Category Archives: SKM

10 Kelebihan Sijil Kemahiran Malaysia – Pelbagai Peluang Menanti Anda

Kelebihan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)

10 Kelebihan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)? Ada banyak tu ke?

JOM kita terokai apa kelebihan sekiranya anda ada Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) atau lebih tinggi lagi, Diploma/Diploma Lanjutan Kemahirna Malaysia (DKM/DLKM).
Persijilan Kemahiran Malaysia ini dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia. Anda boleh:

 

Dari segi pekerjaan. Anda boleh:

1. Terus bekerja sebagai pembantu bahagian operasi atau pembantu mekanik dengan syarikat/orang perseorangan tertentu.  Pastinya anda lebih menjadi rebutan berdasarkan kemahiran yang anda miliki. Ini kerana pihak syarikat tidak perlu memberi latihan lagi kepada anda. Anda boleh rujuk Panduan Gaji Permulaan 2020 untuk 200 pekerjaan terpilih dari sini.

Kelebihan Sijil Kemahiran Malaysia | TVET Malaysia

 

2. Diterima bekerja di sektor awam/kerajaan. Contohnya Penolong Pegawai Latihan Vokasional/Pegawai Latihan Vokasional.

Kelebihan Sijil Kemahiran Malaysia - Jawatan Penolong Pegawai Latihan Vokasional | TVET Malaysia

 

3. Kerja secara freelance – Kemahiran yang dipelajari boleh digunakan untuk memberi perkhidmatan atau jalankan perniagaan sampingan.

Contohnya pemegang Sijil Kemahiran Malaysia elektrik (kursus elektrik) boleh melakukan pendawaian elektrik, pelajar kursus kulinari boleh masak dan jual makanan secara online, kursus komputer (sistem komputer) boleh membaik pulih dan menyelenggara komputer dsbgnya.  Dengan kemahiran ini juga dapat menjana pendapatan sampingan.  Pastinya dengan SKM yang anda miliki memberi keyakinan kepada pelanggan.

Kelebihan Sijil Kemahiran Malaysia - Pendawai Elektrik | TVET Malaysia
Kursus Kulinari
Baik Pulih Komputer

 

4. Anda boleh membuka perniagaan sendiri – sesetengah PBT perlukan SKM untuk kelulusan lesen premis. 
Lulusan SKM berpeluang menjadi seorang usahawan dengan membuka perniagaan sendiri  dengan kemahiran yang dimiliki.  Antara bidang kemahiran yang menjadi perhatian adalah seperti bengkel kereta, bakeri, kedai jahitan, salon dan sebagainya.

5. Adakah anda tahu bukan sahaja Sijil Kemahiran Malaysia diterima di industri tetapi juga di luar negeri?
Sudah banyak kes di mana Kedutaan Negara Asing di Malaysia cuma menyokong (endorse) Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) & Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) tetapi tidak sijil-sijil kemahiran/akademik lain, walaupun ia mungkin datang dari UK, Australia atau Germany, kecuali ia adalah dari badan professional yang dikenali dunia (seperti ACCA, CIBTAC, CIDESCO, TWI dsbgnya).

Apakah kepentingan ini? Jika anda ingin bekerja dalam industri kemahiran di Dubai, Australia, China ke mana-mana di luar Malaysia, majikan dan kedutaan rata-ratanya hanya mengiktiraf SKM/DKM/DLKM. Tak percaya? Cuba pergi tanya pegawai di Kedutaan Asing ataupun Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

6. Menjadi Pegawai Penilai ataupun selalu dipanggil sebagai tenaga pengajar / cikgu / guru di PLK- Pusat Latihan Kemahiran samada di PLK awam (seperti di ILP/IKBN/GiatMARA/ADTEC dll dimana kod pusat bermula huruf K ) atau PLK swasta (kod pusat bermula L) atau syarikat konsortium@industri. Syarat minima untuk melayakkan anda sebagai Pegawai Penilai (bukan setakat tenaga pengajar) di PLK ini adalah SKM Tahap 3. Apa yang perlu anda lengkapkan lepas SKM Tahap 3/DKM tersebut ialah ambil Sijil Pengajar Vokasional (VTO / I-031-3:2014) yang boleh diambil di PLK awam seperti CIAST atau PLK swasta seperti I Smart Educare
Satu lagi sijil lain adalah sijil Induksi PP-PPD-PPB.

 

7. Jadi pengajar untuk sistem SLDN. Peranan sebagai Pengajar di Pusat SLDN adalah melatih perantis untuk bahagian teori sebelum mereka menjalani latihan praktikal di dalam sesuatu industri.  Contohnya dalam bidang Teknikal; Kompetensi Pembelajaran & Metodologi; dan Kompetensi Sosial & Kemanusiaan.

8. Berpeluang dilantik sebagai Pegawai Pengesah Luaran (PPL) – Anda juga berpeluang dilantik sebagai Pegawai Pengesah Luaran(PPL). PPL ini merupakan individu penting yang bertugas sebagai wakil JPK untuk membuat pengesahan penilaian dan seterusnya status TERAMPIL/TIDAK TERAMPIL pelajar semasa peperiksaan akhir teori dan amali di Pusat Bertauliah JPK. PPL ni bertindak seperti auditor atau pegawai wazir PLK. 
Syarat bagi lantikan sebagai PPL-SLaPB – wajib ada sijil induksi PP-PPD-PPB & PPL atau PPL-SLDN – wajib ada sijil induksi SLDN & PPL & pengalaman industri bidang SKM yang sama >>10 tahun.

9. Berpeluang dilantik sebagai Pegawai Penilai-Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PP- PPT).
PP-PPT adalah merupakan personel yang memenuhi kelayakan yang ditetapkan dan diberi kuasa oleh Ketua Pengarah untuk menilai pengalaman dan pencapaian terdahulu yang dimiliki oleh calon.  Syarat bagi lantikan sebagai PP-PPT adalah wajib ada sijil induksi PP-PPT & pengalaman industri bidang SKM yang sama >>10 tahun.

 

Dari segi melanjutkan pendidikan (min SKM3). Anda berpeluang :

10. Lanjutkan pengajian ke peringkat:

a) Diploma Kemahiran Malaysia – DKM
DKM ini kelayakannya adalah menyamai atau setaraf dengan Diploma MQA dari universiti awam/swasta. Ia diiktiraf oleh kerajaan bagi tujuan lantikan ke dalam Perkhidmatan Awam (SPA).

Selepas DKM, anda berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat DLKM (Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia) dalam bidang kemahiran yg anda ambil tu.

Tak tahu nak ambil kat mana? Sila isi borang ni.
Jika anda ada sekurang-kurangnya pengalaman kerja 2 tahun ke atas dalam bidang SKM anda dan memiliki SKM3, anda juga boleh pertimbangkan untuk mohon DKM secara PPT (Pengalaman kerja). Sekiranya tidak tahu caranya walaupun telah baca Panduan dan perlukan bimbingan dari A-Z, boleh ikuti bengkel pembangunan portfolio yang dianjurkan oleh ISE Education Sdn Bhd.

b) Diploma Akademik, tanpa SPM
Dengan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dan TANPA SPM , anda juga layak diterima untuk melanjutkan pelajaran peringkat Diploma Akademik di IPTS. Ini adalah perkembangan terbaru (mulai Jan 2021) kerana sebelum ini, anda perlu lulus SPM dengan 1 kredit, bersama dengan SKM3 untuk layak melanjutkan program Diploma Akademik.

 

 

c) Ijazah Pengurusan Industri @ URise

Anda juga boleh pertimbangkan untuk sambung terus ke Ijazah Eksekutif (tanpa MQA), sekiranya anda kerja di sektor swasta, perlukan Ijazah untuk kenaikan pangkat ataupun meningkatkan ilmu dalam bidang pengurusan secara amnya (ia adalah pelengkap kepada kemahiran teknikal anda).

Syarat Kemasukan program URise (Ijazah yang direka khas untuk pemegang Sijil Kemahiran Tahap 3 ke atas, dengan pengalaman kerja-digalakkan) adalah:

1. Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas dan
2. SKM/SPMV/DKM/DLKM ATAU
3. Pengalaman industri >2 tahun

 

Jadi, jangan pandang sebelah mata ye mereka yang memiliki SKM/DKM ini biarpun syarat asas/minima untuk mengambil program SKM hanya berumur lebih 16 tahun, mempunyai minat terhadap sesuatu bidang/program, boleh membaca, menulis dan mengira. Dengan syarat minima ini, lepasan UPSR/PT3/PMR pun boleh diterima untuk melanjutkan pelajaran SKM di PLK(Pusat Latihan Kemahiran) yang diiktiraf oleh JPK.

Takda Sijil Kemahiran Malaysia lagi?

1. Belajar di Pusat Latihan Kemahiran
a) Awam – Sila cari sendiri di sini
b) Swasta – Sila isi borang di sini

2. Melalui Pengiktiran Pencapaian Terdahulu (pengalaman kerja)

Sekiranya anda tak tahu bidang kemahiran apa yang boleh dipersijilkan, sila rujuk Daftar NOSS dari sini (muat turun)

Mohon SKM Secara PPT (Pembangunan Portfolio) – Jimat Sehingga 95% Kos & Masa Anda!

TVETi - Bengkel Pembangunan Portfolio

Bengkel Pembangunan Portfolio SKM/DKM/TVET-i

Bengkel Pembangunan Portfolio SKM/DKM/TVET-i bagi tujuan Persijilan Kemahiran Malaysia secara Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) boleh dibahagikan kepada 3 jenis:

a) Program SKM – Pembangunan portfolio sahaja

b) Program DKM/DLKM – Pembangunan portfolio & Laporan Projek Ketrampilan Terdahulu (LPKT)

c) TVET-i – Pembangunan portfolio & kursus intensif TVET-i (5 hari)

Adakah anda layak mohon SKM/DKM/TVET-i secara PPT?

Jika anda minat untuk mendapat pengiktirafan kemahiran anda berdasarkan pengalaman kerja dan pencapaian terdahulu, persijilan secara Pencapaian Pengiktirafan Terdahulu (PPT) adalah kaedah yang paling sesuai. PersijilanKemahiran Malaysia merupakan sistem persijilan bagi bidang kemahiran yang diterajui oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia (JPK).

Bengkel Pembangunan Portfolio SKM/DKM/VTO Jimat wang dan masa - sehingga 95%!

Mari kita buat perbandingan kos antara belajar secara sepenuh masa/separa masa di pusat latihan kemahiran awam/swasta yang ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia (JPK) dengan pentauliahan PPT.

Yuran pembelajaran program SKM setahap di pusat latihan kemahiran awam/swasta (purata) – RM 6,000
Yuran pendaftaran program SKM setahap secara PPT – RM300
Penjimatan: 95% RM anda!

Masa pembelajaran program DKM (purata) – 15 bulan termasuk OJT
Masa pembangunan portfolio & LPKT (purata) – 3 bulan* (tak termasuk masa tunggu penilaian dan pengesahan PP-PPT & PPL-PPT)
Penjimatan: 80% masa anda!

SKM-PPT - Ciri-ciri Umum

Bidang kemahiran apakah yang boleh anda mohon SKM/DKM secara PPT?

Anda boleh mohon apa sahaja bidang (tidak terhad kepada satu sahaja), asalkan anda ada cukup pengalaman kerja serta bukti-bukti ketrampilan yang dapat memenuhi NOSS bidang kemahiran tersebut.

Contohnya, anda mungkin ada pengalaman dan bukti dalam bidang yang berkaitan rapat seperti kecantikan, spa, aromaterapi, make-up & terapi urut. Jadi kalau layak, mohonlah untuk semua bidang.

Berapa tahun pengalaman kerja yang perlu saya ada untuk layak mohon SKM/DKM/TVET-i secara PPT?

SKM-PPT - Syarat Umum Calon
SKM-PPT - Tempoh Min Pengalaman Kerja (Ikut Tahap)
SKM-PPT - Tempoh Min Pengalaman Kerja (Gabungan Tahap)
SKM-PPT - Tempoh Min Pengalaman Kerja (Gabungan Tahap) Pg2

Bagaimanakah Cara Untuk Memohon SKM/DKM/DLKM-PPT?

1. Pertama sekali, kenalpasti bidang kemahiran/kod NOSS kemahiran yang sesuai dengan pengalaman kerja anda dari Daftar NOSS yang boleh dimuat turun dari laman ini.

2. Lepas tu, beli NOSS melalui:
a) www.myspike.my (cuma sah setahun sahaja)
b) JPK Putrajaya/Cyberjaya/pejabat Wilayah – Cara terbaik jika anda berdekatan ataupun perlu pergi ke sana.
c) Hubungi kami – Jika anda masih tak dapat nak beli dari myspike & perlukannya cepat ataupun tinggal jauh dari pejabat-pejabat JPK. 

3. Kaji NOSS & buat Penilaian Kendiri – pastikan anda betul-betul terampil (dah tahu lakukan aktiviti tersebut dan ada BUKTI kukuh).

4. Jika semua Work Activities pun terampil/ada bukti, bolehlah mohon kat www.myspike.my

5. Dokumen yang perlu dimuatnaik:
• Surat pengesahan majikan beserta tempoh pengalaman bekerja dalam bidang kemahiran berkenaan (Jika mempunyai majikan)/ Surat Akuan Sumpah (Tiada Majikan/ bekerja sendiri) ATAU
• Salinan pendaftaran syarikat (Jika pemilik syarikat)
• Salinan SKM tertinggi yang dimiliki (jika rekod dalam profil pengguna tidak dipaparkan)
• Borang cadangan tajuk ringkasan LPKT bagi permohonan DKM/DLKM

Mengapa Sertai Bengkel Pembangunan Portfolio SKM/DKM/TVET-i?

Anda telah baca panduan persijilan kemahiran Malaysia secara PPT dan manual permohonan secara online dan langkah-langkah permohonan tetapi masih keliru atau tidak yakin dan memerlukan bimbingan dari A-Z.

Mungkin keliru dari segi permohonan secara online, tak pasti cara pengumpulan serta jenis bukti ketrampilan yang kukuh untuk pembangunan portfolio yang dapat diterampilkan oleh Pegawai-Penilai Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PP-PPT) tanpa banyak masa terbuang, tak tahu cara penulisan Laporan Projek Ketrampilan Terdahulu (LPKT) untuk DKM/DLKM atau pembangunan WIM untuk TVET-i.

Bengkel Pembangunan Portfolio SKM

Mohon Sini (Klik gambar di atas)

Permohonan SKM-PPT PERCUMA – Tajaan Khas PSMB

Permohonan SKM-PPT PERCUMA? Betul ke?

Sebelum anda lihat apakah syarat serta T&C permohonan SKM-PPT Percuma ini, mari kita lihat apa faedah Persijilan Kemahiran Malaysia

1. Persijilan Kemahiran diiktiraf oleh industri di Malaysia

Bagi sektor perkhidmatan kecantikan dan dandanan rambut, sesetengah pihak berkuasa tempatan seperti MPAJ & MPS dikatakan mensyaratkan pengusaha atau pekerjanya perlu ada Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) untuk memohon lesen premis.

Difahamkan juga sektor air akan mewajibkan sesetengah pekerja dalam bidang tertentu memiliki Sijil Kemahiran Malaysia.

2. Persijilan Kemahiran Malaysia menyediakan suatu laluan kerjaya dan pembangunan diri yang menarik setanding dengan laluan kerjaya berasaskan kelayakan akademik. Ini dah terbukti dengan kebolehpasaran graduan TVET negara melonjak lebih 90% manakala Jabatan Perangkaan Malaysia melaporkan pada suku pertama 2019, negara merekodkan seramai 516,600 penganggur dimana seramai 238,286 penganggur termasuk 174,327 siswazah, mendaftar sebagai pencari kerja aktif dengan JobsMalaysia di bawah Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Semenanjung

3. Persijilan Kemahiran Malaysia berupaya melahirkan pekerja mahir yang terlatih dan berkelayakan untuk mempertingkatkan daya saing industri tempatan di pasaran dunia.

Ia telah terbukti bahawa Sijil Kemahiran Malaysia kita ni memang laku dan jauh lebih bernilai dari sijil-sijil lain, tak kira tempatan ke luar negeri seperti UK.

Sudah banyak kes di mana Kedutaan Negara Asing di Malaysia cuma menyokong (endorse) Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) & Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) tetapi tidak sijil-sijil kemahiran/akademik lain, walaupun ia mungkin datang dari UK, Australia atau Germany, kecuali ia adalah dari badan professional yang dikenali dunia (seperti ACCA, CIBTAC, CIDESCO, TWI dsbgnya).

Apakah kepentingan ini? Jika anda ingin bekerja dalam industri kemahiran di Dubai, Australia, China ke mana-mana di luar Malaysia, majikan dan kedutaan rata-ratanya hanya mengiktiraf SKM/DKM/DLKM. Tak percaya? Cuba pergi tanya pegawai di Kedutaan Asing ataupun Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

Jadi, jelas bahawa nilai SKM/DKM/DLKM ini amat besar, cuma ramai yang masih tidak tahu menghargainya.

Persijilan Kemahiran Malaysia menawarkan lima (5) tahap persijilan:

  • Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1, 2 & 3
  • Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4
  • Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) Tahap 5

Tetapi permohonan SKM-PPT PERCUMA tajaan khas PSMB ni hanya untuk Tahap 3 & terhad kepada 8 bidang SAHAJA

permohonan SKM-PPT percuma

Sekiranya bidang kemahiran anda tiada dalam senarai ini dan ingin mohon SKM secara PPT (tanggungan sendiri), boleh baca lebih lanjut dari Panduan Permohonan yang boleh dimuat turun dari sini.

Jika dah baca panduan pun masih kabur/tak yakin mohon sendiri, bolehlah belajar melalui bengkel yang kami jalankan (secara online masa PKPB).
Bengkel untuk pembangunan LPKT (Tahap 4 & 5) serta VTO-PPT juga dijalankan. Sila Daftar CEPAT 👇👇👇. Bengkel SKM-PPT mula 12/12/20

Daftar Bengkel SKM-PPT
Jangan Terlepas Peluang

Pentauliahan Program ECCE – Pengasuhan dan Pendidikan Awal Kanak-kanak (Pindaan Oktober 2020)

pentauliahan program ECE
Gambar dipetik dari Pa & Ma

1.0 PENDAHULUAN

Pentauliahan Program ECCE (Pengasuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak) ada syarat tambahan (selepas ini dirujuk sebagai “Syarat ini” bertujuan menetapkan keperluan pelaksanaan Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia melalui Pusat Bertauliah (PB). Syarat ini adalah merupakan kuasa untuk mengenakan syarat pentauliahan yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran di bawah Seksyen 28 Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 [Akta 652] dan hendaklah dibaca bersama dengan panduan yang sedang berkuatkuasa seperti berikut:

i. Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 [Akta 652];
ii. Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 (Akta 308), Jabatan
Kebajikan Masyarakat [Akta 308];
iii. Akta Kanak- Kanak 2001 (Pindaan) 2016
iv. Panduan Pelaksanaan dan Syarat Pentauliahan Pusat Bertauliah di
Bawah Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia Berasaskan Standard
Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan 2012;
v. Panduan Pelaksanaan dan Syarat Pentauliahan Program Latihan
Kemahiran Bagi Persijilan Tahap Tunggal Melalui Sistem Pentauliahan
Di Bawah Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia 2015;
vi. Panduan Pelaksanaan Sistem Penilaian;
vii. Panduan Pendaftaran Pelatih Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia
Melalui Sistem Pentauliahan; dan
viii. Mana-mana peraturan dan panduan yang berkuatkuasa.

2.0 TAFSIRAN

Dokumen” ertinya apa-apa dokumen perundangan secara bertulis di antara PB dan Pihak TASKA seperti dokumen MoA bagi membenarkan pelatih menjalankan latihan amali, peniliaian dan menggunakan TEM di TASKA

Latihan Kemahiran” ertinya aktiviti yang berasaskan kerja dan
berorientasikan industri yang bertujuan untuk mengadakan pengetahuan,
kemahiran dan sikap yang dikehendaki bagi pelaksanaan sesuatu tugas atau kerja dengan berkesan dan cekap, dan termasuklah latihan ulang kaji, lanjutan, pengemaskinian dan khusus yang berkaitan dengan kerja;

Pemilik Premis” ertinya pemilik berdaftar atau mana-mana orang yang
mempunyai kuasa yang sah di sisi undang-undang ke atas Premis TASKA;

Program Latihan” ertinya suatu kumpulan aktiviti latihan dan penilaian, dan hasil pembelajaran bagi suatu pekerjaan tertentu;

Taman Asuhan Kanak-Kanak Berdaftar” (TASKA) ertinya suatu taman
asuhan kanak-kanak yang berdaftar di bawah Seksyen 7 Akta 308;

Tools, Equipment dan Material” (TEM) ertinya senarai peralatan,
kelengkapan dan bahan yang perlu digunakan untuk melengkapkan unit
kompetensi (CU) di dalam Standard;

3.0 KRITERIA PENTAULIAHAN TAMBAHAN

3.1 Syarat Pelatih

PB hendaklah memastikan syarat pengambilan pelatih dipatuhi seperti
berikut;
a. berumur 17 tahun pada tahun semasa;
b. warganegara Malaysia;
c. sihat fizikal dan mental; dan
d. apa-apa syarat tambahan yang ditetapkan oleh PB jika
berkaitan.

3.2 Premis Latihan

a. Mana-mana Penyedia Latihan Kemahiran (PLK) yang hendak
memohon pentauliahan bagi area Pengasuhan Dan Pendidikan
Awal Kanak-Kanak hendaklah :
i. Memiliki TASKA yang telah mendapat perakuan pendaftaran Jabatan Kebajikan Masyarakat di bawah Akta 308; atau
ii. Mewujudkan kerjasama dengan mana-mana TASKA yang telah mendapat perakuan Jabatan Kebajikan Masyarakat di bawah Akta 308; dan
iii. Memastikan lokasi TASKA tidak melebihi 25 kilometer dari premis PB.
iv. Mempunyai sekurang-kurangnya 18 orang kanakkanak di bawah usia 4 tahun.

b. Bagi perkara a(ii), PLK/PB hendaklah menyediakan
Memorandum Perjanjian (MoA) dengan pihak TASKA yang berkenaan. PB hendaklah menyediakan salinan asal dokumen yang lengkap seperti berikut;
i. Dimatikan setem;
ii. Tempoh perjanjian selama 3 tahun;
iii. Maklumat lengkap pusat bertauliah yang ditauliahkan termasuk nama, kod dan alamat lengkap pusat bertauliah, nombor telefon, nombor faksimili, emel dan lain-lain jika perlu;
iv. Butiran lengkap pengusaha dan alamat lengkap TASKA termasuk nombor telefon, nombor faksimili, emel dan lainlain.
v. Obligasi pihak-pihak termasuklah membenarkan pegawai JPK, personel pentauliahan dan panel yang dilantik oleh JPK memasuki TASKA untuk membuat pemeriksaan, pemantauan dan penilaian.
vi. Mengandungi jadual pelaksanaan latihan kemahiran dan penilaian yang lengkap dan telah dipertujui oleh pengusaha kedua-dua pihak.
vii. PB boleh menggunakan kelengkapan dan kemudahan di TASKA untuk tujuan program latihan.
viii. PB dan TASKA hendaklah bertanggungjawab ke atas kebajikan serta keselamatan pihak-pihak yang terlibat sepanjang sesi latihan kemahiran dilaksanakan di TASKA.
ix. Mana-mana pihak yang ingin menamatkan MoA hendaklah mengeluarkan notis dalam tempoh tiga (3) bulan sebelum penamatan berkuatkuasa;
x. MoA akan terbatal sekiranya tempoh pentauliahan tamat;
xi. TASKA tersebut hendaklah mempunyai sekurangkurangnya satu (1) tahun baki sewaan dari tarikh permohonan;
xii. Dokumen hendaklah diperbaharui sekurang- kurangnya tiga (3) bulan sebelum tarikh tamat perjanjian;
xiii. Pihak TASKA hendaklah membenarkan Pegawai Pengesahan Luaran (PPL) melaksanakan verifikasi penilaian akhir di TASKA.
xiv. Pegawai yang diberi kuasa oleh KPPK boleh mengadakan pemeriksaan di bawah seksyen 38 Akta 652 ke TASKA untuk memastikan kesahihan latihan kemahiran dan penilaian dijalankan.
xv. Dokumen hendaklah ditandatangani oleh pemilik TASKA, pusat bertauliah dan saksi bagi kedua-dua pihak dan lengkap dengan nama, nombor kad pengenalan dan tarikh dtandatangani di hadapan Pesuruhjaya Sumpah.
xvi. PB hendaklah mengemukakan sesalinan dokumen MoA yang lengkap kepada JPK.

c. Kemudahan dan peralatan yang disediakan di TASKA hendaklah memenuhi keperluan CU (Competency Unit) dalam NOSS yang berkenaan bagi tujuan latihan dan penilaian.

3.3 Kriteria Pegawai Penilai (PP)

a) Bagi PP yang memiliki SKM program bertauliah CC- 011-3/4/5:2012 atau program NOSS sebelumnya hendaklah mempunyai Sijil Kursus Asuhan dan Didikan Awal KanakKanak PERMATA (KAP) atau Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak (KAAK), JKM.

b) Nisbah PP dengan pelatih adalah 1:25.

4.0 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB

PB hendaklah:-

a. menyediakan jadual lengkap pelaksanaan latihan berstruktur yang
merangkumi pelaksanaan latihan dan penilaian di premis latihan dan
TASKA yang telah dipersetujui di antara PB dan pihak TASKA serta
diluluskan JPK.

b. memastikan pelatih dan Personel Pentauliahan dibenarkan memasuki
TASKA untuk tujuan latihan dan penilaian mengikut jadual latihan yang
telah dipersetujui.

c. memastikan pelatih, PP dan PPD melaksanakan latihan amali dan
penilaian di TASKA mengikut jadual latihan dan tempoh masa yang
ditetapkan dalam jadual program latihan.

d. menyediakan kemudahan pengangkutan kepada pelatih dari premis
latihan yang ditauliahkan ke TASKA bagi tujuan pogram latihan kemahiran.

e. memastikan kebajikan dan keselamatan pelatih dan personel
pentauliahan semasa menjalankan latihan kemahiran di TASKA.

f. menyediakan perlindungan insuran kepada pelatih yang menjalankan
latihan kemahiran.

5.0 PELAKSANAAN LATIHAN

a. PB hendaklah memastikan pelatih telah menguasai teknik penerimaan,
tatarias (grooming), penyediaan pemakanan, aktiviti penjagaan rutin harian, aktiviti menidurkan dan merehatkan dan penyerahan kanak-kanak
kepada penjaga sebelum latihan amali dilaksanakan di TASKA.

b. PB hendaklah memastikan Pengurusan TASKA telah mendapat persetujuan bertulis dari ibubapa terlebih dahulu sebelum latihan amali dijalankan di TASKA.

c. PB dibenarkan untuk melaksanakan penilaian prestasi di TASKA bagi
menilai CU yang berkaitan.
d. PB hendaklah memastikan latihan dilaksanakan berdasarkan kepada jadual
pelaksanaan latihan kemahiran dan penilaian di TASKA

6.0 PEMAKAIAN

Syarat ini terpakai bagi semua program NOSS di bawah Area Pengasuhan Dan Pendidikan Awal Kana-Kanak.

7.0 TARIKH KUATKUASA

Syarat Tambahan Pentauliahan Program ECCE – Kemahiran Area Pengasuhan Dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Pindaan Oktober 2020) ini berkuatkuasa pada 1 Oktober 2020.

Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran Jabatan
Pembangunan Kemahiran

Ingin Belajar Kursus Pendidikan Awal Kanak-Kanak? SKM atau Diploma Akademik?

Ingin tahu bagaimana dapat Pentauliahan Program ECCE – Kursus Pengasuhan & Pendidikan Awal Kanak-Kanak?

6 Kursus PERCUMA PENJANA Kerjaya PERKESO – I Smart Educare

kursus percuma penjana kerjaya

PENJANA KERJAYA PERKESO -LATARBELAKANG

  • Kursus Percuma Penjana Kerjaya di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) adalah bertujuan merangsang permintaan pekerjaan di kalangan majikan dan meningkatkan peluang pekerjaan serta kebolehpekerjaan di kalangan pencari kerja tempatan.
  • Antara insentif di bawah Penjana Kerjaya adalah menyediakan latihan semula (reskilling and upskilling) @ Kursus Percuma Penjana Kerjaya termasuk program place and train yang berdasarkan keperluan majikan dan pekerja yang diambil di bawah PenjanaKerjaya.
  • Penyediaan latihan semula ini secara tidak langsung merupakan salah satu perlindungan keselamatan sosial kepada pekerja melalui tingkatan kemahiran bagi mencegah pengangguran jangka panjang serta memastikan seseorang itu sentiasa bersedia dari segi kemahiran dan sahsiah semasa menyertai alam pekerjaan semula.

Syarat Majikan

  • Majikan yang telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) / Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) / Pendaftaran Perniagaan (ROB) / Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau organisasi lain, sebelum 1 Jun 2020; DAN telah berdaftar dengan SOCSO pada 1Jun, 2020.
  • Majikan telah diluluskan di bawah Insentif Pengambilan Pekerja sahaja layak dipertimbangkan untuk memohon latihan untuk pekerjanya yang diambil bawah Insentif Pengambilan Pekreja

Kelayakan ANDA@Peserta Menyertai Kursus Percuma Penjana Kerjaya

Majikan dan pekerja yang telah diluluskan di bawah Insentif Pengambilan
Pekerja
sahaja layak dipertimbangkan untuk mengikuti latihan.

Latihan yang diberikan adalah bagi pekerja yang kehilangan pekerjaan #HireMalaysia yang mencarum atau bukan mencarum di bawah Skim Insurans Pekerjaan dan golongan belia (graduan) #MyApprentice.

Siapa Yang TIDAK LAYAK Mohon Kursus Percuma Penjana Kerjaya?

  • Agensi Pekerjaan Swasta  yang menawarkan khidmat pekerja kepada syarikat lain (principal) dan bukan majikan langsung; dan
  • Kakitangan sektor awam, kerajaan pusat dan badan berkanun negara dan negeri, pihak berkuasa tempatan dan mereka yang bekerja sendiri.

Kursus PERCUMA Penjana Kerjaya yang ditawarkan oleh I Smart Educare

kursus percuma penjana kerjaya
Daftar Kursus Induksi PP-PPT
Jangan Terlepas Peluang

Kursus Induksi JPK

1. Kursus Induksi PP-PPD-PPB/induction course

Objectives / Objektif:

  • Introduce and give an understanding of Malaysian Skill Certification System / Memperkenalkan dan memberi pemahaman mengenai Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM)
  • Compulsory for each JPK Accredited Centre (Pusat Bertauliah)  personnel (PP, PPD or PPB) before appointment as Accredited personnel / Syarat wajib dihadiri oleh setiap personel Pusat Bertauliah sebelum dilantik sebagai Personel Pentauliahan

PP – Pegawai Penilai (Assessor)
Usually the trainer, also need min SKM3 & VTO qualifications.
Biasanya tenaga pengajar, juga perlu minimum SKM3 & VTO

PPD – Pegawai Pengesah Dalaman (Internal Verifier)
Usually, the head of a program/supervisor to the trainer also needs min SKM3 qualification.
Biasanya, ketua program/penyelia pengajar. Juga memerlukan min SKM3.

PPB – Pengurus Pusat Bertauliah (Centre Manager)
The chief intermediary between Pusat Bertauliah and JPK officers, managing the centre.
Personel yang mengurus PusatBertauliah, pegawai utama yang berurusan dengan pegawai JPK

2. Kursus Induksi PP-PPT/induction course

Objectives / Objektif:

  • Introduce and give an understanding of Malaysian Skill Certification System implementation via PPT / Memperkenalkan dan memberi pemahaman mengenai pelaksanaan Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) melalui PPT
  • Roles and responsibilities of personnel in the implementation of PPT / Peranan dan tanggungjawab personel dalam pelaksanaan PPT

PP-PPT: Pegawai Penilai-PPT (Assessor for PPT system)

Must have SKM, usually min 10 years of industry experience & PP-PPT Induction course cert
Mesti ada SKM, lazimnya ada min 10 tahun pengalaman idustri & sijil induksi PP-PPT

PPL-PPT: Pegawai Pengesah Luaran-PPT (Verifier for PPT system)

NO PPL-PPT induction course to attend. Can apply after:
2 years as PP-PPT OR signed 30 portfolios as PP-PPT, whichever comes first.
Must have SKM, usually min 10 years of industry experience & PP-PPD-PPB, PP-PPT & PPL Induction course cert.

Tiada kursus induksi PPL-PPT untuk dihadiri, boleh mohon setelah:
2 tahun berkhidmat sebagai PP-PPT atau menandatangani 30 portfolio sebagai PP-PPT, yang mana dulu
Mesti ada SKM, lazimnya ada min 10 tahun pengalaman industri & sijil induksi PP-PPT

3. Kursus Induksi PPL/induction course

Objectives / Objektif:

  • Give an understanding of Malaysian Skill Certification System / Memberi pemahaman mengenai Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia
  • Roles and responsiblities as PPL / Memberi kefahaman peranan dan tanggungjawab sebagai PPL
  • Fulfill the appointment criteria as PPL for JPK Accredited centre & SLDN porgram / Memenuhi syarat lantikan sebagai PPL bagi program di Pusat Bertauliah & Program SLDN

Tarikh/jadual akan datang:

PP-PPD-PPB: 20-21 atau 27-28 Feb (PENUH) DAN 27-28 Mac
PPL: 6-7 Mac 2021 di Kolej ISBAUK, Brem Mall, Kepong
PP-PPT: 13-14 Mac 2021 di Kolej ISBAUK, Brem Mall, Kepong

Kursus Pembangunan WIM

kursus-percuma-penjanakerjaya

Competency Based Training (CBT)

Kursus Percuma Penjana Kerjaya

Daftar NOSS TERBARU (3 Sept 2020) / Latest NOSS Registry (3rd Sept 2020)

NOSS yang telah didaftarkan boleh digunapakai bagi tujuan industri dan latihan. Daftar Standard boleh dimuat turun dengan klik gambar di atas

Sebelum kita lihat Daftar NOSS Sept 2020, mari kita lihat apa itu NOSS.

APA ITU NOSS?

Definisi NOSS

Singkatan daripada National Occupational Skills Standard (NOSS) atau Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan. NOSS adalah dokumen yang menggariskan ketrampilan yang diperlukan oleh seseorang pekerja mahir yang bekerja di Malaysia bagi sesuatu bidang dan tahap pekerjaan serta laluan untuk mencapai ketrampilan tersebut.

Ciri-Ciri Utama NOSS

  • Berasaskan keperluan pekerjaan.
  • Mengikut struktur kerjaya di dalam sesuatu bidang pekerjaan.
  • Disediakan oleh pakar industri dan pekerja mahir yang menjalankan pekerjaan.

KELEBIHAN DAN KEGUNAAN STANDARD KEMAHIRAN

Standard kemahiran memberi manfaat kepada semua pihak yang berkepentingan. Kejayaan projek pembangunan standard kemahiran dan ianya berguna kepada masyarakat bergantung pada penyertaan penuh dan komitmen semua pihak yang berkepentingan.  Manfaat ini boleh digunakan sebagai penanda aras untuk menilai keberkesanan usaha bersama.

Daftar NOSS Sept 2020 terkini ni ada beberapa standard kemahiran baru yang menarik, antaranya:

Daftar NOSS - Operasi Makmal
C107-003-2:2020
Pengeluaran Coklat / Chocolate Production
Daftar NOSS - magnetic testing aerospace
E383-002-3:2020
Operasi Kitar Semula Plastik / Plastic Recycling Operation

Antara NOSS sedia yang telah bertukar kod (dan kandungan) dalam Daftar NOSS terbaru ini adalah:

Daftar NOSS - retail outlet operation
C259-006-2:2020 Operasi Pemesinan / Machining Operation GANTI MC-050-2:2012
C259-006-3:2020 Operasi Pemesinan CNC / CNC Machining Operation GANTI MC-050-3:2015 /
MC-050-3:2017
Daftar NOSS - three Phase Electrical Installation
N821-001-3:2020
Pentadbiran Pejabat / Office Administration GANTI FB-024-2:2012 & FB-024-3:2012

Bagi 60 NOSS yang telah diluluskan pada MPKK 03 September 2020 (rujuk Daftar NOSS Sept 2020) boleh di beli secara atas talian di dalam laman sesawang www.myspike.my*

Sebarluaskan Daftar Standard ini bagi menjadi rujukan kepada industri dan latihan dalam mengarusperdana latihan kemahiran di Malaysia seterusnya menjadikan NOSS sebagai rujukan utama pendidikan TVET Negara.

* Pautan NOSS yang dibeli secara online cuma sah setahun sahaja dan difahamkan bila dicetak, tak berapa elok.
Jadi, kalau nak yang tiada tamat tempoh atau nak cetak elok-elok, bolehlah beli di JPK Putrajaya, Cyberjaya atau pejabat Wilayah.

Sekiranya anda ada sebarang masalah untuk pembelian, boleh hubungi min untuk perkhidmatan ini.

Sekiranya anda ada pengalaman kerja dalam bidang NOSS yang ingin dipohon SKM, sila baca di sini

Sijil Kemahiran VS Degree – 3 Kelebihan setiap Persijilan

Sijil Kemahiran VS Degree

Topik Sijil Kemahiran Vs Degree ni hangat dibincangkan 2 hari lalu di Facebook apabila sebuah syarikat ‘media sosial’ menghasilkan video yang kandungannya seolah-olah terlalu menyanjung tinggi sijil kemahiran dan merendahkan pemegang Ijazah Sarjana Muda@Degree. Namun, jika anda dengar betul-betul dan tenangkan diri, ia cuma pendapat pengacara tersebut (nasib baik dia tak claim dia pakar ni ke pakar tu).

Baik, kita kaji dengan fakta ya, jangan cakap kosong je.

Apa tu sijil kemahiran?

Dalam konteks ni, kita gunakan standard kebangansaan punya la ya, Sijil Kemahiran Malaysia.

Persijilan Kemahiran Malaysia menawarkan lima (5) tahap persijilan:

Sijil Kemahiran Malaysia 1 (SKM Tahap 1)
Sijil Kemahiran Malaysia 2 (SKM Tahap 2)
Sijil Kemahiran Malaysia 3 (SKM Tahap 3)
Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4
Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) Tahap 5

Rata-ratanya, budak kemahiran belajar selama setahun hingga tiga tahun (bergantung kepada program) untuk memperolehi kemahiran serta Sijil Kemahiran Malaysia bidangnya.
Pembelajaran program kemahiran adalah 20-30% teori & 70-80% amali (berbanding dengan program akademik, rata-ratanya 60% teori & 40% amali (biasanya kurang daripada tu)

Cuma sebilangan kecil sahaja yang sambung ke Tahap 4 & 5 (DKM & DLKM), iaitu 11.57% sahaja setakat Disember 2017 (Sumber: Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia)

Seperti ramai netizen yang telah komen, pemegang sijil kemahiran adalah lebih kepada pelaksana. Merekalah yang akan melaksanakan kerja-kerja di pelbagai industri seperti perkilangan, perladangan, perhotelan dan sebagainya.

Jadi, apa kelebihan ambil sijil kemahiran?

1. Kebolehpasaran graduan kemahiran adalah lebih tinggi berbanding dengan graduan universiti (diploma/degree/masters/PhD)

83.1 peratus graduan KV mendapat pekerjaan mengikut bidang pilihan dalam tempoh tiga bulan selepas graduasi, sekali gus membuktikan mereka menerima pengiktirafan daripada industri.

Pengarah Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV), Zainuren Mohd Nor

21 public-sector universities and 38 private-sector universities produce something like 51,000 graduates a year, but nearly 60% remain unemployed one year after graduation, according to a study in 2018 conducted by the Minstry of Education Malaysia’s Graduate Tracer Study.

(Source: www.nst.com.my)

2. GAGAL SPM pun boleh menjana pendapatan sehingga RM20,000 sebulan

Disebabkan kemahiran teknikal pemegang SKM mendapat permintaan tinggi di industri (terutamanya di sektor tertentu seperti minyak & gas (O&G)), adalah tidak mustahil untuk pemegang SKM juga boleh mendapat pendapatan melebihi 5 angka sebulan, walaupun bekerja dengan orang lain sahaja. Antara contohnya adalah kimpalan bawah air (underwater welding) dan perpaipan (jurugegah). Ramai juga yang jadi tauke/majikan menjalankan perniagaan sendiri di mana pendapatannya mungkin mencecah sejuta setahun (contohnya bidang kecantikan dan rambut yang buka francais, penternak yang mengusahakan ladang perikanan/udang dsbgnya)

3. Sijil Kemahiran Malaysia diterima di industri dan luar negara.
Ni adalah maklum balas daripada graduan kemahiran yang pernah mohon kerja di luar negara seperti UAE (Dubai), China (Beijing), Perth (Australia) dll.

Walaupun degree yang ada MQA juga diiktiraf di banyak negara, tetapi saya rasa jika dibandingakan dengan Jata Negara Malaysia, min rasa Sijil Kemahiran Malaysia kita ni lebih senang diterima/dikenali di luar negara kot.

Sijil Kemahiran VS Degree Cert

Degree / Ijazah Sarjana Muda

Sebaliknya, kumpulan pemegang ijazah adalah mereka yang pemikirannya lebih tajam diasah/ada kemahiran fikiran kritikal yang lebih tinggi berbanding dengan graduan sijil kemahiran (secara amnya).

Mereka ini lazimnya adalah pembuat keputusan, memikirkan dan merancang dulu segala aspek kerja dengan teliti (termasuklah Akta, Peraturan & SOP) dan bukan laksanakan tugasan tanpa memikirkan dan merancang terlebih dahulu.

Apa pula kelebihannya ambil ijazah sarjana muda/degree holder?

  1. Belajar di IPT untuk program ijazah sarjana muda dapat mengasah lagi secara mendalam pemikiran kritikal, kemahiran komunikasi, menganalisis dan beberapa soft skills yang lain. (Walaupun elemen ASK – Attitude, Skills & Knowledge tu wujud di peringkat Sijil Kemahiran, namun ia tidak begitu ditekankan dan mendalam)

Contohnya: Budak kemahiran mungkin pandai pasang penghawa dingin tetapi kebanyakkannya mungkin tidak begitu pentingkan/tahu aspek lain seperti bahan pendingin yang digunkan serta kesannya kepada alam sekitar sekiranya tidak dikendalikan dengan baik. Maka, pihak Jabatan Alam Sekitar (yang min rasanya terdiri daripada kumpulan perancangan) telah mewajibkan semua juruteknik, pengeluar sektor penyejukbekuan dan penyaman udara memiliki tauliah pengendalian bahan pendingin di bawah Akta 127.

Lagi satu contoh yang lebih mudah dikaitkan dengan kehidupan anda sekarang. Pada pendapat anda, petugas baris hadapan (frontliner) dan mereka yang membuat perancangan strategik untuk mengurus dan mengekang penularan wabak COVID-19 ni, anda rasa mereka ni pemegang sijil kemahiran ke degree (atau lebih tinggi)?

Namun, usaha membendung penularan wabak ini adalah hasil semua pihak, pengurusan (degree holder), kakitangan sokongan (ada yang pemegang sijil kemahiran, ada yang degree), pelajar-pelajar kemahiran (Kolej Vokasional, ILP, Politeknik) yang menghasilkan PPE untuk petugas baris hadapan serta seluruh rakyat Malaysia (ada pemegang sijil kemahiran, ijazah sarjana muda & yang tiada sijil :-P)

rote learning vs. critical thinking - CollegeHippo
Sistem pembelajaran negara kita kekurangan pemikiran kritikal,
hanya semasa pendidikan tinggi/Universiti sahaja baru mula diperkenalkan.

2. Dengan adanya Degree, anda biasanya akan merancang, menyelia atau mengurus kumpulan pelaksana (pemegang sijil kemahiran) untuk melakukan tugasan, sesetengahnya mungkin dianggap 3D (Dirty, Difficult & Dangerous). Kebiasaanya juga gaji adalah lebih tinggi berbanding dengan gaji pemegang sijil kemahiran.

Sijil Kemahiran Vs Degree

3. Peningkatan status sosial / kebanggaan keluarga

Masyarakat kita rata-ratanya masih memandang rendah terhadap juruteknik/pekerja kemahiran dan menganggap kalau tidak belajar di menara gading, masih ada kekurangannya.

Anda akan rasa megah dan bangga sekiranya ada degree (kalau ada kemahiran teknikal lagi bagus!) dan tak rasa rendah diri bila bersama graduan-graduan IPT, tak kira di tempat kerja ataupun kehidupan sosial.
# Namun, ini semua adalah bergantung kepada anda. Jika keyakinan diri tinggi, tanpa degree pun ok je kan?

Kesimpulannya? Sijil Kemahiran VS Degree, Mana Lebih Bagus?

Sebenarnya, ia tidak boleh dibandingkan begitu sahaja. Masing-masing ada kelemahan serta kelebihannya tersendiri, ada kegunannya tersendiri, seperti yang telah dibincangkan di atas.

Kedua-duanya saling melengkapi.

1. Kalau dah ada sijil kemahiran, berusahalah untuk sambung degree. Ijazah Eksekutif @ Executive Bachelor pun jadilah, kalau sekadar kerja di sektor swasta.

Ijazah Eksekutif / Executive Bachelor @ URise Program
Nak tahu lebih lanjut? Baca di URiseProgram atau
Nak daftar? Isi Borang Permohonan Di Sini

a. Dapat naik pangkat (rata-ratanya sektor swasta tak perlukan degree MQA untuk kenaikan pangkat)
b. Dapat tingkatkan status sosial dan membanggakan ahli keluarga serta role model kepada anaka-anak anda kelak. Ilmu itu penting. Dan ilmu yang bermanfaat boleh bawa hingga ke penghujung hayat.
c. Dapat juga sambung ke Degree atau Masters (MQA) masa depan jika berminat.

Kalau perlukan Degree Teknikal dari MTUN ataupun yang ada pengiktirafan MQA, boleh je mohon masuk IPT guna APEL A.

2. Kalau dah ada Degree, baik juga kalau dapat belajar kemahiran teknikal (jangka pendek/panjang) ataupun persijilkan melalui pengalaman kerja terdahulu (PPT).

Mengapa ada Degree pun masih nak kemahiran teknikal? Lihat apa yang MP Permatang Pauh, Nurul Izzah ulas.

Misalnya ketika saya menggunakan penerbangan MAS, dalam pesawat baru Airbus, tandas tiba-tiba tidak berfungsi. Dan pramugari sibuk mencari juruteknik untuk membaikinya.

Kenapa? Kerana jurutera seperti saya tidak akan dapat membaiki apa yang perlu dibaiki.

Nurul Izzah, anggota parlimen Permatang Pauh serta bekas pengerusi Jawatankuasa Pemerkasaan TVET

Jadi, harap graduan dari kedua-dua aliran saling hormat-menghormati. Masing-masing ada peranan dalam industri dan kehidupan harian kita.

Pada pendapat min, paling best ada kedua-duanya sekali, mengapa nak pilih Sijil Kemahiran Vs Degree?

Jika anda nak sambung/mohon:

1. Degree/executive degee: URiseProgram
2. Sijil Kemahiran Malaysia melalui pengalaman kerja: SKM-PPT
3. Kursus TVET/kemahiran: KursusTVET

Penjualan NOSS atas talian – Kelebihan dan Kelemahannya

Akhirnya, penjualan NOSS atas talian oleh JPK telah dilaksanakan. Syabas JPK, usaha yang baik selaras dengan aliran masa.

Min memang suka menganjur kursus induksi PP-PPD-PPB, PP-PPT & PPL. Selalu je ada maklumat terkini serta benda baru yang min belajar dari fasi dan juga calon yang hadiri kursus induksi PP-PPD-PPB, misalannya pada 18-19 Julai 2020 minggu lepas.

Sebelum ni, min dah tahu tentang penjualan NOSS atas talian ni.

Bermula 1 Julai 2020, NOSS boleh dibeli secara atas talian melalui MySPIKE. Pada masa ini terdapat 245 (sehingga 20/7) Program NOSS yang boleh dibeli secara atas talian. Bilangan Program NOSS untuk jualan akan ditingkatkan dari masa ke semasa. Setiap NOSS akan dijual RM20.00 untuk langganan selama setahun. Belian boleh dilakukan di Dashboard Pengguna.

Sila Daftar MySPIKE sebelum memulakan belian atau Login MySPIKE untuk memulakan belian di Dashbord Pengguna.

Yang min tak tahu, NOSS yang dibeli secara atas talian ni bukannya dalam bentuk word atau pdf. Anda cuma boleh lihat sahaja, cetak pun tak boleh.

* Sekarang dah boleh cetak tapi alignment akan lari, jadi memang tak cantiklah kalau nak dijadikan sebagai dokumen rasmi untuk diedarkan ataupun dibaca. Kalau sekadar rujukan pantas, ok je.

Jadi, kalau tak terlalu URGENT, min cadangkan anda pergi ke JPK Putrajaya atau pejabat Wilayah mereka masing-masing untuk belikannya, dalam bentuk CD.
Ataupun beli dari min, kalaulah min ada stok (boleh rujuk disini program yang sedia ada)
Lebih BERBALOI! Takda tarikh luput & senang dibaca.
Siapa tak nak jimat kan, lebih-lebih lagi ekonomi tak bagus sangat.

Sebelum anda buat pembelian NOSS atas talian ke pesan dari min melalui whatsapp/emel, sila kenalpasti kod NOSS yang anda nak beli dulu dari Daftar NOSS yang boleh dimuat turun dari imej di bawah.

penjualan NOSS atas talian

Rumusan – Kelebihan & Kelemahan beli NOSS atas talian

Kelebihan – Pantas, sesuai jika anda takda masa atau terlalu jauh untuk beli NOSS dari ibu pejabat/pejabat Wilayah JPK.

Kelemahan
1. Masih ada lagi NOSS yang belum dikemaskini dalam sistem
2. Ada tarikh luput – sah setahun sahaja
3. Format cetakan yang tidak memuaskan

Halatuju Lepasan SKM3 – 5 Pilihan Utama

Halatuju Lepasan SKM3

Sebelum kita bincang pasal halatuju lepasan SKM3, baik min terangkan dulu apa itu SKM.
SKM adalah singkatan kepada  Sijil Kemahiran Malaysia. 

Sijil Kemahiran Malaysia adalah persijilan rasmi kebangsaan yang dianugerahkan oleh Kerajaan Malaysia (diterima di industir dan luar negeri) kepada individu yang telah menunjukkan keupayaan serta kompetensi untuk melaksanakan tugasan ataupun aktiviti kerja untuk diambil kerja dalam bidang tertentu.

Tahniah kepada anda jika sudah memiliki Sijil Kemahiran Malaysia 3.
Kalau belum ada, anda samada boleh belajar di mana-mana institut latihan kemahiran awam ke swasta. Jika dah ada pengalaman kerja dalam bidang berkaitan, bolehlah mohon secara Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT). Tapi sebelum tu, sila kenapasti kod program yang anda nak mohon dulu dengan muat turun Daftar NOSS.

Baik, apakah pilihan yang ada jika dah ada SKM3?
Marilah kita lihat kelebihan & kelemahan setiap pilihan yang ada.

Artikel ni mungkin agak panjang, kalau anda dah tahu pilihan anda, terus ke pilihan tersebut.

A. Sambung Diploma Kemahiran Malaysia (DKM)
B. Kerja di industri
C. Sambung NCS-TTT/TVETi (Sijil Latihan Tenaga Pengajar / Pengajar TVET)
D. Mohon sebagai Pegawai Penilai (kaedah PPT) ataupun Pegawai Pengesah Luaran, samada SLaPB ataupun SLDN
E. Sambung Diploma Profesional @ Ijazah Eksekutif (khas untuk pekerja industri/graduan TVET/SKM/DKM)

Kelebihannya:

1. Peluang kerjaya (dan gaji) yang lebih baik/luas berbanding Sijil Kemahiran Malaysia sahaja.

halatuju lepasan SKM3 - kerjaya lebih baik

 

Kredit imej: The Economic Times

Dengan adanya DKM juga, anda boleh juga jadi Pegawai Penilai (PP) SKM atau DKM program yang sama, bukan setakat SKM sahaja (dengan syarat ada juga sijil VTO / TVETi (atau NCS-TTT – untuk jadi PP-Modular) dan induksi PP-PPD-PPB).

 

2. DKM (termasuk SKM) SEPENUH MASA (bukan PPT) sudah diiktiraf oleh Kerajaan bagi tujuan lantikan ke dalam Perkhidmatan Awam (JPA).
Oleh kerana ia juga diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), anda boleh sambung belajar ke Ijazah Sarjana Muda di IPTA & IPTS (ada program tertentu yang masih tertakhluk kepada keputusan Senat Universiti)

halatuju lepasan SKM3 - Pengiktirafan kelayakan SKM

halatuju lepasan SKM3 - Pengiktirafan kelayakan DKM

 

Namun, adakah ia betul-betul diiktiraf oleh JPA untuk lantikan perkhidmatan awam, contohnya ke gred KA29?
Ia masih agak kabur kerana masih ada calon yang tak berjaya dengan kelayakan DKM (sepenuh masa). Min sendiri pun masih keliru. Lihat kisah benar di bawah, pengalaman yang dilalui oleh warga FB Group TVET Master (5/5/20).
Min rasa DKM cuma diterima untuk sesetengah gred sahaja.

FB Survey on acceptance of DKM for JPA qualifications

Kelemahannya:-

1. Jika anda perolehi secara PPT, ia masih belum diiktiraf oleh Kerajaan bagi tujuan lantikan ke dalam Perkhidmatan Awam (JPA)

2. Nilai Diploma tak setinggi Ijazah (bila dibandingkan antara DKM secara PPT dan Ijazah Eksekutif – kedua-duanya pun tanpa MQA).

Fikirkan, jika ada 2 pekerja yang sama-sama mahir & berkelayakan SKM3. Seorang ada tambahan Diploma dan seorang lagi ada Ijazah, majikan akan beri peluang kepada siapa dulu untuk naik pangkat?
Bukan setakat nilai komersial, status sosial pemegang diploma boleh dikatakan lebih rendah berbanding pemegang ijazah.

B. Kerja di industri

Kelebihannya:-

1. Mengasah kemahiran teknikal yang telah dipelajari serta menimba pengalaman industri

 

What is the right strategy to sharpen your skills and increase the ...

 

Kredit imej: www.reliablecounter.com

 

Anda boleh menambah serta meluaskan pengetahuan teknikal dan kemahiran baru yang diperlukan oleh industri. Pengalaman yang diperolehi nanti juga membantu bila ingin sambung pelajaran kerana anda boleh mengaitkan dengan alam pekerjaan yang sebenar. Dan jika anda berminat jadi pengajar kemahiran nanti, pengalaman industri ini sangat berguna untuk anda menyampaikan ilmu kepada pelajar anda nanti.
Pengalaman anda tu juga membantu anda memohon DKM dan DLKM secara PPT ataupun Ijazah Sarjana / Sarjana Muda melalui APEL A.

2. Menjana pendapatan

Malaysia's ringgit takes a wild ride

 

Kredit imej: www.cnbc.com

Sekiranya keluarga anda tak mampu lagi untuk bayar yuran penggajian atau buat pengeluaran KWSP untuk sambung pendidikan (andai kata tak dapat pinjaman PTPK ke apa-apa institusi lain), baik juga anda kerja dulu untuk menjana sedikit pendapatan untuk anda serta keluarga anda. Jimat seboleh yang mungkin, kumpul wang untuk belajar bila mampu ataupun KWSP dah cukup dana.

Kelemahannya:-

1. Disebabkan SKM3 bertaraf sijil sahaja, gaji anda pun setakat tu sahaja. Peluang naik pangkat (tak kira awam ke swasta), pasti terbantut. Jadi, tangga gaji dan pangkat pun rendah. Memang kemahiran tu penting tetapi untuk organisasi tertentu, terutamanya sektor awam, syarikat GLC & berstruktur masih memerlukan persijilan untuk kenaikan pangkat.

2. Bila dah berkeluarga dan berumur, mungkin masa lebih padat kerana ada pelbagai komitmen, kerja & keluarga. Anda juga mungkin kehilangan motivasi untuk belajar.

Kelebihannya:-

1. Anda berpeluang menjadi pengajar kemahiran bertauliah dan mendidik generasi akan datang yang juga berminat belajar bidang kemahiran seperti anda. Namun, min syorkan anda betul-betul minat mengajar dan bukan kerana tak dapat cari kerja baru nak jadi pengajar.

Kelemahannya:-

Disebabkan tiada pengalaman industri, anda tidak dapat mengaitkan teori dengan keadaan sebenar dalam industri. Justeru itu, anda mungkin tidak dapat menarik perhatian pelajar anda dengan contoh-contoh serta pengalaman menarik yang berlaku di industri.

D. Mohon sebagai Pegawai Penilai (kaedah PPT) ataupun Pegawai Pengesah Luaran (PPL), samada SLaPB ataupun SLDN

Sekiranya anda juga ada pengalaman dalam bidang kemahiran anda >10 tahun, anda juga boleh ikuti kursus induksi PP-PPT & PPL untuk peluang dilantik sebagai salah seorang Personel Penilaian & Verifikasi

E. Sambung Diploma Profesional atau Ijazah Eksekutif (Program URise)

Kelebihannya:-

1. Anda dapat ‘lompat’ selangkah, terus ke Ijazah (eksekutif) tanpa melalui diploma (jika anda yakin).

2. Yurannya (biasanya bawah RM15K) lebih murah berbanding Diploma ataupun Ijazah Sarjana Muda konvensional (MQA) (antara RM20-40K).

3. Tempoh pengajian yang singkat (6-12 bulan) berbanding dengan 2.5-3.5 tahun untuk diploma/ijazah (MQA).

4. Tidak perlu mempelajari mata pelajaran umum (MPU)

5. Tidak perlu pra-syarat akademik, cth lulus SPM BM & Sejarah

6. Pendekatan pembelajaran bersifat praktikal/aplikasi.

7. Laluan kerjaya juga bersifat industri.

8. Gaya pembelajaran yang fleksibel (blended – online + bersemuka, tak kira PKP ke tidak)

9. Boleh meneruskan pembelajaran ke Ijazah Sarjana Muda (Bachelor) / Sarjana (Masters) kemudian kerana modul yang diajar adalah juga sebahagian dari modul ijazah sarjana muda MQA.

Kelemahannya:-

1. Diploma profesional dan ijazah eksekutif tiada akreditasi MQA.
Akreditasi MQA adalah wajib untuk:
a. Lantikan ke dalam Perkhidmatan Awam (JPA)
b. Kenaikan pangkat untuk sesetengah jawatan, terutamanya tahap pengurusan. Hanya persijilan bertaraf MQA diterima oleh sesetengah syarikat swasta, terutamanya Syarikat Berkaitan Kerajaan / GLC
(Namun, masih banyak lagi syarikat SME yang tidak mementingkan akreditasi MQA, asalkan ia bukan keluaran badan/universiti luar negeri yang entah ada bangunan ke tidak & tiada akreditasi)

2. Disebabkan lepasan SKM3 rata-ratanya cuma berumur 17 tahun ++, dikhuatiri anda tidak cukup matang untuk menangani proses pembelajaran yang 1-2 tahap lebih tinggi dari Sijil Kemahiran Malaysia.
Namun, jika anda berani mencabar diri sendiri dan berusaha, tiada apa yang boleh halang anda dari berjaya.

* Jika anda cuma ada SKM1@2, boleh mohon untuk program diploma profesional ataupun mohon SKM3 secara PPT baru mohon ijazah eksekutif program URise terus.
Dan jika tiada SKM3 tetapi pemegang sijil teknikal lain dari industri ataupun ada pengalaman industri melebihi 3 tahun, anda juga layak untuk memohon ijazah eksekutif (program URise)

Halatuju Lepasan SKM3​ - Kesimpulan

Berikut adalah pilihan anda. Mana satu yang sesuai dengan halatuju lepasan SKM3 seperti anda?

A. Sambung DKM melalui Pusat Latihan Swasta atau secara PPT, setelah ada pengalaman kerja 2 tahun dalam bidang SKM anda.
B. Kerja di industri
C. Sambung kursus VTO (Sijil Pengajar Vokasional)
D. Ikuti kursus induksi JPK  (PP-PPD-PPB, PPL, SLDN & PP-PPT) untuk berpeluang mohon sebagai Pegawai Penilai (kaedah PPT) ataupun Pegawai Pengesah Luaran (PPL), samada SLaPB ataupun SLDN.
E. Sambung Diploma Profesional @ Ijazah Eksekutif (khas untuk pekerja industri/graduan TVET/SKM/DKM)

Ataupun anda ada cadangan lain??

TVET/skills training goes online – Way Forward

Developing Leadership Skills via Online Learning

SKILLS training institutes and providers are ready for online learning to be their ‘new normal’.

On April 13, public and private technical and vocational education and training (TVET) providers were given the green light to conduct their training and theory courses online due to the movement control order (MCO).

TVET action committee chairman Nordin Abdul Malek said the guideline is important as it provides direction on implementing programmes that are mainly practical in nature, via e-learning.

“Our hands-on programmes make up 70% of the syllabus.

“Without a guideline, it will be difficult for us to adhere to the systems and standards of the National Occupational Skills Standards (NOSS).

“We hope this guideline, although only applicable during the MCO, will be used as a benchmark for relevant agencies within the sector to recognise the rigorous training process our students’ go through.”

E-learning, he said, allows skills training institutes and providers to adapt to the assessment of students by external examiners.

“It should be part of our training system even after the pandemic blows over.

“The Human Resources Ministry department of skills development (JPK) should formally implement this system as internationally, institutes are starting to recognise e-learning for skills training, ” he said, adding that many local providers have the facilities to conduct online learning with platforms like Whatsapp, Zoom and Skype.

Nordin believes e-training should be the ‘new normal’ in Malaysia’s skills training system.

We must act now and see how we can best utilise e-learning in TVET, he said.

Describing virtual education as a teaching methodology for tomorrow, he said e-learning management, teaching and assessment, must however, be improved.

“Related agencies too should consider e-learning as part of the entire training process, ” he said, noting that at least 90% of courses like IT, programming, management systems and administrative management, can be done online.

After the guideline was issued, Nordin said a survey was conducted among private skills training institutes on how they ran their courses online.

“We found that most of them do not have issues conducting online learning and training, and that their students are comfortable with this method as they are accustomed to using gadgets and social media.

“For them, it’s new and fun, ” he said, adding that these institutes recorded an improved e-learning participation rate, with at least 75% of their students joining the sessions.

The guideline is a good initiative, Federation of JPK Accredited Centres (FeMac) president P. Sailanathan said, as it ensures that there will be no serious disruption to learning.

This, he said, is a good time for skills training institutes to embark on technological changes.

“Students are more tech savvy these days. Online learning provides room for freedom on how students want to learn.

“Skills training institutes must ensure that online classes are attractive enough to capture their students’ attention. Going digital is the way forward

Change, he said, is inevitable with the fourth industrial revolution and we must adapt or risk losing out.

ALL theory and practical components of TVET can be conducted online if they meet the Performance Criteria and Assessment Criteria, Human Resources Ministry department of skills development (JPK) director-general Zaihan Shukri said.

These criteria which are listed in a guideline, he said, involve safety, attitude and application of equipment aspects as set out in the National Occupational Skills Standards.

Home-based skills teaching and training must:

> ensure that the teaching and learning processes are carried out as planned in a safe environment.

> be effectively implemented during the MCO period by the institutes’ management.

> be a collaborative effort between parents or guardians and the institutes to ensure the continuity of students’ training and learning despite them not attending classes.

> be conducted on the training institutes’ premises after the MCO, if it is not carried out via e-learning.

> involve appropriate learning methods based on the capabilities and readiness of the trainees; using easily accessible communication and application platforms.

Source: TheStar.com.my