Siapa yang patut hadir kursus induksi PP-PPD-PPB Oktober 2023 ni?/ Who should attend this induction course?
a) Calon Personel Pusat Bertauliah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) / Jabatan Pembangunan Kemahiran: i) Pegawai Penilai (PP) / Assessor ii) Pegawai Pengesah Dalaman (PPD) / Internal Verifier iii) Pengurus Pusat Bertauliah (PPB) / Centre Manager iv) Tenaga Pengajar (TP) / Trainer
b) Individu yang terlibat dengan pengurusan Pusat Bertauliah / Individuals that’s involved with managing the JPK Accredited Centre
c) Calon Pegawai Pengesah Luaran (PPL) (kena lulus kursus induksi PP-PPD-PPB sebelum ikuti induksi PPL) / External Verifer candidate (need to pass PP-PPD-PPB induction course first before attending PPL induction course)
d) Individu yang berminat dalam Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) / Individual that is interested with the Malaysia Skills Certification System
Pusat Bertauliah JPK bererti penyedia latihan kemahiran, samada institusi latihan atau tempat kerja (workplace) yang telah diluluskan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) untk mengendali latihan kemahiran dan menawarkan Sijil Kemahiran Malaysia bagi bidang dan tahap kemahiran tertentu berdasarkan NOSS.
Kategori Pusat Bertauliah JPK
Pusat Bertauliah Awam
Kod Pusat Bertauliah Awam
Ia diberi kod pentauliahan yang bermula dengan Kod K; contoh K02250
Sehingga 30 Sept 2021, jumlah keseluruhan Pusat Bertauliah SLaPB seluruh negara adalah sebanyak 1,233 buah pusat. Daripada jumlah tersebut 808 merupakan pusat bertauliah awam dan 425 pusat bertauliah swasta.
Pusat Bertauliah JPK di Selangor mempunyai bilangan pusat bertauliah paling banyak iaitu 216 buah pusat yang terdiri daripada 84 buah pusat awam dan 132 buat pusat swasta.
Dan cuma 2 negeri di mana Pusat Bertauliah SLaPB swasta melebihi awam, iaitu Selangor & Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
2 negeri ini juga menunjukkan jumlah penurunan Pusat Bertauliah SLaPB swasta yang banyak berbanding tahun 2017.
Namun, setelah pandemik berakhir, saya yakin 2 negeri ini juga akan menunjukkan peningkatan yang besar semula, berdasarkan permintaan peserta kursus induksi PP-PPD-PPB sejak Jun 2021.
Bukan seperti lesen IPTS yang dikenakan moratorium, anda masih boleh membuat permohonan pusat bertauliah secara dalam talian di www.myspike.my. Pegawai yang diberi tanggungjawab untuk membuat permohonan tersebut adalah Pengurus Pusat Bertauliah (PPB) dan juga penyelaras PB yang dilantik oleh PPB.
Kriteria Utama Pentauliahan Pusat Bertauliah JPK (Swasta)
1. Pemilikan Pusat Bertauliah JPK
Butiran – Mendaftarkan operasi perniagaannya dengan mana-mana pihak berkuasa yang berkaitan di Malaysia.
Pihak Berkuasa Tempatan:
1.Suruhanjaya Syarikat Malaysia (Syarikat Sendirian Berhad/Berhad/Pendaftaran Perniagaan/Perkongsian Liabiliti Terhad).
2.Pendaftaran Perniagaan (Cap 64), Ekstrak Perniagaan & Lesen Perdagangan – Borang I (negeri Sarawak)
3.Lesen Perniagaan – Borang B (negeri Sabah)
3. Kewangan – Mempunyai Modal berbayar minimumRM 50,000.00
2. Premis Latihan
i) Memiliki premis atau menyewa mana-mana premis dengan baki tempoh sewaan tidak kurang daripada satu (1) tahun
ii) Telah mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan
iii) Bagi kelulusan Bomba atau lain-lain agensi penguatkuasa berkaitan adalah merujuk kepada bidang kemahiran tertentu yang akan dilaksanakan; (contoh: mendapat kelulusan agensi kerajaan bagi bidang berkaitan Jabatan Kesihatan, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dan sebagainya)
iv) Memastikan premis latihan terletak di persekitaran yang kondusif dan selamat untuk menjalankan latihan; dan
v) Penggunaan premis latihan tambahan dalam lingkungan 25 kilometer boleh dipertimbangkan dan hendaklah mendapat kelulusan JPK
3. Nama Pusat Bertauliah
Hendaklah mencerminkan sebuah institusi latihan kemahiran
TIDAK menyamai dengan nama PB lain
TIDAK BERKAIT dengan nama JPK atau BAHAGIAN di bawah JPK atau apa-apa yang berkaitan dengan JPK
TIDAK MENCERMINKAN ENTITI PERNIAGAAN atau SYARIKAT. contohnya ABC SDN BHD, XYZ BERHAD dan sebagainya
iv) Pakej Pembelajaran Kebolehan Teras (NCS – Core Abilities) termasuk Matriks Core Abilities (Abilities vs CU/Modul program NOSS);
v) Silibus subjek tambahan bagi program DKM, DLKM dan tahap yang lebih tinggi;
vi) Pelan pelaksanan latihan yang merangkumi penilaian berterusan dan penilaian akhir (Gantt Chart); dan
vii) Jadual latihan mingguan sepanjang tempoh pelaksanaan program latihan
5. Kemudahan Fizikal
PB hendaklah menyediakan kemudahan fizikal mengikut keperluan program yang dimohon merangkumi kemudahan insfrastruktur, kemudahan kelengkapan, peralatan dan bahan latihan.
A. Infrastruktur
BILIK KULIAH
BENGKEL LATIHAN
PUSAT SUMBER LENGKAP DENGAN KEMUDAHAN INFORMATION AND COMMUNICATION TECHNOLOGY (ICT)
B. KELENGKAPAN, PERALATAN DAN BAHAN LATIHAN / TOOLS, EQUIPMENTS & MATERIALS (TEM)
PB hendaklah menyediakan kelengkapan, peralatan dan bahan latihan mengikut kehendak NOSS bagi program berkenaan di premis latihan yang hendak ditauliahkan seperti berikut:
1. Menyediakan dan memastikan KUANTITI KELENGKAPAN, PERALATAN DANBAHAN MENCUKUPI mengikut bilangan pelatih.
TIPS: Rujuk NOSS untuk nisbah kuantiti yang diperlukan.
2. Memastikan PERALATAN BERFUNGSI dengan baik dan selamat untuk digunakan
PB perlu memastikan bahawa setiap personal memenuhi kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak Jabatan Pembangunan Kemahiran. Setiap personal pusat juga perlu mempunyai sijil Perakuan Pengiktirafan Kelayakan Sebagai Personel Pentauliahan (PPKSPP).
Perakuan Pengiktirafan Kelayakan Sebagai Personel Pentauliahan (PPKSPP) merupakan perakuan yang diberi kepada personel Pusat Bertauliah (PB) Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) yang bertanggungjawab dalam pengurusan latihan kemahiran, membimbing, menyelia dan menilai pelatih / perantis di PB. Ianya bertujuan melayakkan personel diperakukan secara sah sebagai personel pentauliahan di bawah Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) bagi program yang layak sahaja.
1. Apa Itu Kursus Induksi Pentauliahan PP-PPD-PPB?
Sebelum kita mula, baik anda tahu apa singkatan PP-PPD-PPB.
PP – Pegawai Penilai PPD – Pegawai Pengesah Dalaman PPB – Pengurus Pusat Bertauliah
Kursus Induksi Pentauliahan PP-PPD-PPB ini merupakan suatu keperluan kepada personel Pusat Bertauliah JPK yang dilantik samada sebagai pegawai penilai, pegawai pengesah dalaman atau pengurus Pusat Bertauliah JPK.
Kursus ini merupakan kursus asas yang WAJIB dihadiri oleh semua personel PB sebelum menjalankan program latihan di Pusat Bertauliah.
Peserta kursus akan diberi penerangan secara komprehensif mengenai konsep dan pelaksanaan sistem latihan Pusat Bertauliah (SLaPB).
2. Syarat Kelayakan Kursus Induksi Pentauliahan PP-PPD-PPB
Peserta bagi semua kursus Induksi Pentauliahan Persijilan Kemahiran Malaysia hendaklah:
Warganegara Malaysia atau
Pemastautin Tetap (PR) dan
Berumur 18 tahun ke atas.
3. Tempoh Sah Laku Sijil Kursus
Sijil Kursus Induksiadalah sah untuk tempoh 3 tahun selepas kursus untuk tujuan pelantikan pertama jawatan personel Perakuan Pengiktirafan Kelayakan Sebagai Personel Pentauliahan (PPKSPP) dan Personel Penilaian & Verifikasi (PPV). Sekiranya anda tidak dilantik selepas tempoh 3 tahun, sijil induksi berkenaan tidak sah untuk pelantikan dan anda perlu mengulang semula kursus induksi berkenaan.
Jika anda berjaya menamatkan kursus ini dan LULUS, anda akan memperolehi Sijil Kursus Induksi Pentauliahan Persijilan Kemahiran Malaysia dan boleh memohon perakuan pengiktirafan kelayakan sebagai personel pentauliahan (PPKSPP). PPKSPP merupakan perakuan yang diberi kepada personel Pusat Bertauliah (PB) Jabatan Pembangunan Kemahiran yang bertanggungjawab dalam pengurusan latihan kemahiran, membimbing, menyelia dan menilai pelatih di Pusat Bertauliah.
TERBARU!Mulai Jan 2022, tempoh sah laku sijil telah dimansuhkan sehingga dimaklumkan kelak.
4. Kelebihan Memiliki Sijil Kursus Induksi Pentauliahan PP-PPD-PPB
b) Layak dilantik sebagai Pengurus Pusat Bertauliah (PPB). PPB biasanya adalah ketua organisasi Pusat Bertauliah atau pemilik sendiri.
c) Layak dilantik sebagai Pegawai Pengesah Dalaman (PPD). PPD adalah ketua program dan mengesahkan segala penilaian yang dilakukan oleh PP.
d) Layak dilantik sebagai Pegawai Penilai (PP). PP biasanya adalah juga pengajar dan juga menilai penilaian pelajar sebelum disahkan oleh PPD & diverfikasi oleh PPL (Pegawai Pengesah Luaran)
e) Layak dilantik sebagai tenaga pengajar (TP). TP ada kelayakan program yang diajar tetapi tidak boleh menilai jika tidak memiliki sijil pengajar vokasional@VTO
f) Juga berpeluang untuk mengikuti kursus induksi PPL sekiranya LULUS kursus induksi pentauliahan PP-PPD-PPB ini.
5. Mod & Jangkamasa Kursus
Sesi pembelajaran kursus ini akan dijalankan sepenuhnya secara dalam talian, melalui aplikasi Zoom. Kursus ini dilaksanakan pada hujung minggu sahaja, Sabtu & Ahad, dari 8.30-5.30pm.
Walaupun kandungan dan sijil kursus adalah sama antara semua penganjur, namun ada juga perbezaan antara satu penganjur ke penganjur yang lain.
a) Penyampaian kursus
Kursus induksi sekarang semuanya secara dalam talian. Namun, adalah penting anda pilih penganjur yang melaksanakan kursus menggunakan aplikasi seperti Zoom, Google Meet atau Micosoft Teams.
Ini kerana pembelajaran melalui aplikasi seperti Zoom adalah dengan penceramah dari JPK & CIAST. Anda dapat bertanyakan soalan jika tidak faham ataupun mungkin ada soalan yang di luar dari slaid. Anda juga boleh manfaat daripada persoalan calon yang lain serta pengalaman yang diceritakan oleh penceramah.
b) Rekod & Pengalaman penganjur
Anda perlu pertimbangkan kriteria ini kerana ia mungkin menyebabkan anda:
i) TIDAK Lulus penilaian (perlu ulangi kursus) * % calon yang lulus di kalangan penganjur baru/jarang menganjur juga tidak memuaskan. Maklumbalas dari sebuah organisasi mengatakan 5 dari 7 calon mereka gagal penilaian!
ii) TIDAK Dapat hadiri kursus pada tarikh yang telah ditetapkan Tak kira bersemuka ke dalam talian, masih ada penganjur yang masih tunda tarikh kursus yang telah ditetapkan (mungkin perancangan yang lemah, tak cukup peserta dsbgnya)
Pada 2018, terdapat sekurang-kurangnya 10 sesi telah ditunda oleh pelbagai penganjur, kebanyakkan sebab tak cukup peserta.
c) Kekerapan penganjuran
Tidak kurang pentingnya adalah kekerapan penganjuran. Sekiranya anda tidak dapat ikuti kursus setelah membuat pendaftaran, amat penting juga penganjur yang sama ada sesi lain dalam masa terdekat (anda perlu bagi notis yang mencukupi)
Ini kerana ada sesetengah penganjur mungkin anjur 2-3 kali setahun ataupun sekali sahaja. Jadi, yuran kursus anda mungkin tidak dipulangkan tetapi kena tunggu sesi seterusnya yg mungkin beberapa bulan kemudian ataupun penganjur dah hilang!
Jadi, lebih selamat pilih penganjur yang aktif dan konsisten dengan penganjurannya, seperti ISE Education Sdn Bhd (dulu I Smart Educare) yang tidak pernah berhenti menganjur hampir setiap bulan sejak 2001.
Dianggarkan >12,000 peserta telah ikuti pelbagai kursus induksi anjuran I Smart Educare (sebelum dinaiktaraf ke ISE Education Sdn Bhd) sejak 2001.
ISE Education juga telah menganjur 5 daripada 7 sesi secara dalam talian (bukan melalui openlearning) dari Jun-Ogos 2021.
8. Cara Permohonan
Andainya anda dah faham dan tahu perkara yang perlu anda patut tahu, sekarang adalah masa anda ambil tindakan.
Kursus online akan menjadi satu perkara yang lumrah mulai sekarang.
Walaupun ada cabarannya tersendiri, kursus online ataupun hibrid adalah satu alternatif yang baik dan semakin diterima orang ramai.
Kursus Online (HRDCorp)
Memang agak banyak kursus online yang ditawarkan secara percuma tetapi di sini ingin disorot adalah kursus online tempatan yang ditawarkan melalui portal e-LATiH.
Ia sebenarnya merupakan platform e-learning PERCUMA atas talian di bawah Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRDCorp), Kementerian Sumber Manusia.
Pastikan anda baca juga Kursus Online (JPK) kerana ia menawarkan persijilan yang memberi anda peluang pekerjaaan atau menjana pendapatan (utama atau sampingan).
Portal e-LATiH ini telah dilancarkan secara rasmi pada Februari 2021 & merupakan salah satu inisiatif kerajaan untuk membantu rakyat Malaysia menambah ilmu pengetahuan & kemahiran secara online semasa pandemik melanda.
Kelebihan portal e-LATiH:
Lebih 1000+ kursus online yang ditawarkan
Akses kepada kursus PERCUMA seumur hidup
Pembelajaran sepanjang hayat – belajar dari pakar pelbagai bidang
Akses TANPA HAD – belajar dimana sahaja, bila-bila masa & dari apa-apa peranti
Terbuka kepada SEMUA peringkat umur
Sijil disertakan selepas menamatkan kursus
Cara Daftar Akaun e-LATiH
Syarat pendaftaran: Warga Malaysia, perlu adaakaun emelyang sah,akses internetdanberminatuntuk menambah ilmu ataupun kemahiran dalam topik yang anda minat.
Isikan maklumat pada bahagian Account Information & Personal Information
Create Account
Cara Daftar Kursus
Pilih kursus di halaman utama portal e-LATiiH
Klik Enrol Now untuk mendaftar
Klik Watch Now dan tonton video sampai habis, atau
Tandakan Bookmarks untuk sambung kursus kemudian
Bila dah selesai tonton video barulah sijil akan dianugerahkan (boleh terus Download sijil dalam bentuk PDF) ataupun dapatkannya di bahagian dashboard anda.
Secara kesimpulannya, portal e-LATiH ni memang sangat bermanfaat jika anda beminat untuk menambah pengetahuan & meningkatkan kemahiran sedia ada.
Namun, sekiranya anda perlukan kursus dan siijl yang wajib untuk dilantik ke sesuatu jawatan yang mungkin memberi anda peluang pekerjaaan atau menjana rezeki (utama atau sampingan), anda perlu baca selanjutnya (kursus online di bawah JPK).
Tarikh: Hampir sebulan sekali * Sila rujuk jadual 2023 di sini Masa: 8.30-5.30pm Mod: Elearning (pembelajaran kendiri melalui portal elearning) Yuran: RM350 RM250
Setelah lulus, anda akan dapat sijil induksi SLDN dan boleh mohon sebagai personel di Pusat/Syarikat Latihan SLDN, samada sebagai:
1. Pengurus Pusat (PPB-SLDN) dan/atau 2. Penyelaras atau 3. Pengajar SLDN atau 4. Coach SLDN
Ingin Menjadi Pengajar atau Coach SLDN?
Kursus Induksi SLDN adalah WAJIB untuk semua personel Pusat/Syarikat SLDN yang berminat untuk dilantik samada sebagai pengurus pusat, penyelaras, pengajar atau coach di pusat/syarikat latihan SLDN, sebelum melaksanakan program SLDN.
Anda akan diberi difahamkan dengan konsep dan perlaksanaan SLDN dengan lebih jelas.
Kursus lain yang anda perlu ikuti nanti (bergantung kepada lantikan anda nanti) adalah:
1. NDTS Trainer Traning Programmme (bersemuka, 4 hari) jika anda bakal dilantik sebagai pengajar di Pusat Latihan SLDN.
2. NDTS Coach Training Programme(bersemuka, 4 hari) jika anda bakal dilantik sebagai coach di Syarikat SLDN.
Kelebihan Memiliki Sijil Induksi SLDN
Boleh: – Menubuhkan Pusat/Syarikat SLDN – Menempatkan perantis SLDN dalam syarikat anda – Dilantik sebagai personel SLDN berikut:
i) Pengurus pusat dan/atau penyelaras ii) Pengajar iii) Coach iv) PPL-SLDN (Pegawai Pengesah Luaran SLDN – perlu memiliki 2 lagi sijil induksi lain)
Tarikh: 1-1.5 bulan sekali * Sila rujuk jadual 2023 di sini Masa: 8.30-5pm Mod: Kursus Online dengan penceramah dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)
Siapa Patut Ikuti?
1) Berminat untuk dilantik sebagai PP-PPT Kriteria lain: a. Lantikan JPK: > 10 tahun dalam bidang SKM anda b. Lantikan PB-PPT: PP di PB SlaPB dan >5 tahun dalam bidang SKM anda
2) Berminat untuk mohon SKM secara PPT (kriteria, syarat, kaedah, prosedur penilaian dan pensijilan melalui kaedah PPT)
3) PB SLaPB (Pusat Bertauliah JPK) yang ingin mohon sebagai PB-PPT (Perlu penyelaras PPT & PP program WAJIB ada sijil induksi PP-PPT)
4) Pusat latihan / syarikat@organisasi / persatuan yang ingin mohon sebagai Pusat Penilaian Amali (Perlu penyelaras PPT, WAJIB ada sijil induksi PP-PPT)
Jika berminat dan jadual sesuai, sila sahkan kehadiran awal kerana biasanya akan penuh seminggu dua sebelum tarih kursus.
Bayaran RM350/pax kepadaMaybank 514589385943, ISE Education Sdn Bhd.
Tarikh: Sebulan sekali/dua kali * Sila rujuk jadual 2023 di sini Masa: 8.30-5pm Mod: Kursus Online dengan penceramah dari JPK & CIAST
Siapa Patut Ikuti?
1. Personel di Pusat Bertauliah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) @ PB SLaPB: i) PP – Pegawai Penilai ii) PPD – Pegawai Pengesah Dalaman iii) PPB – Pengurus Pusat Bertauliah iv) TP – Tenaga Pengajar
2. Pentadir PB SLaPB digalakkan mengikuti supaya dapat faham dan senang dan bantu PPB menguruskan PB SLaPB.
3. PPL – Pegawai Pengesah Luaran (perlu lulus kursus induksi PP-PPD-PPB dulu).
4. Individu yang minat dengan Sistem Pensijilan Kemahiran Malaysia.
Kelayakan lain yang diperlukan (bergantung kepada lantikan anda):
3. Sijil induksi PP-PPD-PPB (jika ingin dilantik sebagai PPL-SLaPB)
4. Sijil induksi SLDN (jika ingin dilantik sebagai PPL-SLDN)
Peluang sebagai PPL
Banyak peluang untuk anda, boleh menjana pendapatan yang agak baik jika anda aktif menerima tugasan yang diberi oleh JPK. Atau anda boleh kerja santai selepas bersara, jalan-jalan cari makan 🙂
Jika berminat dan jadual sesuai, sila sahkan kehadiran awal kerana biasanya akan penuh seminggu dua sebelum tarih kursus.
Bayaran RM350/pax kepadaMaybank 514589385943, ISE Education Sdn Bhd.
5. Bengkel Online Pembangunan Portfolio Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)
Kekerapan: 4 sesi mingguan Masa: 1.5-2 jam/sesi*
Mod: Bengkel Online workshop dengan fasilitator yang ada DKM & DLKM Yuran: Dari RM1,500/pax
Siapa Patut Ikuti?
Jika anda ada pengalaman kerja tetapi tiada sijil kemahiran yang bertauliah* (terutamanya Sijil Kemahiran Malaysia-SKM), ini adalah peluang anda untuk mendapatkan SKM yang diiktiraf MQA, TANPA mengikuti kursus sepenuh masa di mana-mana pusat latihan TVET/JPK . Jimat & Cepat! Dapatkan SKM anda sekarang, jangan benarkan sekeping sijil menjadi penghalang kepada peningkatan kerjaya atau perniagaan anda.
Namun, sekiranya anda masih keliru atau rasa lebih baik guna masa anda untuk fokus pada kerja / perniagaan anda, anda digalakkan untuk mengikuti bengkel ini untuk mengurangkan sakit kepala dan mungkin menyebabkan anda hilang kos peluang@opportunity cost.
* Ia terbuka kepada sebarang program programs yang disenaraikan dalam Daftar NOSS.
6. Bengkel Online Pembangunan Portfolio & LPKT - Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) / Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM)
Kekerapan: 5-6 sesi mingguan Masa: 1.5-2 jam/sesi*
Mod: Bengkel Online dengan fasilitator yang berpengalaman dan ada DKM & DLKM Yuran: Dari RM2,500
Seperti benkel SKM, ini adalah peluang anda untuk mendapatkan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia yang diiktiraf MQA, TANPA mengikuti kursus sepenuh masa di mana-mana pusat latihan TVET/JPK .
Jimat & cepat! Dapatkan DKM/DLKM anda hari ni, jangan benarkan sekeping sijil menjadi penghalang kepada peningkatan kerjaya atau perniagaan anda.
Sila rujuk Syarat Tempoh Minimum Pengalaman Kerja di atas untuk tahu samada anda layak untuk mohon DKM atau DLKM secara PPT ke tidak.
* Harap maklum bahawa walaupun anda mungkin layak mohon DKM atau DLKM berdasarkan tempoh pengalaman kerja anda (dengan bukti ketrampilan), anda masih perlu mohon dari Tahap terendah dulu untuk bidang anda, jika berkaitan (boleh rujuk Daftar NOSS)
7. Bengkel Online Pembangunan Portfolio TVET-i (TVET Instruction)
Kekerapan: 4 sesi mingguan Masa: 1.5-2 jam/sesi*
Mod: Bengkel Online dengan fasilitator yang berpengalaman dan ada TVET-i Yuran: Dari RM3,000
Jika anda ada >5 tahun pengalaman mengajar bidang kemahiran, lulus SPM dan ingin mengajar program SKM atau menubuhkan Pusat Bertauliah JPK, ini adalah peluang untuk anda memohon TVET-i@sijil pengajar vokasional TANPA mengikuti kursus separa masa/sepenuh masa selama 3-6 bulan dan menjalani 6 bulan internship.
Namun, pastikan anda ada kemahiran mengajar program bersifat kemahiran, mengajar program akademik seperti tuisyen atau ajar di sekolah biasa tidak boleh dikira.
1. Jika anda ingin jadi Pegawai Penilai (WAJIB)/tenaga pengajar di pusat latihan kemahiran awam/swasta yang menawarkan SKM/DKM/DLKM
2. Walaupun anda tidak bercadang untuk jadi Pegawai Penilai, ia juga memberi anda ilmu serta kemahiran sebagai pengajar bidang kemahiran.
Adakah WAJIB untuk miliki Sijil VTO/TVET-i?
1. Ya, jika anda bakal dilantik sebagai Pegawai Penilai di mana-mana Pusat Bertauliah JPK yang menawarkan SKM/DKM atau anda ingin menubuhkan Pusat Bertauliah JPK.
Tidak, jika anda hanya mengajar program kemahiran yang tidak menawarkan SKM.
Namun, ada kelebihan memiliki VTO/TVET-i, mengukuhkan kemahiran serta status anda sebagai pengajar vokasional/kemahiran.
3. Tidak, jika anda hanya mengajar program bukan bersifat kemahiran atau soft skills. Anda cuma perlukan sijil HRDCorp-TTT untuk memberi latihan kepada syarikat yang meyumbang kepada HRDCorp@PSMB.
8. Kursus Vocational Training Operation (VTO) - Kursus Online + Bersemuka (Separa/Sepenuh Masa)
Jadual: Hujung Minggu sehingga 6 bulan (360 jam) Mod:6 bulan(360 jam) Kursus Online + bersemuka Internship: 6 bulan (720 jam) di mana-mana Pusat Bertauliah JPK yang menawarkan SKM bidang anda.
Yuran: RM3,400 (lump sum) – RM3,600 (ansuran) Maybank, 514589385943: ISE Education Sdn Bhd
Anda perlu mengikuti kursus hujung minggu (online + bersemuka) + internship jika ingin dilantik sebagai Pegawai Penilai (PP) di Pusat Bertauliah JPK jika TIDAK MEMILIKI pengalaman mengjar bidang kemahiran >5 tahun.
1. Sijil VTO/TVET-i diwajibkan mengikut Akta 652 kepada mana-mana individu yang ingin menjadi Pegawai Penilai (tenaga pengajar / cikgu / pensyarah) di pusat latihan kemahiran swasta dan kerajaan yang menjalankan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM)
2. Melayakkan anda menjadi Pegawai Penilai (PP) program Modular ataupun SKK (Standard Ketrampilan Kebangsaan), tak perlu bazir duit untuk bayar RM2,500-2,800 lagi untuk sijil NCS TTT (NCS-004:2017).
3. Layak diberi pengecualian untuk sijil Train The Trainer HRDF/PSMB Sijil TTT dari PSMB/HRDF diperlukan untuk mengajar kursus jangka pendek/korporat di bawah program PSMB. Yuran Kursus TTT adalah sebanyak RM2,500-2,800. Mereka yang memiliki Sijil VTO/TVET-i mendapat pengecualian mengikuti Kursus HRDF TTT dan hanya perlu membuat bayaran RM300 (jimat RM2,200-2,500) bagi mendapatkan Sijil HRDF TTT.
4. Peluang pekerjaan sebagai tenaga pengajar lebih tinggi Tenaga pengajar TIDAK WAJIB untuk miliki sijil VTO/TVET-i tetapi sijil VTO/TVET-imeningkatkan peluang diambil sebagai pengajar sepenuh atau separa masa di kolej kemahiran kerajaan dan swasta. Ilmu serta teknik mengajar bidang kemahiran yang dipelajari juga membantu anda menjadi pengajar yang lebih mantap.
Testimoni dari calon / Pusat Bertauliah JPK
TQVM ISE - En Melvin atas khidmat nasihat dan bimbingan serta membantu peserta drp IKN di dalam kursus-kursus Induksi JPK yang telah disertai. Anda memudahcarakan peserta utk LULUS dengan jayanya. Terima Kasih
Azahliza Ramli Penolong Pengarah, Institut Kraf Negara
Terima kasih bro, pihak pengurusan kami amat berpuas hati dan gembira dengan perkhidmatan anda. PP & PPD anda telah melaksanakan tugas mereka dengan baik dan sekali lagi kami berjaya lulus. Kumpulan VTO saya yang seterusnya pasti milik anda.
Chua Min Fui
Dekan - Institut Teknologi Riam
Melvin adalah orang yang anda kena rujuk untuk sebarang kursus induksi di bawah JPK. Saya telah hantar ramai staf, pengajar dan juga mengesyorkan ahli FEMAC lain untuk mengikuti kursus induksi serta bengkel anjurannya. Apa sahaja kursus induksi pun dia anjur, PP-PPD-PPB, PP-PPT, PPL, SLDN senang nak berurusan sebab lengkap & kekerapan pun cukup tinggi. Saya dah berurusan dengan dia sejak 2002.
Mdm Selvi Rajendran
Pengarah Eksekutif - CQ-Tec TVET College, Puchong
Kesimpulan
Untuk kemudahan anda mencapai terus kepada pautan untuk pertanyaan atau permohonan kursus, berikut adalah kesimpulannya. Jika anda ingin:
Tambah ilmu tanpa sebarang bayaran, dengan sijil kehadiran sahaja – Portal e-LATiH
Mengikuti kursus-kursus induksi di bawah JPK (berbayar tetapi dengan sijil yang diiktiraf, secara langsung/tak langsung) yang mungkin memberi anda peluang pekerjaaan atau menjana rezeki (utama atau sampingan).
Dilantik sebagai Pegawai Penilai (mengajar & menilai kursus kemahiran bersijilkan SKM/DKM), sudah ada SKM3 dan pengalaman mengajar bidang kemahiran kurang 5 tahun
Kursus Induksi JPK Jun 2021 akan giat dianjurkan lagi secara bersemuka (andainya PKP ditamatkan pada 6 Jun 2021) setelah Hari Raya.
Sesi induksi pertama selepas Raya adalah PP-PPD-PPB pada 12-13 Jun tetapi telah penuh seperti yang dijangkakan setelah berakhirnya sesi pada 27-28 Mac 2021 (itulah, kena daftar awal 🙂
Induksi PP-PPD-PPB adalah langkah pertama anda untuk melibatkan diri dalam industri TVET dengan memahami Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia.
Tarikh: 26-27 Jun Masa: 8.30-5pm Mod: Dalam talian@online Yuran: RM350/pax
Siapa yang patut hadir kursus induksi Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) ni? / Who should attend this induction course?
a) Calon Personel Pusat Bertauliah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) / Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Accredited Centre Personnels: i) Pegawai Penilai / Assessor / (PP) ii) Pegawai Pengesah Dalaman / Internal Verifier (PPD) iii) Pengurus Pusat Bertauliah / Centre Manager (PPB) iv) Tenaga Pengajar / Trainer (TP) v) Pegawai Pengesah Luaran / External Verifier (PPL)
b) Individu yang terlibat dengan pengurusan Pusat Bertauliah / Individuals that’s involved with managing the JPK Accredited Centre
c) Calon Pegawai Pengesah Luaran (PPL) (kena lulus kursus induksi PP-PPD-PPB sebelum ikuti induksi PPL) / External Verifer candidate (need to pass PP-PPD-PPB induction course first – Need to attend PPL Induction Course)
d) Individu yang berminat dalam Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) / Individual that is interested with the Malaysia Skills Certification System
* ISE Education boleh anjur di pusat latihan anda jika ada >10 calon dari pusat latihan anda (di luar Lembah Klang) dan >20 calon (Sabah & Sarawak)DAN tempat anda perlu mematuhi SOP Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang ketat serta kapasiti bilik/dewan min 80pax dengan penjarakan sosial.
2. Kursus Induksi JPK Jun 2021 – Induksi PP-PPT
Tarikh: 19-20 Jun Masa: 8.30-5pm Mod: Dalam talian@online Yuran: RM350/pax
Siapa yg patut hadir?
1) Berminat dilantik sebagai PP-PPT 2) Berminat mohon SKM secara PPT (prosedur, syarat dan kaedah penilaian persijilan melalui kaedah PPT ada dijelaskan) 3) PB yang ingin mohon menjadi PB-PPT (perlu ada penyelaras PPT yang perlu ikuti kursus induksi PP-PPT)
3. Kursus Induksi JPK Jun 2021 – Induksi PPL
Sesi seterusnya adalah seperti berikut:
Tarikh: 3-4 Julai (abaikan tarikh dalam poster, tarikh sebelum ini) Masa: 8.30-5pm Tempat: Kolej ISBAUK, Brem Mall, Kepong, KL Yuran: RM350/pax
Siapa yang boleh ikuti kursus induksi PPL? (tak sama dengan lantikan):
Warganegara Malaysia atau PR DAN
18 tahun ke atas
Lulus induksi PP-PPD-PPB
Syarat lantikan (tambahan kepada syarat di atas):
Pengalaman kerja 10 tahun ke atas (jika bidang kritikal, tak sampai 10 tahun pun boleh dipertimbangkan) dalam bidang kemahiran anda secara amnya.
Memberi pemahaman mengenai Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia
Memberi kefahaman peranan dan tanggungjawab sebagai PPL
Memenuhi syarat lantikan sebagai PPL bagi program di Pusat Bertauliah & Program SLDN
Peluang sebagai Pegawai Pengesah Luaran (PPL)
Peluang memang banyak, boleh dilantik sebagai:
PPL-SLaPB
PPL-SLDN
PPL-PLV
4. Kursus Induksi JPK Jun 2021 – Induksi SLDN
Tarikh: 11 Julai (abaikan tarikh dalam poster, itu adalah tarikh sebelum ini) Masa: 8.30-5pm Tempat: Kolej ISBAUK, Brem Mall, Kepong, KL Yuran: RM200/pax (Terhad kpd 25 peserta shj)
Peserta kursus yang berjaya menamatkan kursus ini akan memperolehi Sijil Kursus Induksi SLDN dan boleh memohon perakuan pengiktirafan kelayakan sebagai personel pentauliahan (PPKSPP). PPKSPP merupakan perakuan yang diberi kepada personel Pusat Bertauliah (PB) Jabatan Pembangunan Kemahiran yang bertanggungjawab dalam pengurusan latihan kemahiran, membimbing, menyelia dan menilai pelatih/perantus di Pusat Bertauliah SLDN.
Ingin Menjadi Pengajar atau Jurulatih SLDN?
Kursus Induksi SLDN ini merupakan suatu keperluan kepada personel SLDN yang dilantik samada sebagai pengurus, penyelaras,coach mahupun pengajar pusat bertauliah SLDN. Kursus ini merupakan kursus asas yang WAJIB dihadiri oleh semua personel SLDN sebelum menjalankan program latihan SLDN di Pusat Bertauliah.
Peserta kursus akan diberi penerangan secara komprehensif mengenai konsep dan pelaksanaan SLDN. Kursus-kursus lain yang perlu dihadiri oleh personel SLDN yang dilantik selepas Kursus Induksi SLDN ini ialah kursus NDTS Coach Training Programme untuk jurulatih SLDN dan kursus NDT Trainer Training Programme untuk pengajar pusat latihan SLDN.
Kelebihan Memiliki Sijil Induksi SLDN
– Layak membuka Pusat Bertauliah SLDN – Layak menempatkan pelatih SLDN di syarikat anda – Lantikan sebagai Pengurus Pusat Bertauliah SLDN – Lantikan sebagai Pengajar Pusat Latihan SLDN – Lantikan sebagai Coach Industri SLDN – Lantikan sebagai Pegawai Pengesah Luaran PPL-SLDN
NDTS Induction Course/Kursus Induksi SLDN
Dah bersedia dengan cabaran untuk dapatkan 4 sijil induksi JPK dalam sebulan?
Tahukah anda bahawa sijil induksi JPK ni ada tempoh sah laku? Ya, cuma 3 tahun sahaja, lepas tu dah tamat tempoh dan perlu ikuti kursus semula, tak kira induksi PP-PPD-PPB, PP-PPT atau PPL. Namun, ia hanya sekiranya anda TIADA PERAKUAN PERSONEL @TIDAK PERNAH DIERAKUKAN.
Jika anda pernah diperaku tetapi perakuan telah tamat tempoh bagi jawatan PP/PPD/PPB atau PP-PPT/PPL, sijil Induksi PP-PPD-PPBtersebut masih sah digunakan bagi tujuan pembaharuan perakuan personel.
Penilaian Pembaharuan Personel Penilaian Dan Verifikasi (PPV) adalah untuk memastikan pengetahuan dan kefahaman PPV dari segi panduan, peraturan, penugasan dan pelaksanaan adalah terkini sebelum memperbaharui lantikan.
2. Personel yang Layak Menduduki Penilaian
PPV yang telah tamat atau akan tamat tempoh lantikan dan ingin membuat pembaharuan adalah layak memohon untuk menduduki penilaian ini. Personel Penilaian Dan Verifikasi yang terlibat adalah terdiri daripada Empat (4) jawatan lantikan iaitu;
i. PPL-SLaPB : Pegawai Pengesah Luaran Sistem Latihan Program Bertauliah;
ii. PPL-SLDN : Pegawai Pengesah Luaran Sistem Latihan Dual Nasional;
iii. PP-PPT : Pegawai Penilai Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu;
iv. PPL-PPT : Pegawai Pengesah Luaran Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu;
3. Tempoh Layak Memohon
Sekurang-kurangnya enam (6) bulan sebelum tamat tempoh lantikan atau telah tamat tempoh.
4. Tatacara Membuat Permohonan
PPV yang berkelayakan perlu membuat permohonan secara atas talian www.myspike.my dengan merujuk kepada pautan:
Pengguna>Permohonan Pengguna>Klik Kursus Induksi>Mohon Kursus Induksi>Pilih “Penilaian Pembaharuan PPV’>Papar Senarai Kursus> dengan memilih siri penilaian mengikut zon wilayah yang hampir dengan tempat tinggal PPV.
5. Tawaran dan Pengesahan Kehadiran
PPV yang berjaya akan dimaklumkan melalui MySPIKE dan emel. PPV perlu membaca dan memahami setiap kandungan dan lampiran yang disertakan dengan teliti. PPV juga dikehendaki membuat pengesahan kehadiran seperti dinyatakan bersama surat tawaran.
Untuk makluman lanjut mengenai sesi penilaian, sila baca:
Kursus Induksi JPK telah boleh dijalankan secara bersemuka setelah tamatnya PKP 2.0 pada 4 Mac 2021.
Ia bermula dengan induksi PP-PPD-PPB pada 6-7 Mac 2021. Ia adalah sesi PERTAMA & PALING AWAL selepas PKP 2.0 di seluruh Malaysia. Ia juga adalah langkah pertama anda untuk melibatkan diri dalam industri TVET dengan memahami Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia.
Anda terlepas minggu lepas? Takpa, satu lagi sesi di KL lagi (Jalan Loke Yew, Cheras) hujung bulan Mac 2021.
Tarikh: 27-28 Mac Masa: 8.30-5pm Tempat: Jalan Loke Yew, Cheras Kod kursus (Penjana PERKESO): HIT8717 (PERCUMA bagi yang layak ~ diambil selepas bekerja selepas 1/7/20 dan majikan mencarum PERKESO & SIP untuk anda) Yuran: RM350/pax
Siapa yang patut hadir kursus induksi Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) ni? / Who should attend this induction course?
a) Calon Personel Pusat Bertauliah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) / Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Accredited Centre Personnels: i) Pegawai Penilai / Assessor / (PP) ii) Pegawai Pengesah Dalaman / Internal Verifier (PPD) iii) Pengurus Pusat Bertauliah / Centre Manager (PPB) iv) Tenaga Pengajar / Trainer (TP) v) Pegawai Pengesah Luaran / External Verifier (PPL)
b) Individu yang terlibat dengan pengurusan Pusat Bertauliah / Individuals that’s involved with managing the JPK Accredited Centre
c) Calon Pegawai Pengesah Luaran (PPL) (kena lulus kursus induksi PP-PPD-PPB sebelum ikuti induksi PPL) / External Verifer candidate (need to pass PP-PPD-PPB induction course first – Need to attend PPL Induction Course)
d) Individu yang berminat dalam Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) / Individual that is interested with the Malaysia Skills Certification System
* ISE Education boleh anjur di pusat latihan anda jika ada >10 calon dari pusat latihan anda (di luar Lembah Klang) dan >20 calon (Sabah & Sarawak)DAN tempat anda perlu mematuhi SOP Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang ketat serta kapasiti bilik/dewan min 80pax dengan penjarakan sosial.
2. Kursus Induksi JPK Mac 2021 – Induksi PP-PPT
Tarikh: 13-14 Mac Masa: 8.30-5pm Tempat: Kolej ISBAUK, Brem Mall, Kepong, KL Kod kursus (Penjana PERKESO): HIT8718 (PERCUMA bagi yang layak ~ diambil selepas bekerja selepas 1/7/20 dan majikan mencarum PERKESO & SIP untuk anda) Yuran: RM350/pax
Siapa yg patut hadir?
1) Berminat dilantik sebagai PP-PPT 2) Berminat mohon SKM secara PPT (prosedur, syarat dan kaedah penilaian persijilan melalui kaedah PPT ada dijelaskan) 3) PB yang ingin mohon menjadi PB-PPT (perlu ada penyelaras PPT yang perlu ikuti kursus induksi PP-PPT)
3. Kursus Induksi JPK Mac 2021 – Induksi PPL
Sesi pertama 2021 selepas sesi terakhir pada 26-27 Dis 2020 adalah seperti berikut:
Tarikh: 20-21 Mac Masa: 8.30-5pm Tempat: Kolej ISBAUK, Brem Mall, Kepong, KL Kod kursus (Penjana PERKESO): HIT8719 (PERCUMA bagi yang layak ~ diambil selepas bekerja selepas 1/7/20 dan majikan mencarum PERKESO & SIP untuk anda) Yuran: RM350/pax
Siapa yang boleh ikuti kursus induksi PPL? (tak sama dengan lantikan):
Warganegara Malaysia atau PR DAN
18 tahun ke atas
Lulus induksi PP-PPD-PPB
Syarat lantikan (tambahan kepada syarat di atas):
Pengalaman kerja 10 tahun ke atas (jika bidang kritikal, tak sampai 10 tahun pun boleh dipertimbangkan) dalam bidang kemahiran anda secara amnya.
Memberi pemahaman mengenai Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia
Memberi kefahaman peranan dan tanggungjawab sebagai PPL
Memenuhi syarat lantikan sebagai PPL bagi program di Pusat Bertauliah & Program SLDN
Peluang sebagai Pegawai Pengesah Luaran (PPL)
Peluang memang banyak, boleh dilantik sebagai:
PPL-SLaPB
PPL-SLDN
PPL-PLV
4. Kursus Induksi JPK Mac 2021 – Induksi SLDN
Tarikh: 20 Mac atau 3 April Masa: 8.30-5pm Tempat: Kolej ISBAUK, Brem Mall, Kepong, KL Yuran: RM200/pax
Peserta kursus yang berjaya menamatkan kursus ini akan memperolehi Sijil Kursus Induksi SLDN dan boleh memohon perakuan pengiktirafan kelayakan sebagai personel pentauliahan (PPKSPP). PPKSPP merupakan perakuan yang diberi kepada personel Pusat Bertauliah (PB) Jabatan Pembangunan Kemahiran yang bertanggungjawab dalam pengurusan latihan kemahiran, membimbing, menyelia dan menilai pelatih/perantus di Pusat Bertauliah SLDN.
Ingin Menjadi Pengajar atau Jurulatih SLDN?
Kursus Induksi SLDN ini merupakan suatu keperluan kepada personel SLDN yang dilantik samada sebagai pengurus, penyelaras,coach mahupun pengajar pusat bertauliah SLDN. Kursus ini merupakan kursus asas yang WAJIB dihadiri oleh semua personel SLDN sebelum menjalankan program latihan SLDN di Pusat Bertauliah.
Peserta kursus akan diberi penerangan secara komprehensif mengenai konsep dan pelaksanaan SLDN. Kursus-kursus lain yang perlu dihadiri oleh personel SLDN yang dilantik selepas Kursus Induksi SLDN ini ialah kursus NDTS Coach Training Programme untuk jurulatih SLDN dan kursus NDT Trainer Training Programme untuk pengajar pusat latihan SLDN.
Kelebihan Memiliki Sijil Induksi SLDN
– Layak membuka Pusat Bertauliah SLDN – Layak menempatkan pelatih SLDN di syarikat anda – Lantikan sebagai Pengurus Pusat Bertauliah SLDN – Lantikan sebagai Pengajar Pusat Latihan SLDN – Lantikan sebagai Coach Industri SLDN – Lantikan sebagai Pegawai Pengesah Luaran PPL-SLDN
NDTS Induction Course/Kursus Induksi SLDN
Dah bersedia dengan cabaran untuk dapatkan 4 sijil induksi JPK dalam sebulan?
Kursus InduksiPentauliahan Persijilan Kemahiran Malaysia merupakan kursus jangka pendek yang rata-ratanya dilaksanakan selama dua hari. Tujuan utama kursus ini adalah untuk memenuhi syarat kriteria personel pentauliahan dan personel penilaian & verifikasi (PPV).
Ia terbahagi kepada empat (4) jenis, iaitu kursus induksi:
Pegawai Penilai – Pegawai Pengesah Dalaman – Pengurus Pusat Bertauliah (PP-PPD-PPB),
Pegawai Penilai-Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu – PP-PPT,
Pegawai Pengesah Luaran (PPL) dan
Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN)
2. Apakah syarat menyertai kursus induksi?
Kelayakan anda adalah:-
Warganegara Malaysia*; atau
Pemastautin Tetap (PR)*; dan
Berumur 18 tahun ke atas.
* Bukan warganegara boleh ikuti kursus induksi SLDN dan dapat lantikan sebagai personel di pusat/syarikat latihan SLDN.
3. Apakah kepentingan setiap kursus induksi?
i. Pegawai Penilai – Pegawai Pengesah Dalaman – Pengurus Pusat Bertauliah (PP-PPD-PPB). – Merupakan salah satu syarat lantikan personel pentauliahan Pusat Bertauliah (PP, PP-M / PPD / PPB)
ii. Pegawai Pengesah Luaran (PPL). – Merupakan salah satu syarat lantikan personel PPL, samada PPL-SLaPB ataupun PPL-SLDN.
iii. Pegawai Penilai (PP) – Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) – (PP-PPT) – Merupakan salah satu syarat lantikan personel PP-PPT ataupun sebagai penyelaras di PB-PPT & PPA-PPT
iv.SLDN – Merupakan salah satu syarat lantikan personel pentauliahan PB SLDN; a. Syarikat SLDN Pengurus Pusat Bertauliah (PPB), Penyelaras Syarikat SLDN dan Coach b. Pusat Latihan SLDN Pengurus Pusat Bertauliah (PPB), Penyelaras Pusat Latihan SLDN dan Pengajar SLDN c. Syarikat Latihan Dalaman (in-house) Pengurus Pusat Bertauliah (PPB), Penyelaras, Coach dan Pengajar SLDN
4. Adakah saya dilantik secara automatik untuk jawatan berdasarkan kursus induksi yang saya ikuti?
Lantikan anda, samada sebagai PP, PPD atau PPB, adalah oleh Pusat Bertauliah JPK yang bakal mengambil anda sebagai personel mereka. Namun, anda perlu diperakukan oleh PPKSPP terdahulu. Selain sijil kursus induksi PP-PPD-PPB, anda juga perlu sijil lain, bergantung kepada jawatan anda. Sila rujuk gambarajah di bawah.
PPL-SLaPB : Pegawai Pengesah Luaran Sistem Latihan Program Bertauliah;
PPL-SLDN : Pegawai Pengesah Luaran Sistem Latihan Dual Nasional;
PP-PPT : Pegawai Penilai Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu;
PPL-PPT : Pegawai Pengesah Luaran Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu
Sebarang pertanyaan berkaitan MySpike boleh e-mel ke helpdesk myspike@mohr.gov.my atau login ke MySPIKE > Pengguna > Pelanggan JPK > Senarai Aduan Pengguna
Pertanyaan berkaitan dengan isu PPV secara amnya boleh e-mel ke ppv@ciast.gov.my
5. Saya ingin dilantik sebagai PPL-PPT. Perlukah saya ikuti kursus induksi PPL-PPT?
Tiada kursus yang perlu diikuti untuk dilantik sebagai PPL-PPT. Anda cuma: i) Perlu dilantik sebagai PP-PPT selama 2 tahun ataupun ii) Telah menadatangani 30 portfolio SKM/DKM secara PPT
7. Bilakah sijil akan dikeluarkan selepas mengikuti kursus induksi?
Penceramah kursus perlu masa untuk menyemak jawapan dan merekodkan keputusan serta dimaklumkan kepada urusetia. Barulah sijil boleh dicetak daripada sistem, biasanya dalam tempoh sebulan.
8. Bagaimana cara untuk mendapatkan semula sijil induksi sekiranya hilang?
Surat rasmi permohonan gantian berserta satu salinan laporan polis atau akuan sumpah serta salinan Kad Pengenalan perlu dikemukakan dan dihantar kepada :
Unit Kursus Induksi Pentauliahan, Program Kelayakan Kekompetenan, CIAST Jalan Petani 19/1, Seksyen 19, 40300 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
Mulai Jan 2020, semua sijil induksi adalah dalam bentuk e-sijil. Ia akan terus muncul dalam akaun myspike anda sekiranya lulus penilaian kursus induksi.
9. Adakah sijil kursus induksi mempunyai tempoh sah laku?
Sebelum ni, Sijil Kursus Induksi adalah sah untuk tempoh 3 tahun selepas kursus untuk tujuan pelantikan pertama jawatan personel Perakuan Pengiktirafan Kelayakan Sebagai Personel Pentauliahan (PPKSPP) dan Pegawai Penilaian dan Verifikasi (PPV)). Namun, mulai tahun 2022, syarat ini telah terbatal sehingga ada peraturan terbaru.
10. Adakah saya perlu membaharui jawatan saya?
i) PP/PPD/PPB – Setiap 3 tahun melalui PPKSPP
ii) PPV – Setiap 3 tahun, ada penilaian pembaharuan PPV (Personel Penilaian & Verifikasi)
11. Bolehkah saya diberi surat perakuan (PPKSPP) bagi jawatan PP dan PPD secara serentak?
Ya, surat perakuan (PPKSPP) PP dan PPD boleh dikeluarkan secara serentak kepada anda jika memenuhi syarat dan kriteria lantikan. Walaubagaimana pun, pihak PB perlulah melantik anda untuk satu jawatan dalam satu masa dan tertakluk kepada syarat dan peraturan pentauliahan yang ditetapkan oleh Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia.
12. Adakah semua personel pentauliahan JPK diwajibkan memiliki Sijil Teknik Mengajar, VTO (I-031-3) atau TVET-i?
Tidak semua personel pentauliahan JPK dikehendaki memiliki VTO. Berikut adalah personel yang disyaratkan memiliki sijil teknik mengajar VTO (I-031-3)
PP bagi semua program;
PP bagi program VTO (I-031-3) @ nama lama PP-PLV; dan
PPD bagi program VTO (I-031-3) @ nama lama PPD-PLV.
13. Sekiranya personel yang berkhidmat di PB belum memiliki SKM tetapi telah lulus kursus induksi PP-PPD-PPB dan memiliki sijil VTO (I-031-3) serta sedang mengambil SKM Tahap 3 secara PPT. Adakah personel tersebut layak untuk dilantik sebagai PPD atau PP di Pusat Bertauliah JPK?
i. Mereka layak untuk dilantik sebagai PP/PPD bagi program SKM Tahap 1, 2 dan 3 secara bersyarat untuk tempoh 2 tahun.
ii. Dalam tempoh 2 tahun bersyarat PP/PPD dikehendaki melengkapkan SKM Tahap 3 secara PPT.
14. Bilakah surat PPKSPP akan diterima oleh Pusat Bertauliah selepas permohonan telah di buat?
Surat PPKSPP boleh dicetak secara atas talian melalui URL https://www.myspike.my selepas Mesyuarat Perakuan Personel Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (MPPSPKM) dijalankan pada pertengahan bulan. Permohonan yang diterima selepas tarikh bulan sebelumnya tidak akan diproses dan ianya akan diproses ke bulan berikutnya.
15. Bolehkan seseorang mengikuti kursus VTO sekiranya tiada pengalaman kerja, tetapi mempunyai sijil DKM bidang kemahirannya.
YA, boleh mengikuti kursus VTO atau TVET-i dengan syarat memiliki sijil SKM Tahap 3 dan ke atas.
16. Personel yang berkhidmat di PB SLDN secara sepenuh masa tidak memiliki sijil akademik atau SKM tetapi berpengalaman mengajar kemahiran melebihi 5 tahun dan telah menghadiri NDTS Trainer Training Programme, adakah layak untuk dilantik sebagai Pengajar SLDN?
Personel tidak layak dilantik sebagai Pengajar SLDN lagi kerana :
Belum menghadiri Kursus Induksi SLDN
Tidak memiliki sebarangkelayakan kemahiran/akademik yang berkaitan.
Namun, dengan pengalaman kerja selama 5 tahun dalam bidang kemahiran yang nak dimohon, boleh mohon SKM3 secara PPT.
17. Bilakah kursus induksi PP-PPD-PPB, PP-PPT, PPL & SLDN anjuran ISE Education Sdn Bhd yang akan datang?
Pendaftaran peserta hendaklah dibuat melalui penganjur berdaftar seperti ISE Education Sdn Bhd dengan mengisi borang kursus induksi online dan bayaran RM350/pax dahulu. Sila tandakan induksi mana yang anda ingin ikuti. Butiran bayaran: Maybank 514589385943, ISE Education Sdn Bhd.
Mesej kepada anda yang ingin menjadi tenaga pengajar kemahiran: Malaysia – dan dunia – bergantung kepada anda. Masa depan kita akan maju dan tumbang bersama graduan kemahiran, pembangun negara kita.
Tenaga Pengajar Kemahiran - SLaPB & SLDN
Pengajar kemahiran di Pusat Latihan Kemahiran (PLK) awam seperti di CIAST/KV/ADTEC/ILP/IKBN/GiatMARA atau PLK swasta tidak sama kelayakkannya jika anda berminat menjadi seorang pensyarah di kolej/universiti swasta/awam untuk program akademik.
Lebih ramai lagi yang mungkin tidak tahu bahawa pengajar kemahiran ini sebenarnya ada 2 kategori, satu di Pusat Latihan Program Bertauliah (SLaPB) dan satu lagi di Pusat Latihan SLDN di bawah Sistem Latihan Daul Nasional (SLDN).
Sistem Latihan Program Bertauliah - SLaPB
Sebelum tu, baik kita lihat definisi Tenaga Pengajar dari konteks Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) kerana ramai yang sentiasa keliru dengan dua definisi ni.
“Tenaga Pengajar” ertinya personel di pusat bertauliah yang memenuhi kelayakan dan diperakui oleh Ketua Pengarah untuk mengajar pelatih di pusat bertauliah yang ditetapkan;.
“Pegawai Penilai” ertinya personel di pusat bertauliah yang memenuhi kelayakan dan diperakui oleh Ketua Pengarah untuk mengajar danmenilai keterampilan pelatih di pusat bertauliah yang ditetapkan;
Pegawai Penilai dan Tenaga Pengajar - Apa Bezanya Dari Segi Syarat Lantikan?
a) Dari kriteria TP & PP di atas, jelas menunjukkan kedua-dua PP dan TP WAJIB lulus kursus induksi PP/PPD/PPB.
b) Dari segi pemilikan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) atau Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM), adalah TIDAK WAJIB untuk TP tetapi WAJIB untuk PP.
Sekiranya anda ada pengalaman kerja dalam bidang kemahiran anda (> 3 tahun ke atas secara amnya) tetapi masih tiada SKM lagi, bolehlahmohon SKM secara PPT. Ia berdasarkan pengalaman kerja & bukti ketrampilan, tak perlu ikuti kursus berbulan/tahun lamanya)
Anda perlu tahu mana nak cari kerja selepas anda memenuhi kelayakan samada sebagai Tenaga Pengajar ataupun Pegawai Penilai.
Boleh cari dari sini. Cari ikut program anda dulu, kemudian negeri yang anda kehendaki.
Mohon Kursus Tenaga Pengajar Kemahiran @ VTO (Bagi Lepasan SKM3, Tanpa Pengalaman Mengajar Bidang Kemahiran)
Mohon Kursus Latihan Tenaga Pengajar @ NCS-TTT (Tanpa Pengalaman Mengajar Bidang Kemahiran)
Mohon Sijil Tenaga Pengajar Kemahiran @ TVET-i (Bagi Yang Ada Pengalaman Mengajar Bidang Kemahiran)
Jika anda ada >5 tahun pengalaman mengajar latihan kemahiran, bolehlah mohon TVET-i secara PPT. Sekiranya tidak tahu konsep NOSS, pembangunan WIM yang diperlukan untuk pembentangan VTO-PPT nanti, boleh ikuti bengkel TVET-i PPT.
Sistem Latihan Dual Nasional - SLDN
Tenaga pengajar kemahiran di pusat SLDN yang menjalankan latihan kemahiran teori (20-30%) inilah yang ramai mungkin tidak tahu kewujudannya.
Berbanding dengan Sistem Latihan Program Bertauliah (SLaPB), syarat untuk menjadi tenaga pengajar di pusat SLDN adalah jauh lebih ringkas.
Jadi, anda nampak apa bezanya antara tenaga pengajar kemahiran di Pusat Bertauliah (SLaPB) dan Pusat SLDN?
TP di Pusat Bertauliah SLaPB – Cuma perlu sijil induksi PP-PPD-PPB *(Namun, PB SLaPB perlukanPP, bukan TP sahaja. Jadi lebih baik untuk ada SKM & VTO sekali)
TP di Pusat SLDN – Cuma perlu sijil induksi SLDN, SKMDKM/Dip/Ijazah bidang berkaitan dan pengalaman mengajar bidang berkaitan. Setelah pusat ditauliahkan nanti, perlu juga ikuti kursus NDTS Trainer Training Programme.
Peluang Kerja di Pusat/Syarikat SLDN
Anda perlu tahu mana nak cari kerja selepas anda memenuhi kelayakan sebagai Tenaga Pengajar SLDN.
Boleh cari di sini. Cari ikut program anda dulu, kemudian negeri yang anda kehendaki.
Permohonan Kursus Induksi PP-PPD-PPB & Induksi SLDN
Kursus Percuma Penjana Kerjaya di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) adalah bertujuan merangsang permintaan pekerjaan di kalangan majikan dan meningkatkan peluang pekerjaan serta kebolehpekerjaan di kalangan pencari kerja tempatan.
Antara insentif di bawah Penjana Kerjaya adalah menyediakan latihan semula (reskilling and upskilling) @ Kursus Percuma Penjana Kerjaya termasuk program place and train yang berdasarkan keperluan majikan dan pekerja yang diambil di bawah PenjanaKerjaya.
Penyediaan latihan semula ini secara tidak langsung merupakan salah satu perlindungan keselamatan sosial kepada pekerja melalui tingkatan kemahiran bagi mencegah pengangguran jangka panjang serta memastikan seseorang itu sentiasa bersedia dari segi kemahiran dan sahsiah semasa menyertai alam pekerjaan semula.
Syarat Majikan
Majikan yang telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) / Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) / Pendaftaran Perniagaan (ROB) / Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau organisasi lain, sebelum 1 Jun 2020; DAN telah berdaftar dengan SOCSO pada 1Jun, 2020.
Majikan telah diluluskan di bawah Insentif PengambilanPekerja sahaja layak dipertimbangkan untuk memohon latihan untuk pekerjanya yang diambil bawah Insentif Pengambilan Pekreja
Kelayakan ANDA@Peserta Menyertai Kursus Percuma Penjana Kerjaya
Majikan dan pekerja yang telah diluluskan di bawah Insentif Pengambilan Pekerja sahaja layak dipertimbangkan untuk mengikuti latihan.
Latihan yang diberikan adalah bagi pekerja yang kehilangan pekerjaan #HireMalaysia yang mencarum atau bukan mencarum di bawah Skim Insurans Pekerjaan dan golongan belia (graduan) #MyApprentice.
Siapa Yang TIDAK LAYAK Mohon Kursus Percuma Penjana Kerjaya?
Agensi Pekerjaan Swasta yang menawarkan khidmat pekerja kepada syarikat lain (principal) dan bukan majikan langsung; dan
Kakitangan sektor awam, kerajaan pusat dan badan berkanun negara dan negeri, pihak berkuasa tempatan dan mereka yang bekerja sendiri.
Kursus PERCUMA Penjana Kerjaya yang ditawarkan oleh I Smart Educare
Introduce and give an understanding of Malaysian Skill Certification System / Memperkenalkan dan memberi pemahaman mengenai Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM)
Compulsory for each JPK Accredited Centre (Pusat Bertauliah) personnel (PP, PPD or PPB) before appointment as Accredited personnel / Syarat wajib dihadiri oleh setiap personel Pusat Bertauliah sebelum dilantik sebagai Personel Pentauliahan
PP – Pegawai Penilai (Assessor) Usually the trainer, also need min SKM3 & VTO qualifications. Biasanya tenaga pengajar, juga perlu minimum SKM3 & VTO
PPD – Pegawai Pengesah Dalaman (Internal Verifier) Usually, the head of a program/supervisor to the trainer also needs min SKM3 qualification. Biasanya, ketua program/penyelia pengajar. Juga memerlukan min SKM3.
PPB – Pengurus Pusat Bertauliah (Centre Manager) The chief intermediary between Pusat Bertauliah and JPK officers, managing the centre. Personel yang mengurus PusatBertauliah, pegawai utama yang berurusan dengan pegawai JPK.
Introduce and give an understanding of Malaysian Skill Certification System implementation via PPT / Memperkenalkan dan memberi pemahaman mengenai pelaksanaan Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) melalui PPT
Roles and responsibilities of personnel in the implementation of PPT / Peranan dan tanggungjawab personel dalam pelaksanaan PPT
PP-PPT: Pegawai Penilai-PPT (Assessor for PPT system)
Must have SKM, usually min 10 years of industry experience & PP-PPT Induction course cert Mesti ada SKM, lazimnya ada min 10 tahun pengalaman idustri & sijil induksi PP-PPT
PPL-PPT: Pegawai Pengesah Luaran-PPT (Verifier for PPT system)
NO PPL-PPT induction course to attend. Can apply after: 2 years as PP-PPT OR signed 30 portfolios as PP-PPT, whichever comes first. Must have SKM, usually min 10 years of industry experience & PP-PPD-PPB, PP-PPT & PPL Induction course cert.
Tiada kursus induksi PPL-PPT untuk dihadiri, boleh mohon setelah: 2 tahun berkhidmat sebagai PP-PPT atau menandatangani 30 portfolio sebagai PP-PPT, yang mana dulu Mesti ada SKM, lazimnya ada min 10 tahun pengalaman industri & sijil induksi PP-PPT
Give an understanding of Malaysian Skill Certification System / Memberi pemahaman mengenai Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia
Roles and responsiblities as PPL / Memberi kefahaman peranan dan tanggungjawab sebagai PPL
Fulfill the appointment criteria as PPL for JPK Accredited centre & SLDN porgram / Memenuhi syarat lantikan sebagai PPL bagi program di Pusat Bertauliah & Program SLDN
Tarikh/jadual akan datang:
PP-PPD-PPB: 20-21 atau 27-28 Feb (PENUH) DAN 27-28 Mac PPL: 6-7 Mac 2021 di Kolej ISBAUK, Brem Mall, Kepong PP-PPT: 13-14 Mac 2021 di Kolej ISBAUK, Brem Mall, Kepong