Belanjawan 2024 - Rahsia Permohonan Pusat Bertauliah JPK

7 Kriteria Pentauliahan Pusat Bertauliah JPK – No 7 Rahsia!

Pusat Bertauliah JPK

Pusat Bertauliah JPK bererti penyedia latihan kemahiran, samada  institusi latihan atau tempat kerja (workplace) yang telah diluluskan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) untk mengendali latihan kemahiran dan menawarkan Sijil Kemahiran Malaysia bagi bidang dan tahap kemahiran tertentu berdasarkan NOSS.

Kategori Pusat Bertauliah JPK

Pusat Bertauliah Awam​

Pusat Bertauliah JPK Awam

Kod Pusat Bertauliah Awam​

Ia diberi kod pentauliahan yang bermula dengan Kod K; contoh K02250

Anda boleh semak senarai Pusat Bertauliah JPK awam di sini. 

Pusat Bertauliah Swasta

Pusat Bertauliah JPK Swasta

Kod Pusat Bertauliah Swasta

Ia diberi kod pentauliahan yang bermula dengan Kod L; contoh L02667

Satu lagi kategori adalah Industri, Kod I; contoh I01017

Program yang ditawarkan oleh Pusat Bertauliah JPK

Program-program yang ditawarkan adalah berdasarkan kepada Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) yang telah dibangunkan.

Senarai Pusat Bertauliah JPK

Sehingga 30 Sept 2021, jumlah keseluruhan Pusat Bertauliah SLaPB seluruh negara adalah sebanyak 1,233 buah pusat.  Daripada jumlah tersebut 808 merupakan pusat bertauliah awam dan 425 pusat bertauliah swasta.  

Pusat Bertauliah JPK di Selangor mempunyai bilangan pusat bertauliah paling banyak iaitu 216 buah pusat  yang terdiri daripada 84 buah pusat awam dan 132 buat pusat swasta.

Dan cuma 2 negeri di mana Pusat Bertauliah SLaPB swasta melebihi awam, iaitu Selangor & Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. 

2 negeri ini juga menunjukkan jumlah penurunan Pusat Bertauliah SLaPB swasta yang banyak berbanding tahun 2017. 

Namun, setelah pandemik berakhir, saya yakin 2 negeri ini juga akan menunjukkan peningkatan yang besar semula, berdasarkan permintaan peserta kursus induksi PP-PPD-PPB sejak Jun 2021.

Permohonan Pusat Bertauliah JPK

Bukan seperti lesen IPTS yang dikenakan moratorium, anda masih boleh membuat permohonan pusat bertauliah secara dalam talian di www.myspike.my. Pegawai yang diberi tanggungjawab untuk membuat permohonan tersebut adalah Pengurus Pusat Bertauliah (PPB) dan juga penyelaras PB yang dilantik oleh PPB.

Kriteria Utama Pentauliahan Pusat Bertauliah JPK (Swasta)

1. Pemilikan Pusat Bertauliah JPK

Butiran – Mendaftarkan operasi perniagaannya dengan mana-mana pihak berkuasa yang berkaitan di Malaysia.

Pihak Berkuasa Tempatan:

1.Suruhanjaya Syarikat Malaysia (Syarikat Sendirian Berhad/Berhad/Pendaftaran   Perniagaan/Perkongsian Liabiliti Terhad).

2.Pendaftaran Perniagaan (Cap 64), Ekstrak Perniagaan & Lesen Perdagangan – Borang I (negeri Sarawak)

3.Lesen Perniagaan – Borang B (negeri Sabah)

3. Kewangan – Mempunyai Modal berbayar minimum RM 50,000.00

2. Premis Latihan

i) Memiliki  premis  atau  menyewa  mana-mana  premis  dengan  baki tempoh sewaan tidak kurang daripada satu (1) tahun

ii) Telah mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan

iii) Bagi kelulusan Bomba atau lain-lain agensi penguatkuasa berkaitan adalah merujuk kepada bidang kemahiran tertentu yang akan dilaksanakan; (contoh: mendapat kelulusan agensi kerajaan bagi bidang berkaitan Jabatan Kesihatan, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dan sebagainya)

iv) Memastikan premis latihan terletak di persekitaran yang kondusif dan selamat untuk menjalankan latihan; dan

v) Penggunaan premis latihan tambahan dalam lingkungan 25 kilometer boleh dipertimbangkan dan hendaklah mendapat kelulusan JPK

3. Nama Pusat Bertauliah

Hendaklah mencerminkan sebuah institusi latihan kemahiran

TIDAK menyamai dengan nama PB lain

TIDAK BERKAIT dengan nama JPK atau BAHAGIAN di bawah JPK atau apa-apa yang berkaitan dengan JPK

TIDAK MENCERMINKAN ENTITI PERNIAGAAN atau SYARIKAT. contohnya ABC SDN BHD, XYZ BERHAD dan sebagainya

4. Kurikulum Pentauliahan

i) Laluan latihan (Training pathway);

Training Pathway VTO
Contoh Training Pathway Program VTO

ii) Bahan pembelajaran bertulis (Written Instruction Material) beserta Jadual Pembahagian WIM (JPW);

WIM

iii) Dokumen penilaian teori dan amali @ KA & PA;

iv) Pakej Pembelajaran Kebolehan Teras (NCS – Core Abilities) termasuk Matriks Core Abilities (Abilities vs CU/Modul program NOSS);

v) Silibus subjek tambahan bagi program DKM, DLKM dan tahap yang lebih tinggi;

vi) Pelan pelaksanan latihan yang merangkumi penilaian berterusan dan penilaian akhir (Gantt Chart); dan

Gantt Chart

vii) Jadual latihan mingguan sepanjang tempoh pelaksanaan program latihan

5. Kemudahan Fizikal

PB hendaklah menyediakan kemudahan fizikal mengikut keperluan program yang dimohon merangkumi kemudahan insfrastruktur, kemudahan kelengkapan, peralatan dan bahan latihan.

A. Infrastruktur

BILIK KULIAH

BENGKEL LATIHAN

PUSAT SUMBER LENGKAP DENGAN KEMUDAHAN INFORMATION AND COMMUNICATION TECHNOLOGY (ICT)

B. KELENGKAPAN, PERALATAN DAN BAHAN LATIHAN / TOOLS, EQUIPMENTS & MATERIALS (TEM)

PB hendaklah menyediakan kelengkapan, peralatan dan bahan latihan mengikut kehendak NOSS bagi program berkenaan di premis latihan yang hendak ditauliahkan seperti berikut:

1. Menyediakan dan memastikan KUANTITI KELENGKAPAN, PERALATAN DAN BAHAN  MENCUKUPI mengikut bilangan pelatih.

TIPS: Rujuk NOSS untuk nisbah kuantiti yang diperlukan.

2. Memastikan PERALATAN BERFUNGSI dengan baik dan selamat untuk digunakan

3. Memastikan PERALATAN MEMENUHI KEPERLUAN PERLESENAN (jika berkaitan)

6. Personel Pentauliahan

PB perlu memastikan bahawa setiap personal memenuhi kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak Jabatan Pembangunan Kemahiran.  Setiap personal pusat juga perlu mempunyai sijil Perakuan Pengiktirafan Kelayakan Sebagai Personel Pentauliahan (PPKSPP). 

Perakuan Pengiktirafan Kelayakan Sebagai Personel Pentauliahan (PPKSPP) merupakan perakuan yang diberi kepada personel Pusat Bertauliah (PB) Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) yang bertanggungjawab dalam pengurusan latihan kemahiran, membimbing, menyelia dan menilai pelatih / perantis di PB.  Ianya bertujuan melayakkan personel diperakukan secara sah sebagai personel pentauliahan di bawah Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) bagi program yang layak sahaja. 

7. Lain-lain (Rahsia)

Belanjawan 2024 - Rahsia Permohonan Pusat Bertauliah JPK
Pusat Bertauliah JPK - I Smart Educare
Dapatkan Khidmat Runding ISE Education Untuk Membantu Anda Menyingkatkan Masa Permohonan PB JPK Anda

5 Perkara Asas Kursus Pendidikan Awal Kanak-Kanak (SKM)

Kursus Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Dalam konteks Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS), nama program ini adalah:

  1. Pengasuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (T982-001-3:2017) – SKM Tahap 3 DAN
  2. Penyeliaan Pengasuhan dan Pendidikan Perkembangan Awal Kanak-Kanak (T982-001-4:2018) – DKM Tahap 4

    Namun, untuk tujuan singkatan, kita namakan ia sebagai pendidikan awal kanak-kanak sahaja.

Anda adalah pelajar lepasan PMR atau SPM? Masih tercari–cari bidang apa yang sesuai untuk anda melanjutkan pelajaran? Jangan risau kerana anda berada di laman yang tepat.

Kursus Pendidikan Awal Kanak-kanak ini mungkin akan mengubah masa depan anda. Ia akan membolehkan anda untuk berkecimpung dalam kerjaya yang sentiasa ada permintaan. Namun, bukan semua orang tahu kelebihannya.

Kursus Pendidikan Awal Kanak-kanak

Kursus ini akan melengkapkan anda dengan kemahiran dan pengetahuan pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak secara kontemporari, kompetensi pedagogi, dan kemahiran hubungan intelektual serta sosial. 

Para pelajar juga akan didedahkan dengan aspek perkembangan dalam kurikulum asuhan dan didikan awal PERMATA, yang  meliputi: 

  • perkembangan fizikal,
  • perkembangan awal matematik & pemikiran logik,
  • perkembangan bahasa & literasi awal,
  • perkembangan sahsiah, sosio emosi & kerohanian,
  • perkembangan kreativiti & estetik,
  • perkembangan seni kreatif & pergerakan muzik dan
  • kemahiran pemakanan seimbang

    bagi kanak-kanak di bawah 4 tahun. 

Anda akan dinilai berdasarkan kemampuan anda terampil semua komponen, penilaian pengetahuan (amali) dan prestasi (amali).

1. Syarat Kemasukan (SKM3 & DKM)

  1. Berumur 15 tahun dan ke atas
  2. Warganegara Malaysia
  3. Boleh membaca, menulis dan mengira
  4. Tidak wajib ada kelayakan SPM
  5. Perlu ada SKM3 bidang Pengasuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (T982-001-3:2017) jika mohon DKM

2. Kurikulum/Modul

Kursus Pendidikan Awal Kanak-kanak - CPC T982-001-3:2017
Modul teras untuk kursus pendidikan awal kanak-kanak (Tahap 3)
Kursus Pendidikan Awal Kanak-kanak - CPC T982-001-4:2018
Modul teras untuk kursus pendidikan awal kanak-kanak (Tahap 4)

3. Tempoh Pembelajaran

1. SKM3: 12 bulan
2. DKM: 12 bulan

4. Laluan Pendidikan

Setelah tamat kursus pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak yang melayakkan anda dapat SKM Tahap 3 atau DKM Tahap 4 bidang ini,  anda boleh:

1. (SKM3) – Melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi iaitu Diploma Kemahiran Malaysia (Tahap 4) bidang Penyeliaan Pengasuhan dan Pendidikan Perkembangan Awal Kanak-Kanak di Kolej Islam Antarabangsa atau Diploma akademik bidang sama di mana-mana institusi pengajian tinggi tempatan dan swasta yang diiktiraf di seluruh Malaysia dan luar Negara.

(DKM) –  Melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda di IPTA/IPTS.

2. Jika anda berminat untuk jadi pengajar vokasional/tenaga pengajar kemahiran, anda boleh sambung untuk ambil kursus pengajar vokasional@VTO

5. Prospek Pekerjaan / Kerjaya

Apabila tamat pengajian dalam program ini dengan jayanya, ia akan membolehkan anda bekerja dalam bidang pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak samada di sektor kerajaan atau taska di tempat kerja atau komuniti.

Bila dah ada pengalaman & modal nanti, bolehlah jadi usahawan taska yang beroperasi dari rumah, di mana-mana sahaja di Malaysia.

Ataupun menubuhkan taska mengikut lokasi dan permintaan serta keperluan dari ibu-ibu yang bekerja.

1. Pendidik TASKA
2. Penyelia TASKA
3. Pengurus TASKA
4. Pengusaha / Pemilik TASKA
5. Pensyarah

Jika anda melepasi syarat kelayakkan di atas dan berminat untuk menyertai

Daftar Kursus TVET

Ada Pengalaman Kerja Dalam Bidang Ni?

Sekiranya anda sudah ada pengalaman kerja dalam bidang ni selama 3 atau 5 tahun ke atas, anda layak mohon persijilan terus tanpa berkursus selama setahun/dua tahun lamanya.

Sila rujuk gambarajah di bawah untuk syarat-syarat umum serta tempoh minimum pengalaman kerja yang diperlukan.

SKM-PPT - Syarat Umum Calon
SKM-PPT - Syarat Tempoh Min Pengalaman Kerja

Layak Mohon SKM/DKM dengan Pengalaman Anda?

Kursus Pendidikan Awal Kanak-kanak - Bengkel Pembangunan Portfolio & LPKT
Klik Gambar Untuk Pertanyaan Lanjut

Pegawai Pengesah Luaran (PPL) – 10 Perkara Anda Perlu Tahu

1. Apakah itu Pegawai Pengesah Luaran (PPL)?

Pegawai Pengesah Luaran merupakan individu yang diperaku oleh Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) bagi melaksanakan lawatan verifikasi ke Pusat Bertauliah (PB) / PB SLDN

Ianya  terdiri daripada;

  • Pegawai Pengesah Luaran Sistem Latihan Program Bertauliah (PPL-SLaPB);
  • Pegawai Pengesah Luaran Sistem Latihan Dual Nasional (PPL-SLDN)

2. Tugas / tanggungjawab Pegawai Pengesah Luaran

  • Bertanggungjawab memastikan tahap kualiti latihan kemahiran yang dijalankan oleh PB memenuhi kriteria kemahiran ditetapkan.
  • Membuat lawatan, menyemak dan mengesahkan semua dokumen penilaian yang berkaitan bagi Sistem Latihan Program Bertauliah (SLaPB);
  • Memberi khidmat nasihat berkaitan pelaksanaan penilaian; dan
  • Menyediakan Laporan Pegawai Pengesah Luaran berkenaan perkara-perkara yang diperuntukkan dalam melaksanakan aktiviti verifikasi luaran memenuhi kriteria kemahiran yang ditetapkan bagi Sistem Latihan Program Bertauliah (SLaPB) kepada JPK.

3. Syarat Kelayakan Lantikan Sebagai Pegawai Pengesah Luaran

  1. Warganegara Malaysia
  2. > 10 tahun pengalaman dalam bidang SKM anda.
  3. Memiliki kelayakan kemahiran – Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)/(DKM)/(DLKM)
  4. Lulus kursus induksi PP-PPD-PPB
  5. Lulus kursus induksi PPL

4. Kelebihan Memiliki Sijil Induksi PPL

  • Layak untuk menjadi PPL-SLaPB, PPL-PLV & PPL-SLDN

    Anda berpeluang dilantik sebagai Pegawai Pengesah Luaran (PPL) – PPL ini merupakan individu penting yang bertugas sebagai wakil JPK untuk membuat pengesahan penilaian dan seterusnya status TERAMPIL/TIDAK TERAMPIL pelajar semasa peperiksaan akhir teori dan amali di Pusat Bertauliah JPK. PPL ni bertindak seperti auditor atau pegawai wazir PLK. 
Kursus Induksi PPL

a) Tujuan Induksi PPL

Tujuan kursus ini dilaksanakan adalah untuk memberi pendedahan kepada calon mengenai peranan dan tanggungjawab sebagai PPL serta memenuhi syarat lantikan sebagai PPL.

b) Syarat Kelayakan Induksi PPL

  • Warganegara Malaysia; atau
  • PemastautinTetap (PR); dan
  • Berumur 18 tahun ke atas

c) Siapa Yang Patut Hadir?

  • Calon PPL – Sistem Latihan Program Bertauliah (PPL-SLaPB)
  • Calon PPL – Pengawai Latihan Vokasional (PPL-PLV)
  • Calon PPL – Sistem Latihan Dual Nasional (PPL-SLDN)
  • Calon PPL Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPL-PPT) – digalakkan

6. Tempoh Sah Laku Sijil Kursus Induksi PPL

Sijil Kursus Induksi PPL adalah sah untuk tempoh 3 tahun selepas kursus untuk tujuan pelantikan pertama jawatan personel, Perakuan Pengiktirafan Kelayakan sebagai Personel Penilaian & Verifikasi (PPV). Sekiranya anda tidak dilantik selepas tempoh 3 tahun, sijil induksi berkenaan tidak sah untuk pelantikan dan anda perlu mengulangi semula kursus induksi berkenaan.

7. Mod & Jangkamasa Kursus Induksi PPL

Sesi pembelajaran kursus ini akan dijalankan sepenuhnya secara dalam talian, melalui aplikasi Zoom.
Kursus ini dilaksanakan pada hujung minggu sahaja, Sabtu & Ahad, dari 8.30-5.30pm.

Sila rujuk jadual kursus induksi Pegawai Pengesah Luaran (PPL) di sini

8. Topik & Jadual Kursus

Pegawai Pengesah Luaran - Jadual Hari 1

9. Elaun

1.  Elaun perjalanan (mileage)

Bagi semua perjalanan untuk tugas rasmi berkaitan verifikasi / mesyuarat / persidangan PPL

2. Elaun penginapan (Hotel / lojing)

  Jika tugas memerlukan PPL bermalam di luar ibu pejabat

3. Elaun makan atau Elaun harian

Jika tempat bertugas di luar ibu pejabat

(Elaun makan – bertugas  > 24 jam)@(Elaun harian  – bertugas > 8 jam < 24 jam)

4. Elaun verifikasi PPL

Bayaran verifikasi di sesuatu PB/Syarikat SLDN bagi tempoh masa yang ditetapkan, maksimum RM320/8 jam ATAU RM 40.00/jam

10. Cara Permohonan

Andainya anda dah faham dan tahu perkara yang perlu anda patut tahu, sekarang adalah masa anda ambil tindakan.

Ya, mula dengan daftar untuk  menngikuti  kursus induksi PPL 

Kursus Induksi JPK - Permohonan kursus

Kursus Induksi Pentauliahan PP-PPD-PPB – 8 Perkara Anda Perlu Tahu

1. Apa Itu Kursus Induksi Pentauliahan PP-PPD-PPB?

Sebelum kita mula, baik anda tahu apa singkatan PP-PPD-PPB.

PP – Pegawai Penilai
PPD – Pegawai Pengesah Dalaman
PPB – Pengurus Pusat Bertauliah

Kursus Induksi Pentauliahan PP-PPD-PPB  ini merupakan suatu keperluan kepada personel Pusat Bertauliah JPK yang dilantik samada sebagai pegawai penilai, pegawai pengesah dalaman atau pengurus Pusat Bertauliah JPK. 

Kursus ini merupakan kursus asas yang WAJIB dihadiri oleh semua personel PB  sebelum menjalankan program latihan  di Pusat Bertauliah. 

Peserta kursus akan diberi penerangan secara komprehensif  mengenai konsep dan pelaksanaan sistem latihan Pusat Bertauliah (SLaPB).

2. Syarat Kelayakan Kursus Induksi Pentauliahan PP-PPD-PPB

Peserta bagi semua kursus Induksi Pentauliahan Persijilan Kemahiran Malaysia hendaklah:

  • Warganegara Malaysia  atau
  • Pemastautin Tetap (PR) dan
  • Berumur 18 tahun ke atas.

3. Tempoh Sah Laku Sijil Kursus

Sijil Kursus Induksi adalah sah untuk tempoh 3 tahun selepas kursus untuk tujuan pelantikan pertama jawatan personel Perakuan Pengiktirafan Kelayakan Sebagai Personel Pentauliahan (PPKSPP) dan Personel Penilaian & Verifikasi (PPV). Sekiranya anda tidak dilantik selepas tempoh 3 tahun, sijil induksi berkenaan tidak sah untuk pelantikan dan anda perlu mengulang semula kursus induksi berkenaan.

Jika anda berjaya menamatkan kursus ini dan LULUS, anda akan memperolehi Sijil Kursus Induksi Pentauliahan Persijilan Kemahiran Malaysia dan boleh memohon perakuan pengiktirafan kelayakan sebagai personel pentauliahan (PPKSPP). PPKSPP merupakan perakuan yang diberi kepada personel Pusat Bertauliah (PB) Jabatan Pembangunan Kemahiran yang bertanggungjawab dalam pengurusan latihan kemahiran, membimbing, menyelia dan menilai pelatih di Pusat Bertauliah.

TERBARU! Mulai Jan 2022, tempoh sah laku sijil telah dimansuhkan sehingga dimaklumkan kelak.

4. Kelebihan Memiliki Sijil Kursus Induksi Pentauliahan PP-PPD-PPB

b) Layak dilantik sebagai Pengurus Pusat Bertauliah (PPB).
PPB biasanya adalah ketua organisasi Pusat Bertauliah atau pemilik sendiri.

c) Layak dilantik sebagai Pegawai Pengesah Dalaman (PPD).
PPD adalah ketua program dan mengesahkan segala penilaian yang dilakukan oleh PP.

d) Layak dilantik sebagai Pegawai Penilai (PP).
PP biasanya adalah juga pengajar dan juga menilai penilaian pelajar sebelum disahkan oleh PPD & diverfikasi oleh PPL (Pegawai Pengesah Luaran)

e) Layak dilantik sebagai tenaga pengajar (TP). TP ada kelayakan program yang diajar tetapi tidak boleh menilai jika tidak memiliki sijil pengajar vokasional@VTO

Boleh baca lebih lanjut perbezaan antara PP & TP di sini. 

f) Juga berpeluang untuk mengikuti kursus induksi PPL sekiranya LULUS kursus induksi pentauliahan PP-PPD-PPB ini. 

5. Mod & Jangkamasa Kursus

Kursus induksi pentauliahan pp-ppd-ppb
Kursus induksi pentauliahan pp-ppd-ppb

Sesi pembelajaran kursus ini akan dijalankan sepenuhnya secara dalam talian, melalui aplikasi Zoom. Kursus ini dilaksanakan pada hujung minggu sahaja, Sabtu & Ahad, dari 8.30-5.30pm.

Sila rujuk jadual kursus induksi pentauliahan PP-PPD-PPB di sini

6. Topik & Jadual Kursus

Kursus induksi pentauliahan pp-ppd-ppb - Jadual
Kursus induksi pentauliahan pp-ppd-ppb

7. Kriteria Memilih Penganjur

Walaupun kandungan dan sijil kursus adalah sama antara semua penganjur, namun ada juga perbezaan antara satu penganjur ke penganjur yang lain.

a) Penyampaian kursus

Kursus induksi sekarang semuanya secara dalam talian. Namun, adalah penting anda pilih penganjur yang melaksanakan kursus menggunakan aplikasi seperti Zoom, Google Meet atau Micosoft Teams.

Ini kerana pembelajaran melalui aplikasi seperti Zoom adalah dengan penceramah dari JPK & CIAST. Anda dapat bertanyakan soalan jika tidak faham ataupun mungkin ada soalan yang di luar dari slaid.  Anda juga boleh manfaat daripada persoalan calon yang lain serta pengalaman yang diceritakan oleh penceramah.

Kursus induksi pentauliahan pp-ppd-ppb
Kursus induksi pentauliahan pp-ppd-ppb

b) Rekod & Pengalaman penganjur

Anda perlu pertimbangkan kriteria ini kerana ia mungkin menyebabkan anda:

i) TIDAK Lulus  penilaian (perlu ulangi kursus)
% calon yang lulus di kalangan penganjur baru/jarang menganjur juga tidak memuaskan. Maklumbalas dari sebuah organisasi mengatakan 5 dari 7 calon mereka gagal penilaian!

ii) TIDAK Dapat hadiri kursus pada tarikh yang telah ditetapkan
Tak kira bersemuka ke dalam talian, masih ada penganjur yang masih tunda tarikh kursus yang telah ditetapkan (mungkin perancangan yang lemah, tak cukup peserta dsbgnya)

Pada 2018, terdapat sekurang-kurangnya 10 sesi telah ditunda oleh pelbagai penganjur, kebanyakkan sebab tak cukup peserta.

c) Kekerapan penganjuran 

Tidak kurang pentingnya adalah kekerapan penganjuran. Sekiranya anda tidak dapat ikuti kursus setelah membuat pendaftaran, amat penting juga penganjur yang sama ada sesi lain dalam masa terdekat (anda perlu bagi notis yang mencukupi)

Ini kerana ada sesetengah penganjur mungkin anjur 2-3 kali setahun ataupun sekali sahaja. Jadi, yuran kursus anda mungkin tidak dipulangkan tetapi kena tunggu sesi seterusnya yg mungkin beberapa bulan kemudian ataupun penganjur dah hilang!

Jadi, lebih selamat pilih penganjur yang aktif dan konsisten dengan penganjurannya, seperti ISE Education Sdn Bhd (dulu I Smart Educare) yang tidak pernah berhenti menganjur hampir setiap bulan sejak 2001. 

Dianggarkan >12,000 peserta telah ikuti pelbagai kursus induksi anjuran I Smart Educare (sebelum dinaiktaraf ke ISE Education Sdn Bhd) sejak 2001.

ISE Education juga telah menganjur 5 daripada 7 sesi secara dalam talian (bukan melalui openlearning) dari Jun-Ogos 2021.

Kursus Induksi Pentauliahan PP-PPT - Tunda
Urusetia sudah tidak umumkan penundaan kursus di dalam jadual tetapi sejak Mei 2021, sekurang-kurangnya 5 sesi penganjuran kursus telah dikesan di FB (ada yang iklan tapi kursus tak jalan sebab tak cukup permintaan)

8. Cara Permohonan

Andainya anda dah faham dan tahu perkara yang perlu anda patut tahu, sekarang adalah masa anda ambil tindakan.

Ya, mula dengan mengisi borang permohonan kursus induksi. 

Anda akan dimasukkan ke dalam kumpulan whatsapp seminggu sebelum kursus untuk tindakana selanjutnya.

Kursus Induksi JPK - Permohonan kursus

Skim Pembiayaan Perkasa TVET 2021 – Tarikh tutup 6/9/21

Skim Pembiyaan PERKASA TVET 2021

Apakah itu Program Latihan Kemahiran ‘Skim Pembiayaan Perkasa TVET 2021’ ???

Skim Pembiayaan Perkasa TVET 2021 adalah program latihan kemahiran jangka pendek (kurang daripada 6 bulan) termasuk secara modular atau customized atau Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) bergantung kepada permintaan majikan / industry di bawah Persijilan Kemahiran Malaysia (PKM) Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

Program ini dilaksanakan secara hybrid di mana pembelajaran adalah secara kombinasi iaitu secara secara bersemuka (dalam kelas) dan juga secara dalam talian (virtual).

1. Syarat Kelayakan Pelatih

  1. a) Warganegara Malaysia;
  2. b) Berumur 15 hingga 45 tahun pada tahun permohonan;
  3. c) Pelatih tidak menerima pembiayaan / geran latihan daripada mana-mana institusi kewangan lain bagi program yang sama semasa permohonan ini dibuat;
  4. d) Kriteria pelatih terdiri daripada kategori berikut:
  5. Keutamaan bagi peminjam PTPK yang terjejas dengan pendemik Covid 19; atau
  6. Pelajar lepasan sekolah atau pelajar lepasan institut pengajian tinggi; atau

iii. Individu yang mempunyai perniagaan sendiri / bekerja sendiri yang terjejas pendapatan; atau

  1. Pekerja yang terjejas pendapatan akibat pendamik Covid 19; atau
  2. Pekerja memerlukan kemahiran baru.

* Syarat-syarat adalah tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa.

2. Cara Permohonan

Pusat Latihan Swasta (PLS) boleh memohon Pembiayaan Skim PERKASA TVET 2021 dengan melengkapkan Kertas Cadangan / Request For Proposal mengikut format seperti berikut:

  1. a) Format Kertas Cadangan – Lampiran A; dan
  2. b) Ringkasan Eksekutif Permohonan (https://forms.gle/Q6rFSn9msQPP8n4M9) – Lampiran B.

Permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan sebelum 6 September 2021 jam 12.00 tengah hari di:
Peti Penerimaan Dokumen (berwarna merah)
Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran
Aras 16, Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Jalan Tun Ismail,
59480 Kuala Lumpur atau softcopy ke alamat e-mel perkasatvet2021@ptpk.gov.my.

3. Prosedur Permohonan

  1. Permohonan Pembiayaan hendaklah dibuat oleh pusat latihan secara dalam talian di laman sesawang PTPK (http://www.ptpk.gov.my) melalui portal Program Latihan Kemahiran Skim Pembiayaan PERKASA TVET 2021 Ogos 2021 Muka 4/43 Penyedia Latihan (dalam tempoh 60 hari daripada tarikh pelatih memulakan latihan dan tarikh latihan yang didaftarkan di JPK).
  1. Setelah permohonan secara dalam talian diluluskan oleh PTPK, Penyedia Latihan perlu mencetak surat tawaran pelatih, borang permohonan dan borang perjanjian daripada portal penyedia latihan.
  1. Pelatih hendaklah mengisi Borang Permohonan. (Borang Permohonan (PTPK/PERKASA TVET/2021/02)). Rujuk Lampiran 2
  1. Pelatih hendaklah mengisi dua (2) salinan Surat Perjanjian dengan PTPK. (Borang Perjanjian (PTPK/PERKASA TVET/2021/03)). Rujuk Lampiran 3
  • Mestilah menggunakan pen dakwat hitam
  • Setiap salinan perjanjian perlu dimatikan dengan setem hasil oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau mana-mana Jabatan yang di ikhtiraf.
  • Perjanjian mesti dimatikan pada atau selepas tarikh surat tawaran dikeluarkan.
  • Pelatih dan saksi perlu menurunkan tandatangan pada ruangan disediakan.
  • Pelatih perlu menurunkan tandatangan ringkas pada sudut bawah kanan pada setiap helaian surat perjanjian.
  • Kad Pengenalan tidak boleh dipinda.
  • Sekiranya terdapat kesilapan, tidak dibenarkan menggunakan pemadam cair. Kesilapan hendaklah dipotong dengan satu garisan dan turunkan tandatangan ringkas. Sebaiknya, sila semak surat perjanjian sebelum dimatikan setem dan dihantar.
  • Sekiranya surat perjanjian tersebut didapati rosak atau kotor, ianya perlu di isi dengan yang baru.
  1. Borang permohonan yang telah diisi dan dilengkapkan perlu ditandatangani oleh pelatih dan Pengurus Penyedia Latihan.
  1. Setelah permohonan diluluskan, Pusat Latihan perlu mengisi borang permohonan pelatih dan mengemukakan dokumen sokongan berikut kepada PTPK:

    a) Senarai Semak. (PTPK/PERKASA TVET/2021/01) yang telah dikemas kini;
    b) Surat Tawaran (Lampiran A) Ditandatangani Pelatih dan Pengurus PLS.
    c) Surat Perjnjian Diremitkan Setem Hasil. 
    d) Salinan Kad Pengenalan;
    e) Salinan surat tawaran mengikuti latihan daripada Pusat Latihan yang mengandungi Struktur Yuran;
    f) Salinan Borang Pengesahan Pendaftaran Calon SKM (JPK/T1002) dan resit pembayaran;
    g) Salinan ‘Saving Account Information Inquiry’ CIMB Bank (Pastikan akaun pemohon aktif dan disahkan oleh pegawai CIMB Bank).

Salinan dokumen perlu disahkan oleh Pegawai yang layak mengesahkan dokumen seperti berikut:

  • Wakil Rakyat, Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional, Jaksa Pendamai, Pegawai Polis berpangkat ASP ke atas, Pegawai Tentera berpangkat Kapten atau setaraf dan ke atas, Penghulu, Ketua Kampung, Penggawa, Tuai Rumah, Ketua Kaum / Mukim yang bertauliah tempat pelatih bermastautin atau Pengurus Pusat Bertauliah / Pengurus Penyedia Latihan yang berdaftar dengan PTPK.
  • Majistret / Notari Awam / Pesuruhjaya Sumpah dibenarkan mengesah salinan dokumen sokongan. 

Pusat Latihan perlu menghantar borang permohonan, surat perjanjian dan dokumen sokongan tidak melebihi 60 hari bekerja daripada tarikh surat tawaran dikeluarkan oleh PTPK.

Masih Berminat?

Sekiranya anda berminat untuk tahu lebih lanjut dan rasa cukup masa untuk mohon, sila baca

Buku Panduan DAN PROSEDUR
PERMOHONAN & TUNTUTAN BAYARAN
PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN
SKIM PEMBIAYAAN PERKASA TVET 2021 

Bukan Pusat Bertauliah JPK?

Kalau perlukan khidmat runding permohonan PB JPK, sila klik gambar di atas untuk hubungi kami
PP-SLaPB 考官 vs PP-PPT

PP-SLaPB (技术学院考官) VS PP-PPT (技职考官) – 你必须 知道的6大分别

PP-SLaPB考官 vs PP-PPT

PP-SlaPB vs PP-PPT

1. 角色和职责

PP-SLaPB考官

PP-PPT

PP-SLaPB - Peranan & Tanggungjawab

2. 要求资格

  1. 18-65岁的马来西亚公民或永久居民

  2. PP-PPD-PPB 证书

  3. 职业培训操作证书 (VTO) @ 教学技术证书
  4. 拥有该指定领域的马来西亚技能证书 (SKM) 3 级证书

  5. 若无第四项的SKM 3证书,则该领域必须是Jadual 1里所指定的,拥有该资格和 3 年相关工作经验。
  1. 马来西亚公民,通常30岁及以上

  2. PP-PPT 证书

  3. 若想要被 JPK委任,则至少要在该指定SKM领域里拥有 10 年或以上的工作经验。而如果在 JPK学院里任职 PP,则只少需要 5 年工作经验。

  4. 拥有该指定领域的马来西亚技能证书 (SKM) 3 级证书ijil Kemahiran Malaysia (SKM)
Perakuan PP (kelayakan kemahiran lain)

3. 工作地点

PP-SLaPB考官

可在任何JPK 认可的技能培训机(PP-SLaPB)工作。。

政府技术培训中心 – 工业培训学院 (ILP)、国家青年技能学院 (IKBN)、国家青年高技能学院、Giatmara、职业学院和 ADTEC(中心代码以字母 K 开头)

行内技术培训中心 – Perodua Technical Training
Centre
Sime Darby Industrial AcademyNaza Academy 等(中心代码以字母 I 开头)

私人技术培训中心中央代码以字母 L 开头

  1. 经由JPK直接委派,对申请技术文凭的有工作经验的申请者进行评估。评估地点可以是申请者的工作地址或在申请者与PP-PPT约定的地点进行辅导和评估

  2. 经由PPT认证中心委任,于该中心工作。.
PP-SLaPB 考官 vs PP-PPT

4. 值班时间

PP-SLaPB考官

PP-PPT

通常,该课程是全日制的,每天最多 8 小时。 所以,一般是周一至周五/周日至周四晚上 8.30-5 点。

JPK委任的PP-PPT:时间灵活,可以随时约申请者,只要合适就行。 例如,晚上 9 点或周末也是可能的。

5. 如何申请

PP-SLaPB考官

PP-PPT

如果您符合资格要求,您可以应聘于任何一家JPK技术培训中心。

您所受聘的JPK技术培训中心将会为您在线申请 PP 证书。

您需要在线申请PP-PPT职位。

您可以参考这里了解申请过程中需要上传的步骤和文件。

6. 费用/津贴

PP-SLaPB考官

PP-PPT

PP 通常是JPK技术培训中心的全职员工。 平均薪水介于 RM1,500-2,500 之间,取决于您的工作经验、领域和位置。

顾问咨询和评估津贴为 RM100/级别/课程

PP-PPT 旅行津贴 (T&T)

在咨询/评估和验证过程中,只允许提出两 (2) 次津贴。

Kursus Induksi PP-PPD-PPB - Kursus Online
Kursus Induksi PP-PPT - Kursus Online

PP-SLaPB vs PP-PPT – 6 Perbezaan Anda Perlu Tahu

PP-SLaPB vs PP-PPT

1. Peranan & Tanggungjawab

PP-SLaPB​

PP-PPT

PP-SLaPB vs PP-PPT - Peranan & Tanggungjawab PP
Klik gambar untuk Panduan Terperinci

2. Syarat Kelayakan

PP-PPT

  1. Warganegara Malaysia atau penduduk tetap, berumur 18-65 tahun
  2. Sijil Induksi PP-PPD-PPB 
  3. Sijil Vocational Training Operation (VTO) @ Sijil TVET-i
  4. Minimum Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 program berkaitan atau 
  5. Kemahiran lain & 3 tahun pengalaman bidang berkaitan. Rujuk Jadual 1
  1. Warganegara Malaysia, biasanya 30 tahun ke atas
  2. Sijil Induksi PP-PPT
  3. Pengalaman minima 10 tahun dalam bidang kemahiran/SKM yang dimiliki jika lantikan JPK atau 5 tahun jika PP-SLaPB di PB-PPT (Pusat Bertauliah-PPT) 
  4. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 

3. Tempat Bertugas

PP-SLaPB

PP-SLaPB bertugas di mana-mana institut latihan kemahiran yang ditauliahkan oleh JPK.

Cth PB Awam – Institut Latihan Perindustrian (ILP), Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara, Giatmara, Kolej Vokasional & ADTEC (Kod Pusat bermula dengan huruf K)

Cth PB Industri – Pusat Latihan Teknikal Perodua, Sime Darby Industrial Academy, Naza Academy dll (Kod Pusat bermula dengan huruf I)

PB Swasta – Kod Pusat bermula dengan huruf L

Kaedah pensijilan adalah melalui kaedah Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu

  1. PP-PPT dilantik oleh JPK untuk menilai calon berpengalaman kerja yang mohon SKM secara PPT – tempat bertugas, iaitu kaunseling dan penilaian mengikut alamat calon ataupun di tempat yang dipersetujui oleh calon dan PP-PPT
  2. PP-PPT yang dilantik oleh PB-PPT pula bertugas di PB-PPT.
PP-SLaPB 考官 vs PP-PPT

4. Masa Bertugas

PP-SLaPB

PP-PPT

Lazimnya, kursus adalah dijalankan secara sepenuh masa, maksimum 8 jam sehari. Jadi, secara amnya dari 8.30-5pm, Isnin-Jumaat/Ahad-Khamis.

PP-PPT lantikan JPK: Masa adalah fleksibel, anda boleh buat temujanji dengan calon bila-bila masa, asalkan sesuai. Contohnya malam 9pm atau hujung minggu pun boleh.

5. Cara Memohon

PP-SLaPB

PP-PPT

Anda perlu dilantik dan terima lantikan oleh mana-mana Pusat Bertauliah JPK (PB), sekiranya memenuhi syarat kelayakan.

PB akan mohon untuk dapatkan perakuan sebagai PP bagi pihak anda, dalam talian.

Anda perlu mohon untuk jawatan PP-PPT dalam talian, setelah memenuhi syarat lantikan.

Boleh rujuk sini untuk mengetahui langkah-langkah serta dokumen yang perlu dimuat naik semasa permohonan.

6. Bayaran/elaun

PP-SLaPB

PP-PPT

PP biasanya adalah pekerja sepenuh masa di Pusat Bertauliah JPK. Gaji purata adalah antara RM1,700-2,500, bergantung kepada pengalaman, kelayakan, bidang dan tempat Pusat Bertauliah tersebut.

A Elaun kaunseling dan penilaian portfolio adalah RM100/tahap/program

B Elaun tuntutan perjalanan PP-PPT (T&T)

Tuntutan hanya dibenarkan sebanyak dua (2) kali sepanjang proses kaunseling/penilaian dan verifikasi

Kursus induksi PP-PPD-PPB
Klik untuk Mohon
Kursus Induksi PP-PPT
Klik untuk Mohon

8 Kursus Online (Bengkel) ke Arah Pensijilan Kemahiran Anda

Kursus Online

Kursus online akan menjadi satu perkara yang lumrah mulai sekarang.

Walaupun ada cabarannya tersendiri, kursus online ataupun hibrid adalah satu alternatif yang baik dan semakin diterima orang ramai. 

Kursus Online

Kursus Online (HRDCorp)

Memang agak banyak kursus online yang ditawarkan secara percuma tetapi di sini ingin disorot adalah kursus online tempatan yang ditawarkan melalui portal e-LATiH.

Ia sebenarnya merupakan platform e-learning PERCUMA atas talian di bawah Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRDCorp), Kementerian Sumber Manusia.

Pastikan anda baca juga Kursus Online (JPK) kerana ia menawarkan persijilan yang memberi anda peluang pekerjaaan atau menjana pendapatan (utama atau sampingan).

Portal e-LATiH ini telah dilancarkan secara rasmi pada Februari 2021 & merupakan salah satu inisiatif kerajaan untuk membantu rakyat Malaysia menambah ilmu pengetahuan & kemahiran secara online semasa pandemik melanda. 

Kelebihan portal e-LATiH:

  • Lebih 1000+ kursus online yang ditawarkan
  • Akses kepada kursus PERCUMA seumur hidup
  • Pembelajaran sepanjang hayat – belajar dari pakar pelbagai bidang 
  • Akses TANPA HAD – belajar dimana sahaja, bila-bila masa & dari apa-apa peranti 
  • Terbuka kepada SEMUA peringkat umur
  • Sijil disertakan selepas menamatkan kursus

Cara Daftar Akaun e-LATiH

Syarat pendaftaran: Warga Malaysia, perlu ada akaun emel yang sah, akses internet dan berminat untuk menambah ilmu ataupun kemahiran dalam topik yang anda minat. 

Kursus Online Bersijil - e-LATIH

Cara nak daftar akaun:

  1. SIGN UP melalui portal e-LATiH 
  2. Isikan maklumat pada bahagian Account Information & Personal Information
  3. Create Account

Cara Daftar Kursus

  1. Pilih kursus di halaman utama portal e-LATiiH
  2. Klik Enrol Now untuk mendaftar
  3. Klik Watch Now dan tonton video sampai habis, atau
  4. Tandakan Bookmarks untuk sambung kursus  kemudian

Bila dah selesai tonton video barulah sijil akan dianugerahkan (boleh terus Download sijil dalam bentuk PDF) ataupun dapatkannya di bahagian dashboard anda.

Kursus Online Bersijil - e-LATiH
Contoh Sijil

Secara kesimpulannya, portal e-LATiH ni memang sangat bermanfaat jika anda beminat untuk menambah pengetahuan & meningkatkan kemahiran sedia ada.

Anda boleh rujuk FAQ pasal e-LATiH DI SINI

Namun, sekiranya anda perlukan kursus dan siijl yang wajib untuk dilantik ke sesuatu jawatan yang mungkin memberi anda peluang pekerjaaan atau menjana rezeki (utama atau sampingan), anda perlu baca selanjutnya (kursus online di bawah JPK).

Kursus Online (JPK)

Sekarang mari kita kaji kursus dan bengkel online apakah yang boleh membantu anda mendapat sijil dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

Bergantung kepada jenis kursus/bengkel berapa hari, sijil yang bakal dianugerahkan adalah seperti sijil induksi ataupun Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), yang diterima di luar negeri serta industri.

1. Kursus Induksi SLDN (Kursus Online)​

Tarikh: Hampir sebulan sekali
* Sila rujuk jadual 2023 di sini 
Masa: 8.30-5.30pm
Mod: Elearning (pembelajaran kendiri melalui portal elearning)
Yuran: RM350  RM250

Setelah lulus, anda akan dapat sijil induksi SLDN dan boleh mohon sebagai personel di Pusat/Syarikat Latihan SLDN, samada sebagai:

1. Pengurus Pusat (PPB-SLDN) dan/atau
2. Penyelaras atau
3. Pengajar SLDN atau 
4. Coach SLDN 

Ingin Menjadi Pengajar atau Coach SLDN?

Kursus Induksi SLDN adalah  WAJIB untuk semua personel Pusat/Syarikat SLDN yang berminat untuk dilantik samada sebagai pengurus pusat, penyelaras, pengajar atau coach di pusat/syarikat latihan SLDN, sebelum melaksanakan program SLDN.

Anda akan diberi difahamkan dengan konsep dan perlaksanaan SLDN dengan lebih jelas.

Kursus lain yang anda perlu ikuti nanti (bergantung kepada lantikan anda nanti) adalah:

1. NDTS Trainer Traning Programmme (bersemuka, 4 hari) jika anda bakal dilantik sebagai pengajar di Pusat Latihan SLDN.

2. NDTS Coach Training Programme (bersemuka, 4 hari) jika anda bakal dilantik sebagai coach di Syarikat SLDN. 

Majlis Konvokesyen SLDN 7-11
Banyak syarikat MNC yang melaksanakan latihan ini kerana ia adalah salah satu cara terbaik untuk menarik, melatih & mengekalkan pekerja. Antara syarikat yang amat berjaya dalam perlaksanaan ini adalah 7-11
Syarat Lantikan Personel - Tenaga Pengajar Kemahiran Pusat SLDN

Kelebihan Memiliki Sijil Induksi SLDN

Boleh:
– Menubuhkan Pusat/Syarikat SLDN
– Menempatkan perantis SLDN dalam syarikat anda
– Dilantik sebagai personel SLDN berikut:

i) Pengurus pusat dan/atau penyelaras
ii) Pengajar
iii) Coach
iv) PPL-SLDN (Pegawai Pengesah Luaran SLDN – perlu memiliki 2 lagi sijil induksi lain)

NDTS Induction course cert - sample
Contoh Sijil Induksi SLDN - Ada nama penuh & no kad pengenalan

Sekiranya berminat, sila daftar dengan wasap slip bayaran kepada Pn Nora bersama:

1. Nama,
2. No KP dan
3. Emel yang digunakan untuk mendaftar dalam www.mysike.my anda

Bayaran RM250/calon haruslah dibayar atas  Maybank 514589385943, ISE Education Sdn Bhd.

2. Kursus Induksi PP-PPT (Kursus Online)

Tarikh: 1-1.5 bulan sekali
* Sila rujuk jadual 2023 di sini
Masa: 8.30-5pm
Mod: Kursus Online dengan penceramah dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)

Kursus Induksi PP-PPT

Siapa Patut Ikuti?

1) Berminat untuk  dilantik sebagai PP-PPT
Kriteria lain:
a. Lantikan JPK:  > 10 tahun dalam bidang SKM anda
b. Lantikan PB-PPT: PP di PB SlaPB dan >5 tahun dalam bidang SKM anda

2) Berminat untuk mohon SKM secara PPT (kriteria, syarat, kaedah, prosedur penilaian dan pensijilan melalui kaedah PPT)

3) PB SLaPB (Pusat Bertauliah JPK) yang ingin mohon sebagai PB-PPT (Perlu penyelaras PPT & PP program WAJIB ada sijil induksi  PP-PPT)

4) Pusat latihan / syarikat@organisasi / persatuan yang ingin mohon sebagai Pusat Penilaian Amali (Perlu penyelaras PPT, WAJIB ada sijil induksi  PP-PPT)

Induksi PP-PPT

Jika berminat dan jadual sesuai, sila sahkan kehadiran awal kerana biasanya akan penuh seminggu dua sebelum tarih kursus. 

Bayaran RM350/pax kepada Maybank 514589385943, ISE Education Sdn Bhd.

3. Kursus Induksi PP-PPD-PPB (Kursus Online)

Tarikh: Sebulan sekali/dua kali
* Sila rujuk jadual 2023 di sini
Masa: 8.30-5pm
Mod: Kursus Online dengan penceramah dari JPK & CIAST

Kursus induksi pentauliahan pp-ppd-ppb
Kursus Induksi Pentauliahan PP-PPD-PPB- Kursus Online
Kursus induksi pentauliahan pp-ppd-ppb
Kursus induksi pentauliahan pp-ppd-ppb
Kursus induksi PP-PPD-PPB

Siapa Patut Ikuti?

1.  Personel di Pusat Bertauliah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) @ PB SLaPB:
i) PP – Pegawai Penilai
ii) PPD – Pegawai Pengesah Dalaman
iii) PPB – Pengurus Pusat Bertauliah
iv) TP – Tenaga Pengajar

2. Pentadir PB SLaPB digalakkan mengikuti supaya dapat faham dan senang dan bantu PPB menguruskan PB SLaPB.

3. PPL – Pegawai Pengesah Luaran (perlu lulus kursus induksi PP-PPD-PPB dulu).

4. Individu yang minat dengan Sistem Pensijilan Kemahiran Malaysia.

Kelayakan lain yang diperlukan (bergantung kepada lantikan anda):

PP
SKM bidang kemahiran anda
VTO@sijil pengajar vokasional atau TVET-i

PPD
SKM  (dalam sub-sektor program yang akan disahkan)

Jika berminat dan jadual sesuai, sila sahkan kehadiran awal kerana biasanya akan penuh seminggu dua sebelum tarih kursus. 

Bayaran RM350/pax kepada Maybank 514589385943, ISE Education Sdn Bhd.

4. Kursus Induksi PPL (Kursus Online)

Tarikh: 1-1.5 bulan sekali
* Sila rujuk jadual 2023 di sini
Masa: 8.30-5pm
Mod: Kursus Online dengan penceramah dari JPK

Kursus Induksi PPL

Siapa Patut Ikuti?

Warganegara Malaysia atau PR dan 18 tahun ke atas;

Kriteria untuk lantikan (selain kriteria di atas):

1. > 10 tahun pengalaman dalam bidang SKM anda.

2. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) / (DKM) / (DLKM)

3. Sijil induksi PP-PPD-PPB (jika ingin dilantik sebagai PPL-SLaPB)

4. Sijil induksi SLDN (jika ingin dilantik sebagai PPL-SLDN)

Peluang sebagai PPL

Banyak peluang untuk anda, boleh menjana pendapatan yang agak baik jika anda aktif menerima tugasan yang diberi oleh JPK.
Atau anda boleh kerja santai selepas bersara, jalan-jalan cari makan 🙂

Jika berminat dan jadual sesuai, sila sahkan kehadiran awal kerana biasanya akan penuh seminggu dua sebelum tarih kursus. 

Bayaran RM350/pax kepada Maybank 514589385943, ISE Education Sdn Bhd.

5. Bengkel Online Pembangunan Portfolio Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)

TVETi - Bengkel Pembangunan Portfolio

Kekerapan:  4 sesi mingguan
Masa: 1.5-2 jam/sesi*

Mod: Bengkel Online workshop dengan fasilitator yang ada DKM & DLKM  
Yuran: Dari RM1,500/pax 

Siapa Patut Ikuti?

Jika anda ada pengalaman kerja tetapi tiada sijil kemahiran yang bertauliah* (terutamanya Sijil Kemahiran Malaysia-SKM), ini adalah peluang anda untuk mendapatkan SKM yang diiktiraf MQA,  TANPA mengikuti kursus sepenuh masa di mana-mana pusat latihan TVET/JPK .

Jimat & Cepat!
Dapatkan SKM anda sekarang, jangan benarkan sekeping sijil menjadi penghalang kepada peningkatan kerjaya atau perniagaan anda.

Anda tidak perlu ikuti bengkel ini jika anda ada masa untuk baca, faham & mohon sendiri setelah baca Panduan Permohonan yang boleh dimuat turun dari sini.

Namun, sekiranya anda masih keliru atau rasa lebih baik guna masa anda untuk fokus pada kerja / perniagaan anda, anda digalakkan untuk mengikuti bengkel ini untuk mengurangkan sakit kepala dan mungkin menyebabkan anda hilang kos peluang@opportunity cost.

* Ia terbuka kepada sebarang program programs  yang disenaraikan dalam Daftar NOSS. 

SKM-PPT- Contoh Sijil

6. Bengkel Online Pembangunan Portfolio & LPKT - Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) / Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM)

Kekerapan:  5-6 sesi mingguan
Masa: 1.5-2 jam/sesi*

Mod: Bengkel Online dengan fasilitator yang berpengalaman dan ada DKM & DLKM  
Yuran: Dari RM2,500 

Seperti benkel SKM, ini adalah peluang anda untuk mendapatkan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia yang diiktiraf MQA,  TANPA mengikuti kursus sepenuh masa di mana-mana pusat latihan TVET/JPK . 

Jimat & cepat!
Dapatkan DKM/DLKM anda hari ni, jangan benarkan sekeping sijil menjadi penghalang kepada peningkatan kerjaya atau perniagaan anda.

Sila rujuk Syarat Tempoh Minimum Pengalaman Kerja di atas untuk tahu samada anda layak untuk mohon DKM atau DLKM secara PPT ke tidak.

* Harap maklum bahawa walaupun anda mungkin layak mohon DKM atau DLKM berdasarkan tempoh pengalaman kerja anda (dengan bukti ketrampilan), anda masih perlu mohon dari Tahap terendah dulu untuk bidang anda, jika berkaitan (boleh rujuk Daftar NOSS)

7. Bengkel Online Pembangunan Portfolio TVET-i (TVET Instruction)

Kekerapan:  4 sesi mingguan
Masa: 1.5-2 jam/sesi*

Mod: Bengkel Online dengan fasilitator yang berpengalaman dan ada TVET-i
Yuran: Dari RM3,000 

Bengkel online - VTO
Pengenalan kepada Pembangunan WIM

Jika anda  ada >5 tahun pengalaman mengajar bidang kemahiran, lulus SPM dan ingin mengajar program SKM atau menubuhkan Pusat Bertauliah JPK,  ini adalah peluang untuk anda memohon TVET-i@sijil pengajar vokasional TANPA mengikuti kursus separa masa/sepenuh masa selama 3-6 bulan dan menjalani 6 bulan internship.

Namun, pastikan anda ada kemahiran mengajar  program bersifat kemahiran, mengajar program akademik seperti tuisyen atau ajar di sekolah biasa tidak boleh dikira.

Jadilah pengajar vokasional bertauliah HARI INI

Siapa yang perlu ada Sijil VTO/TVET-i?

1. Jika anda ingin jadi  Pegawai Penilai (WAJIB)/tenaga pengajar di pusat latihan kemahiran awam/swasta yang menawarkan SKM/DKM/DLKM

2. Walaupun anda tidak bercadang untuk jadi Pegawai Penilai, ia juga memberi anda ilmu serta kemahiran sebagai pengajar bidang kemahiran.

Adakah WAJIB untuk miliki Sijil VTO/TVET-i?

1. Ya, jika anda bakal dilantik sebagai Pegawai Penilai di mana-mana  Pusat Bertauliah JPK  yang menawarkan SKM/DKM atau anda ingin menubuhkan Pusat Bertauliah JPK.

Tidak, jika anda hanya mengajar program kemahiran yang tidak menawarkan SKM.

Namun, ada kelebihan memiliki VTO/TVET-i, mengukuhkan kemahiran serta status anda sebagai pengajar vokasional/kemahiran.

3. Tidak, jika anda hanya mengajar  program bukan bersifat kemahiran atau soft skills. Anda cuma perlukan sijil  HRDCorp-TTT untuk memberi latihan kepada syarikat yang meyumbang kepada HRDCorp@PSMB.

TVETi - Bengkel Pembangunan Portfolio

8. Kursus Vocational Training Operation (VTO) - Kursus Online + Bersemuka (Separa/Sepenuh Masa)

Jadual: Hujung Minggu sehingga 6 bulan (360 jam) 
Mod: 6 bulan  (360 jam) Kursus Online + bersemuka  Internship: 6 bulan (720 jam) di mana-mana Pusat Bertauliah JPK yang menawarkan SKM bidang anda.

Yuran: RM3,400 (lump sum) – RM3,600 (ansuran) Maybank, 514589385943:  ISE Education Sdn Bhd

Sijil VTO

Anda perlu mengikuti kursus hujung minggu (online + bersemuka)  + internship jika ingin dilantik sebagai Pegawai Penilai (PP) di Pusat Bertauliah JPK jika TIDAK MEMILIKI pengalaman mengjar bidang kemahiran >5 tahun.

Pra-syarat untuk mengikuti kursus ini adalah Sijil Kemahiran Malaysia 3 (SKM3)sebarang bidang.

Kelebihan Sijil VTO/TVET-i

1. Sijil VTO/TVET-i diwajibkan mengikut Akta 652 kepada mana-mana individu yang ingin menjadi Pegawai Penilai (tenaga pengajar / cikgu / pensyarah) di pusat latihan kemahiran swasta dan kerajaan yang menjalankan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM)

2. Melayakkan anda menjadi Pegawai Penilai (PP) program Modular ataupun SKK (Standard Ketrampilan Kebangsaan), tak perlu bazir duit untuk bayar RM2,500-2,800 lagi untuk sijil NCS TTT (NCS-004:2017).

VTO vs NCS-TTT

3. Layak diberi pengecualian untuk sijil Train The Trainer HRDF/PSMB
Sijil TTT dari PSMB/HRDF diperlukan untuk mengajar kursus jangka pendek/korporat di bawah program PSMB. Yuran Kursus TTT adalah sebanyak RM2,500-2,800. Mereka yang memiliki Sijil VTO/TVET-i mendapat pengecualian mengikuti Kursus HRDF TTT dan hanya perlu membuat bayaran RM300 (jimat RM2,200-2,500) bagi mendapatkan Sijil HRDF TTT.

VTO vs HRDF-TTT

4. Peluang pekerjaan sebagai tenaga pengajar lebih tinggi
Tenaga pengajar TIDAK WAJIB untuk miliki sijil VTO/TVET-i tetapi sijil VTO/TVET-i meningkatkan peluang diambil sebagai pengajar sepenuh atau separa masa di kolej kemahiran kerajaan dan swasta. Ilmu serta teknik mengajar bidang kemahiran yang dipelajari juga membantu anda menjadi pengajar yang lebih mantap.

Testimoni dari calon / Pusat Bertauliah JPK

TQVM ISE - En Melvin atas khidmat nasihat dan bimbingan serta membantu peserta drp IKN di dalam kursus-kursus Induksi JPK yang telah disertai. Anda memudahcarakan peserta utk LULUS dengan jayanya. Terima Kasih
Testimoni
Azahliza Ramli
Penolong Pengarah, Institut Kraf Negara
Testimonial - Institut Teknoloi RIAM
Terima kasih bro, pihak pengurusan kami amat berpuas hati dan gembira dengan perkhidmatan anda. PP & PPD anda telah melaksanakan tugas mereka dengan baik dan sekali lagi kami berjaya lulus. Kumpulan VTO saya yang seterusnya pasti milik anda.
Chua Min Fui
Dekan - Institut Teknologi Riam
Melvin adalah orang yang anda kena rujuk untuk sebarang kursus induksi di bawah JPK. Saya telah hantar ramai staf, pengajar dan juga mengesyorkan ahli FEMAC lain untuk mengikuti kursus induksi serta bengkel anjurannya. Apa sahaja kursus induksi pun dia anjur, PP-PPD-PPB, PP-PPT, PPL, SLDN senang nak berurusan sebab lengkap & kekerapan pun cukup tinggi. Saya dah berurusan dengan dia sejak 2002.
Mdm Selvi Rajendran
Pengarah Eksekutif - CQ-Tec TVET College, Puchong
Freelance jobs - skills trainer
VTO Batch XI

Kesimpulan

Untuk kemudahan anda mencapai terus kepada pautan untuk pertanyaan atau permohonan kursus, berikut adalah kesimpulannya. Jika anda ingin:

  • Tambah ilmu tanpa sebarang bayaran, dengan sijil kehadiran sahaja – Portal e-LATiH
  • Mengikuti kursus-kursus induksi di bawah JPK (berbayar tetapi dengan sijil yang diiktiraf, secara langsung/tak langsung) yang mungkin memberi anda peluang pekerjaaan atau menjana rezeki (utama atau sampingan).
  • Dilantik sebagai Pegawai Penilai (mengajar & menilai kursus kemahiran bersijilkan SKM/DKM) dan ada pengalaman mengajar bidang kemahiran lebih 5 tahun
  • Dilantik sebagai Pegawai Penilai (mengajar & menilai kursus kemahiran bersijilkan SKM/DKM), sudah ada SKM3 dan pengalaman mengajar bidang kemahiran kurang 5 tahun
Daftar NOSS 2021 - Operasi Pemasaran Digital

Daftar NOSS TERBARU (Okt 2021) / Latest NOSS Registry (Okt 2021)

Daftar NOSS Jun 2021
NOSS yang telah didaftarkan boleh digunapakai bagi tujuan industri dan latihan. Daftar NOSS boleh dimuat turun dengan klik gambar di atas

Daftar NOSS 2021

Sebelum kita lihat apa NOSS baru yang menarik dalam Daftar NOSS 2021 ini, baik fahamkan dulu apa itu NOSS.

Definisi NOSS

Singkatan daripada National Occupational Skills Standard (NOSS) atau Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan. NOSS adalah dokumen yang menggariskan ketrampilan yang diperlukan oleh seseorang pekerja mahir yang bekerja di Malaysia bagi sesuatu bidang dan tahap pekerjaan serta laluan untuk mencapai ketrampilan tersebut.

Kelebihan dan Kegunaan Standard Kemahiran

Standard kemahiran memberi manfaat kepada semua pihak yang berkepentingan. Kejayaan projek pembangunan standard kemahiran dan ianya berguna kepada masyarakat bergantung pada penyertaan penuh dan komitmen semua pihak yang berkepentingan.  Manfaat ini boleh digunakan sebagai penanda aras untuk menilai keberkesanan usaha bersama.

Antara NOSS terbaru yang min rasa menarik adalah seperti berikut:

Daftar NOSS 2021 (Feb)

Kejurulatihan Sukan Elektronik / Electronic Sports Coaching (R931-001-3:2021)

Daftar NOSS 2021 - Esports Coaching

NOSS bidang ni dibangunkan  tepat pada masanya. Julung kalinya sukan Olimpik Tokyo akan memperkenalkan sukan elektronik di bawah Olympic Virtual Series (OVS).

5 sukan elektronik yang bakal dipertandingkan adalah Gran Turismo (lumba kereta), eBaseball, Zwift (basikal), simulasi mendayung dan belayar.

Grand Turismo - Olympic Virtual Series

Dengan publisiti dan pengiktirafan yang semakin meluas, diharapkan anda sebagai ibu bapa boleh melihat potensi serta laluan kerjaya yang boleh dicapai sekiranya anda anda sangat berminat untuk main sukan elektronik.

Dan jika anda sedang belajar, harap anda dapat mendisiplinkan diri untuk tidak mengabaikan pendidikan anda walaupun berminat sangat bermian sukan elektronik.

Jadikanlah wira Olimpik anda sebagai role model, di mana setiap atlet ini mempunyai disiplin diri & kegigihan yang tinggi untuk sampai ke peringkat Olimpik dalam sukan elektronik ini.

Dengan standard kemahiran ini, anda/anak anda bolehlah pertimbangkan untuk menjadikannya sebagai salah satu laluan kerjaya juga. 

Walaupun tiada data mengenai pendapatan purata seorang jurulatih sukan elektronik di Malaysia, angka di Amerika Syarikat (AS) menunjukkan di antara $38,000 (25% percentile) ke $76,000 (75% percentile) di mana 10% yang tertinggi menjana pendapatan tahunan $100,000 di AS.

Operasi Katering Kapal / Ship Catering Operation (H501-004-2:2021)

Industri pelayaran yang merupakan sebahagian dari industri pelancongan menerima impak negatif yang besar dalam pandemik ini. Namun, industri ini mempunyai potensi serta peluang pekerjaan yang amat cerah sebaik sahaja industri pelancongan pulih nanti.

Min rasa ini adalah masa terbaik untuk Pusat Bertauliah yang menawarkan program penyediaan makanan untuk tambah program ini kerana Tools, Equipments & Materials serta WIM yang digunakan mungkin lebih kurang sama dengan program HT-012-2/3:2012 sedia ada. Sila beli NOSS ni dari www.myspike.my dengan harga RM20/tahap sahaja.

Pendapatan purata chef kapal pelayaran di Malaysia dianggarkan di sekitar RM5,879 sebulan, 214% lebih dari purata kebangsaan.

Dakwah Islam / Islamic Da'wah (S949-001-3:2021)

Daftar NOSS 2021 - Dakwah Islam

NOSS bidang ni adalah yang pertama dari Kumpulan S949. Tiada sumber mengenai pendapatan seorang pendakwah Islam, namun bolehlah baca Fenomena Pendakwah Berbayar dari Sinar Harian.

Dakwah Islam

Daftar NOSS 2021 (Jun 2021)

Operasi Kerja Komuniti / Community Work Operation (Q889-003-3:2021)

Daftar NOSS 2021 - Kerja Komuniti

Sebelum ini, NOSS yang dalam Kumpulan (Q889) yang sama yang telah dibangunkan adalah Khidmat Komuniti/Community Service (CC-016-3:2015)
DAN Operasi dan Pentadbiran Kerja Sosial/
Social Work Operation and Administration (Q889-002-4:2019)

Dari segi gaji, pendapatan purata bulanan adalah RM2,060 (5 hingga 10 tahun pengalaman kerja). Ia memang lebih rendah berbanding dengan pendapatan seorang jurulatih sukan elektronik ataupun sebagai chef di kapal pelayaran tetapi bidang kerja ni dianggap sebagai kerja yang mulia.

Pemasangan Sistem Solar Termal / Solar Thermal System Installation (M749-007-3:2021)

Solar Thermal Installation

Pendapatan purata gaji juruteknik sistem solar termal di Malaysia adalah antara RM 1,810 sebulan (gaji minima) sehingga RM 5,600 sebulan (gaji maksimum).

Jika anda ada 5-10 tahun pengalaman kerja bidang ni, purata gaji adalah RM 3,830.

Dan jika anda memiliki sijil atau diploma dalam bidang berkaitan, purata gaji pula RM4,000.

Daftar NOSS 2021 (Okt 2021)​

Pengacaraan Profesional / Professional Emceeing (R900-008-3:2021)

Daftar NOSS 2021 - Pengacaraan Profesional
Kredit imej: www.themuse.my

PENGACARA profesional (majlis) atau MC (master of ceremony) memainkan peranan yang sangat penting dalam mengemudi sesuatu majlis rasmi ataupun tidak rasmi.

Ini kerana majlis rasmi tidak bermula selagi pengacara belum bersedia. Merekalah orang yang akan membuat pengumuman dan memberi arahan atau panduan kepada tetamu yang mengambil bahagian dalam setiap acara.

Bukan senang untuk menjadi pengacara majlis kerana memerlukan daya kreativiti dan kebolehan untuk bertutur dengan lancar serta berkesan.

“Kadar bayaran pengacara majlis bergantung kepada profesional atau amaturnya seseorang MC itu, selain majlis dan tempoh masanya dengan rata-rata mereka dibayar antara RM500 sehingga RM5,000 bagi satu acara”  – Pengasas Norish Emcees & Event Production (NEEP)

Sumber: Sebahagian dari artikel Harian Metro (Kerjaya pengacara majlis)

Penyediaan Masakan Jepun / Japanese Cuisine Preparation (I561-003-2:2021)

Daftar NOSS 2021 - Penyediaan Masakan Jepun

Masakan Jepun mengekalkan tradisi lama. Kemahiran orang Jepun menyediakan dan menyajikan makanan di atas meja, produk apa yang mereka pilih dan gabungkan, betapa indahnya mereka menghias, memang mengagumkan. 

Tetapi ramai di antara kita tahu sedikit tentang sejarah masakan Jepun. Apa yang kita tahu selain sushi, nasi, makanan laut? Seni memasak di Jepun begitu mendalam dan mengandungi begitu banyak fakta menarik.

Sekiranya anda seorang chef masakan Jepun/pemilik restoran makanan Jepun atau pusat latihan yang mengajar masakan Jepun, NOSS ini amat berguna untuk anda mempersijilkan dir anda/staf anda/dapat pentauliahan pusat dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) supaya anda boleh tawarkan Siil Kemahiran Malaysia bidang ini.

Operasi Kartografi / Cartography Operation (M711-006-3:2021)

Daftar NOSS 2021 - Operasi Kartografi

Kartografi ialah kajian dan amalan penyediaan peta geografi yang menggabungkan ilmu sains, estetika, dan teknik, berasaskan prasimpul bahawa alam sekeliling kita boleh dimodelkan dengan cara-cara yang menyalurkan maklumat ruang dengan berkesan.

Nak tahu lebih lanjut mengenai kartografi ataupun lebih khusunya, jurukartografi penerbangan, sila baca Buletin GIS & Geomatik JUPEM (2016).

Tapi kalau nak tahu kelayakan untuk persijilkan pengalaman anda dalam bidang ini ataupun tahu Standard Kemahiran Pekerjaan  Kebangsaan (NOSS) bidang ni, sila beli NOSS dari laman myspike.my atau hubungi kami untuk tolong belikan pada harga yg sama, RM20/setahap sahaja.

Operasi Pemasaran Digital Digital Marketing Operation (M731-001-3:2021)

Operasi Pemasaran Digital / Digital Marketing Operation (M731-001-3:2021)

Daftar NOSS 2021 - Operasi Pemasaran Digital

Pelaksanaan pemasaran digital semakin meluas dan menjadi satu trend dalam dunia perniagaan masa kini. Kebarangkalian perniagaan yang tidak mengaplikasikan pemasaran digital tidak berpeluang untuk bertahan lama seperti perniagaan yang lain pada abad ini kerana semakin ramai pengguna kini meneliti dan membeli produk melalui kaedah atas talian.

Jadi, sekiranya anda seorang yang ada pengalaman melakukan pemasaran digital yang menyeluruh atau memberi latihan kepada topik-topik berikut:

  1. Media Sosial (Facebook@Meta, Instagram dll)
  2. Search Engine Optimisation (SEO)
  3. Search Engine Marketing (SEM)
  4. E-dagang @ e-commerce
  5. Pemasaran mobil @ mobile marketing (Whatsapp,  SMS…)
  6. Pemasaran emel @ emel marketing (Mail Chimp, Get Response, Aweber dll)

Inilah peluang untuk anda persijilkand diri dengan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 bidang operasi pemasaran digital ataupun menawarkan SKM3 bidang ini kepada para pelatih anda.

Asas Keusahawanan / Fundamentals of Entrepreneurship (NCS-013:2021)

Daftar NOSS 2021 - Asas Keusahawanan / Fundamentals of Entrepreneurship

Pembangunan Keusahawanan / Entrepreneurship Development (NCS-014:2021)

Kewangan Keusahawanan / Entrepreneurial Finance (NCS-015:2021)

Daftar NOSS 2021 - Kewangan Keusahawanan / Entrepreneurial Finance

Pembelian NOSS

23 NOSS telah diluluskan pada MPKK Bil. 1/2021 (Februari 2021), 

14 NOSS yang telah diluluskan pada MPKK Bil. 2/2021 (Jun 2021)

41 NOSS yang telah diluluskan pada MPKK Bil.3/2021 (Okt 2021)

(rujuk Daftar NOSS Okt 2021) boleh di beli secara atas talian di dalam laman sesawang www.myspike.my*

Sekiranya anda ada sebarang masalah untuk pembelian, boleh hubungi min untuk perkhidmatan ini.

Sebarluaskan@share Daftar Standard ini bagi menjadi rujukan kepada industri dan latihan dalam mengarusperdana latihan kemahiran di Malaysia seterusnya menjadikan NOSS sebagai rujukan utama pendidikan TVET Negara. 

Anda boleh mohon SKM melalui pengalaman kerja anda tanpa berkursus sepenuh masa jika ada pengalaman kerja dalam bidang NOSS anda.

Bengkel Pembangunan Portfolio SKM/DKM
Jika anda sudah baca panduan dan rasa masih perlukan bimbingan, bolehlah klik gambar di atas untuk mohon ikuti bengkel
Institut Kemahiran Malaysia

Bagamaina Pilih Kolej Kemahiran – 6 Faktor Utama!

Cara Memilih Kolej Kemahiran @ Institut Kemahiran Malaysia

Faktor Pemilihan Institut Kemahiran

Pada masa kini banyak institut kemahiran Malaysia telah ditubuhkan. Secara amnya, program serta persijilan yang ditawarkan sekarang lebih dikenali sebagai TVET

TVET aliran teknikal & vokasional di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi  kebanyakkannya ditawarkan oleh Insitut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) seperti Politeknik dan Kolej Komuniti.

Manakala TVET aliran kemahiran di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia ditawarkan oleh institut kemahiran Malaysia, awam mahupun swasta. Persijilan yang dianugerahkan adalah Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM)

Selepas keputusan SPM keluar awal bulan ini, anda pasti lihat pelbagai iklan dan promosi dilakukan bagi menarik minat anda dan ibu bapa anda, terutamanya di sosial media seperti Facebook Group TVET Malaysia @ JPK Malaysia.

Namun begitu, anda tidak patut sewenang-wenangnya menerima pelawaan atau tawaran dari kolej-kolej kemahiran berkenaan.  Anda perlulah menyelidik latar belakang kolej tersebut dan membuat pertimbangan sebelum memilih kolej kemahiran yang sesuai dengan  minat anda, lokasi dan beberapa faktor lain.

Faktor Yang Anda Perlu Pertimbangkan

1. Pengiktirafan

Sistem Akrreditasi Tungga

Selain ilmu dan kemahiran yang anda pelajari, pasti anda pun ingin sijil anda tu diiktiraf kan?

Sijil TVET aliran teknikal & vokasional diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), begitu juga Sijil Kemahiran Malaysia yang juga telah diiktiraf oleh MQA bawah sistem jaminan kualiti tunggal TVET. Bukan itu sahaja, SKM juga diterima oleh industri serta luar negeri.

Dalam pasaran, banyak juga sijil-sijil luar negeri yang ditawarkan, terutamanya dari UK dan bukan semuanya diiktiraf oleh MQA.  Boleh tanya/semak dari portal MQA. 

2. Kualiti Kolej Kemahiran

TEM
WIM

Selain akreditasi / pengiktirafan MQA dan industri, kualiti kolej kemahiran juga perlu diambil kira. Ia boleh dilihat dari segi:
i) Peralatan/bengkel yang disediakan – agak penting terutamanya untuk bidang TVET/kemahiran ni
ii) Tenaga pengajar – lebih baik sekiranya pengajar mereka ada pengalaman industri, bukannya yang fresh lepasan SKM/DKM tanpa pengalaman kerja. Dan syarat untuk jadi pengajar bertauliah program SKM @ Pegawai Penilai adalah sijil pengajar vokasional@sijil VTO
iii) Kurikulum latihan – samada subjek tambahan /modul tambah nilai diberi.

Namun, semua ni sebenarnya adalah asas kepada pentauliahan semua Pusat Bertauliah JPK, anda boleh guna panduan ni sebagai soalan tambahan untuk membezakan kualiti antara kolej kemahiran yang anda minat daftar.

Untuk Pusat Bertauliah (PB) Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), salah satu lagi aspek yang boleh diambil kira adalah penarafan bintang yang diberi oleh JPK (dilakukan setiap 2 tahun).

Namun, bagi PB yang tiada bintang atau rendah tidak semestinya tidak bagus kerana kriteria penarafan agak tidak adil untuk kolej kemahiran yang kecil. Jadi, mungkin boleh semak dalam laman web tentang reputasi kolej/institut kemahiran Malaysia tersebut ataupun testimoni pelajar mereka yang terdahulu.

Tak pasti kolej kemahirarin mana yang baik?

Boleh isi borang di sini agar min boleh tolong carikan program yang anda minat (kolej kemahiran swasta sahaja).
Untuk kolej kemahiran awam, sila baca sini.

3. Program Yang Anda Minat

Institut Kemahiran Malaysia

Pada pendapat min, faktor minat adalah paling penting. Minat ini penting kerana ia boleh menyebabkan anda lebih fokus, memberi tumpuan sepenuhnya, seronok dan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai keputusan yang terbaik dalam bidang kursus yang anda ikuti. Minat ini merujuk kepada kecenderungan, kesukaan, kegemaran, keseronokan anda dalam melakukan sesuatu. Ianya akan mendorong anda agar berusaha sedaya upaya dengan penuh yakin walaupun anda berdepan dengan berbagai cabaran.

Adakah anda bersetuju? Tak pasti kolej kemahiran mana (swasta) yang menawarkan bidang yang anda minat?

Boleh isi borang di sini agar min boleh tolong carikan (kolej kemahiran swasta sahaja).
Untuk kolej kemahiran awam, sila baca sini.

4. Lokasi Kolej Kemahiran

Katakan anda dah jumpa kolej kemahiran yang baik dan program yang diminati anda ditawarkan tetapi ia sangat jauh dari tempat tinggal anda. Biasa kan situasi begini?

Jika anda seorang yang tidak kisah berjauhan dengan keluarga pada waktu yang lama, ini pasti tidak akan menjadi masalah buat anda.

Namun, jika anda seorang yang risau tidak dapat pulang ke kampung halaman selalu, diwajarkan untuk mengkaji dahulu di mana lokasi kolej kemahiran pilihan anda. 

Perkara ini sering menjadi isu apabila anda mempunyai kerja tambahan di kolej yang membuatkan anda tidak boleh pulang ke rumah selalu, homesick merupakan perkara yang biasa berlaku kepada pelajar yang duduk berjauhan dengan keluarga.  Malah, kos pergi dan balik termasuk pengangkutan awam juga perlu diambil kira untuk memudahkan anda dapat pulang ke rumah terutama sekali pada waktu musim perayaan.

Dan jika ini bukan halangan anda, tanya samada asrama disediakan ke tidak. Ada yang sediakan asrama percuma, ada yang caj kos minima dan ada yg tolong anda carikan tempat tinggal berhampiran dengan kolej kemahiran.

Tak pasti kolej kemahiran mana (swasta) yang baik,  menawarkan bidang yang anda minat serta dekat dengan anda?

Boleh isi borang di sini agar min boleh tolong carikan (kolej kemahiran swasta sahaja).
Untuk kolej kemahiran awam, sila baca sini.

5. Pembiayaan/Pinjaman

Belanjawan 2024 - PTPK

Walaupun faktor ini tidak sepatutnya menjadi halangan kepada pilihan anda, namun bukan semua ada kemampuan unutk membayar sendiri, walaupun secara ansuran. Lagipun sekarang ekonomi agak teruk, ramai ibu bapa yang mungkin hilang kerja atau pendapatan berkurangan disebabkan PKP yang terlalu kerap sejak Mac 2020, akibat COVID.

Sekirananya keluarga anda tidak mampu bayar yuran secara tunai, anda perlu tanya samada kolej kemahiran tersebut menyediakan pinjaman ke tidak, tidak kira melalui Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) ataupun bank/koperasi/Yayasan.

Kalau ada tajaan Yayasan/Kerajaan Negeri tu lagi baguslah.

6. Pasaran Kerja

Anda perlu juga kaji samada program yang anda ambil tu ada permintaan di pasaran ke tidak.

Pastikan juga sama ada berapa ramai yang mengambil kursus tersebut. Ini amat penting untuk memastikan anda tidak mengalami masalah pengangguran mahupun persaingan yang kuat selepas tamat pengajian.

Program seperti kulinari, automotif, elektrik, mekatronik, IT semua ni memang sentiasa ada permintaan dari industri.

Kesimpulan

Jadi, anda dah kenalpasti semua faktor di atas tetapi masih tak dapat cari program atau kolej yang menepati kriteria anda?

Takpa, min akan bantu.

Boleh isi borang di sini agar min boleh tolong carikan (kolej kemahiran swasta sahaja).
Untuk kolej kemahiran awam, sila baca sini.

Diploma Kemahiran Malaysia - Mohon Kursus
Link ini hanya untuk permohonan ke kolej kemahiran swasa sahaja