Tag Archives: Induksi SLDN

Memperkasakan Penyampaian Kursus Induksi SLDN melalui Platfom CIAST eLearning

eLearning

Elearning, atau e-pembelajaran dalam Bahasa Malaysia, merujuk kepada pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan teknologi digital, terutamanya internet, untuk menyampaikan bahan pembelajaran dan membolehkan pelajar untuk belajar dari jauh atau dalam talian. Ia melibatkan penggunaan pelbagai sumber digital seperti video, bahan bercetak digital, latihan interaktif, forum dalam talian, dan banyak lagi untuk membantu pengajaran dan pembelajaran.

Elearning membolehkan anda mengakses bahan pembelajaran, modul, ujian, dan aktiviti pembelajaran lain secara atas talian, sering kali melalui platfom elearning yang khusus. Ini memungkinkan pembelajaran yang berasingan, kendalian masa yang lebih fleksibel, dan pelbagai cara untuk berinteraksi dengan bahan pembelajaran dan instruktur.

Dalam konteks Sistem Pensijilan Kemarhiran Malaysia, CIAST (Centre for Instructor of Advanced Skill Training) telah menerajui pembelajaran kaedah ini.
Salah satu kursus yang diperkenalkan adalah  kursus Induksi SLDN melalui platfom elearning yang inovatif.

elearning - CEL

Peningkatan ELearning Dalam Pendidikan Malaysia

Dalam era digital ini,  elearning telah muncul sebagai kaedah yang berkesan untuk pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan ini membolehkan anda belajar pada bila-bila masa dan di mana sahaja, mempromosikan fleksibiliti dan keterlibatan yang lebih tinggi. Dengan akses kepada sumber pembelajaran dalam talian, anda dapat mengakses bahan-bahan pendidikan dari pelbagai disiplin ilmu, meningkatkan pemahamanan tentang subjek yang dipelajari. Malaysia telah menyedari potensi besar ini dan telah menggalakkan pelaksanaannya dalam pelbagai institusi pendidikan.

CIAST - Inovasi dalam elearning

CIAST telah menjadi peneraju dalam mengintegrasikan elearning dalam pengajaran dan pembelajaran mereka. 

Kursus Induksi SLDN adalah salah satu inisiatif mereka yang terkenal. Induksi SLDN adalah kursus yang wajib dihadiri oleh semua personel yang ingin terlibat dalam Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN).  Ia adalah penting untuk perlaksanaan Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM).  

Kursus Induksi JPK - SLDN (BM)
Sila mohon kursus induksi dengan klik gambarajah di atas

CIAST telah memanfaatkan elearning dengan cemerlang dalam kursus Induksi SLDN mereka. Mereka telah membangunkan platform elearning yang tersusun dengan baik dan menyediakan pelbagai (tujuh) topik pembelajaran serta penialain pada penghujung sesi pembelajaran. Topik dan penilaian ini dirancang dengan teliti untuk memastikan anda dapat memahami konsep-konsep ini dengan baik. 

Kelebihan elearning dalam Kursus Induksi SLDN

Penggunaan elearning dalam kursus Induksi SLDN oleh CIAST telah membawa beberapa kelebihan yang jelas. Pertama, ia memberi peluang kepada anda yang ingin jadi personel di Pusat atau Syarikat SLDN untuk mengakses bahan-bahan pembelajaran dari mana-mana dengan sambungan internet, yang memudahkan proses pembelajaran.

Selain itu, ia juga membolehkan anda untuk belajar pada kadar anda sendiri (own pace). Anda mungkin juga memerlukan lebih banyak masa untuk memahami konsep tertentu, dan ini membenarkan anda untuk mengulangi topik tertentu berkali-kali jika diperlukan. Ini membantu memastikan pemahaman yang lebih mendalam. 

Mengukuhkan Keberkesanan Kursus Induksi SLDN

CIAST telah berusaha untuk memastikan bahawa platform elearning mereka mudah digunakan, dengan antaramuka yang intuitif dan bahan-bahan pembelajaran yang berkualiti tinggi. Selain itu, mereka (bersama penganjur kursus seperti ISE Education Sdn Bhd) juga memberikan sokongan teknikal kepada anda jika anda mengalami masalah teknikal semasa proses log-in atau pembelajaran.

Kesimpulan

Pengenalan elearning dalam kursus Induksi SLDN oleh CIAST adalah langkah penting dalam memodenkan cara pembelajaran dan pengajaran. Ia memberi peluang kepada anda untuk belajar dengan lebih cekap dan keterlibatan yang lebih tinggi, sambil mempertingkatkan keberkesanan kursus ini. Dalam era pendidikan maya ini, CIAST telah menerajui dalam penggunaan teknologi untuk menyediakan pendidikan berkualiti.

* Sekiranya anda masih jenis yang perlukan seorang penceramah/fasilitator untuk mengajar/membimbing dalam sesuatu, anda boleh pertimbangkan 8 Kursus Online (Bengkel) ke Arah Pensijilan Kemahiran Anda! 

Kursus Online
8 Kursus Online (Bengkel) ke Arah Pensijilan Kemahiran Anda! 
Kursus Induksi PPL

Kursus Induksi PPL Oktober 2023

Kursus Induksi PPL Oktober 2023
(terakhir untuk 2023)

Kursus Induksi PPL

Kursus induksi PPL Oktober 2023 – siapa yang boleh ikuti ? (tak sama dengan lantikan):

  1. Warganegara Malaysia atau PR DAN
  2. 18 tahun ke atas

Syarat lantikan (tambahan kepada syarat di atas):

  1. Pengalaman kerja 10 tahun ke atas (jika bidang kritikal ataupun di negeri yg tak ramai pakar, tak sampai 10 tahun pun boleh dipertimbangkan)
  2. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) / Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) / Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM)
  3. Sijil induksi PP-PPD-PPB jika ingin dilantik sebagai PPL-SLaPB
  4. Sijil induksi SLDN jika ingin dilantik sebagai PPL-SLDN

Objektif Kursus Induksi PPL

  • Memberi pemahaman mengenai Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia
  • Memberi kefahaman peranan dan tanggungjawab sebagai PPL
  • Memenuhi syarat lantikan sebagai PPL bagi program di Pusat Bertauliah & Program SLDN

Untuk maklumat lanjut mengenai PPL (termasuk elaun dan tuntutan), boleh rujuk kepada Pegawai Pengesah Luaran (PPL).

Layak & Berminat? Dah bersedia?

Sila

Peluang 2021 – Bagaimana ANDA Jadi Sebahagian Bajet TVET RM6Bilion?

Kursus Induksi JPK Jan 2021

Kursus Induksi JPK Jan 2021 – Induksi PP-PP-PPB

Kursus Induksi JPK Jan 2021 bermula dengan induksi PP-PPD-PPB pada 2-3 Jan 2021. Ia adalah sesi PERTAMA & PALING AWAL untuk 2021 di seluruh Malaysia. Ia juga adalah langkah pertama anda untuk melibatkan diri dalam industri TVET. Dengan pelaburan serendah RM350, ia memberi anda peluang kepada Bajet 2021 Pemerkasaan TVET RM6 Bilion.

Kursus Induksi JPK Jan 2021
Tak banyak tempat boleh anjur kursus induksi dengan SOP terbaru ni, jadi jangan tunggu sesi di negeri anda. Masa adalah emas.

* ISE Education boleh anjur di pusat latihan anda jika ada >10 calon dari pusat latihan anda (di luar Lembah Klang) dan >20 calon (Sabah & Sarawak) DAN tempat anda perlu mematuhi SOP Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang sangat ketat serta kapasiti bilik/dewan min 80pax dengan penjarakan sosial.

Siapa yang patut hadir kursus induksi Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) ni? / Who should attend this induction course?

a) Calon Personel Pusat Bertauliah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) / Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Accredited Centre Personnels:
i) Pegawai Penilai / Assessor / (PP)
ii) Pegawai Pengesah Dalaman / Internal Verifier (PPD)
iii) Pengurus Pusat Bertauliah / Centre Manager (PPB)
iv) Tenaga Pengajar / Trainer (TP)
v) Pegawai Pengesah Luaran / External Verifier (PPL)

b) Individu yang terlibat dengan pengurusan Pusat Bertauliah / Individuals that’s involved with managing the JPK Accredited Centre

c) Calon Pegawai Pengesah Luaran (PPL) (kena lulus kursus induksi PP-PPD-PPB sebelum ikuti induksi PPL) / External Verifer candidate (need to pass PP-PPD-PPB induction course first – Need to attend PPL Induction Course)

d) Individu yang berminat dalam Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) / Individual that is interested with the Malaysia Skills Certification System

Kursus Induksi JPK Jan 2021
Jika ingin tahu butiran lanjut setiap jawatan ini, sila rujuk sini

Kursus Induksi JPK Jan 2021 – Induksi PP-PPT

Siapa yg patut hadir?

1) Berminat dilantik sebagai PP-PPT 
2) Berminat mohon SKM secara PPT (prosedur, syarat dan kaedah penilaian persijilan melalui kaedah PPT ada dijelaskan)
3) PB yang ingin mohon menjadi PB-PPT (perlu ada penyelaras PPT yang perlu ikuti kursus induksi PP-PPT)

Kursus Induksi JPK Jan 2021 – Induksi SLDN

Peserta kursus yang berjaya menamatkan kursus ini akan memperolehi Sijil Kursus Induksi SLDN dan boleh memohon perakuan pengiktirafan kelayakan sebagai personel pentauliahan (PPKSPP). PPKSPP merupakan perakuan yang diberi kepada personel Pusat Bertauliah (PB) Jabatan Pembangunan Kemahiran yang bertanggungjawab dalam pengurusan latihan kemahiran, membimbing, menyelia dan menilai pelatih/perantus di Pusat Bertauliah SLDN.

Ingin Menjadi Pengajar atau Jurulatih SLDN?

Kursus Induksi SLDN ini merupakan suatu keperluan kepada personel SLDN yang dilantik samada sebagai pengurus, penyelaras,coach mahupun pengajar pusat bertauliah SLDN. Kursus ini merupakan kursus asas yang WAJIB dihadiri oleh semua personel SLDN sebelum menjalankan program latihan SLDN di Pusat Bertauliah. Peserta kursus akan diberi penerangan secara komprehensif  mengenai konsep dan pelaksanaan SLDN. Kursus-kursus lain yang perlu dihadiri oleh personel SLDN yang dilantik selepas Kursus Induksi SLDN ini ialah kursus NDTS Coach Training Programme untuk jurulatih SLDN dan kursus NDT Trainer Training Programme untuk pengajar pusat latihan SLDN.

Kelebihan Memiliki Sijil Induksi SLDN

– Layak membuka Pusat Bertauliah SLDN
– Layak menempatkan pelatih SLDN di syarikat anda
– Lantikan sebagai Pengurus Pusat Bertauliah SLDN
– Lantikan sebagai Pengajar Pusat Latihan SLDN
– Lantikan sebagai Coach Industri SLDN
– Lantikan sebagai Pegawai Pengesah Luaran PPL-SLDN

NDTS Induction Course/Kursus Induksi SLDN

Kursus Induksi JPK 2021

Untuk keterangan lanjut, whatsapp/hubungi:
Nora@03-27819937 ATAU Melvin@012-3123430 ATAU
www.wasap.my/60163066096/DaftarInduksiPP-PPD

Percetakan sijil kursus induksi JPK 2021 (mulai Jan 2020)

Untuk makluman semua, percetakan sijil induksi JPK (PP-PPD-PPB, PP-PPT & PPL) mulai tahun 2020 adalah diusahakan oleh peserta sendiri.
Ia boleh dicetak sendiri dari www.skkm.gov.my. Pihak JPK TIDAK AKAN CETAK lagi sijil induksi.

Tenaga pengajar kemahiran diperlukan

Tenaga pengajar kemahiran diperlukan di mana? Apakah pula syaratnya?

Mesej kepada anda yang ingin menjadi tenaga pengajar kemahiran: Malaysia – dan dunia – bergantung kepada anda. Masa depan kita akan maju dan tumbang bersama graduan kemahiran, pembangun negara kita.

HERO tenaga pengajar kemahiran
Hampir setiap filem bencana - tak kira Independence atau World War Z atau Godzilla - ada saatnya salah satu watak akan melihat watak utama dan mengatakan ayat seperti "Nasib Bumi di tangan anda". Hero kita selalu meneguk, kelihatan ketakutan dan kemudian bergegas untuk meletupkan asteroid atau mengalahkan makhluk asing sebelum mereka musnahkan bandar New York.

Tenaga Pengajar Kemahiran - SLaPB & SLDN

Pengajar kemahiran di Pusat Latihan Kemahiran (PLK) awam seperti di CIAST/KV/ADTEC/ILP/IKBN/GiatMARA atau PLK swasta tidak sama kelayakkannya jika anda berminat menjadi seorang pensyarah di kolej/universiti swasta/awam untuk program akademik.

Lebih ramai lagi yang mungkin tidak tahu bahawa pengajar kemahiran ini sebenarnya ada 2 kategori, satu di Pusat Latihan Program Bertauliah (SLaPB) dan satu lagi di Pusat Latihan SLDN di bawah Sistem Latihan Daul Nasional (SLDN). 

Sistem Latihan Program Bertauliah - SLaPB

Sebelum tu, baik kita lihat definisi Tenaga Pengajar dari konteks Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) kerana ramai yang sentiasa keliru dengan dua definisi ni.

“Tenaga Pengajar” ertinya personel di pusat bertauliah yang memenuhi kelayakan dan diperakui oleh Ketua Pengarah untuk mengajar pelatih di pusat bertauliah yang ditetapkan;.

Pegawai Penilai” ertinya personel di pusat bertauliah yang memenuhi kelayakan dan diperakui oleh Ketua Pengarah untuk mengajar dan menilai keterampilan pelatih di pusat bertauliah yang ditetapkan;

Pegawai Penilai dan Tenaga Pengajar - Apa Bezanya Dari Segi Syarat Lantikan?

a) Dari kriteria TP & PP di atas, jelas menunjukkan kedua-dua PP dan TP WAJIB lulus kursus induksi PP/PPD/PPB.

b) Dari segi pemilikan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) atau Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM), adalah TIDAK WAJIB untuk TP tetapi WAJIB untuk PP.

Sekiranya anda ada pengalaman kerja dalam bidang kemahiran anda (> 3 tahun ke atas secara amnya) tetapi masih tiada SKM lagi, bolehlah mohon SKM secara PPT.
Ia berdasarkan pengalaman kerja & bukti ketrampilan, tak perlu ikuti kursus berbulan/tahun lamanya)

c) PP WAJIB ada Sijil Pegawai Latihan Operasi/Vokasional (I-031-3:2014)@VTO atau TVET-i
– syarat asas lantikan sebagai Pengajar Vokasional Bertauliah atau Sijil Teknik Mengajar yang diiktiraf oleh JPK (rujuk jadual di bawah).

d) PP-M (PP Modular) WAJIB ada SKM/CU dalam Program berkaitan serta sijil VTO/TVET-i atau Sijil Latihan Pengajar (NCS-TTT).

Gaji Tenaga Pengajar Kemahiran/Gaji Tenaga Pengajar Vokasional

Gaji purata adalah antara RM1,600-2,300, bergantung kepada pengalaman, kelayakan, bidang dan tempat Pusat Bertauliah tersebut.

Bidang kemahiran apa yang boleh menyertai Kursus VTO?

Tidak kira bidang kemahiran apa pun, anda boleh menyertai kursus VTO sekiranya ada Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) 3 sebarang bidang.

Nak tahu apa itu kursus VTO serta kelebihannya selain syarat untuk lantikan sebagai Pegawai Penilai, boleh baca lebih lanjut:

a) Kursus VTO
b) Kelebihan sijil VTO

Peluang Kerja di Pusat Bertauliah (PB SLaPB)

Anda perlu tahu mana nak cari kerja selepas anda memenuhi kelayakan samada sebagai Tenaga Pengajar ataupun Pegawai Penilai.

Boleh cari dari sini. Cari ikut program anda dulu, kemudian negeri yang anda kehendaki.

Mohon Kursus Tenaga Pengajar Kemahiran @ VTO (Bagi Lepasan SKM3, Tanpa Pengalaman Mengajar Bidang Kemahiran)

Mohon Kursus Tenaga Pengajar Kemahiran @ VTO HARI INI!
Daftar Kursus TVET
Permohonan Kursus VTO

Mohon Kursus Latihan Tenaga Pengajar @ NCS-TTT (Tanpa Pengalaman Mengajar Bidang Kemahiran)

Daftar Kursus TVET
Mohon Kursus NCS-TTT

Mohon Sijil Tenaga Pengajar Kemahiran @ TVET-i (Bagi Yang Ada Pengalaman Mengajar Bidang Kemahiran)

Jika anda ada >5 tahun pengalaman mengajar latihan kemahiran, bolehlah mohon TVET-i secara PPT.
Sekiranya tidak tahu konsep NOSS, pembangunan WIM yang diperlukan untuk pembentangan VTO-PPT nanti, boleh ikuti bengkel TVET-i PPT.

Kursus Induksi JPK - Permohonan kursus
Bengkel TVETi PPT

Sistem Latihan Dual Nasional - SLDN

Tenaga pengajar kemahiran di pusat SLDN yang menjalankan latihan kemahiran teori (20-30%) inilah yang ramai mungkin tidak tahu kewujudannya. 

Berbanding dengan Sistem Latihan Program Bertauliah (SLaPB), syarat untuk menjadi tenaga pengajar di pusat SLDN adalah jauh lebih ringkas.

Syarat Lantikan Personel - Tenaga Pengajar Kemahiran Pusat SLDN
Pengajar Kemahiran di pusat SLDN adalah P-SLDN
Kelayakan yang diperlukan bergantung kepada samada anda jadi Pengajar ataupun Coach

Jadi, anda nampak apa bezanya antara tenaga pengajar kemahiran di Pusat Bertauliah (SLaPB) dan Pusat SLDN?

TP di Pusat Bertauliah SLaPB – Cuma perlu sijil induksi PP-PPD-PPB
*(Namun, PB  SLaPB perlukan PP, bukan TP sahaja. Jadi lebih baik untuk ada SKM & VTO sekali)

TP di Pusat SLDN –  Cuma perlu sijil induksi SLDN, SKMDKM/Dip/Ijazah bidang berkaitan dan pengalaman mengajar bidang berkaitan.
Setelah pusat ditauliahkan nanti, perlu juga ikuti kursus NDTS Trainer Training Programme. 

Lihat Jawatan PP, PP (ruang merah) dan Pengajar (ruang hijau) untuk kenalpasti kelayakan yang diperlukan

Peluang Kerja di Pusat/Syarikat SLDN

Anda perlu tahu mana nak cari kerja selepas anda memenuhi kelayakan sebagai Tenaga Pengajar SLDN.

Boleh cari di sini. Cari ikut program anda dulu, kemudian negeri yang anda kehendaki.

Permohonan Kursus Induksi PP-PPD-PPB & Induksi SLDN

Kursus Induksi JPK - Syarat Kelayakan
Syarat Lantikan Personel - Tenaga Pengajar Kemahiran Pusat SLDN
Kursus induksi PP-PPD-PPB
Permohonan Kursus Induksi PP-PPD-PPB
Mohon Kursus Induksi SLDN