Tag Archives: pembangunan NOSS

7 Cara Menjana Pendapatan Sampingan (Mungkin Melebihi Pendapatan Tetap Anda!)

Cara Menjana Pendapatan Sampingan

Anda (termasuk kebanyakan rakyat Malaysia) pasti ingin tahu cara menjana pendapatan sampingan memandangkan nilai mata wang Ringgit Malaysia yang semakin susut nilai, inflasi yang naik mendadak serta kegawatan ekonomi yang melanda akibat pandemik COVID sejak 2020.

Anda pasti sedar bahawa wang RM100 anda pada 2010 mungkin boleh beli 20 barangan tetapi sekarang (2022), anda mungkin cuma boleh beli 10 sahaja barangan yang sama. Inilah yang dimaksudkan inflasi.

Jadi, untuk mengatasinya, anda perlu meningkatkan keupayaan anda untuk menjana pendapatan sampingan.

Cara Menjana Pendapatan Sampingan - Kesan Inflasi

Sebenarnya, ada banyak pilihan serta pekerjaan yang boleh anda lakukan untuk menjana pendapatan sampingan, samada  secara freelance, separa masa, kontrak atau jangka pendek.

Mencari pendapatan sampingan di samping mempunyai kerja tetap tidak salah. Paling penting adalah fleksibiliti; di mana pendapatan sampingan itu tidak mengganggu produktiviti kerja tetap anda.

Juga pastikan anda mendapat kebenaran majikan terdahulu sekiranya kerja sampingan tersebut jatuh pada masa kerja tetap anda. 
Format surat kebenaran disediakan untuk anda sekiranya anda ingin dilantik sebagai PP-PPT atau PPL nanti.

Pastikan fikiran anda terbuka, fikirkan tentang apa yang boleh anda lakukan, bukan hanya terikat dengan pengalaman kerja terdahulu. Anda mungkin boleh kembangkan hobi anda, melakukan sesuatu yang anda suka dan bukan kerana terpaksa.

Anda boleh pertimbangkan kerja-kerja berikut untuk menjana pendapatan sampingan.

7 Cara Menjana Pendapatan Sampingan

1. Mengajar

Menjadi tenaga pengajar kemahiran di Pusat Bertauliah SLaPB Jabatan Kemahiran Malaysia (JPK) ataupun di Pusat Latihan SLDN yang ditauliahkan oleh JPK.

Semakin banyak pusat yang tawarkan program modular yang mungkin dilaksanakan secara separa masa ataupun ada modul tertentu di mana Pegawai Penilai sedia ada tiada pengetahuan mendalam untuk mengajar dengan berkesan.

Dengan berbekalkan pengalaman industri, pengajar seperti andalah yang paling diperlukan kerana anda bukan sekadar mengajar mengikut kurikulum tetapi dapat mengaitkan serta beri banyak contoh yang berlaku dalam dunia pekerjaan sebenar.

Syarat untuk jadi tenaga pengajar kemahiran* atau lebih diperlukan adalah Pegawai Penilai (mengajar & menilai calon) adalah:

a. Sijil induksi PP-PPD-PPB (kursus hujung minggu, 2 hari)
b. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) bidang anda, min SKM Tahap 3 – boleh mohon melalui pengalaman kerja@PPT
c. Sijil VTO*@Sijil Pengajar Vokasional (kursus separa masa 6 bulan + 6 bulan internship)

* Baca juga beza antara tenaga pengajar kemahiran & pegawai penilai.

Anda juga boleh jadi corporate trainermemberi latihan kepada pekerja dari organisasi tertentu (atau orang awam). 

Sekiranya anda ada sijil NCS-TTT (sijil latihan pengajar), anda juga boleh mohon pengecualian dari HRDCorp untuk sijil HRDCorp-TTT.

Berbekalkan sijil TTT, anda ada peluang yang lebih luas sebagai trainer kerana organisasi yang mencarum kepada HRDCorp ini boleh melantik anda sebagai trainer untuk program in-house mereka (dan buat tuntutan wang mereka dari dana HRDCorp)

Ataupn jika anda melaksanakan latihan awam, syarikat yang mencarum kepada HRDCorp  yang hantar pekerja mereka ke program anda juga boleh buat tuntutan dari dana HRDCorp mereka.

Ataupun anda boleh mengajar secara sambilan di atas talian. Contohnya kelas menjahit, pengunaan Excel, membuat kek dll melalui platform seperti Youtube.

Freelance jobs - skills trainer
Pegawai Penilai (PP) & Pegawai Pengesah Dalaman (PPD) program VTO di I Smart Educare adalah personel yang mempunyai kerja tetap lain kerana program VTO cuma dijalankan secara separa masa di I Smart Educare

2. Sebagai Pegawai Penilai-Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu

Sekiranya anda ada Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan pengalaman 10 tahun dalam bidang SKM anda, anda juga layak dilantik sebagai Pegawai Penilai – Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PP-PPT). 

Masa kerja ini adalah sangat fleksibel kerana waktu kaunseling & penilaian adalah ditetapkan di antara anda sebagai PP-PPT dan juga pemohon.

Syarat lantikan PP-PPT adalah:

a. Warganegara Malaysia
b. > 10 tahun pengalaman dalam bidang SKM anda (lantikan mungkin dilakukan juga walaupun < 10 tahun  dalam bidang kritikal – tak cukup/kurang PP-PPT dalam bidang tu).
c. Memiliki kelayakan kemahiran – Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)/(DKM)/(DLKM)
d. Lulus kursus induksi PP-PP-PPT 

Elaun utama adalah kaunseling dan penilaian portfolio – per tahap RM 100/tahap/program.

Elaun lain adalah seperti elaun perjalanan/penginapan/makan/harian.

3. Sebagai Pegawai Pengesah Luaran (PPL)

Sama seperti PP-PPT, sekiranya anda adalah pemegang Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), anda layak dilantik sebagai Pegawai Pegesah Luaran (PPL).

Syarat lantikan PPL adalah:

a. Warganegara Malaysia
b. > 10 tahun pengalaman dalam bidang SKM anda (lantikan mungkin dilakukan juga walaupun < 10 tahun  dalam bidang kritikal – tak cukup/kurang PPL dalam bidang tu).
c. Memiliki kelayakan kemahiran – Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)/(DKM)/(DLKM)
d. Lulus kursus induksi PP-PPD-PPB 
e. Lulus kursus induksi PPL 

Elaun utama adalah elaun verifikasi. Bayaran verifikasi di sesuatu PB/Syarikat SLDN bagi tempoh masa yang ditetapkan, maksimum RM320/8 jam ATAU RM 40.00/jam.

Elaun lain adalah seperti elaun perjalanan/penginapan/makan/harian .

Untuk maklumat lebih lanjut berkenaan PPL, boleh baca lebih lanjut di sini.

Freelance jobs - PPL
Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) masih kekurangan Pegawai Pengesah Luaran-PPL, terutamanya untuk bidang-bidang baru
Kerjaya selepas bersara - PPL

4. Sebagai Panel Pembangun NOSS

Dengan pengalaman yang lama dalam industri, pengetahuan anda dalam bidang tersebut pastinya sangat mendalam dan boleh dikira sebagai pakar dalam bidang.

Jabatan Pembangunan Kemahran (JPK) mungkin memerlukan kepakaran serta masa anda terlibat sebagai panel untuk membangunkan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) atau lebih dikenali sebagai National Occupational Skills Standard (NOSS).  

Anda perlu ikuti KURSUS PEMBANGUNAN NOSS (DESCUM) yang dianjurkan secara PERUCMA. Penginapan dan makan minum disediakan. 

Bengkel Pembangunan NOSS
Bengkel Pembangunan NOSS (Kredit Imej: BH Online)

5. Sebagai Fasilitator NOSS

Sama seperti panel pembangunan NOSS, fasilitator bertauliah yang ada kepakaran & pengalaman mendalam dalam sesuatu bidang diperlukan juga.

Setelah mengikuti kursus pembangunan NOSS, anda boleh teruskan untuk mengikuti kursus FASILITATOR NOSS (DESCUM) / WIM / SOALAN yang juga dianjurkan secara PERCUMA. Penginapan dan makan minum disediakan.

Kredit imej: CIAST

6. Kerja sebagai Freelancer

Bekerja sendiri @ freelancer adalah cara terbaik untuk menjana pendapatan sampingan mengikut jadual masa anda sendiri. Anda boleh melakukan apa saja secara bebas, jadi pilihlah sesuatu yang sesuai dengan kemahiran dan pengalaman anda.

Contohnya jika anda adalah mekanik kenderaan, anda boleh jadi jurujual kenderaan (sekiranya ada kemahiran menjual juga) kerana anda ada pengetahuan dan kemahiran mengenai kereta (enjin dsbgnya) yang menjadi aset kepada anda.

Platform seperti Kaodim.com, Fiverr.com dan Freelancer.com adalah  antara laman-laman web yang boleh anda lawati untuk menawarkan perkhidmatan anda.

7. Menulis Blog/Hasilkan Video Tutorial

Menjana pendapatan sampingan dalam talian mungkin hanya semudah menulis tentang perkara yang anda minati dan berpengetahuan.

Tak kira bidang automotif, fotografi, kecantikan, fesyen atau apa-apa bidang kemahiran yang anda mahir/minat, anda harus rajin menerbitkan artikel-artikel yang berkualiti tinggi untuk menarik minat pembaca. Pendapatan sampingan mungkin boleh dari segi iklan (Google ads), affiliate marketing ataupun anda promosi produk/perkhidmatan syarikat tertentu.

Sama juga untuk video (Youtube ke TikTok), tak kira video tutorial ataupun jenis informasi atau hiburan, objektif utama adalah menghasilkan kandungan berkualiti yang boleh menarik penonton. Sumber pendapatannya hampir sama seperti blog yang dinyatakan di atas tadi.

Cara menjana pendapatan sampingan mana paling sesuai untuk anda?

Asalkan ada kemahuan, anda pasti dapat menemui cara menjana pendapatan sampingan yang bersesuaian dengan jadual masa serta kelayakan anda.

Namun, paling penting adalah ambil tindakan. Setakat tahu tetapi tak buat apa-apa tidak akan mengubah situasi anda sekarang.

Kerjaya Selepas Bersara – 7 Khas untuk Pekerja Mahir

Kerjaya Selepas Bersara

Kerjaya selepas bersara mungkin sentiasa dalam fikiran anda serta kebanyakan rakyat Malaysia memandangkan nilai mata wang Ringgit Malaysia yang semakin susut nilai dan kegawatan ekonomi yang semakin teruk akibat pandemik COVID.

Mengikut Ketua Pegawai KWSP,  Alizakri Alias semasa kenyataan dalam temu bual eksklusif bersama Astro AWANI pada 31 Oktober 2020 lalu, 71 peratus pencarum KWSP mempunyai simpanan kurang RM50,000.

Adakah anda rasa amaun ni cukup untuk bersara, sekiranya anda bersara pada umur 55 dan dijangka hidup sampai 75?

Dapat Bersara pada umur 55?

Sebenarnya, ada banyak pilihan serta pekerjaan yang boleh anda lakukan untuk menjana pendapatan, samada  secara freelance, separa masa, sepenuh masa, kontrak atau jangka pendek.

Pastikan fikiran anda terbuka, fikirkan tentang apa yang boleh anda lakukan, bukan hanya terikat dengan pengalaman kerja terdahulu. Anda mungkin boleh kembangkan hobi anda untuk jadikannya sebagai kerjaya selepas bersara, melakukan sesuatu yang anda suka dan bukan kerana terpaksa.

Tapi yang pasti, salah satu cara paling mudah, kalau keadaan mengizinkan, adalah untuk terus bekerja selepas bersara di tempat kerja sedia ada ataupun kerja lain dengan syarikat secara sambilan atau kontrak. 

Jika itu tidak sesuai dengan keadaan anda, pertimbangkan pekerjaan-pekerjaan berikut yang sesuai untuk pesara.

Kerjaya Selepas Bersara ​- Pekerja Mahir

1. Menjadi pengajar kemahiran di Pusat Bertauliah SLaPB Jabatan Kemahiran Malaysia (JPK) ataupun di Pusat Latihan SLDN yang ditauliahkan oleh JPK.

Dengan berbekalkan pengalaman industri yang begitu lama, pengajar seperti andalah yang paling diperlukan kerana anda bukan sekadar mengajar mengikut kurikulum tetapi dapat mengaitkan serta beri banyak contoh yang berlaku dalam dunia pekerjaan sebenar.

Syarat untuk jadi pengajar kemahiran atau lebih diperlukan adalah Pegawai Penilai (mengajar & menilai calon) adalah:

a. Sijil induksi PP-PPD-PPB (kursus hujung minggu, 2 hari)
b. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) bidang anda, min SKM Tahap 3 – boleh mohon melalui pengalaman kerja@PPT
c. Sijil VTO@Sijil Pengajar Vokasional (kursus separa masa 6 bulan + 6 bulan internship)

Freelance jobs - skills trainer
Pegawai Penilai (PP) & Pegawai Pengesah Dalaman (PPD) program VTO di I Smart Educare adalah personel yang hampir bersara (PP) / pesara dari PERHEBAT (PPD)

2. Sekiranya anda adalah pemegang Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), anda layak dilantik sebagai Pegawai Pegesah Luaran (PPL).

Syarat lantikan PPL adalah:

a. Warganegara Malaysia
b. > 10 tahun pengalaman dalam bidang SKM anda (lantikan mungkin dilakukan juga walaupun < 10 tahun  dalam bidang kritikal – tak cukup/kurang PPL dalam bidang tu).
c. Memiliki kelayakan kemahiran – Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)/(DKM)/(DLKM)
d. Lulus kursus induksi PP-PPD-PPB 
e. Lulus kursus induksi PPL 

Elaun utama adalah elaun verifikasi. Bayaran verifikasi di sesuatu PB/Syarikat SLDN bagi tempoh masa yang ditetapkan, maksimum RM320/8 jam ATAU RM 40.00/jam.

Elaun lain adalah seperti elaun perjalanan/penginapan/makan/harian .

Untuk maklumat lebih lanjut berkenaan PPL, boleh baca lebih lanjut di sini.

Freelance jobs - PPL
Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) masih kekurangan Pegawai Pengesah Luaran-PPL, terutamanya untuk bidang-bidang baru
Kerjaya selepas bersara - PPL

3. Sama seperti PPL, sekiranya anda ada SKM dan pengalaman 10 tahun dalam bidang SKM anda, anda juga layak dilantik sebagai Pegawai Penilai – Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPP-PPT). 

Syarat lantikan PP-PPT adalah:

a. Warganegara Malaysia
b. > 10 tahun pengalaman dalam bidang SKM anda (lantikan mungkin dilakukan juga walaupun < 10 tahun  dalam bidang kritikal – tak cukup/kurang PP-PPT dalam bidang tu).
c. Memiliki kelayakan kemahiran – Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)/(DKM)/(DLKM)
d. Lulus kursus induksi PP-PP-PPT 

Elaun utama adalah kaunseling dan penilaian portfolio – per tahap RM 100/tahap/program.

Elaun lain adalah seperti elaun perjalanan/penginapan/makan/harian .

4. Dengan pengalaman yang lama dalam industri, pengetahuan anda dalam bidang tersebut pastinya sangat mendalam dan boleh dikira sebagai pakar dalam bidang.

Jabatan Pembangunan Kemahran (JPK) mungkin memerlukan kepakaran serta masa anda terlibat sebagai panel untuk membangunkan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) atau lebih dikenali sebagai National Occupational Skills Standard (NOSS).  

Anda perlu ikuti KURSUS PEMBANGUNAN NOSS (DESCUM) yang dianjurkan secara PERUCMA. Penginapan dan makan minum disediakan. 

Bengkel Pembangunan NOSS
Bengkel Pembangunan NOSS (Kredit Imej: BH Online)

5. Sama seperti panel pembangunan NOSS, fasilitator bertauliah yang ada kepakaran & pengalaman mendalam dalam sesuatu bidang diperlukan juga.

Setelah mengikuti kursus pembangunan NOSS, anda boleh terukan untuk mengikuti kursus FASILITATOR NOSS (DESCUM) / WIM / SOALANyang juga dianjurkan secara PERCUMA. Penginapan dan makan minum disediakan.

Kredit imej: CIAST

6. Bekerja sendiri @ freelancer adalah cara terbaik untuk menjana pendapatan tambahan mengikut jadual masa anda sendiri. Anda boleh melakukan apa saja secara bebas, jadi pilihlah sesuatu yang sesuai untuk kemahiran dan pengalaman anda.

Mungkin bukan semua bidang kemahiran masih sesuai pada umur 55, jadi sesuaikanlah mengikut keadaan.

Contohnya jika anda adalah mekanik kenderaan dan rasa kerja agak berat pada umur tersebut, anda boleh jadi jurujual kenderaan (sekiranya ada kemahiran menjual juga) kerana anda ada pengetahuan dan kemahiran yang menjadi aset kepada anda.

Kerjaya selepas bersara - Freelancer

7. Selain 6 cadangan yang telah diberi di atas, ada lagi kerjaya selepas bersara lain yang boleh dipertimbangkan. Namun, ia tidaklah spesifik/terhad kepada pekerja mahir seperti anda. Antaranya:

a) Pemandu Grab
b) Kaunter Hadapan di hotel (terutamnya hotel bajet)
c) Pengawal keselamatan 
d) Jurujual – Hartanah/Insuran/Kereta

Rumusan

Senarai di atas bukan sahaja sesuai untuk kerjaya selepas bersara tetapi mungkin juga sesuai untuk anda sekarang (walaupun umur 30+), asalkan anda memenuhi syaratnya.