIB lulus kursus induksi PP/PPD/PPB.

b) Dari segi pemilikan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) atau Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM), adalah TIDAK WAJIB untuk TP tetapi WAJIB untuk PP.

Sekiranya anda ada pengalaman kerja dalam bidang kemahiran anda (> 3 tahun ke atas secara amnya) tetapi masih tiada SKM lagi, bolehlah mohon SKM secara PPT.
Ia berdasarkan pengalaman kerja & bukti ketrampilan, tak perlu ikuti kursus berbulan/tahun lamanya)

c) PP WAJIB ada Sijil Pegawai Latihan Operasi/Vokasional (I-031-3:2014)@VTO atau TVET-i
– syarat asas lantikan sebagai Pengajar Vokasional Bertauliah atau Sijil Teknik Mengajar yang diiktiraf oleh JPK (rujuk jadual di bawah).

d) PP-M (PP Modular) WAJIB ada SKM/CU dalam Program berkaitan serta sijil VTO/TVET-i atau Sijil Latihan Pengajar (NCS-TTT).

Gaji Tenaga Pengajar Kemahiran/Gaji Tenaga Pengajar Vokasional

Gaji purata adalah antara RM1,600-2,300, bergantung kepada pengalaman, kelayakan, bidang dan tempat Pusat Bertauliah tersebut.

Bidang kemahiran apa yang boleh menyertai Kursus VTO?

Tidak kira bidang kemahiran apa pun, anda boleh menyertai kursus VTO sekiranya ada Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) 3 sebarang bidang.

Nak tahu apa itu kursus VTO serta kelebihannya selain syarat untuk lantikan sebagai Pegawai Penilai, boleh baca lebih lanjut:

a) Kursus VTO
b) Kelebihan sijil VTO

Peluang Kerja di Pusat Bertauliah (PB SLaPB)

Anda perlu tahu mana nak cari kerja selepas anda memenuhi kelayakan samada sebagai Tenaga Pengajar ataupun Pegawai Penilai.

Boleh cari dari sini. Cari ikut program anda dulu, kemudian negeri yang anda kehendaki.

Mohon Kursus Tenaga Pengajar Kemahiran @ VTO (Bagi Lepasan SKM3, Tanpa Pengalaman Mengajar Bidang Kemahiran)

Mohon Kursus Tenaga Pengajar Kemahiran @ VTO HARI INI!
Daftar Kursus TVET
Permohonan Kursus VTO

Mohon Kursus Latihan Tenaga Pengajar @ NCS-TTT (Tanpa Pengalaman Mengajar Bidang Kemahiran)

Daftar Kursus TVET
Mohon Kursus NCS-TTT

Mohon Sijil Tenaga Pengajar Kemahiran @ TVET-i (Bagi Yang Ada Pengalaman Mengajar Bidang Kemahiran)

Jika anda ada >5 tahun pengalaman mengajar latihan kemahiran, bolehlah mohon TVET-i secara PPT.
Sekiranya tidak tahu konsep NOSS, pembangunan WIM yang diperlukan untuk pembentangan VTO-PPT nanti, boleh ikuti bengkel TVET-i PPT.

Kursus Induksi JPK - Permohonan kursus
Bengkel TVETi PPT

Sistem Latihan Dual Nasional - SLDN

Tenaga pengajar kemahiran di pusat SLDN yang menjalankan latihan kemahiran teori (20-30%) inilah yang ramai mungkin tidak tahu kewujudannya. 

Berbanding dengan Sistem Latihan Program Bertauliah (SLaPB), syarat untuk menjadi tenaga pengajar di pusat SLDN adalah jauh lebih ringkas.

Syarat Lantikan Personel - Tenaga Pengajar Kemahiran Pusat SLDN
Pengajar Kemahiran di pusat SLDN adalah P-SLDN
Kelayakan yang diperlukan bergantung kepada samada anda jadi Pengajar ataupun Coach

Jadi, anda nampak apa bezanya antara tenaga pengajar kemahiran di Pusat Bertauliah (SLaPB) dan Pusat SLDN?

TP di Pusat Bertauliah SLaPB – Cuma perlu sijil induksi PP-PPD-PPB
*(Namun, PB  SLaPB perlukan PP, bukan TP sahaja. Jadi lebih baik untuk ada SKM & VTO sekali)

TP di Pusat SLDN –  Cuma perlu sijil induksi SLDN, SKMDKM/Dip/Ijazah bidang berkaitan dan pengalaman mengajar bidang berkaitan.
Setelah pusat ditauliahkan nanti, perlu juga ikuti kursus NDTS Trainer Training Programme. 

Lihat Jawatan PP, PP (ruang merah) dan Pengajar (ruang hijau) untuk kenalpasti kelayakan yang diperlukan

Peluang Kerja di Pusat/Syarikat SLDN

Anda perlu tahu mana nak cari kerja selepas anda memenuhi kelayakan sebagai Tenaga Pengajar SLDN.

Boleh cari di sini. Cari ikut program anda dulu, kemudian negeri yang anda kehendaki.

Permohonan Kursus Induksi PP-PPD-PPB & Induksi SLDN

Kursus Induksi JPK - Syarat Kelayakan
Syarat Lantikan Personel - Tenaga Pengajar Kemahiran Pusat SLDN
Kursus induksi PP-PPD-PPB
Permohonan Kursus Induksi PP-PPD-PPB
Mohon Kursus Induksi SLDN

29 thoughts on “Tenaga pengajar kemahiran diperlukan di mana? Apakah pula syaratnya?

  1. sy berminat nak jadi Tenaga Pengajar
    Bidang saya sumber manusia dan pentadbiran
    Bagaimana untuk mereliasasikannya.
    Boleh bantu saya.

    1. Hi Zairol, adakah anda sudah ada SKM3 dalam bidang pentadbiran pejabat? Kalau ada, anda cuma perlu 2 sijil berikut:

      1. Sijil induksi PP-PPD-PPB- Kursus online 2 hari – Sila daftar online di
      2. Sijil VTO – Sila baca dulu di sini

  2. Hi, sya pemegang diploma in pastry arts dan berminat ingin menjadi tenaga pengajar, tetapi tidak pasti sekiranya mematuhi syarat memohon untuk menjadi tenaga pengajar.

    1. Hi Karen, kalau nak jadi tenaga pengajar bidang kemahiran bersijilkan SKM, anda perlu:

      1. Sijil induksi PP-PPD-PPB
      2. SKM3 pastri
      3. Sijil VTO (kalau nak jadi Pegawai Penilai)

  3. saya berminat untuk menjadi tenaga pengajar bidang teknologi automotif. saya secara peribadi telah memiliki SKM 3 dan sedang menjalani Latihan Industri (LI) peringkat diploma teknologi automotif.
    bagaimana untuk melestarikannya?
    bantu saya.

  4. Saya berminat untk menjadi tenaga pengajar dlm bidnag molding..krusus apa@sijil apa yg saya perlukn untk tenaga pengajar

    1. Hello saya berminat jadi pegawai penilaian dalam pendidikan awal kanak-kanak. Saya ada ijazah sarjana muda sains sosial, pengalaman kerja 10 tahun dan SKM Tahap 3. Mohon bantu.

  5. Salam admin…sy ada :
    -Diploma Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Domestik & Industri
    – DKM 4
    – Wireman PW4
    -Pengalaman baru hampir 2 tahun dalam industri

    Berminat untuk menjadi tenaga pengajar…boleh bantu sy?

  6. Hai, saya ada sijil pastri from kolej komuniti.
    Dan saya telah mngambil sijil tm002 . Jadi hala tuju sy utk jdi tenaga pengajar di pusat bertauliah bagaimana ye?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *